The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LEBIH BAIK CEGAH:<br>MURID CERIA, GURU BAHAGIA DAN SEKOLAH BITARA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Me, 2023-08-06 02:14:47

BUKU SKRAP DIGITAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

LEBIH BAIK CEGAH:<br>MURID CERIA, GURU BAHAGIA DAN SEKOLAH BITARA

Buku Skrap : DARVIH Buku Skrap : DARVIH Nama Murid : Dhiya Nur Safiyya binti Mohamad Safuan Aisyah Iman binti Mohd Shahrulamin Sekolah : Sekolah Kebangsaan Desa Jaya Kod Sekolah : CBA9153 Tahun : Tahun 6 Dadah Dadah, , Alkohol Alkohol, , Rokok Rokok, Vape, , Vape, Inhalan Inhalan, HIV AIDS , HIV AIDS Nama Guru Pembimbing : Pn. Suryanie binti Hamzah Sekolah : Sekolah Kebangsaan Desa Jaya Kod Sekolah : CBA9153 Jawatan Guru : Guru Akademik Mata Pelajaran Bahasa Arab MURID CERIA, GURU BAHAGIA DAN SEKOLAH BITARA LEBIH BAIK CEGAH:


•Sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal , mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan . •Akibat akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung kepadanya . 01 DADAH Jenis -jenis dadah : 01 ❑ Opiat Candu ini mengandungi pelbagai bahan yang berbeza dan kemudiannya diasingkan dan diproses menjadi Morfin dan seterusnya Kodein ❑ Stimulan Sejenis Amfetamine (ATS) merupakan sekumpulan jenis dadah peransang yang bertindak ke atas sisitem saraf pusat atau Central Nervous System (CNS) . ❑ Ganja Nama saintifik tumbuhan ini adalah Cannabis Sativa Kanabis . Ia juga dikenali sebagai marijuana dan dikatakan berasal daripada perkataan Portugis iaitu Mariguango yang bermaksud bahan memabukkan . ❑ Depresen Kumpulan dadah depresen (penekan) merupakan sejenis dadah yang bertindak terhadap sisitem otak sehingga membuatkan seseorang itu tidak sedarkan diri bila diambil secara berlebihan ❑ Halusinogen Sejenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria (sensory perception) dan pandangan visual seta menyebabkan halusinasi . ❑ Ketum Nama saintifik ketum ialah Mitragyna Specioasa Korth . Suatu ketika dahulu ia banyak digunakan sebagai ubat tradisi untuk merawat penyakit .


•Alkohol ialah cecair yang mudah terbakar dan memberikan kesan memabukkan kepada seseorang jika diminum secara berlebihan. •Akibat akan memberikan kesan buruk seperti koordinasi, pemikiran dan pertururan terganggu,penglihatan menjadi kabur,masalah pernafasan dan kemurungan. 02 ALKOHOL Kesan Pengambilan alkohol secara berlebihan 02 Kesihatan Mental ❑ Kecelaruan tingkah laku ❑ Keyakinan diri menurun ❑ Hilang ingatan sementara dan kekal ❑ Hilang pertimbangan dan keliru membuat keputusan Kesihatan Fizikal ❑ Sakit kepala ❑ Muntah ❑ Cirit-birit ❑ Badan menggeletar Kesan Emosi ❑ Keresahan dan kemurungan ❑ Tidak stabil ❑ Cepat marah dan agresif


03 ROKOK 03 Masalah kesuburan • Masalah kesuburan untuk lelaki dan perempuan . • Kadar kesuburan akan menurun . Penyebaran asap rokok • Memberikan kesan negatif kepada kesihatan orang sekeliling terutama kanak -kanak dan ibu mengandung . Penurunan Fungsi Kognitif • Bahan kimia menyebabkan kemerosotan fungsi kognitif • menjejaskan tahap kesihatan otak . Merosakkan paru -paru • Kerosakan berpanjangan pada paru -paru • menyebabkan kanser paru -paru dan masalah pernafasan Menjejaskan saluran jantung • Kadar denyutan jantung meningkat • Meningkatkan kadar risiko penyakit jantung dan strok Melemahkan sistem imunisasi • Menyebabkan badan senang dijangkiti penyakit -penyakit kronik seperti sakit jantung dan diabetes 6 Keburukan Utama Merokok Rokok merupakan silinder kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan garis pusat sekitar 10 mm yang berisi daun -daun tembakau yang telah dicincang . Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara supaya asapnya dapat disedut melalui mulut pada hujung yang lain .


04 VAPE 04 1. Risiko kematian dengan sertamerta • penggunaan e-rokok yang terlampau kerap dan terlalu lama boleh mengakibatkan masalah pada organ paru-paru atau EVALI. 2. Menjejaskan kesihatan • tabiat vape boleh menjejaskan dua lagi organ paling penting dalam tubuh badan iaitu jantung dan otak di mana ia berisiko untuk mengalami kerosakan serta kecacatan dalam jangka masa panjang. 3. Menyebabkan ketagihan • Tidak cukup dengan masalah kesihatan gara-gara tabiat vape itu, diri anda juga mungkin akan mengalami ketagihan 4. Senyumam yang tidak lagi menawan • majoriti daripada mereka mungkin memiliki warna gigi dan gusi sedikit berbeza selain pernafasan yang berbau. Kesan Vape ➢ Perkataan "vape" berasal daripada perkataan slang bahasa Inggeris untuk "vaporizer" iaitu alat yang digunakan untuk menghisap ganja, tembakau dan campuran rokok lain. ➢ Vape dapat menurunkan sistem imunisasi badan. Cecair vape mengandungi paras nikotin yang tinggi yang boleh mengakibatkan kematian. Cecair vape juga mengandungi pelbagai perisa merbahaya dan menunjukkan sitotoksisiti (cecair yang mampu membunuh sel paru-paru, otak dan lapisan kulit) yang tinggi). ➢ Vape boleh membahayakan kesihatan. Ini kerana vape mempunyai nikotin yang cukup untuk merosakkan paru-paru


•Inhalan dikenali juga sebagai bahan hiduan atau sedutan adalah bahan mudah meruap (volatile) yang dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan minda. Umumnya, inhalan boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu: •Pelarut Mudah Meruap: Merupakan cecair yang akan meruap pada suhu bilik termasuklah cat dan penipis/pelarut cat, bahan pelindung fabrik, penanggal gris, bahan pengilat, minyak gas, minyak petrol, gam dan pelekat, cecair pemadam dan dakwat pen. •Bahan Gas: Produk kegunaan di rumah yang mengandungi gas termasuklah pemetik api yang berisikan gas butana, tong gas propana dan gas peti sejuk iaitu freon. Antara penyembur aerosol yang mudah didapati di rumah adalah cat penyembur, semburan pewangi dan penyembur rambut. •Bahan Nitrit: Merupan sejenis bahan sedutan yang sering digunakan sebagai pemangkin seks dan mudah diperolehi di kelab-kelab malam 05 INHALAN 05 Kesan Pengambilan alkohol secara berlebihan Menyebabkan penagih berasa khayal Penagih mungkin hilang deria rasa, dan seterusnya tidak sedarkan diri Menyebabkan berasa loya dan muntah Hilang kawalan diri, berkelakuan agresif, tidak sedarkan diri, atau mati Menyebabkan kesesakan nafas akibat kekurangan oksigen Penagihan yang berterusan boleh mengakibatkan kerosakan sel-sel otak yang kekal


06 HIV AIDS HIV AIDS 06 Mudah merebak melalui cecair badan: • Darah • Air mani • Cecair faraj • Susu ibu HIV merebak melalui: •Hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti. •Penagih dadah yang berkongsi jarum dan alat suntikan •Pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV •Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, melahirkan atau sewaktu menyusu. CARA JANGKITAN HIV DAN AIDS AIDS AIDS adalah singkatan bagi 'Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit' dan adalah peringkat terakhir jangkitan HIV. HIV HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. • demam • sakit tekak dan batuk • sakit otot • sakit kepala • cirit-birit • bengkak kelenjar limfa • letih • ruam • sakit sendi • turun berat badan Tanda dan Gejala Jangkitan HIV: Pesakit HIV mudah untuk mendapat jangkitan kuman disebabkan sistem ketahanan badan lemah. Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, gejala AIDS akan muncul dalam 8-15 tahun Gejala Jangkitan AIDS: •Ruam •cirit-birit yang kronik •jangkitan sistem pernafasan •jangkitan paru-paru yang teruk dan batuk kering •jangkitan kuman pada otak (contohnya toxoplamosis) •Jangkitan kulat (contohnya candidiasis pada saluran makanan atau sistem pernafasan) •kanser (contohnya Kaposi’s sarcoma)


PENUTUP PENGHARGAAN Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang telah memberi kami idea untuk menyiapkan buku skrap ini. Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada guru kami yang memberi idea. Akhir sekali, kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penghasilan buku skrap ini. Terima kasih. Secara kesimpulannya, sesiapa yang terjebak dalam aktiviti negatif ini akan memberi kemudaratan kepada diri sendiri. Oleh itu, marilah kita semua meningkatkan kesedaran dan kefahaman kita terhadap bahaya penyalahgunaan dadah, alkohol, rokok, vape, inhalan mahupun HIV serta AIDS. Mencegah daripada berlakunya kegiatan buruk ini bukan sahaja untuk menjamin kesihatan individu semata-mata malahan memberi kebaikan kepada masyarakat. Amalan gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara. Ia adalah suatu keadaan fizikal, minda yang sihat, cergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit. Amalan ini harus dipupuk serta disedari oleh kita sejak daripada kecil lagi. Ibu bapa serta anggota keluarga lain juga memainkan peranan dalam mendidik kita mengamalkan gaya kehidupan ini. Peribahasa Melayu ada menyebut “Mencegah itu lebih baik dari mengubati”. Marilah kita sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat sebelum terlambat.


Click to View FlipBook Version