BIL. 1 JANUARI - APRIL 2021
e-ISSN: 2785-9282
ASPIRASI KOKURIKULUM PEMANGKIN
KELESTARIAN SISWA&SISWI
KHIDMAT KOMUNITI LATIHAN &
&ALAM SEKITAR KEMAHIRAN
PERSONALITI
KO-K
SUKAN &
BUDAYA
AURORA MELKIANTACONG
TALK SERIES
pkq.upsi.edu.my
DINAMIK
PUSAT KOKURIKULUM UPSI
Secangkir Kata DR. MAZUKI BIN MOHD YASIM
KETUA EDITOR
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.
Syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan rahmatNya dapat kita
bertemu dan berbicara di ruangan ini.
Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah
dan kurniaNya, DINAMIK Pusat Kokurikulum edisi pertama tahun 2021
dapat diterbitkan.
Penerbitan DINAMIK ini mensajikan segala aktiviti, infomasi dan berita
mengenai pusat kokurikulum agar dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh
para pembaca. Merenung sejenak, masa bergerak pantas dan kita sudah
melangkah ke tahun 2021. Tahun 2020 telah meninggalkan kita dengan
pelbagai kenangan dan pengalaman pahit manis serta cabaran yang dapat
dijadikan sebagai panduan dan iktibar untuk terus maju menempuhi
lembaran baru 2021.
Sehubungan itu, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada
semua warga Pusat Kokurikulum dan Tenaga Pengajar bagi Kursus
Kokurikulum Berkredit yang menjadi tulang belakang kepada
kelangsungan program dan aktiviti selama ini. Saya berharap agar
komitmen dan dedikasi anda semua akan berterusan pada tahun ini demi
meningkatkan produktiviti dan prestasi Pusat Kokurikulum ke tahap yang
maksimum dan membanggakan.
Akhir kata, saya berharap agar segala inisiatif dan perancangan yang telah
dirangka akan mendapat kerjasama yang baik dan sekaligus membantu
untuk meningkatkan imej serta reputasi Universiti.
Sekian, terima kasih
i
JAN-APRIL 2021 EDISI 1
DINAMIK
PUSAT KOKURIKULUM UPSI
Secangkir Kata
EN HAJI YUSOP BIN AHMAD Dengan kalam Bismillahirrahmanirrahim
TIMBALAN KETUA EDITOR Assalamualaikum dan salam sejahtera
ii Bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya dapat kita
saksikan sebuah penerbitan buletin yang menjadi kebanggaan warga Pusat
JAN-APRIL 2021 EDISI 1 Kokurikulum, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, iaitu
DINAMIK edisi pertama. Sekalung penghargaan, penghormatan dan
tahniah diberikan kepada penasihat dan Team Sidang Redaksi 2021 atas
berkat usaha dan perkhidmatan yang tidak mengenal erti jemu dan penat
dalam usaha menyiapkan wadah yang cukup bermakna bagi seluruh warga
Pusat Kokurikulum, UPSI. DINAMIK 2021 ini turut menjadi medium bagi
para pelajar dan warga UPSI menyerlahkan dan mengasah bakat mereka
serta kreativiti mereka dalam pelbagai bidang yang sememangnya
terpendam lama. Di DINAMIK ini jugalah tercatatnya segala coretan
berkaitan maklumat, perkongsian ilmu dan idea serta aktiviti pelajar serta
warga UPSI sepanjang tahun.
Penghasilan Buletin DINAMIK 2021 ini bukan sahaja merekodkan hari-
hari di Universiti Pendidikan Sultan Idris bahkan merakamkan
kecemerlangan universiti, pelajar dan tenaga pengajar dalam pelbagai
sudut. Oleh itu, kejayaan demi kejayaan yang telah ditempa oleh para
pelajar dan warga UPSI turut dimuatkan untuk tatapan semua. Majalah ini
turut memaparkan sebarang perubahan yang berlaku di Universiti
Pendidikan Sultan Idris pada tahun yang cukup bermakna ini.
Sebagai Penolong Ketua Editor DINAMIK 2021, saya mewakili Team
Sidang Redaksi 2021 ingin memohon maaf jika terdapat kelemahan dan
kekurangan dalam penghasilan DINAMIK ini dan ampun maaf dipinta,
sesungguhnya segala yang baik datangnya daripada Allah dan yang
sebaliknya datang dari kelemahan diri saya sendiri. Sesungguhnya, kami
telah memerah kudrat agar DINAMIK 2021 akan tetap tersemat dan
menjadi kebanggaan warga Pusat Kokurikulm UPSI. Semoga dengan
penghasilan DINAMIK ini, semua maklumat dan perkongsian ilmu dapat
dikongsi bersama sebagai panduan dan rujukan masyarakat umum.
Sekian, terima kasih.
BULETIN PUSAT KOKURIKULUM UPSI
ISI KANDUNGAN
A BULETIN PUSAT KOKURIKULUM UPSI
U
R SECANGKIR KATA
O
R 05 PENGLIBATAN KOMUNITI & ALAM
A
T SEKITAR
A
L 06 SUKAN & BUDAYA
K
S 20 AURORA
E
R "ADVENTURE LEADERSHIP &
I OUTDOOR RECREATION ACADEMY"
E
S 13 LATIHAN & KEMAHIRAN
5
08 23 MOH MELANCONG
22
PERAHU NAGA
04
PENCAPAIAN
iii
JAN-APRIL 2021 EDISI 1 KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH, 13 15
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN
IDRIS, 35900 TANJONG MALIM, PERAK KENALI AKTIVITI "BASIC SWIFTWATER
[email protected] TALI TINGGI RESCUE"
http://pkq.upsi.edu.my/
JANUARI-APRIL 2021 EDISI 1
DINAMIK
PUSAT KOKURIKULUM UPSI
SIDANG EDITOR
Ketua Editor
Dr. Mazuki Mohd Yasim
Editor
Yusop Ahmad
Editor
Naida Hazni Khalil
Editor
Nurr Zam Seeni Mohamed
Penolong Editor
Khairul Azhar Ali Osman
Penolong Editor
Mohamad Azlan Abu Sohot
Pereka Grafik
Muhammad Zafri Muhammad Anuar
Jurufoto/ Wartawan
Mohamad Zikri Mohd Fuad Lew
Jurufoto/ Wartawan
iv Muhamad Shaiful Muhamad Raslan
JAN-APRIL 2021 EDISI 1
SEJARAH PENUBUHAN
PUSAT KOKURIKULUM UPSI
Oleh: Khairul Azhar Ali Osman
Pada asasnya, Pusat Kokurikulum dikenali sebagai Unit Kokurikulum
yang digerakkkan di bawah Jabatan Sains Sukan yang diketuai oleh
Prof Dr Ahmad Bin Hashim pada awal tahun 1998. Selepas itu, unit ini
diletakkan dibawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar sehingga tahun 2004.
VISI
Menjadi pusat pengembangan sahsiah pelajar
dalam menuju kebitaraan dan kecemerlangan
pendidikan.
Pada tahun 2005 telah dinaik taraf sebagai Pusat Kokurikulum yang MISI
diletakkan di bawah Timbalan Naib Canselor Akademik sehingga tahun
2017 dan selepas itu diletakkan kembali di bawah Jabatan Hal Ehwal Menerajui aktiviti pengajaran dan
Pelajar Dan Alumni sehingga sekarang. pembelajaran kokurikulum bagi
mengembangkan pembangunan insan selaras
1 dengan wawasan universiti dan hasrat negara.
JAN-APRIL 2021 EDISI 1
PIAGAM PELANGGAN
Membantu universiti untuk melahirkan
siswazah yang berketrampilan, seimbang dan
harmonis dalam aspek rohani, intelek, emosi,
sosial, fizikal seiring dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
PERSONALITI
KO-K
Oleh: Khairul Azhar Ali Osman
Prof. Madya Dr. Azali Bin Rahmat berasal dari Tangkak, Johor Darul
Takzim dan dilahirkan pada 15 Mac 1962. Anak kelahiran Negeri Johor
Darul Takzim ini sememangnya bercita-cita untuk menjadi seorang
pensyarah. Beliau merupakan anak bongsu daripada 7 orang adik beradik
iaitu 6 orang lelaki dan seorang perempuan.
Pendidikan awalan bermula di Sekolah Rendah Kebangsaan Lelaki
Bandar Tangkak, Tangkak, Johor (1969 – 1974) dan Sekolah Menengah
Tun Mamat, Tangkak Johor (1975 – 1979)
Di atas kecemerlangan dalam bidang akademik serta minat dalam dunia
Pendidikan, beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Penguruan
Temenggong Ibrahim, Johor (Sijil Perguruan Asas Julai 1984 – Jun 1987.
Setelah tamat pengajian, beliau memulakan kerjaya sebagai seorang
pendidik di Sekolah Kebangsaan Tanjung Surat, Kota Tinggi Johor ( 1
Julai 1987 – 31 Disember 1989). Pada 1 Januari 1990, beliau telah
bertukar sekolah di Sekolah Kebangsaan LKTP Adela, Pangerang, Johor
(1 Januari 1990 – Mac 1994) dan dalam masa yang sama melanjutkan
pengajian bagi mengambil Sijil Perguruan Khas di Maktab Perguruan
Temenggong Ibrahim, Johor (Disember 1992 – November 1993).
Selepas itu, beliau mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang
Terap, Sungai Besar, Selangor ( 1 Disember 1996 – 14 Februari 2002).
Dalam tempoh ini juga, dengan azam serta semangat yang membara bagi
mendalami ilmu pendidikan, beliau menyambung pengajian di peringkat
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) dalam bidang Pendidikan
Olahraga dan Kesihatan (April 1994 – Mei 1996) di Institut Keguruan
Ilmu Pendidikan, Bandong Indonesia dan seterusnya Ijazah Sarjana
Pendidikan di Universiti Malaya dalam bidang Pendididkan Jasmani dan
Kesihatan pada tahun 1998 hingga 2001.
Pada tahun 2002, cita -cita beliau menjadi seorang pensyarah telah
tercapai apabila diterima sebagai seorang pensyarah di Fakulti Sains
Sukan dan Kejurulatihan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Beliau mengorak langkah menyambung pengajian Ijazah Doktor Falsafah
dalam bidang Kesihatan Masyarakat di Universiti Kebangsaan Malaysia
pada tahun 2004 hingga 2009.
2
Di atas pengalaman, beliau pernah dilantik memegang jawatan PROF. MADYA DR AZALI RAHMAT
pentadbiran sebagai Penyelaras Sukan dan Rekreasi , Pusat Kokurikulum
JAN-APRIL 2021 EDISI 1
(Julai 2009 – Januari 2010) dan Pengarah Pusat Kokurikulum (Februari
2010 – Februari 2016). Beliau diberi kenaikan pangkat Profesor Madya
(DS54) dia atas kecemerlangan perkhidmatan beliau di UPSI.
DINAMIK
PUSAT KOKURIKULUM UPSI
3
JAN-APRIL 2021 EDISI 1
DINAMIK
PUSAT KOKURIKULUM UPSI
PENCAPAIAN
4
JAN-APRIL 2021 EDISI 1
PENGLIBATAN KOMUNITI & AKTIVITI/PROGRAM
WE CARE mendorong para pelajar untuk norma biasa selepas tamatnya
WE CURE mengambil cakna akan isu- isu pandemik ini. Manakala,
semasa dari masa ke masa. pertandingan "Immunize Malaysia"
Sepanjang 19 April sehingga 26 Mei merupakan pertandingan yang
2021 yang lalu, Program "We Care Selain itu, program ini telah bertemakan sokongan kepada
We Cure" telah diadakan di bawah diadakan bagi memberi sokongan program imunisasi vaksin Covid-19
anjuran kursus kokurikulum kepada mahasiswa dan mahasiswi yang dijalankan oleh pihak kerajaan.
berkredit, Pengurusan Kokurikulum untuk terus mematuhi prosedur Pertandingan ini dapat
CMP 2011, Kumpulan H. standard operasi (SOP) yang menggalakkan para peserta untuk
ditetapkan oleh Majlis Keselamatan sama sama berkongsi kebaikan dan
Program ini telah memberikan Negara (MKN), di samping manfaat daripada program imunisasi
pendedahan awal kepada para menggalakkan mahasiswa dan di samping menggalakkan seluruh
mahasiswa/i mengenai segala perkara mahasiswi untuk mendaftarkan diri masyarakat untuk mendaftar dalam
dan informasi- informasi penting dalam program imunisasi vaksin program vaksin ini.
yang perlu diketahui oleh setiap yang disediakan oleh pihak kerajaan
mahasiswa/i mengenai kesedaran melalui aplikasi MySejahtera bagi Hebahan mengenai program telah
tentang bahayanya Covid-19. memutuskan rantaian wabak Covid- diadakan melalui laman rasmi
19 ini. Facebook dan Instagram program
Pelbagai pertandingan telah iaitu "We Care We Cure" dan
dijalankan dengan tujuan untuk Sepanjang program ini berlangsung, @wecarewecure. Pendaftaran peserta
memberikan kesedaran kepada beberapa pertandingan telah diadakan telah dijalankan daripada 19 April
mahasiswa/i bahawa pentingnya bersempena program ini. Program 2021 sehingga 16 Mei 2021. Proses
untuk mematuhi segala garis panduan ini telah menganjurkan 2 penghantaran karya di media sosial
pertandingan iaitu "Free Again" dan dan pautan Google program telah
5 "Immunize Malaysia". berlangsung pada 17 Mei sehingga
21 Mei 2021. Seterusnya, proses
yang telah dikeluarkan oleh pihak Pertandingan ini memerlukan peserta penjurian telah diadakan sepanjang
kerajaan sepanjang pandemik ini di 22 Mei sehingga 25 Mei
samping menyarankan pengambilan untuk membuat hantaran hasil karya 2021.Seramai 43 orang peserta telah
vaksin melalui Program Imunisasi menyertai kedua-dua buah
Covid-19 Kebangsaan (PICK) agar kreatif seperti gambar, video, lukisan, pertandingan yang telah dianjurkan
Malaysia dapat mencapai Imuniti oleh program ini.
Kelompok bagi memutuskan montaj dan poster beserta ’caption’
rangkaian wabak ini. Oleh itu, Pada 26 Mei 2021, satu
pendedahan dan pendekatan yang yang menarik seperti puisi, pantun, perbincangan forum telah diadakan
diberikan melalui program ini telah bagi memeriahkan lagi Majlis
sajak dan lain-lain di laman sosial, PenutupanProgram "We Care We
Cure" dengan tajuk “Psikologi
Facebook dan Instagram. Peserta Mahasiswa Ketika Covid’19” di
laman rasmi Facebook "We Care We
akan membuat ’posting’ dengan Cure". Program ini telah dirasmikan
oleh Yang Dihormati, Encik Anizan
menggunakan tanda pagar bin Md Noor, pensyarah kursus
berkredit Pengurusan Kokurikulum
#FreeAgain dan #ImmunizeMalaysia Kumpulan H. Panel jemputan yang
turut hadir di dalam perbincangan
mengikut kategori yang disertai oleh forum itu ialah Yang Dikasihi,
Saudara Faiz Farhan, mantan Yang
para peserta. Pemenang akan dipilih Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar
sidang 2019/2020 yang telah
JAN-APRIL 2021 EDISI 1 berdasarkan hasil karya dan ’caption’ dikemudi oleh seorang moderator
iaitu Saudara Farhan Mohd Noh.
yang menarik.
Pertandingan "Free Again"
merupakan pertandingan yang
bertemakan kebebasan daripada
pandemik Covid-19. Oleh itu, para
peserta boleh berkongsi pengalaman
dan memori yang ingin dijalankan
kembali seperti
SUKAN & BUDAYA
Kemahiran
Renang
Oleh: Farizul Athir Mohd Ramli
6
JAN-APRIL 2021 EDISI 1
JAN-APRIL 2021 EDISI 1 SUKAN & BUDAYA
7
SUKAN & BUDAYA
Perahu Naga
Oleh: Ahmad Aqil Mohamad Jahizi
Perahu Naga -Menurut Sugiri Kustedja, Kadar Nadi Simpanan Maksimum
Antariksa Sudikno dan Purnama Salura KNSM ialah tahap ambang jantung
(2013), masyarakat Cina khususnya (Threshold)
bangsa Tionghua, menganggap naga Formula:KNM-KNR=KNSM
merupakan simbol kepada kebaikan,
kemakmuran dan kebahagiaan. Kadar Nadi Latihan-Tetapan atau tahap
peratusan kemampuan seseorang
Simbolik -Mengikut kepercayaan orang individu.
Formula:(KNM-KNR)x%+KNR
China dahulu kala, Bulan Lunar ke-5 dan
Peralatan Perahu Naga
hari ke-5 merupakan bulan dan hari yang
Perahu - Diperbuat daripada kayu atau
sangat malang, kerana pada waktu "fibreglass".
tersebut semua reptilia yang berbisa mula Pendayung - Berfungsi sebagai
penggerak kepada perahu.
aktif. Inisiatif membina perahu
bermotifkan naga sebagai simbolik
menghalau reptilia berbisa.
8 Kadar Nadi
JAN-APRIL 2021 EDISI 1 Kadar Nadi Rehat - Diambil waktu Jaket Keselamatan - Merupakan bahan
bangun tidur. Kadar nadi individu normal bantuan apungan.
72x per minit.
Gendang - Untuk menyeragamkan tempo
Kadar Nadi Maksimum - KNM adalah kayuhan para pendayung.
tahap maksimum jantung dapat
menanggung beban kerja. Pemukul gendang - Digunakan untuk
Formula: 220 tolak umur seseorang memukul gendang.
individu(220 umur=KNM)
SUKAN & BUDAYA
Kategori Bahan Teknik Mendayung
Bantuan Apungan
Fasa 1 - ‘Catch’ dimana fasa pelaku
Kategori 1 - Khusus untuk kegunaan di memasukkan pendayung kedalam air
laut dalam dan berombak besar. seperti dalam gambar Rajah 1. Pelaku
Mempunyai daya apungan yang tinggi dalam kedudukan ‘A position’
serta mampu bertahan dalam jangka masa
yang lama.
Kategori 2 - Kebiasaannya digunakan Fasa 2 - "Pull', ketika fasa ini, pelaku
untuk melakukan aktiviti-aktiviti di hendaklah menarik pendayung sehingga
pesisir pantai. Meangapungkan seseorang separas dengan pinggul
dalam keadaan 45 darjah. Ketika fasa ini, pelaku hendaklah menarik
pendayung sehingga separas dengan
Kategori 3 - Sering digunakan semasa pinggul
aktiviti berkayak di sungai. Direka bagi
memudahkan pegerakkan.
Kategori 4 - Bahan bantuan apungan
tergolong dalam bahan bantuan
menyelamat yang boleh dilemparkan
kepada mangsa.
Kategori 5 - Bahan apungan kategori ini Fasa 3 - "Exit and Recovery", Ketika fasa
direka khusus untuk digunakan bagi ini, pelaku hendaklah mengeluarkan
menjalankan aktiviti yang tertentu sahaja. pendayung yang berkedudukan separas
Daya apungan bahan apungan kategori 5 dengan pinggul keluar dari dalam air
ini amat rendah namun memudahkan untuk kembali ke kedudukan ‘A position’
pegerakkan. iaitu fasa ‘catch’
Anatomi Perahu
Dan Pendayung
9
JAN-APRIL 2021 EDISI 1
SUKAN & BUDAYA
WEBINAR
OLAHRAGA
CSP2071
O l e h : F a r i z u l A t h i r M o h d R a m l i
Berlari merupakan salah satu dari aktiviti
fizikal yang boleh dilakukan pada waktu lapang
atau senggang. Aktiviti ini dapat memberi
impak yang baik kepada daya tahan
kardiovaskular. Sejak kebelakangan ini, trend
berlari jarak jauh sudah semakin popular dan
kerap dilakukan dalam kalangan masyarakat.
Tahukah anda bahawa berlari mempunyai teknik
khusus yang perlu dilakukan untuk
membolehkan kita berlari pada jarak yang jauh
tanpa rasa penat sekaligus mengelakkan
daripada berlakunya kecederaan.
Sehubungan dengan itu, pada 2 januari 2021
yang lepas pelajar kokurikulum Olahraga
CSP2071 telah menganjurkan satu webinar yang
berkaitan dengan “Adakah Anda Berlari Dengan
Betul? Ketahui Teknik Asas Larian Jarak Jauh’’.
Dua orang panel telah dijemput untuk
membincangkan topik ini.
Panel yang pertama, En Syaiful bin Hamzah. Seramai 226 orang pelajar
Beliau merupakan seorang guru di Sekolah telah menghadiri webinar ini.
Sukan Za’ba dan juga merupakan seorang Setiap peserta yang hadir telah
Jurulatih Kecergasan. Panel kedua pula juga diberikan E- Sijil di hujung
merupakan seorang guru, En Luth bin webinar. Sambutan yang
Hamizan. Beliau bertugas di Sekolah Sukan diterima sangat menggalakkan
Tunku Mahkota Ismail, Johor. Beliau juga dan pelbagai soalan telah
merupakan atlet olahraga negara di Sukan diajukan kepada panel berkaitan
10 Sea dalam acara Steeplechase. Webinar ini dengan topik ini. Webinar ini
telah dipengerusikan oleh seorang moderator berakhir pada jam 12 tengahari.
JAN-APRIL 2021 EDISI 1 yang terdiri daripada pelajar Olahraga
CSP2071 Pusat Kokurikulum.
Webinar ini memfokuskan berkenaan
dengan teknik larian jarak jauh dari sudut
pandang sains sukan dan juga pengalaman
daripada atlet negara itu sendiri. Webinar
ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar
Universiti Pendidikan Sultan Idris
khususnya Pelajar Kokurikulum Olahraga
CSP2071.
SUKAN & BUDAYA
PERSEDIAAN DAN TEKNIK
UNTUK LARIAN JARAK JAUH
PERSEDIAAN SEBELUM MEMULAKAN AKTIVITI LARIAN
JAN-APRIL 2021 EDISI 1PERIKSA TAHAP KESIHATAN
Sebelum melakukan sebarang aktiviti fizikal, pastikan kesihatan anda berada pada
tahap yang baik. Periksa tekanan darah anda, kadar denyutan jantung dan
kesihatan tulang dan otot anda. Bukan semua orang sesuai berjogging.
Contohnya, orang yang obesiti, tidak baik untuk lutut mereka dan jantung kerana
memberi impak yang tinggi. Mereka perlu mula dengan aktiviti ringan dahulu
seperti berjalan. Dapatkan nasihat daripada doktor perubatan sebelum memulakan
aktiviti fizikal.
PILIH KASUT YANG BETUL
Penggunaan kasut yang betul ketika melakukan aktiviti larian jarak jauh adalah
benda yang perlu diberi perhatian. Anda perlu memilih kasut yang direka khas
untuk larian jarak jauh. Pastikan tidak terlalu ketat dan tapak mestilah tebal serta
mempunyai span. Terdapat banyak pilihan kasut untuk anda pilih sesuai dengan
keadaan anda. Salah memilih kasut boleh menyebabkan kaki melecet dan boleh
mendapat beberapa kecederaan yang lain serta dapat menghilangkan rasa minat
anda untuk berlari.
MINUM AIR
Air memainkan peranan yang kritikal dalam pemeliharaan kesihatan dan prestasi
yang optimum atlet seseorang. Salah satu fungsi air yang sangat penting adalah
untuk menyejukkan badan. Semasa anda melakukan aktiviti fizikal, otot yang
bekerja akan menghasilkan tenaga dan ini akan meningkatkan suhu badan.
Peningkatan suhu badan akan menyebabkan badan anda berpeluh dan apabila
peluh ini sejat, badan anda akan berasa sejuk. Sekiranya peluh yang keluar ini
tidak diganti dengan meminum air dengan banyak, imbangan air di dalam badan
akan terganggu dan menyebabkan dehidrasi.
MELAKUKAN PEMANASAN BADAN DAN REGANGAN
Memanaskan badan penting supaya otot dapat bertugas dengan berkesan, sekali
11 gus mengelakkan kecederaan. Sehubungan itu, tubuh memerlukan persediaan rapi
dan tepat untuk melakukan senaman yang memerlukan tenaga dan kekuatan supaya
senaman memberi pulangan positif dan pada masa sama, meminimumkan risiko
kecederaan. Bersenam tanpa memanaskan badan bererti sengaja mendedahkan diri
kepada pelbagai kesakitan dan kecederaan.
TEKNIK LARIAN SUKAN & BUDAYA
JANGAN MEMBONGKOK
Pastikan kepala dan badan tegak manakala pinggul pula ke depan sedikit. Bahu
yang bengkok menyempitkan saluran pernafasan, serta mengurangkan keupayaan
paru-paru untuk memproses aliran oksigen dan karbon dioksida. Kesannya, anda
akan anda cepat penat dan letih.
BERNAFAS MELALUI HIDUNG
Ketika larian jarak jauh, tarik nafas melalui hidung dan lepaskan dengan mulut.
Jangan bernafas dengan laju, nanti anda akan mudah penat. Lebih teruk, takut anda
sesak nafas pula nanti. Jangan juga bernafas melalui mulut.
MENDARAT DI PERTENGAHAN KAKI
Ketika anda hendak mendaratkan kaki anda ke permukaan, letakkan dahulu
bahagian tengah kaki anda, bertujuan mengurangkan impak. Mendarat dengan
tumit dan hujung jari kaki berisiko mendatangkan kecederaan.
MENDARAT DI BAWAH BADAN
Pastikan ketika hendak meletakkan kaki di permukaan, kaki anda betul-betul
berada di bawah badan anda. Caranya mudah sahaja, jangan berlari dengan kaki
anda terjulur ke hadapan. Jika anda mendaratkan kaki di hadapan badan, biasanya
anda akan letakkan tumit dahulu dan berisiko untuk terseliuh.
BENGKOKKAN LUTUT SEDIKIT KETIKA MENDARAT
Lutut yang sedikit bengkok membantu memanjangkan waktu impak, dan
mengurangkan kesan kepada lutut ketika anda berlari.
JANGAN GENGGAM TANGAN
Posisi tangan yang betul seolah-olah anda sedang memegang sebutir telur dalam
telapak tangan. Oleh itu, pastikan ketika berlari, anda tidak memecahkan telur"
dalam genggaman tangan.
HANYUNKAN LENGAN
Biarkan lengan menghayun secara semula jadi dan pastikan juga siku membengkok
90 darjah.
12JAN-APRIL 2021 EDISI 1
MULAKAN LARIAN ANDA DENGAN KADAR YANG SEDERHANA
Ramai yang tewas awal ketika melakukan larian jarak jauh. Ini kerana mereka terlalu
ghairah berlari dengan laju di awalnya. Badan akan terkejut dan menyebabkan anda
penat di pertengahan. Jika tak mampu untuk berlari jauh seperti 5 kilometer, bermulalah
dengan jarak sederhana. Untuk permulaan mungkin anda boleh berlari 1 hingga 3
kilometer. Apabila sudah selesa anda boleh tambah jarak secara berperingkat.
JAN-APRIL 2021 EDISI 1LATIHAN & KEMAHIRAN
KENALI
AKTIVITI TALI TINGGI
Oleh: Mohd Fuad Hussin
Aktiviti tali tinggi adalah salah satu cabang aktiviti
rekreasi yang sangat diminati bagi golongan yang
sukakan cabaran dan adrenalin. Ianya bermaksud
aktiviti bertali dengan peralatan khas atau sesuai yang
dijalankan di kedudukan tinggi seperti di atas pokok,
bangunan, struktur binaan, bukit dan sebagainya. Sudah
semestinya aspek keselamatan amat dititik beratkan bagi
menjalankan aktiviti sebegini.
Tidak dapat dipastikan dengan jelas sejarah asal asul
aktiviti ini. Tetapi boleh dirumuskan ianya satu bentuk
latihan ketenteraan di Eropah seawal zaman Yunani
kuno. Seterusnya berkembang pesat dengan
13 penambahbaikan dari segi peralatan dan dapat dikesan
sejak Perang Dunia Pertama, di mana tentera Perancis
banyak meninggalkan peralatan khas dan tapak di
pergunungan Alps lalu digunapakai oleh rakyat biasa.
Dari situ ianya mula menjadi aktiviti rekreasi dan
negara Perancis terkenal sebagai pelopor aktiviti dan
pengeluar peralatan tali tinggi yang berkualiti tinggi
sekaligus menjadi rujukan seluruh dunia. Banyak
pengamal menyebut Georges Hébert, seorang pegawai
angkatan tentera laut Perancis sebagai pencetus kursus
tali moden pada awal tahun 1900-an.
LATIHAN & KEMAHIRAN
Tujuan asal aktiviti ini adalah untuk kerja-kerja
menyelamat mangsa di tebing tinggi, hanyut dan
sebagainya. Jenis-jenis aktiviti tali tinggi adalah seperti
abseiling, rapelling, wall climbing, flying fox, tree
climbing, canyoning dan sebagainya. Apabila
menjalankan aktiviti tali tinggi sudah pastinya
memerlukan peralatan khas yang sesuai. Di antaranya
adalah tali kernmantle, carabiner, figure of eight, pulley,
abah-abah/harness, dan lain-lain.
Jika sesiapa ingin menjalankan aktiviti ini perlulah
dikendalikan oleh instruktor yang kompeten kerana
ianya aktiviti berisiko tinggi dan teknikal yang
memerlukan kemahiran ikatan yang tinggi serta cara
penggunaan yang betul dan selamat.
Di antara badan-badan di Malaysia yang menganjurkan
kursus bersijil tali tinggi adalah seperti Persekutuan
Mendaki Malaysia, Malaysia Challenge Course
Association (MCCA) dan Persatuan Jurulatih Rekreasi
Malaysia.
Jadi, jika sesiapa yang sukakan aktiviti ekstrem, ingin
membina keyakinan diri, mengatasi sifat takut dan gayat,
inilah aktiviti yang sangat sesuai, selamat dan
menyeronokkan! Selepas melakukannya anda pasti
berasa puas dan berkata, sebenarnya aku hebat!!!
14
JAN-APRIL 2021 EDISI 1
KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAM: LATIHAN & KEMAHIRAN
BASIC SWIFTWATER RESCUE
Oleh: Nurr Zam Seeni Mohamed
AURORA dengan kerjasama Fakulti
Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSKj)
mengadakan "Knowledge Transfer
Program: Basic Swiftwater Rescue" pada
20 dan 21 Mac 2021 kepada Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia serta
Angkatan Pertahanan Awam daerah
Muallim.
Seramai 33 orang menyertai program ini
dan dikendalikan oleh empat instruktor
dari AURORA dan FSSKj iaitu Dr.
Mazuki Mohd Yasim, Dr. Thariq Khan
Azizuddin Khan, Dr. Omar Firdaus Mohd
Said dan Hj. Yusop Ahmad.
Di antara pengisian program adalah
pemeriksaan peralatan individu berenang
di arus deras, kemahiran menyelamat,
pengendalian raft, Teori Morfologi
sungai/arus deras, kemahiran menyelamat
diri dalam situasi kritikal dan berenang
melepasi halangan dan melepaskan diri
dari tali.
15
JAN-APRIL 2021 EDISI 1
LATIHAN & KEMAHIRAN
Cardio
Pulmonary
Resuscitation
Oleh:Mejar Suhaida Bt Mohamad Isa
Sejak kebelakangan ini, telah
banyak kita dengar berita tentang
kes serangan jantung yang berlaku
di rumah bahkan di tempat awam
sekalipun. Sesiapapun mungkin
akan ditimpa kecederaan tidak kira
di mana dan pada bila-bila masa
sahaja. Dengan menggunakan cara terbaik untuk membantu
teknik pertolongan cemas, kita memulihkan sistem peredaran
mungkin dapat menghentikan darah di dalam badan manusia dan
kecedaraan ringan dan memberikan menyalurkan darah beroksigen ke
bantuan pernafasan. Tetapi masih seluruh badan terutama sekali
ramai di antara kita tidak tahu membekalkan oksigen ke otak. 4.Tekan dengan
bagaiman cara membantu mangsa Berikut adalah langkah-langkah menggunakan tapak
semasa kejadian berlaku. yang perlu dilakukan sebelum
Untuk makluman semua, apabila bantuan CPR diberikan. tangan di tulang tengah
jantung manusia telah berhenti, 1.Memeriksa tahap keselamatan di
otak hanya mampu bertahan kawasan tempat kejadian dalam bahagian dada dengan
kiraan 30 kali.
selama 4-6 minit pertama sahaja, keadaan selamat. Kenalpasti 5.Periksa saluran
setelah itu sel-sel otak akan mula
mati. Jika tiada bantuan CPR punca kejadian yang pernafasan mangsa
diberikan selepas 10 minit ini
kemungkinan besar mangsa tidak menyebabkan mangsa tidak dengan cara
dapat diselamatkan. Jadi, amatlah
penting untuk kita semua pelajari sedarkan diri. Analisis dengan mendongakkan dagu
kemahiran pertolongan cemas,
CPR. pantas kawasan sekitar mangsa mangsa seperti gambar
4-6 minit pertama merupakan kemungkinan ada renjatan di bawah untuk
tempoh kritikal dan jika ianya
elektrik, kenderaan yang lalu, memastikan tiada
keadaan pokok jika ada dahan benda asing yang
kering yang mungkin patah dan menghalang saluran
jatuh dan sebagainya yang pernafasan mangsa
mungkin boleh membahayakan
berlaku hanya individu yang ada diri kita dan mangsa.
berhampiran dengan mangsa sahaja 2.Periksa tahap kesedaran mangsa
yang diharapkan dapat memberikan sama ada mangsa sedar atau tidak
bantuan kecemasan. Ilmu dan menggunakan kaedah AVPU.
kemahiran CPR ini amatlah
16 berharga kerana jika ianya berlaku Jika mangsa tidak sedar, minta
seseorang untuk telefon ambulan
kepada keluarga kita di rumah, 999 mohon bantuan dan berikan
JAN-APRIL 2021 EDISI 1 sekurang-kurangnya kita dapat maklumat tempat kejadian.
memberikan bantuan awal sebelum 3.Periksa nadi mangsa selama 10
ambulans tiba.
saat. Jika tiada denyut nadi, cari Lakukan prosedur Look, Listen, Feel. Look (lihat),
hujung tulang tengah (Xiphoid
Apakah itu CPR? Process) di bahagian dada, lihat pergerakan dada mangsa, Listen (dengar),
CPR adalah singkatan daripada letakkan 2 jari pada hujung tulang dengar hembusan nafas yang dikeluarkan oleh
Cardio (Jantung), Pulmonary tersebut dan seterusnya tapak mangsa dan Feel (rasa), rasa hembusan nafas
(Paru-Paru) & Resuscitation tangan di tulang tengah dada mangsa dengan pipi. Masa yang diambil untuk
(Pemulihan). Oleh itu, CPR adalah mangsa (tulang sternum). membuat pemeriksaan adalah 10 saat.
JAN-APRIL 2021 EDISI 1 LATIHAN & KEMAHIRAN
6. Jika mangsa tiada tanda-tanda pernafasan, berikan bantuan pernafasan sebanyak 2 kali hembusan kepada mangsa
seperti gambar yang di bawah. Pastikan dagu mangsa didongakkan supaya udara yang dihembuskan dapat masuk ke
dalam paru-paru mangsa.
7. Ulang langkah tekanan (30 kali ) dan hembusan ( 2 kali ) sehingga mangsa memberikan respon
8. Jika mangsa telah sedar dan memberikan respon kita perlulah membuat baringan pemulihan kepada mangsa, supaya
mangsa berada dalam situasi rehat dan tidak stress.
9. Jika mangsa masih tidak memberikan respon kita hendaklah melakukan proses bantuan sehinggalah bantuan tiba.
17
Kesimpulan
Dalam kes kecemasan, bantuan awal CPR dapat membantu menyelamatkan nyawa dan mengurangkan risiko kematian
mangsa di tempat kejadian. Segala panduan dan maklumat-maklumat CPR yang terdapat di dalam laman web dan
kursus-kursus yang dijalankan, semuanya mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk menyelamatkan mangsa, apa
penting ialah kita perlu ingat prinsip CPR yang BSMM pegang iaitu DRsCABD & baringan pemulihan, Danger(D),
Respon(R), Shout(s), Circulation/compression(C), Airway(A), Breath(B), Defibrillator, AED (D) dan Baringan
Pemulihan setelah mangsa sedar.
AURORA
PENUBUHAN
Adventure Leadership & Outdoor
Recreation Academy (AURORA)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Oleh: Naida Hazni Khalil & Mohamad Zikri Mohd Fuad Lew
Universiti Pendidikan Sultan Idris AURORA ini merupakan satu inisiatif
(UPSI) merupakan satu-satunya Pusat Kokurikulum bagi mengembangkan
Universiti Pendidikan yang terdapat di lagi aktiviti pengkomersialan berkaitan
Malaysia yang mempunyai sejarah yang bidang pendidikan rekreasi bagi menjana
panjang dalam melahirkan bakat-bakat pendapatan universiti melalui penawaran
insan terbilang dalam bidang pendidikan kursus-kursus profesional jangka pendek.
bermula dari tahun 1922. Dalam Selain itu, AURORA juga menawarkan
mengekalkan status Universiti Pendidikan latihan berstruktur dan kursus profesional
terulung di Malaysia, UPSI telah serta menjadi pusat pengkalan data,
menjalankan pelbagai penyelidikan dan menjalankan kajian, penerbitan,
penawaran program-program pengajian perundingan serta menjadi pusat rujukan
yang kompetetif dan relevan dengan bidang rekreasi negara. Secara tidak
situasi semasa. langsung penubuhan akademi ini akan
membantu universiti untuk menjadi
Kini, bidang rekreasi luar iaitu universiti pertama di Malaysia yang
ecotourism dan edutourism merupakan mempunyai akademi pendidikan rekreasi
sebuah bidang yang semakin mendapat sendiri, selaras dengan saranan Naib
perhatian masyarakat Malaysia. Pada Canselor Universiti Nombor 1 Pendidikan
tahun 2018, negara telah menjana dan pusat rujukan tersohor di rantau ini.
pendapatan sebanyak RM84.1 billion
18 hasil daripada aktiviti pelancongan dan
rekreasi. Memandangkan aktiviti ini
JAN-APRIL 2021 EDISI 1 semakin memberangsangkan, pendidikan
formal yang lebih berstruktur perlu
ditawarkan kepada masyarakat luar bagi
menjanjikan pelaksanaan aktiviti
pelancongan yang lebih selamat dan
profesional.
AURORA
SESI PERBINCANGAN
RAKAN STRATEGIK DAN
PELANCARAN LAMAN
WEB AURORA
Oleh: Nurr Zam Seeni Mohamed
AURORA mengadakan sesi PERANCANGAN AURORA 3.Pengumpulan maklumat organisasi
perbincangan secara atas talian TAHUN 2021 persatuan/kelab rekreasi ke dalam
bersama rakan strategik pada 9 laman web AURORA.
Februari 2021. Ia dihadiri oleh 50 1.Lantikan dua (2) orang felo daripada
orang rakan strategik AURORA dari kalangan ahli akademik dan golongan PENCAPAIAN
Kementerian Belia dan Sukan profesional yang berkelayakan.
Malaysia (KBS), universiti awam, 2.Mewujudkan laman web AURORA Geran RM 100,000.00 diperuntukkan
Institusi Pendidikan Guru, agensi- untuk rujukan masyarakat oleh Timbalan Naib Canselor
agensi dan persatuan seperti Persatuan 3.Mendaftar keahlian AURORA Penyelidikan & Inovasi (TNCPI) bagi
Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM), dengan International Camping penyelidikan dan inovasi.
Malaysia Challenge Course Fellowship (ICF).
Association (MCCA) dan lain-lain 4.Membuat penyelidikan berkaitan
lagi. rekreasi luar.
AURORA juga memaparkan laman 5.Penerbitan buku/makalah sebagai
webnya dan dirasmikan oleh En Mohd sumber rujukan masyarakat luar dan
Azhari bin Mohammad, Timbalan rakan industri.
Ketua Pengarah KBS. 6.Mewujudkan penganugerahan
Di antara perbincangan/perkongsian mengikut kategori bersesuaian kepada
AURORA bersama rakan strategik pemain industri.
adalah mengenai visi dan misi, 7.Melaksanakan webinar secara aktif
perancangan bagi tahun 2021, projek- dengan kerjasama PTj UPSI dan pihak
projek yang telah dilaksanakan dan luar.
pencapaiannya. 8.Membina aplikasi khas sebagai
penghubung di antara pemain industri.
MISI 9.Menganjurkan acara perkhemahan
antarabangsa.
Misi AURORA adalah untuk 10. Menyediakan e-book berkaitan
menggiatkan aktiviti penyelidikan, rekreasi luar sebagai rujukan
penerbitan dan perkhidmatan yang masyarakat.
berkualiti, untuk kesejahteraan dan 11. Pemberian kad diskaun kepada
perkembangan modal insan secara ahli rekreasi luar.
19 holistik dalam bidang rekreasi dan 12. Membuat hebahan AURORA
pendidikan luar. secara aktif di media sosial secara
JAN-APRIL 2021 EDISI 1 berkala.
VISI
PROJEK YANG TELAH
Manakala visinya pula untuk menjadi DILAKSANAKAN
sebuah pusat rujukan negara berkaitan
rekreasi dan keselamatan dalam 1.Membuat hebahan secara aktif di
kegiatan rekreasi dan pendidikan luar laman sosial.
bagi melahirkan modal insan yang 2.Mewujudkan laman web AURORA
cemerlang untuk rujukan masyarakat.
AURORA
AURORA
TALK SERIES
Oleh: Nurr Zam Seeni Mohamed
AURORA TALK SERIES 1.0
BUDAYA MENDAKI SELAMAT: PENGALAMAN & PERSPEKTIF MOSARS"
14 Feb - AURORA Talk Series 1.0 diadakan dengan membincangkan topik "Budaya Mendaki Selamat: Pengalaman &
Perspektif MOSARS".
Dua orang moderatornya terdiri daripada Dr. Mazuki Mohd Yasim (AURORA) dan En. Mohd Syafri Daud (PJRM).
Manakala dua panel jemputan pula terdiri daripada En. Muzafar Mohamad (MOSARS) dan Pn. Maisarah Sameaun
(Penulis Buku Sesat di Gunung Tahan 19 Hari).
AURORA TALK SERIES 2.0
PENAJAAN & KERJASAMA AGENSI DALAM PENGANJURAN ACARA SUKAN DAN REKREASI DI MALAYSIA
28 Feb - AURORA Talk Series 2.0 diadakan dengan membincangkan topik "Penajaan & Kerjasama Agensi dalam
Penganjuran Acara Sukan dan Rekreasi di Malaysia".
Dua orang moderatornya terdiri daripada Dr. Mazuki Mohd Yasim (AURORA) dan En. Dollah Said, Persatuan Jurulatih
Rekreasi Malaysia (PJRM). Manakala dua panel jemputan pula terdiri daripada En. Shamsuri Abd Latif, Presiden
Persatuan Sukan Orienteering Malaysia (IOF Event Advisor) dan En. Ahmad Termizi Mahmud, General Manager
Universal Fitness & Leisure (UFL).
20
JAN-APRIL 2021 EDISI 1
AURORA
AURORA TALK SERIES 3.0
CABARAN TALI TINGGI DALAM REKREASI & INDUSTRI DI MALAYSIA
28 Feb - AURORA Talk Series 2.0 diadakan dengan membincangkan topik "Penajaan & Kerjasama Agensi dalam
Penganjuran Acara Sukan dan Rekreasi di Malaysia".
Dua orang moderatornya terdiri daripada Dr. Mazuki Mohd Yasim (AURORA) dan En. Dollah Said, Persatuan Jurulatih
Rekreasi Malaysia (PJRM). Manakala dua panel jemputan pula terdiri daripada En. Shamsuri Abd Latif, Presiden Persatuan
Sukan Orienteering Malaysia (IOF Event Advisor) dan En. Ahmad Termizi Mahmud, General Manager Universal Fitness &
Leisure (UFL).
AURORA TALK SERIES 4.0
FAKTA, KESELAMATAN & PENCEGAHAN
28 Mac - AURORA Talk Series 4.0 diadakan dengan membincangkan topik "Lemas: Fakta, Keselamatan dan Pencegahan".
Moderatornya terdiri daripada Dr. Omar Firdaus Mohd Said (FSSKj) dan En. Mohd Syafri (PJRM). Manakala dua panel
jemputan terdiri daripada PKPJB Md Ali Ismail (Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Tengah,
Kuala Kubu Bharu) dan Dr. Benderi Dasril (FSSKj).
21
JAN-APRIL 2021 EDISI 1
JAN-APRIL 2021 EDISI 1AURORA
AURORA TALK SERIES 5.0
“LEADERSHIP AND FACILITATION IN ADVENTURE PROGRAMMING”
11 April - Adventure Leadership and Outdoor Recreation Academy (AURORA) mengadakan AURORA Talk Series
bertajuk “Leadership and Facilitation in Adventure Programming”. AURORA membawakan seorang pakar rekreasi luar
antarabangsa, Prof. Dr. Simon Priest selaku penulis buku dan penyelidik hebat dalam bidang itu yang menjadi rujukan
industri dan akademia,” katanya dalam kenyataan.
Dr. Simon Priest memaklumkan “Effective Leadership in Adventure Programming” ini adalah berkenaan dengan
kecekapan dalam kepimpinan rekreasi serta menyediakan kerangka kerja yang membantu pemimpin dalam
berkomunikasi dengan pekerja secara berkesan. Selain itu, buku ini juga memberikan asas yang kuat dalam penyelidikan,
falsafah, etika dan sejarah kepimpinan rekreasi. Beberapa bab yang menjelaskan berkaitan kemahiran yang diperlukan
oleh pemimpin yang merangkumi kemahiran teknikal, pengurusan risiko dan keselamatan, persekitaran, arahan organisasi
dan fasilitasi.
Buku edisi ke-3 yang diterbitkan oleh Dr. Simon Priest ini bagus untuk dibaca kerana ia banyak memberi pengetahuan
kepada setiap pembaca untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa dan dapat memimpin organisasi itu menjadi
sebuah persatuan dan industri rekreasi luar yang berkualiti dan terus melonjak naik hingga ke persada dunia.
Pengarah Pusat Kokurikulum UPSI Dr Mazuki Mohd Yasim berkata pelaksanaan AURORA Talk Series 5.0 ini
berhasrat untuk membantu masyarakat di luar sana terutama badan, persatuan dan rakan industri rekreasi luar untuk
22 meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam kepimpinan sesebuah organisasi. Kecemerlangan pembentukan sebuah
organisasi itu bermula dari keberkesanan kepimpinan seorang pemimpin.
Harapan beliau agar AURORA terus bergerak maju ke hadapan dan sentiasa berusaha mencari idea-idea baharu untuk
mempelbagaikan lagi tajuk dalam konteks pendidikan dan rekreasi luar dalam AURORA Talk Series yang seterusnya.
Semoga ianya dapat membantu sedikit sebanyak kepada penggiat rekreasi luar untuk meningkatkan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan etika bagi memperkasakan pendidikan dan industri rekreasi luar malah dapat membantu kemajuan
ekonomi negara.
Moh Melancong
Daerah Muallim…untuk kome ajerrrr
O l e h : K h a i r u l A z h a r A l i O s m a n &
Nik Jazwiri Johannis
Muallim merupakan daerah ke-11 diJAN-APRIL 2021 EDISI 1meneroka sebanyak mungkin.
negeri Perak. Ia telah diisytiharkan oleh Pelbagai kemudahan disediakan di
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin sini seperti tandas awam, lot kereta,
Shah pada 11 Januari 2016 di Dewan Seri kedai makanan dan minuman serta
Tanjong, Majlis Daerah Tanjong Malim. rumah rehat untuk keselesaan
pengunjung.
Muallim sebelum ini adalah sebahagian Lokasinya kira-kira 15 kilometer dari
daripada daerah Batang Padang. Ia bandar Tanjong Malim serta
berkeluasan 93,434.65 hektar (934.3465 pengunjung akan melalui kawasan
km2) dan merangkumi tiga mukim iaitu kampung seperti Kampung Behrang
Slim, Hulu Bernam Timur dan Hulu
Bernam Barat. Kawasan-kawasan yang Ulu, Kampung Sungai
dirangkumi dalam daerah ini termasuk Dara dan Kampung
Tanjong Malim, Trolak, Slim, Proton City Sungai untuk sampai
dan sebahagian Behrang. Populasi daerah ke destinasi ini.
ini sewaktu pengisytiharannya adalah
seramai 69,639. Daerah Muallim terletak
di dalam Parlimen Tanjong Malim dengan
dua Dewan Undangan Negeri iaitu Slim
dan Behrang.
Terdapat beberapa tempat yang menarik
boleh dilawati di Muallim. Jom kita kenali
lima lokasi menarik yang terdapat di sini.
1.KAWASAN REKREASI DAN
PERKELAHAN SUNGAI BIL
Kawasan Rekreasi dan Perkelahan Sungai
Bil terletak di Slim River. Air Terjun
Sungai Bil di sini menjadi tumpuan
pelancong dan masyarakat setempat dan
23 negeri-negeri lain.
Kesejukan air terjun yang mengalir dari
kaki Banjaran Titiwangsa ke kawasan
rekreasi dan kawasan Sungai Bil, ini
menjadikan kawasan itu sentiasa menjadi
tumpuan orang ramai.
Malah, keindahan alam semula jadi yang
masih terpelihara di sekitar kawasan itu
menjanjikan suasana selamat dan sering
menjadi tumpuan kepada pelancong untuk
R
I
S
D
A
E
C
O
P
A
R
K
2.RISDA ECO PARK KEMUDAHAN & FASILITI AKTIVITI DI RISDA ECO PARK
20 unit kabin yang boleh Sesuai untuk perkelahan secara
Lokasi RISDA Eco Park terletak di menempatkan 120 orang, berkumpulan atau melakukan
Daerah Batang Padang, Mukim Slim. dilengkapi dengan kemudahan aktiviti santai bersama keluarga.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Eco asas seperti katil (6 katil/ kabin), Sesuai untuk aktiviti sukaneka
Park yang terletak di Ladang RISDA Ulu penyaman udara, kipas dan tandas (‘telematch’).
Slim mengambil masa sekitar 1 jam 30 (dalam kabin). Sesuai untuk mengadakan kursus-
minit (masa perjalanan) melalui Fasiliti lain seperti pancuran air, kursus secara ‘hands-on’.
Lebuhraya Utara Selatan, susur keluar di Gazebo, tempat rehat/ berkelah, Sesuai untuk menjalankan
Tanjong Malim. Jarak dari Tanjong Malim kawasan berpasir yang sesuai aktiviti-aktiviti lasak seperti
ke RISDA Eco Park adalah kira-kira untuk melakukan ‘outdoor games’ menunggang kenderaan ATV,
30km. Manakala jika dari Ipoh lebih dan ‘Shuttle Tractor’ iaitu ‘Jungle Tracking’ Lata Berembun
kurang 1 jam 45 minit (masa perjalanan) kenderaan yang boleh digunakan dan sekitarnya serta ‘Fyling Fox’
melalui Lebuhraya Utara Selatan, susur di Eco Park dan melawat sekitar yang dikendalikan oleh penyelia
keluar di Slim River. Jarak dari Slim River kawasan Eco Park. yang berpengalaman.
ke RISDA Eco Park adalah kira-kira 23 Kawasan tapak perkhemahan. Sesuai diadakan aktiviti-aktiviti
km. lasak di sepanjang sungai seperti
Ladang RISDA Ulu Slim berkeluasan ‘white water rafting’, ‘mountain
2,234 hektar dan dikelilingi oleh bike’s’, ‘fourwheel drive’, ‘water
24 keindahan alam semula jadi. Kawasan tubing’, ‘paintball’ dan pelbagai
ladang ini dikelilingi oleh hutan simpan lagi.
JAN-APRIL 2021 EDISI 1 berlatar belakang Banjaran Titiwangsa di
mana sungai-sungai yang tidak tercemar
mengalir melalui kawasan ladang.
Kawasan sekitar pula didiami oleh
perkampungan tradisi Melayu dan orang
Asli. Di samping itu, terdapat punca air
panas berhampiran kawasan ladang iaitu
di kawasan Kg. Pasir, Ulu Slim.
3. KOLAM AIR PANAS ULU SLIM
Tahukah anda? Di Tanjong Malim ada
kolam air panas yang mencatatkan
bacaan suhu yang tertinggi di
semenanjung dan ketiga di Asia? Ia
terletak di Kampung Ulu Slim. Suhu
tertinggi yang dicatatkan di sini ialah 104
darjah celcius!
Apa yang lagi seronok, anda boleh cuba
aktiviti merebus telur di kolam ni. Kalau
telur rebus, cuma rendam dalam 5 minit je.
Kalau separuh masak, boleh rebus kurang
daripada masa tu. Lagi seronok makan
terus di situ. Jadi ada baiknya anda bawa
kicap dan serbuk lada hitam atau apa-apa
perasa yang anda suka. Kalau terlupa, ada
kedai runcit berdekatan. Memang heaven!
Oleh sebab ia bukan disebabkan gunung
berapi, maka tak ada bau sulfur yang kuat
kat sini. Para pengkaji berpendapat suhu
bawah tanah boleh mencecah 1200 darjah
celcius pada kedalaman 10 ribu kaki!
4.AIR TERJUN PERANGIN 5. BUKIT CHANGKAT ASA
Lokasi Air Terjun Perangin adalah Lokasi Bukit Changkat Asa adalah
terletak di Hutan Simpan Behrang. Bagi terletak di Changkat Asa, Hulu Selangor.
yang ingin ke lokasi boleh menggunakan Bagi yang ingin ke lokasi boleh
kenderaan pacuan empat roda serta laluan menggunakan laluan trekking melalui
trekking melalui Ujana Muallim. Kampung Lambak, Tanjong Malim. Jarak
perjalanan dari Kampung Lambak adalah
lebih kurang 1.5 kilometer.
Ciri-ciri unik yang ada seperti hutan
Dipterokap dengan formasi pokok Gelam
Merah dan digelar sebagai “Red Forest”.
Pengunjung akan dapat menikmati
Jarak perjalanan dari Ujana Muallim pemandangan Pekan Tanjong Malim dari
adalah lebih kurang 3 kilometer. Ciri-ciri atas kemuncak bukit dan berpeluang
25 unik yang ada Air Terjun Perangin ialah melihat awan karpet jika bernasib baik.
mempunyai formasi air terjun “double Ia mempunyai lantai hutan yang bersih
JAN-APRIL 2021 EDISI 1 drops”, mempunyai 5 tier yang seperti di Korea serta terdapat monumen
berdekatan,ketinggian air terjun lebih sejarah Trig Point di puncak sekitar 296
kurang 10 meter serta mempunyai formasi meter. Aktiviti yang boleh dilakukan
batuan berlumut. adalah seperti berkhemah dan
Di sini, selain boleh bermandi-manda hammocking.
sambil menikmati pemandangan
panorama, terdapat pelbagai aktiviti boleh
dilakukan seperti trekking, mendaki,
waterfall abseiling serta cabaran menaiki
kenderaan pacuan empat roda.
Kemudahan Fasiliti Pusat Sukan UPSI
UPSI dilengkapi dengan fasiliti yang lengkap untuk pelbagai aktivit dan latihan
GIMNASIUM GELANGGANG TASIK MARINA
SKUASY TERTUTUP
GELANGGANG KOLAM RENANG GELANGGANG
SERBAGUNA TERTUTUP PETAQUE
TAMAN REKREASI PENGINAPAN STADIUM MINI
PUSAT SUKAN
GELANGGANG GELANGGANG GELANGGANG
SERBAGUNA TERBUKA SERBAGUNA TERTUTUP BOLA JARING
GELANGGANG GELANGGANG
BOLA KERANJANG BOLA TAMPAR
Pusat Sukan UPSI
TEL: 015-48797965
WEB: http://pusatsukan.upsi.edu.my
DINAMIK
PUSAT KOKURIKULUM UPSI
KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH,
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN
IDRIS, 35900 TANJONG MALIM, PERAK
[email protected]
http://pkq.upsi.edu.my/