PRINSIP
PERAKAUNAN
Kelas : 5 GREEN
Ahli Kumpulan : Bong Jia Ying
Lee Han Rou
Lim Shih Pei
Nomitha Sree
REKOD TAK
LENGKAP
REKOD TAK LENGKAP
13.1 PUNCA REKOD TAK LENGKAP
13.2 KESAN RTL TERHADAP PENYATA
PENDAPATAN DAN KUNCI
KIRA-KIRA
13.3 PENENTUAN PENDAPATAN
13.4 PENENTUAN ASET DAN LIABILITI
DALAM KUNCI KIRA-KIRA
REKOD TAK LENGKAP
13.1 PUNCA REKOD TAK LENGKAP
13.1.1 Pengertian RTL
1) Maklumat perakaunan yang direkodkan tanpa
mengikut sistem catatan bergu.
2) Juga dikenali sebagai sistem catatan tunggal, iaitu
suatu urus niaga yang dicatat sekali sahaja.
3) Umumnya, jenis perniagaan yang mengamalkan
rekod tak lengkap ialah yang diusahakan secara
kecil-kecilan.
REKOD TAK LENGKAP
13.1 PUNCA REKOD TAK LENGKAP
13.1.1 Pengertian RTL
4) RTL berlaku kerana segala rekod rekod urus niaga
direkodkan menurut cara tersendiri.
5) RTL juga boleh berlaku kerana kemusnahan atau
kehilangan rekod-rekod perakaunan akibat daripada
sesuatu bencana atau kemalangan seperti banjir dan
kebakaran,
6) RTL juga berpunca daripada sistem penyimpanan
dokumen sumber urus niaga yang tidak sistematik.
REKOD TAK LENGKAP
13.2 KESAN RTL TERHADAP PENYATA
PENDAPATAN DAN KUNCI KIRA-KIRA
1) RTL menyebabkan ID tidak dapat disediakan.
2) Akibatnya, kerja-kerja perekodan diragui dan
ketepatan tidak dapat diuji.
3) Ini menjejaskan penyediaan Penyata Pendapatan.
4) Seterusnya pengiraan untung atau rugi tidak tepat.
5) Dengan itu pembandingan prestasi perniagaan tidak
dapat dibuat.
REKOD TAK LENGKAP
13.3 PENENTUAN PENDAPATAN
13.3.1 Kaedah Perbandingan
13.3.2 Kaedah Analisis
13.3.2.1 Menghitung Jualan dan Belian
13.3.2.2 Analisis Buku Tunai
13.3.2.3 Analisis Belanja dan Hasil
13.3.2.4 Penyediaan Penyata Pendapatan
REKOD TAK LENGKAP
13.3 PENENTUAN PENDAPATAN
13.3.1 Kaedah Perbandingan
1) Menggunakan pendekatan persamaan perakaunan untuk
menentukan pendapatan.
2) ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK
3) ASET = LIABILITI + MODAL
4) Daripada persamaan di atas, modal perniagaan boleh dihitung
dengan menggunakan rumus: MODAL = ASET – LIABILITI
5) Apabila perniagaan mendapat untung, modal akhir akan
bertambah. Rumus untuk perkara ini adalah:
MODAL AKHIR = MODAL AWAL + UNTUNG BERSIH
6) Untuk menentukan untung bersih atau rugi bersih, rumus
berikut boleh digunakan:
UNTUNG BERSIH = MODAL AKHIR – MODAL AWAL
REKOD TAK LENGKAP
13.3 PENENTUAN PENDAPATAN
13.3.1 Kaedah Perbandingan
7) Kesimpulannya, apabila modal akhir > modal awal = untung
bersih dan jika modal akhir < modal awal = rugi bersih.
8) Jika pemilik membuat ambilan dalam dalam perakaunan, maka
ambilan tersebut perlu ditambah pada modal akhir. Ini kerana
ambilan merupakan sebahagian daripada modal yang
dikeluarkan.
9) Jika pemilik membawa masuk modal tambahan, maka modal
tambahan ini perlu ditolak daripada modal akhir. Ini kerana
modal tambahan bukan keuntungan. Oleh itu, rumus yang
diguna adalah:
UNTUNG BERSIH = MODAL AKHIR + AMBILAN – MODAL
TAMBAHAN – MODAL AWAL