The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurazmanbiran, 2019-10-15 23:24:12

MINIT MESYUARAT HAK 2019

SK UNICO DESA

MINIT MESYUARAT HARI ANUGERAH KECEMERLANG SK UNICO DESA
KALI PERTAMA 2019

Tarikh : 2 Oktober 2019


Masa : 2.00 petang

Tempat : Pusat Sumber SK Unico Desa

Kehadiran:

1. En. Razak bin Minlung Guru Besar
2. Pn. Homolinda binti Hj Salman PK Pentadbiran
3. Pn. Dermawati binti Abun PK HEM
4. En. Nur Azman Biran PK KOKUM
6. Pn. Emydonah binti Aldus
7. Pn. Rumizah binti Mohd Harris
8. Cik Nurul Azizah binti Bidin
9. Pn. Noor Aini binti Hussin
10. Pn Nurasmah binti A.Hamid
11. En. Osman bin Laupe
12. En. Ahmad Najmi bin Ahmed Fadzil
13. En. Nasrun bin Bahar
14. En. Selihin bin Indanan
15. En. Pajel Tomson
16. Pn. Ernie Ezaidah binti Mursid
17. Pn. Zainab binti Nordin

1.0 Ucapan Aluan Guru Besar

1.1 Guru besar memaklumkan mengenai salah satu tujuan mesyuarat adalah untuk
membincangkan lokasi/tempat Hari Anugerah Kecemerlangan SKUD.

1.2 Guru besar juga memaklumkan bahawa perlu membincangkan anggaran
perbelanjaan perlu dilakukan lebih awal untuk memastikan majlis berjalan
dengan lancar.

Tindakan : Makluman

2.0 Ucapan Pengerusi (PK Kokurikulum)

2.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ajk dalam
Mesyuarat Hari Anugerah Kecemerlangan SKUD 2019 Kali Pertama. Mudah-
mudahan, idea dan sumbangan fikiran para ajk dapat melancarkan mesyuarat
pada hari ini.

2.2 Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat ini akan membincangkan
beberapa perkara yang berkait dengan Kokurikulum selain daripada Hari
Anugerah iaitu Hari Sukan Negara dan tugas semasa PSKPPS.

2.3 Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat diadakan lebih awal untuk
memastikan majlis akan berjalan dengan lancar

Tindakan : Makluman




3.0 Pembentangan Kertas Kerja Hari Anugerah Kecemerlangan SKUD

3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa HAK akan diadakan pada 21 November
2019. Beliau juga memaklumkan bahawa HAK akan menggabungkan dua (2)
acara lain iaitu Majlis Apresiasi Kokurikulum dan Graduasi Tahun 6.

Tindakan : Makluman

3.2 Pengerusi membentangkan Jawatankuasa HAK dan memaklumkan bahawa
setiap ahli jawatankuasa perlu membuat perancangan lebih awal untuk
memastikan perjalanan HAK berjalan dengan lancar kelak.


Tindakan : Semua Ahli Jawatankuasa

3.3 Pengerusi memaklumkan bahawa jadual “time frame’ akan dibuat bagi
memudahkan pemilihan penerima anugerah oleh pihak panel penyelaras dan
setiap ahli mesyuarat perlu mengikut time frame yang telah ditetapkan.

Tindakan : Panel Penyelaras Penerima Anugerah

3.4 Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat dua jawatankuasa baru yang dibuat
bagi melancarkan lagi kelansungan majlis iaitu Floor Manager dan Stage
Manager.
Tindakan : Makluman

3.5 Pengerusi memaklumkan bahawa perlu disediakan teks pengacara dengan
lebih awal untuk memastikan persediaan pengacara di tahap yang lebih
optimum.

Tindakan : Jawatankuasa Pengacara Majlis


3.6 Pengerusi membentangkan anggaran perbelanjaan dan memaklumkan bahawa
terdapat RM2000 lagi kekurangan perbelanjaan yang perlu dicari.

Tindakan : Makluman



4.0 Pembentangan Program Hari Sukan Negara

4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pada Hari Sukan Negara akan diadakan
program Merentas Desa yang telah ditangguhkan pada Januari lepas.

Tindakan : Makluman

4.2 Pengerusi juga mencadangkan untuk diadakan Jogathon sempena dengan Hari
Sukan Negara dan diserahkan kepada ahli mesyuarat untuk dibincangkan.

Tindakan : Semua Ahli Mesyuarat

5.0 Pembentangan Tugasan semasa kejohanan PSKPPS

5.1 Pengerusi memaklumkan mengenai tugasan SK Unico Desa sebagai
penyelaras semasa kejohanan Hoki PSKPPS yang akan diadakan pada 12
Oktober 2019 bertempat di padang SMK Terusan.

5.2 Pengerusi memaklumkan juga bahawa pihak SKUD dipertanggungjawabkan
untuk menanda padang sebelum kejohanan berlangsung.

Tindakan : Semua guru lelaki

5.3 Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat beberapa orang guru yang akan
terlibat bagi menjayakan kejohanan tersebut
Tindakan : Guru yang terlibat

6.0 Hal-Hal Lain

6.1 Pn Emydonah bertanyakan mengenai jawatankuasa penyelaras penerima
hadiah seperti tahun-tahun sudah sama ada masih dikekalkan ataupun
sebaliknya. Menurut beliau jawatankuasa tersebut adalah perlu untuk
mengelakkan sebarang ketidaklancaran program. Pengerusi memberikan
maklum balas bahawa ianya akan diambil tindakan selanjutnya.

6.2 Pn Noor Aini mencadangkan penglibatan murid sebagai pengacara majlis.
Beliau juga mengemukakan persoalan kepada ahli mesyuarat mengenai
bahasa yang akan digunakan dalam mengacarakan majlis. Semua ahli
mesyuarat bersetuju untuk menggunakan khidmat dua (2) orang murid dan
menggunakan satu (1) bahasa sahaja.

6.3 Pn Zainab bertanyakan mengenai penglibatan PIBG dalam jawatankuasa
pendaftaran bagi HAK nanti. Pengerusi memberikan maklum balas bahawa
akan dilantik daripada kalangan AJK PIBG untuk membantu Jawatankuasa
Pendaftaran. Pengerusi juga mencadangkan kepada Jawatankuasa
Pendaftaran untuk menggunakan Google Form bagi memudahkan urusan
pendaftaran.

6.4 En Osman bertanyakan soalan sama ada khimdat murid diperlukan ataupun
sebaliknya. Pengerusi memberikan maklum balas bahawa khidmat murid
akan digunakan bagi beberapa Jawatankuasa yang bersesuaian antaranya
Pengacara Majlis, Siaraya dan sebagainya. Pengerusi juga memaklumkan
bahawa perlu dielakkan menggunakan video lirik lagu yang tidak bersesuaian
dengan majlis rasmi.

6.5 En Osman bertanyakan mengenai versi yang mahu digunakan bagi lagu rasmi
Sabah Tanah Airku. Pengerusi memaklumkan bahawa pemilihan versi lagu
Sabah Tanah Airku akan dimaklumkan kemudian kepada Jawatankuasa
Siaraya. Pengerusi mencadangkan kepada Jawatankuasa Siaraya untuk
membuat video bagi tokoh-tokoh murid seperti tahun yang lepas. Senarai
nama akan diberikan pada 4.11.2019.

6.6 En Selihin bertanyakan mengenai durasi masa yang diperlukan bagi gimik
pelancaran HAK. Pengerusi memberi maklum balas bahawa durasi yang
diperlukan adalah seperti kebiasaanya gimik dalam program-program lain.
Pengerusi juga mencadangkan agar pelaksanaan gimik tersebut sebolehnya
dibuat kelainan agar dapat melihat kepelbagaian gimik bagi setiap majlis
yang diadakan di sekolah.

6.7 Pn Nurasmah mencadangkan untuk menggunakan khidmat murid bagi
membuat video tokoh murid tersebut. Ahli mesyuarat bersetuju dengan
cadangan tersebut.

6.8 Ustaz Ahmad Najmi memaklumkan bahawa bagi Jawatankuasa Hebahan
akan menghebahkan HAK di LD Info. Beliau juga memaklumkan akan
menggunakan banner (soft copy) untuk diedarkan kepada pihak LD Info.
Pengerusi memberikan maklum balas bahawa Jawatankuasa Hebahan perlu
meminta izin kepada pihak pencetak untuk menggunakan banner dalam
bentuk soft copy terlebih dahulu sebelum dihebahkan.

6.9 Cik Nurul Azizah bertanyakan mengenai jumlah buku program (hard copy)
yang mahu dicetak. Pengerusi memberikan maklum balas bahawa
jawatankuasa buku program hanya perlu mencetak lima (5) set sahaja untuk
VVIP. Pengerusi juga mencadangkan untuk menggunakan aplikasi i flip
untuk memudahkan guru dan ibu bapa mengakses buku program HAK pada
hari kejadian.

6.10 Pengerusi mengingatkan kepada setiuasaha untuk menyiapkan urusan surat-
menyurat lebih awal bagi memastikan kelancaran majlis.

6.11 Pn Dermawati mencadangkan untuk menggunakan khidmat Pn Elka bagi
tarian “Selamat Datang” manakala murid akan mempersembahkan KOIR. Pn
Dermawati juga memaklumkan bahawa penggunaan khidmat luar dapat
memastikan lagi kekemasan tarian Selamat Datang tersebut. Pn Dermawati
juga memaklumkan bahawa bagi persembahan KOIR, beliau mencadangkan
untuk melibatkan murid yang memang terpilih untuk mendapatkan anugerah
pada HAK untuk mengurangkan kelebihan perbelanjaan makanan sekiranya
HAK dilaksanakan di Hotel. Ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan yang
diberikan.

6.12 Pn Homolinda mencadangkan untuk membuat simen bunga mawar kerana
sime yang sebelum ini tidak boleh digunakan lagi. Pn Homolinda juga
menawarkan diri untuk melatih murid KOIR. Pn Homolinda juga
mengingatkan bahawa perlu diperhalusi lagi aspek pemilihan Tokoh Kanak-
Kanak dan Tokoh Murid sama ada ianya sama sahaja ataupun berlainan. Ahli
mesyuarat bersetuju dengan cadangan untuk membuat simen bunga mawar
yang baru.

6.13 Guru Besar memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat adalah untuk
membincangkan isu perbelanjaan yang tidak cukup berdasarkan kepada
kertas kerja yang dibentangkan. Beliau juga mengingatkan kepada ahli
mesyuarat bahawa terdapat RM2050 kekurangan perbelanjaan yang perlu
dibincangkan sesama ahli mesyuarat. Beliau juga mengingatkan mengenai

kondisi pentas Hotel Myinn yang terhad dan perlu dibincangkan cara untuk
menanganinya sekiranya persembahan mahu dilakukan di pentas dewan hotel
tersebut.

6.14 Guru Besar juga menimbulkan isu mengenai senarai penerima anugerah yang
ramai terutama bagi tahap 1. Semua ahli mesyuarat perlu berbincang
mengenai kondisi penerima augerah tersebut.

6.15 En Osman mencadangkan untuk tidak dilaksanakan di Hotel Myinn sekiranya
sumber perbelanjaan tidak mencukupi. Beliau juga memberi pandangan
bahawa perbelanjaan jamuan merupakan perbelanjaan besar berbanding
perbelanjaan lain.

6.16 Pengerusi memaklumkan bahawa perlu dicari dana tambahan untuk
menampung perbelanjaan memalui jalinan dan jaringan contohnya
sumbangan daripada pihak luar. Beliau juga memaklumkan bahawa setakat
ini pihak sekolah mempunya enam (6) penyumbang yang berpotensi untuk
menyumbang dalam HAK ini.

6.17 Pn Homolinda mencadangkan untuk memberikan doorgift sahaja kepada ibu
bapa untuk mengatasi masalah perbelanjaan yang dihadapi. Beliau
memaklumkan lagi bahawa makanan perlu diberi mengikut kesesuaian
anggaran perbelanjaan.

6.18 En Osman juga mencadangkan untuk memberikan goodies sahaja kepada ibu
bapa.

6.19 Pn Dermawati memaklumkan bahawa pihak sekolah boleh meminta
sumbangan daripada Syarikat Hap Seng. Beliau juga mengingatkan untuk
dibuat persiapan lebih awal sekiranya ingin meminta sumbangan dana
daripada mereka.

6.20 Guru Besar memohon maklum balas daripada semua ahli mesyuarat sama ada
bersetuju menggunakan Kelab Staff dalam jogathon yang akan diadakan.
Ahli mesyuarat bersetuju untuk menggunakan nama Kelab Staff sebagai
penganjur Jogathon SKUD.


7.0 PENUTUP

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.30 petang

Disediakan oleh: Disemak oleh:


........................................................... ......................................................
(NURUL AZIZAH BINTI BIDIN) (NUR AZMAN BIRAN )
Setiausaha Kokurikulum, PK Kokurikulum,
SK Unico Desa SK Unico Desa


Disahkan oleh:


...........................................................
(RAZAK BIN MINLUNG)
Guru Besar,
SK Unico Desa.


Disahkan Oleh :………………………………………………………………
Disokong Oleh :………………………………………………………………
Tarikh :……………………………………..Jam :………………


Click to View FlipBook Version