The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sivaneshen, 2019-07-30 21:29:32

1 - Surat Jemputan

1 - Surat Jemputan

14 Mac 2019 Ruj.Kami: VM/PTP19/01

Pengarah
………………………………………..

………………………………………..

………………………………………..

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE “PESU TAMIZHA PESU 2019” - PERTANDINGAN PIDATO TAMIL
BAGI INSTITUT PENDIDIKAN TINGGI 2019

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk:-

Kami VanakkamMalaysia DotCom Sdn Bhd sebuah syarikat penerbitan akhbar harian online
www.vanakkammalaysia.com serta penerbit rancangan televisyen ingin menganjurkan
Pertandingan Pidato Tamil, “Pesu Tamila Pesu” bagi pelajar Institut Pendidikan Tinggi dengan
kerjasama Astro Vaanavil buat kali keempat pada tahun ini.

Untuk pengetahuan Tuan, program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada
pelajar-pelajar institut tinggi dalam tiga tahun yang lepas. Selain itu, sambutan baik yang
diterima di peringkat kebangsaan telah turut mendorong kami untuk membawa program ini ke
peringkat seterusnya, iaitu Peringkat Antarabangsa.

Dengan jayanya, pertandingan peringkat antarabangsa telah berlangsung di Chennai, India buat
kali pertama iaitu pada 2016. Juara Pertandingan Peringkat Antarabangsa 2016 merupakan
Malaysia. Kali kedua pula, iaitu pada tahun 2017, pertandingan ini telah berlangsung di
Colombo, Sri Lanka dan Malaysia berjaya mendapat tempat kedua dan tempat ketiga. Pada tahun
lepas, 2018, pertandingan ini telah berlangsung di Yangon, Myanmar dan Malaysia berjaya
mendapat tempat kedua.

VanakkamMalaysiaDotComSdn. Bhd. (609104-P)
Suite A – 16 – 1, Menara Atlas, Plaza Pantai, No. 5, Jalan 4/83A, Off Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur.

Tel: 03 – 2284 3000 Fax: 03 – 2284 4699 Email: [email protected]

www.vanakkammalaysia.com

Tujuan kami menganjurkan Pertandingan Pidato Tamil ini adalah untuk memberi pendedahan
serta mendorong pelajar-pelajar institut pengajian tinggi menambahkan dan meningkatkan bakat
yang ada pada pelajar dalam aspek ‘Public Speaking’. Program ini akan memberi keyakinan dan
secara tidak langsung pelajar akan mempelajari teknik-teknik mengutarakan pendapat secara
releven , jelas dan berstruktur. Program ini turut memberi keyakinan dan akan menjadi
rangsangan bagi menjamin kejayaan para pelajar dari segi kurikulam dan kokurikulam pada
masa hadapan.

Untuk makluman Tuan, kami telah pun mendapat surat sokongan dari Jabatan Pengajian Tinggi,
Institut Pendidikan Guru Malaysia, Jabatan Pengajian Politeknik dan Jabatan Tenaga Manusia
untuk menganjurkan pertandingan ini.

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar-pelajar India dari IPTA/ IPTS/ IPG/ ILP/
ADTEC/ JMTI/ POLITEKNIK. Program ini akan dirakam dan disiarkan di Astro Vaanavil,
saluran 201 (tarikh dan masa akan ditentukan kemudian). Tiada yuran atau tambang dikenakan

Pertandingan ini akan diadakan secara berperingkat di 1 pertandingan saringan, satu sesi bengkel
pidato dan pusingan akhir. Berikut adalah cadangan untuk program tersebut :-

TARIKH LOKASI

Pendaftaran & Pusingan 5 April 2019* -sila rujuk lampiran-

Saringan Pertama

Pusingan Saringan Kedua 25 May 2019* Kedah

26 May 2019* Perak

1 Jun 2019* Kuala Lumpur

2 Jun 2019* Johor

Bengkel 30 Jun 2019* Menara SSM,Kuala Lumpur

Pusingan Akhir 13 Julai 2019* Studio Finas, Petaling Jaya,

Selangor

*kemungkinan ada perubahan dalam tarikh mengikut kekosongan dewan pertandingan.

*Pertandingan Saringan Pertama adalah dalam bentuk rakaman video

*Sila rujuk lampiran bagi maklumat lanjut mengenai syarat-syarat pertandingan

Sehubungan perkara di atas kami memohon jasa baik pihak Tuan untuk memberi kebenaran dan
memberi sokongan kepada para pelajar institusi Tuan untuk mengambil bahagian dalam
pertandingan ini. Segala kerjasama pihak Tuan dihargai dengan ikhlas.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Cik.Vetha di talian 03-2284 3000 atau 016-9760 501.
([email protected])

Sekian. Terima kasih.
Yang benar,

………………………….………….
THIAGA RAJAN MUTHUSAMY
PENGARAH URUSAN


Click to View FlipBook Version