The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KHAIRANI YASMIN BINTI RAZALI, 2024-02-06 11:21:47

Buku Resepi Si Kecil

Buku Resepi Si Kecil

RESEPI SI KECIL SI KECIL AMALKAN MAKANAN SIHAT! JOM


ISI KANDUNGAN RESEPI M ASAKAN NASI GORENG PATTAYA BUBUR LAMBUK SUP AYAM SUP KETOLA ROTI TELUR FRENCH TOAST PANCAKE CUPCAKE SPAGETTI CARBONARA ROTI PIZZA NUGGET AYAM 5-6 7-8 9-10 11-12 13-14 15-16 17-19 20-21 22-24 25-26 27-29 PENGENALAN PIRAMID MAKANAN ARAS DALAM PIRAMID MAKANAN FAEDAH 2 3 4 PANDUAN PERSE M BAHAN M AKANAN WARNA SAIZ POTONGAN MAKANAN DEKORASI MAKANAN 31 32 32-33 M AKANAN YANG SELA M AT 30 34


PENGENALAN 1Pemakanan yang seimbang bagi kanak-kanak adalah penting kerana pemakanan yang baik dan sihat akan mempengaruhi tumbuhbesaran kanak-kanak apabila dewasa kelak. Oleh itu, buku resepi si kecil ini adalah sebagai panduan kepada ibu bapa dan guru dalam menyediakan makanan yang berkhasiat kepada kanak-kanak. Buku ini menyediakan resepi yang mudah untuk dimasak bersama kanak-kanak. Sekaligus menyediakan piramid makanan sebagai pengajaran dan pembelajaran kepada mereka.


PIRAMID MAKANAN Saranan pengambilan 6-8 gelas air kosong sehari. Pengambilan air yang mencukupi dapat memastikan badan kita sentiasa terhidrat bagi menjaga kesihatan. Sayur-sayuran Buah-buahan Karbohidrat Susu dan Produk Tenusu Protein Lemak 2


Sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diambil dengan jumlah yang paling banyak berbanding kumpulan makanan lain, iaitu sekurang-kurangnya 3 sajian sayursayuran dan 2 sajian buah-buahan setiap hari. Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan sumber vitamin dan mineral yang penting dalam meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit. Makanan di aras ini kaya dengan karbohidrat Anda juga dinasihatkan untuk memberi perhatian terhadap indeks glisemik pada makanan berkarbohidrat kerana makanan yang mengandungi indeks glisemik yang tinggi mempunyai risiko untuk seseorang mendapat penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi ARAS DALAM PIRAMID MAKANAN ARAS 1 ARAS 2 Makanan yang terdapat pada aras ini kaya dengan protein, lemak, zink, vitamin B dan zat besi Anda disarankan untuk mengutamakan ikan yang kaya dengan omega-3 dan bahagian daging yang kurang berlemak seperti dada ayam. Aras ini fokus kepada produk tenusu seperti susu segar, yogurt dan keju Makanan di dalam aras ini kaya dengan kalsium dan mineral dan sesuai untuk diberi kepada kanak-kanak yang sedang membesar tetapi dalam kandungan yang sederhana Makanan pada aras ini perlulah dikurangkan atau dielakkan kerana ia mengandungi karbohidrat yang tinggi, lemak, gula dan garam yang tinggi dan boleh menyebabkan masalah kesihatan jika pengambilannya tidak dikawal. ARAS 3 ARAS 4 ARAS 5 3


Menyokong perkembangan otak. Menguatkan tulang dan otot. FAEDAH PEMAKANAN SIHAT BAGI KANAK-KANAK Menyokong pertumbuhan keseluruhan. Memperbaiki fungsi sistem penghadaman. Mengekalkan berat badan yang sihat. 4


RESEPI MAKANAN


NASI GORENG PATTAYA 5


10 bji Bawang merah, dihiris BAHAN-BAHAN 6 cawan Beras perang yang sudah di masak CARA-CARA 4 ulas Bawang putih dipotong kecil 2 Dada ayam dipotong dadu 2 biji Telur yang dipukul 2 cawan Lobak merah dipukul dadu 2 sudu besar Kicap masin Sos tomato Minyak Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan goreng ulas bawang merah dan bawang putih yang dihiris sehingga wangi. Masukkan ayam dan lobak merah dan tumis sehingga masak. Masukkan nasi beras ceruh dan gaul sehingga sebati. Campuran kicap, sos tomato, lada putih secukup rasa. Teruskan mengaul sehingga nasi sehingga nasi bercampur dan menjadi panas sepenhnya. Letakkan nasi ketepi. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tuang telur yang dipukul dan goyangkan kuali dengan pemegangnya untuk menjadikan telur dadar tipis. Setelah telur dadar siap, letakkan nasi goreng ditengah telur dadar dengan rata. Lipat telur dadar menjadi bentuk sampul. Terbalikkan telur dadar diatas pinggan hidangan. 6


BUBUR LAMBUK 7


2 cawan Beras perang 4 bji Bawang merah 4 ulas Bawang putih 2 hiris 1 batang Kayu manis 6 biji 1 L Air Tuang minyak ke dalam kuali panas Tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga cerah. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan daging ayam yang dicincang ke dalam kuali. Tumis hingga daging ayam sebati dengan rempah dan menjadi hampir kering. Masukkan beras dan tuang air rebusan ayam. Biarkan mendidih dengan api sederhana. Kacau dan tambah air panas jika perlu. Kecilkan api dan biarkan ia masak sehingga menjadi lembut. Hias dengan bijan putih, daum ketumbar dan daun bawang. Halia Bunga cengkih Bunga lawang 4 biji 80 g Daging ayam cincang Air rebusan ayam Daun bawang Daun ketumbar 1 SB Minyak 2 L BAHAN-BAHAN CARA-CARA 8


SUP AYAM 9


300 g Daging ayam, dibuang kulit dan lemak 1 bji Lobak merah, dihiris 4 biji Kentang, dipotong dadu 2 biji 4 ulas Bawang putih 4 biji 3 sudu besar Kecilkan api dan biarkan sup mendidih. Buang kotoran untuk mendapatkan sup yang jernih. Kisar bawang putih dan bawang merah sehingga sebati. Petik daun ketumbar dari batangnya dan potong halus. Tinggalkan akar dan batangnya untuk dibuat sup. Daun-daun untuk hiasan. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam kuali dan horeng pes bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Masukkan pes bawang putih dan bawang merah yang telah digoreng ke dalam air rebusan. Masukkan lobak merah dan kentang dan teruskan memasak sehingga lembut. Akhir sekali, masukkan tomato dan taburkan sedikit garam Hiaskan dengan carikan daging ayam dan daun ketumbar yang dipotong kecil. Tomato Bawang merah Biji lada hitam 1 sudu besar 1L Air Minyak Daun ketumbar, potong akar dan batang 5 tangkai Dalam periuk lain, masak 2L air hingga mendidih. Masukkan daging ayam, batang ketumbar dengan akr, biji lada hitam dan masak sehingga mendidih (air rebusan. Keluarkan daging ayam dari sup dan carik-carik isi yang sudah masak Hidangkan panas bersama nasi/ mee BAHAN-BAHAN CARA-CARA 10


SUP KETOLA DENGAN TELUR DAN SUHUN 11


2 batang Ketola kecil (kupas kulit dan potong) 2L Air rebusan ayam 2 biji Telur yang dipukul 2 ikat kecil Suhun Masukkan ketola dalam air rebusan ayam dan biar mendidih. Basuh dan tapis suhun Masukkan suhun ke dalam air rebusan ayam yang ada ketola. Masukkan telur yang dipukul. Hiaskan dengan daun bawang. Hidangkan dengan nasi atau makan mee. Daun bawang BAHAN-BAHAN CARA-CARA 12


SANDWICH TELUR 13


Potong bahagian tepi kerak roti di keempat-empat bahagian. Buang kulit telur dan hancurkan telur menggunakan garfu, tetapi jangan terlalu hancur. Biar ada sedikit ketulan kasat untuk tekstur. Masukkan mentega, lada hitam, mayonis dan garam. Kacau sebati. Sapu roti dengan sedikit mentega dan letakkan inti telur, salad dan tomato sekata di antara 2 keping roti. Potong sandwich kepada dua atau empat bahagian mengikut kesukaan anda dan sedia untuk dihidang. BAHAN-BAHAN CARA-CARA Telur, direbus 4 biji 8 keping Roti Mentega/ margerin 1 sudu besar Mayonis 2 sudu besar Lada hitam 1/2 sudu kecil 1/4 sudu Garam Daun salad Tomato 14


FRENCH TOAST 15


5 keping Roti 2 biji Telur 2 sudu besar Susu full cream Bawang besar, hiris Pecahkan telur di dalam mangkuk. Masukkan susu, garam dan bawang. Kacau sebati. Panaskan kuali leper, lebih baik jika gunakan kuali non stick. Masukkan 1 sudu kecil butter. Celup kedua belah bahagian roti di dalam adunan telur. Kautkan bawang dan letakkan dia atas bahagian yang hendak di goreng. Cepat-cepat telangkupkan ke atas kuali. Apabila bahagian bawah masak, kautkan bawang ke bahagian atas dan cepat-cepat terbalikkan. Masak sehingga garing keperangan. Kemudian angkat dan hidangkan. Garam 1/4 sudu Butter 1/4 sudu kecil 1/2 biji BAHAN-BAHAN CARA-CARA 16


PANCAKE 17


2 cawan Tepung gandum 4 sudu besar Mentega 4 sudu Jus lemon 4 sudu Gula kastor 3 sudu Garam Teh baking powder 250g Coklat bar, cincang 1/4 cawan 1/2 cawan Susu full cream, Dutch lady Telur Susu full cream Tepung gandum 2 biji 1 1/2 1 sudu 1 sudu besar BAHAN-BAHAN Butter Pancake Coklat 18


Cairkan mentega Campurkan sekali susu, jus lemon, telur dan mentega yang di carikan. Campur susu dan jus lemon, biarkan selama 5 minit Dalam Mangkuk berasingan, adunkan bahan kering iaitu tepung, garam, baking powder dan gula. Kemudian tuang adunan basah kedalam mangkuk yang berisi bahan kering dia dalam langkah 4. Dan kacau hingga sebati. Pancake Panaskan nonstick pan yang digriskan dengan sedikit minyak sayur, tuang 1/4 adunan keatas kuali dan masak sehingga buih timbul di permukaan. Masak sehingga keperangan di kedua2 belah bahagian. Coklat Cairkan coklat menggunakan kaedah 'double boil'. Kemudian masukkan butter, dan susu. Kacau sebati. Bancuh tepung menjadi pes yang pekat, masukkan kedalam bekas coklat dan kacau sehingga mendapat kepekatan yang sesuai. CARA-CARA 19


CUPCAKE DOUBLE CHOCOLATE CHIPS MUFFIN 20


1 cawan Susu full cream 3/4 cawan Gula kastor 2 biji 1/2 cawan 1 sudu kecil Esen vanila 2 cawan 1 cawan Susun cawan kertas dalam acuan / loyang. Sudu masuk adunan kedalam cawan kertas. Masukkan anggaran ¾ penuh cawan kertas. Tabur coklat cip atas muffin. Bakar pada 170⁰C, masa anggaran 15-20 minit (bergantung pada oven masing-masing). Bila muffin dah nampak agak masak dan naik kembang boleh keluarkan muffin. Cucuk muffin dengan lidi, kalau lidi keluar kering dan basah sikit dekat hujung kira dah masak. Jangan terlebih bakar takut muffin kering dan tak sedap. Minyak jagung Tepung gandum Serbuk koko 1/2 cawan 1/2 sudu kecil Garam Coklat cip Baking soda 1/2 sudu kecil Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking soda, baking powder dan garam halus. Masukkan adunan basah dalam adunan kering dan kacau sebati (jangan terlebih kacau takut muffin keras). Masukkan cip coklat dan kacau sekata. BAHAN-BAHAN CARA-CARA Telur Baking powder 1/2 sudu kecil Tips Jangan terlebih kacau adunan takut muffin keras. Protein dalam tepung akan menghasilkan gluten punca adunan kental dan keras. 1. 2. Boleh scoop masuk adunan kedalam cawan kertas guna ice cream scoop untuk lebih senang. 3. Boleh isi adunan sampai hampir penuh, jadi bila masak nanti muffin akan kembang naik atas. 21


SPAGETTI CARBONARA 22


Cendawan 500 g Spagetti Garam Minyak zaitun Serbuk lada hitam 1 sudu kecil Capsicum Herba itali 1/2 sudu kecil 1/2 biji Bawang holland Bawang putih Keju Spaghetti BAHAN-BAHAN Carbonara 2 ulas 1 biji Susu full cream 1 cawan Isi ayam Minyak zaitun Sos carbonara prego 23


Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan Masukkan spaghetti kering, dan garam. Lebihkan garam biar air rasa sedikit masin. Rebus sehingga spaghetti lembut. Tapis spaghetti dan tuang sedikit minyak zaitun dan kacau sebati supaya spaghetti tidak melekat. Masukkan udang dan serbuk black pepper. Masukkan cendawan butang. Masukkan sos carbonara segera dan tambah sedikit susu full cream. Masak sehingga mendidih. Panaskan sedikit minyak zaitun. Tumis bawang holland sehingga layu dan kemudian masukkan bawang putih. Setelah kekuningan, masukkan sosej, capsicum dan serbuk black pepper. Kacau sekejap. CARA-CARA Spaghetti Carbonara Tambah 1 keping keju cheddar. Masukkan sedikit serbuk italian herbs kering. Tabur dengan daun parseli yang dicincang halus dan sedikit garam.Sedia untuk dihidang. Tips Jangan masukkan minyak zaitun semasa rebus spaghetti kerana ianya akan membazir bila kita tapis air nanti. Cukup sekadar tuang sedikit minyak semasa spaghetti lembut dan sudah ditapis. 24


PIZZA 25


6 keping Roti 1 tin Sos pasta Capsicum Keju Mozzarella Alas loyang menggunakan baking paper. Susun kepingan roti sandwich memenuhi tray. Sapu setiap kepingan roti dengan sos pasta dengan secukupnya. Sos pasta ini sudah mempunyai rasa masam, manis dan haruman parsli. Letak parutan keju mozzarella dan susun hirisan capsicum, sayur, isi ayam atau apa sahaja topping pilihan anda. Tutup inti dengan menambah parutan keju mozarella. Ayam Sayur BAHAN-BAHAN CARA-CARA 1 biji Bakar piza anda pada suhu 200C menggunakan api atas bawah selama 15 minit. Bila keju mozzarella sudah agak keperangan, boleh keluarkan piza. 26


NUGGET AYAM 27


Tepung ubi 4 sudu besar 500g Isi ayam 4 keping Roti 125 ml Susu full cream Bawang putih Bawang merah 1 sudu kecil Serbuk lada putih 1 biji Serbuk lada hitam 1 sudu kecil Paprika 1/2 sudu kecil 3 ulas Herba itali Serbuk penaik Garam 1/2 sudu kecil 1 sudu kecil 1/2 sudu kecil 2 biji Telur Tepung gandum Serbuk roti Isi nugget BAHAN-BAHAN Salutan 28


Masukkan tepung ubi dan baking powder. Sambung kisar halus semua bahan. Potong kasar roti. Masukkan roti dan susu dalam mangkuk. Tekan-tekan roti biar serap sebati. Parut halus bawang putih dan bawang merah kecil. Isi ayam trim buang tulang dan lemak kemudian potong kepada ketulan kecil. Masuk dalam food processor isi ayam, roti yand direndam, serbuk lada putih, bawang parut, serbuk cayenne atau paprika, serbuk lada hitam, herba itali (pilihan) dan garam. Kisar sampai halus. Gris loyang (loyang 7x7 inci) dengan minyak masak. Pindah masuk isi ayam kisar kedalam loyang. Ratakan dengan tangan (untuk mudah, lumur tangan dengan minyak sebelum ratakan). Kukus anggaran masa 20 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk. Isi nugget Potong atau terap isi nugget mengikut cita rasa masing-masing Salutan Pecahkan telur. Masukkan garam dan pukul sebati. Salut isi nugget dengan tepung gandum. Celup dalam telur. Toskan lebihan telur. Salut sebati dengan serbuk roti. Goreng nugget dalam minyak separuh tenggelam. Angkat dan hidang bersama sos cili dan mayonis. CARA-CARA 29


PANDUAN PERSEMBAHAN MAKANAN KANAK-KANAK Di samping menyediakan makanan sihat kepada kanakkanak, persembahan makanan perlu dititikberatkan. Kos penyediaan dan persembahan makanan tidak semestinya mahal. Oleh itu, penyedia makanan perlu kreatif dalam mempersembahkan makanan supaya kanak-kanak tertarik untuk menikmati makanan yang disediakan. Persembahan makanan boleh dibuat melalui kombinasi warna, saiz potongan makanan dan dekorasi makanan. Selain itu, penyedia makanan juga boleh memperkenalkan makanan berdasarkan tema pengajaran. Contoh: Belajar mengenali warna melalui warna sayur-sayuran dan buahbuahan. 30


a. Warna Penyediaaan makanan yang pelbagai warna penting untuk menarik perhatian kanak-kanak. Contoh: sayur-sayuran hijau, lobak merah, jagung dan tomato untuk memberi warna yang menarik. Penggunaan pewarna tiruan dalam penyediaan makanan untuk kanak-kanak perlulah dielakkan. Penyedia makanan boleh menggunakan sumber pewarna asli seperti warna hijau daripada daun pandan, warna merah daripada bunga roselle, warna biru daripada bunga telang dan warna kuning daripada kunyit. 31


b. saiz potongan makanan Potong sayur-sayuran dan buah-buahan mengikut saiz yang sesuai dengan umur kanak-kanak. Bagi menarik minat kanak-kanak untuk makan, pelbagaikan bentuk potongan makanan yang dihidangkan. Contoh: lobak merah dipotong berbentuk bunga atau bintang. c. dekorasi makanan Selain dekorasi yang dibuat ke atas makanan itu sendiri, pinggan mangkuk yang berwarnawarni juga boleh digunakan dalam membantu menarik minat kanak-kanak untuk makan. 32


Pihak guru/ penyedia makanan boleh melibatkan kanakkanak dalam penghidangan makanan seperti menghidangkan buah-buahan, minuman dan sebagainya. Menghias makanan menggunakan bahan yang tidak boleh dimakan dapat meningkatkan risiko tercekik dan boleh mengakibatkan makanan tercemar dengan bahanbahan toksik yang mungkin terkandung dalam bahan hiasan tersebut. Contoh dekorasi makanan yang membantu menarik minat kanak-kanak untuk makan: 33


BAGAIMANA MEMILIH MAKANAN YANG SELAMAT? BAGAIMANA MEMILIH MAKANAN YANG SELAMAT? Sayur-sayuran dan buah-buahan Tidak layu dan kering Tidak berubah warna atau berbau busuk Tidak berulat Ikan Udang Ayam Telur Bijirin/Kekacang Makanan berbungkus Kulit berkilat dan cerah Mata tidak berwarna merah Insang berwarna merah cerah Tidak berbau busuk lsi pejal dan anjal Tidak rosak, kulitnya lutsinar tanpa tompoktompok hitam Tidak berbau busuk Kulit berwarna cerah, tidak lebam dan bersih (tiada bulu ayam) Tidak berlendir dan berbau busuk Isi pejal dan anjal Eak memilih telur yang retak, pecah dan diselaputi oleh najis atau kekotoran Tidak melepasi tarikh luput Tidak lembab atau basah. Tidak reput dan berkulat (berkulapuk). Tidak mengandungi serangga atau bahan asing. Pilih makanan dalam tin yang tidak kemek, tidak bocor, tidak berkarat, tidak kembung dan tidak kotor. Pilih makanan yang bebas daripada kulat, berbau busuk dan bertukar warna. Tidak melepasi tarikh luput. 34


NOTA


Click to View FlipBook Version