The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Muhammad Iftizan Haikal Bin Asri
SK Batu 3, Kluang

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-91016756, 2021-04-27 05:28:12

Sultan Sir Abu Bakar

Muhammad Iftizan Haikal Bin Asri
SK Batu 3, Kluang

TOKOH
PEMIMPIN
NEGERI JOHOR

SULTAN SIR ABU BAKAR

MAKLUMAT PESERTA

• Nama Peserta:Muhammad Iftizan Haikal Bin Asri
• Kelas:6 Berlian
• E-Mail:m-10399969-edu.dl.my
• Nama Sekolah:Sekolah Kebangsaan Batu 3
• Alamat Sekolah:Km5,Jalan Mersing,86000,Kluang,Johor

KANDUNGAN

• 1.Pendahuluan
• 2.Biodata
• 3.Pendidikan
• 4.Kerjaya
• 5.Sumbangan
• 6.Nilai Kepimpinan
• 7.Penutup
• 8.Sumber Rujukan
• 9.Lampiran

PENDAHULUAN

• Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-
Marhum Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng
Ibrahim GCMG KCSI (3 Februari 1833 – 4 Jun 1895) (Jawi: ‫المرحوم سلطان‬
) ‫سير ابو بكر ابن المرحوم تمڠݢوڠ دايڠ إبراهيم سري مهاراج جوهر‬telah menggantikan
ayahandanya, Temenggung Daeng Ibrahim, bagi mentadbir Johor dari 1862
hingga 1895. Baginda berumur lebih kurang 28 tahun semasa ayahandanya
mangkat[. Baginda memakai gelaran Maharaja Johor pada 1868. Baginda
ialah sultan Johor era moden pertama.

BIODATA

• Nama:Wan Abu Bakar
• Tarikh Lahir: 3 Februari 1833
• Tempat Lahir: Istana Lama Teluk Belanga, Singapura
• Ayahanda:Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim
• Bonda:Cik' Ngah
• Keputeraan;3 Februari 1833Teluk Blangah, Negeri-negeri Selat, Singapura
• Kemangkatan:4 Jun 1895 (umur 62) Bailey's Hotel, South Kensington,

London, United Kingdom
• Dimakamkan:7 September 1895 Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor

Bahru
• Agama:Islam
• Gelaran:Bapa Pemodenan Johor

PENDIDIKAN

• Baginda telah mendapat pendidikan Barat sejak kecil lagi. Oleh itu, baginda sangat
terpengaruh dengan cara pemerintahan dan pentadbiran Barat. Baginda juga telah
membuat banyak lawatan ke negara-negara Eropah terutamanya ke England, untuk
mencari pengalaman dan mempelajari cara orang Barat memerintah dan mentadbirkan
negara. Kebijaksanaannya menyebabkan baginda dihormati oleh pedagang dan pemerintah
British. Baginda juga bersahabat baik dengan Ratu Victoria, penguasa Great Britain pada
masa itu; ratu tersebut telah mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Temenggung
Abu Bakar pada tahun 1868.

KERJAYA

• Sebagai Temenggong (1862–1868)
• Abu Bakar mengambil alih jawatan Temenggung Johor 3 hari selepas

kemangkatan ayahandanya dan mengalihkan persemayaman baginda ke estet
Tyersall (kini Taman Tyersall berdekatan Kebun Bunga Singapura). Johor
diancam tuntutan pemilikan oleh Sultan. Mahmud IV Muzaffar Shah yang
digulingkan.
• Sebagai Maharaja (1868–1885)
• Baginda telah menguasai seluruh wilayah Johor, iaitu setelah Sultan Ali
mangkat pada tahun 1877. Selepas Sultan Ali mangkat, Tengku Alam (anak
Sultan Ali) membantah pemerintahan Muar/Kesang diserah sementara
kepada Maharaja Abu Bakar dan melancarkan Perang Jementah pada 1879
tetapi gagal.

• Baginda juga pernah merasmikan Penjara Johor Bahru pada tahun 1883.

PENDIDIKAN

• Pada 1885, Johor telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan kerajaan
British. Melalui perjanjian ini, kerajaan British mengiktiraf Johor sebagai sebagai
sebuah negeri yang bebas dan berdaulat. Maharaja Abu Bakar juga diiktiraf sebagai
Sultan Johor. Baginda bersetuju menerima seorang pegawai British yang bertugas
sebagai Konsul British di Johor dan bukan sebagai penasihat. British juga bersetuju
melindungi Johor jika berlaku sebarang ancaman dari luar.

• Mulai 1 Julai 1886, baginda memakai gelaran sultan dengan gelaran Maharaja Abu
Bakar Alkhalil.

• Sebagai Sultan Johor
• Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah menubuhkan Undang-

Undang Tubuh Kerajaan Johor dengan bantuan Abdul Rahman bin Andak; dokumen
berupa berlembagaan negeri ini digubal sebagai tindak balas kepada keadaan
diperhatikan di kerajaan-kerajaan tetangga Johor yang semakin dicampur urusan
petandbiran dengan pihak British[10] lagi-lagi dengan kesihatan baginda yang
semakin melemah buruk.[11] Dokumen tersebut dilihat sebagai langkah
mengekalkan kebebasan status negeri Johor sepertimana yang ada sekian lama.

SUMBANGAN

• Pembinaan hospital serta pejabat kerajaan.
• Menaungi badan pakatan Bahasa Melayu (Pakatan Bahasa

Persuratan Buku Di-Raja Johor)
• Meneruskan pembinaan Masjid Abu Bakar yang diusahakan

ayahandanya, Sultan Abu Bakar
• Lagu rasmi Johor, 'Lagu Selamat Johor' ciptaan M Galistan

(seorang pemuzik dan jurulatih pancaragam) wajib dinyanyikan
murid sekolah di negeri itu.

NILAI KEPIMPINAN
YANG BOLEH

DICONTOHI OLEH
GENERASI SEKARANG

• Pemimpin yang berwibawa

• Pemimpin yang berinisiatif

• Pemimpin yang mengekalkan hubungan diplomatik

• Pemimpim yang prihatin dan berjiwa rakyat

• Pemimpin yang mengutamakan keharmonian

PENUTUP

• Baginda berhasrat Johor kekal sebagai negeri yang merdeka dan berdaulat dan mendahului
negeri-negeri lain.Dengan termetrinya Perjanjian Setia yang ditandatangani baginda dengan Ratu
Victoria pada 11 Disember 1885 bukan sahaja Inggeris mengiktiraf Johor sebagai negeri merdeka
bahkan lebih daripada itu mengiktiraf Abu Bakar dan waris-waris gantinya sebagai Sultan dan
Yang di-Pertuan bagi negeri Johor dan Segala Jajahan Takluknya.Pengiktirafan ini menambah lagi
kedaulatan Abu Bakar dan menyingkir anggapan baginda hanya seorang bangsawan tetapi tidak
berdarah raja.

• Apa yang dapat kita simpulkan dari penyatan diatas ialah Sultan Abu Bakar ialah seorang yang
berwibawa dalam melakukan sesuatu perkara,walaupun baginda bukan berdarah raja,baginda
dipilih menjadi Sultan atas keperibadian Suktan Abu Bakar yang tinggi.

SUMBER
RUJUKAN

• Wikipedia Sultan Ibrahim
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Ibrahim_ibni_Almarhum_Su

ltan_Abu_Bakar
• Wikipedia Sultan Abu Bakar
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Abu_Bakar_ibni_Almarhum

_Raja_Temenggung_Tun_Daeng_Ibrahim
• Kesultanan Johor
• https://kesultananjohor.blogspot.com
• Lampiran Gambar
• Microsoft Bing

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version