SSEEMMBBAANNGG SSAANNTTAAII BBEERRSSAAMMAA FFEELLIICCIIAAMMIIKKAATT PPEENNGGUURRUUSSAANN SSTTRREESS DDAALLAAMMKKAALLAANNGGAANN PPEELLAAJJAARR AATTVV PPRROODDUUKK BBAAHHAARRUU EEDDUU--PPEELLAANNCCOONNGGAANN UUPPSSII ""PPEELLUUAANNGGDDIICCIIPPTTAA,,KKEEJJAAYYAAAANNDDIIBBIINNAA"" DDIINNAAMMIIKK PUSAT KOKURIKULUM UPSI EEDDIISSII 44 JJAANNUUAARRII -- JJUUNN 22002222 ee--IISSSSNN:: 22778855--99228822 WEBINAR PENTERNAKAN LEBAH KELULUT2.0 KKKKNNCC UUSSIIMMBBIINNAA UUKKHHWWAAHH DDII UUPPSSII AADDVVEENNTTUURREE PPAARRKK
DINAMIK i السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته Salam Sejahtera. Segala puji, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdullillah, dengan berkat kerjasama dan kesepaduan seluruh warga Pusat Kokurikulum, Dinamik Edisi ke-4 dapat diterbitkan. Edisi kali ini membawakan pelbagai maklumat aktiviti dan informasi berguna yang akan dikongsikan dengan seluruh warga Universiti Pendidikan Sultan Idris khususnya dan seluruh masyarakat umumnya. Saya mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan jutaan penghargaan kepada semua warga Pusat Kokurikulum dan Tenaga Pengajar bagi Kursus Kokurikulum Berkredit yang menjadi tulang belakang kepada kelangsungan program dan aktiviti selama ini. Saya berharap agar komitmen dan dedikasi anda semua akan berterusan pada tahun ini demi meningkatkan produktiviti dan prestasi Pusat Kokurikulum ke tahap yang maksimum dan membanggakan. Akhir kata, saya berharap agar segala inisiatif dan perancangan yang telah dirangka akan mendapat kerjasama yang baik dan sekaligus membantu untuk meningkatkan imej serta reputasi Universiti. Sekian, Terima Kasih. Dr. Mazuki Mohd Yasim Pengarah, Pusat Kokurikulum SECANGKIR KATA DR. MAZUKI BIN MOHD YASIM KETUA EDITOR PUSAT KOKURIKULUM UPSI SECANGKIR KATA JANUARI-JUN 2022 EDISI 4
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam UPSI 100 Tahun, Secangkir kata pembuka bicara, tanda pengenalan buat semua. Alhamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, Dinamik Edisi ke-4 dapat diterbitkan dengan jayanya. Penerbitan Dinamik ini merupakan suatu komitmen berterusan warga Pusat Kokurikum, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai wadah perkongsian ilmu untuk bacaan santai semua. Penerbitan Dinamik bagi tahun 2022 ini menyajikan pelbagai isu semasa melibatkan Pusat Kokurikulum dan Adventure Leadership and Outdoor Recreation Academy (AURORA). Cakna dengan pembudayaan ilmu yang berterusan, penerbitan Dinamik kali ini memfokuskan kepada latihan dan kemahiran sebagai nilai tambah dalam pembangunan modal insan. Peka dengan gaya hidup sedentari masyarakat serta aspirasi kerajaan dalam memupuk gaya hidup yang sihat serta kesedaran mental, Dinamik turut mengetengahkan kupasan kesihatan di bawah sukan dan budaya. Seiring dengan peralihan ke fasa endemik, khidmat komuniti dan alam sekitar tidak dilupakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Sebagai nadi penggerak edu-pelancongan, pihak AURORA melalui tarikan utama UPSI Adventure Park dan ATV serta pelbagai aktiviti menarik mampu menarik masyarakat ke UPSI khasnya, dan daerah Muallim amnya. Tidak kenal, maka tidak cinta, justeru, Personaliti Ko-K menjulang jasa tenaga pengajar dan pengurusan yang telah atau sedang berkhidmat bersama Pusat Kokurikulum. Keutuhan ukhwah yang terbina merapatkan lagi keluarga kecil ini dalam meneruskan kecemerlangan bersama. Akhir kalam, semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan dijadikan sebagai tradisi perkongsian ilmu berintensifkan pengetahuan, teknologi dan inovasi bagi manfaat bersama. DINAMIK PUSAT KOKURIKULUM UPSI ii DR. ROZNIM BINTI MOHAMAD RASLI TIMBALAN KETUA EDITOR SECANGKIR KATA SECANGKIR KATA JANUARI-JUN 2022 EDISI 4 Dinamik dulu dan juga kini, Ilmu jua yang ingin dikongsi, Cukup dulu sampai di sini, Diizinkan bersua di lain sesi.
LATIHAN & KEMAHIRAN AURORA SECANGKIR KATA KHIDMAT KOMUNITI & ALAM SEKITAR EDU-PELANCONGAN PERSONALITI KO-K SUKAN DAN BUDAYA iii ISI KANDUNGAN KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, 35900 TANJONG MALIM, PERAK pkq.upsi.edu.my [email protected] BULETIN PUSAT KOKURIKULUM UPSI 1 5 JANUARI-JUN 2022 EDISI 4 7 12 17 18 i
iv Ketua Editor Dr. Mazuki Mohd Yasim Timbalan Ketua Editor Dr. Roznim Mohamad Rasli Editor Dr. Nurul Hasyimah Mat Rani Naida Hazni Khalil Nurr Zam Seeni Mohamed Khairul Azhar Ali Osman Mohamad Azlan Abu Sohot Mohamad Zikri Mohd Fuad Lew Nur Janatul Adenin Shaharudin Nurul Amir Shakila Zulkepli Muhd Shafiq Firdaus Abdul Rahim Ainnur Mohamad Farhan Azaman 5MEI-OGOS 2022 EDISI 5 SIDANG EDITOR SIDANG EDITOR SIDANG EDITOR DINAMIK PUSAT KOKURIKULUM UPSI JANUARI-JUN 2022 EDISI 4
Pelaksanaan program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat khasnya dalam kalangan mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tentang peri pentingnya menangani stres dengan bijak. Ini adalah kerana secara realitinya stres yang berlebihan boleh membawa kemudaratan dan impak negatif terhadap diri sendiri, mengakibatkan gangguan emosi, perubahan personaliti dan tingkah laku. Justeru, pengetahuan secara komprehensif dan pengawalan emosi yang berkesan amat penting dalam menangani stres dan mengurangkan risiko penyakit mental, fizikal dan kardiovaskular. Pada 19 Mac 2022 telah berlangsungnya program “Pengurusan Stres Dalam Kalangan Pelajar” bermula jam 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari. Program ini telah dianjurkan oleh para pelajar kursus CPR2011: Pembimbing Rakan Sebaya (Kumpulan A) di bawah bimbingan Puan Nurul Huda binti Ishak selaku tenaga pengajar kursus tersebut. PPEENNGGUURRUUSSAANNSSTTRREESSDDAALLAAMM KKAALLAANNGGAANNPPEELLAAJJAARR 1 Ol e h : NURZATUL I F FAH BINTI HAILI DINAMIK KHIDMAT KOMUNITI & ALAM SEKITAR PUSAT KOKURIKULUM UPSI JANUARI-JUN 2022 EDISI 4 Puan Sharifah Maimunah binti Syed Zaid yang merupakan kaunselor di Sekolah Seni Malaysia Johor telah hadir sebagai panel penceramah jemputan. Sepanjang program berlangsung, satu sesi telah dijalankan iaitu slot perkongsian daripada panel penceramah jemputan yang dikendalikan oleh Nur In Ellfiras binti Johar selaku moderator. Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang baik dengan kehadiran seramai 90 orang peserta menerusi platform Webex dan Facebook Live.
boleh diselesaikan dengan sekelip mata. Sebaliknya, merapatkan jurang sedia ada memerlukan perincian yang lebih mendalam untuk mengkaji di mana silapnya dan apakah punca sebenarnya masalah ini. Ketika dunia berhadapan dengan penularan wabak COVID-19, jurang perbezaan ini semakin meningkat dan ketara. Kehilangan pendapatan dan pekerjaan menjadi hal biasa ditemui sepanjang tempoh dua tahun kita melawan pandemik. Ia kemudian memperlihatkan golongan yang kaya bertambah kaya, manakala orang miskin semakin terhimpit. Menjadikan keadaan ini lebih teruk apabila dunia diuji pula dengan bencana alam dan peperangan yang menjejaskan ekonomi global. Hakikatnya, walaupun negara kita dikenali sebagai antara sebuah negara pengeksport barangan dan sumber makanan, tetapi kebanyakan pendapatan negara tertumpu kepada perolehan syarikat gergasi yang mana pemiliknya adalah pemegang saham tertentu sahaja. Justeru, sebahagian besar daripada kita tidaklah dapat menikmati habuannya. Kebanyakan kita hanyalah bekerja sebagai penjawat awam atau swasta yang bergaji tetap. Jika syarikat memperoleh keuntungan, hanya pemegang saham sahaja akan mendapat peningkatan dari segi pendapatan atau keuntungan. Kita sebagai kakitangan biasa mungkin hanya menerima bonus, tetapi kadar pendapatan masih sama malah tidak pun meningkat. Lalu, timbul pula gesaan daripada orang ramai kepada kerajaan untuk mengarahkan sektor swasta meningkatkan gaji penjawat mereka. Hal ini disebabkan atas kesedaran merekalah yang memonopoli keuntungan Status sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi tentulah dibayangi dengan perolehan isi rumah yang hampir sama rata. Atau setidak-tidaknya jika berlaku jurang pendapatan sekali pun ia tidaklah seperti langit dan bumi. Bagaimanapun di Malaysia hari ini keadaan itu tidak benar-benar berlaku. Terdapat jurang pendapatan yang lebar sekali gus memusnahkan harapan dan kesejahteraan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Justeru, pencapaian Malaysia yang sedang memecut ke arah kemajuan pesat bolehlah diibaratkan sebagai lakaran di atas kertas dan sudah tentu tidak membawa sebarang makna. Namun, adakah betul wujud jurang sebegitu atau sebenarnya ia hanyalah andaian? Jika kita membuat tinjauan rambang, rata-rata responden akan memberi tanggapan hal sedemikian sememangnya berlaku. Pelbagai faktor boleh menyumbang wujudnya keadaan ini. Ia termasuklah kadar kenaikan pendapatan yang lebih perlahan terutama dalam golongan generasi muda dan pekerja berkemahiran rendah. Ini diikuti dengan peluang dan cabaran yang tidak sama dalam pendidikan. Hal itu menyaksikan berlaku jurang pendidikan di antara mereka yang datang daripada golongan susah dan kaya. Selain itu, wujud jaringan keselamatan sosial yang tidak mencukupi terutama untuk golongan miskin dan tidak bernasib baik. Semua faktor ini boleh kita temui dalam perbincangan sama ada di media sosial atau akhbar konvensional malah di lokasi awam. Namun, walaupun ramai menyedari jurang antara pendapatan tinggi dan rendah ini semakin melebar, ia bukanlah sesuatu yang JJUURRAANNGGPPEENNDDAAPPAATTAANNKKIIAANNMMEELLEEBBAARR JEJAS KKEEHHIIDDUUPPAANNMMAASSYYAARRAAKKAATT 2 Ol eh: NUR HAZIRAH BAKAR D KHIDMAT KOMUNITI & ALAM SEKITAR INAMIK PUSAT KOKURIKULUM UPSI JANUARI-JUN 2022 EDISI 4 secara keseluruhannya. Sebenarnya, usaha merapatkan jurang pendapatan ini harus berjalan selari dengan pengurusan kemiskinan dalam gerakan berskala besar dan diserapkan dalam agenda penting dan genting. Dalam hal ini, situasi kemiskinan di beberapa negeri di Malaysia misalnya perlulah dilihat dengan lebih realistik. Amat baik jika usaha yang lebih strategik dibuat dengan memfokuskan kepada gabungan dan kerjasama di antara negeri berkenaan. Konsortium pembangunan masa depan boleh diwujudkan untuk memupuk perkongsian pintar, strategik dan praktikal serta kaedah lain yang boleh dilaksanakan seperti, meneroka potensi satu sama lain perlu dibuat. Ia bagi memudahkan kerjasama untuk menguruskan kemiskinan dengan usaha yang lebih besar. Hal ini bukanlah asing tetapi boleh diselaraskan dengan Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama (KEGA) yang termasuk dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030). Selain itu terdapat juga unsur lain yang difikirkan penting boleh dimasukkan ke dalam dasar pengurusan kemiskinan di Malaysia. Namun paling utama, Malaysia yang lebih makmur hanya dapat dibina bersama dengan meningkatkan kesejahteraan hidup dengan membasmi kemiskinan melalui keazaman politik dan menghapuskan budaya rasuah. Ia juga perlu selari dengan usaha untuk mencapai kesamarataan dari pelbagai sudut tanpa melihat perbezaan kelas, kaum, jantina serta agama.
3 DINAMIK PUSAT KOKURIKULUM UPSI JANUARI-JUN 2022 EDISI 4 KHIDMAT KOMUNITI & ALAM SEKITAR 22 Januari 2022: Webinar Kesedaran HIV dan AIDS telah dianjurkan oleh kursus Guru Bulan Sabit Merah I (CUN2011). Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan mahasiswa/i UPSI serta masyarakat tentang bahayanya HIV dan AIDS. Tenaga Pengaja kursus merupakan Tuan Mohamad Fais bin Jamil yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Muallim. Program webinar ini telah dirasmikan oleh Dr. Mazuki bin Mohd Yasim selaku Pengarah Pusat Kokurikulum UPSI. Panel jemputan ialah Dr. Mohamad Khairul Anam bin Kamarulzaman yang merupakan Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Lipis (Unit HIV, STI dan Hepatitis C). Oleh: NAJIHAH ABDUL HADI Webinar ini bermatlamat untuk memberikan pengetahuan tentang kepentingan ujian saringan HIV dan amalan pencegahan kepada masyarakat. Selain itu, program ini juga berhasrat untuk meningkatkan pemahaman tentang penyakit HIV dan AIDS serta mengurangkan stigma dalam mahasiswa UPSI serta masyarakat. Secara tidak langsung, program ini adalah salah satu inisiatif pencegahan awal tentang bahaya HIV dan AIDS yang membahayakan nyawa. Oleh yang demikian, program wacana ilmu ini dapat melahirkan individu yang cakna dengan bahaya penyakit HIV dan AIDS. Webinar ini telah dilaksanakan melalui aplikasi Google Meet secara dalam talian dan juga menerusi platform Facebook Live. Seramai 422 orang peserta yang terdiri daripada pelajar UPSI dan orang awam hadir melalui Google Meet. Manakala melalui Facebook Pusat Kokurikulum UPSI, program ini telah mendapat sebanyak 648 tontonan dan 122 komen. Rata-rata komen yang diberikan adalah bersifat positif dan penonton juga aktif memberikan soalan kepada panel jemputan sama ada melalui platform Google Meet mahupun Facebook Live.
8 Jun 2022: Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Pasukan Latihan Pegawai Simpanan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (PALAPES UPSI) telah melaksanakan Mesyuarat Agung PALAPES UPSI Tahun 2022 di Wisma Pegawai Kadet, Markas PALAPES UPSI, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Norliza binti Hanap, Pengerusi BAKAT PALAPES UPSI ini telah dihadiri oleh seramai 18 orang ahli BAKAT. Dalam ucapan pembukaan, Pengerusi mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada 9 orang ahli BAKAT yang telah mengikuti suami bersara dan bertukar keluar serta turut mengalukan kehadiran 8 orang ahli BAKAT yang baharu. Pengerusi juga turut menasihatkan ahli BAKAT agar terus memberikan sokongan yang padu dan tidak berbelah bahagi kepada suami masing-masing sama ada dari sudut pengurusan keluarga mahu pun kerjaya. Mesyuarat ini telah membincangkan mengenai pelantikan ahli jawatankuasa (AJK) yang baharu serta perancangan aktiviti bagi tahun 2022 yang telah tergendala selama 2 tahun akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara. Setelah pelaksanaan mesyuarat, Pengerusi turut memberikan sumbangan kebajikan kepada ahli BAKAT dan anak-anak BAKAT yang dimasukkan ke hospital serta menghadiahkan cenderahati kepada ahli BAKAT yang mengikuti suami bertukar keluar. Pengerusi juga turut melakukan lawatan kebajikan ke rumah ahli BAKAT yang baru bersalin bagi meraikan kehadiran ahli baharu. 4 DINAMIK PUSAT KOKURIKULUM UPSI JANUARI-JUN 2022 EDISI 4 KHIDMAT KOMUNITI & ALAM SEKITAR Oleh: PALAPES UPSI
5 6 Januari 2022 - Program Sembang Santai Bersama Felicia Mikat telah berlangsung bermula jam 5.00 hingga 6.30 petang dengan jayanya menggunakan aplikasi Google Meet secara dalam talian. Program ini telah dijalankan oleh pelajar Kursus Olahraga (CSP2071) Kumpulan D di bawah kendalian Pusat Kokurikulum UPSI. Tenaga Pengajar bagi program tersebut adalah Encik Shahrul Akbar bin Zakaria selaku Pensyarah Kursus Olahraga. Panel jemputan adalah saudari Felicia Mikat yang merupakan Atlet Para Kebangsaan dan pelajar sepenuh masa UPSI. Program sembang santai ini bertujuan memberikan pendedahan dan motivasi kepada mahasiswa/i UPSI mengenai pengalaman atlet para kebangsaan dalam menempuhi cabaran dalam bidang sukan olahraga. MEI-OGOS 2022 EDISI SEMBANG SANTAI BERSAMAFELICIA MIKAT SEMBANG SANTAI BERSAMA FELICIA MIKAT DINAMIK PUSAT KOKURIKULUM UPSI JANUARI-JUN 2022 EDISI 4 SUKAN DAN BUDAYA Selain itu, ukhwah dan hubungan sesama mahasiswa/i termasuklah hubungan dengan masyarakat luar dapat dirapatkan. Program ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat motivasi dalam kalangan mahasiswa/i dan juga memberi maklumat tentang sukan olahraga di Malaysia serta proses perjalanan menjadi seorang atlet kebangsaan. Program ini telah berjaya meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi, semangat kerjasama serta kemahiran mengawal emosi dalam hubungan persahabatan dengan pelajar lain. Secara kesimpulannya, program Sembang Santai Bersama Felicia Mikat ini telah mendapat sambutan yang baik dengan jumlah peserta seramai 94 orang yang mendaftar. Oleh: NISYA SHERALYNNIE ANAK YAMPIL
6 DINAMIK PUSAT KOKURIKULUM UPSI JANUARI-JUN 2022 EDISI 4 SUKAN DAN BUDAYA 15 Jun 2022 - Pasukan Latihan Pegawai Simpanan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (PALAPES UPSI) telah melaksanakan Kejohanan Liga Bola Tampar PALAPES UPSI Tahun 2022 di Pusat Aktiviti Pelajar, Kolej Aminuddin Baki, Kampus Sultan Azlan Shah. Tujuan kejohanan ini dilaksanakan adalah bagi memupuk semangat kesukanan dan kerjasama dalam kalangan Kadet di samping memberi peluang kepada Kadet untuk menimba pengalaman dalam menganjurkan kejohanan sukan. Kejohanan yang dianjurkan sepenuhnya oleh Pegawai Kadet yang diketuai oleh PK Mazuan bin Musa ini telah berlangsung pada 12 dan 15 Jun 2022. Sebanyak sembilan pasukan telah menyertai kejohanan ini yang terdiri daripada tujuh pasukan dari peringkat Senior, satu pasukan dari peringkat Junior dan satu pasukan Jurulatih. Ketua Jurulatih PALAPES UPSI, Mejar Mohd Shafinur Ikhsan bin Sulaiman hadir bagi menyaksikan perlawanan akhir dan merasmikan Majlis Penutup Kejohanan. Pasukan 5 yang terdiri daripada PK Shanazrin bin Shukri, PK Asrul Afendi bin Adnan, PK Muhammad Anas bin Manan, PK Muhammad Hariz bin Hasmadi, PKW Anis Nadira binti Norashid Mohamad, PKW Siti Natasha binti Ibrshim, PKW Nursamismawati binti Sampang, PKW Nur Rabiatul Adawiah binti Mustafa dan PKW Siti Nur Izzah binti Mohamad Hanafi telah dinobatkan sebagai Johan Kejohanan Liga Bola Tampar PALAPES UPSI Tahun 2022. Oleh: PALAPES UPSI
7 WEBINAR PENTERNAKAN LEBAH KELULUT2.0 WEBINAR PENTERNAKAN LEBAH KELULUT2.0 D PUS I AT N KOK A URIK M ULUM I U K PSI JANUARI-JUN 2022 EDISI 4 LATIHAN & KEMAHIRAN Webinar ini dilaksanakan secara dalam talian melalui platform Google Meet dan laman Facebook Pusat Kokurikulum UPSI dan dirasmikan oleh Dr. Roznim Mohamad Rasli, Penyelaras Persatuan, Seni dan Kebudayaan. Webinar ini diterajui oleh panel-panel penceramah hebat yang terdiri daripada Profesor Shamsul Bahari Abd Razak, Encik Mohd Izzuddin Mohamad dan Dr. Mohd Fadhil Harfiez Abdul Muttalib. Antara topik yang dibincangkan ialah potensi penternakan lebah kelulut di Malaysia, peluang-peluang industri lebah kelulut dan penggunaan Adobe Illustrator dalam menghasilkan pelekat lebah kelulut. Oleh : NUR HADIRAH BINTI HASSAN BASARI Dewasa kini terlalu banyak perkara yang dapat mendatangkan peluang untuk menjana pendapatan sendiri baik untuk remaja mahupun orang dewasa. Justeru melalui kerjasama di antara Pusat Kokurikulum dan pelajar kursus Penternakan Lebah Kelulut Kumpulan A dan B telah berlangsungnya Webinar Penternakan Lebah Kelulut 2.0 pada 28 Mei 2022. Webinar ini terbuka kepada seluruh mahasiswa/i Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta orang awam, hasil bimbingan tenaga pengajar kursus iaitu Dr. Mohd Syariefudin bin Abdullah.
8 DINAMIK PUSAT KOKURIKULUM UPSI JANUARI-JUN 2022 EDISI 4 LATIHAN & KEMAHIRAN Objektif utama webinar ini adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang keusahawanan dalam bidang penternakan lebah kelulut, memahami potensi lebah kelulut untuk diusahakan dari pakar kelulut UMT serta memahami perkembangan lebah kelulut dari awal penemuannya sehingga kini. Program ini berlangsung selama satu hari, bermula pada pukul 8:30 pagi sehingga 5:00 petang meliputi beberapa sesi seperti sesi perasmian, sesi panel pertama, sesi panel kedua serta sesi panel yang ketiga dan sesi soal jawab. Bilangan penonton seramai 441 orang menerusi kedua-dua platform menunjukkan tahap kesedaran dan minat orang ramai terhadap penternakan lebah kelulut. Malah antara maklum balas yang diterima pada hari tersebut adalah program seperti ini dapat membuka minda mereka terhadap kelebihan penternakan madu kelulut serta terdapat beberapa penonton yang inginkan webinar lanjutan pada masa akan datang. Hal ini secara tidak langsung telah membuktikan bahawa program ini merupakan program yang dapat menarik perhatian para penonton sama ada para pelajar dan orang awam untuk menyertai bidang penternakan lebah kelulut.
9 DINAMIK PUSAT KOKURIKULUM UPSI JANUARI-JUN 2022 EDISI 4 LATIHAN & KEMAHIRAN Kemahiran ikatan tali merupakan suatu kemahiran yang bukan sahaja diperlukan oleh para penggemar aktiviti perkhemahan, malah turut diperlukan oleh setiap individu disebabkan oleh manfaatnya yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Pada 15 Januari 2022 yang lalu, satu program yang bertajuk "Webinar Kemahiran Ikatan Tali" telah diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet. Program tersebut dianjurkan oleh pelajar-pelajar kursus Kembara Alam (CSR2021) Kumpulan C dan telah berlangsung selama dua jam bermula dari pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 10.00 pagi. Tujuan utama program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi mengenai ilmu berkaitan ikatan tali yang sering digunakan semasa melakukan aktiviti perkhemahan. WEBINAR KEMAHIRAN IKATAN TALI Melalui webinar ini, para pelajar dapat mempelajari beberapa jenis ikatan tali yang sering digunakan seperti ikatan reef knot, figure of eight, sheet band, dan sebagainya. Malah, pelajar juga dapat mempelajari jenisjenis tali yang berbeza yang digunakan untuk membuat ikatan. Selain itu, melalui webinar ini juga para pelajar dapat mengetahui kegunaan ikatan tali tersebut di luar aktiviti perkhemahan iaitu dalam situasi kehidupan seharian. Oleh : MAHFUZAH MOHD FAUZI
10 DINAMIK PUSAT KOKURIKULUM UPSI JANUARI-JUN 2022 EDISI 4 LATIHAN & KEMAHIRAN Pada 12 hingga 19 Januari 2022, Pertandingan Imbang Bola (Juggling) anjuran para pelajarpelajar kursus Futsal (CSG2051) Kumpulan B telah berlangsung dan terbuka kepada pelajar UPSI dan orang awam. Objektif program ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa/i tentang asas kepengadilan dalam sukan permainan Futsal. Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mahasiswa/i dalam mengimbangi bola. Pertandingan ini dijalankan di kediaman peserta masing-masing. Peserta perlu merekod video imbang bola di kediaman masing-masing, seterusnya menghantar video rakaman masing-masing di tapak penghantaran yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Semua peserta yang terlibat memberikan kerjasama yang amat baik dengan menghantar video rakaman imbang bola masing-masing mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Setelah sesi penghantaran selesai dilakukan oleh semua peserta, pihak penganjur seterusnya menjalankan sesi penilaian terhadap video peserta yang telah dihantar. Setelah sesi penilaian selesai dijalankan, Majlis Perasmian dan Penutupan telah diadakan pada 22 Januari 2022 pada jam 10.00 pagi. Majlis ini telah dirasmikan oleh tenaga pengajar kursus CSG2051: Futsal iaitu Encik Omar bin Md. Salleh. PERTANDINGAN IMBANG BOLA (JUGGLING) Oleh : DENNIS WONG KHEN FUI
11 DINAMIK PUSAT KOKURIKULUM UPSI JANUARI-JUN 2022 EDISI 4 LATIHAN & KEMAHIRAN Seramai 83 peserta telah terlibat yang terdiri daripada peserta UPSI dan peserta luar. Pemenang tempat pertama bagi program ini ialah Mohammad Naqiuddin bin Shamshudin (peserta luar), menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100.00. Pemenang tempat kedua, Mustafa bin Kamil (pelajar UPSI), menerima hadiah wang tunai berjumlah RM70.00. Pemenang tempat ketiga, Muhammad Arif bin Ahmad Nazri (peserta luar), menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50.00. Dalam intipati ucapan perasmian, perasmi berharap agar pertandingan yang dianjurkan ini mampu memberi manfaat dan meningkatkan lagi kemahiran pelajar dalam mengimbangi bola dan juga mahir dalam kemahirankemahiran yang lain di dalam sukan Futsal ini. Secara keseluruhannya, peserta memberi komen yang positif dan berpuas hati dengan pihak penganjur kerana program yang dijalankan berjalan lancar. Tambahan pula, sebarang pertanyaan yang diajukan oleh para peserta dilayan dengan baik dan pantas oleh pihak penganjur. Selain itu, para peserta turut memberikan pendapat kepada penganjur untuk meneruskan pertandingan sebegini pada masa akan datang.
12 AURORA DINAMIK PUSAT KOKURIKULUM UPSI JANUARI-JUN 2022 EDISI 4 KKNC USIM BINA UKHWAH DI UPSI ADVENTURE PARK (UAP) Ol eh: ALI ZAINAL ABIDIN LOKMAN Kolej Kediaman Nilam Court, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah melaksanakan program berkonsepkan pengukuhan ukhwah pada 3 hingga 5 Mac 2022 yang lalu bertempat di UPSI Adventure Park (UAP), Tanjung Malim, Perak. Program yang disertai oleh seramai 15 orang kakitangan pengurusan kolej dan jawatankuasa kolej kediaman siswa/i (JAKSA) ini bertujuan untuk memperkasakan pembinaan ukhwah melalui penerapan nilai-nilai kerjasama, kepimpinan dan keprihatinan. Program ini telah dikendalikan oleh Adventure Leadership and Outdoor Recreation Academy (AURORA) UPSI melibatkan aktiviti cabaran tali tinggi yang merangkumi zipline, abseiling, wall climbing dan high element. Selain itu, aktiviti berkayak dan keyakinan di air turut dijalankan bagi memupuk semangat yakin diri dalam kalangan pengetua, kakitangan kolej dan jawatankuasa mahasiswa kolej yang terlibat. Pengarah Pusat Kokurikulum UPSI, Dr. Mazuki Mohd Yasim berkata, beliau berasa sangat gembira kerana KKNC merupakan wakil pertama dari kalangan Universiti Awam (UA) yang datang mengadakan aktiviti di UPSI bagi tahun 2022. Pengetua Kolej Kediaman Nilam Court, Dr. Syaza Azhari menjelaskan bahawa aktiviti di UAP amat mencabar dan seronok disulami keindahan alam semulajadi berlatar belakangkan Banjaran Titiwangsa yang menghijau. Menurut beliau, program bersama pengurusan Kolej Kediaman Nilam Court ini dijalankan selepas Covid- 19 melanda dunia yang menyebabkan banyak aktiviti terpaksa dibatalkan. Secara tidak langsung, program ini juga adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua kakitangan yang telah membanting tulang semasa negara dilanda pandemik Covid-19. Program ini telah berjaya mencapai objektif penganjurannya di mana mereka lebih mengenali kakitangan dan ahli JAKSA dengan lebih mendalam. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr. Norkhalid Salimin menzahirkan penghargaan kepada pengurusan Kolej Kediaman Nilam Court yang sudi bertandang ke UPSI. Beliau turut menambah, kepakaran kakitangan UPSI dalam merangka dan menjalankam perundingan berbentuk pengukuhan pasukan sentiasa terbuka kepada semua sama ada sektor awam mahupun swasta. Menurut Naib Canselor UPSI, Prof Dato' Dr. Md Amin Md Taff, UPSI mensasarkan AURORA UPSI menjadi pusat kecemerlangan dan rujukan negara pada masa akan datang dalam bidang rekreasi luar dan pendidikan luar. Dr Mazuki (Pengarah Pusat Kokurikulum UPSI) bergambar bersama pengurusan dari Kolej Kediaman Nilam Court, USIM selepas majlis penutup program perkukuh ukhwah di UAP Pengurusan dari Kolej Kediaman Nilam Court, USIM berjaya menjalankan aktiviti berkayak di Tasek UAP.
AAUURROORRAAUUPPSSIIKKEENNDDAALLIIBBEENNGGKKEELL PPEENNGGUUKKUUHHAANNBBKKPPAAJJPPTT 13 D AURORA INAMIK PUSAT KOKURIKULUM UPSI Ol eh: Al i Za ina l Abidin Lokman Bengkel yang dihadiri oleh seramai 41 kakitangan ini telah berlangsung selama tiga hari bermula dari 28 hingga 30 Januari 2022 yang memfokuskan kepada pembinaan hubungan dalam kalangan kakitangan BKPA. Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian BKPA, Puan Chaya Kader menyifatkan pemilihan AURORA UPSI adalah bertitik tolak daripada kualiti perkhidmatan yang baik dan efektif terhadap pemupukan nilai dan semangat peserta. AURORA UPSI menjadi pilihan sektor kerajaan berdasarkan kepelbagaian aktiviti lasak dan mencabar secara komersial kepada kesemua lapisan masyarakat melalui UPSI Adventure Park. Kekangan untuk bersemuka sepanjang pandemik COVID-19 telah mewujudkan jurang perhubungan dan komunikasi yang sangat ketara. Perhubungan menjadi sangat terhad dan komunikasi menjadi kurang berkesan dalam kalangan warga sesebuah organisasi. Bengkel pengukuhan menjadi medium terbaik untuk menghapuskan kekangan tersebut bagi memulihkan semangat untuk bekerja secara berpasukan. Justeru, Adventure Leadership and Outdoor Recreation Academy (AURORA) di bawah Pusat Kokurikulum, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT). JANUARI-JUN 2022 EDISI 4 Naib Canselor UPSI, Prof. Dato’ Dr. Md Amin Md Taff berkata, pemilihan AURORA UPSI sebagai perunding kepada KPT adalah suatu penghormatan dan kepercayaan pihak kementerian kepada UPSI. Beliau turut berkata selaku universiti yang menerajui bidang pendidikan, UPSI senantiasa peka dengan praktis terkini dan akan memberikan perkhidmatan yang terbaik setanding antarabangsa. Menurut Pengarah Pusat Kokurikulum, Dr. Mazuki Mohd Yasim, program yang menerapkan elemen keseronokan dan risiko seperti aktiviti whitewater rafting dan tali tinggi menjadikan peserta lebih menghargai nilai kerjasama dan peranan yang dimainkan oleh setiap ahlinya.
AURORA UPSI DI PROGRAM OUTREACH RAMAH MESRA BAGAN DATUK 14 Pada 3 hingga 4 Januari 2021 telah berlangsungnya Program Outreach Ramah Mesra di Dewan Dato’ Lope’ Hashim, Bagan Datuk, Perak, anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Program yang berlangsung selama dua hari ini bertujuan untuk memberikan pendedahkan kepada pelajar lepasan SPM untuk menyambung pengajian sama ada di peringkat asasi, diploma, ijazah, kemahiran dan lainlain. Justeru, Adventure Leadership and Outdoor Recreation Academy (AURORA) di bawah Pusat Kokurikulum, UPSI turut mengambil bahagian di dalam program tersebut. Penyertaan AURORA di program outreach ini adalah untuk memperkenalkan pakej program dan aktiviti yang terdapat di UPSI Adventure Park (UAP). AURORA Ol eh: ALI ZAINAL ABIDIN BIN LOKMAN DINAMIK PUSAT KOKURIKULUM UPSI JANUARI-JUN 2022 EDISI 4 Di antara pakej-pakej yang telah diperkenalkan meliputi program berkaitan asas tali, pengurusan risiko, swiftwater rescue dan kursus pengukuhan pasukan (team-building). Selain itu, pakej aktiviti lasak yang terdapat di UAP seperti high element, abseiling, wall climbing, zipline, obstacle, ATV, campfire, kayaking dan white-water rafting turut diketengahkan. Menurut Pengarah Pusat Kokurikulum, Dr. Mazuki Mohd Yasim, program outreach ini merupakan platform terbaik untuk menarik minat masyarakat di Bagan Datuk untuk menggunakan perkhidmatan daripada pihak AURORA.
TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah memperkenalkan aktiviti lasak, All Terrain Vehicle atau ATV sebagai salah satu produk edu-pelancongan di universiti ini. Sebanyak 10 buah ATV telah dibeli dan diperkenalkan di UPSI semasa Majlis Amanat Naib Canselor UPSI kelmarin. Naib Canselor UPSI, Dato’ Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, aktiviti ATV di UPSI akan dipasarkan sebagai produk pelancongan pendidikan kepada semua pengunjung yang berminat. “UPSI yakin kaedah pendidikan melalui aktiviti lasak ini akan menarik minat orang ramai untuk mempelajari sejarah, sains, geografi dan kepelbagaian bidang lain berbanding kaedah konservatif,” katanya dalam kenyataan hari ini. 15 AURORA DINAMIK JANUARI-JUN 2022 EDISI 4 ATV PRODUK BAHARU EDU - PELANCONGAN UPSI “Aktiviti ATV memberikan peluang kepada peserta untuk menikmati keindahan alam semula jadi yang menghijau dan trek laluan lasak mencabar yang akan menjadi tarikan utama kepada pelancong yang datang ke Daerah Muallim dan UPSI khususnya,” katanya. Pengarah Pusat Kokurikulum, Dr. Mazuki Mohd. Yasim pula memberitahu, AURORA di bawah pengendalian Pusat Kokukikulum mampu memasarkan edu-pelancongan di dalam masyarakat. Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Norkhalid Salimin berkata, aktiviti ATV yang diuruskan oleh Adventure Leadership and Outdoor Recreation Academy (AURORA) ini akan menjadi pemangkin kepada semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar melalui konsep ‘Earn and Learn’. “Melalui konsep ini, pelajar UPSI akan dilantik sebagai fasilitator dan menguruskan pelancong yang datang sambil belajar dan menjana pendapatan” katanya. Ol eh: Al i Za ina l Abidin Lokman Pengunjung mencuba ATV di Kampus Sultan Azlan Shah UPSI di Tanjung Malim Pengunjung bersiap sedia sebelum melakukan aktiviti ATV. Terdapat 10 buah ATV sahaja yang boleh digunakan oleh pengunjung semasa melakukan aktiviti lasak ATV ini. Salah satu kawasan yang perlu ditempuh oleh pengunjung semasa melakukan aktiviti lasak ATV yang mencabar dan menyeronokkan.
16 AURORA Ol eh: ALI ZAINAL ABIDIN BIN LOKMAN DINAMIK PUSAT KOKURIKULUM UPSI JANUARI-JUN 2022 EDISI 4 BBEENNGGKKEELLPPEENNGGUUKKUUHHAANN PPAASSUUKKAANNHHCCTTMMDDIIAAUURROORRAAUUPPSSII Pandemik COVID-19 yang telah melanda dunia sejak dari tahun 2019 hingga kini menyebabkan banyak aktiviti mahupun kursus tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka. Rentetan dari itu, jurang perhubungan dan komunikasi menjadi semakin ketara dalam kalangan warga sesebuah organisasi. Bengkel pengukuhan pasukan merupakan salah satu platform terbaik untuk menghapuskan jurang tersebut bagi memulihkan semangat untuk bekerja secara berpasukan. Justeru, Adventure Leadership and Outdoor Recreation Academy (AURORA) di bawah kendalian Pusat Kokurikulum, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan Pasukan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di Scholar Suites dan UPSI Adventure Park (UAP). Bengkel yang dihadiri oleh seramai 46 orang kakitangan dari pelbagai bahagian di HCTM ini berlangsung selama tiga hari bermula pada 11 sehingga 13 Februari 2022. Berfokuskan kepada pembinaan dan pengukuhan hubungan dalam kalangan kakitangan HCTM, latihan dalam kumpulan serta aktiviti luar merupakan komponen utama dalam menjayakan bengkel ini. Pelaksanaan aktiviti luar seperti abseiling, zipline, high element, memanjat tembok tiruan dan kayak mampu memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan peserta. Elemen komunikasi, tolong menolong dan semangat kerjasama ditunjukkan oleh setiap kakitangan sepanjang bengkel berlangsung. Urusetia dari Unit Latihan HCTM, Encik Zairulazman menzahirkan keterujaan dan kesyukuran kepada pihak AURORA UPSI yang telah mengendalikan bengkel dengan jayanya. Menurut beliau, perbezaan ketara telah ditunjukkan oleh setiap kakitangan bermula dari hari pertama sehingga hari terakhir bengkel. Menurut Pengarah Pusat Kokurikulum, Dr Mazuki Mohd Yasim, kombinasi latihan dalam kumpulan serta aktiviti luar merupakan medium terbaik untuk mengukuhkan lagi pasukan untuk sesebuah organisasi. Ini adalah selari dengan hasil yang diperoleh di mana unsur komunikasi dan sikap berkerjasama telah berjaya diterapkan kepada setiap kakitangan yang datang dari pelbagai bahagian di HCTM.
17 PERSONALITI KO-K DINAMIK PUSAT KOKURIKULUM UPSI JANUARI-JUN 2022 EDISI 4 PPEERRSSOONNAALLIITTII KO-K Tn. Arshad bin Mawan atau akrab disapa Pak Chad berasal dari Sungai Besar, Selangor dan lahir pada 1 Disember 1963. Anak kelahiran Negeri Selangor Darul Ehsan ini merupakan anak ke 9 daripada 14 orang adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Bahagia, Parit 9, Sungai Besar dan menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar, Selangor. Di atas minatnya yang mendalam terhadap Badan Beruniform, beliau telah memulakan kerjayanya di dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 1982 dan kini beliau merupakan seorang anggota polis berpangkat Sarjan Mejar (SM) di dalam organisasinya. Beliau seorang yang sangat komited dalam membantu melahirkan mahasiswa/i sebagai pelapis pemimpin yang mempunyai tahap pengetahuan kepolisan dan ketrampilan diri yang menepati keperluan masyarakat. Dengan semangat jitunya, pada 1 Februari 2019, beliau telah dilantik sebagai Jurulatih bagi pasukan Kor Suksis UPSI dan telah ditempatkan di Pejabat Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris sehingga kini.
18 EDU-TOURISM DINAMIK PUSAT KOKURIKULUM UPSI JANUARI-JUN 2022 EDISI 4 Ol eh: KHAIRUL AZHAR ALI OSMAN UPSI Adventure Park (UAP) yang dahulunya merupakan kawasan bagi pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang menjurus kepada aktiviti asas perkhemahan kini telah ditambahbaik dengan fasilitifasiliti baharu seperti flying fox, high element, abseiling, wall climbing serta obsctacles (rempuh berhalangan). UAP merupakan salah satu kemudahan aktiviti luar di bawah seliaan Unit AURORA, Pusat Kokurikulum UPSI yang telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 2018. Pelbagai kemudahan aktiviti telah disediakan bagi kegunaan warga UPSI dan agensi luar dalam melaksanakan aktiviti luar mahupun team building. Bagi merancakkan lagi aktiviti dalam menarik minat agensi luar, salah satu kemudahan yang ditawarkan ialah aktiviti berkayak. Sehingga kini, Unit AURORA Pusat Kokurikulum UPSI mempunyai sebanyak 20 unit kayak dan telah menambah bilangan kayak melalui perolehan yang telah diluluskan sebanyak 10 unit. Jumlah keseluruhannya berjumlah sebanyak 30 unit dan ditempatkan di Rumah Bot Banjaran Titiwangsa di Tasek UAP. Pusat Kokurikulum juga telah menaiktaraf prasarana tasik yang sedia ada dengan membina Jeti (Pontoon) bagi menyediakan ruang aktiviti yang lebih kondusif dan selamat. Selain itu, Unit AURORA telah mengambil satu lagi inisiatif iaitu memperkenalkan produk baharubagi memberi kelainan aktiviti kepada para peserta dengan membuat perolehan 10 unit All-Terrain Vehicle (ATV) serta menyediakan satu laluan trek untuk menjalankan aktiviti ATV ini sebagai salah satu tarikan edu-pelancongan serta menjana pendapatan universiti. ATV merupakan sejenis motor bertayar empat adalah sangat tepat untuk aktiviti – aktiviti lasak. Ianya direka untuk menangani pelbagai cabaran yang berbeza daripada kenderaan-kenderaan lain. Dengan berbekalkan persekitaran ekstrem, laluan berliku dan keindahan alam semulajadi flora dan fauna berlatar belakangkan Banjaran Titiwangsa, semuanya cukup untuk menarik perhatian mereka yang baru pertama kali mencuba aktiviti ATV ini.
U P S I A D V E N T U R E P A R K A D V E N T U R E P A R K Bil. Jenis Aktiviti 1 Abseiling 2 Fyling Fox 3 Obsctales 4 Wall Climbing 5 High Elements 6 Kayak Kayak Double = 27 unit Kayak Single = 3 unit Bot = 2 buah Enjin Bot = 2 unit Paddle = 30 unit Life Jaket = 30 unit 7 ATV (All Terrain Vehicle) ATV = 10 unit 8 Jungle Trekking 19 EDU-TOURISM DINAMIK PUSAT KOKURIKULUM UPSI JANUARI-JUN 2022 EDISI 4 "PELUANG DICIPTA, KEJAYAAN DIBINA"
U P S I A D V E N T U R E P A R K A D V E N T U R E P A R K 20 EDU-TOURISM DINAMIK PUSAT KOKURIKULUM UPSI JANUARI-JUN 2022 EDISI 4 AABBSSEEIILLIINNGG FFLLYYIINNGG FOX OBSTACLES 1 2 3
U P S I A D V E N T U R E P A R K A D V E N T U R E P A R K 21 EDU-TOURISM DINAMIK PUSAT KOKURIKULUM UPSI JANUARI-JUN 2022 EDISI 4 WALLCCLLIIMMBBIINNGG HIGH EELLEEMMEENNTTSS KAYAK 4 5 6
U P S I A D V E N T U R E P A R K A D V E N T U R E P A R K 22 EDU-TOURISM DINAMIK PUSAT KOKURIKULUM UPSI JANUARI-JUN 2022 EDISI 4 AALLLL TTEERRRRAAIINN VVEEHHIICCLLEE ((AATTVV)) JJUUNNGGLLEE TTRREEKKKKIINNGG 7 8
KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, 35900 TANJONG MALIM, PERAK http://pkq.upsi.edu.my [email protected] DINAMIK PUSAT KOKURIKULUM UPSI