KARNIVAL SEMINAR ANTARABANGSA AURORA
هتاكربو هللا ةمحرو مكيلع مالسلا Salam Sejahtera. Segala puji dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Pertama sekali, saya bagi pihak Pusat Kokurikulum, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar yang telah diberi ruang dan peluang untuk meneruskan pengajian dalam bidang yang diminati di UPSI. Sememangnya saya beserta warga UPSI sentiasa beriltizam untuk menjadikan Pusat Kokurikukum ini sebagai peneraju dalam usaha merealisasikan visi dan misi universiti. Oleh hal yang demikian, pihak Pusat Kokurikulum telah dan akan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan kualiti dari segenap aspek sama ada dari segi kualiti pengurusan am mahupun dari aspek kualiti pengajaran dan pembelajaran. Saya penuh yakin, dengan kepakaran yang ada pada barisan kepimpinan serta kredibiliti Tenaga Pengajar akan menjadikan Pusat Kokurikulum ini sentiasa gemilang dan terbilang dalam melaksanakan hasrat Universiti. Alhamdullillah, dengan berkat kerjasama dan kesepaduan Dinamik khususnya dan seluruh warga Pusat Kokurikulum amnya, Edisi ke-5 Dinamik telah dapat diterbitkan sebagai satu wadah perkongsian ilmu untuk warga UPSI khasnya dan seluruh pencinta ilmu amnya. Dinamik yang disediakan ini diharap berupaya memberi penerangan dan penjelasan semua tentang hasil-hasil kerja keras yang dijana oleh barisan Tenaga Pengajar, sorotan sejarah yang mewarnai Pusat Kokurikulum UPSI serta nukilan-nukilan penulisan dari warga UPSI yang sudi berkongsi pengetahuan baik dalam kalangan pelajar mahupun staf. Mewakili barisan tulang belakang Dinamik Edisi ke-5 ini, saya merakamkan jutaan terima kasih tidak terhingga di atas usaha murni yang telah dan bakal dilaksanakan. Semoga usaha ini akan kekal istiqamah dan menjadi pemangkin kepada perluasan perkongsian ilmu warga UPSI dan seterusnya memartabatkan Pusat Kokurikulum UPSI sebagai platform peningkatan nilai tambah kepada pelajar UPSI. Sekian, terima kasih. DR. MAZUKI BIN MOHD YASIM KETUA EDITOR i
Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Bersyukur kita ke hadrat Ilahi Allah S.W.T kerana dengan rahmat dan limpah kurniaNya dapat kita bersua kembali dalam Dinamik Pusat Kokurikulum Edisi ke-5. Alhamdulillah saya ucapkan, dengan segala kerjasama dan usaha semua ahli jawatankuasa dan warga Pusat Kokurikulum, akhirnya Dinamik Edisi ke-5 bagi tahun 2022 telah berjaya diterbitkan. Edisi kali ini membawakan pelbagai aktiviti menarik yang dikongsikan sepanjang Karnival Kokurikulum 2022. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan penghargaan buat “keluarga kecil” Pusat Kokurikulum termasuklah Tenaga Pengajar bagi Kursus Kokurikulum Berkredit yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada kelancaran proses pengurusan, pengajaran dan pembelajaran serta pelbagai aktiviti menarik sepanjang Karnival Kokurikulum berlangsung pada julung kalinya. Saya berharap agar komitmen dan motivasi ini sentiasa berterusan dari masa ke semasa agar kita sentiasa dapat memberikan hasil yang cemerlang serta dapat membanggakan nama Universiti ini di peringkat yang lebih tinggi. Akhir kata, semoga segala usaha yang kita jalankan ini mendapat keberkatanNya dan menjadi saham untuk dibawa ke akhirat kelak. Wabillahi tauk wal hidayah, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih. ii DR. NURUL HASYIMAH BINTI MAT RANI TIMBALAN KETUA EDITOR
1 i 6 10 14 22 Secangkir Kata Khidmat Komuniti & Alam Sekitar Sukan & Budaya Latihan & Kemahiran AURORA Galeri Pusat Kokurikulum 2022 Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak [email protected] pkq.upsi.edu.my iii
Ketua Editor Timbalan Ketua Editor Editor Pereka Grafik iv SIDANG EDITOR
Oleh: Dr. Mazarul Hasan bin Mohamad Hanapi, Nurul Sabrina binti Zulkarnain dan Nur Amirah binti Amiruddin Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan Karnival Kokurikulum 2022 yang sangat meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua warga UPSI. Sehubungan dengan itu, Kumpulan A dan B daripada kursus CUP2011 tidak melepaskan peluang dengan mengadakan pameran yang bertemakan ‘Jenis-jenis Ikatan’ yang dipelajari dalam Unit Uniform Guru Kadet Remaja Sekolah (GKRS). Pameran ini telah diadakan di Padang Kawad Kampus Sultan Azlan Shah pada 26 November 2022 yang berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Pameran tersebut telah dikendalikan oleh ahli kumpulan A dan B iaitu seramai 86 orang. Objektif utama pameran ini adalah memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi berkaitan pengurusan dan pentadbiran sukan, persatuan dan unit beruniform serta meningkatkan pengetahuan mereka tentang jenis-jenis ikatan yang dipelajari di dalam GKRS. Program dimulai dengan aktiviti senamrobik. Karnival Kokurikulum telah dirasmikan oleh Naib Canselor UPSI, iaitu YBhg. Prof. Dato’ Dr. Md Amin Md Ta. Para tetamu kehormat telah melawat ke khemah-khemah pameran sebagai sokongan penuh kepada mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat. Pameran ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak dan telah membuktikan bahawa pameran tersebut merupakan salah satu program yang mampu menarik minat orang ramai untuk mempelajari jenis-jenis ikatan yang dipamerkan. Malah, Penyelaras Pusat Kokurikulum (Unit Badan Beruniform), Dr. Mazarul Hasan bin Mohamad Hanapi berkata, orang ramai termasuk para mahasiswa dan mahasiswi juga dapat didedahkan dengan ilmu baharu yang berkaitan dengan ikatan yang mungkin tidak pernah dipelajari atau dilihat oleh mereka sebelum ini. Selain itu, sesi pengajaran tentang cara-cara ikatan ini juga telah berjalan dengan lancar kerana ahli unit uniform GKRS itu sendiri yang telah memberi tunjuk ajar kepada orang ramai sehingga cara-cara ikatan yang ingin disampaikan begitu mudah untuk difahami. Tambahan pula, terdapat banyak maklum balas yang positif terhadap pameran yang dikendalikan oleh unit uniform GKRS ini dan mereka juga berharap pameran ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. 1 Khidmat Komuniti & Alam Sekitar
Oleh: Dr Mazarul Hasan bin Mohamad Hanapi, Wardina Aisyah binti Mohamad Saari, Khairul Haziq bin Mohd Kamal 26 November 2022, bersamaan hari Sabtu pada jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang, telah berlangsungnya Karnival Kokurikulum UPSI 2022 bertemakan ‘Mahasiswa Kelas Pertama’ anjuran Pusat Kokurikulum. Karnival Kokurikulum adalah kemuncak pembelajaran kokurikulum yang mempamerkan pembelajaran secara amali melalui persembahan, pameran atau pertandingan. Program ini diadakan pada setiap tahun melibatkan keseluruhan pelajar kokurikulum dari tiga komponen utama iaitu Persatuan, Seni dan Kebudayaan, Sukan dan Permainan, dan Badan Beruniform. Pelajar diwajibkan menyertai program ini sebagai amali pembelajaran kursus kokurikulum berkredit. Melalui karnival, bakat dan potensi pelajar dinilai oleh tenaga pengajar. Pengakap Kelana Siswa diberi amanah untuk membina gajet pintu gerbang sebagai pintu masuk ke Padang Kawad. Gajet adalah binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan seperti batang buluh atau kayu-kayu semulajadi dan dicantum serta dikukuhkan menggunakan pengikat. Pada hari Karnival Kokurikulum berlangsung, Naib Canselor UPSI, iaitu Prof. Dato Dr. Md Amin Md Ta melawat pintu gerbang hasil kerjasama antara Pengakap Kelana Siswa yang terlibat setelah ucapan perasmian Karnival Kokurikulum di samping melawat pelbagai booth yang berada di Padang Kawad UPSI. Tidak ketinggalan juga, ramai pelajar UPSI yang terutamanya semester pertama mengambil peluang untuk melawat dan bergambar di pintu gerbang tersebut. Ini sangat menimbulkan rasa puas hati dalam kalangan Pengakap Kelana Siswa kerana usaha gigih untuk mendirikan gajet pintu gerbang dihargai oleh masyarakat khususnya warga UPSI yang terlibat sama. Pembinaan gajet pintu gerbang itu merupakan hasil gabungan kerjasama antara dua kumpulan kursus kelas Kokurikulum Berkredit Kelana Siswa iaitu kelas A dan C yang berada di bawah pimpinan Encik Ali Ashraf bin Abdul Razak. Seramai 90 orang ahli Pengakap Kelana Siswa bekerjasama mendirikan gajet pintu gerbang tersebut. Gerak kerja pembinaan pintu gerbang itu telah bermula sejak hari Selasa iaitu pada 22 November 2022 sehingga hari Jumaat iaitu pada 25 November 2022. Kerjasama dan usaha berterusan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli Pengakap Kelana Siswa yang terlibat menjadikan tempoh masa untuk menyiapkan gajet pintu gerbang itu lebih singkat. Di samping para ahli menunjukkan respon gerak kerja yang positif, aktiviti ini juga turut memupuk sikap lebih bertanggungjawab dan komited terhadap tugasan secara berkumpulan. Selain itu, pembinaan gajet pintu gerbang ini bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan berpengakap di samping mempraktikkan pengetahuan yang dipelajari di dalam kelas. Semasa di dalam kelas, pelajar hanya mempelajari secara teori sahaja iaitu membuat sesuatu ikatan tanpa melakukan sebarang percubaan. Oleh itu, pelajar tidak dapat mempraktikkan dengan baik cara-cara yang betul yang melibatkan proses ikatan pada gajet kerana tiada bahan binaan yang sesuai di sekitar mereka. Dengan pembinaan gajet pintu gerbang ini, pelajar dapat mempraktikkan ikatan yang dipelajari dan secara tidak langsung membantu pelajar untuk menguasai ikatan yang diajar seperti simpul manuk dan ikatan seraya. Hasilnya, pelajar dapat membina pintu gerbang yang jauh lebih besar dan kukuh. Ini menjadi satu kejayaan kepada ahli-ahli Pengakap Kelana Siswa kerana bukan mudah untuk menginovasikan bahan semulajadi kepada pintu gerbang yang memerlukan kreativiti dan kemahiran dalam ikatan. Di samping itu, pembinaan gajet pintu gerbang juga dlihat sebagai medium untuk pelajar mengenali dengan lebih mendalam antara satu sama lain dan secara tidak langsung akan mengeratkan ukhwah antara pelajar. Namun begitu, dengan semangat dan kerjasama oleh pelajar serta komitmen yang diberikan pintu gerbang ini berjaya dibina hanya dalam tempoh beberapa hari dan ini merupakan pencapaian yang perlu dibanggakan oleh pelajar Pengakap Kelana Siswa yang berada di bawah bimbingan Encik Ali. Pencapaian ini turut membuktikan Karnival Kokurikulum UPSI Berjaya melahirkan pelajar yang berilmu, mampu hidup dalam satu keluarga serta mempunyai kreativiti dan inovatif yang tersendiri. Khidmat Komuniti & Alam Sekitar 2
MENAWAN HATI PENGUNJUNG DI KARNIVAL KOKURIKULAM TAHUN 2022 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) Baru-baru ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan Karnival Kokurikulum yang melibatkan hampir sembilan ribu pengunjung yang terdiri daripada 8100 pelajar dan 300 lebih tenaga pengajar. Penganjuran karnival ini adalah di bawah Pusat Kokurikulum yang diadakan pada 26 November 2022 bersamaan hari Sabtu (8:00 pagi- 5:00 petang) iaitu bertempat di Padang Kawad, UPSI. Pengarah Pusat Kokurikulum iaitu Dr. Mazuki bin Mohd Yasim menyatakan bahawa objektif program ini adalah untuk memupuk semangat kesukanan dan kekitaan dalam kalangan pelajar. Majlis pelancaran Karnival Kokurikulum ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor UPSI iaitu Prof Dato’ Dr. Md Amin Bin Md Ta. Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau berharap agar dengan pelaknasaan Karnival Kokurikulum ini mampu membentuk jati diri mahasiswa dalam mendepani situasi dunia yang kucar-kacir dan serba tidak menentu. Tambah beliau lagi, mahasiswa perlu memiliki rasa bangga akan kehebatan universiti, negeri serta negara. Perlaksanaan Karnival Kokurikulum ini juga telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan iaitu melibatkan orang awam dan juga mahasiswa UPSI. Bukan itu sahaja, persembahan turut diadakan bagi memeriahkan suasana karnival tersebut. Misalnya, persembahan pembukaan silat yang dipersembahkan oleh ahli Silat Gayong UPSI (CUJ2011) di bawah tenaga pengajar Encik Khairul dan Encik Idris. Kerjasama dan semangat yang tinggi para pelajar UPSI semasa karnival kokurikulam dijalankan sangat membanggakan. Pusat Kokurikulum juga turut menyediakan sudut pameran kepada semua pasukan badan beruniform UPSI untuk membuat pameran. Ahli Silat Seni Gayong telah mempamerkan alatan, pakaian dan sejarah yang berkaitan tentang Silat Seni Gayong untuk dilawati oleh umum. Impak daripada pameran tersebut, ia membantu mendedahkan lagi orang awam dan pelajar UPSI untuk lebih mengenali Silat Seni Gayong yang menjadi warisan dan budaya negara kita. Secara keseluruhannya, Karnival Kokurikulum UPSI tahun 2022 telah menarik pelajar untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum. Secara tidak langsung ia telah membantu memantapkan kemahiran pelajar-pelajar dalam mengendalikan sesuatu program. Oleh: Dr. Mazarul Hasan bin Mohammad Hanapi, Mohammad Asmadi bin Bohri, dan Noraisa binti Saplin Khidmat Komuniti & Alam Sekitar 3
Pada 26 November 2022 yang lalu, Karnival Kokurikulum anjuran Pusat Kokurikulum Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diadakan di Padang Kawad kampus Sultan Azlan Shah. Silat Serimau Hitam merupakan salah satu kumpulan yang turut memeriahkan suasana Karnival Kokurikulum tersebut dengan mengadakan Program Latihan Insentif kepada pelajar-pelajar silat sahaja bagi memantapkan lagi setiap gerak–geri mereka dalam silat. Beberapa hari sebelum Karnival Kokurikulum diadakan, tenaga pengajar telah memberi penerangan tentang program yang akan diadakan di Karnival Kokurikulum tersebut. Memandangkan pelajar-pelajar Silat Serimau Hitam masih lagi baharu dalam bidang silat ini dan masih belum menguasai sepenuhnya gerak-gerak Silat Serimau Hitam. Oleh itu, tenaga pengajar mengambil inisiatif untuk mengadakan Program Latihan Insentif Silat Serimau Hitam. Sehari sebelum karnival, pelajar-pelajar membuat latihan akhir bagi memantapkan lagi persembahan gerak-gerak silat yang akan dipersembahkan semasa hari Karnival Kokurikulum. Sebelum perasmian bermula, semua pelajar menyertai aktiviti senaman pagi untuk meningkatkan lagi kecergasan zikal. Suasana Karnival Kokurikulum UPSI dimeriahkan lagi dengan pelbagai penyertaan oleh pelajar yang mewakili Persatuan, Seni dan Kebudayaan, Sukan dan Permainan dan Badan Unit Beruniform masing-masing. Setelah berakhirnya majlis perasmian, kursus Silat Serimau Hitam diminta untuk berkumpul di bahagian kanan padang kawad bagi melakukan Latihan Insentif Gerak Silat sebelum para pelajar persembahkan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Pada jam 12:00 tengahhari Karnival Kokurikulum ini telah berakhir dan pelajar Silat Serimau Hitam telah berkumpul bagi memudahkan lagi urusan pengagihan makanan oleh ketua kelab tersebut. Karnival Kokurikulum yang dianjurkan ini telah memberikan pelajar pelbagai maklumat serta pengalaman baharu di alam universiti. Walaupun berasa penat namun para pelajar masih dapat merasakan keseronokan dan kemeriahannya. Diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan lagi agar setiap pelajar dapat menyeimbangkan akademik dan bukan akademik. SILAT SERIMAU HITAM MENGAUM DI KARNIVAL KOKURIKULUM UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2022 Oleh: Dr. Mazarul Hasan bin Mohamad Hanapi, Nor Hannah binti Saharuddin, dan Muhammad Roszaiman bin Rossli Khidmat Komuniti & Alam Sekitar 4
ASET JPAM MENARIK PERHATIAN PENGUJUNG KARNIVAL KOKURIKULUM UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2022 Oleh: Dr Mazarul Hasan bin Mohamad Hanapi, Bradie Sendar Anak Siba, dan Mohamad Azarudin bin Zulkei Khidmat Komuniti & Alam Sekitar 5
Program ‘Klinik Kemahiran Asas Berenang’ ini merupakan program yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar kursus CSR2071 (Renang) bersama Pusat Kokurikulum sempena Karnival Kokurikulum Universiti Pendidikan Sultan Idris 2022. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk menggalakkan ahli kumpulan mengajar dan berkongsi kemahiran asas renang kepada murid sekolah rendah. Kemahiran tersebut terdiri daripada asas kemahiran dan Selain itu, program ini juga bertujuan membolehkan semua pihak berganding bahu serta berkongsi pendapat dalam usaha menjayakan program dengan sebaiknya. Program ini telah dijalankan pada 26 November 2022 dari jam 8:30 pagi sehingga 10:30 pagi yang bertempat di kolam renang, Arena Universiti Pendidikan Sultan Idris. Encik Yusop bin Ahmad merupakan perasmi program. Beliau telah menerangkan objektif program kepada semua peserta berkaitan dengan teknik kemahiran asas berenang yang akan diajar. Setelah selesai, beliau telah memberikan kata-kata semangat kepada para peserta sebelum merasmikan program. Pengarah bagi program ini adalah saudara Sunthareisan A/L Thirunn Kesvan. Program ini dilaksanakan untuk memberi peluang kepada mahasiswa/mahasiswi untuk berkongsi kemahiran, pengetahuan dan pengalaman mereka tentang sukan renang kepada murid sekolah rendah. Selain itu, program ini juga dapat memberi peluang kepada para peserta untuk mempelajari kemahiran asas berenang dan juga asas menyelamat. Hal ini sekaligus dapat melahirkan modal insan yang seimbang bukan sahaja dalam bidang akademik, malah juga dalam aspek kokurikulum. Seramai 26 orang peserta yang telah menyertai program klinik kemahiran asas berenang ini. Kesemua peserta telah memberikan komen yang baik terhadap program yang dilaksanakan. Mereka bukan hanya dapat mempelajari kemahiran asas berenang, namun sempat mempelajari kemahiran asas menyelamat pada slot yang kedua. Sebagai penganjur, kami mengharapkan program seperti ini akan dapat memberi manfaat kepada semua peserta. Oleh : Nur Rabiatul Adawiyah binti Mohd Ramli dan Dr. Mon Redee Sut Txi Sukan & Budaya 6
Baru-baru ini Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan hari Karnival Kokurikulum pada 26 November 2022 bersamaan dengan hari Sabtu pada jam 8 pagi hingga 5 petang. Sehubungan dengan itu, pelajar dari kursus kokurikulum berkredit kayak (CSR2051) bersama Pusat Kokurikulum Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) talah menganjurkan program pameran kayak yang bertemakan ‘Jom Kenali Kayak’. Program ini diadakan secara bersemuka yang melibatkan mahasiswa dan mahasiswi (UPSI) di padang kawad Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) UPSI. Pameran kayak ini merupakan salah satu inisiatif yang diadakan bertujuan membantu mahasiswa dan mahasiswi menambahkan ilmu pengetahuan tentang asas kayak. Selain itu, ia juga diadakan bagi memeriahkan lagi Karnival Kokurikulum UPSI 2022. Pengarah program adalah Saudari Maisarah binti Mohd Zol Hisham dan timbalan pengarah adalah Saudari Norainie Zurainie binti Marasan. Seterusnya, setiausaha bagi program ini iaitu Saudari Jessica Anak Edward dan Timbalan Setiausaha pula adalah Saudari Noor Razlynyana binti Rahimy. Bendahari adalah Saudari Nur Syazwani binti Ahmad dan Saudari Nurul Izzah Kamilah binti Wahab pula merupakan Timbalan Bendahari. Beberapa ahli jawatankuasa (AJK) dilantik seperti AJK Urusetia, AJK Teknikal dan AJK Promosi dan Publisiti (PDI). Seawal jam 8.00 pagi, semua pelajar kursus kokurikulum Kayak telah membuat persediaan di khemah yang disediakan dengan menampal maklumat seperti sejarah kayak, jenis-jenis kayak dan jenis pertandingan kayak pada papan kenyataan serta mempamerkan model kayak. Seterusnya, bermulalah Hari Karnival Kokurikulum dengan bacaan doa, ucapan alu-aluan dan perasmian oleh Yang Berbahagia Prof Dato’ Dr. Md Amin Md Ta, Naib Canselor UPSI. Program ini telah mendapat sambutan yang baik apabila dikunjungi ramai mahasiswa dan mahasiswi termasuk pihak pengurusan tertinggi UPSI yang turut berminat untuk melihat pameran kayak. Ketika berlangsungnya pameran, beberapa orang ahli AJK penganjur ditugaskan untuk memberi penerangan kepada pengunjung yang hadir, selain daripada menunjukkan cara untuk memakai jaket keselamatan, cara mengendalikan kayak dan cara memegang yang betul. Dengan perkongsian tersebut, ramai pengunjung tertarik untuk mencuba dan mengambil kesempatan untuk bergambar sebagai kenangan. Pameran ini telah tamat pada jam 5.00 petang. Semua AJK yang terlibat juga turut mengambil kesempatan mengambil gambar sebagai kenangan sepanjang program berlangsung. PAMERAN KAYAK KARNIVAL KOKURIKULUM 2022 Oleh : Maisarah binti Zol Hisham Dr. Mon Redee Sut Txi Sukan & Budaya 7
Pertandingan tenis beregu tertutup negeri Perak sempena Karnival Kokurikulum UPSI 2022 adalah bertujuan memberikan pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi mengenai pengurusan dan pengelolaan pertandingan tenis. Program ini juga telah dapat meningkatkan kecerdasan minda dan pemikiran mahasiswa dan mahasiswi yang aktif dan sihat dari segi jasmani, rohani dan sosial. Selain daripada itu, kemahiran modal insan seperti semangat berpasukan dan kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan juga dapat diterapkan sepanjang penglibatan penganjuran program ini. Selain itu, ukhwah dan hubungan sesama mahasiswa termasuklah hubungan mahasiswa dengan masyarakat luar juga dapat dibina. Pertandingan tenis beregu tertutup negeri Perak sempena Karnival Kokurikulum UPSI 2022 ini dijalankan di Gelanggang Tenis 1 dan 2 Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI. Pengarah program adalah saudari Fazilahwati binti Jalalakmis dan Timbalan Pengarah adalah Saudari Nor Amira Syazwani binti Adam Raveen. Beberapa ahli jawatankuasa (AJK) dilantik seperti AJK Hadiah dan Cenderahati, AJK Teknikal, AJK Fomat dan Teknikal Permainan, AJK Pendaftaran, AJK Peralatan, AJK Jamuan dan Makanan, AJK Keselamatan dan Kebajikan, AJK Publisiti dan Informasi (PDI), AJK Persiapan Tempat, AJK Jemputan dan AJK Protokol yang melibatkan kesemua pelajar kelas Tenis kumpulan A dan B seramai 73 orang. Pertandingan tenis beregu tertutup negeri Perak sempena Karnival Kokurikulum UPSI 2022 ini telah berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada beberapa pasukan iaitu Pasukan Tenis UPSI, Pasukan Tenis PDRM, Airport Lawn Tennis Club (ALTC) dan Pasukan Tenis Muallim. Secara keseluruhan, Pertandingan tenis beregu tertutup Negeri Perak sempena Karnival Kokurikulum UPSI 2022 telah mendapat sambutan yang baik dengan jumlah penyertaan seramai 32 orang yang mendaftar. Pada 26 November 2022 bersamaan dengan hari Sabtu pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, Pertandingan tenis beregu tertutup Negeri Perak sempena karnival kokurikulum UPSI 2022 telah berlangsung. Pertandingan ini dianjurkan oleh pelajar kursus kokurikulum berkredit Tenis (CSG2031) yang terdiri daripada kumpulan A dan B dengan kerjasama Kelab Tenis UPSI dan Pusat Kokurikulum. Tenaga pengajar bagi kursus ini adalah Encik Muhammad Nur Aizuddin bin Abdul Rahman. PERTANDINGAN TENIS BEREGU TERTUTUP NEGERI PERAK Oleh : Dr. Mon Redee Sut Txi Sukan & Budaya 8
JOM SENAMROBIK JOM SENAMROBIK Setelah 2 tahun Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyepi daripada penganjuran Karnival Kokurikulum, akhirnya pada 26 November 2022, Pusat Kokurikulum UPSI telah berjaya menganjurkan Karnival Kokurikulum 2022 dengan meriah dengan kehadiran hampir 9 ribu orang pelajar serta jemputan luar. Program Karnival Kokurikulum Tahun 2022 telah dirasmikan oleh Naib Canselor UPSI, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Md Amin bin Md Ta dan turut dihadiri oleh Pegawai Kanan Universiti serta dif-dif kehormat daripada agensi luar. Seperti mana ucapan perasmi, acara tahunan ini sangat dinantikan kerana pada hari Karnival Kokurikulum, keseluruhan pelajar Kokurikulum dikumpul dan diraikan dengan pelbagai persembahan menarik. Bermula seawal jam 7.15 pagi, para pelajar mula berkumpul di Padang Kawad UPSI mengikut kedudukan masing-masing. Acara pertama dimulakan dengan senamrobik pada jam 7.30 pagi sehingga jam 8.00 pagi yang diketuai oleh sekumpulan pelajar CSR2011, Kursus Kokurikulum Berkredit Senamrobik di bawah bimbingan Tenaga Pengajar, Puan Marina binti Awang Ahmad dan dibantu oleh 2 orang instruktor iaitu saudara Robson bin Boi dan Irene Chandi anak Rolland. Semasa sesi senamrobik, kira-kira 3 ribu orang pelajar telah turut sama menyertai senaman pagi dengan alunan muzik dan lagu yang rancak bagi memeriahkan lagi suasana Karnival Kokurikulum. Sebanyak 32 orang pelajar Senamrobik telah dilatih selama 3 minggu untuk mengetuai acara senamrobik bermula daripada pemanasan badan sehinggalah senamrobik berimpak tinggi. Kesemua pelajar ini secara sukarela melibatkan diri menjadi instruktor pada acara berkenaan. Mereka berasa gembira dan berpuas hati kerana diberi peluang untuk mengetuai acara senamrobik pada kali ini. Tenaga Pengajar Senamrobik juga melahirkan rasa syukur dan gembira kerana acara ini telah berlangsung dengan jayanya walaupun terdapat kekangan waktu latihan yang singkat. Sebagai seorang Tenaga Pengajar, beliau melihat bahawa program seperti ini dapat membantu meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan pelajar, dan secara tidak langsung dapat melahirkan bakal instruktor kecergasan muda dalam kalangan pelajar ini kelak. Sukan & Budaya 9
‘FUN SHOOT ARCHERY’ Sejak kebelakangan ini, sukan memanah telah menjadi salah satu sukan yang semakin popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia berbanding dengan beberapa tahun yang lalu. Memanah merupakan sukan yang menggunakan busur untuk menembak anak panah ke arah sasaran. Perkataan memanah telah berasal dari arcus Latin, yang bermaksud 'busur'. Sukan memanah dikenali dengan sukan yang bersifatkan kekuatan mental yang tinggi selain daripada aspek zikal iaitu kekuatan dan daya tahan otot. Sukan memanah dipercayai dapat mendidik seseorang dari segi emosi dan zikal kerana memanah dianggap mampu membantu seseorang itu lebih bersabar, tenang dan tidak mudah menggelabah ketika membuat panahan terhadap sasaran. Memanah merupakan salah satu aktiviti yang digemari oleh Rasulullah SAW selain daripada berenang dan berkuda. Ketiga-tiga sukan ini tergolong di dalam sunnah Rasulullah SAW. Sukan amat penting untuk memberi kekuatan dan kesihatan kepada tubuh badan. Pada zaman Rasulullah memanah digunakan sebagai senjata peperangan. Selain itu, memanah juga digunakan untuk tujuan memburu. Pada 26 November 2022 bersamaan dengan hari Sabtu, kursus Kokurikulum Berkredit Memanah (CSP2081) Kumpulan A dan B telah menganjurkan pertandingan “Fun Shoot Archery” bertempat di padang Pusat Kokurikulum bermula jam 11:30 pagi hingga 2:00 petang. Pertandingan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang sukan memanah, di samping memupuk sikap kerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa dan mengeratkanhubungan silaturrahim dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi dengan masyarakat luar. Program ini dijalankan secara terbuka malahan percuma di mana para peserta boleh menyertai program ini setelah mendaftar di meja pendaftaran. Program selama 2 jam setengah ini telah menerima sambutan luar jangka di mana seramai 200 orang peserta yang terdiri dari pelbagai peringkat umur telah mendaftar. Kesemua AJK yang bertugas dapat mengendalikan program ini dengan cekap dan baik. Para peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap daripada mereka akan mendapat 6 batang anak patah iaitu sebanyak 6 kali percubaan. AJK yang bertugas juga turut mendemonstrasi teknik asas memanah agar para peserta dapat mempelajari dan melakukan teknik yang betul ketika memanah. Selain itu, pengiraan markah diadakan setelah kesemua peserta selesai melakukan panahan. Pengagihan hadiah dilakukan pada hari berikutnya di mana seramai 15 orang pemenang dihubungi bagi menebus hadiah berbentuk hamper. Kesemua pemenang yang berjaya mendapat markah paling tinggi terdiri daripada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris Wan Mohamad Haikal, Willfred Daniel, Latifah Najwa, Abdul Latif, Aiman Daniel, Amirul Aqil, Muhammad Azrizan, Irfan Imanullah, Muhamad Farhan, Muhammad Ikmal, Mohd Rezzuan, Muhammad Haz Rahmat, Amirul Izzad, Aniq Qhuzairi dan Khairul Anwar. Ternyata, program ini telah mendapat sambutan yang baik dari pelbagai pihak dan mendapat maklum balas yang positif dari para peserta. Penganjuran program seperti ini bukan sahaja memberi peluang kepada individu untuk mencuba sukan memanah, malah ia mampu memupuk minat sesetengah pihak terhadap sukan ini. Latihan & Kemahiran 10
Unit Latihan Cawangan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengadakan kursus kepimpinan dan pengukuhan pasukan di UPSI Adventure Park. Kursus tersebut telah berlangsung selama tiga hari bermula dari 6 hingga 8 September 2022. Seramai 35 peserta telah terpilih mengikuti kursus ini dari pelbagai bahagian di KPM. Kursus yang dianjurkan oleh KPM ini menekankan elemen komunikasi, fokus, sikap bertanggungjawab dan bekerjasama dalam kalangan kakitangan. Majoriti peserta merupakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dari pelbagai bahagian di KPM. Menurut urusetia kursus, Pn. Nur Hayati, penganjuran kursus ini dapat memantapkan para peserta dalam melicinkan proses kerja di KPM. Beberapa aktiviti dalaman dan luaran telah dijalankan dengan jayanya sepanjang kursus berlangsung. Bagi aktiviti dalaman, aktiviti dan latihan dalam kumpulan (LDK) telah dijalankan menggunakan kit pengukuhan pasukan building dari . Aktiviti luar pula meliputi sukan lasak seperti kayak, tali tinggi, rentas halangan dan trekking. Menurut Pengarah Pusat Kokurikulum, Dr. Mazuki bin Mohd Yasim, konsep pembelajaran berasaskan aktiviti atau telah diterapkan sepanjang kursus berlangsung. Konsep ini dilaksanakan dengan setiap peserta merasai pengalaman sebenar semasa melakukan aktiviti. Impak dari konsep ABL ini meliputi eksperimen, penerokaan dan ekspresi. Selain itu, komunikasi dua hala, sikap tolong menolong dan bertanggungjawab juga dapat dilihat melalui konsep ABL ini. “Syabas dan tahniah kepada AURORA kerana berjaya mengendalikan kursus ini dengan baik sekali”, kata Encik Rospiagos Taha, SUB BPSM, KPM. Menurut beliau, Pemilihan AURORA sebagai pengendali kursus amat tepat selain dapat menjalinkan kerjasama antara KPM dan UPSI. Di samping itu, beliau juga berkata, peserta boleh menyebarkan maklumat mengenai pakej yang terdapat di UPSI Adventure Park dan membawa pengalaman diperoleh sepanjang kursus dijalankan untuk diceritakan kepada rakan sekerja mahupun keluarga apabila pulang ke bahagian masing-masing. Beliau ditemui semasa merasmikan majlis penutup kursus ini yang diadakan di Scholar’s Suites, UPSI. Oleh: Ali Zainal Abidin bin Lokman Latihan & Kemahiran 11
Pandemik COVID-19 yang melanda negara kita beberapa tahun yang lalu telah membawa banyak perubahan terhadap kehidupan seharian dan juga aktiviti pembelajaran. Hampir dua tahun aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan dengan jumlah yang ramai tidak dapat dilakukan untuk mengelakkan virus daripada tersebar. Namun, Norma baharu dan SOP dipraktikkan di dalam kehidupan seharian. Pada tanggal 26 November 2022, Pusat Kokurikulum Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Karvial Kokurikulum yang melibatkan semua pelajar kursus kokurikulum berkredit imeliputi unit badan beruniform, unit persatuan seni dan kebudayaan dan unit sukan, permainan dan rekreasi untuk mempamerkan bakat menganjurkan aktiviti-aktiviti yang menarik sepanjang karnival berlangsung. Kursus Kembara Alam telah menganjurkan empat pertandingan iaitu pertandingan gajet, makanan rimba, survival dan yang melibatkan semua pelajar Kembara Alam dari kumpulan A, B, C dan D. Pertandingan ini telah dijalankan pada 26 November 2022 dari jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang di perkarangan Pusat Kokurikulum. Tujuan pertandingan diadakan adalah untuk mempraktikkan teori yang telah dipelajari melalui melalui empat jenis pertandingan di samping dapat memupuk kerjasama antara pelajar kursus Kembara Alam. Pertandingan ini hanya terbuka kepada pelajar yang mendaftar kursus Kelab Kembara dari kumpulan A, B, C dan D sahaja. Syarat pertandingan adalah setiap kelas (A, B, C dan D) perlu menghantar 3 kumpulan yang mempunyai 4 orang peserta dalam setiap kumpulan daripada kelas masing-masing untuk bertanding. Jumlah peserta yang mendaftar untuk pertandingan gajet ialah seramai 15 orang. Gajet (tripod) yang perlu dibuat harus mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak juri iaitu dari segi kekuatan dan keteguhan, kestabilan, kekemasan, jenis ikatan dan Hadiah bagi pertandingan ini pula telah dibahagikan kepada lima iaitu tempat pertama, tempat kedua, tempat ketiga, tempat keempat dan tempat kelima. Hadiah bagi para pemenang adalah berbentuk hamper dan telah sampaikan oleh tenaga pengajar iaitu, Dr. Sharifah Nur Munirah binti Syed Hasan kepada setiap kumpulan yang memenangi pertandingan ini semasa majlis penyampaian hadiah dan penutup. Pemenang tempat pertama dan pemenang tempat ketiga bagi pertandingan gajet dimenangi oleh kumpulan D yang diwakili oleh Nur Haifaa (Kumpulan 1) dan Muhammad Haiqal (Kumpulan 4). Pemenang-pemenang pertandingan ini telah berjaya menghasilkan kerja yang sangat kreatif, kukuh, stabil dan kemas serta menggunakan pelbagai jenis ikatan yang bersesuaian dengan gajet yang dibina. Semoga penganjuran pertandingan ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan dan terbuka kepada penglibatan peserta dari pelbagai kursus kokurikulum serta orang awam. PERTANDINGAN GAJET SEMPENA KARNIVAL KOKURIKULUM 2022 Oleh: Ainurul Shafiqah binti Mohamad Khairul Azhar & Dr. Sharifah Nur Munirah binti Syed Hasan Latihan & Kemahiran 12
Latihan & Kemahiran 13 Berkhemah ialah mendirikan (memasang) khemah untuk membuat tempat kediaman sementara untuk berteduh dan bermalam. Khemah kebiasaannya diperbuat daripada kain tebal, nilon dan kain layer. Pada suatu ketika dahulu, berkhemah adalah satu cara hidup bagi kaum-kaum Dayak Merah di Amerika Syarikat dan golongan peneroka-peneroka di dunia baru pada waktu itu. Berkhemah kini menjadi kegiatan riadah yang diminati dan terkenal oleh berjuta-juta umat manusia sejak dari zaman persekolahan sehingga ke alam pekerjaan. Secara semulajadinya, manusia mempunyai naluri dan perasaan sayang terhadap alam sekitar yang penuh dengan keindahan dan keajaiban. Walau bagaimanapun, aspek keselamatan merupakan salah satu kemahiran yang perlu dipelajari sebelum menjalankan aktiviti perkhemahan bagi mengurangkan risiko kecederaan kepada seseorang individu. LANGKAH KESELAMATAN KETIKA BERKHEMAH Oleh: Lojani A/P Murugiah & Dr. Sharifah Nur Munirah binti Syed Hasan Sebelum berkhemah, peserta atau pihak penganjur harus menyemak ramalan kaji cuaca bagi membantu dalam membuat perancangan aktiviti sepanjang perkhemahan. Peserta juga perlu memastikan segala peralatan perkhemahan disediakan selengkapnya seperti pakaian, alatan mandi, kompas, bekalan makanan atau bahan mentah untuk memasak, alatan memasak seperti messtin, pisau dan sebagainya. Semasa berkhemah, pastikan permukaan tanah tidak berbatu untuk mengelakkan kerosakan khemah dan memastikan keselesaan sendiri. Peserta juga perlu mengambil kira kelajuan angin semasa mendirikan khemah kerana jika di kawasan tersebut terdapat angin yang terlalu kuat, maka peserta harus mendirikan khemah melawan angin untuk melindungi diri dan mencegah khemah daripada menyeret. Selepas berkhemah, peserta perlu menyimpan peralatan individu dalam beg dan menurunkan semua khemah serta mengemas kawasan dalam dan luar perkhemahan. Seterusnya, bersihkan kawasan perkhemahan dengan mengutip semua sampah yang tertinggal semasa melakukan aktiviti ke dalam tong sampah yang telah disediakan. Akhir sekali, pastikan kawasan perkhemahan dibersihkan dan kelihatan lebih bersih daripada sebelum berkhemah untuk kegunaan peserta yang lain.
Pada 25 Julai 2022, Adventure Leadership & Outdoor Recreation Academy (AURORA) telah menganjurkan satu siri webinar bulanan yang bertajuk Scuba Diving: Antara Cabaran dan Keseronokan secara dalam talian menerusi Facebook AURORA dan Google Meet. Webinar perkongsian ilmu ini menampilkan dua orang panel yang pakar dalam bidang scuba diving iaitu En. Abdul Halim bin Nanyan @ Othman dan En. Ahmad Kamarul Azman bin Kamaluddin. Moderator webinar pada kali ini ialah Dr. Sharifah Nur Munirah binti Syed Hasan, Pegawai AURORA, Pusat Kokurikulum Universiti Pendidikan Sultan Idris. Panel pertama menampilkan En. Abdul Halim bin Nanyan @ Othman yang merupakan seorang Dive Master Scuba Diving International (SDI), Malaysia dan merupakan pengasas kepada Turbo Turtle Diver yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan guru di SMK Wangsa Maju Seksyen 2, Kuala Lumpur. Panel yang kedua iaitu En. Ahmad Kamarul Azman bin Kamaluddin merupakan pengasas kepada Scubanetwork yang berpangkalan di Dungun, Terengganu. Beliau juga merupakan Pengarah Kursus di International Association of Nitrox & Technical Divers (IANTD). Webinar ini juga membincangkan beberapa aspek dalam scuba diving seperti latar belakang sukan scuba diving dan lokasi pelancongan yang terdapat di Malaysia. Selain itu, aspek cabaran yang dihadapi oleh penggiat scuba diving seperti cabaran dari segi sosio-budaya, alam sekitar dan aspek keseronokan semasa melakukan aktiviti scuba diving telah diulas dengan lebih mendalam oleh para panel. Sepanjang webinar berlangsung, para pelayar Facebook AURORA bukan sahaja mendapat ilmu dan inspirasi daripada para panel, malah didedahkan juga kepada aspek keselamatan yang dijalankan sewaktu webinar, selari dengan objektif webinar iaitu untuk memberikan pendedahan mengenai cabaran dan keseronokan semasa melakukan aktiviti scuba diving. Webinar yang telah berlangsung selama 90 minit ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan jumlah tontonan sebanyak 538 dan telah dikongsi, komen dan disukai oleh128 pelayar menerusi platform Facebook AURORA meliputi warga UPSI, pelbagai agensi awam dan swasta, pelajar sekolah serta orang awam. Pihak AURORA merakamkan ucapan terima kasih kepada para panel jemputan, moderator, jawatankuasa teknikal dan para penonton yang mengikuti siri Webinar AURORA Talk Series: 15.0 bertajuk “Scuba Diving: Antara Cabaran dan Keseronokan”. Diharapkan agar perkongsian daripada webinar ini dapat memberikan pendedahan yang berguna kepada penggiat sukan air serta orang awam semasa melakukan aktiviti scuba diving. Kesimpulannya, banyak manfaat yang dapat diperoleh sekiranya kita saling berkerjasama dalam menaikkan dan menjaga imej scuba diving di Malaysia. Oleh: Ali Zainal Abidin bin Lokman AURORA 14
Webinar AURORA Talk Series 16.0 anjuran Adventure Leadership & Outdoor Recreation Academy (AURORA) diteruskan lagi dengan topik yang lebih menarik iaitu Sukan Lasak Udara: Perkembangan Sukan Paramotor di Malaysia. Webinar ini telah diadakan pada 31 Oktober 2022 dan dipancarkan secara langsung menerusi platform Facebook AURORA dan Streamyard. Webinar pada kali ini menampilkan dua orang panel yang tidak asing lagi di dalam bidang sukan paramotor iaitu En. Rohaizi bin Md Hussin yang merupakan Presiden Kelab Sukan Paramotor 1 Malaysia dan Prof. Madya Dr. Zamri bin Omar, Pensyarah Kanan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Manakala Pengarah Pusat Kokurikulum, Dr. Mazuki bin Mohd Yasim merupakan moderator untuk siri webinar pada kali ini. Sepanjang webinar berlangsung, para panel memfokuskan kepada perkembangan sukan paramotor memandangkan sukan ini kian mendapat tempat di pelbagai negara. Ia merangkumi aspek pengenalan sukan paramotor, perbezaan di antara paramotor dan paragliding, lokasi menjalankan aktiviti serta cabaran yang dihadapi oleh panel sewaktu menjalankan aktiviti paramotor. Di samping itu, penyertaan pelayar dalam webinar adalah terbuka kepada pengguna Facebook. Webinar yang telah berlangsung selama 90 minit ini telah mendapat sambutan yang baik di mana mencapai jumlah tontonan sebanyak 859 dan telah dikongsi, komen dan disukai sebanyak 382 pelayar menerusi platform Facebook AURORA yang terdiri daripada warga UPSI, penggiat rekreasi, pelajar sekolah, orang awam serta penonton dari Indonesia. Oleh: Ali Zainal Abidin bin Lokman WEBINAR AURORA TALK SERIES 16.0 SUKAN LASAK UDARA: PERKEMBANGAN SUKAN PARAMOTOR DI MALAYSIA Penganjuran webinar AURORA Talk Series ini diharapkan dapat memberi pendedahan dan maklumat kepada semua penonton berkaitan dengan sukan paramotor yang kian popular dalam kalangan masyarakat. Semoga perkongsian daripada para panel dapat menarik minat orang ramai untuk menceburi sukan udara paramotor ini yang menjanjikan permandangan yang indah dan menarik serta memberikan kepuasan kepada diri sendiri. AURORA 15
PERKHEMAHAN TAHUNAN ANTARABANGSA AURORA 2022 Buat julung kalinya Adventure Leadership & Outdoor Recreation Academy (AURORA) telah menganjurkan Perkhemahan Tahunan Antarabangsa AURORA 2022 pada 23 September 2022 yang bertemakan “Konservasi Alam Sekitar: Mewujudkan Kelestarian Ekosistem dan Biodiversiti antara Benua" bertempat di UPSI Adventure Park. Penganjuran Perkhemahan Tahunan Antarabangsa ini bertindak sebagai medium untuk mengukuhkan pengetahuan serta kemahiran asas dalam aktiviti perkhemahan secara praktikal. Justeru perkhemahan merupakan salah satu saluran pendidikan luar yang dapat melatih para pelajar untuk percaya pada diri sendiri, berani dalam menghadapi sebarang rintangan dan cabaran, disamping dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai konservasi alam sekitar yang melibatkan ekosistem dan kepelbagaian hidupan, khususnya di Malaysia dan Indonesia. Perkhemahan tahunan ini juga merupakan salah satu aktiviti khidmat sosial yang menjadi sebahagian penilaian kursus kokurikulum berkredit, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di universiti. Seramai 170 peserta telah menyertai perkhemahan ini dan antara aktiviti yang diadakan sepanjang perkhemahan adalah Bumi Bergegar, Topi Personaliti, dan . Aktiviti-aktiviti yang disertai oleh para peserta ini bertujuan untuk memupuk semangat kerja berpasukan dan kepimpinan di samping dapat mempamerkan bakat-bakat terpendam serta meningkatkan kreativiti dalam kalangan pelajar. Oleh: Dr. Sharifah Nur Munirah binti Syed Hasan AURORA 16
Pihak AURORA ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada tenaga pengajar, jurulatih dan para pelajar kerana memberikan kerjasama yang baik dan komitmen yang tinggi untuk menjayakan perkhemahan tahunan pada tahun ini. Diharapkan agar perkhemahan tahunan ini dapat memberikan pengalaman yang paling bermakna dalam kalangan peserta dan segala ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari dapat dipraktikkan dalam aspek pembelajaran mahupun bidang kerjaya kelak. Semoga perkhemahan tahunan berikutnya dapat melibatkan lebih ramai lagi pelajar dari pelbagai kursus di dalam dan luar negara. AURORA 17
Rentetan daripada program Perkhemahan Tahunan Antarabangsa, Adventure Leadership & Outdoor Recreation Academy (AURORA) telah menganjurkan Seminar Antarabangsa AURORA 2022 yang bertemakan “Konservasi Alam Sekitar: Mewujudkan Kelestarian Ekosistem dan Biodiversiti Antara Benua" pada 24 September 2022. Seminar antarabangsa ini melibatkan kolaborasi di antara pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan para pelajar dari Sekolah Tinggi Keguruan dan Ilmu Pendidikan (STKIP), Pasundan, Jawa Barat, Indonesia. Majlis perasmian telah dijayakan oleh YBrs. Dr. Mazuki bin Mohd Yasim, Pengarah Pusat Kokurikulum di Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, UPSI dan turut disiarkan secara langsung melalui platform Facebook AURORA. Tujuan seminar ini dianjurkan adalah untuk memberikan pendedahan dan sebaran maklumat mengenai kesedaran dan kepentingan memulihara alam sekitar serta melestarikan ekosistem dan biodiversiti dalam kalangan pelajar dan orang awam, di samping menyokong matlamat pembangunan lestari (SDG). Oleh yang demikian, barisan panel yang pakar dalam bidang masing-masing dijemput untuk membincangkan isu-isu berkaitan pemuliharaan alam sekitar, khususnya di Malaysia dan Indonesia. Seminar ini telah dibahagikan kepada dua slot iaitu slot pertama (seminar) dan slot iaitu kedua (forum). Slot pertama (seminar) telah disampaikan oleh panel yang pertama iaitu Dr. Sharifah Nur Munirah binti Syed Hasan, Pegawai AURORA, Pusat Kokurikulum UPSI dengan topik "Peranan Mahasiswa dalam Memangkin Keseimbangan Alam Sekitar dan Biodiversiti". Slot kedua (forum) bertajuk "Khidmat Sosial Pembimbing Rakan Sebaya terhadap Konservasi Alam Sekitar di Malaysia dan Indonesia" telah diulas oleh tiga orang panel iaitu En. Mohamad Ashaari bin Awab, Pegawai Psikologi, Ketua Seksyen Kaunseling Pekerja, Bahagian Kaunseling, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan panel dari luar negara iaitu Pn. Gita Febria Friskawati (M.Pd) dan Dr. Vicki A. Karisman (M.Pd) yang merupakan Pensyarah Kanan di Sekolah Tinggi Keguruan dan Ilmu Pendidikan (STKIP), Pasundan, Jawa Barat, Indonesia. Seminar ini telah berjaya menarik seramai 567 penonton menerusi platform Facebook AURORA yang terdiri daripada warga UPSI, pelajar STKIP serta orang awam. Oleh : Dr. Sharifah Nur Munirah binti Syed Hasan AURORA 1816
AURORA Biodiversiti merupakan khazanah yang tidak ternilai dan menjadi warisan kepada generasi akan datang. Istilah biodiversiti merujuk kepada kepelbagaian organisma hidup ( ) yang ada di bumi sama ada di darat, udara mahupun lautan. Selain itu, peranan pemuliharaan biodiversiti terhadap keseimbangan alam sekitar juga turut dihuraikan dengan lebih mendalam oleh para panel. Menariknya, Malaysia dan Indonesia merupakan antara 17 negara mega biodiversiti di dunia yang diiktiraf kerana kaya dengan kepelbagaian spesis ora (tumbuhan) dan fauna (haiwan). Malaysia dikenali sebagai hutan hujan tropika yang luas (14,500 spesis tumbuhan) dan berada di kedudukan ke-11 negara megadiversiti di dunia yang mempunyai 60-70% kekayaan biodiversiti. Spesis serangga dan invertebrata merupakan spesis paling tinggi yang terdapat di Malaysia iaitu sebanyak 150,000 spesis (sumber dari mybis.gov.my). Manakala Indonesia dikenali sebagai negara kepulauan (archipelago) terbesar di dunia dan berada di kedudukan ke-9 negara megadiversiti serta mempunyai spesis burung yang paling tinggi iaitu sebanyak 1,592 spesis (sumber dari worldatlas.com). Melihat daripada kedudukan negara, kita seharusnya berbangga kerana masih lagi dapat menghayati keindahan alam yang menghijau, lautan yang biru serta dapat menjalani kehidupan seharian dalam ekosistem yang seimbang. Info 19
Peranan biodiversiti sangat penting dalam keseimbangan alam sekitar dan manusia. Antara kepentingannya adalah sebagai sumber makanan, nutrien, air dan udara kepada semua hidupan. Sebagai contoh, rantai makanan bermula dengan tumbuhan hijau sebagai pengeluar manakala haiwan adalah pengguna dalam sesuatu rantai makanan. Tumbuhan memperoleh tenaga daripada cahaya matahari untuk mensintesis makanannya sendiri, manakala haiwan akan memakan haiwan lain atau tumbuhan untuk memperoleh tenaga. Melalui proses rantaian makanan tersebut, keseimbangan ekosistem dapat dicapai untuk kelangsungan hidup semua makhluk yang ada di muka bumi ini. Pada masa yang sama, kepelbagaian hidupan juga dapat menyumbang kepada kitaran hidrologi dan nutrien, membentuk tanah serta membersihkan udara dan air. Simbiosis unik yang berlaku dalam ekosistem yang terbentang luas ini seharusnya dapat mendorong kita untuk lebih menghargai nikmat alam serta menyedarkan kita tentang kebesaran dan kekuasaan-Nya supaya kita mensyukuri setiap nikmat kurniaan Ilahi. AURORA Selain itu, biodiversiti juga berpontensi dalam mengurangkan kesan bencana alam. Ironinya, kewujudan hutan dapat melindungi hakisan tanah, kehilangan nutrien dan mengelakkan daripada tanah runtuh. Tumbuhan paya bakau mampu menyerap gelombang besar ombak serta angin kencang dan seterusnya membolehkan kawasan persisiran pantai yang dilitupi hutan paya bakau selamat daripada impak bencana seperti tsunami. Kecantikan dan keindahan bentuk muka bumi ciptaan tuhan ini sering menjadi tumpuan orang ramai untuk melakukan aktiviti seperi beriadah, rekreasi, fotogra dan sebagainya. 20
Di samping itu, ekosistem hutan, pantai, sungai dan tasik menjadi tempat untuk para penyelidik melakukan aktiviti percambahan ilmu penyelidikan saintik dalam mengkaji perkaitan antara ekosistem dan spesis-spesis hidupan dalam membuktikan teori-teori yang dipelajari. Pengumpulan data kajian yang diperoleh sangat membantu dalam menghasilkan laporan kajian melalui penerbitan makalah dan buku yang sering dijadikan sebagai rujukan utama kepada para ilmuan, pengajar, penyelidik dan pelajar. Di sini sangat jelas menggambarkan betapa pentingnya peranan spesis ora dan fauna dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar secara semulajadi. Lanjutan daripada seminar dan forum yang diadakan, para penonton dijemput untuk terlibat dalam kajian penyelidikan yang berkaitan dengan pengetahuan, sikap serta tingkah laku individu terhadap isu alam sekitar melalui pautan soalan kaji selidik yang telah disediakan. Dapatan menunjukkan bahawa tahap kesedaran masyarakat terhadap amalan penjagaan alam sekitar di Malaysia masih di tahap rendah. Sebilangan besar masyarakat cakna mengenai isu alam sekitar melalui pembelajaran di sekolah dan universiti, media sosial, kempen dan sebagainya tetapi tidak menjadikan amalan mesra alam sekitar sebagai rutin dalam kehidupan seharian. Buktinya, kita masih lagi melihat sampah yang dibuang keluar dari tingkap kereta tanpa rasa bersalah, sampah yang dibuang di persisiran pantai, sampah yang tersumbat dalam longkang perumahan, deretan kedai dan sebagainya. Perbuatan ini jelas memberikan cerminan kepada kita bahawa kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar masih lagi pada tahap yang rendah. Oleh itu, tujuan kaji selidik ini dibuat adalah untuk mengetahui tahap kesedaran dan sensitiviti individu mengenai pemuliharaan alam sekitar dan biodiversiti di dua buah negara serta tindakan individu dalam menjaga alam sekitar dan memulihara biodiversiti untuk generasi akan datang. Pihak AURORA mengucapkan ribuan terima kasih kepada para panel jemputan, ahli jawatankuasa induk, tenaga pengajar dan para pelajar di atas kerjasama yang diberikan serta komitmen yang tinggi dalam menjayakan seminar antarabangsa ini. Diharapkan agar seminar ini menjadi satu wadah perkongsian ilmu pengetahuan, pemikiran, pendapat dan pengalaman bagi meningkatkan kesedaran serta inisiatif masyarakat dalam usaha untuk memelihara dan memulihara alam sekitar serta khazanah biodiversiti ciptaan Yang Maha Esa. Bak kata pepatah, “bertualanglah sejauh mata memandang, mengayuhlah sejauh lautan membentang dan bergurulah sejauh alam berkembang”. AURORA 21
Galeri Pusat Kokurikulum 2022 22