The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 2 Amni Firzanah bmmb1144 sem3 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amnifirzanah, 2023-06-18 05:12:19

TUGASAN 2 Amni Firzanah bmmb1144 sem3 2023

TUGASAN 2 Amni Firzanah bmmb1144 sem3 2023

AMNI FIRZANAH BINTI MUHAMAD BADLI SHAM PENGAJIAN MELAYU 2 PPISMP JUN 2022 BMMB1144 Amni Firzanah


KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT Amni Firzanah AWANGSARIYAN (2007) ASMAH HAJIOMAR (2000) Penggunaan bahasa yang digunakan setiap hari tanpa mengguris perasaan pendengar AMAT JUHARI MOAIN (1992) Kehalusan dalam penggunaan bahasa beserta nilai-nilai hormat ketika berkomunikasi secara lisan atau tulisan Penggunaan bahasa yang baik untuk menunjukkan penghormatan kepada pendengar Kehalusan budi bahasa atau budi pekerti meliputi aspek lisan atau tulisan


GAYA KESANTUNAN BERBAHASA ISU KESANTUNAN BERBAHASA KESANTUNAN BERBAHASA DALAM SISTEM BAHASA Amni Firzanah KANDUNGAN


Bahasa Sapaan Amni Firzanah GAYA KESANTUNAN BERBAHASA Bahasa Terbalik Bahasa Kiasan Peribahasa Pantun Pengurusan Air Muka


Amni Firzanah KESANTUNAN BERBAHASA DALAM SISTEM BAHASA BINAAN AYAT SEBUTAN DAN INTONASI BINAAN KATA EJAAN DAN TANDA BACA


ISU KESANTUNAN BERBAHASA Amni Firzanah


Kemunculan jaringan sosial yang makin meluas penggunaannya seperti Instagram dan Twitter akan mengganggu penggunaan bahasa seseorang itu jika disalahgunakan khususnya generasi muda yang mudah terpengaruh dan kurang ilmu pengetahuannya untuk berbudi ketika berbahasa Amni Firzanah kERANCUAN BAHASA DALAM MEDIA SOSIAL


Amni Firzanah Kerancuan Bahasa dalam media sosial Kerancuan bahasa merupakan pencemaran kepada bahasa yang disalahgunakan oleh segelintir masyarakat tetapi memberikan makna yang sama. Kerancuan bahasa yang disebarkan di media sosial lazimnya kurang diberi perhatian oleh masyarakat kini. Hal ini telah menimbulkan lebih banyak kes kerancuan bahasa yang dikongsi atau disebar di media sosial yang menjadi elemen penghubung kepada manusia hanya di hujung jari Gambar di sebelah menjelaskan salah satu kerancuan bahasa yang wujud di media sosial iaitu penggunaan bahasa dialek. Pengguna media sosial ini telah menggunakan dialek Kelantan seperti 'buke' sama erti bagi 'bukan'. Penggunaannya telah memberi kesan kepada orang yang melayari media sosial sejurus akan turut serta menggunakannya malah jika disalahgunakan oleh orang yang bukan berasal dari negeri Kelantan, berkemungkinan akan berlakunya persengketaan. Maka timbullah pelbagai masalah kerana penggunaan dialek dalam berkomunikasi sama ada lisan atau tulisan menurut Siti Rahimah Mustafa et. al. (2017) , akan merosotkan tahap keyakinan seseorang.


Amni Firzanah Penduduk negara yang berbilang kaum ini perlu menjaga hubungan baik dengan mengelakkan diri daripada menyentuh sensitif sesuatu kaum seperti agama dan budaya kaum Pertentangan akidah Islam


Amni Firzanah Pertentangan akidah Islam Akidah islam merupakan keimanan seseorang terhadap Allah dan RasulNya dengan mengikut segala suruhanNya dan jauhi laranganNya. Akidah adalah sesuatu yang wajib diakui oleh hati tanpa syak wasangka kerana akidah ialah teras pada agama Islam. Filem Mentega Terbang merupakan salah satu filem yang menyampaikan mesej melalui teks dan subteks bahasa yang bertentangan dengan akidah dan filem ini ditentang oleh ramai pendakwah serta JAKIM kerana melibatkan sensitif kaum dari segi agama orang Islam. Melalui media massa, filem ini telah disiarkan yang akhirnya akan menyebabkan persengketaan kerana bahasa yang digunakan tidak bersesuaian dengan apa yang dituntut dalam agama seperti watak Uncle Kasim yang memahami kebenaran mutlak berdasarkan dialog-dialog yang dituturkan yang membuatkan suatu perbandingan yang berat sebelah dari segi agama. Hal ini meragukan lebih ramai orang mengenai keindahan agama Islam itu sendiri.


Setiap orang perlu berinteraksi dengan bahasa yang sopan antara satu sama lain kerana jika kita tersilap penggunaan bahasa akan membuatkan orang tersinggung dengan perkataan yang seakan-akan menghina mereka seperti gemuk Amni Firzanah PERCAMPURAN KOD SLANGA


Amni Firzanah Percampuran Kod PERCAMPURAN KOD atau BAHASA ROJAK merupakan perkataan atau penggunaan bahasa yang mencampurkan pelbagai bahasa dalam setiap pertuturan Mohan et. al mengatakan perbezaan dalam kepelbagaian bahasa Inggeris yang diguna pakai di Malaysia di atas faktor tradisi di mana kebanyakan keluarga menerapkan anak mereka dengan penggunaan bahasa Inggeris sejak kecil sehinggakan latihan pertuturan dalam bahasa Melayu berlaku dengan kurang baik dan berkesan. Hal ini telah mengakibatkan anak-anak tidak dapat memahami bahasa ibunda yang sebenar iaitu bahasa Melayu dengan baik sekaligus menjadi penyebab kepada berlakunya percampuran kod. (Jalaluddin & Tinggok, 2016)


Amni Firzanah Percampuran Kod Berdasarkan gambar yang dipaparkan menunjukkan berlakunya percampuran kod bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang berlaku di tempat kerja Faktor persekitaran tempat kerja juga menjadi penyumbang kepada percampuran kod ini. Selain itu, faktor media sosial turut jelas membuktikan bahawa tidak munculnya kesantunan dalam berbahasa ini khususnya generasi muda kini yang menggunakan manglish dalam kehidupan sehaian mereka Jelaslah di sini bahawa fenomena percampuran kod ini telah berlaku secara meluas di atas beberapa faktor yang membudayakan generasi kini untuk terus menggunakannya. (Jalaluddin & Tinggok, 2016)


Amni Firzanah Slanga Ungkapan yang tidak tergolong dalam bahasa baku dan biasanya digunakan oleh segelintir masyarakat dalam percakapan tidak rasmi. (Noresah, 2005) Berdasarkan gambar diatas menceritakan bahawa dua orang remaja yang menggunakan bahasa slanga untuk membuatkan rakannya tidak yakin akan penampilannya yang berbaju kurung dengan menggunakan bahasa yang kurang sopan tetapi masih didengari oleh rakan tersebut .Penggunaan bahasa slanga ini berleluasa dalam kalangan remaja yang kurang didikan keluarga serta pengaruh rakan. Bahasa Slanga ini mulanya digunakan oleh pelajar universiti diikuti artis rok dan kemudian remaja. Penggunaan bahasa slanga ini juga berbeza mengikut kumpulan bertujuan menunjukkan identiti kumpulan tersebut. Bahasa ini tertubuh di atas beberapa faktor seperti tujuan berjenaka sesama rakan untuk mengurangkan tekanan emosi yang dialami disebabkan kurang minat dengan pembelajaran, ingin memepercepatkan sebutan dengan meringkaskan setiap perkataan yang wujud dan ada segelintir kumpulan yang menggunakan bahasa slanga ini untuk mencipta istilah yang tersirat untuk mengelakkan penggunaan bahasa negatif mereka diketahui umum


Amni Firzanah IBU BAPA GURU KERAJAAN membentuk akhlak anak-anak dengan cara penggunaan bahasa yang sopan tegas dan berlembut dalam membentuk aklhak mengikut keadaan memantau cara pergaualan dan aktiviti anak-anak penekanan terhadap penggunaan bahasa baku dan aspek kemahiran bahasa ketika proses pdp berlaku menerapkan nilai-nilai murni dalam diri agar mempengaruhi muridmurid untuk turut ikutinya mengadakan kempen kesedaran mengenai kepentingan menggunakan bahasa yang sopan dan berbudi pekerti menganjurkan bengkel kesantunan dalam berbahasa secara percuma menyebarkan secara maksimum kepentingan penggunaan bahasa yang sopan melalui media massa


Bahasa ialah sebuah alat yang digunakan oleh manusia untuk menyampaikan maklumat melalui cara komunikasi. Jika bahasa tidak digunakan dengan betul, maka akan ada segenlintir masyarakat yang akan tersalah tafsir maklumat tersebut. Hal ini akan menyebabkan persengketaan dan menjadi lebih parah apabila hal ini diketahui umum melalui media massa yang semakin meluas penggunaannya. Jelaslah di sini bahawa penggunaan bahasa yang bersopan santun dengan cara yang betul dapat menjadikan masyarakat yang tinggal di negara kita hidup dengan aman. Oleh itu, pelbagai cara telah diusahakan oleh pihak ibu bapa, guru dan kerajaan untuk membuatkan masyarakat lebih-lebih lagi generasi kini untuk mengetahui kepentingan penggunaan bahasa yang sopan dan berbudi pekerti. Amni Firzanah


Siti Rahimah Mustaffa,. Raja Masittah Raja Ariffin,. AdiYasran Abdul Aziz,.& Mohd Sharifudin Yusop. (2017).Pelestarian Dialek Kelantan diBesutdan kaitannya dengan Pembentukan Jati Diri. JurnalBahasa17 (1), 144-172. ISSN 1511-9084 Amni Firzanah Jalaluddin, N. H,.&Tinggok, A. S. A. (2016).Percampuran Koddalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu pelajar Cina: AnalisisPragmatik. http://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/4250/1391 AwangSariyan. (2007). Santun Berbahasa: Dewan Bahasadan Pustaka. Asmah HajiOmar. (2000). Wacana,perbincangan,perbahasan dan perundingan. KualaLumpur: Dewan Bahasadan Pustaka. Noresah Baharom. (2005). Kamus Dewan Edisikeempat (4th ed.). Dewan Bahasa&Pustaka.


Harap ilmu yang dipaparkan itu bermanfaat Amni Firzanah


Click to View FlipBook Version