NOVEL MENITI IMPIAN NAME : LAXSHANA A/P YOHARAJAN KELAS: 2 TERATAI
SINOPSIS Zahar yang merupakan watak utama dalam Novel Meniti Impian adalah seorang pelajar yang mempunyai cita-cita dan keazaman yang tinggi. Dia berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke ITM tetapi impiannya musnah kerana Zahar jatuh sakit sewaktu peperiksaan SPM dan tidak berpeluang untuk menyambung pelajaran. Hal ini kerana dia perlu bertanggungjawab ke atas dua adiknya, Halim dan Zakri. Selepas kematian ayahnya, ibu Zahar, Mak Kiah telah menanggung keluarganya dengan menoreh getah, menganyam tikar mengkuang dan mengambil upah menjahit pakaian. Zahar mengambil keputusan untuk melupakan hasratnya dan telah salah erti oleh Suhaili, kawan baiknya yang berasa Zahar gagal kerana tidak berjaya untuk ke ITM. SINOPSIS Zahar yang merupakan watak utama dalam Novel Meniti Impian adalah seorang pelajar yang mempunyai cita-cita dan keazaman yang tinggi. Dia berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke ITM tetapi impiannya musnah kerana Zahar jatuh sakit sewaktu peperiksaan SPM dan tidak berpeluang untuk menyambung pelajaran. Hal ini kerana dia perlu bertanggungjawab ke atas dua adiknya, Halim dan Zakri. Selepas kematian ayahnya, ibu Zahar, Mak Kiah telah menanggung keluarganya dengan menoreh getah, menganyam tikar mengkuang dan mengambil upah menjahit pakaian. Zahar mengambil keputusan untuk melupakan hasratnya dan telah salah erti oleh Suhaili, kawan baiknya yang berasa Zahar gagal kerana tidak berjaya untuk ke ITM.
Selepas itu, Zahar telah membantu bapa saudaranya di bengkel perabot untuk meringankan beban ibunya. Pak Yusuf dapat melihat bakat dan keazaman dalam diri Zahar dan mendorong Zahar untuk berjaya pada masa akan datang. Zahar juga memberitahu Pak Yusuf bahawa dia berminat dengan kerja tersebut dan bercita-cita untuk membuka bengkel perabot sendiri. Oleh itu, Zahar memohon kemasukan ke IKM dan berjaya mendapat tawaran untuk menjadi pelatih. Berita baik itu ingin dikongsikan Zahar kepada Suhaili yang sudah berada di tahun akhir pengajian di ITM tetapi dia dikecewakan oleh Suhaili kerana beranggapan graduan IKM tidak mempunyai masa depan yang baik.
Di IKM, Zahar berazam untuk membuktikan bahawa dia boleh berjaya dan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Zahar juga telah menemui Norimi yang merupakan pelatih Lukisan Seni Bina di IKM dan berkawan rapat. Selepas enam bulan berkursus, Zahar telah mengikuti latihan praktikal di sebuah kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad. Kilang yang terletak di Kamunting, Taiping itu kebetulan menjadi tempat kerja Suhaili yang menjawat jawatan Penolong Ketua Unit Pemasaran. Suhaili berasa serba salah dengan apa yang telah diakukan kepada Zahar dahulu ingin meminta maaf dan membantu Zahar mendapatkan pekerjaan di kilang tersebut. Zahar menolak bantuan Suhaili dengan tegas dan menyatakan hatinya telah dimiliki oleh orang lain dan tidak berharap dengan pertolongan daripad aorang yang telah menghinanya dahulu.
Selepas menamatkan kursus di IKM dengan cemerlang, Zahar kembali ke kampung halamannya. Dia menyatakan hasrat untuk membuka bengkel perabotnya sendiri kepada ibu, rakan-rakan dan Pak Yusuf. Dengan pinjaman kewangan daripada MARA sebanyak RM10,000 serta sumbangan Pak Yusuf sebanyak RM5,000, Zahar berjaya membuka bengkelnya perabotnya. Impian dan hasrat Zahar tercapai dan dia telah membuktikan kepada Suhaili bahawa graduan IKM juga mampu berjaya. Bengkel perabot Zahar semakin dikenali dan tersiar dalam akhbar dan mendapat kiriman surat daripada Norimi
TEMA Tema novel Miniti Impian ialah keazaman seseorang dalam mencapai cita-cita dan akhirnya membuahkan hasil dan kejayaan
1) Persoalan tanggungjawab antara ahli keluarga cth : Selepas kematian suaminya, Mak Kiah menoreh getah, menganyam tikar mengkuang dan mengambil upah menjahit pakaian untuk menyara keluarganya. 2) Persoalan memandang rendah orang lain cth : Suhaili memandang rendah Zahar kerana menjadi pelatih IKM sedangkan dia seorang penuntut di ITM. PERSOALAN
3) Persoalan konflik percintaan dalam kalangan remaja cth : Zahar mencintai Suhaili tetapi Suhaili jelas tidak mencintai Zahar dan telah menghinanya kerana taraf pendidikan mereka berbeza. 4)Persoalan kepentingan pendidikan dalam kalangan manusia cth : Walaupun gagal memasuki Tingkatan 6 kerana kekangan kewangan, Zahar tetap menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran.
ZAHAR Anak sulung kepada Mak Kiah. Mempunyai dua orang adik lelaki. Berusia awal 20-an. Pandai main bola sepak. Bercita-cita untuk membuka bengkel perabotnya sendiri. Seorang yang tidak mudah berputus asa. Seorang yang berdikari. WATAK DAN PERWATAKAN
PAK YUSUF Bapa saudara kepada Zahar dan merupakan adik kepada Mak Kiah. Suami kepada Mak Temah dan mempunyai dua orang anak. Memiliki sebuah bengkel pertukangan perabot. Seorang yang baik hati. Seorang yang kreatif. Seorang yang gigih bekerja. Seorang yang prihatin.
SUHAILI Anak kepada Pak Karim, Ketua Kampung Merupakan graduan ITM dan pernah bekerja di Petaling Jaya dan Perak. Merupakan bekas buah hati Zahar sewaktu zaman sekolah. Seorang yang mempunyai ego tinggi. Seorang yang insaf. Caruk Petitih.
NORIMI Berasal dari Johor Bharu. Menyertai kursus Lukisan Seni Bina di IKM bersama-sama Zahar. Seorang pelajar yang cemerlang. Seorang yang positif. Menjalinkan hubungan yang istimewa dengan Zahar.
GGAAYYAABBAHAAHSAASA SINKOPE cth: - Bila Tok Iman mahu rak kasut tu? - Wah, kau dengan Suhaili tu.....
cth: - lidahnya seperti dikelukan. - bagaikan mengundang kembali kenangan masa . lampau. SIMILE cth: - berat tulang - berat mulut PERIBAHASA
PERSONIFIKASI cth: - Lidah api sedang menjelir memamah punggung . kawah. - petang yang semakin muram. HIPERBOLA cth: - Segugus debaran menggoncang dadanya. - Perdu hati Zahar bagaikan bergayut dengan . . sebebaran.
LATAR MASA 1) Enam Bulan cth : Zahar menjalani latihan selama enam bulan dalam Pertukangan Perabot di IKM Sungai Petani. 2) Lima tahun cth : Pak Yusuf yang minat kerja pertukangan telah mendirikan bengkel perabot yang berupa bangsal kecil di sebelah rumahnya sejak lima tahun. 3) Dua minggu cth : Pasukan bola sepak IKM Alor Setar bertandang ke IKM Sungai Petani dua minggu selepas perlawanan persahabatan di tempat mereka. LATAR
LATAR TEMPAT 1) City Point, Alor Setar cth : Zahar bersama Suhaili makan ayam goreng . 2) Stesen Bas MARA cth : Zahir menaiki bas ke stesen bas MARA di Alor Setar untuk bertemu dengan Suhaili. 3) Bengkel perabot Pak Yusuf cth : Selepas berhenti sekolah, Zahar bekerja di bengkel perabot Pak Yusuf bagi membantu keluarganya.
LATAR MASYARAKAT 1) Masyarakat yang rajin bekerja cth : Zahar dan Razali bekerja dengan rajin di kilang perabot Usaha Bersatu walaupun mereka hanya menjalani latihan praktikal di sana. 2) Masyarakat yang memandang rendah orang lain cth : Suhaili memandang rendah kepada Zahar yang akan memasuki IKM sebagai pelatih. 3) Masyarakat yang prihatin dengan nasib ahli keluarga cth : Pak Yusuf mengambil berat tentang kebajikan anak saudaranya dengan memberikan bantuan kewangan kepada Zahar.
NILAI 1) Kesetiaan cth : Zahar setia kepada Norimi walaupun Suhaili cuba untuk berbaik hubungannya semula. 2) Ketabahan cth : Zahar meneruskan cita-citanya walaupun hidup dihimpit kemiskinan. 3) Kerajinan cth : Mak Kiah rajin menganyam tikar mengkuang selain mengambil upah menjahit pakaian untuk menambah pendapatan keluarga.
1) Kita perlu yakin dengan kemampuan diri sendiri kerana orang lain hanya mampu mengkritik tetapi kita yang menentukan kejayaan diri sendiri. 2) Kita sepatutnya tidak berputus asa apabila menghadapi dugaan atau cabaran dalam kehidupan kerana setiap kegagalan merupakan peluang untuk mendapat kejayaan yang baharu. 3 Kita digalakkan untuk memafkan kesalahan orang lain kepada kita kerana menyimpan dendam hanya akan merugikan masa dan perasaan diri kita. PENGAJARAN