The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by i-man2_610, 2018-05-11 06:12:53

/Users/AimanR/Desktop/Publishing1/IStighfar by ink.pdf

Cinta kita?
S
Pasti terjadi.
Cinta Allah Pasti diimpi.
I
P
A
H
R
E
A
P
N
N
A
U
M
E
T
P
E
R


Ingin kaya & bahagia?


T-tiba kehidupanku dilanda kemelut kesepian lantaran mereka yang aku cintai selama ini pergi menjauh. Kepergian mereka mengakibatkan kekosongan dan kehampaan dalam hidupku. Sungguh aku merindui mereka, merindui kewujudan mereka bersamaku.
Aku mendambakan sekiranya hari-hari yang silam berulang kembali agar kami sekali lagi memulakan lembaran hidup baru. Berhari-hari dan berbulan aku ter kir tentang mereka.
Betapa kami menelusuri kehidupan tanpa pernah pasrah menghadapi permasalahan hidup, dan tanpa pernah putus asa. Kecintaanku terhadap mereka menjadikan diriku tidak memikirkan sesuatu yang lain, malah ramai manusia yang terabaikan dalam hidupku. Sehinggalah berlaku satu kejutan atau perkara mendadak.
Iaitu, sebuah perceraian tanpa pamitan. Malah hal ini berlaku setelah hubungan erat terbina sedemikian rupa. Akhirnya berlakulah kegersangan, bahkan tali hubungan terputus samasekali. Lantas ak duduk terpegun menggigit jari.


Sebagai contoh, Allah menjelaskan bahawa si hamba yang melakukan satu kebajikan akan meraih balasan sepuluh kali ganda malah lebih (QS, al- An’am:160).
Sementara si hamba yang melakukan satu kejahatan hanya akan dibalas dengan satu balasan, malah Allah akan membuka pintu kemaafan (QS, al- Shura:30).
Sesiapa melakukan kejahatan memenuhi bumi, lantas ia mendatangi Allah bermohon kemaafan, nescaya Allah akan memberi kemaafan sepenuh bumi ( ).
Cuba bayangkan, terdapatkah manusia sekitarmu mampu berbuat sedemikian rupa, memberi anda kemaafan tanpa peduli kejahatan anda. Memberi anda kemaafan meskipun anda telah membuatnya letih dan penat. Tidak ada manusia yang bersifat seperti sifat Allah.
Hal ini adalah satu kepastian, dan pasti. Anda juga sependapat dengan saya, tidak ada yang bersifat sedemikian. Malah saya sendiri pun tidak. Subhanallah, wahai manusia. Jalan di hadapan anda cukup jelas dan terang.


Allah, al-Maula SWT memperingatkan:
Nyatakanlah, jika bapakmu, anakmu, saudaramu, isterimu, suamimu, keluargamu, malah harta perniagaan yang kamu bimbang mengalami kerugian, demikian juga rumah kediaman yang kamu sukai, ternyata jika hal ini lebih kau cintai daripada Allah dan Rasul, dan dari berjihad pada jalan Allah, nescaya tunggulah sehingga Allah mendatangkan azab-Nya. Allah tidak akan menghidayahi kaum yang fasik .
(AT-Taubah: 24).
Maka bagi mengemukakan rumusan apa yang saya kemukan dalam ungkapan terdahulu, tiada ungkapan kata yang lebih berkesan selain ayat Kalamullah di atas, bahawa cinta Allah dan cinta Rasul inilah cinta hakiki, yang kekal, yang agung.
Selain itu hanyalah cinta (selain itu) yang akan lenyap dan sirna sedemikian rupa.
SUMBER ASAL: Risalah Surau al-Ehsan, Bandar Baru Bangi. Ogos 2016 Ahmad Asri Lubis


Sang Kekasih siap menanti anda menghulurkan kedua tangan-Nya agar menarik anda dari lembah kelalaian dunia, malah juga dari keperitan azab akhirat.
Namun anda sendiri masih berdegil ingin menjauhi Allah, anda masih cuba mencari alternatif yang lain. Inilah yang dikatakan cinta yang menipu cinta palsu.
Anda hanya memperdalam jurang kebinasaan dan jurang azab. Orang yang menganggap tak perlu kepada Allah, Allah lagi tidak memerlukannya (QS, Ibrahim: 8).
Cinta ilahi mengatasi cinta yang lain. Jika kita memang meyakini hal ini, nescaya hati kita akan terhindar dari sebarang kegundahan dan kesedihan.


Adapun tali hubungan anda dengan Allah, jauh berbeza sama sekali. Pintu rahmat Allah sentiasa terbuka, Allah tak pernah menolak kedatangan anda meskipun anda selama ini ingin menjauh.
Sungguh pun anda marasa bahawa anda tidak perlu kepada Allah lantaran sifat kibr (takbur), atau akibat kekasaran yang mengotori hati.
Namun Allah sentiasa menanti kehadiranm anda. Allah tetap berharap agar anda beroleh limpahan magh rah-Nya. Allah tetap memberi anda kemaafan tanpa peduli tentang kesilapan dan keteledoran anda. Allah tetap akan memberi limpahan rahmat, sungguh pun anda bermaksiat.
Allah menerima taubat anda seandainya anda melakukan kejahatan. Malah Allah Maha Pemurah justeru terhadap manusia yang bakhil sekali pun.
Cinta Ilahi, martabat cinta teragung yang berlegar di langit ketinggian yang hanya demi redha Ilahi Yang Maha Mulia. Agar si hamba meraih kebahagiaan abadi. Bersainglah menagih dan menggapai cinta Ilahi ini nescaya anda akan mendapatkan buah manis cinta. Buah manis yang lebat dan lezat di dunia dan akhirat.


Allah juga menjadikan makhluk mencintai si hamba. Hal ini adalah buah manis yang lumrah bagi keikhlasan hati kepada Allah, dan lantaran bergiat mentaati Allah lebih dari sesuatu yang lain. Merasa bahagia dengan Allah tanpa hirau terhadap keduniaan dan segala isinya.
Pernahkah anda terlihat Kekasih yang memberi tanpa had malah tanpa mengharapkan sebarang imbalan? Pernahkan anda menikmati kegembiraan lantaran kedekatan anda kepada Sang Kekasih? Justeru kegembiraan ini tak akan anda dengar dalam ungkapan manusia dalam kehidupan anda.
Semua jenis hubungan dengan manusia ada pasang surutnya, terkadang hangat dan terkadang pula dingin. Dalam jalinan cinta, ada benci, perselisihan, dan pelbagai emosi yang terkadang berkontradiksi. Hal ini adalah kerana kita semua adalah ‘insan’ atau ‘anak Adam.’
Kita terkadang tersalah, adakalanya betul. Pada kebanyakannnya kita terdorong oleh kenafsuan yang terkadang mengubah perjalanan hidup.


l-Maula berpesan dalam Hadis Qudsi:
Aku sesuai mengikut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya saat ia mengingati-Ku. Jika si hamba mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika ia mengingati- Ku dalam satu perhimpunan, nescaya ia akan Ku ingati dalam perhimpunan yang jauh lebih baik. Jika ia datang mendekatkan diri sejengkal, Aku mendekatinya satu hesta. Jika ia mendekati-Ku sehesta, Aku mendekatinya satu depa. Jika ia datang berjalan, Aku datang berlari.
Sungguh cinta agung, cinta Ilahi ini susah diungkapkan secara lisan dan tulisan. Apa lagikah yang dicari oleh si hamba lebih dari ini? Inilah cinta hakiki yang menuntun anda menuju jalan yang betul tanpa melencong ke kiri dan ke kanan. Terjauh dari perasan kebencian, dan kemurkaan. Malah yang ada hanyalah satu pengimbangan nan indah.
Jika si hamba mencintai Allah, nescaya Allah akan menyukainya saat bertemu dengan Allah, malah Allah menyukai bertemu dengannya.


Malah tahun demi tahun terintang dari mereka yang berada dalam lingkungan pergaulannya. Tanpa pernah terlintas dalam kirannya bahawa pada suatu hari dia akan berpisah dengannya.
Mereka ini telah mendominasi dirinya dalam hal cinta. Malah cinta Ilahi terabai dalam kehidupannya. Hal ini bukan memang disengajanya, bukan pula lantaran hanyut dalam kedosaan. Malah hanya lantaran perasaan dirinya sendiri bahawa ‘manusia adalah untuk manusia lain.’
Dan tidak pula terlintas dalam kirannya bahawa dalam hidup ini ada cinta nan agung, cinta nan lebih bermakna, dan cinta yang lebih kekal, jika dibandingkan dengan variasi cinta yang berkuasa dalam kehidupa manusia.
Cinta agung ini justeru menyatukan bukan mencerai-beraikan, membina bukan meruntuhkan. Bayangkanlah, jika anda menghampiri Sang Kekasih, Dia akan mencintai anda melebihi kecintaan anda.
Sang Kekasih Agung ini akan menghulurkan pertolongan kepada anda, malah dengan kerinduan, kecintaan yang murni.


Cinta Ilahi inilah yang kekal abadi. Inilah satu- satunya pilihan kerana inilah cinta hakiki. Malah sepatutnya Nur Cinta Ilahi inilah yang menyinari dan memenuhi hati.
Cintailah siapa saja
yang ingin anda cintai, yang pasti anda akan berpisah dengannya.
Memang inilah realiti yang sebenar. Lambat laun kita mesti berpisah dengan mereka yang kita kasihi. Perpisahan ini bukan hanya disebabkan kematian. Boleh jadi disebabkan perbezaan pandangan yang menghalangi anda bertemu dalam satu wadah pemikiran.
Atau boleh jadi lantaran kegundahan tentang urusan hidup dan pelbagai kesibukan lainnya.
Oleh itu kita dapati masing-masing di antara kita ini sibuk menghadapi urusan hidup lantas orang lain menjadi terbiar. Perihal keduniaan dan segala permasalahannya menyebabkan seseorang terintang dari saudaranya, demikian juga dari kaum kerabat, dan teman sejawat.


Memang demikianlah yang berlaku. Kita hanyut mencintai makhluk sehingga kita menduga bahawa kita tidak perlu mencintai Al-Khaliq (Al-Mawla SWT). Boleh jadi hal ini berlaku tanpa disengajakan.
Demikianlah perihal dan keadaan hati manusia saat mereka tersesat jalan dalam menuju Allah. Mereka ber kir, selagi mereka merasa selesa hidup dan bergaul bersama pihak yang dicintainya, itulah yang dianggapnya syurga kehidupan yang tidak berpenghujung.
Apa yang pasti adalah satu ketertipuan atau kewahaman belaka. Setiap sesuatu pasti ada penghujungnya. Yang kekal hanyalah Zat Allah, Al- Maula SWT. Segala yang kita cintai di dunia ini akan musnah dan sirna.
Malah kita menduga saat kita berada bersama mereka yang disayangi, dan kita berbahagi cinta dengan mereka seakan-akan dunia milik kita.
Kita malah terlupa bahawa sebenarnya dalam hidup ini ada Al-Khaliq, Maha Pemurah, Maha Agung dari segala-galanya. Justeru, Dialah yang sepatutnya bertempat di dalam hati. Malah dialah satu-satunya. Sesuatu selain Allah adalah hanya demi cinta Ilahi dan untuk membina cinta Ilahi, tidak lebih dari itu.


Apakah penyebab hal ini berlaku? Dahulunya kami saling mencintai sentiasa mendambakan pertemuan baru walaupun pertemuan awal masih belum berakhir. Apakah penyebab saya tersingkir dari mereka? Dan apakah penyebab mereka menjauh? Adakah berpunca dari kesalahan yang berlaku saat memilih persahabatan?
Pelbagai pertanyaan mengusik jiwa. Boleh jadi buat masa yang cukup lama pertanyaan seperti ini mendatangkan kesan dalam perjalanan hidupku.
Kegundahan ini berterusan sehinggalah tiba saatnya aku diberi Allah kesedaran dan keinsafan. Saat yang mahal seperti ini hanyalah tau k dan hidayah Allah yang Dia anugerahkan kepada si hamba yang akan diberi-Nya perubahan dalam hidupnya, hanya dengan kehendak-Nya bagi mengubah perjalanan hidup si hamba. Agar perjalanan hidup melalui jalur yang betul.
Bukankah Allah Maha Tahu mengenai perihal setiap individu? Malah Allah Maha Berkuasa membuat perubahan cara hidup manusia menuju yang lebih baik. Iaitu saat Allah menghendaki dan dengan cara yang Allah kehendaki jua.


Catatan
Anda jangan hanya ingin cepat memetik hasil atau buah manis istighfar yang anda lakukan. Anda juga mesti berkeyakinan penuh bahawa Allah berupaya atas segala-galanya.
Dengan menekuni istighfar, anda akan meraih apa yang anda
dambakan, biiznillah.
Jika di dunia ini anda belum meraihnya, di akhirat kelak anda mendapatinya. Malah ini jauh lebih penting dan lebih bermakna.
Saya berharap semoga anda meraih kemanfaatan dari kisah saya ini. Malah semoga kemanfaatannya semakin meluas.
Sumber asal
BAHAN RENUNGAN JEMAAH BANDAR BARU BANGI, Selangor DE, dan Brunei Darussalam
Ahmad Asri Lubis 09 Julai 2017


Saudara yang dikasihi, berikut ini dicadangkan waktu-waktu yang sangat baik diisi dengan istighfar, tanpa perlu kepada peruntukan masa secara khas, hanya secara sambilan sahaja:
1.Masa anda pergi kerja atau ke sekolah mengantar dan mengambil anak. Boleh jadi hanya dalam 10 atau 30 minit sahaja. Bayangkanlah dalam 10 minit anda boleh beristighfar dalam jumlah yang banyak.
2.Sebelum dan sesudah solat anda boleh beristighfar 100 kali. Malah dalam perjalanan pergi dan balik dari rumah Allah.
3.Saat menunggu giliran di klinik atau hospital, d i restoran, atau di tempat lain.
4.Menjelang tidur, terkadang ada orang yang hanyut memikirkan perkara yang dianggap kurang perlu. Lantas, mengapa waktu ini tidak anda rebut untuk beristighfar.
Masih banyak lagi peluang anda beristighfar pada waktu-waktulain.Pandai-pandailah memanfaatkanya.


Terlalu panjang jika diceritakan semuanya. Alhamdulilah.
Saudara yang dikasihi, tahukah anda mengapa saya menceritakan kisah saya yang unik ini? Alangkah indahnya, jika kita boleh beristighfar seribu, atau seribu lebih setiap hari. Betapa indahnya jika rumah kediaman kita; rumah ahli istighfar, kariah kita juga kariah ahli istighfar?
Saudara, semaklah dalam Kitabullah tentang pelbagai janji Allah bagi si mukmin yang tekun beristighfar. Hal ini termasuk:
Bahawa Allah akan mendatangkan hujan lebat atau sumber rezeki. Allah juga berjanji akan memberi mereka harta benda dan anak pinak. Kebun-kebun yang subur dan sungai.
Subhanallah, alangkah hebatnya sifat Rahim Allah, tiada Ilah selain Allah.
Allah Maha Rahman, Maha Rahim. Betapa agungnya Kurnia Allah. Betapa luasnya rezeki Allah.


"Saya berazam membuka lembaran hidup baru, iaitu dengan beristighfar sebanyak 1000 atau lebih sehari".
Cuba anda bayangkan, alhamdulillah hanya setelah tiga tahun kemudian, saya sudah mempunyai pekerjaan yang baik, gaji yang cukup lumayan. Malah saya sudah berkahwin dan dianugerahi seorang anak.
Saya juga sudah memiliki kenderaan baru. Hidup saya sangat selesa. Inilah beberapa perihal asas kehidupan saya. Adapun mengenai beberapa perkara yang lain yang telah berubah dalam hidupku, sungguh sangat banyak.


Cerita saya dengan istighfar bermula sejak tiga tahun lalu. Ketika itu saya menghadapi beban mental yang sungguh berat. Bayangkan, saya tidak bekerja, saya masih hidup sebatang kara, saya belum ada kenderaan, atau secara ringkasnya saya tidak ada sumber kewangan.
Namun Alhamdulillah, saya bernasib baik. Dengan izin Allah, lembaran baru dalam kehidupan saya mula terbuka.
Hal ini bermula ketika saya menyaksikan siaran ilmu mengenai istighfar dan kisah cemerlang ahli istighfar. Di samping itu, saya mengikuti ceramah agama mengenai istighfar dan keutamaannya yang sangat hebat.
Dengan demikian, saya berazam membuka lembaran hidup baru, iaitu dengan beristighfar sebanyak seribu atau lebih sehari. Memang demikianlah yang berlaku. Dengan semangat tawakkal yang tinggi, saya mula beristighfar.


i
a
t
n
i
c
n
e
M
4
h
a
K
i
s


s
1
h
a
K
i


a
y
n
s
i
n
a
M
2
h
a
K
i
s


k
a
l
h
K
A
3
h
a
K
i
s


| UstazAsriLubis | Inkreative |






Jadilah seperti bunga yang memberikan keharuman meskipun kepada tangan
yang telah menghancurkannya.” Ali bin Abi Thalib.


Click to View FlipBook Version