KUCHING SARAWAK
APAKAH ITU PERPADUAN?
PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
DISEDIAKSAN OLEH:
MOHAMMAD NOR FIKRI BIN HAMSAH
05DDT19F1061
IRFAN RUSYAIDI BIN AZAHARI
05DDT19F1133
SYLVESTINE CALVINE
05DDT19F2044
1
OBJEKTIF
⚫ Memberi penjelasan tentang pentingnya
perpaduan di negara kita.
⚫ Mengutarakan kepentingan hidup
perpaduan.
⚫ Memberikan perbezaan detik perpaduan
kaum yang diidamkan.
⚫ Kesan dalam pentingnya detik perpaduan
yang diidamkan negara.
2
Apakah maksud perpaduan?
Perpaduan merupakan salah satu aspek yang
penting bagi setiap negara. Matlamatnya adalah
agar setiap bangsa dalam sesebuah negara yang
berbilang kaum dapat hidup dengan aman dan
harmoni tanpa perkara yang mengancam
keamanan individu, keluarga atau masyarakat.
Negara akan hancur sekiranya rakyat yang
berbilang kaum itu tidak hidup bermuafakat.
3
Apakah maksud detik perpaduan
dan detik perbezaan?
Detik Perpaduan adalah saat yang boleh
dilihat berlaku daalm kehidupan seharian
masyarakat. Antara suasana yang sering
dilihat menunjukkan muncul perpaduan
adalah ketika pergaulan di pasar,
mengadakan majlis perkahwinan, tempat
makan, sokongan dalam sukan memberi
bantuan ketika bencana, menikmati cuti
umum pelbagai perayaan dan sebagainya.
Detik perbezaan adalah dimana sekeliling
anda terasa berbeza, seperti apabila
sambutan perayaan , jenayah , tempat kerja ,
serta pengebumian. Perbezaan ini perlu
dilihat daripada aspek positif untuk
mengukuhkan lagi perpaduan dan hubungan
antara kaum.
4
Detik Perpaduan
Detik perpaduan adalah saat yang berlaku
dalam kehidupan seharian kita.
5
SUKAN
o Perlawanan bola sepak adalah antara satu daripada detik
perpaduan yang jelas dapat dilihat dikalangan rakyat
Malaysia apabila semua bangsa tanpa mengira kaum dan
keturunan sama-sama memenuhi stadium bagi menyokong
pasukan masing-masing.
Gambar penyokong Skuad Harimau Malaya dan Dato. Lee Chong Wei
6
PERKAHWINAN
“Street wedding”
“Street wedding” sering dilakukan oleh masyarakat di
Kawasan perumahan. Jika dilihat dari segi undang-undang
negara , ianya merupakan kesalahan dan tanggungjawab
sendiri yang menghalang lalu lintas. Inilah detik perpaduan
yang wujud di kalangan rakyat Malaysia iaitu bertolak ansur
dalam perkara tersebut kerana sikap saling memahami antara
satu sama lain tanpa mengira kaum, agama dan budaya.
7
KEBUDAYAAN
Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan agama yang berbeza. Oleh hal yang
demikian , Malaysia mempunyai budaya dan cara hidup
yang berbeza. Bila hari perayaan tiba , semua agama dan
bangsa meraikannya. Contohnya ketika perayaan yang
besar seperti hari Raya, masyarakat dapat menghadiri
majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh orang Islam.
Perayaan Hari Raya
Perayaan Tahun Baru Cina 8
Perayaan Deepavali
Semua bangsa menyambut perayaan bersama
MAKANAN
Semua jenis makanan
ini dinikmati oleh
setiap bangsa di
Malaysia tanpa
mengira rupa dan
warna kulit mereka.
9
Detik Perbezaan
Detik perbezaan yang terdapat dalam negara
kita.
10
PERAYAAN
Melayu (Raya
Aidilfitri)
Merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan
Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat islam berpuasa pada siang
hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya.
Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana Hari Raya
Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran.
Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk
mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka akan diadakan bagi
mempersilakan tetamu datang berkunjung.
11
Cina (Tahun Baru
Cina)
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan
dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula,
sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan
dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar
mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang
baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan
bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib
malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai
simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
12
India (Deepavali)
Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali merupakan
perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama
Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan 'Dipa' yang
bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan.
Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi
dalam kalendar Tamil antara bulan Oktober dan November.
Pada hari yang bermakna bagi penganut agama Hindu, Sikh dan
Jain, kebanyakan daripada mereka akan menghias rumah
dengan pelita dan mercun akan dibakar. Selain itu, mereka akan
mengagihkan gula-gula dan hadiah kepada ahli keluarga, sanak-
saudara, dan jiran-jiran terdekat. Seterusnya, mereka akan
melakukan upacara sembahyang dan kegamaan.
13
JENAYAH
Setiap bangsa dan agama akan mempunyai orang yang
melakukan kesalahan, oleh itu, kita tidak boleh menggunakan
bangsa dan agama penjenayah untuk menentukan suatu bangsa
dan agama adalah baik atau buruk. Sebaliknya, jika seseorang
mempunyai jati diri yang kuat dan pegangan agama yang kukuh,
maka tidak akan berlaku perlanggaran had yang telah ditetapkan
oleh undang-undang. Oleh itu, kita sebagai warganegara
haruslah patuh kepada setiap peraturan dan undang-undang
kerana hukuman tidak dijatuhkan mengikut agama dan bangsa,
namun ianya dijatuhkan berdasarkan tahap jenayah yang kita
lakukan.
14
TEMPAT KERJA
Isu tempat kerja tidak harus timbul sebagai salah satu detik
perbezaan yang akan menggugat perpaduan kaum
memandangkan pekerjaan tidak terikat kepada bangsa, kaum,
dan agama. Sebagai majikan, mereka boleh mengiktiraf
pekerjanya tanpa mengira kaum dan agama. Oleh itu,
pekerjanya akan lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu
pekerjaan dengan lebih teliti dan amanah. Secara tidak
langsung, para pekerja akan berasa lebih adil dan selesa semasa
bekerja.
15
PENGEBUMIAN
Melayu
Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh keluarga si mati
apabila berlaku kematian ialah memberitahu kepada tok imam
agar dapat menuliskan nama si mati, masa dan tempat
pengebumian di papan kenyataan secepat mungkin. Pada masa
yang sama, memberitahu kepada saudara-mara, rakan dan jiran.
Biasanya, si mati akan dikebumikan dalam masa 24 jam dari
masa kematian.
Pantang Larang Kematian
Pantang larang dalam pengebumian orang Melayu ialah:
- Tidak boleh bercakap kuat
- Kubur tidak boleh ditembok dan ditulisi
- Tidak boleh mamagar kawasan kuburan dengan pagar besi
yang terlalu mahal
- Tidak boleh duduk di atas kuburan
16
Cina
Orang Cina memberi perhatian kepada feng shui ketika memilih
perkuburan kerana berfikir feng shui yang buruk di tanah
perkuburan akan memberi kesan buruk kepada generasi muda.
Si mati akan dipakaikan dengan pakaian tradisional dan akan
dikebumikan pada hari ketiga atau kelima setelah kematian.
Orang Cina akan membakar wang kertas, rumah kertas, kereta
kertas dan pelbagai jenis barang yang dibuat oleh kertas kepada
si mati. Selepas itu, semasa setiap festival orang Cina, ahli
keluarga si mati akan menyembah si mati.
Pantang Larang Kematian
Pantang larang yang paling biasa di pengebumian dan masa
berkabung Cina adalah:
- Tidak menziarahi saudara-mara dan rakan-rakan
- Bermain dan berhibur
- Menghadiri majlis perkahwinan dan pengebumian orang lain
Kurangkan hiburan sosial dan luahkan kesedihan dengan tingkah
laku.
Masa berkabung orang Cina lalu adalah tiga tahun tetapi
sekarang hanya perlu berkabung satu tahun. Selain itu, tidak
boleh memakai baju yang berwarna hitam, merah dan warna
terang yang lain ketika menghadiri majlis pengebumian.
17
India
Masyarakat India mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu
kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas
tidur. Sarjana India juga menyatakan kematian adalah
perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi
kembali ke alam barzakh. Mayat akan dibakar atau dikebumikan
dalam masyarakat India.
Pantang Larang Kematian
Pantang larang kematian orang India yang pertama ialah tetamu
yang datang perlu memakai pakaian berwarna putih atau cerah.
Selain itu, semua perhiasan dalam rumah akan ditutup dengan
menggunakan kain putih. Seterusnya, ahli keluarga si mati tidak
boleh meraikan sebarang sambutan dan majlis dalam masa
setahun.
18
KESIMPULAN
Kesimpulannya , sebagai rakyat yang bertanggungjawab untuk
menjaga keamanan negara, kita hendaklah menjalinkan
hubungan yang kukuh sesama masyarakat, tidak kira warna kulit
, agama dan bangsa seseorang. Hal ini dikatakan demikian
kerana, perkara itu mampu merealisasikan matlamat yang
diidamkan oleh semua orang iaitu jalinan perpaduan yang baik
antara kaum yang pelbagai dalam negara kita. Oleh itu ,
peribahasa dalam kamus dewan Pustaka ada mengatakan bulat
air kerana pembetung , bulat manusia kerana muafakat yang
memberi maksud , sentiasa saling membantu antara satu sama
yang lain tanpa mengira bangsa.
19
RUJUKAN
Buku Penghayatan Etika Dan
Peradaban [ ms 76-80 ]
20