The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LATAR BELAKANG KAJIAN, PERNYATAAN MASALAH, TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aufaanaqie123, 2019-03-20 14:14:48

PTA

LATAR BELAKANG KAJIAN, PERNYATAAN MASALAH, TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Keywords: PTA

NORATIKA BT BAHTIAR D20161073402
NUR RAIHAN BINTI ABDUL SALAM D20161073370
SITI NUR AISHAH BINTI RAMDAN D20161073401

LATAR BELAKANG KAJIAN

1. Subtajuk awal dalam bahagian pengenalan.

2. Penulisannya perlulah menarik minat awal
pembaca untuk mengetahui topik dan isu yang
akan dilakukan oleh penyelidik.

3. Penyelidik memberi gambaran awal tentang
latar belakang topik sehingga menimbulkan
pemasalahan yang perlu dikaji dan diselesaikan.

4. Teknik penulisannya perlulah ringkas, tepat
dan tidak terbelit-belit.

5. Menggunakan aliran penceritaan
berbentuk piramid terbalik.

6. Penyelidik memulakan penerangan terhadap
latar belakang dengan menyatakan masalah
secara umum dan meluas.

7. Dimulakan dengan sejarah atau asal
usul.

8. Pandangan daripada individu atau
tokoh yang relevan digunakan bagi
mengukuhkan hasil kajian ini.

9. Menjadikan kata kunci tajuk penyelidikan
sebagai penulisan.

Ø Tajuk kajian ialah Teknologi Kesan Visual dan Kesannya Terhadap

Peningkatan Kutipan Box Office Melayu.

Ø Perlulah menggunakan kata kunci tajuk iaitu teknologi, kesan visual,

kutipan box office dan filem Melayu.

Ø Antara kata kunci yang boleh ditulis berkenaan dengan tajuk
tersebut bilangan filem, genre dan sambutan penonton daripada
filem yang dihasilkan.

Ø Pendapat daripada pengarah boleh diambil bagi mengukuhkan lagi
kajian yang hendak dilakukan.

Ø Data juga boleh dikumpul daripada jurnal, buku majalah dan akhbar.



ü Pelajar perlulah memastikan asas topik atau isu
yang hendak dikaji membawa kepada permasalahan.

ü Perengan-perenggan terakhir dalam penulisan latar
belakang kajian menyentuh secara langsung
masalah yang dikaji secara terperinci.

üBoleh berbentuk persoalan bagi memastikan
pembaca turut terlibat dan berfikir bersama masalah
tentang isu tersebut.

ü Elakkan daripada menulis dalam bentuk penulisan
secara penerangan dalam subtajuk latar belakang.

üPanjang penerangan bagi piramid terbalik
bergantung kepada kata kunci yang dibincangkan.

üPengkaji harus menerangkan asas topik secara
lebih mendalam supaya dapat difahami dan dapat
menghubungkaitkannya dengan masalah kajian.

üTidak terlalu panjang dan biasanya satu halaman
dan satu halaman setengah.



Pernyataan Masalah

• Pernyataan masalah merupakan komponen yang penting dalam sebuah pengenalan.
• Pernyataan masalah yang tepat akan menjadi panduan kepada pengkaji untuk menumpukan isu yang sedang dikaji.
• Pernyataan masalah tidak merujuk kepada masalah yang dialami semasa membuat kajian tetapi merujuk kepada sebab

sesebuah kajian mesti atau hendak dilakukan oleh seseorang penyelidik.
• Penyataan masalah mestilah dibina menggunakan bahasa yang mudah dan jelas yang mudah difahami. Setiap ayat hendaklah

terdiri hanya satu unit makna atau mesej.
• Menurut Parmjit Singh, Chan Yuen Fook dan Gurnam Kaur Sidhu (2009), “In academic research, the problem statement will

become the backbone of the study. It is the base, or point of depature to clarify the confines and directions of the research”.
• Kata kunci yang digunakan dalam menulis penyataan masalah haruslah ringkas tetapi cukup spesifik untuk menjelaskan

masalah tersebut.
• Dalam merumuskan sesuatu pernyataan masalah, pengkaji mesti meyakinkan pembaca bahawa topik yang dipilih terdiri

daripada satu masalah penting dan penyelesaian kepadanya akan menyumbang kepada pembangunan ilmu pengetahuan
tertentu.
• Untuk menyatakan sesuatu pernyataan masalah, pengkaji perlu menyatakan secara ringkas latar belakang kajian,
perkembangan terbaharu, status semasa dan masalah yang timbul.
• Ringkasnya, pernyataan masalah sepatutnya sesuatu yang boleh diteliti, beretika dan sesuatu yang tidak hanya menyumbang
kepada pengetahuan sedia ada tetapi juga membolehkan penyelidikan lanjut dilakukan.
• Pernyataan masalah boleh dibina sama ada dalam bentuk soalan atau pernyataan deklaratif.

Kajian Biasanya menyatakan e.g. Adakah jumlah masa
(Kuantitatif) masalah dalam bentuk yang dihabiskan untuk
membuat kerja rumah
Kajian soalan khusus menyumbang kepada
(Kualitatif)
(hubungan antara kejayaan akademik pelajar?
pemboleh ubah)

Biasanya bermula e.g. Bagaimanakah guru-
dengan topik umum guru di Malaysia

(berfokus kepada menghadapi kanak-kanak
‘kenapa’ & ‘bagaimana’ yang berkeperluan khas
dalam pendidikan inklusif?
fenomena/topik
berlaku)

Contoh Tajuk :
KESAN PENGGUNAAN TEKNIK KWLH DALAM KEMAHIRAN MEMBACA KALANGAN MURID SEKOLAH JENIS
KEBANGSAAN CINA
(Effect of the KLWH Technique in Reading skills Among the Sudents of Chinese Primary School)
(2018)

L1: Menerangkan L2: Menerangkan L3: Menerangkan senario L4: Menghubungkaitkan L5: Rumusan penyelidik
konsep-konsep yang kajian-kajian lepas yang pada ketika ini berkaitan kepentingan dan kelebihan ke atas hujah-hujah
isu/masalah yang dikaji.
digunakan dalam mendapati bahawa dengan senario yang yang disampaikan dan
konteks penyelidikan isu/masalah yang dikaji Nyatakan dibincangkan untuk nyatakan alasan kajian
kelemahan/masalah/kekang mengatasi isu/masalah yang berkenaan kepentingan
mempunyai dihadapi. (Apa yang kajian dijalankan dari
kepentingan & an yang dihadapi & diperoleh daripada perspektif penyelidik.
kelebihan (kajian dalam memerlukan penyelesaian
dan luar negara) melalui penyelidikan yang penyelidikan?

dijalankan

PERNYATAAN MASALAH

Pengajaran membaca untuk tujuan pemahaman sering digunakan untuk melatih murid memahami kandungan teks yang dibaca dengan menjawab
soalan pemahaman yang diberikan. Aras soalan pemahaman yang berbeza dapat menunjukkan tahap penguasaan kemahiran membaca murid.
Guru sebagai penggubal soalan perlu menggunakan soalan sebagai satu cara untuk meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran
membaca secara mentalis. Zulkifley (2007), menyatakan bahawa proses mendengar dan bertutur adalah lebih mudah berbanding proses
menguasai kemahiran membaca dan memahami. Antara usaha yang mampu mendorong murid meningkatkan kemahiran berfikir melalui
pelaksanaan aktiviti yang mampu menggalakkan pemikiran dan penyelesaian masalah serta teknik pengajaran yang sesuai dilaksanakan dalam
proses PdPc. Menurut Marlina dan Shaharom (2010), usaha untuk membentuk individu iaitu murid yang berfikiran kritis dan mencapai wawasan
2020, institusi pendidikan memainkan peranan yang sangat penting khususnya sekolah rendah. Kebolehan dan penguasaan kemahiran murid
untuk berfikir secara kreatif dan kritis serta boleh menghasilkan idea baharu merupakan antara tujuan kesepaduan kemahiran berfikir dalam
proses PdPc (Chew Fong Peng & Shashipriya 2016). Soalan pemahaman yang meliputi soalan aras tinggi boleh digunakan sebagai satu cara untuk
menerapkan kemahiran berfikir kepada murid. Oleh itu, pemilihan dan pelaksanaan teknik dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses PdPc
sangat penting dalam membantu meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid. Penguasaan kemahiran berfikir murid dapat dilihat
dengan penguasaan kemahiran membaca murid. Dalam PdPc Bahasa Melayu, guru perlu melatih murid untuk menjawab soalan pemahaman
setelah membaca sesuatu bahan, atau petikan yang diberikan yang bermula daripada aras analisis ke aras penilaian. Perkara ini dapat dapat
menajamkan pemikiran murid. Murid perlu mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baharu dan juga maklumat tambahan untuk
memastikan kemahiran membaca mentalis dapat dikuasai secara mentalis. Penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran berpunca daripada
teknik pengajaran yang digunakan. Murid kurang menggunakan sepenuhnya pemikiran berpunca daripada guru yang tidak menggunakan teknik
atau cara yang sepatutnya semasa merancang dan melaksanakan PdPc. Guru sebagai penyampai ilmu perlu bijak dalam pemilihan teknik yang
digunakan bagi meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran yang diajar. Tahap penguasaan kemahiran membaca secara
mentalis sukar dikesan oleh seseorang guru. Hal ini kerana membaca melibatkan bacaan yang disuarakan di dalam hati atau menterjemahkan isi
bacaan kepada makna tanpa mengeluarkan suar). Oleh hal yang demikian, guru perlu menggunakan teknik yang sesuai untuk mengesan dan
meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca mentalis dalam kalangan murid. (Tuan Jah & Faridah 2012). Secara keseluruhannya, teknik
sangat penting untuk murid menguasai sesuatu kemahiran yang diajar semasa proses PdPc dijalankan. Teknik yang berkesan dapat membantu
murid untuk meningkatkan pencapaian dan belajar dengan baik.

L1 : Konsep L2 : Kajian Lepas L3 : Senario L4 : Kepentingan L5 : Rumusan

PENGGUNAAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF JIGSAW II TERHADAP PENCAPAIAN PEMBELAJARAN TEKS
PUISI TRADISIONAL DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL

(Use of Jigsaw II Coordinating Learning Methods to Achievement of Learning Teaching Traditional Literary Texts among Vocational
Students)
(2017)

PERNYATAAN MASALAH

Seiring dengan pelaksanaan PAK21 yang mementingkan penglibatan murid secara aktif dalam menuntut ilmu tidak menerima lagi pembelajaran yang bersifat
autokratik seperti guru yang mendominasi PdPc, menggunakan set peraturan yang autokratik, mengherdik, meninggikan suara dan sebagainya. Tugas guru
pada hari ini adalah sebagai pemudah cara sahaja dan kaedah tradisional tidak wajar lagi digunakan dalam pembelajaran. Kenyataan ini disokong oleh Zainun,
Zanaton dan Norziah (2013) yang menyatakan guru lebih banyak mendominasi kelas dalam kaedah tradisional. Amalan guru yang banyak mendominasi PdPc
di dalam kelas menyebabkan para murid kurang rasa tanggungjawab untuk mencari ilmu pengetahuan secara sendiri dan disiplin dala pembelajaran. Hal ini
disokong oleh Salleh (2005) berpendapat bahawa ketidakupayaan murid dalam menguasai sesuatu topik secara berterusan disebabkan oleh penglibatan
murid yang tidak aktif dalam sesuatu proses pembelajaran. Pembelajaran yang bersifat autokratik ini sudah tidak wajar lagi dilaksanakan kerana kurang
memberikan impak kepada penguasaan pembelajaran para murid. Dalam penggunaan Jigsaw II, amalan guru mendominasi sesi PdPc boleh di atasi kerana
kaedah ini mementingkan tanggungjawab dan displin dalam sesuatu pembelajaran. Anisah (2009) turut menyatakan faktor luaran yang menyebabkan
berlakunya masalah dalam pembelajaran puisi moden kerana murid kurang berminat atas alasan bahasa yang digunakan dalam sajak sukar untuk difahami.
Tambahan pula sikap murid hari ini yang tidak minat membaca dan rakan sebaya (Chew Fong Peng & Shashipiriya 2014) menyebabkan teks sastera semakin
dipandang sepi. Anisah (2009) turut menyatakan bahawa antara faktor luaran yang menyebabkan berlakunya masalah dalam pembelajaran sastera kerana
tenaga pengajar serta pendekatan pembelajaran yang digunakan semasa sesi PdPc didapati kurang mampu untuk menarik minat murid untuk terus
menghayati puisi moden. Begitu juga dengan puisi tradisional yang lebih sukar untuk difahami dan dihayati berbanding puisi moden. Begitu juga dalam
pembelajaran teks puisi tradisional yang memerlukan fokus dan kefahaman yang lebih tinggi untuk memahami teks tersebut. Penggunaan kaedah
pembelajaran koperatif Jigsaw II ini diharapkan dapat mengatasi kesemua masalah ini sebagai satu usaha untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang
seronok, berdisplin, aktif dan mudah difahami khususnya dalam pembelajaran teks puisi sastera tradisional.

L1 : Konsep L2 : Kajian Lepas L3 : Senario L4 : Kepentingan L5 : Rumusan

TEKNOLOGI KESAN VISUAL DAN KESANNYA TERHADAP PENINGKATAN KUTIPAN BOX-OFFICE FILEM MELAYU:
KAJIAN KES TAHUN 2000-2010

PERNYATAAN MASALAH

Perkembangan teknologi kesan visual telah memberi kesan kepada perkembangan filem Melayu terutama
pada tahun 2000 hingga 2010. Menurut Zairul Anuar Md. Dawam (2011), kesan paling memberangsangkan ialah dari
aspek genre filem dan bentuk penceritaan yang dihasilkan. Cerita-cerita fiksyen sains dan berkonsepkan adiwira yang
menitikberatkan penggunaan kesan visual telah bertambah, sekali gus memberi kesan kepada sambutan audiens dan
kutipan box-office. Justeru, kajian ini akan menganalisis kesan teknologi visual terhadap perkembangan filem Melayu
dari aspek genre dan bentuk cerita, bilangan filem pada tahun 2000 hingga 2010. Kajian ini memberi panduan
bagaimana pembikinan filem tempatan dapat memanfaatkan perkembangan teknologi kesan visual dalam pembikinan
filem, terutama dari aspek genre dan penceritaan yang berbeza berbanding filem-filem terdahulu. Ini bagi memastikan
audiens terus menonton filem yang dihasilkan. Sekali gus, membantu meningkatkan kutipan box-office filem Melayu
dan seterusnya memastikan industri filem tempatan dapat bersaing dengan industri filem luar negara.

L1 : Konsep L2 : Kajian Lepas L3 : Senario L4 : Kepentingan L5 : Rumusan





TUJUAN DAN OBJEKTIF
KAJIAN

Tujuan
1. Objektif kajian membawa kepada tujuan kajian.
2. Selepas tempoh permulaan pernyataan kepada masalah, perkara utama penyelidikan,
sifat dan sebab yang mendasarinya, penyelidik bersedia untuk merumuskan tujuan.
3. Perkara yang dicari adalah unsur utama projek - perkara khusus yang mencirikannya,
yang membezakannya dari semua karya lain dan termasuk desakan terhadap projek-projek.
Ini harus jelas selepas menjawab beberapa soalan asas.

• Apa yang anda mahu daripada projek ini? Apakah isu-isu penting?
• Siapa yang akan dipengaruhi oleh projek itu?
• Yang memberi faedah?
• Apa perkara yang akan berubah?
• Kenapa projek itu dibuat?
• Apakah jenis penyelidikan yang diperlukan?

Contoh tujuan

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah penguasaan
alomorf {meN} pelajar bukan Melayu Kelas Peralihan setelah
mempelajari bahasa Melayu secara formal kira-kira 7 tahun. Kajian ini
adalah untuk melihat sejauh manakah taraf pencapaian pelajar bukan
Melayu Kelas Peralihan dalam penguasaan alomorf {meN} bahasa
Melayu. Selain itu, ingin dikenal pasti jenis dan kekerapan yang
dilakukan oleh pelajar bukan Melayu dalam penggunaan alomof {meN}
bahasa Melayu.

1. Menurut Kamarudin Ngah dan Roslim Md. Akhir (1990), sesuatu kajian harus mempunyai
tujuan dan objektif yang jelas dan konkrit.

2. Objektif merujuk kepada apakah yang akan dilakukan dalam kajian yang boleh membantu
pembentukan matlamat.

3. Objektif kajian penting kerana ia akan menjadi pedoman untuk pelaksanaan penyelidikan pada
peringkat awal (Mohd. Azhar et al., 2001:78).

4. Menurut Zainudin awang dan Julina Tajul Ariffin (2012) objektif kajian adalah apa yang anda
ingin capai ketika anda merancang pembelajaran anda. Ingat: Pada akhir kajian anda, anda
harus memberikan penyelesaian yang dicadangkan kepada masalah yang mendasari. dalam
erti kata lain, objektif kajian harus timbul daripada penyataan masalah.

5. Penggunaan perkataan seperti 'menentukan',' 'mengenal pasti', 'membentuk', 'mereka cipta',
dan 'mengira' sentiasa digunakan untuk menjelaskan objektif sesuatu penyelidikan.

6. Penggunaan perkataan yang kabur seperti 'membayangkan' dan 'membongkar' harus
dielakkan kerana perkataan-perkataan sedemikian menjejaskan pemahaman pengkaji terhadap
pernyataan objektif kajian.

Contoh permulaan ayat objektif kajian

1. untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi ....
2. untuk mengkaji pengaruh ....
3. untuk menentukan punca kemungkinan ....
4. untuk memperbaiki pemahaman semasa ...
5. untuk mengukur kekuatan korelasi antara ...
6. untuk mengkaji keberkesanan e-pembelajaran dalam ...
7. untuk menilai punca dan kesan ...

Objektif Kajian
• Objektif adalah tujuan kajian yang merujuk kepada:
1. Kata kerja: meninjau, mengenalpasti, membuat kaitan, dll.
2. Data: tahap displin, tahap stres, tahap beban kerja dll.
3. Analisis: Kaitan, mempengaruhi, perbezaan, dll.
4. Boleh diperhati atau diukur: Terdapat instrumen
5. Memberi petanda tentang konsep: boleh dibahagi atau
dikumpul kepada konsep tertentu.

Contoh objektif kajian:
Tajuk: Kaitan antara stres dan beban kerja dikalangan
guru.
Objektif kajian:
1. Mengenalpasti tahap beban kerja
2. Mengenalpasti tahap stres
3. Menentukan kaitan (korelasi) antara stres dengan
beban kerja.

Pada masa yang sama, pengkaji perlu fikirkan jenis
instrumen dan analisis data bagi setiap objektif kajian.
• Untuk objektif kajian:
1. Mengenalpasti tahap beban kerja
2. Mengenalpasti tahap stres
> Perlu sediakan dua instrumen sebagai alat ukur untuk
mengukur tahap beban kerja dan mengukur tahap stres .

• Untuk objektif kajian:
3. Menentukan kaitan (korelasi) antara stres
dengan beban kerja
> Analisis data adalah dengan menggunakan
ujian korelasi (Spearman atau Pearson) untuk
menguji kaitan.

q Lihat contoh objektif kajian untuk penyelidikan bertajuk Rumah Tradisi Dusun
Bonggi: Kajian tentang Konsep dan Reka bentuk, iaitu:

vUntuk mengenal pasti fungsi dan konsep reka bentuk ruang rumah tradisi Dusun
Bonggi.

vUntuk menjelaskan secara terperinci elemen dan pengisian pembikinan rumah
tradisi Dusun Bonggi.(Zaimie Sahibil, 2008:2)

Kedua-dua contoh objektif di atas menunjukkan penekanan kepada 'tugas' yang
akan dilakukan dalam penyelidikan ini.
Berdasarkan kedua-dua objektif tersebut, penyelidik telah mengumunkan
langkah-langkah yang akan diambil dalam kajian ini, iaitu 'mengenal pasti' dan
'menjelaskan' objek kajiannya. Objektif tersebut juga memfokuskan arah
penyelidikan kepada aspek-aspek yang akan didedahkan melalui penyelidikan ini,
iaitu konsep dan reka bentuk rumah tradisi orang Dusun Bonggi sahaja.

Contoh objektif kajian

Tajuk: Bentuk sapaan dalam interaksi lisan di kalangan pelajar
sekolah.

i. Menyenaraikan bentuk kata sapaan yang digunakan oleh
pelajar
ii. Menjelaskan bentuk kata sapaan yang digunakan oleh
pelajar dari sudut sosiolinguistik.
iii. Membandingkan bentuk kata sapaan yang digunakan oleh
pelajar yang terdiri daripada tiga kaum iaitu pelajar Melayu,
Cina dan India.

• Tajuk: Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Pengajaran
Bahasa Melayu

i. Meninjau sikap dan pandangan guru terhadap penggunaan
ABM dalam pengajaran Bahasa Melayu khususnya KBSM.
ii. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru bahasa
Melayu.
iii. Meninjau kekerapan penggunaan ABM oleh guru semasa
proses pengajaran dilakukan

RUJUKAN RUJUKAN

Saidatul Nornis Hj. Mahali & Sim Chee Cheang. (Eds.). (2015). Asas Penulisan Tesis. Kota
Kinabalu, Sabah: Universiti Malaysia Sabah.

Wan Chik Ibrahim. (2007). A Guide To Writing Research Proposals The Experimental Method.
Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Parmjit Singh, Chan Yuen Fook & Gurnam Kaur Sidhu. (2009). A Comprehensive Guide To
Writing A Research Proposal. Batu Caves, Selangor: Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.

Abdul Rasid Jamian & Nurfatin Nabihah Baharom. (2018). Kesan Penggunaan Teknik KWLH
Dalam Kemahiran Membaca Kalangan Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 8 (2), 48-56

Nick moore. (1995) Cara Meneliti edisi kedua. Bandung: ITB bandung

Nur Syaza Farha Diyazid & Shamsudin Othman. (2017). Penggunaan Kaedah Pembelajaran
Koperatif Jigsaw II Terhadap Pencapaian Pembelajaran Teks Puisi Tradisional Dalam
Kalangan Pelajar Kolej Vokasional. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7 (2), 41-50

Zainudin awang&Julina Tajul Ariffin . (2012) Research proposal A comprehensive guide in writing a research

• ttps://play.kahoot.it/#/gameover?quizId=9a55f5f9-eace-4275-b90d-
6ff9e7635524


Click to View FlipBook Version