The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muazyusli299, 2021-11-28 10:09:19

Peranan dan strategi kerajaan dalam memperkasakan integrasi nasional melalui Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN)

E FOLIO Penghayatan etika dan peradaban (2)

MPU 21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK TUGASAN

:Peranan dan strategi kerajaan dalam
memperkasakan integrasi nasional melalui
Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN)

NAMA PENSYARAH:
DR.CHAN SUET FONG

NAMA AHLI KUMPULAN (SESI DIS 2021/2022)

NAMA NO.MATRIK
15DAD19F1064
MUHAMMAD MUAZ NAFIS
BIN YUSLI 15DAD19F1001

AHMAD ZULFADZLI BIN
JOHARI

MUHAMMAD MUAZ
NAFIS BIN YUSLI
15DAD19F1064

AHMAD ZULFADZLI BIN
JOHARI
15DAD19F1001

ISI KANDUNGAN

No Isi kandungan Muka surat

1 Penghargaan 3
4–6
2 Pengenalan 7 – 20

3 Strategi dan peranan yang dilakukan 9 - 10
kerajaan 11 – 13

• Strategi keseimbangan ekonomi 14
• Strategi sistem pendidikan pendidikan 15 – 16
• Strategi kepercayaan agama
• Strategi penggunaan bahasa kebangsaan 17 – 18
• Strategi memperkasakan sekolah 19 - 20

kebangsaan 21
• Strategi kebudayaan
4 Apa itu mppn 22

5 Terma rujukan mppn 23
24 – 25
6 Fungsi mppn
26
7 Carta organisasi mppn
27
8 Kesimpulan

9 Rujukan

Penghargaan

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah swt
kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan tugasan kerja E-folio ini dengan penuh sukses.
Pada kesempatan ini saya ingin menghadiahkan ribuan terima
kasih kepadaPensyarah kami iaitu Dr Chan Suet Fong,selaku
pensyarah subjek penghayatan etika dan peradaban kerana
telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami
untuk menyempurnakan tugasan penting ini.
Ucapan penghargaan juga ingin kami berikan kepada para
rakan kerana telah banyak menghulurkan bantuan mahupun
kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan
tugasan ini dengan baik sekali.
Selain itu, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang
telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah
kalian hulurkan teramat saya hargai. Biar jasa jadi kenangan.
Sekian, terima kasih

PENGENALAN

Apakah maksud kerajaan?
Kerajaan adalah sebuah organisasi yang mempunyai
kuasa pentadbiran satu unit politik. Dalam erti kata lain,
kerajaan merupakan badan yang dalam sebuah organisasi
yang mempunyai kuasa untuk membuat dan tidak
mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-
undang dan peraturan-peraturan dan undang-
undang.Malaysia menggunakan sistem pemerintahan
demokrasi moden.

Malaysia negara berdemokrasi

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dengan kuasa
menggubal undang-undang dan struktur kerajaan
ditentukan oleh rakyat .Dalam sistem demokrasi ,
undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau
wakil yang dipilih oleh rakyat.Sebuah negara atau
kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi
dipanggil negara atau kerajaan yang demokratik.

Ciri-ciri demokrasi

1. Perlembagaan 6. Kebebasan akhbar
2. Pembahagian kuasa 7. Kebebasan persatuan
3. Pilihan raya 8. Aturan undang-undang
4. Hak mengundi 9. Tanggungjawab sivik
5. Kebebasan bersuara

Apakah maksud perpaduan?

Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau
bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja
dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk
mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas.

Dalam kata lain perpaduan adalah proses
menyatupadukan seluruh masyarakat untuk
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
perasaan cinta dan banggakan negara. Malaysia
merupakan salah satu negara berbilang kaum yang
dapat hidup dengan harmoni. Antara kaum utama di
Malaysia Melayu, Cina, India Kadazandusun dan
Iban. Perpaduan tidak akan tercapai jika ada
segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api
dan menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan

kaum di Malaysia.

Strategi
dan

peranan
yang

dilakukan
kerajaan

Strategi
keseimbangan

ekonomi

Strategi Strategi sistem
kebudayaan pendidikan

Memperkasaka Strategi
n Bahasa kepercayaan

kebangsaan agama

Strategi
penggunaan

Bahasa
kebangsaan

Strategi keseimbangan ekonomi

• Faktor yang boleh menimbulkan ketegangan hubungan
antara etnik selalunya dikaitkan dengan sentimen
etnosentrisme, prejudis serta tanggapan dan kedudukan
sosioekonomi antara etnik yang tidak seimbang.

• Masalah ini dirumitkan lagi apabila kumpulan etnik
dikenali mengikut aktiviti ekonomi mereka. Lantaran itu,
usaha kerajaan untuk mencapai perpaduan adalah
dengan mengimbangkan kedudukan sosioekonomi
antara etnik dan antara wilayah serta mengurangkan
pengenalan etnik berdasarkan kegiatan ekonomi.

• Hal ini ditangani menerusi beberapa kaedah seperti
meningkatkan taraf ekonomi antara etnik dan wilayah
tanpa merugikan mana-mana pihak.

• . Penjelasan sewajarnya perlu diberikan kepada semua
pihak supaya sebarang salah tanggapan dapat
diperbetulkan dan perasaan tidak puas hati dapat
dibendung.

• Usaha kerajaan untuk mengurangkan dan membasmi
kemiskinan tanpa mengira etnik dan perbezaan wilayah
perlu mendapat sokongan daripada sektor swasta
supaya pengenalan etnik berdasarkan aktiviti ekonomi
dapat dikurangkan.

Strategi sistem pendidikan


• Sistem pendidikan merupakan salah satu daripada

alat terpenting dan berkesan bagi membina jati diri
nasional, memupuk semangat kebangsaan, cinta
kepada negara dan berperanan mengeratkan
perpaduan.

• Peranan sistem pendidikan meliputi aspek
menyediakan persekitaran serta kemudahan yang
kondusif bagi keperluan sosialisasi dalam kalangan
sebilangan besar rakyat.

• Semangat perpaduan boleh diterapkan kepada
pelajar bermula dalam lingkungan usia muda di
samping menanam sikap dan nilai yang dapat
melahirkan kesedaran nasional, semangat cinta
dan bangga kepada negara dan perpaduan antara
kaum.

• Pendidikan dan aktiviti kokurikulum juga
menerapkan sikap dan nilai-nilai yang mendukung
pencapaian perpaduan negara. Sikap dan nilai-
nilai ini termasuk juga sikap kesejahteraan,
bertolak ansur dan saling menghormati antara
kaum dan agama, taat setia dan cinta kepada
negara.

• Selain itu, pendidikan sepanjang hayat, iaitu
program pendidikan yang dijalankan oleh pelbagai
agensi dan pihak di luar sistem pendidikan formal,
juga memainkan peranan penting dalam usaha
memupuk perpaduan negara dan integrasi
nasional.

• Terdapat pelbagai bentuk pendidikan tidak formal
yang disertai oleh pelbagai kaum seperti kursus
jangka pendek anjuran badan kerajaan dan NGO.

• Penyertaan pelbagai kaum dalam program
berkenaan secara tidak langsung akan
menggalakkan interaksi antara satu sama lain
seterusnya dapat menjalin ikatan perpaduan.

• Pelbagai langkah telah diambil untuk
menggalakkan wujudnya satu sistem
persekolahan dari peringkat prasekolah hingga ke
peringkat Institusi Pengajian Tinggi dengan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
perantara dan menyeragamkan kurikulum,
kokurikulum, peperiksaan serta pensijilan yang
mempunyai pengiktirafan yang sama.

Strategi kepercayaan agama

• Perlembagaan dan Rukun Negara menjamin
bahawa rakyat Malaysia bebas menganut
dan mengamalkan agama dan kepercayaan
masing- masing bertujuan untuk memelihara
suasana harmoni antara rakyat berbilang
kaum.

• Walaupun agama Islam sebagai agama
persekutuan namun agama-agama lain
dilindungi oleh perlembagaan.

• Pengembangan sesuatu agama dalam
kalangan penganut agama lain tertakluk
kepada peruntukan dalam perlembagaan
dan undang-undang. Justeru, sebarang
aktiviti keagamaan perlu dilakukan dengan
berhati-hati supaya tidak menyentuh
sensitiviti penganut agama lain.

Strategi penggunaan bahasa
kebangsaan

• Penggunaan satu bahasa yang sama merupakan
salah satu alat yang paling berkesan untuk
memupuk perpaduan.

• Penggunaan satu bahasa juga membolehkan
pelbagai kaum dan keturunan berkomunikasi antara
satu sama lain dengan selesa.

• Mereka menggunakan satu bahasa rujukan yang
sama untuk menginterpretasikan alam dan realiti
dan mewujudkan satu ciri persamaan antara mereka
sebagai unsur utama pembentukan kebudayaan
kebangsaan.

• Dalam hal ini, bahasa Melayu amat sesuai
digunakan sebagai bahasa penyatu selain
diangkat sebagai bahasa rasmi negara seperti
yang termaktub dalam Perlembagaan
Malaysia.

• Berdasarkan fakta sejarah kemampuan
bahasa Melayu juga telah terbukti iaitu menjadi
lingua-franca terutama dalam zaman
pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
Bahasa Melayu juga pernah digunakan dalam
hubungan diplomatik antara kerajaan Melayu
Melaka dengan negara luar.

Strategi memperkasakan sekolah
kebangsaan

• Sistem pendidikan negara pelbagai aliran
menyebabkan tidak ada acuan khusus yang
boleh digunakan untuk membentuk masyarakat
yang bersatu padu.

• Hal ini menyebabkan ibu bapa lebih cenderung
memilih aliran mengikut etnik masing-masing.

• Usaha memupuk perpaduan harus bermula sejak
awal lagi, iaitu sewaktu anak-anak berada di
peringkat prasekolah, sekolah rendah dan
menengah, mengikuti acuan kurikulum yang sama.

• langkah-langkah untuk memperkasakan sekolah
kebangsaan perlu diletakkan di landasan yang
lebih kukuh ke arah menyatupadukan rakyat
berbilang etnik tanpa mengetepikan sekolah
rendah jenis kebangsaan yang telah dipersetujui
oleh semua golongan etnik di bawah kontrak
sosial.

• Setiap ibu bapa diberi kebebasan menghantar
anak mereka ke sekolah kebangsaan termasuk
sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil
tanpa halangan.

• Sekolah kebangsaan merupakan institusi
pendidikan utama bagi anak-anak Malaysia
untuk memenuhi aspirasi dan memiliki jati diri
nasional.

• Sekolah Kebangsaan bukan sahaja
berkemampuan mendidik pelajar pelbagai
etnik, tetapi juga membantu menanam nilai-
nilai perpaduan dalam kalangan warganegara
Malaysia.

Strategi kebudayaan

• Kerajaan juga berusaha mewujudkan kebudayaan
nasional yang menjadi milik bersama rakyat negara
ini tanpa mengira kaum, keturunan dan wilayah
sebagai asas pembentukan bangsa, jati diri nasional
dan perpaduan negara.

• Kebudayaan nasional dibentuk berpandukan tiga
prinsip dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu
Kebudayaan Kebangsaan Malaysia berteraskan
kebudayaan rakyat asal rantau ini; unsur-unsur
kebudayaan lain yang sesuai dan wajar, diterima
menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan; dan Islam
menjadi unsur penting dalam pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan.

• Kerajaan juga menentukan bahawa pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan tidak bermakna
mengabaikan kebudayaan sukuan.

• Kebudayaan sukuan yang tidak menjadi sebahagian
daripada Kebudayaan Kebangsaan seperti ciri-ciri
tertentu dalam kebudayaan Melayu, Iban, Kadazan
Dusun, Cina, India termasuk kebudayaan Barat bebas
diamalkan selagi tidak menjejaskan nilai-nilai
kesopanan dan kesusilaan.

• Bagaimanapun nilai-nilai masyarakat yang bersifat
positif merupakan aspek penting dalam Kebudayaan
Kebangsaan kerana nilai- nilai tersebut adalah nilai-
nilai sejagat dan menjadi kepunyaan bersama
pelbagai kaum dan keturunan di Malaysia.

 APA ITU MAJLIS PENASIHAT PERPADUAN
NEGARA(MPPN)

 Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) telah ditubuhkan di
peringkat kebangsaan bagi menasihati Kerajaan dalam hal-
ehwal perpaduan serta membincangkan isu-isu perpaduan,
usaha-usaha penyatuan nasional (national reconciliation) dari
pelbagai sudut dan mencadangkan kaedah penyelesaian terbaik
kepada Kerajaan untuk menangani isu dan cabaran perpaduan.

 Pelantikan ahli-ahli MPPN dibuat oleh YAB Perdana Menteri
bagi tempoh selama dua (2) tahun dan majlis akan bersidang
setiap dua (2) bulan sekali. MPPN dipengerusikan oleh Menteri
Kanan Kluster Sosial manakala sekretariat bagi majlis ini adalah
Kementerian Perpaduan Negara.

 Keahlian MPPN terdiri dari tokoh-tokoh masyarakat yang
merangkumi pelbagai sektor termasuk dari Badan Bukan
Kerajaan (NGO), pihak swasta dan individu yang
berpengalaman dan berkepakaran dalam bidang perpaduan.

TERMA RUJUKAN MAJLIS PENASIHAT PERPADUAN
NEGARA(MPPN)

1)Menjadi forum untuk membincangkan isu dan
masalah yang berkaitan dengan perpaduan
termasuk suasana perpaduan dan hal integrasi

nasional melalui perkongsian maklumat bersama
tokoh-tokoh masyarakat;

2)Menjana pemikiran dan idea ke arah menggubal
Dasar Perpaduan Negara yang komprehensif dan

holistik selaras dengan identiti Malaysia sebagai
sebuah negara majmuk;

3)Mengemukakan syor-syor dan langkah-langkah
yang wajar diambil oleh Kerajaan untuk memupuk
keharmonian dan perpaduan negara yang lebih

mantap;

4)Melaksanakan strategi komunikasi berkesan untuk
menghentikan sebarang penularan isu perkauman

dan pergeseran salah faham agama demi
kepentingan negara serta kesejahteraan rakyat;

5)Meluluskan cadangan dan nasihat tentang bidang-
bidang kajian yang diperlukan ke arah mengukuh dan

meningkatkan perpaduan negara dan integrasi
nasional.

6)Meneliti keperluan menggubal atau membuat
pindaan terhadap mana-mana dasar dan

perundangan kementerian, jabatan dan agensi serta
peraturan-peraturan ke arah menghormati dan

menghargai kepelbagaian, keharmonian masyarakat
dan ketenteraman negara.

FUNGSI MAJLIS PENASIHAT
PERPADUAN
NEGARA(MPPN)

1.Menjadi forum perbincangan berkaitan
dengan perpaduan Bersama-sama tokoh-tokoh
masyarakat
2.Menjana pemikiran dan idea kearah
menggubal Dasar Perpaduan Negara yang
komprehensif
3.Mengemukakan syor-syor yang wajar
diambil oleh kerajaan untuk memupuk
keharmonian dan perpaduan negara

4.Melaksanakan strategi komunikasi berkesan
untuk menghentikan sebarang penularan isu
perkauman dan salah faham agama

5.Meluluskan cadangan dan memberikan
nasihat tentang bidang-bidang kajian yang
diperlukan ke arah mengukuh perpaduan

6.Meneliti keperluan menggubal atau
membuat pindaan terhadap dasar dan
perundangan negara

Carta organisasi
MPPN



KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, banyak langkah-langkah yang
dilakukan kerajaan bagi mengukuhkan perpaduan di
kalangan rakyat Malaysia.Oleh itu, masyarakat juga
perlu memainkan peranan penting dengan memberi
kerjasama untuk mengekalkan integrasi nasional di
Malaysia.Seterusnya, Malaysia juga memiliki keunikan
dengan dengan adanya rakyat berbilang kaum. Selain
itu, langkah-langkah yang dilakukan kerajaan bagi
mengukuhkan perpaduan juga adalah langkah yang
sangat penting kerana dapat melahirkan masyarakat
yang bersatu padu.

Rujukan

1. https://mppn.org/paises_participantes/mal
aysia/

2. https://www.perpaduan.gov.my/index.php
/en/tadbir-urus-perpaduan/majlis-
penasihat-perpaduan-negara-mppn

3. https://www.scribd.com/document/378885
823/Abang-Art-Langkah-langkah-Untuk-
Memupuk-Perpaduan-Dan-Integrasi-
Nasional

4. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020
/06/591073/majlis-penasihat-perpaduan-
negara-ditubuhkan


Click to View FlipBook Version