AMBANG MERDEKA 2023 SAMBUTAN AMBANG MERDEKA 2023 DISAMBUT MERIAH DI PEKARANGAN STADIUM UPSI SAMBUTAN AMBANG MERDEKA 2023 DISAMBUT MERIAH DI PEKARANGAN STADIUM UPSI UPSI BANTU BRUNEI REALISASIKAN BADAN KEBANGSAAN KEMAHIRAN KEGIATAN LUAR UPSI BANTU BRUNEI REALISASIKAN BADAN KEBANGSAAN KEMAHIRAN KEGIATAN LUAR KEMAHIRAN KEGIATAN LUAR “Kokurikulum Memperkasa Generasi Millennial” BIL. 7 (JULAI - DIS 2023) e-ISSN: 2785 - 9282
i ِبْسِم ِهَّللا الَّرْحَمِن الَّرِحْيم السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته Salam Sejahtera, Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi di atas penerbitan buletin Dinamik Edisi ke-7 sebagai peneraju wadah perkongsian ilmu untuk warga Universiti Pendidikan Sultan Idris khususnya dan seluruh pencinta ilmu amnya. Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan ditujukan kepada warga kerja buletin Dinamik atas komitmen dan usaha gigih dalam memastikan penerbitan Dinamik Edisi ke-7 ini berterusan dan berjaya dilaksanakan. Buletin Dinamik menyediakan garapan aktiviti dan program hasil kerja keras yang dijana oleh barisan Tenaga Pengajar yang menjadi sorotan sejarah dalam mewarnai Pusat Kokurikulum dan warga UPSI. Diharapkan nukilan penulisan dari warga UPSI yang terkandung di dalam Dinamik Edisi ke-7 ini dapat dijadikan sebagai perkongsian pengalaman dan pengetahuan bermanfaat dalam kalangan pembaca. Mewakili barisan tulang belakang Dinamik Edisi ke-7 ini, saya merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala komitmen dan usaha murni yang telah dan bakal dilaksanakan. Semoga pengorbanan ini menjadi pemangkin kepada perluasan perkongsian ilmu warga UPSI dan seterusnya memartabatkan Pusat Kokurikulum UPSI sebagai platform peningkatan nilai tambah kepada pelajar UPSI. Justeru, diharapkan sepanjang tahun 2024, semua Tenaga Pengajar akan terus cakna dan komited dalam mewarnai penyumbangan penulisan bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan. Ini kerana makalah yang diterbitkan ini menjadi satu rekod kejayaan dan mencatat sejarah kepada semua pelajar yang menyertai setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan di bawah Kursus Kokurikulum Berkredit yang ditawarkan. Akhir kalam, dengan kepakaran yang ada pada barisan kepimpinan serta kredibiliti Tenaga Pengajar, Pusat Kokurikulum akan berusaha meneruskan kegemilangan UPSI seiring dengan keperluan semasa selari dengan tema "Kokurikulum Memperkasa Generasi Millennial". Sekian, terima kasih. Secangkir Kata JULAI - DISEMBER 2023 "KOKURIKULUM MEMPERKASA GENERASI MILLENNIAL" PROF. MADYA DR. MAZUKI MOHD YASIM KETUA EDITOR i
ِبْسِم ِهَّللا الَّرْحَمِن الَّرِحْيم Assalamualaikum w.b.t dan Salam Malaysia Madani, Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Ilahi di atas limpah kurniaNya membuka ruang dan peluang untuk meneruskan kesinambungan penerbitan Dinamik Edisi ke-7 yang menjadi penutup tirai tahun 2023. Dinamik Edisi ke-7 bertindak sebagai wadah perkongsian ilmu dan aktiviti-aktiviti terkini Pusat Kokurikulum, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kepada seluruh warga UPSI khasnya dan pencinta ilmu amnya. Berkonsepkan bacaan santai tetapi sampai, penerbitan Dinamik Edisi ke-7 adalah berkat komitmen, kerjasama dan kesepaduan seluruh warga Pusat kokurikulum UPSI khususnya Tenaga Pengajar. Momentum perkongsian perjalanan aktiviti selama enam (6) bulan bermula Julai sehingga Disember 2023 menyaksikan kepelbagaian dimensi keterlibatan dan pelaksanaan program luar berimpak tinggi dan mesra-komuniti. Hasil kerja keras yang dijana oleh barisan Tenaga Pengajar dijelmakan melalui nukilan dan coretan yang berinformasi dan bermanfaat untuk tatapan semua peringkat umur. Selari dengan tema "Kokurikulum Memperkasa Generasi Millennial", penerbitan Dinamik pada kali ini merangkumkan aktiviti-aktiviti kursus kokurikulum berkredit yang telah berlangsung, memfokus kepada nilai kemahiran insaniah, jati diri dan kemenjadian pelajar sebagai modal insan produktif dan kelas pertama. Secara tidak langsung, kursus kokurikulum berkredit telah menyediakan peluang kepada pelajar dalam memperkembang dan menimbulkan minat baharu, menggalakkan perkembangan moral dan pemantapan kerohanian yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Justeru, mewakilli barisan tulang belakang Dinamik Edisi ke-7, jutaan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam meneruskan usaha murni ini. Besarlah harapan seluruh warga kerja Dinamik agar segala perkongsian dapat memberi suntikan semangat dan pemangkin kepada budaya cintakan ilmu. Semoga usaha kecil ini menjadi pencetus kepada lebih banyak kecemerlangan di masa akan datang serta memartabatkan UPSI di mata dunia. Salam penutup tahun 2023 dan Selamat Tahun Baru 2024. DR. ROZNIM MOHAMAD RASLI TIMBALAN KETUA EDITOR i JULAI - DISEMBER 2023 ii Secangkir Kata “KOKURIKULUM MEMPERKASA GENERASI MILLENNIAL”
i iii Secangkir Kata i Khidmat Komuniti dan Alam Sekitar 1 Sukan dan Budaya 5 Latihan dan Kemahiran 9 AURORA 13 Jasamu Dikenang 20 ISI KANDUNGAN JULAI - DISEMBER 2023 “KOKURIKULUM MEMPERKASA GENERASI MILLENNIAL”
JULAI - DISEMBER 2023 SIDANG EDITOR KETUA EDITOR Prof. Madya Dr. Mazuki bin Mohd Yasim TIMBALAN KETUA EDITOR Dr. Roznim binti Mohamad Rasli EDITOR Naida Hazni Binti Khalil Dr. Sharifah Nur Munirah binti Syed Hasan Nurr Zam Seeni binti Mohamed Ali Zainal Abidin bin Lokman Farah Safuhah binti Sudarman Noor Dayana Darwisyah binti Noor Faisal Nur Auni Syauqina binti Zaidi Ahmal Aqil bin Mohamad Jahizi Kerishnaeswari a/p Venkata Rao Nur Umi Syafika binti Zolkefli Morlie Anak Johnny Nur Aina Yasmin binti Roslan Kapten Norhidayah binti Johari Mohd Zakaria bin Samsuri i iv PEREKA GRAFIK Nurul Aina Shuhada binti Ahmad Tajudin JULAI - DISEMBER 2023 “KOKURIKULUM MEMPERKASA GENERASI MILLENNIAL”
Program yang dilaksanakan pada malam ini juga merupakan satu langkah untuk mengingatkan semula bahawa kita sudah merdeka pada tanggal 31 Ogos ini dan ia merupakan satu nikmat yang perlu disyukuri. Secara tidak langsung kesyukuran ini dapat menyuntik semangat patriotisme dan rasa cintakan negara dalam kalangan warga UPSI serta seluruh rakyat Malayisa. Terdapat pelbagai program dan aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang Sambutan Ambang Merdeka UPSI 2023 ini berlangsung. Madani Fun Run Merdeka yang disertai lebih 600 peserta membuka tirai acara sambil disulami oleh persembahan Tarian Etnik Malaysia oleh pelajar diploma. Seterusnya, pertandingan Shining Star menyaksikan peserta yang menyanyikan lagu-lagu berunsurkan patriotik. Penonton juga turut dihiburkan oleh persembahan deklamasi puisi dan syair kemerdekaan serta persembahan nyanyian dari The Pegawai Band yang terdiri daripada kakitangan Pusat Kebudayaan, UPSI. Selepas mengira detik 12 tengah malam, para hadirin dan masyarakat di sekitar Muallim disajikan dengan pertunjukkan bunga api sebagai penutup acara. i Tanggal 30 Ogos 2023 telah mencipta satu lagi lakaran kemeriahan Sambutan Ambang Merdeka 2023 peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berlangsung dengan jayanya di Pekarangan Stadium UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah. Sambutan di peringkat universiti ini adalah bersempena dengan Hari Kebangsaan kali ke-66 anjuran Pusat Kokurikulum dengan kerjasama Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) bertemakan “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”. Program ini dirasmikan oleh Naib Canselor UPSI, Prof. Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff dan dihadiri oleh lebih 2,000 hadirin yang terdiri daripada warga UPSI serta turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran penduduk di sekitar Muallim. Dalam ucapan beliau menegaskan erti sebuah kemerdekaan yang tidak cukup sekadar mengerti derita sebuah penjajahan, bukan juga sekadar mengetahui selok-belok perjuangan generasi lampau yang berkorban keringat tanpa mengenal perit jerit dalam mendapatkan kemerdekaan suci ini. Beliau turut memberi penekanan terhadap mensyukuri nikmat kemerdekaan yang telah diperoleh selama 66 tahun dalam membentuk kecintaan kepada institusi yang menjadi sumber rezeki serta menyuntik kata-kata nasihat sebelum memimpin pengiraan detik 12 tengah malam. SAMBUTAN AMBANG MERDEKA UPSI 2023 Oleh: Ali Zainal Abidin bin Lokman 1 KHIDMAT KOMUNITI DAN ALAM SEKITAR JULAI - DISEMBER 2023 “KOKURIKULUM MEMPERKASA GENERASI MILLENNIAL”
KHIDMAT KOMUNITI DAN ALAM SEKITAR Program Jalinan Kasih diadakan pada 18 November 2023 oleh pelajar kursus Pembimbing Rakan Sebaya (CPR2011) di bawah bimbingan Tenaga Pengajar, Encik Mohamad Saifuddin bin Ab Shatar bersama Pertubuhan Ukhwah Anak Yatim/Miskin Sabak Bernam. Bermatlamat untuk memberi pendedahan dan melahirkan mahasiswa/i yang bertanggungjawab dan peka terhadap golongan rakyat yang kurang bernasib baik secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi, semangat bekerjasama serta kemahiran mengawal emosi dalam hubungan persahabatan dengan orang luar. Program ini juga telah berjaya merapatkan ukhwah dan hubungan antara mahasiswa/i serta memupuk keperibadian belia dengan memberi maklumat kepentingan menanam sifat saling membantu di antara satu sama lain dalam perjalanan menghadapi cabaran di menara gading. Program ini melibatkan penganjuran beberapa aktiviti yang telah dirancang dengan para pelajar yang hadir sewal 7.00 pagi dan berakhir pada 1.45 petang. Secara keseluruhan, Program Jalinan Kasih mendapat sambutan yang baik dengan jumlah penyertaan seramai 40 orang dari pertubuhan berkenaan. PROGRAMJALINANKASIH 2 Oleh: Farah Safuhah binti Sudarman JULAI - DISEMBER 2023 “KOKURIKULUM MEMPERKASA GENERASI MILLENNIAL”
i KHIDMAT KOMUNITI DAN ALAM SEKITAR GOTONG-ROYONG DAN KECERIAAN UPSI ADVENTURE PARK GOTONG-ROYONG DAN KECERIAAN UPSI ADVENTURE PARK Pelajar-pelajar kursus CPR2011 Pembimbing Rakan Sebaya (Kumpulan A dan B) mengambil inisiatif melakukan aktiviti gotong royong untuk menceriakan UPSI Adventure Park (UAP) pada 25 dan 26 November 2023. Program ini bertujuan mendorong pelajar berkumpul bersama-sama sekaligus dapat memperkuatkan hubungan sosial sesama mereka. Kemahiran insaniah juga berjaya diterapkan dalam membentuk generasi belia masa hadapan. Kerja-kerja pembersihan bermula seawal jam 8.00 pagi pada 25 November 2023 di mana pelajar mencuci sisa lumut, karat dan lumpur yang terdapat di kawasan rempuh halangan dan pekarangan dewan. Keesokannya, pelajar mula melakukan kerja-kerja mengecat. Selain itu, terdapat juga dua (2) kolam berlumpur yang telah dibersihkan. Pelaksanaan program ini telah berjalan dengan jayanya. 3 Oleh: Noor Dayana Darwisyah binti Noor Faisal JULAI - DISEMBER 2023 “KOKURIKULUM MEMPERKASA GENERASI MILLENNIAL”
KEMPEN DERMA DARAH MADANI 2 Disember 2023: Kempen Derma Darah Madani berjaya dianjurkan oleh para pelajar kursus CUR2011 Pasukan Pertolongan Cemas I (Kumpulan C) di Bitarasiswa, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar dalam penganjuran program serta memupuk semangat kesukarelawanan. Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kesihatan tubuh badan serta amalan gaya hidup sihat. Peka dengan keadaan semasa, kempen ini dapat membantu menyediakan bekalan darah yang mencukupi bagi keperluan rawatan pesakit. Melalui program ini juga, kesedaran masyarakat tentang kepentingan derma darah dalam penyelenggaraan sistem kesihatan serta kecemasan yang mungkin berlaku turut diberi penekanan. Selain itu, umum dapat mengetahui bahawa kecelakaan atau kejadiaan yang tidak terjangka boleh menyumbang kepada kehilangan darah. Oleh itu, bekalan darah yang mencukupi amat diperlukan untuk menyelamatkan nyawa KHIDMAT KOMUNITI DAN ALAM SEKITAR 4 Oleh: Nur Auni Syauqina binti Zaidi JULAI - DISEMBER 2023 “KOKURIKULUM MEMPERKASA GENERASI MILLENNIAL”
i KEPENTINGAN REGANGAN Ramai dalam kalangan masyarakat kita menganggap bahawa regangan hanya dilakukan oleh orang yang aktif bersukan dan atlet sahaja namun pada hakikatnya kita semua perlu melakukan regangan untuk diri kita sendiri bagi memperoleh pelbagai faedah dari aktivti regangan seperti meningkatkan fleksibiliti tubuh badan, memperbaiki postur badan dan lain-lain lagi. Menurut David Nolan yang merupakan pakar terapi di Hospital Massachusetts, Havart menyatakan bahawa ramai orang tidak faham bahawa regangan sepatutnya berlaku setiap hari dan bukannya secara berkala. Dengan melakukan regangan, otot akan lebih fleksibel, kuat dan sihat. Manusia amat memerlukan fleksibiliti ini untuk melakukan pelbagai gerakan dalam aktiviti kehidupan seharian tanpa sebarang kecederaan. Tetapi, apabila kita melakukan sesuatu aktiviti dalam kehidupan seharian kita dan otot kita tidak dapat memanjang pada kadar yang diperlukan ia pasti akan mendatangkan kecederaan kepada seseorang individu tersebut. Ia akan menyebabkan seseorang itu sakit sendi, ketegangan otot ataupun menyebabkan otot seseorang itu boleh terkoyak. Sebagai contohnya, jika seseorang individu perlu lakukan suatu lakuan yang perlu melunjukkan kaki dan mengakibatkan otot bahagian hamstring tegang. Jika kita tidak mempunya daya fleksibiliti yang tinggi di bahagian otot tersebut maka ia akan mendatangkan kecederaan yang akan mengakibatkan kecederaan yang tidak diingini kepada seseorang individu tersebut. Dengan melakukan regangan secara berkala ia akan memastikan otot seseorang individu itu dalam keadaan sentiasa bersedia untuk melakukan sesuatu lakuan yang sering dilakukan ataupun lakuan yang luar dari kebiasaan seseorang individu tanpa mendatangkan sebarang kecederaan yang tidak diingini. Dengan melakukan aktiviti regangan secara berkala jugak akan memperbaiki postur tubuh badan seseorang agar sentiasa dalam keadaan yang normal. i 5 Oleh: Ahmal Aqil bin Mohamad Jahizi JULAI - DISEMBER 2023 “KOKURIKULUM MEMPERKASA GENERASI MILLENNIAL” SUKAN DAN BUDAYA
i. Meningkatkan kadar fleksibiliti Regangan yang kerap boleh membantu meningkatkan kadar fleksibiliti dan melambatkan kadar penuaan seseorang sama seperti kesan melakukan yoga. ii. Meningkatkan julat pergerakan Dengan melakukan regangan secara berkala mampu meningkatkan julat pergerakan seperti dapat membuka langkah kaki lebih besar, dapat membongkok dan merapatkan dahi ke lutut dan lain-lain. Satu sumber kajian yang dipercayai mendapati bahawa kedua-dua regangan statik dan dinamik dapat memberi kesan terhadap peningkatan julat pergerakan, walaupun melakukan regangan jenis Proprioceptive Neuromuscular Facilitation (PNF). iii. Meningkatkan aliran darah ke otot Melakukan regangan secara berkala dapat meningkatkan aliran peredaran darah yang lebih baik sekaligus dapat memendekkan masa pemulihan dan mengurangkan kesakitan otot. FAEDAH REGANGAN 6 JULAI - DISEMBER 2023 “KOKURIKULUM MEMPERKASA GENERASI MILLENNIAL” SUKAN DAN BUDAYA
25 November 2023: Pelajar kursus Pasukan Pertolongan Cemas 1 (CUR2011) Kumpulan B di bawah bimbingan Puan Suhaida binti Mohamad Isa mengadakan Larian “Healthy Life UPSI”. Larian tersebut bermula di pintu masuk UPSI Adventure Park dan tamat di Dewan Kuliah Pusat. Larian bertemakan “Gaya Hidup Sihat dalam Kehidupan Seharian Mahasiswa di Universiti” bertujuan untuk memupuk semangat kesukarelawanan, perpaduan dan kerjasama yang tinggi dalam kalangan mahasiswa/i. Larian “Healthy Life UPSI” melibatkan seramai 40 peserta yang terdiri daripada pelajar UPSI. Pemenang tempat pertama iaitu Muhammad Azram Azraei bin Nazari (FSM) menerima hamper bernilai RM70, manakala tempat kedua dimenangi oleh Muhammad Faiezulhadi bin Mohd Zaki (FSSKj) menerima hamper bernilai RM50 dan tempat ketiga pula menjadi milik Muhammad Aiman Danish bin Sharudin (FSM) yang menerima hamper bernilai RM30. Para peserta berpendapat larian ini dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan kecerdasan minda mahasiswa/i melalui aktiviti fizikal larian lima kilometer. Matlamat larian ini juga adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga UPSI seterusnya dapat melahirkan mahasiswa/i yang sihat dan cerdas. Program ini juga dapat dijadikan suatu medium untuk mewujudkan semangat berpasukan yang penting untuk diterapkan dalam diri mahasiswa/i. Program sebegini dilihat mampu menjadi pemangkin kepada aspek keseimbangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bukan itu sahaja, program ini juga dapat merapatkan ukhwah di antara warga UPSI dan awam yang terlibat tanpa mengira aspek sosial, bangsa, agama mahupun budaya. Akhir sekali, dengan berkonsepkan aktiviti secara individu, ianya dapat memberikan ketenangan dan kegembiraan seterusnya melahirkan pelajar yang mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang berdaya maju. LARIAN “HEALTHY LIFE UPSI” Pemenang tempat pertama adalah Muhammad Azram Azraei bin Nazari (FSM) Pemenang tempat kedua adalah Muhammad Faiezulhadi bin Mohd Zaki (FSSKj) Pemenang tempat ketiga adalah Muhammad Aiman Danish bin Sharudin (FSM) i 7 Oleh: Morlie Anak Johnny JULAI - DISEMBER 2023 “KOKURIKULUM MEMPERKASA GENERASI MILLENNIAL” SUKAN DAN BUDAYA
SUKAN DAN BUDAYA Seramai 34 pelajar kursus CSR2021 Kembara Alam (Kumpulan A) menyertai perkhemahan UPSI Adventure Park (UAP) pada 21 dan 22 Oktober 2023 di bawah bimbingan Cik Fathin Nurul Ezzati Irwahand. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa dalam merancang dan menguruskan sesuatu program dengan berkesan. Di samping itu, ianya boleh memberikan pendedahan kepada mahasiswa/i tentang kemahiran-kemahiran di dalam perkhemahan. Pada masa yang sama, program ini dapat meningkatkan kecerdasan minda dan pemikiran mahasiswa/i tentang ilmu mandiri dalam perkhemahan melalui pengetahuan baharu tentang cara membaca kompas dan berkayak. Selain itu, aktiviti perkhemahan ini juga dapat mengeratkan hubungan persahabatan antara satu sama lain. Secara kesimpulannya, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik. Secara tidak langsung, keperibadian belia diperkasa melalui sifat saling membantu antara satu sama lain dalam perjalanan menghadapi cabaran di menara gading. PERKHEMAHAN KEMBARA ALAM PERKHEMAHAN KEMBARA ALAM 8 Oleh: Kerishnaeswari a/p Venkata Rao JULAI - DISEMBER 2023 “KOKURIKULUM MEMPERKASA GENERASI MILLENNIAL”
Kursus First Responder Life Support (FRLS) berlangsung dengan jayanya pada 4 hingga 6 Ogos 2023. Seramai 73 pelajar kursus CUQ2021 SISPA II, tujuh orang jurulatih Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan empat (4) orang pegawai penilai ALPHA iaitu Kapt.(PA) Sahrul Hafizan bin Daud, Lt.(PA) Pellzoney Raflie bin Mohd Rusdi, Lt.M.(PA) Muhammad Akmal bin Ahmad Sabri, Lt.M.(PA) Nurin Wahidah binti Mazrizal terlibat dengan kursus ini. Kursus yang diadakan di Dewan Kuliah Pusat 5 ini dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Aqil Aryan Wong, selaku Timbalan Komandan Kor SISPA UPSI. Ia bertujuan untuk memberikan kemahiran dalam menghulurkan bantuan kecemasan serta kefahaman kepada pelajar Kor SISPA semasa berlaku kecemasan. Pelajar perlu menduduki dua jenis ujian iaitu praktikal dan teori. Ujian praktikal mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR), airway management dan choking dan luka serta kepatahan. Setiap pelajar perlu melengkapi ketiga-tiga bahagian ini yang dinilai oleh pegawai ALPHA. KURSUS FIRST RESPONDER LIFE SUPPORT (FRLS) KURSUS FIRST RESPONDER LIFE SUPPORT (FRLS) Oleh: Nur Umi Syafika binti Zolkefli i 9 JULAI - DISEMBER 2023 “KOKURIKULUM MEMPERKASA GENERASI MILLENNIAL” LATIHAN DAN KEMAHIRAN
Pada 19 Ogos 2023, semua pelajar dan pegawai pengiring yang terlibat mula bergerak ke Pusat Kebudayaan UIAM seawal 7 pagi. Semua yang terlibat bergerak ke lokasi berkenaan untuk sesi raptai, raptai penuh majlis dan slot Town Hall sehingga jam 6.30 petang. Setelah itu, semua pelajar dan pegawai pulang menjelang malam ke penginapan untuk persiapan terakhir dari segi pakaian dan kelengkapan sebelum majlis. Pada 20 Ogos 2023, semua pelajar dan pegawai pengiring bergerak seawal 7 pagi ke Pusat Kebudayaan untuk Majlis Pentauliahan Kor SISPA. Pegawai Bersekutu, pegawai-pegawai dan pegawai pengiring turut hadir untuk memeriahkan majlis. Majlis pentauliahan bermula dari jam 10 pagi dengan kehadiran VVIP dan VIP ke perkarangan majlis. Majlis telah berlangsung dengan jayanya dan teratur sehingga jam 2 petang dan sesi bergambar bersama semua pegawai yang hadir turut dilaksanakan. Pergerakan pelajar dan pegawai pengiring pulang ke kolej dan lokasi masing-masing bermula jam 4.00 hingga 6.00 petang. 20 Ogos 2023: Majlis Pentauliahan KOR Siswa Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA) peringkat Kebangsaan Kali Ke-14 Tahun 2023 telah berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Gombak bertemakan “Semarak KOR SISPA”. Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Perjalanan program ini telah diuruskan oleh Pengarah Program Norsarina binti Araman dan melibatkan 20 pelajar serta dibantu oleh empat orang pegawai pengiring. Program ini telah dikawal selia dari 17 Ogos sehingga 21 Ogos 2023. Bermula 27 Julai 2023 hingga 17 Ogos 2023, perjumpaan bersama peserta untuk taklimat dan tugasan telah dilaksanakan. Hal-hal berbangkit dari segi kos dan kelengkapan yang perlu dibawa juga dibincangkan untuk perhatian jawatankuasa program. Sebelum hari kejadian, segala persediaan telah diuruskan seperti pengangkutan, urusan makanan, kehadiran pelajar, kelengkapan serta pemakluman maklumat-maklumat yang terkini dari pihak penganjur UIAM. Segala kelengkapan disemak semula dan dipersiap dengan baik dan teratur. Maklumat dan persediaan juga diuruskan secara berkala dari semasa ke semasa untuk memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar. Pada 17 Ogos 2023, pergerakan pelajar bermula dengan berkumpul di PDPA Muallim. Seramai 11 pelajar dan pegawai-pegawai yang terlibat telah memantau pelajar agar sentiasa berada dalam pengawasan yang baik. Pengendalian pelajar yang berkumpul di PDPA Muallim telah diuruskan dengan baik oleh ketua kumpulan dari segi penginapan, pengangkutan dan makanan. Pada 18 Ogos 2023, pergerakan pelajar dari PDPA Muallim dan pelajar yang bergerak dari tempat masingmasing telah selamat tiba ke UIAM seperti yang dirancang. Para pelajar dan pegawai-pegawai mendaftar masuk pada 11.30 pagi di penginapan yang telah diatur oleh pihak Universiti. Setelah mendaftar masuk, pelajar berkumpul dan bergerak untuk pemeriksaan uniform sebagai persiapan terakhir sebelum majlis. Seterusnya sesi pentadbiran diri, mengemas penginapan dan bersiap sedia untuk taklimat pada malam hari diteruskan. Pergerakan pelajar pada waktu malam bermula jam 8.00 malam ke Dewan Utama, Pusat Kebudayaan, UIAM untuk sesi taklimat majlis dan persiapan penyusunan pelajar sehingga jam 11.30 malam. Oleh: Nur Aina Yasmin binti Roslan MAJLIS PENTAULIAHAN KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM (KOR SISPA) PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-14 TAHUN 2023 MAJLIS PENTAULIAHAN KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM (KOR SISPA) PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-14 TAHUN 2023 10 JULAI - DISEMBER 2023 “KOKURIKULUM MEMPERKASA GENERASI MILLENNIAL” LATIHAN DAN KEMAHIRAN
i 68 PEGAWAI KADET PALAPES UPSI DITAULIAHKAN DI DALAM ISTIADAT PENTAULIAHAN DIRAJA PEGAWAI KADET PALAPES UNIVERSITI AWAM KE-41 68 PEGAWAI KADET PALAPES UPSI DITAULIAHKAN DI DALAM ISTIADAT PENTAULIAHAN DIRAJA PEGAWAI KADET PALAPES UNIVERSITI AWAM KE-41 SINTOK, 9 September 2023 - Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah telah berkenan untuk mencemar duli bagi menyempurnakan Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam (UA) Ke-41 di Universiti Utara Malaysia (UUM). Istiadat perbarisan ini melibatkan 1488 Pegawai Kadet PALAPES meliputi 20 Universiti Awam (UA) seluruh Malaysia yang diketuai oleh Pegawai Rendah Kanan (PRK) Muhammad Irfan bin Mohamad dari PALAPES Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan dilaksanakan di Padang Kawad PALAPES UUM. Turut diadakan adalah penyampaian Anugerah Pedang Kehormat kepada 37 Pegawai Kadet Terbaik bagi setiap perkhidmatan. Leftenan Muda Mohd Azfar bin Jasmi terpilih sebagai Pegawai Kadet Terbaik UPSI. Selesai istiadat perbarisan, DYTM Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin telah berkenan mengurniakan watikah tauliah kepada para pegawai yang terdiri daripada 861 Pegawai Muda di dalam Rejimen Askar Wataniah (RAW), 287 Pegawai Muda di dalam Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) dan 340 Pegawai Muda di dalam Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM) yang berlangsung di Dewan Mu'adzam Shah, disusuli dengan bacaan ikrar Taat Setia Perwira. Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES UA Ke-41 merupakan istiadat tahunan dan dianjurkan oleh UA di seluruh Malaysia mengikut sistem penggiliran. UPSI amat bertuah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran istiadat pentauliahan ini bagi tahun 2024. Tahniah juga diucapkan kepada 33 Leftenan Muda Lelaki dan 35 Leftenan Muda Wanita yang ditauliahkan dan membawa nama UPSI dengan cemerlang hingga ke akhirnya. Naib Canselor UPSI, Profesor Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff turut hadir bagi memberikan sokongan dan menyampaikan ucapan tahniah kepada setiap Leftenan Muda UPSI yang telah ditauliahkan. 11 Oleh: Kapten Norhidayah binti Johari JULAI - DISEMBER 2023 “KOKURIKULUM MEMPERKASA GENERASI MILLENNIAL” LATIHAN DAN KEMAHIRAN
MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PELANTIKAN INSPEKTOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/I UNIVERSITI AWAM KALI KE-19 TAHUN 2023 MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PELANTIKAN INSPEKTOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/I UNIVERSITI AWAM KALI KE-19 TAHUN 2023 Hadir sama dalam majlis ini ialah Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Komisioner Polis (CP) Datuk Seri Aidi Ismail, Komandan Kor SUKSIS Universiti Awam, PegawaiPegawai PDRM dan tetamu Jemputan yang lain. Pada masa yang sama, Pengarah telah menyerahkan sijil-sijil lantikan dan juga anugerah kepada tiga (3) pelatih terbaik setiap universiti awam. LATIHAN DAN KEMAHIRAN Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Sultan Zainal Abidin telah menjadi tuan rumah untuk Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi Universiti Awam Kali Ke-19 Tahun 2023 yang telah diadakan selama 12 hari bermula 29 Ogos 2023 hingga 09 September 2023. Sebanyak 15 Universiti Awam yang terlibat di dalam majlis kali ini yang terdiri daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Perlis (UniMaP), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tun Husien Onn Malaysia (UTHM), Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, UiTM Arau, UiTM Dungun dan UiTM Merbok. Kor SUKSIS UPSI telah menghantar seramai 33 orang pelatih lelaki dan 32 orang pelatih wanita yang berjaya menamatkan latihan dan pengajian Kor SUKSIS selama tiga (3) tahun. Sepanjang di UniSZA, semua pelatih menjalani latihan perbarisan lintas hormat di padang kawad bermula pagi hingga ke petang dan pada sebelah malam pula pelatih menjalani latihan terima sijil di dalam dewan utama. Latihan berterusan dilakukan sehingga sebelum tarikh rasmi majlis iaitu pada 9 September 2023. Anugerah Latihan Luar Terbaik diberikan kepada KS 78450 Muhammad Wieldan Bin Kamsiran (D20201092974). Manakala Anugerah Akademik Terbaik menjadi milik KS 78475 Nurul Aida binti Abdul Jalil (D20201095001). Pelatih terbaik bagi SUKSIS UPSI bagi Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan dinobatkan kepada KS 78456 Yudy Putera Anak Murie (D20201094558). 12 Oleh: Mohd Zakaria bin Samsuri JULAI - DISEMBER 2023 “KOKURIKULUM MEMPERKASA GENERASI MILLENNIAL”
AURORA “Penganjuran Kursus Kayak Bintang Satu ini dapat memberikan pendedahan kepada para pelajar terhadap aktiviti berkayak dan ilmu tambahan kepada para pelajar yang majoriti bakal menjadi guru kelak.” - Prof. Madya Dr. Mazuki Mohd Yasim PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH TINGKAT KEMAHIRAN KAYAK DI UPSI PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH TINGKAT KEMAHIRAN KAYAK DI UPSI Adventure Leadership and Outdoor Recreation Academy (AURORA), Pusat Kokurikulum, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) buat julung kalinya menganjurkan Kursus Kemahiran Berkayak Anugerah Bintang Satu pada 9 hingga 11 Jun 2023 bertempat di Titiwangsa Boat House dan UPSI Adventure Park (UAP). Kursus ini disertai oleh 30 peserta yang terdiri daripada siswa guru teras Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri dalam kalangan peserta dalam mengendalikan aktiviti air serta menguji stamina dan pengetahuan mengenai aktiviti berkayak. Kursus ini juga adalah pendedahan awal kepada para pelajar untuk merancang aktiviti berkayak bagi memenuhi keperluan amali bagi subjek pendidikan luar. Menurut Pengarah Pusat Kokurikulum, Prof. Madya Dr. Mazuki Mohd Yasim, penganjuran Kursus Kayak Bintang Satu ini dapat memberikan pendedahan kepada para pelajar terhadap aktiviti berkayak dan ilmu tambahan kepada para pelajar yang majoritinya bakal menjadi guru kelak. Oleh: Ali Zainal Abidin bin Lokman Sementara itu, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Dr. Yahya Osman menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak AURORA UPSI kerana sudi menganjurkan kursus ini untuk pelajar yang sangat bermanfaat untuk dipraktikkan. Beliau turut menyatakan sokongan penuh terhadap mana-mana kursus yang dianjurkan agar para pelajar mendapat kemahiran secara khusus supaya dapat dipraktikkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran apabila keluar menjadi seorang pendidik suatu hari nanti. i 13 JULAI - DISEMBER 2023 “KOKURIKULUM MEMPERKASA GENERASI MILLENNIAL”
AURORA Webinar pada kali ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan umum kepada warga UPSI serta masyarakat awam mengenai tragedi kepala air yang berlaku di negara kita yang telah meragut puluhan nyawa tanpa mengira usia. Antara perkongsian menarik yang diulas oleh para panelis adalah mengenai proses kepala air dan perbezaan di antara aliran puing dan kepala air. Selain itu, para penonton juga dapat mengetahui kriteria-kriteria yang diperlukan dalam pemilihan lokasi yang sesuai serta pengurusan risiko yang perlu dititiberatkan ketika melakukan aktiviti rekreasi di tempat awam. Panel turut mengulas dengan lebih lanjut mengenai langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pengusaha sektor ekopelancongan dan orang awam dalam usaha untuk mengurangkan insiden kepala air yang sering terjadi di kawasan rekreasi. Webinar yang telah berlangsung selama 90 minit ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan jumlah tontonan sebanyak 543, video telah dikongsi sebanyak 8 kali dan disukai seramai 77 pelayar menerusi platform Facebook AURORA yang terdiri daripada warga UPSI, pelbagai agensi awam dan swasta serta penggiat rekreasi. 7 Ogos 2023: Adventure Leadership and Outdoor Recreation Academy (AURORA) menganjurkan Webinar AURORA Talk Series 20.0 bertajuk “Insiden Kepala Air: Beringatlah Sebelum Terlambat”. Webinar perkongsian ilmu ini menampilkan dua orang panel undangan yang mempunyai kepakaran dan berpengalaman luas dalam bidang masing-masing berkaitan hidraulik dan kualiti air. Panel pertama ialah Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Mat Desa. Beliau merupakan Pengarah Pusat Kajian Lembangan Sungai di Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam Penyelidikan Pemodelan Hidraulik Pantai dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Manakala panel kedua ialah Dr. Mohd Yusoff bin Ishak. Beliau merupakan seorang Pensyarah Kanan di Jabatan Alam Sekitar, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam Pengurusan Tasik dari University of Adelaide, South Australia. Kesimpulannya, insiden kepala air boleh dielakkan atau diminimumkan jika semua pihak termasuk komuniti setempat cakna mengenai struktur sungai serta risiko yang ada ketika melakukan aktiviti rekreasi. Pelbagai langkah mitigasi bencana kepala air dapat mengurangkan impak terhadap harta benda dan alam sekitar, namun pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap fenomena kepala air di tempattempat rekreasi yang berisiko tinggi haruslah dipertingkatkan agar insiden kepala air ini dapat dibendung daripada berulang, khususnya di lokasi yang sama. WEBINAR AURORA TALK SERIES 20.0 INSIDEN KEPALA AIR: BERINGATLAH SEBELUM TERLAMBAT WEBINAR AURORA TALK SERIES 20.0 INSIDEN KEPALA AIR: BERINGATLAH SEBELUM TERLAMBAT Oleh: Dr. Sharifah Nur Munirah binti Syed Hasan 14 JULAI - DISEMBER 2023 “KOKURIKULUM MEMPERKASA GENERASI MILLENNIAL”
Ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa ini tidak perlu takut sebaliknya perlu terus memberikan sokongan padu supaya mereka mampu menjalani kehidupan seperti individu normal yang lain. Selain itu, Perkhemahan Kokurikulum Tahunan PPKI ini juga menekankan aspek perkhemahan, keagamaan, kesenian dan cabaran eksplorasi. Pelbagai aktiviti dirangka sepanjang perkhemahan berlangsung seperti abseiling, flying fox, high elements, kayak dan jungle trekking. Pengarah Pusat Kokurikulum UPSI, Prof. Madya Dr. Mazuki Mohd Yasim berterima kasih kepada pihak SMK Putrajaya Presint 9 (2) kerana sudi menggunakan khidmat dan fasiliti yang terdapat di UAP bagi menjayakan Perkhemahan Kokurikulum Tahunan PPKI tersebut. UPSI sentiasa mengalu-alukan kehadiran pelajar aliran perdana mahupun PPKI untuk menjalankan aktiviti perkhemahan dan aktiviti lasak di UAP. Bagi pelajar PPKI, modul khas akan diguna pakai bagi menarik minat mereka dalam merasai kenikmatan untuk melakukan aktiviti perkhemahan dan sukan lasak. Kekurangan yang ada pada diri pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) tidak menghalang mereka menjalani aktiviti perkhemahan perdana di UPSI Adventure Park (UAP). Perkhemahan yang dijalankan bermula 15 Ogos sehingga 17 Ogos 2023 ini melibatkan seramai 29 pelajar lelaki dan perempuan serta 16 orang guru pembimbing. Menurut Puan Rogayah Talib (Pengetua), Perkhemahan Kokurikulum Tahunan PPKI yang dijalankan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar PPKI berkaitan aktiviti perkhemahan dan aktiviti sukan lasak. Beliau berpuas hati apabila semua pelajar PPKI dapat melaksanakan aktiviti yang dirancang dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian. Sepanjang aktiviti dijalankan, para pelajar mampu melaksanakan tugasan dengan baik setelah diberikan pendedahan dan kepercayaan kepada mereka. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan mereka mempunyai jati diri yang kuat untuk menghadapi cabaran. Perkembangan positif ini membuktikan bahawa pelajar PPKI mampu melangkah lebih jauh sekiranya diberikan ruang dan peluang oleh golongan ibu bapa. PELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI JALANI AKTIVITI SUKAN LASAK Oleh: Ali Zainal Abidin bin Lokman AURORA i 15 JULAI - DISEMBER 2023 “KOKURIKULUM MEMPERKASA GENERASI MILLENNIAL”
PUSAT LATIHAN PERTAHANAN AWAM WILAYAH UTARA (PULAPAU) BALING BINA KEMAHIRAN MENYELAMAT DI ARUS DERAS PUSAT LATIHAN PERTAHANAN AWAM WILAYAH UTARA (PULAPAU) BALING BINA KEMAHIRAN MENYELAMAT DI ARUS DERAS Adventure Leadership and Outdoor Recreation Academy (AURORA) di bawah kelolaan Pusat Kokurikulum dengan kerjasama Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara (PULAPAU) Baling, Kedah menganjurkan Kursus Kemahiran Menyelamat di Arus Deras (Swiftwater Rescue) di Sungai Klah, Sungkai, Perak pada 28 hingga 30 Ogos 2023. Kursus yang disertai seramai 12 peserta bertujuan memberi pendedahan berkaitan keselamatan dan terminologi menyelamat di arus deras. Menurut Pengarah Pusat Kokurikulum, Prof. Madya Dr. Mazuki Mohd Yasim, penganjuran kursus ini memberi penambahan ilmu kepada pegawai PULAPAU memandangkan mereka adalah antara pasukan barisan hadapan yang sering terlibat dalam operasi tugas mencari dan menyelamat (SAR) ketika berdepan dengan bencana alam seperti banjir. Oleh: Ali Zainal Abidin bin Lokman Pelbagai ilmu dipelajari oleh para peserta berkaitan dengan aktiviti menyelamat di arus deras yang merangkumi aspek seperti mengenalpasti ciri-ciri dan bahaya air, kefahaman tentang hidrologi air mengalir, pakaian, kelengkapan dan alatan menyelamat serta kemahiran khusus di arus deras. Menurut Timbalan Komandan PULAPAU Baling, Mohd Zalimi Abdul Aziz, kursus ini secara tidak langsung dapat memantapkan ilmu serta memperkasa teknik sedia ada apabila operasi menyelamat dilakukan di arus deras. Semoga segala ilmu dan teknik menyelamat yang dipelajari dapat diimplementasikan sebaiknya serta memberikan manfaat yang besar dari aspek keselamatan kepada penyelamat dan mangsa ketika berdepan dengan situasi banjir yang sering berlaku di Malaysia. AURORA 16 JULAI - DISEMBER 2023 “KOKURIKULUM MEMPERKASA GENERASI MILLENNIAL”
UPSI BANTU BRUNEI REALISASIKAN BADAN KEBANGSAAN KEMAHIRAN KEGIATAN LUAR UPSI BANTU BRUNEI REALISASIKAN BADAN KEBANGSAAN KEMAHIRAN KEGIATAN LUAR 7 September 2023: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Pusat Kokurikulum telah menerima lawatan penandaarasan dari Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei. Darussalam. Lawatan yang diketuai oleh Pemangku Tugas-Tugas Khas Tingkat 1, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei Darussalam (Ketua OBBD), Hajah Sofinaz Abd Majid dan disertai oleh dua jurulatih dari OBBD iaitu Jurkarnain Hussin dan Zunnur Amni Damit bertujuan untuk melihat fasiliti dan kemudahan yang terdapat di UPSI Adventure Park (UAP). Menurut Hajah Sofinaz, lawatan penandaarasan ke UPSI ini bagi merealisasikan pelaksanaan penubuhan Badan Kebangsaan Kemahiran Kegiatan Luar di Negeri Brunei Darussalam.m AURORA Oleh: Ali Zainal Abidin bin Lokman i 17 JULAI - DISEMBER 2023 “KOKURIKULUM MEMPERKASA GENERASI MILLENNIAL” “AURORA aktif menganjurkan pelbagai kursus seperti Kursus Kemahiran Berkayak dan Kursus Swiftwater Rescue serta Webinar AURORA Talk Series sebagai medium menambah pengetahuan dan kemahiran kepada orang ramai mengenai isu-isu semasa berkaitan pendidikan luar dan rekreasi luar.” Prof. Dato’ Dr Md Amin Md Taff, Naib Canselor UPSI
Beliau juga berpendapat bahawa UAP memiliki fasiliti dan kemudahan yang lengkap untuk menjalankan aktiviti tali tinggi dan sedikit sebanyak boleh diaplikasikan bagi penubuhan Badan Kebangsaan Kemahiran Kegiatan Luar kelak. Naib Canselor UPSI, Prof. Dato’ Dr. Md Amin Md Taff pula berkata, Adventure Leadership and Outdoor Recreation Academy (AURORA) yang ditubuhkan di bawah Pusat Kokurikulum UPSI bertujuan menjadi pusat rujukan berkaitan rekreasi dan keselamatan dalam kegiatan rekreasi dan pendidikan luar. Sejajar dengan matlamat itu, UPSI sentiasa bersedia dan terbuka dalam membantu OBBD bagi Sejajar dengan matlamat itu, UPSI sentiasa bersedia dan terbuka dalam membantu OBBD bagi merealisasikan penubuhan Badan Kebangsaan Kemahiran Kegiatan Luar di Brunei. Tambahan pula, UPSI mempunyai ramai tenaga pakar rekreasi luar yang berpengalaman luas dan bersedia berkongsi kepakaran mereka bersama OBBD. Menurut Pengarah Pusat Kokurikulum, UPSI, Prof. Madya Dr. Mazuki Mohd Yasim, UPSI khususnya AURORA akan membantu sedaya mungkin bagi pembangunan badan akreditasi dan pensijilan akademik kepada jurulatih OBBD dan penggiat Pendidikan Luar di Brunei Darussalam. AURORA 18 JULAI - DISEMBER 2023 “KOKURIKULUM MEMPERKASA GENERASI MILLENNIAL”
Selain itu, program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan peserta dari pelbagai negara, bangsa dan budaya, di samping memberikan pendedahan kepada para peserta untuk mempelajari dan menghayati pelbagai budaya dan adat yang terdapat di Malaysia. Program ini secara tidak langsung dapat memperkenalkan kemudahan dan aktiviti yang terdapat di UPSI dan tempat-tempat menarik di sekitar Muallim sebagai salah satu destinasi ekopelancongan di Perak. Antara aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang lima hari adalah seperti lawatan ke perkampungan Orang Asal di Pos Tenau, Ulu Slim, sesi ice breaker dan aktiviti bersama UPSI Global Buddies, aktiviti kraf dan kesenian tradisional, campfire dan BBQ, whitewater rafting, nature survival skills, waterfall trekking di Lata Perangin, berkayak, persembahan kebudayaan dan aktiviti tali tinggi seperti flying fox, abseiling dan high elements. Diharapkan agar program ini dapat memberikan pengalaman paling manis dalam kalangan peserta dan semoga segala kemahiran yang telah dipelajari dapat dipraktikkan dalam aspek pembelajaran hidup mahupun bidang kerjaya kelak. Adventure Leadership and Outdoor Recreation Academy (AURORA), Pusat Kokurikulum, International and Mobility Centre (IMC) dan Consortium of Asia-Pacific Education Universities (CAPEU) bekerjasama menganjurkan program antarabangsa iaitu CAPEU-AURORA Global Buddies Jamboree pada 22 hingga 26 September 2023 di UPSI Adventure Park (UAP) dan di sekitar Muallim. Program ini disertai seramai 49 peserta dari 11 universiti pelbagai negara seperti Filipina, Thailand, Indonesia dan Malaysia. Penganjuran program antarabangsa pada tahun ini bertindak sebagai medium untuk memupuk sikap kerjasama berharmoni dan membantu para peserta mengetahui kemampuan diri semasa melakukan aktiviti-aktiviti yang mencabar. CAPEU-AURORA GLOBAL BUDDIES JAMBOREE 2023 CAPEU-AURORA GLOBAL BUDDIES JAMBOREE 2023 Oleh: Dr. Sharifah Nur Munirah binti Syed Hasan AURORA i 19 JULAI - DISEMBER 2023 “KOKURIKULUM MEMPERKASA GENERASI MILLENNIAL”
JASAMU DIKENANG 20 JULAI - DISEMBER 2023 “KOKURIKULUM MEMPERKASA GENERASI MILLENNIAL”
JASAMU DIKENANG i 21 JULAI - DISEMBER 2023 “KOKURIKULUM MEMPERKASA GENERASI MILLENNIAL”
JASAMU DIKENANG 22 JULAI - DISEMBER 2023 “KOKURIKULUM MEMPERKASA GENERASI MILLENNIAL”
Pusat Kokurikulum, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak [email protected] https://pkq.upsi.edu.my