The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL CITRA BAHASA 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alisya maha, 2020-08-25 09:59:54

BUKU SKRAP DIGITAL CITRA BAHASA

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL CITRA BAHASA 2020

Keywords: scrapbook

“ CITRA BAHASA ”

NAMA : ALISYA MARSELLA BINTI MAHA

KAD PENGENALAN: 040331-04-0012

NAMA SEKOLAH : SMK TINGGI PEREMPUAN MELAKA

PERTANDINGAN : BUKU SKRAP DIGITAL

SEGMEN 1- CITRA BAHASA:
BIODATA DIRI

NAMA PENUH : ALISYA MARSELLA BINTI MAHA

TARIKH LAHIR: 31 MAC 2004

TEMPAT LAHIR: HOSPITAL BESAR MELAKA

UMUR : 16 TAHUN

SEKOLAH : SMK TINGGI PEREMPUAN

MELAKA

CITA-CITA : USAHAWAN YANG BERJAYA

IMPIAN : MENJADI SEORANG JUTAWAN

PADA USIA MUDA

HOBI : MEMASAK DAN MENGHIAS

TINGGI : 169CM

BERAT : 49CM

SEGMEN 2 – CITRA BAHASA: ESEI

Pada pendapat saya, Bahasa Melayu
hebat kerana ia merupakan bahasa komunikasi
utama di Malaysia. Hal ini menyebabkan
orang luar yang datang untuk menimba ilmu
di negara kita berlumba-lumba mendalami
Bahasa Melayu demi memudahkan urusan
komunikasi mereka.

Selain itu, Bahasa Melayu juga
digunakan dalam urusan persuratan dan
menjalin hubungan diplomatik dengan negara
luar. Hal ini akan memudahkan urusan import
dan eksport di negara kita serta melicinkan
kemasukan bantuan sekiranya berlaku
kegawatan ekonomi.

Tambahan, Bahasa Melayu merupakan
subjek wajib lulus bagi Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Perkara ini menunjukkan
kepentingan menguasai Bahasa Melayu yang
mampu membawa seorang pelajar lebih jauh
dalam bidang pendidikan. Kemahiran bertutur
Bahasa Melayu bukan sahaja menyatukan anak-
anak bangsa di negara ini, malah mereka
akan turut bersatu hati apabila merantau ke
negara luar.

Akhir kalam, saya memutuskan bahawa
Bahasa Melayu bukan sahaja hebat, malah
gagah dan perkasa hingga boleh menjulang
nama negara ke persada dunia.

(135 Patah Perkataan)

SEGMEN 3- CITRA BAHASA:
KREATIF

“ Bahasa Jiwa Bangsa ”

Bahtera dilayar oleh nakhoda,
Berpaksikan bintang di bumantara,

Bahasa Melayu usah dinoda;
Martabatkan bangsa negara sejahtera.

Demi mengkompas nasib petualang,
Arah diburuj sang bimasakti,

Bahasa Melayu usah menghilang;
Biarkan terus mekar di hati.

Puncak ancala terlihat dek aksa,
Kabus tebal menutupi rembulan,

Bahasa Melayu atma bangsa;
Sebagai perutusan sepanjang zaman.

Penuhi taman dengan puspita,
Tersiram hujan kelihatan indah,

Yakinlah bahasa menyatukan kita;
Menjadikan negara bebas penjajah.

Candra bersinar menerangi malam,
Memaklumkan senja tamatnya masa,

Sebatas pesanan mengakhiri kalam;
Kuatnya bahasa menguatkan bangsa.

SEGMEN 4 - CITRA BAHASA:
INOVASI

i. “ SURAT KHABAR MELAYU KLASIK ”

Pada pendapat saya, satu kaedah yang

boleh dipraktikkan oleh Dewan Bahasa dan

Pustaka untuk menjadikan Bahasa Melayu

sebagai satu bahasa utama dunia ialah

dengan menggalakkan wartawan-wartawan

hiburan tempatan supaya menggunakan

kembali Bahasa Melayu Klasik dalam

penulisan akhbar terutamanya dalam sampul

sisipan hiburan.

Hal ini kerana, perkara ini bukan

sahaja dapat menyediakan mereka dengan isu

semasa, malah bakal menambah pengetahuan

kosa kata Bahasa Melayu kepada golongan

tua dan muda.

Bukan setakat itu, para pendidik

perlu memperuntukkan masa untuk mengedar

akhbar kepada pelajar di sekolah supaya

dapat membincangkan isu semasa sambil

memahami kosa kata.

Akhir kata, saya berharap agar

penggunaan Bahasa Melayu Klasik oleh

wartawan-wartawan tempatan dapat

dipraktikkan demi memartabatkan Bahasa

Melayu di seantero dunia.

(100 Patah Perkataan)

CONTOH PENGGGUNAAN BAHASA MELAYU KLASIK
DALAM SISIPAN AKHBAR HIBURAN TANAH AIR OLEH
WARTAWAN TEMPATAN.

SUMBER DENGAN IZIN: IZWAN MOHD. ISA, BEKAS
WARTAWAN HIBURAN TEMPATAN.

ii.“ SISTEM VR-ead/ PEMBACAAN VR”

Satu sistem yang dapat digunakan

oleh Perpustakaan Sultan Ismail, Johor
Bahru untuk meningkatkan minat membaca
buku dalam kalangan masyarakat di
negara ini ialah dengan penggunaan
sistem 3 dalam 1 ‘VR-ead’ yang
menggabungkan teknologi moden seperti
Virtual Reality box (VR box), e-book
(e-buku) dan telefon pintar.

‘VR-ead’ ialah satu kaedah
membaca yang menggunakan alat ringan
berkanta cembung yang diletakkan di
hadapan mata untuk membenarkan
seseorang individu merasai perkara yang
dibaca atau ditonton seolah-olah dekat
dan wujud di sekitar mereka. Melalui
cara ini, mereka yang memakai VR box
akan mampu merasai dekatnya peristiwa
bersejarah dengan diri mereka.

Seterusnya, ‘VR-ead’ bukan sahaja

bakal menjimatkan masa dan mudah dibawa

ke mana sahaja,ia juga akan memberikan

pengalaman menakjubkan kerana

membenarkan penglihatan sehingga 360

darjah.

Akhir sekali, saya berharap agar
sistem ‘VR-ead’ dapat diaplikasi bukan
sahaja di Perpustakaan Sultan Ismail,
malah di sekolah-sekolah seluruh
Malaysia juga.

Natijahnya, saya yakin ramai
dalam kalangan masyarakat di negara ini
terutamanya golongan muda, akan lebih
berminat dengan aktiviti membaca kerana
medium yang digunakan langsung tidak
ketinggalan zaman, malah dapat menambah
pengetahuan dengan cara yang lebih
efektif.

(163 Patah Perkataan)

Gambaran pembacaan menggunakan sistem ‘VR-ead’.
Sumber gambar: Hak milik saya sendiri.
Sumber VR Box: Hak milik saya sendiri.

RUJUKAN DAN SUMBER:

i. KAMUS BAHASA MELAYU
ii.AKHBAR ATAS TALIAN KOSMO!
iii.MEDIA SOSIAL ‘TWITTER’
iv.INTERNET

- prpm.dbp.gov.my

DICIPTA OLEH: ALISYA MARSELLA BINTI MAHA


Click to View FlipBook Version