APLIKASI PRODUK
TEKNOLOGI HIJAU
DALAM PENGURUSAN
SISA PEPEJAL
AUTHOR
NUR DIYANAH BINTI HASSAN
KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN.................................................................................................................... 1
2.0 MASALAH DALAM PENGURUSAN SISA PEPEJAL ......................................................... 2
3.0 APLIKASI PRODUK TEKNOLOGI HIJAU DALAM PENGURUSAN SISA PEPEJAL ........ 4
3.1 TONG KITAR SEMULA ................................................................................................... 4
3.2 BEKAS MAKANAN MESRA ALAM (BMA) .................................................................... 6
3.3 PLASTIK BIODEGRADASI.............................................................................................. 7
4.0 PERBINCANGAN................................................................................................................ 9
5.0 PENUTUP............................................................................................................................ 9
RUJUKAN ................................................................................................................................10
1.0 PENGENALAN
Teknologi hijau merupakan suatu istilah yang seringkali disinonimkan dengan kelestarian alam.
Namun begitu, tahukah anda apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan teknolgi hijau ini?
Pada hemat saya, teknologi hijau ini merujuk kepada bahan, benda atau produk yang mampu
memulihkan dan mengekalkan bumi agar dapat didiami oleh generasi pada masa akan datang.
Walau bagaimanapun, istilah bagi teknologi hijau ini mempunyai maksud dan definisi yang lebih
meluas dan menyeluruh terhadap semua aspek yang ada di muka bumi ini. Menurut Hussin
Salamon et al (2017), teknologi hijau ini merangkumi sebarang pembangunan, aplikasi, sistem
mahupun pemikiran yang menitikberatkan ciri-ciri mesra alam dan tidak meninggalkan impak
negatif terhadap bumi. Ia juga merupakan medium utama dalam membantu manusia mengatasi
masalah ketandusan sumber alam sekitar akibat daripada pelbagai aktiviti manusia yang telah
dijalankan tanpa had.
Buat pengetahuan semua, Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan telah dilancarkan di
Malaysia pada Julai 2019 di bawah penyeliaan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
(KeTTHA). Hal ini bertujuan untuk menguatkuasakan dan menggalakkan penggunaan teknologi
hijau dalam kehidupan semua masyarakat di Malaysia (Jamilah Ahmad, & Karmilah Abdullah,
2014). Lagipula, isu perubahan iklim, sumber tenaga yang terhad serta isu pencemaran telah
menjadi suatu perkara yang sangat membimbangkan semua pihak. Dengan adanya
pengadaptasian teknologi hijau dalam kehidupan harian kita, maka kesan dan implikasi buruk
terhadap alam sekitar mampu diminimumkan dari hari ke hari. Makalah ini akan membincangkan
dengan lebih terperinci berkaitan produk-produk teknologi hijau dalam menangani isu alam
sekitar. Rajah di bawah menunjukkan beberapa contoh teknologi hijau.
Rajah 1.0: Beberapa contoh teknologi hijau
1
2.0 MASALAH DALAM PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Pengurusan sisa pepejal adalah merupakah salah satu masalah dominan yang dihadapi oleh
masyarakat di negara kita. Hal ini terjadi kerana bilangan penduduk yang kian bertambah dari
masa ke masa telah menyebabkan sisa pepejal juga meningkat hasil dari pelbagai aktiviti yang
dilaksanakan oleh masyarakat di negara kita. Tanpa kita sedar, sisa pepejal yang tidak dapat
diuruskan dengan baik di sesuatu tempat akan turut menjadi penyumbang utama kepada
kemusnahan alam sekitar. Oleh yang demikian, sebelum kita berbincang dengan lebih lanjut
tentang aspek pengurusan sisa pepejal ini, lebih baik kita memahami terlebih dahulu apakah yang
didefinisikan dengan sisa pepejal. Menurut Dody Dermawan et al (2012), sisa pepejal ini
dimaksudkan dengan hasil buangan yang dianggap tidak berguna dan mempunyai ciri-ciri kotor
hasil dari pelbagai aktiviti sosial yang telah dijana dalam kehidupan harian masyarakat.
Tidak dapat kita nafikan bahawa pengurusan sisa pepejal ini telah menjadi isu global
kerana setiap negara pasti mempunyai masalah yang sama dalam menguruskan sisa pepejal
yang kian meningkat dari hari ke hari. Kepesatan pembangunan dan pertambahan bilangan
penduduk telah menjadi faktor utama pertambahan sisa pepejal di negara kita (National Solid
Waste Management Department, 2013). Dianggarkan hasil sisa pepejal yang dijana pada setiap
hari adalah sebanyak 760,000 tan manakala purata bagi setiap tahun adalah mencapai 1.8 juta
tan (Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, 2015).
Rajah 2.0: Longgokan sampah di rumah flat sekitar ibu negara
2
Punca utama yang menyebabkan tahap pengurusan sisa pepejal di negara kita berada
pada aras membimbangkan adalah disebabkan tapak pelupusan yang terhad serta kos yang
agak tinggi diperlukan dalam pengurusan sisa pepejal yang melibatkan proses pengutipan,
pemungutan, pemindahan, pemprosesan serta pengolahan sisa (Adi Japar et al, 2019).
Dikatakan bahawa caj pengurusan sisa (WTP) yang dikutip oleh kerajaan adalah tidak setanding
dengan modal yang diperlukan untuk merawat jumlah sisa yang terlampau banyak. Oleh sebab
itu, pihak berkuasa telah mencipta dan menggalakkan semua masyarakat untuk mengaplikasikan
pelbagai produk teknologi hijau sebagai alternatif lain untuk mengatasi masalah pengurusan sisa
pepejal ini dengan harapan cara ini dapat mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar.
3
3.0 APLIKASI PRODUK TEKNOLOGI HIJAU DALAM PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Kini, pihak kerajaan dan pihak berkuasa telah banyak mencipta dan membuat inovasi
terhadap pelbagai produk teknologi hijau sebagai ganti kepada produk-produk yang memberi
impak negatif terhadap kemerosotan alam sekitar. Ciri-ciri produk teknologi hijau ini mestilah
merupakan bahan yang boleh dikitar semula, mudah digunakan serta yang paling utama ialah
mampu meminimakan impak negatif aktiviti manusia terhadap bumi. Pada bahagian ini, kita akan
membuat analisis dan perbincangan terhadap 3 produk teknologi hijau yang dikatakan mampu
mengatasi masalah pengurusan sisa pepejal di negara kita.
3.1 TONG KITAR SEMULA
Sejak sedekad yang lalu, umum mengetahui bahawa kitar semula memainkan peranan yang
paling penting dalam menjamin kelangsungan alam sekitar serta menjadi salah satu solusi primer
kepada masalah kemusnahan bumi pada masa ini. Kewujudan 3 jenis tong kitar semula juga
telah lama diketahui oleh masyarakat di negara kita kerana ia merupakan salah satu produk
teknologi hijau yang memberi kesan baik terutamanya terhadap masalah utama kita iaitu
pengurusan sisa pepejal. Kendatipun demikian, tahukah anda bagaimana sebenarnya 3 jenis
tong ini mampu berfungsi dalam menguruskan sisa pepejal yang terlampau banyak di negara kita
ini?
Rajah 3.0: Tong-tong kitar semula
4
Penciptaan 3 jenis tong yang berlainan warna dan kategori ini sebenarnya bertujuan untuk
menggalakkan masyarakat mengasingkan sisa pepejal mereka mengikut label yang telah
ditetapkan. Pendek kata, penciptaan tong kitar semula ini membolehkan sisa pepejal dapat
dibahagikan kepada dua jenis iaitu yang boleh dikitar semula dan satu lagi sisa yang perlu
dihantar ke tapak pelupusan (Hidayah Mansor et al, 2016). Oleh yang demikian, dengan adanya
pengasingan seperti ini, ia akan memudahkan lagi kerja pihak terlibat dalam mengitar semula
sisa pepejal tersebut bagi mengurangkan lambakan sampah-sampah di negara kita. Cuba kita
bayangkan, jika semua sisa pepejal dikumpulkan dalam satu tong, maka situasi ini akan
mengakibatkan pengumpulan sisa-sisa pepejal yang banyak di tapak pelupusan sampah.
Impaknya, ia akan meninggalkan kesan negatif terhadap persekitaran mahupun masyarakat
setempat (Rizal Zainon, 2015).
Selain itu, tong kitar semula ini juga dikatakan dapat memulihara dan mengekalkan
sumber-sumber yang terhad di negara kita sekaligus dapat mengurangkan pencemaran alam
sekitar yang berlaku. Namun begitu, bagaimanakah pengaplikasian tong kitar semula ini mampu
memberi kesan baik terhadap alam sekitar? Menurut Sumayyah Najib, & Saifuddin Mamat (2020),
tong-tong kitar semula ini akan menggalakkan masyarakat untuk melaksanakan aktiviti kitar
semula yang dapat mengurangkan penggunaan sumber alam semula jadi yang terhad untuk
menghasilkan barangan baru. Dalam erti kata lain, pengasingan sisa pepejal kepada kertas,
plastik dan tin itu akan diproses menjadi apa-apa jenis bahan baharu yang dapat mengelakkan
kita dari menggunakan bahan mentah baru dan tenaga, Tamsilnya, apabila kita mengitar semula
kertas, kadar penyahhutanan di negara kita juga akan semakin berkurang kerana adanya kertas-
kertas lama yang dapat digantikan untuk membuat barangan baru. Kesannya, pembebasan gas
karbon dioksida juga dapat diminimumkan sekaligus isu pemanasan global akan dapat diatasi.
Tambahan pula, sumber-sumber di negara kita juga tidak akan cepat habis. Oleh itu, benarlah
bahawa penciptaan tong kitar semula ini mampu menjadi solusi kepada sistem pengurusan sisa
pepejal di negara kita serta dapat mengatasi impak negatif terhadap alam sekitar.
5
3.2 BEKAS MAKANAN MESRA ALAM (BMA)
Seterusnya, satu lagi produk teknologi hijau yang mampu mangatasi masalah dan
memberi banyak kesan baik kepada alam sekitar ialah bekas makanan mesra alam (BMA).
Seperti yang kita semua tahu, BMA ini merupakan produk sistem pembungkusan yang tidak
melibatkan sebarang bahan plastik mahupun sintetik. Walaupun saiznya yang kecil, namun ia
dikatakan mampu untuk mengatasi masalah yang berkaitan pencemaran apabila produk ini
digunakan dan diterima baik oleh seluruh masyarakat. Sebab utama penciptaan produk ini adalah
untuk mengurangkan kadar pelupusan sisa pepejal di negara kita dengan menggantikan
penggunaan polistirena yang telah sebati dalam kehidupan masyarakat. Hal ini kerana, menurut
Zurina Saidi, & Er (2016), kebanyakan hasil pelupusan sisa pepejal adalah terdiri dari bahan
plastik dan polistirena. Keadaan sebegini secara tidak langsung telah meninggalkan kesan yang
amat bahaya terhadap alam sekitar serta kesihatan manusia.
Mengapakah penggunaan polistirena dan plastik dikatakan memberi kesan bahaya
kepada alam sekitar? Hal ini bersangkut paut dengan proses pembuatan, penggunaan serta
pelupusannya. Umum menyedari bahawa plastik dan polistirena ini merupakan bahan yang
sangat sukar untuk diuraikan dan dilupuskan. Kendatipun demikian, tidak semua tahu bahawa
masa yang diambil bagi melupuskan bahan-bahan ini adalah sekurang-kurangnya 500 tahun.
Kesannya, sekaligus akan menjadi asbab kepada pengumpulan sisa pepejal yang banyak.
Lagipula, apabila penggunaan bahan sukar terbiodegradasi ini masih diteruskan di negara kita,
maka ia akan menyumbang kepada pencemaran alam sekitar seperti fenomena pemanasan
global. Hal ini kerana proses pembuatannya akan melibatkan penggunaan klorofluorokarbon
(CFC) yang merupakan punca utama kepada penipisan lapisan ozon (Elvy Bahaman, & Fadhilah
Zahari, 2017). Oleh sebab itulah, bekas makanan mesra alam ini dicipta dan diinovasikan. Bukan
sahaja kerana sifatnya yang mesra alam, malah ia juga hanya mengambil masa yang singkat
iaitu 5 bulan hingga paling maksimum 5 tahun untuk diuraikan (Kementerian Wilayah
Persekutuan, 2022). Jelaslah, bahawa bekas makanan mesra alam ini merupakan produk hijau
yang mampu mengurangkan kadar pembuangan sisa pepejal di negara kita apabila ia dapat
digunakan semula serta ia berupaya untuk mengatasi kesan buruk yang ditinggalkan oleh bahan
plastik dan polistirena terhadap alam sekitar.
6
Rajah 4.0: Bekas makanan mesra alam yang diperbuat dari hampas tebu
3.3 PLASTIK BIODEGRADASI
Kini, plastik biodegradasi telah menjadi suatu produk hijau yang sangat popular dalam
kalangan masyarakat di negara kita. Secara umumnya, plastik sememangnya merupakan produk
yang menjadi keperluan utama semua masyarakat dalam kehidupan harian mereka. Sebagai
contoh, kita pasti akan menggunakan plastik semasa berada di pasaraya ataupun semasa
menguruskan sampah-sarap di rumah. Namun begitu, penggunaan plastik konvensional yang
diperbuat dari petroleum semestinya meninggalkan kesan buruk seperti yang telah kita
bincangkan di atas. Oleh sebab itu, plastik terbiodegradasi ini menjadi pengganti kepada
penggunaan plastik yang biasa kita praktikkan. Adakah semua tahu apakah sebenarnya yang
membezakan antara plastik biasa dengan plastik biodegradasi ini? Plastik biodegradasi ini
merupakan plastik yang mudah diurai dan dikompos seawal 3 bulan dan penghasilannya adalah
menggunakan sumber yang boleh diperbaharui seperti tumbuh-tumbuhan (Arif nasir et al, 2017).
Plastik biodegradasi ini juga berupaya mengatasi masalah pengurusan sisa pepejal di negara
kita. Hal ini dikatakan demikian kerana tempoh penguraiannya yang singkat akan dapat
mengelakkan tapak pelupusan dari dipenuhi dengan sisa pepejal yang sukar utuk diuraikan
seperti bahan plastik konvesional. Rajah di bawah membuktikan bahawa sifat plastik biasa yang
kita gunakan telah menyumbang kepada lambakan sisa pepejal.
7
Rajah 5.0 Lambakan plastik memenuhi tapak pelupusan sampah di Malaysia
Buat pengetahuan semua, plastik terbiodegradasi ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu Hydro
Biodegradable Plastic (HDB) dan Oxo Biodegradable Plastic (OBP). Plastik biodegradasi ini
dikatakan berbeza dengan plastik biasa kerana sifatnya yang mesra alam serta tidak bertoksik
telah memberi banyak manfaat kepada para pengguna. Di samping itu, plastik biodegradasi ini
tidak akan melepaskan gas rumah hijau seperti karbon dioksida dan metana dalam proses
pembuatannya (Firdaus Zulkapri, n.d.). Namun begitu, ia juga akan memberi kesan negatif
sekiranya dilupuskan dengan cara yang salah dan tidak betul. Dengan itu, dapat kita faham
bahawa plastik biodegradasi ini turut bertindak sebagai jalan penyelesaian terhadap isu alam
sekitar yang dialami bukan sahaja kepada negara kita bahkan negara lain turut mengalami
masalah yang sama.
8
4.0 PERBINCANGAN
Melalui beberapa analisis yang telah kita buat terhadap produk hijau di atas, dapat kita
ringkaskan bahawa kesemua penciptaan produk teknologi hijau ini merupakan solusi kepada
penyelesaian isu alam sekitar yang dialami iaitu berkaitan pengurusan sisa pepejal. Sedikit
sebanyak dengan adanya pengaplikasian terhadap pelbagai teknologi hijau, secara tidak
langsung kita telah dapat mengaplikasikan konsep zero waste dalam kehidupan harian kita. Hal
ini kerana, kebanyakan produk hijau yang telah dicipta adalah bertujuan untuk memastikan sisa
pepejal yang dijana oleh masyarakat dapat diminimumkan dari hari ke hari. Tambahan lagi,
Hisyam Mohamad (2006) berpendapat bahawa zero waste merupakan pendekatan yang terbaik
dalam menguruskan sisa pepejal bagi sesebuah negara. Tuntasnya, penciptaan produk hijau ini
sememangnya mengambil kira aspek kelestarian alam kerana dengan cara itu kita dapat
memastikan alam sekitar mampu didiami oleh generasi pada masa akan datang.
5.0 PENUTUP
Kesimpulannya, teknologi hijau ini adalah amat penting terhadap masyarakat sekarang
kerana banyak impak negatif seperti perubahan iklim, pemanasan global serta pencemaran udara
dan air yang telah berlaku di muka bumi ini. Kesan-kesan ini semua adalah berpunca dari aktiviti
manusia yang tidak terkawal. Namun demikian, walaupun dengan adanya teknologi dan produk
hijau ini, masyarakat semua perlulah berganding bahu dalam mengaplikasikan sistem, teknologi
serta produk hijau ini dalam kehidupan harian. Kesedaran masyarakat merupakan aspek yang
paling penting dalam memastikan usaha untuk melestarikan alam sekitar dapat dijayakan. Hal ini
kerana, gaya hidup masyarakatlah yang bakal menjadi penentu kepada matlamat negara ini. Oleh
itu, pendidikan terhadap isu negara seperti pengurusan sisa pepejal ini wajarlah dilaksanakan
sejak di bangku sekolah lagi supaya murid-murid dapat didedahkan dengan masalah utama
berkaitan kelestarian alam di negara kita. Tegasnya, semua produk teknologi hijau ini nyatanya
dapat memberi impak positif dalam mengekalkan kelestarian terhadap bumi.
9
RUJUKAN
Adi Japar, Aliakbar Gulasan, Geogre, F., Lokman haris, Molia Sebi & Tahir Mapa. (2019).
Kajian komposisi dan pengasingan sisa pepejal di kawasan perumahan. Malaysian
Journal of Society and Space, 15(2), 117-128.
https://www.researchgate.net/publication/333090807_Kajian_komposisi_dan_pengasing
an_sisa_pepejal_di_kawasan_perumahan
Arif Nasir, Aisyah Mlhat, Aeisha Md Sharip, & Hafizah Mustaffa. (2017). Program melaka tanpa
beg plastik dan polisterin dan pelaksanaan produk biodegradasi, 1-43.
http://habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2494-program-melaka-tanpa-beg-
plastik-dan-polisterin-dan-pelaksanaan-produk-biodegradasi.pdf
Dody Dermawan, Hasnah ali, Maznah Ibrahim, Noraziah Ali, & Sarifah Yaacob. (2012).
Masyarakat dan amalan pengurusan sisa pepejal ke arah kelestarian komuniti: Kes isi
rumah Wanita di Bandar Baru Bangi, Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space,
8(5), 64-75. https://myjurnal.mohe.gov.my/filebank/published_article/17888/artikel6.pdf
Elvy Bahaman, & Fadhilah Zahari. (2017). [OT 13] Kesedaran dan kesediaan untuk
menghentikan amalan penggunaan bekas makanan yang diperbuat daripada polisterin
di kalangan pelajar universiti utara malaysia: satu tinjauan awal, 1266-1276.
http://stmlportal.net/stmlgogreen2016/pdf/p1266.pdf
Firdaus Dzulkapri. (n.d.). Plastik biodegradasi. Slideshare.
https://www.slideshare.net/firdauswakrado89/plastik-biodegradasi-powerpoint-22007120
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. (2015, September 7). Pengurusan sisa pepejal dan
pengurusan awam. https://jpspn.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/106
Hisyam Mohamad. (2006, Julai 4). Sisa Sifar (Zero Waste): Pendekatan terbaik mengurus
sumber. Berita Harian. https://www.ikim.gov.my/index.php/2006/07/04/sisa-sifar-zero-
waste-pendekatan-terbaik-mengurus-sumber/
Hussin Salamon, Hasimah Rahman, & Norizan Hassan. (2017). Peranan aplikasi teknologi hijau
dalam konteks melestarikan alam sekitar menurut perspektif alam. e-JURNAL
PENYELIDIKAN DAN INOVASI, 4(1), 1-12.
https://myjurnal.mohe.gov.my/filebank/published_article/59680/1.pdf
10
Karmilah Ahmad, & Jamilah Abdullah. (2014). Impak pemerkasaan teknologi hijau terhadap
amalan perhubungan awam hijau di Malaysian Green Technology Corporation.
Akademika, 84(3), 29-39.
https://www.researchgate.net/publication/287933681_Impak_Pemerkasaan_Teknologi_
Hijau_terhadap_Amalan_Pengamal_Perhubungan_Awam_Hijau_di_Malaysian_Green_
Technology_Corporation_Impact_of_Green_Technology_Empowerment_towards_Gree
n_Public_Relations_Practi
Kayrul Mansor. (2016, Ogos 3). Kepentingan pengasingan sisa pepejal kepada kesihatan
awam. MyHEALTH. http://www.myhealth.gov.my/kepentingan-pengasingan-sisa-sisa-
pepejal-kepada-kesihatan-awam/
National Solid Waste Management Department. (2013). Survey on solid waste
composition, characteristics & existing practice of solid waste recycling in Malaysia.
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.
Saifuddin Mamat, & Sumayyah Najib. (2020). Pendidikan amalan kitar semula sisa pepejal
kepada masyarakat. GEOGRAFI, 8(1), 43-69.
https://doi.org/10.37134/geografi.vol8.1.3.2020
Zurina Saidi, & Er, A. C. (2016). Penggunaan bekas makanan mesra alam di Malaysia: Kajian
awal pengetahuan dan kesanggupan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Malaysian
Journal of Society and Space, 12(10), 113 – 126.
https://myjurnal.mohe.gov.my/filebank/published_article/52993/12.pdf
11