TEMA 4: BERSATU KITA TEGUH DISEDIAKAN OLEH: IRFAN DANISH BIN MOHD HAFIZ 5 ALAUDDIN RIMUP
i. Langkah-langkah memastikan perpaduan terjamin dalam kalangan masyarakat negara Langkah pertama adalah mengadakan majlis rumah terbuka. Ini kerana rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum menghadirkan diri dan berhubung antara satu sama lain. Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Selanjutnya, sistem pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang mudah untuk merealisasikan perpaduan. Ini dapat dilakukan melalui penubuhan sekolah wawasan. Melalui pelaksanaan ini, ianya juga dapat mempercepatkan proses perpaduan kaum. Sebagai contoh, aktiviti berkumpulan sekolah yang dijalankan secara teratur bersama murid-murid dapat mengeratkan hubungan kaum di peringkat sekolah.
Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak sejak kecil lagi agar anak-anak memahami budaya berbilang kaum. Ini kerana ibu bapa merupakan suri teladan dan menjadi contoh terbaik dalam mendidik anak-anak. Misalnya, ibu bapa boleh mendidik anak supaya menghormati kawan-kawan mereka yang terdiri daripada berbilang kaum. 1. 2. ii. Cara memastikan usaha perpaduan kaum berkesan Kerajaan juga boleh mengadakan pelbagai program lain bagi menarik minat generasi muda terhadap perpaduan kaum. Sebagai contoh, pihak kerajaan boleh menganjurkan pertandingan membuat video atau poster dan memaparkannya melalui media massa dan media sosial.
iii. Kepentingan menjalinkan hubungan dengan negara luar Terdapat negara-negara yang menjalin persahabatan dengan negara yang mempunyai kekuatan ketenteraan supaya negaranya mendapat perlindungan daripada diserang oleh negara lain. Justeru itu, sesebuah negara menjalinkan hubungan dengan negara luar atas dasar menjaga kepentingan sumber semulajadi seperti air dan minyak. Sehubungan itu, kebanyakan negara-negara menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain atas kepentingan menjaga keselamatan rakyat. Selain itu, kemakmuran ekonomi negara dapat dicapai berikutan dengan keadaan ekonomi yang stabil yang mampu mencetuskan kemajuan negara.