GENERASI MADANI SEKOLAH BEBAS DADAH
ISI KANDUNGAN: Biodata Pendahuluan Apa itu Generasi Madani? Kepentingan Sekolah Bebas Dadah Pendidikan Pencegahan Dadah. Stratègi Mewujudkan Sekolah Bebas Dadah. Kisah Pelajar yang pernah menjadi Penagih Dadah Kesimpulan
BIODATA DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AKID BIN KAMARULAZMI • SK SUNGAI RAYA • KELAS: 5 IMAN • GURU PEMBIMBING: • PUAN KHALIJAH
Pengenalan Dadah bukanlah perkara baru dalam kehidupan seharian manusia kerana penggunaannya telah dikesan sejak berabad-abad yang lalu meskipun tarikh sebenar tidak dapat diketahui. Mengikut sumber sejarah, dadah dikaitkan dengan alam fantasi oleh masyarakat zaman dahulu kala yang menganggapnya sebagai pembalut penderitaan dan sumber keseronokan.
MAKSUD MADANI Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan “Madani” membawa erti maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan (masyarakat, generasi dan sebagainya) Madani juga memberi makna usaha untuk membentuk masyarakat dengan menyemaikan nilai-nilai murni kekeluargaan, kurikulum yang juga terarah kepada pembinaan masyarakat
Generasi Madani merujuk kepada generasi yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang selaras dengan nilai-nilai Islam dan prinsip kemanusiaan. Mereka adalah individu yang mempunyai: Kesedaran Sosial: Prihatin terhadap isu-isu masyarakat dan aktif menyumbang kepada kesejahteraan bersama. Nilai-nilai Positif: Mengamalkan integriti, hormat-menghormati, dan tanggungjawab. Gaya Hidup Sihat: Menjauhi amalan merosakkan seperti penyalahgunaan dadah, alkohol, dan rokok vape.
Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran ‘Sekolah Bebas Dadah’
Perkembangan Sosial dan Emosi Sekolah yang bebas dadah dapat memastikan pelajar tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Pelajar akan mempunyai hubungan yang lebih sihat dengan rakan-rakan dan keluarga, serta lebih berkemungkinan terlibat dalam aktiviti- aktiviti positif seperti sukan dan kelab. Mereka akan memanfaatkan masa yang berkualiti dan berkuantiti dalam aktiviti yang berfaedah seperti aktiviti kokurikulum.
Pencegahan Awal Sekolah yang bebas dadah akan memberikan kesedaran dan pencegahan awal kepada pelajar tentang musibah dan padah yang akan dibawa oleh penyalahgunaan dadah. Dengan ini, pelajar akan mengelakkan diri daripada terjerumus ke kancah Jenayah dan menjadi seorang yang benci akan dadah. DENGAN MEMASTIKAN SEKOLAH BEBAS DARIPADA DADAH, KITA BUKAN SAHAJA MELINDUNGI PELAJAR TETAPI JUGA MELAHIRKAN PELAJAR LEBIH SIHAT, PRODUKTIF, DAN BERJAYA
Pendidikan Pencegahan Dadah Bahaya Dadah Fizikal: Kerosakan organ dalaman seperti hati dan otak. Mental: Risiko tinggi untuk mengalami gangguan mental seperti skizofrenia dan kemurungan. Sosial: Kecenderungan untuk terlibat dalam jenayah dan masalah sosial.
Strategi Mewujudkan Sekolah Bebas Dadah Hari Antidadah Aktiviti seperti pertandingan poster, penulisan esei, dan persembahan drama bertemakan anti-dadah. Menawarkan peluang kepada pelajar untuk mengasah bakat sekali gus mencelikkan minda tentang pengetahuan dadah. Kelab Antidadah Penubuhan kelab yang mempromosikan kehidupan bebas dadah dan mempromosikan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid akan menjauhi dadah dan menjadi seorang yang sihat sentiasa.
Karnival Kesedaran Menganjurkan karnival dengan aktiviti pendidikan dan rekreasi yang meningkatkan kesedaran murid tentang risiko penyalahgunaan dadah. Sekolah akan bebas daripada dadah dan mewujudkan persekitaran sekolah yang aman dan ceria, Kerjasama Komuniti Pihak sekolah boleh bekerjasama dengan pihak polis dan agensi berkaitan. Pihak sekolah juga boleh melibatkan ibu bapa dan komuniti dalam aktiviti pencegahan dadah. Pengawasan dan Penguatkuasaan Pihak sekolah hendaklah menguatkuasakan peraturan sekolah yang tegas terhadap penyalahgunaan dadah. Pihak berkuasa juga hendaklah mengadakan pemeriksaan berkala untuk memastikan persekitaran sekolah bebas dadah.
Kisah Seorang Penagih Dadah Berdasarkan kisah benar seorang penagih dadah, semoga pengalamannya dapat menjadi pengajaran dan iktibar kepada setiap individu. Pada awalnya dia mengenali rokok pada tahun 6. Pada masa itu juga terkenal dengan ganja dan penulis benci akan orang yang menghisap dadah. Pada umur 18, penulis mula terjerumus ke lembah kehinaan kerana didikan agama dan moral yang senipis kulit bawang. Dia bermula menghisap ganja. Dia mengamalkan budaya hedonisme dengan mencuba ubat. Selepas penulis sudah lali dengan ubat, dia pula minum arak walaupun dia tahu bahawa arak adalah raja kejahatan. Pada masa itu, penulis mula melawan ibu bapanya dan banyak kali menjatuhkan air mata mereka. Dia berasa dirinya semakin teruk dan terdapat banyak dosa yang telah dilakukan olehnya. "Sudah jatuh ditimpa tangga", dia mengalami kemalangan jalan raya dan tangannya patah. Walau bagaimanapun, dia masih menghisap dadah dan ganja untuk menghilangkan rasa kebosanan.
Selepas sembuh daripada kemalangan, dia ditawarkan kerja di Korea. Di situ, dia mula berubah dari segi pemikiran, akidah dan disiplin. Dia bergaul dengan rakan yang positif dan mula menyedari kesalahannya. Dia berdoa dan bersolat setiap hari. Pada suatu hari, dia diterima masuk ke institut pengajian tinggi Awam (IPTA). Penulis merasai Tuhan banyak membantu dia dan menariknyadaripada kancah jenayah. Semenjak itu, dia berazam akan berhenti menagih dadah
Kesimpulan Bagaimana seseorang itu mencegah dari menagih dadah? • 1. Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan dan sikap yang baik • Mengenali jenis dadah yang menyebabkan ketagihan • 2. Hadapi tekanan rakan sebaya dengan berkesan • Bertindak tegas • Belajar bagaimana untuk berkata “TIDAK” • 3. Kendali masalah anda dengan berkesan • Belajar bagaimana menyelesaikan masalah • Minta bantuan orang dewasa yang anda percayai • 4. Peka dengan persekitaran anda • Memahami bahawa bukan semua tingkah laku orang dewasa boleh ditiru • Pilih kawan yang baik • Elakkan keadaan dan persekitaran yang berisiko