The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yvoncechan0921, 2023-12-16 21:55:41

E-mag Herba Cina

E-mag Herba Cina

HERBACI N A T R A D I S I D A N T R A N S F O R M A S I MEMBAWA KUALITI HIDUP KE PERINGKAT BARU MEMBAWA KUALITI HIDUP KE PERINGKAT BARU M E N J A D I S A L A H S A T U S U M B E R H E R B A Y A N G M A M P U M E R A W A T P E L B A G A I P E N Y A K I T D I S E L U R U H D U N I A Pe ruba t an Tr adi s i K U M P U L A N 3 2 0 2 3 P E R U B A T A N MOHAMAD MIRZA HIDAYAT BIN HAMDAN (297247) AMELIA BINTI MOHAMMAD ALIF VEERACHELVAN (301352) ELINA SOFEA BINTI FAIRUS FARID (300759) MUHAMMAD SHAQEER ARAMI BIN MD ASWAI (300601) NURFAQIHAH AWADAH BINTI MOHAMAD SALHADI (300435) CHAN YEE WEN (297326) VIDHYASRI A/P SANTHIRAN (299003) NUR AMIRAH BINTI ABDUL RAHIM (299465) JASPER WONG YEE SHAN (300154) NUR FAIQAH BINTI MOHD ZAHIDI (301049)


Isi Kandungan Pengenalan Objektif Kajian Metodologi Sejarah Perubatan Tradisional Cina Di Malaysia Jenis Perubatan Tradisional Cina Integrasi Perubatan Tradisional Cina Dalam Budaya Malaysia Herba Cina Dalam Kehidupan Harian dan Kebudayan Peranan Perubatan Tradisional Cina Dalam Penjagaan Kesihatan 01 Penyelidikan Saintifik Moden Kepentingan Herba Cina Herba Cina Sebagai Simbol Awet Muda & Vitality Penyumbangan Herba Cina Terhadap Ekonomi Malaysia Cabaran Dan Prospek Masa Depan Kenegaraan Dan Identiti Cadangan Peningkatan Sistem Perbincangan Kesimpulan 02 03 04 05 07 09 10 11 12 14 15 17 19 20 21 22 I


Perubatan tradisional cina memberi kesan sampingan yang sangat kecil kerana perubatan ini berasaskan tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Konsep asas perubatan tradisional cina ialah kuasa penting dalam kehidupan yang dipanggil Qi. Qi yang seimbang sangat penting untuk kesihatan yang baik. Ketidakstabilan Qi dalam tubuh boleh memudaratkan diri. Oleh itu, perubatan tradisional cina membantu memulihkan keseimbangan ini melalui rawatan yang sesuai , bergantung kepada diagnos pengamal perubatan tradisional cina. Antara perubatan tradisional cina ialah ubat herba , akupunktur, terapi diet dan urut Tui na dan Shiatsu (Herba & Tumbuhan, 2011). Kini, perubatan tradisional cina telah banyak diiktiraf di luar negara dan ini dapat menarik perhatian kaum Melayu dan India terhadap perubatan tradisional cina. HERBA C I N A 2023 P erubatan tradisional cina atau dikenali sebagai TCM (Traditional Chinese Medicine) berasal dari China (Xladmin, & Xladmin, 2017). Perubatan tradisional cina dianggap sebagai suatu sistem perubatan alternatif di asia timur dan di barat. P E N G E N A L A N Yin dan Yang adalah prinsip asas falsafah dan perubatan Cina. 1 Gambar 1 : Herba-herba cina Sumber : Internet


OBJEKTIF perkaitan herba cina dengan kehidupan harian dan kebudayaan. Hal ini kerana, kita akan dapat mengetahui penggunaan herba cina dalam rutin harian. aspek kesihatan dan perubatan bagi Perubatan Tradisional Cina dengan menganalisis data dan mensintesis maklumat dari pelbagai sumber rujukan. peratusan pelanggan ke kedai ubat cina. Oleh itu, kita dapat mengetahui peratusan masyarakat Melayu, Cina dan India yang mengamalkan Perubatan Tradisional Cina. Mengetahui Mengenalpasti Menganalisis 2 Gambar 2 : Beri goji Sumber : Internet Gambar 4 : Akupuntur Sumber : Internet Gambar 3 : Ginseng Sumber : Internet Gambar 5 : Herba - herba Cina Sumber : Internet


METO DOLOGI Satu daripada instrumen yang mempunyai kaitan dengan kaedah kualitatif ini adalah menggunakan teknik temu bual. Kaedah temu bual dijalankan ke atas peniaga ubat cina yang beroperasi di Jitra, Kedah dan Pulau Pinang. Kaedah temu bual bersemuka dilakukan dengan peniaga kedai ubat cina. Selain itu, kaedah pemerhatian turut digunakan untuk meninjau kawasan kajian iaitu di Jitra, Kedah and Pulau Pinang. Pengkaji menjalankan kaedah pemerhatian ini di kedai ubat cina yang berada di Jitra, Kedah dan Pulau Pinang. Berdasarkan pemerhatian tersebut, pengkaji dapat mengetahui bahawa terdapat pelbagai jenis ubat cina yang terdapat di Malaysia. Tujuan kaedah pemerhatian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat bagi memenuhi tiga objektif kajian. Pengkaji telah melayari beberapa laman sesawang yang berkaitan dengan tajuk kajian untuk mendapatkan maklumat. Antaranya ialah pengkaji telah melayari laman sesawang rasmi Astro Awani untuk mendapatkan maklumat mengenai Perubatan Tradisional Malaysia. Selain itu, pengkaji juga telah melayari laman Youtube ML Studios bertujuan untuk mendapatkan sejarah Perubatan Tradisional Cina. Temu Bual Pemerhatian Laman Sesawang 4 Gambar 6 : Lawatan Kajian di kedai ubat Zin Min Sdn Bhd. Sumber : Kaedah Pemerhatian Gambar 7 : Herba cina yang dijual di kedai ubat Zin Min Sdn Bhd. Sumber : Kaedah Pemerhatian


SEJARAH PERUBATAN TRADISIONAL CINA DI MALAYSIA Perubatan tradisional cina telah wujud melebihi 5000 tahun di China (Marshall,2020). Ia wujud disebabkan oleh keperluan untuk pelbagai penyelesaian praktikal untuk merawat penyakit-penyakit yang dijangkiti oleh ahli masyarakat dahulu. Perubatan tradisional cina menawarkan terapi semulajadi yang selamat dan efektif untuk merawat pelbagai penyakit. Perubatan tradisional Cina dibahagikan kepada beberapa pecahan subbidang berdasarkan rawatan iaitu herba Cina, akupunktur dan sebagainya. Dalam perubatan tradisional cina, kesihatan seseorang bergantung kepada keseimbangan “Yin” dan “Yang”. Apabila keseimbangan antara dua elemen terganggu, maka ia akan menyebabkan masalah kesihatan seseorang. Elemen “Yin” merujuk kepada sifat feminin yang mengandungi sifat lembut, sejuk, gelap dan sebagainya menyejukkan organ manakala elemen “Yang” merujuk kepada sifat maskulin yang mengandungi sifat panas, cahaya yang merangsangkan organ (Nathania, 2022). 5


JENIS PERUBATAN TRADISIONAL CINA kupunktur merupakan kaedah perubatan tradisional cina yang melibatkan penyuntikan jarum halus ke titik-titik tertentu pada badan untuk merangsang peredaran tenaga dalam tubuh. Di Malaysia, akupunktur merupakan satu kaedah perubatan alternatif yang semakin popular, terutamanya dalam kalangan komuniti Cina yang mengamalkan perubatan tradisional Cina. Teknik akupuntur dapat mengatur keharmonian elemen Ying dan Yang dengan menggunakan jarum untuk merangsang aliran tenaga dan darah tubuh badan seseorang melalui titiktitik yang terletak di meridian iaitu jalan di mana aliran “Qi” yang menghubungkan badan dan organ, tisu, urat, saraf, sel, atom, dan kesedaran (Dottie, 2017). Dengan ini, aliran “Qi” dalam tubuh badan akan dilaraskan dan keseimbangan “Yin” dan “Yang” dapat dicapai. Rawatan akupunktur ini dapat merawat penyakit-penyakit dalam tubuh badan. Rawatan akupunktur ini juga dilakukan pada pesakit-pesakit strok untuk membantu proses pemulihan supaya mereka dapat mengembalikan fungsi keupayaan anggota badan mereka. uah goji telah digunakan oleh Masyarakat cina melebihi 2000 tahun sebagai perubatan tradisional cina dengan rekod awal yang kembali ke Dinasti Tang (Potterat, 2009). B BERIGOJI MAKANAN> A AKUPUNTUR FIZIKAL > Buah goji sering digunakan oleh masyarakat di Malaysia kerana ia mempunyai kegunaan yang penting dalam aspek kesihatan dan pemakanan dengan dos dalam lingkungan 6g hingga 15 g (Wenli et al., 2021). Ia boleh dimakan secara mentah, dijadikan jus atau dibancuh sebagai teh. Masyarakat cina sering memasak buah goji bersama daging ayam untuk dijadikan sup ayam. Dalam perubatan tradisional cina, buah goji digunakan untuk meningkatkan elemen “Yin” dalam tubuh badan. Buah goji dapat merawat sakit perut, sakit kepala, batuk kering dan sebagainya. Ia juga digunakan untuk mengatasi masalah kekurangan “Yin” dalam organ hati dan buah pinggang (Wenli et al., 2021). Di samping itu, buah goji juga dapat melambatkan uban pramatang dengan kandungan vitamin A dan vitamin C yang banyak terdapat dalam buah goji. 6 Gambar 8 : Beri Goji Sumber : Internet


JENIS PERUBATAN TRADISIONAL CINA aum Cina telah menggunakan herba ginseng sebagai ubat sejak 5000 tahun yang lalu (Marshall, 2020). Ginseng merupakan herba yang popular dalam perubatan tradisional orang cina di Malaysia. Ginseng dapat dikenali melalui rangkaian akar-akar yang panjang dan berwarna kuning kepucatan. Ia banyak digunakan dalam bidang masakan, terutamanya dalam Malaysia, masyarakat Malaysia akan memasak akar ginseng bersama daging ayam untuk dijadikan sup ayam. Herba ginseng dipercayai dapat memperbaiki aliran darah dan meningkatkan produksi sel darah merah serta dapat membantu proses pemulihan pesakit. K GINSENG MAKANAN> Ginseng mengandungi adaptogen atau zat yang mampu membantu kita menyesuaikan diri ketika kita berada dalam keadaan tertekan. Hal ini dapat mengurangkan stres kita dan menguatkan mental kita. Ginseng juga dipercayai dapat menguatkan sistem imuniti badan dengan melawan virus dan bakteria yang terdapat dalam anggota badan. Tambahan pula, ginseng juga dapat merendahkan kepekatan glukosa dalam darah, hal ini dikatakan demikian kerana ginseng boleh meningkatkan fungsi sel-sel pankreas yang dapat menggalakkan penghasilan hormon insulin (Portnov, n.d.). Dengan ini, pengambilan glukosa dalam darah akan meningkat dan hal ini dapat membantu melawan penyakit diabetes. Herba ginseng juga dapat meningkatkan stamina individu, apabila seseorang berasa penat selepas bersenam atau bekerja, herba ginseng dapat memulihkan stamina individu tersebut. 7 Gambar 9 : Ginseng Sumber : Internet


Herba cina telah digunakan secara tradisional dalam perubatan Cina selama beribu-ribu tahun dan ia terkenal dengan pelbagai herba seperti ginseng, buah goji dan sebagainya yang digunakan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan. Hal ini telah menarik minat etnik-etnik di Malaysia seperti kaum Melayu, kaum India dan sebagainya pada masa ini untuk membelinya di kedai ubat tradisional cina untuk dijadikan perubatan supaya dapat merawat pelbagai masalah kesihatan, meningkatkan kesihatan secara keseluruhan, atau meningkatkan kekuatan dan tenaga tubuh badan. Sebagai contoh, kaum melayu menggunakan buah goji dalam sup ayam untuk meningkatkan kemanisan dan keenakan sup serta dapat menjamin kesihatan tubuh badan mereka. Selain itu, ramai orang dari pelbagai latar belakang etnik dan budaya juga telah menerima dan mencuba rawatan akupunktur sebagai rawatan alternatif. Hal ini dikatakan demikian kerana boleh kaedah akupunktur boleh digunakan bersama perubatan konvensional untuk meningkatkan kesihatan mereka tanpa bergantung kepada perubatan moden. Tambahan pula, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewujudkan unit Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) di hospital KKM mengintegrasikan amalan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) terpilih dengan sistem penjagaan kesihatan kebangsaan. Antara Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) yang ditawarkan di hospital-hospital KKM adalah perubatan cina tradisional iaitu rawatan akupunktur dan terapi herba sebagai Rawatan Tambahan Pesakit Kanser. Hal ini menunjukkan bahawa rawatan akupunktur telah dikenali oleh kerajaan Malaysia dan menggalakkan masyarakat Malaysia untuk menggunakan rawatan ini (Portnov, n.d.). Tambahan pula, pendidikan dan pelatihan dalam bidang perubatan tradisional Cina (Traditional Chinese Medicine atau TCM) telah berkembang pesat di Malaysia dalam beberapa tahun terakhir (User, n.d.). INTEGRASI PERUBATAN TRADISIONAL CINA DALAM BUDAYA MALAYSIA 8


Di Malaysia, terdapat institusi-institusi pendidikan yang menawarkan kursus-kursus pendidikan dalam perubatan tradisional Cina seperti Xiameng Universiti Malaysia Campus (XUMC) di Selangor, INTI International University di Pulau Pinang, University Tunku Abdul Rahman (UTAR) Sungai Long Campus di Selangor, International Medical University (IMU) di Kuala Lumpur dan sebagainya. Institusi-institusi tersebut telah memberikan latihan profesional kepada pelajar-pelajar Malaysia yang ingin mempelajari perubatan tradisional cina tanpa mengunjung ke luar negara untuk mempelajarinya (User, n.d.). 9 Gambar 10 : Dr Lim Ren Jye (dua dari kiri) dan pasukan Sunway Healthcare (T&CM) Sumber : Internet


H E R B A C I N A D A L A M K E H I D U P A N H A R I A N D A N K E B U D A Y A A N HERBA CINA TELAH MENJADI BUDAYA MALAYSIA Sesetengah Herba Cina juga mempunyai maksud spesifiknya pada masa yang tentu. Misalnya, Jujube bukan sahaja berkhasiat, tetapi juga mempunyai banyak makna yang mendalam (Infomorning, 2021). . Tahun Baru Cina ialah masa sekeluarga berjumpa ramai-ramai. Sebagai contoh, semasa Tahun Baru Cina, Jujube yang berwarna merah yang cerah sentiasa digunakan untuk masakan dan upacara sembahyang. Hal ini demikian disebabkan Jujube memberikan makna ‘keberuntungan dan kesejahteraan’. Jujube yang digunakan dalam masakan melambangkan keharmonian dan kebahagiaan keluarga. Selain daripada itu, bentuk Jujube dianggap melambangkan vitaliti dan kemakmuran kehidupan. Masakan dan makanan hidangan yang mempunyai Jujube juga salah satu cara untuk mengharapkan keluarga makmur dan berkembang maju. Seterusnya, Ginseng sering dipilih menjadi pilihan utama untuk orang tua cina yang menyambut hari kelahiran. Biasanya, Ginseng akan menjadi hadiah utama yang diterima oleh mereka. Ginseng berfungsi menyuburkan badan (Roselove, 2021). Oleh itu, Ginseng sebagai hadiah berumpama pemberian mendoakan penerima supaya tubuh badan sihat. Bukan itu sahaja, Ginseng sebagai hadiah juga membawa makna doa untuk kejayaan dan pencapaian seseorang. Hal ini demikian kerana Ginseng dapat meningkatkan tenaga dan daya tahan badan dan ini sebagai lambangan mengharapkan masa depan yang makmur dan penuh kejayaan. Herba Cina juga digunakan semasa Festival Chongyang. Zhu Yu, salah satu Herba Cina yang digunakan sebagai hiasan dan ubat(Nong, 2021). Dalam banyak catatan puisi Cina, Zhu Yu dijadikan sesuatu yang boleh mengelakkan keburukan dan menjadi barang bersembahyang. Hal ini demikian kerana Festival Chongyang merupakan hari yang mempunyai sembilan yang berkembar yang dianggap hari tersebut akan membawa keburukan kepada seseorang. Oleh itu, orang ramai terutamanya kanak-kanak dan wanita akan menyisipkan Zhu Yu pada rambut atau baju mereka untuk mengelakkan keburukan. Di samping itu, Perayaan Duan Wu juga salah satu perayaan yang menggunakan Herba Cina untuk mengelakkan keburukan. Herba Cina tersebut diberikan nama ‘Wu Rui’ iaitu, Pokok Jerangau, Daun Artemisia, Bunga Delima, Bawang putih dan Ixora Cina (Tang, 2017). Kelima-lima herba tersebut akan dimasukkan dalam beg kecil dan diikat atas baju supaya dapat mengelakkan nasib buruk pada hari tersebut 10


Peranan Perubatan Cina Tradisional dalam Penjagaan Kesihatan Perubatan Tradisional Cina (TCM) memberi fokus kepada penjagaan kesihatan dan peningkatan daya tahan badan terhadap penyakit. Dalam konteks perubatan tradisional Cina, faktor-faktor luaran penyakit merangkumi enam pengaruh berbahaya iaitu angin, sejuk, api, kering, lembap, dan panas. Perubahan dalam iklim boleh mencetuskan gejala seperti batuk, demam, sakit kepala, dan kesejukan. Sebaliknya, punca dalaman seperti ketidakseimbangan tenaga badan dan aktiviti Qi (tenaga hayat) yang tidak normal dalam paru-paru atau sistem organ lain seperti limpa, hati, dan perut boleh menyebabkan batuk berterusan(Beatrice,2022). BUNGA LONICERA JAPONICA (JĪNYÍNHUĀ) Untuk merawat 'panas angin' eksopatogenik, penyakit demam wabak, luka, karbunkel, furunkel, dan beberapa jenis penyakit berjangkit. Tumbuhan ini terbukti berkesan menyembuhkan demam dan mengurangkan bengkak badan, diiktiraf sebagai 'kelas teratas' dalam karya seperti 'Ming Yi Bie Lu' dan 'Shen Nong Ben Cao Jin.' Dalam amalan klinikal Cina, ubat-ubatan tradisional yang memperkuatkan badan dan menghilangkan kesan 'kejahatan' biasanya digunakan untuk merawat pelbagai penyakit berjangkit. Tumbuhan ini juga mempunyai sifat anti-radang dan anti bakteria(Beatrice,2022). AKAR MANIS ATAU LIKUORIS (GĀNCǍO) Salah satu ubat tradisional yang popular dan kerap digunakan dalam perubatan Cina. Ramuan ini dapat menambah qi (tenaga hayat), menguatkan limpa, mengeluarkan panas dan toksin, mengurangkan kahak, menghentikan batuk, melegakan kekejangan dan kesakitan, serta menenangkan kesan pelbagai ubat (Beatrice,2022). AKAR DRYOPTERIS CRASSIRHIZOMA (MIÁNMǍ GUÀNZHÒNG) Digunakan secara tradisional untuk mengeluarkan panas dan toksin, mengusir cacing usus, dan menghentikan pendarahan. Kajian menunjukkan bahawa ia mengandungi dryocrassin ABBA, sejenis floroglucinol yang mempunyai aktiviti antiinfluenza(Beatrice,2022). MOSLA CHINENSIS (XIĀNGRÚ) Sering digunakan untuk merangsang peluh, mengurangkan kelembapan, meningkatkan proses pembuangan urin, dan mengurangkan pembengkakan. Pada musim panas, tumbuhan ini dapat membantu meredakan gejala seperti demam menggigil, kurang berkeringat, sakit kepala, dan tubuh yang tidak selesa (Beatrice,2022). Gambar 11 : Bunga Lonicera Japonica Sumber : Internet Gambar 12 : Akar Manis Sumber : Internet Gambar 13 : Akar Dryopteris Crassirhizoma Sumber : Internet Gambar 14 : Mosla Chinensis Sumber : Internet 11


Menurut bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Kementerian Kesihatan (KKM) Malaysia kini berkomitmen untuk membangunkan bidang perubatan tradisional dan komplementari dengan niat untuk mengintegrasikan bidang ini dengan perubatan moden. Ini dianggap sebagai langkah untuk meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup rakyat Malaysia secara menyeluruh oleh semua lapisan masyarakat. Bekas Menteri Kesihatan juga menyuarakan bahawa perubatan tradisional di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri dengan berasaskan warisan, budaya, bahasa, dan bangsa yang berbilang di Malaysia. Beliau menegaskan bahawa perubatan tradisional memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan rakyat Malaysia, dan kerjasama dengan China dalam penyelidikan dan praktik perubatan tradisional dapat memberi manfaat, terutamanya dalam bidang pencegahan dan rawatan penyakit. Selain itu,(Dr Lee,2019) menggariskan keperluan meningkatkan usaha penyelidikan mengenai Perubatan Tradisional dan Komplementari (TCM) di Malaysia. Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan, berpendapat bahawa penyelidikan saintifik mengenai perubatan tradisional tempatan adalah penting untuk memperkaya pangkalan data domestik, mengingat sejarah dan budaya yang kaya serta sesuai dengan persekitaran tempatan. Beliau menekankan keperluan untuk mengumpul data melalui penyelidikan menggunakan sampel tempatan, kerana Malaysia mempunyai konteks tropika dengan latar belakang budaya dan etnik yang berbilang. Selaras dengan ini, (Portal Rasmi Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari - Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari, 2016) menyatakan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia telah memulakan langkah untuk mengintegrasikan amalan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) terpilih dengan sistem penjagaan kesihatan kebangsaan. Unit PT&K di hospital-hospital KKM bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan PT&K yang selamat dan berkualiti. Hingga Disember 2022, sudah terdapat 15 buah hospital KKM yang menawarkan perkhidmatan PT&K di Malaysia. Hospital-hospital ini menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti urutan tradisional, akupunktur, dan terapi herba sebagai rawatan tambahan, terutama untuk pesakit kanser. Antara contoh hospital adalah Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah, serta Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang. Secara keseluruhannya, kesungguhan Malaysia dalam memajukan perubatan tradisional dan komplementari melalui kerjasama dengan China dan usaha meningkatkan penyelidikan dalam bidang ini mencerminkan tekad untuk menyediakan pilihan rawatan yang holistik dan selamat bagi rakyat Malaysia. 12


Apakah kepentingan amalan herba cina ini? KEPENTINGAN HERBA CINA BUDAYA & SEJARAH MAINKAN PERANAN DALAM MEMBENTUK IDENTITI SUATU MASYARAKAT BACA LAGI Kepentingan budaya & sejarah melibatkan warisan dan pemahaman tentang akar budaya suatu komuniti demi kepentingan generasi akan datang. Hal ini agar anak muda dapat mempelajari tentang salasiah kaum dan warisan budaya yang berharga ini. HERBA CINA SEBAGAI SIMBOL AWET MUDA DAN VITALITY BACA LAGI Herba cina mempunyai kepentingan budaya dan juga merupakan simbolik lain di luar kegunaan perubatan. Herba cina sering dikaitkan dengan konsep panjang umur, daya kesinambungan hidup yang tinggi dan kesejahteraan secara menyeluruh.. Gambar 15 : Herba cina Sumber : Internet 13


BUDAYA & SEJARAH MAINKAN PERANAN DALAM MEMBENTUK IDENTITI SUATU MASYARAKAT PEMELIHARAAN WARISAN AMALAN PERUBATAN TRADISIONAL MENGGUNAKAN HERBA CINA MASIH UMUM adalah seperti Ginseng yang dapat menguatkan sistem imunisasi pengguna dan beri goji yang dapat merawat sakit perut, sakit kepala, batuk kering dan sebagainya. Penting untuk diingat bahawa sementara banyak orang Cina masih mengamalkan tradisi perubatan ini, perubatan moden dan sains moden juga telah diterima dengan baik di kalangan masyarakat Cina. Banyak individu memilih untuk menggabungkan elemenelemen tradisional dan moden dalam rawatan kesihatan mereka. Antaranya PERUBATAN TRADISIONAL CINA (TCM) MENEKANKAN PENDEKATAN KEPADA KESIHATANKeseimbangan tenaga (Qi) dalam badan dan mengenalpasti punca penyakit. Herba Cina merupakan elemen yang signifikan dalam TCM dimana setiap satu herba mempunyai fungsi yang khusus. Pengamal Perubatan Tradisional sering menggunakan herba-herba cina ketika menjalankan rawatan serta menggabungkan ilmu perubatan purba dan moden. MEMBERIKAN GAMBARAN KESELURUHAN YANG LUAS Tinjauan literatur terperinci akan melibatkan menyelidiki artikel akademik, rekod sejarah dan kajian budaya yang khusus meneroka aspek-aspek ini dalam konteks Malaysia. Selain itu, adalah penting untuk mempertimbangkan perspektif komuniti dan kaum yang berbeza di Malaysia untuk mendapatkan kepelbagaian pengalaman dan amalan yang berkaitan dengan herba Cina. . Gambar 16 : Tahun Baru Cina Sumber : Internet 14


HERBA CINA SEBAGAI SIMBOL AWET MUDA & VITALITY VITALITY ITU APA? -penuh bertenaga dan daya hidup yang lama KONSEP PANJANG UMUR & DAYA KESINAMBUNGAN HIDUP YANG TINGGI Hal ini dikatakan sedemikian kerana herba cina diperlihatkan sebagai inisiatif untuk mengembalikan dan mengekalkan keseimbangan semulajadi badan seseorang individu. Berdasarkan falsafah tradisional Cina, memperolehi keseimbangan luar dan dalam badan adalah salah satu daripada kunci untuk mempunyai umur yang panjang dan hidup dalam jangka masa yang lama. MEMENTINGKAN KESIHATAN SECARA MENYELURUH berfokuskan kepada hubungan antara minda, jasad dah juga roh. Dengan menggunakan herbaherba ini, kesejahteraan secara holistik boleh didapati dengan mudah. Herba cina boleh diperoleh daripada pelbagai jenis tumbuhan, akar dan mineral yang masing-masingnya terikat dengan alam. Jalinan ini dianggap penting untuk mendapatkan kehidupan yang sihat dan seimbang. HERBA CINA DIKELASKAN SIFAT BERTENAGA seperti memanaskan, menyejukkan atau tonifikasi. Sifat-sifat ini dipercayai mempengaruhi tenaga (Qi) badan dan menyumbang kepada kehidupan yang panjang dan bertenaga. Dalam budaya Cina, penggunaan herba tertanam dalam pelbagai ritual dan tradisi. RINGKASAN herba Cina bukan sahaja dihargai untuk sifat perubatan mereka tetapi juga untuk kepentingan budaya dan simbolik yang mereka pegang dalam menggalakkan umur panjang, daya hidup, dan hubungan yang harmoni dengan alam semula jadi. Gambar 17 : Tai Chi Sumber : Internet 15


Penyumbangan HerbaCinaTerhadap EkonomiMalaysia . Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah mengutuskan bahawa industri herbacina mempunyai keupayaan untuk dijadikan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi negara. Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang merupakan sebuah agensi kerajaan yang membangunkan Bahagian Produk Semulajadi sejak tahun 1995 melalui teknik bioassay dan teknik kromatografi dan spektroskopik terhadap penyelidikan herba telah mengambil inisiatif yang efektif dalam menyokong industri herba di Malaysia melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berterusan (Potensi Dan Nilai Ekonomi Pasaran Industri Herba, n.d. 2023). Antara beberapa usaha yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa yang berkenaan seperti projek permulaan EPP di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pertanian dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) (Ysuhaimi, 2016). Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) lebih mengutamakan usaha R&D pada pembangunan produk yang berasaskan hasil semula jadi yang mempunyai nilai tinggi dalam pasaran demi sektor bioekonomi negara. Inisiatif yang diusahakan adalah berinspirasi daripada khazanah semula jadi di mana telah membuahkan hasil R&D seperti koleksi ekstrak tumbuhan, ekstrak piawai, sebatian kimia tulen dan koleksi minyak pati dari spesies tumbuhan beraroma (Fazlisyam,2023). Selain daripada itu, Dasar Pertanian Ketiga Negara turut memilih tumbuhan ubat-ubatan yang dimana ia dijadikan sebagai satu komoditi dengan memberi penekanan kepada Malaysia untuk menjadi pusat pembangunan bahan-bahan mentah untuk kegunaan industri (Ysuhaimi, 2016). Antara contoh herba yang berpotensi untuk dibangunkan melalui cara komersial adalah tongkat ali, pegaga, mengkudu, dukung anak, kacip fatimah, halia, misai kucing, hempedu bumi, mas cotek dan limau purut (Ysuhaimi, 2016). Hal ini dikatakan demikian kerana hasil tahunan jualan industri herba di Malaysia adalah berjumlah RM 2 billion manakala di pasaran global, nilai ubat-ubatan herba mencecah sebanyak 12 billion US (Ysuhaimi, 2016). 16


KajianmenunjukkanHerbaCinabukansahaja menyumbangkepadaEkonomiMalahkepadasektorPertanianInstitut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) memberi tumpuan terhadap tumbuhan ubat-ubatan herba yang telah dijadikan sebagai komoditi pertanian baru bagi memajukan pertanian di negara kita (Fazlisyam,2023). Hal ini menunjukkan bahawa herba-herba cina bukan sahaja menyumbang terhadap ekonomi negara malah secara tidak langsung memberi impak kepada sektor pertanian. MARDI mengambil rancangan untuk memajukan tumbuhan herba bagi membolehkan usahawan tempatan mempelopori inisiatif penanaman tanaman herba (Potensi Dan Nilai Ekonomi Pasaran Industri Herba,2023). Bukan itu sahaja, industri herba cina mempunyai kapasiti untuk mengalami persaingan dalam sumbangan ekonomi negara. Usaha yang dilaksanakan bagi menjayakan objektif tersebut adalah melalui kewujudan ladang herba yang luas bagi menjayakan program EPP1 di mana pihak kerajaan telah mengenal pasti kawasan yang boleh digunakan bagi pembangunan ladang herba berkelompok di bawah Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC). EPP1 adalah antara badan yang memantau pelaksanaan keberkesanan tumbuhan herba cina bersamaan dengan badan High Value Herbal Products dan Subkumpulan Herba yang ditubuhkan bawah MOA (Ysuhaimi, 2016). Kesimpulannya, badan kerajaan telah menubuhkan beberapa usaha bagi meningkatkan kualiti produk dan pemasaran herba cina di tahap antarabangsa serta dapat menjana pendapatan sekaligus bagi ekonomi negara. Hal ini boleh dibuktikan melalui rekod yang telah dicatat pada 2020 mana negara kita telah berjaya menjana pendapatan sebanyak RM 2.2 billion melalui pemacuan pertumbuhan herba cina seperti yang disebut oleh bekas Menteri, Datuk Seri Noh Omar. Kesannya, sumbangan herba cina terhadap ekonomi negara dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan jika pendapatan dapat dijana secara besaran (Ahmad Shabery,2016). Gambar 18 : Agrikultur Sumber : Internet Gambar 19 : Herba - herba Cina Sumber : Internet 17


Cabaran Kurangnya kajian saintifik yang luas menyulitkan para pakar perubatan membuat keputusan yang tepat mengenai penggunaan herba Cina dalam rawatan penyakit tertentu. Masalah penyeragaman yang dikenal pasti ialah sifat dan komposisi herba Cina sangat berbeza jika dibandingkan antara satu sama dengan lain. Produk herba Cina tidak diselaraskan, misalnya produk yang sama dikeluarkan oleh beberapa pengeluar yang menyebabkan ketidakpastian dalam dos, keberkesanan, dan keselamatan penggunaan dalam herba Cina. Dengan kehadiran masyarakat madani pada abad ke-21 ini, kriteria pembelian sesuatu produk harus diliputi dengan teori yang kukuh, barulah permintaan produk akan meningkat kerana masyarakat mengamalkan antara ciri pengguna yang bijak. Ini merupakan cabaran konkrit yang dihadapi oleh herba Cina kerana matlamat pengguna adalah untuk mencapai kesejahteraan dalam aspek kesihatan. Oleh itu, ramai memilih perubatan Barat yang berdasarkan bukti dan ujian yang ketat. Kekurangan Bukti Saintifik dan Penyeragaman Dalam Herba Cina. Tidak Diiktiraf Sepenuhnya & Diintegrasikan Dalam Sistem Penjagaan Kesihatan Hal ini dikatakan demikian kerana kira-kira tiga perempat perubatan Cina tidak mempunyai ketulenan nombor pendaftaran ubat dan label hologram meditag pada kotak ubat yang dibeli. Maknanya, ubat tersebut memang tidak disarankan untuk penggunaan masyarakat. Misalnya, berdasarkan Cochrane Evidence Synthesis and Methods, sebagai perubat tradisional Cina, telah menekankan ubat herba Cina luas digunakan dalam pengubatan jangkitan kulit dan tisu lembut kerana kos antibiotik negara-negara Barat agak mahal. Tetapi, kadar penyembuhan melalui proses ini tidak boleh dijangkakan dan ia adalah berbeza mengikut sistem imun individu. Ini membuktikan skop herba cina agak sempit. Andaikan, sekumpulan doktor melakukan pembedahan berasaskan herba cina dengan kejayaan yang amat rendah, sudah pastinya keluarga pesakit tidak akan setuju dan terus akan memilih perubatan moden. Pendek kata, herba Cina tidak mempunyai kadar kejayaan yang cukup boleh dipercayai. Jika anda individu yang peka, herba Cina sentiasa dijual di kedai runcit yang tidak sentiasa diiktiraf menggambarkan tahap profesionalisme yang rendah. Oleh itu, pengguna tidak minat terhadap herba Cina. 18


PROSPEK MASA DEPAN Kebimbangan Kelestarian & Sumber Bahan Permintaan yang tinggi terhadap beberapa spesis tumbuhan herba tradisional Cina, akan menyebabkan penebangan berlebihan dapat mengancam keberlanjutan populasi tumbuhan tersebut. Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah dipaparkan pada 13 Oktober 2013, 12 jenis herba Cina telah diharamkan penggunaanya kerana bukan sahaja ia beracun, malah herba tersebut hampir pupus kerana penebangan pokok herba yang amat berleluasa. Antara contoh herba Cina yang hampir pupus ialah, Fructus Cannabis Sativa (Ma Tze Ren) dan Radix Aconitum Carmichaeli (Chuan Wu). Kelestarian herba Cina diikuti dengan kemusnahan keunikan alam sekitar sekaligus dengan penghapusan habitat flora dan fauna. roduk herba Cina palsu biasanya mengandungi bahan-bahan yang tidak sesuai dengan yang tertera pada labelnya atau bahkan mengandungi bahan berbahaya. Antara isu yang telah dikenalpasti dalam kajian ini ialah pendaftaran herba Cina ditarik balik. Menurut Harian Metro, Kementerian Kesihatan sahkan dua produk tradisional Cina iaitu Wan Ling Ren Sem Chin Kuo Pill dan Chong Coa Dan ditarik balik pendaftarannya dalam perubatan moden kerana didapati mengandungi Dexamethasone. Isu ini disokong lagi dengan pendapat Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, iaitu kedua-dua produk berkenaan pernah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) namun, ditarik balik kerana mengandungi bahan beracun. Oleh itu, apabila masyarakat membeli produkproduk sebegini, mereka akan rasa kecewa kerana ditipu oleh peniaga dan mereka akan menyebarkan maklumat ini dalam pelbagai platform media untuk pengetahuan masyarakat awam. Isu Produk Palsu & Tercemar P 19


KENEGARAAN & IDENTITI TCM SEBAHAGIAN DARIPADA BUDAYA MALAYSIA DAN DITERIMA OLEH ETNIKLAIN. PERUBATAN TRADISIONAL CINA (TCM) TELAH DIPRAKTIKKAN BERKURUN LAMANYA Pendatang dan pedagang awal cina membawa bersama mereka pengetahuan tentang TCM di Malaya, seiring dengan peredaran zaman, perubatan tradisional cina telah menjadi satu elemen yang penting dalam budaya di Malaysia & dihubungkan dengan identiti kaum yang kuat. (Tan et al,2018) Menurut kajian, kaum melayu mempunyai tahap yang tinggi pemahaman dan kepatuhan kepada Perubatan Tradisional Cina, melebihi kumpulan etnik lain.(Mohiuddin et al, 2021) Kajian ini mengkaji identiti institusi pendidikan tinggi berpusat di Malaysia melalui lensa 'akar', yang bermaksud asimilasi penduduk etnik Cina ke dalam budaya Malaysia sambil mengekalkan identiti mereka sendiri. TEMU BUAL Menurut temu ramah bersama Kow Hong Thoo, salah seorang pekerja di Zin Min Kedai Ubat Sdn. Bhd., kira-kira 50% daripada keseluruhan pelanggannya adalah dari masyarakat cina, manakala 35% dari masyarakat melayu, 10 % mewakili masyarakat india & baki 5% adalah bukan warganegara. Merujuk kepada peratusan, perubatan tradisional cina ini jelas diterima dan diguna pakai oleh masyarakat setempat yang majmuk. Secara tidak langsung membuktikan bahawa perubatan tradisional cina ini telah berbudi & memberi bakti kepada negara dari aspek kesihatan. Perubatan tradisional cina ini tidaklah berevolusi secara meluas kepada perubatan yang moden seperti yang terdapat di hospital kerajaan, tetapi ianya menjadi sebagai ubatan komplimentari & suplimen kepada ubatan moden. berikut merupakan gambar ahli kumpulan iaitu Shaqeer, Jasper dan Elina bersama pekerja di kedai ubat Zin Min Sdn Bhd. Gambar 20 : Zin Min Kedai Ubat Sumber : Kaedah pemerhatian Gambar 21 : Pekerja kedai menunjukkan herba cina Sumber : Kaedah pemerhatian Gambar 22 : Ahli kumpulan bersama pekerja kedai ubat Zin Min 20 Sumber : Kaedah pemerhatian


Perbincangan Menurut kajian, Dapat kita tafsirkan bahawa perubatan tradisional cina merupakan rawatan alternatif yang efektif kepada masyarakat. Perubatan tradisional cina merupakan rawatan yang diwarisi dari generasi ke generasi dan sentiasa berkembang di budaya seluruh dunia. Perubatan tradisional cina dapat menjamin kesihatan kita dengan membantu kita menyembuhkan penyakit dan menguatkan tubuh badan kita. Perubatan tradisional cina seperti herba cina yang dihasilkan dari bahan alam semulajadi adalah lebih selamat untuk digunakan jika berbanding dengan perubatan moden yang dihasilkan secara kimia di dalam makmal. Hal ini dikatakan demikian kerana perubatan tradisional cina mempunyai kesan sampingan yang lebih rendah jika kita berbanding dengan perubatan moden secara relatif. Selain itu, kita juga mendapati bahawa perubatan tradisional cina masih berkembang dan diamalkan di Malaysia. Dalam zaman globalisasi ini, herba cina seperti ginseng dan buah goji digunakan secara meluas dalam bidang makanan, bidang kosmetik, bidang farmaseutikal dan sebagainya di seluruh dunia. Selain itu, rawatan akupunktur juga telah digunakan secara luas oleh ahli Masyarakat di Malaysia terutamanya bagi pesakit-pesakit yang mengalami strok. Rawatan akupunktur ini boleh dilakukan di hospital kerajaan yang menawarkan program Perubatan Tradisonal dan Komplementari (PT&K). Walaupun perubatan tradisional cina berasal dari negara China tetapi sekali perubatan traditional cina dibawa masuk ke Malaysia, ia telah mendorong setiap kaum di Malaysia untuk menggunakannya. Hal ini telah mengintegrasikan perubatan tradisional cina ke dalam budaya Malaysia. Dengan ini, ia dapat mewujudkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia dan keadaan yang aman dan harmoni di Malaysia Oleh sebab itu, kita perlu menghargai perubatan tradisional cina dengan pengetahuan, praktik dan nilai-nilai supaya perubatan tradisional ini dapat diwarisi dan dinikmati oleh generasi akan datang. Hal ini boleh dilakukan melalui pendidikan dan praktikal bagi perubatan tradisional cina, penglibatan generasi muda dalam perubatan tradisional cina supaya perubatan tradisional ini tidak dilupakan dan dapat diwarisi dan sebagainya. Gambar 26 : Perbincangan ahli kumpulan 3 diambil oleh Amirah KENEGARAAN MALAYSIA #KUMPULAN 3 Gambar 24 : Kaum - kaum di Malaysia Sumber : Internet Gambar 25 : Herba Cina Sumber : Internet 22


Cadangan P E N I N G K A T A N S I S T E M Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016. Terdapat banyak pengamal perubatan Cina tidak dapat permit selepas menyiapkan proses yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Sebagai contoh, Cai Zhixing, seorang pengamal perubatan Cina yang berpengalaman(Sin Chew Daily, 2023). Beliau mula permohonan lesen pada 2021 tetapi tidak memperoleh lesen perubatan dalam tempoh dua tahun lalu. Beliau telah memenuhi syarat kerajaan, iaitu mempunyai pengalaman kerja selama 10 tahun dan berusia lebih 50 tahun. Oleh itu, beliau hanya perlu mengikuti kursus dalam talian di bawah Akta 775 untuk mendapatkan lesen perubatan. Tetapi setakat ini, kelas dalam talian telah selesai dan lesen perubatan masih belum diluluskan. Beliau pun tidak memperoleh penjelasan dari pihak berkuasa. Dengan situasi ini, pihak kerajaan memerlukan penambahbaikan sistem dan proses permohonan lesen disamping juga perlu mewujudkan rangka kerja kawal selia yang jelas.Selain itu, pihak kerajaan juga perlu menentukan piawaian perubatan tradisional Cina bagi meningkatkan tahap keseluruhan industri dan memastikan bahawa perubatan tradisional Cina diiktiraf. Insentif kewangan juga boleh dihulurkan kepada pengamal perubatan tradisional Cina seperti pelepasan cukai, subsidi dan pembiayaan R&D Untuk menggalakkan pembangunan perubatan tradisional Cina, pihak kerajaan boleh memperkukuh pendidikan dan latihan perubatan tradisional Cina.Pengukuhan dan penambahan pendidikan dapat menggalakkan penyelidikan dan pembangunan perubatan tradisional Cina serta fokus pada pergabungan pengetahuan perubatan moden. Selain itu, pihak kerajaan dan pihak berkuasa boleh menjalankan aktiviti promosi dan pendidikan supaya meningkatkan kesedaran dan pemahaman orang ramai tentang perubatan tradisional Cina (FCPMDAM,2023). Peluang Kerjasama dan Pengiktirafan Antarabangsa Pihak kerajaan boleh mewujudkan hubungan kerjasama yang rapat dengan institusi dan universiti penyelidikan herba Cina antarabangsa. Sebagai contoh, pihak kerajaan telah mengiktiraf kursus perubatan tradisional cina yang ditawarkan oleh University of Chinese Medicine di Beijing. Penganjuran persidangan akademik antarabangsa, seminar dan kursus latihan mengenai perubatan tradisional Cina dan menjemput pakar antarabangsa untuk berkongsi hasil penyelidikan dan pengalaman praktikal mereka (MCMA, 2023). -semua pengamal perubatan Cina mesti memegang lesen perubatan. Gambar 23 : Asean International Chinese Medicine Summit Forum Sumber : Internet 21


K E S I M P U L A N Bagi mencapai matlamat kajian pertama, hasil kajian mendapati herba cina selalu digunakan dalam kehidupan seharian. Herba cina memberi banyak manfaat kepada diri jika diamalkan. Herba cina selalu juga digunakan ditambah dalam makanan sebagai makanan tambahan. Antara kebaikan herba cina ialah dapat meningkatkan penglihatan, menyuburkan hati dan buah pinggang, melincinkan usus dan dapat meningkatkan imuniti badan. Selain itu, herba cina juga adalah simbolik kepada sesuatu perkara. Ia juga digunakan sebagai bahan untuk upacara sembahyang dan ia juga melambangkan perkara yang positif seperti melambangkan keharmonian dan kebahagiaan keluarga. Bagi kepercayaan masyarakat cina, terdapat jenis herba yang dapat mengelakkan diri daripada nasib buruk. Bagi objektif kedua pula ialah aspek kesihatan dan perubatan bagi perubatan tradisional cina. Dalam konteks perubatan tradisional cina, terdapat punca dalaman yang menyebabkan penyakit seperti ketidakseimbangan tenaga badan dan aktiviti Qi (tenaga hayat) yang tidak normal pada sistem organ manusia. Menurut bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin , beliau menyatakan bahawa perubatan tradisional mempunyai keunikan yang tersendiri dan memainkan peranan yang penting dalam penjagaan kesihatan rakyat. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memulakan langakah untuk mengintegrasikan amalan perubatan tradisional dan komplementari . Akhir sekali, bagi objektif yang ketiga, peratusan pelanggan kedai ubat cina telah didominasi oleh masyarakat cina seterusnya diikuti oleh masyarakat melayu dan akhir sekali masyarakat cina. Merujuk kepada peratusan ini, tidak hanya masyarakat cina yang mengamalkan perubatan tradisional cina tetapi masyarakat melayu dan india turut sama mengamalkan perubatan ini. Oleh itu, ini membuktikan bahawa perubatan tradisional cina memberi kesan yang positif kepada masyarakat untuk mengamalkannya. 23


Rujukan D.(2017, May 29). Rawatan Akupuntur Bagi Pesakit Post Strok - PORTAL MyHEALTH. PORTAL MyHEALTH. http://www.myhealth.gov.my/rawatan-akupuntur-dalam-pesakit-post-strok/ Kementerian Kesihatan Malaysia (2023). Portal Rasmi Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari - Hospital Integrasi. https://hq.moh.gov.my/tcm/ms/index.php/hospital-integrasi Marshall, A. C. (2020, January 1). Traditional Chinese Medicine and Clinical Pharmacology. Springer eBooks. https://doi.org/10.1007/978-3-319-68864-0_60 https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7356495/ Herba tumbuhan.(2011) Perubatan tradisional cina kuno (klasik)http://herbadantumbuhan.blogspot.com/2011/04/perubatan-tradisionalFazlisyam (2023, Ogos 16). Peluang dan Cabaran dalam Industri Herba di Malaysia – Segalanya Tentang Tumbuhan…. Retrieved November 27, 2023, from https://fazlisyam.com/peluang-dan-cabaran-dalam-industriherba-di-malaysia/ FCPMDAM. (2023, October 12). Malaysia International Traditional & Complementary Medicine Health Food Expo 2023 (Update MCMH International Expo 2023). FCPMDAM ⻢来西亚华⼈医药总会. https://www.fcpmdam.my/index.php?route=blog%2Farticle&article_id=107 Infomorning. (2021, December 8). 探寻红枣⽂化脉络 品味中华红枣⽂化_信息早报⽹. 探寻红枣⽂化脉络 品味中华 红枣⽂化 - 信息早报. http://www.infomorning.com/home/Index/details/pid/61/cid/62/id/32551.html Ke, S. W. (2022, October 26). 當歸補⾎12⼤功效,當歸禁忌必知,孕婦4種⼈不宜吃. 康健雜誌. https://www.commonhealth.com.tw/article/87162 Lee, Y. Q. (2018, April 13). 降压降胆固醇、抗癌防动脉硬化,三款⻝疗⽅吃定瑶柱. 降压降胆固醇、抗癌防动脉硬 化,三款⻝疗⽅吃定瑶柱 - ⽺城晚报. http://health.people.com.cn/n1/2018/0413/c14739-29925243.html Loo, M. F. (2017). 中医⻝疗. AACMA. https://aacmaonline.com/%E4%B8%AD%E9%86%AB%E5%B8%B8%E8%AD%98/%E4%B8%AD%E5%8C%BB%E9%A3 %9F%E7%96%97/ ML Studio. (27 November 2023). Sejarah Ubat Tradisional Cina. https://youtu.be/RtfSQMYaWLg?si=Cka2hePLm-nefPqi 24 N. (2016, April 6). Ginseng - PORTAL MyHEALTH. PORTAL MyHEALTH. http://www.myhealth.gov.my/ginseng/


Rujukan Potensi Dan Nilai Ekonomi Pasaran Industri Herba. (2023). SP Models Nature. Retrieved November 27, 2023, from https://spmodels.net/nature/potensi-dan-nilai-ekonomi-pasaran-industri-herba/ Ruzki, R. M. (2022, March 31). Malaysia-China teruskan kerjasama perubatan tradisional [METROTV]. Harian Metro. Retrieved November 26, 2023, from https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/03/826929/malaysia-china-teruskan-kerjasa ma-perubatan-tradisional-metrotv Portal Rasmi Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari - Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari. (n.d.). Retrieved November 26, 2023, from https://hq.moh.gov.my/tcm/ms/index.php/profil/upi Peranan Perubatan Tradisional Cina dalam Penambahbaikan Kesihatan. (n.d.). Retrieved November 26, 2023, from https://nutriva2u.com/peranan-perubatan-tradisional-cina-dalam-penambahbaikan-kesih atan Penyelidikan perubatan tradisional, komplementari masih minimum - Dr Lee. (n.d.). Astro Awani. Retrieved November 26, 2023, from https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penyelidikan-perubatan-tradisional-komple\ mentari-masih-minimum-dr-lee-212168 Penyelidikan perubatan tradisional, komplementari masih minimum - Dr Lee. (n.d.). Astro Awani. Retrieved November 26, 2023, from https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penyelidikan-perubatan-tradisional-komple\ mentari-masih-minimum-dr-lee-212168 Potterat, O. (2009, October 20). Goji (Lycium barbarumandL. chinense): Phytochemistry, Pharmacology and Safety in the Perspective of Traditional Uses and Recent Popularity. Planta Medica. https://doi.org/10.1055/s0029-1186218 25 Perubatan, M., Dan, T., Kementerian, K., & Malaysia, K. (2021). Perubatan Tradisional Cina. https://hq.moh.gov.my/tcm/ms/index.php/gp-ptc Nong, N. C. (2021, October 14). 重阳节,为何要"遍插茱萸"?. 重阳节,为何要"遍插茱萸"?-新华⽹. http://m.news.cn/gx/2021-10/14/c_1127957693.htm Nathania, V. (2022, June 17). Inilah Asupan Makanan Untuk Menjaga Keseimbangan Yin dan Yang Tubuh Sesuai Konsep Makan TCM - Semua Halaman - Grid Health. Grid Health. https://health.grid.id/read/353332113/inilahasupan-makanan-untuk-menjaga-keseimbangan-yin-dan-yang-tubuh-sesuai-konsep-makan-tcm?page=all Sin Chew Daily. (2023, April 7). 明年强制中医须持⾏医证 速申请 免成⽆牌医师 - 地⽅. 星洲⽹ Sin Chew Daily Malaysia Latest News and Headlines. https://sembilan.sinchew.com.my/news/20230407/sembilan/4595940


Rujukan Wenli, S. (2021, April 1). Health benefits of wolfberry (Gou Qi Zi, Fructus barbarum L.) on the basis of ancient Chineseherbalism and Western modern medicine. PubMed Central (PMC). https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC8051317/#:~:text=Results%3A,improve%20circulation%2C%20a mong%20other%20effects Ysuhaimi. (2016, April 5). INDUSTRI HERBA: PRODUK, POTENSI, PELUANG DAN NILAI INDUSTRI. MyAgri.com.my. https://myagri.com.my/2016/04/industri-herba-produk-potensi-peluang-dan-nilai-industri/ Xladmin, & Xladmin. (2017, September 10). About chinese traditional medicine | Xing Lin TCM Centre. Xing Lin TCM Centre | Traditional Chinese Medicine and Acupuncture. https://xinglintcm.com/my/what-is-traditionalchinese-medicine/ 26 Tang, J. Y. (2017, May 30). 端午安康⼁都说端午要辟邪,辟的是什么邪?. 端午安康⼁都说端午要辟邪,辟的是什么 邪. http://m.xinhuanet.com/2017-05/30/c_1121057770.htm Sin Chew Daily. (2023, October 21). 第三届东盟国际中医药⾼峰论坛: 曾敏凯:传统和科技不冲突 “中医医疗 也能创 新” - 国内 - 全国综合. 星洲⽹ Sin Chew Daily Malaysia Latest News and Headlines. https://www.sinchew.com.my/?p=5072231 Sin Chew Daily. (2023, October 21). 第三届东盟国际中医药⾼峰论坛: 王旭:良好医患关系 提⾼糖尿病患者⽣存质 量 - 国内 - 全国综合. 星洲⽹ Sin Chew Daily Malaysia Latest News and Headlines. https://www.sinchew.com.my/?p=5072670


SEKIAN, TERIMA KASIH. 27


Click to View FlipBook Version