The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Final Exam _Modul_ Tunjang Keterampilan Diri_ Prof Dr Nordin Mamat

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by julianatumin, 2023-07-19 08:49:21

Final Exam _Modul_ Tunjang Keterampilan Diri_ Prof Dr Nordin Mamat

Final Exam _Modul_ Tunjang Keterampilan Diri_ Prof Dr Nordin Mamat

MODUL AKTIVITI KANAK-KANAK TADIKA BERPANDUKAN KURIKULUM STANDARD PRA SEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) KETERAMPILAN DIRI


Isi Kandungan BIL PERKARA MUKASURAT 1 Penulis Modul 3 2 Penghargaan 4 3 Pengenalan 5 4 Konsep Modul 6 5 Kepentingan 7 6 Definisi & Teori 8 7 Peranan Ibu Bapa 9 8 Bahan Bantu Mengajar (BBM) Langkah Perlaksanaan Pentaksiran Aktiviti 1 - Papan Emosi 10-14 9 Bahan Bantu Mengajar (BBM) Langkah Pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti 2 - Jom Cuci Pinggan 15-18 10 Bahan Bantu Mengajar Langkah Pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti 3 - Finger Puppet Family 19-22 11 Penglibatan Ibu Bapa 23 12 Faedah Penglibatan Ibu Bapa 24 13 Rumusan 25 14 Rujukan 26 15 Subject Matter Expert 27


Nama Penulis : Juliana Binti Tumin No. Kad Pengenalan : 780121016974 No. Matrik : M20222002310 Program : Sarjana Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) Pengalaman Kerjaya : Pengusaha TASKA JULIE ( 2010- Kini) Pengusaha Tadika Intelek Genius Soleh ( 2015- 2022) Director Universal Little Tots (2022- Kini) CEO Universal Edu Group (2022- Kini) CEO House of Wisdom (2022- Kini) Penulis Modul


Alhamdulilah, syukur ke hadarat Ilahi kerana dengan rahmat dan izin-Nya Modul Aktiviti Kanak-Kanak ini berjaya dihasilkan bagi memenuhi syarat pentaksiran akhir Kursus Penglibatan Keluarga, Komuniti dan Budaya dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (KAI 60404) Modul ini dibina khusus sebagai panduan ibubapa untuk menjalankan aktiviti berfokuskan Tunjang Keterampilan Diri bersama kanak-kanak. Pembinaan Modul ini di harapkan dapat membantu ibubapa untuk menjalankannya bersama anak di rumah sebagai transisi proses anak memasuki pendidikan formal. Jutaan terima kasih kepada Professor Dr Nordin Bin Mamat yang telah memberi peluang kepada kami untuk menghasilkan modul ini. Tunjuk ajar dan bimbingan yang baik membantu saya menyiapkan modul aktiviti ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Akhir kata diharapkan dengan terbinanya modul ini ia dapat membantu memberi manfaat kepada ibubapa dalam membentuk modal insan negara yang berilmu, berakhlak dan bersahsiah dalam pelbagai aspek kehidupan dunia & akhirat. Fun & Enjoy Learning Penghargaan


Fun & Enjoy Learning Pengenalan Modul Aktiviti Kanak-Kanak & Penglibatan Ibu Bapa ini berfokuskan tunjang keterampilan diri. Tujuan tunjang ini adalah untuk memupuk kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum. Selain itu fokusnya adalah untuk mencapai emosi yang positif, mengenal emosi sendiri, membina kemahiran sosial dan membina keyakinan menghadapi cabaran hidupan seharian. Modul ini adalah berdasarkan konstruk kemahiran dalam Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan (KSPK) dan mengandungi latihan serta aktiviti berdasarakan kemahiran mengenali dan mengurus emosi ,mencapai emosi yang positif serta membina kemahiran sosial. Di harapkan modul ini dapat dijadikan panduan ibubapa dalam menjalankan aktiviti di rumah sekaligus dapat membina keyakinan si cilik menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakt


Fun & Enjoy Learning Berfokus aktiviti yang melibatkan kerjasama Membina jati diri dan keyakinan diri kanak-kanak Membentuk generasi yang berdikari dan mampu berdaya saing Membina hubungan kekeluargaan yang positif dan meningkatkan kasih sayang melalui aktiviti Meningkatkan kemahiran ibu bapa dalam pelaksanaan aktiviti terpandu dengan modul Membina hubungan baik dengan pihak sekolah dengan memantau dan melaporkan tahap penguasaan kanakkanak dalam setiap aktiviti yang dilakukan di rumah kepada guru Modul ini mempunyai 3 aktiviti yang berfokuskan keterampilan diri kanak-kanak. Di akhir setiap aktiviti terdapat pentaksiran untuk ibubapa menilai tahap penguasaan anak dalam setiap standard kandungan dan pembelajaran dalam KSPK. di antara ibu bapa dan ahli keluarga kanak-kanak Konsep Modul


KD 1.1 Dapat mengenali dan mengurus emosi sendiri KD 3.1 Memahami keperluan perasaan dan pandangan orang lain KD 2.2 Membina kebolehan mengawal diri Fun & Enjoy Learning Kepentingan KD 1.2 Mencapai emosi yang positif KD 2.1 Membina kemahiran kendiri yang positif KD 2.3 Membina keyakinan untuk berkomunikasi


Fun & Enjoy Learning Definisi &Teori Definisi Keterampilan Diri Sikap,pengetahuan dan perilaku yang memungkinkan seseorang untuk berinteraksi,beradaptasi dan berhasil dalam kehidupan seharian. Keterampilan diri mencakupi pelbagai aspek termasuk keterampilan sosial,emosional,kognitif,fizikal danbahasa Teori Sosiobudaya Vygotsky (1896-1987) Lev Semenovich Vygotsky (1896 – 1987) merupakan psikologis Rusia yang menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan individu. Vygotsky telah memperkenalkan teori pembelajaran sosial iaitu Teori Sosiobudaya (1978). Teori sosiobudaya menggabungkan persekitaran sosial dan kognisi Teori sosiobudaya menjelaskan peranan interaksi sosial sebagai alat budaya dalam proses bersosialisasi dengan individu berpengalaman seperti ibubapa, dapat membantu secara berterusan sepanjang proses perkembangan sosial dan kognitif kanak-kanak (Fellmann, 2017).


Membantu mengukuhkan pembelajaran yang telah di pelajari Fun & Enjoy Learning Peranan IbuBapa Menyediakan suasana pembelajaran di rumah dengan selesa Memperuntukan masa yang mencukupi bersama anak untuk aktiviti Merangsang minat dan menyemai kecintaan melalui aktiviti modul Menggalakkan anak bercerita tentang pengalaman setelah selesai aktiviti dijalankan Menjalinkan kerjasama dan kolaborasi berterusan dengan pihak sekolah Membuat penilaian dan pentaksiran di dalam borang


AKTIVITI 1 PAPAN EMOSI Tema Objektif KD 1.1 : Standard Kandungan KD 1.1.1 : Standard Pembelajaran Kumpulan Sasaran Tempoh Masa Umur 4 - 6 Tahun Diri Saya Kanak-Kanak dapat mengenalpasti emosi yang pelbagai seperti gembira, sedih,takut,marah,malu dan terkejut Mengenali dan mengurus emosi sendiri Mengenal pasti dan menceritakan pengalaman emosi yang melibatkan perasaan gembira,sedih, takut,marah,malu dan terkejut 20 minit


1 4 2 3 5 6 MARAH SEDIH MALU TERKEJUT SAYANG GEMBIRA BAHAN BANTU MENGAJAR GAMBAR EMOSI


BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) Lagu Anak Anak | Mengenal Emosi Gunting Gambar Papan Emosi Kad putih kosong Gambar Emosi


BIL KAEDAH 1 Ibu bapa menyayikan lagu kanak-kanak berkaitan mengenal emosi untuk tontonan anak-anak di youtube https://www.youtube.com/watch?v=xz8qbhij9nw 2 Ibu bapa mengajak anak-anak untuk menyayikan lagu kanakkanak yang bertajuk Mengenal Emosi bersama-sama. 3 Kanak-kanak diminta untuk bercerita tentang emosi yang terdapat di dalam video lagu tersebut contohnya emosi gembira, sedih,marah, tekejut dan malu. 4 Menggunakan gambar-gambar yang telah diambil dari majalah untuk diberikan kepada anak-anak serta membantu anak melakonkan semula muka seperti di dalam gambar yang dilihat 5 Ibu bapa akan menunjukan cara permainan. Gambar wajah emosi yang telah digunting akan dilekatkan di kad putih kosong untuk dipadankan di papan emosi yang mengandungi gambar-gambar emosi.Anak diminta memadankan gambar yang sama. 6 Ibu bapa perlu mengalakkan anak-anak untuk memadankan gambar emosi yang sama seperti di carta papan emosi. 7 Sekiranya berjaya ibu bapa perlu memberi pujian kepada anak, sekiranya tidak berjaya ibu bapa perlu memberi bimbingan dan meneruskan aktiviti 8 Setelah selesai, ibu bapa akan menilai pentaksiran tahap penguasaan anak di dalam borang yang telah disediakan LANGKAH-LANGKAH


BIL PERKARA PENGUASAAAN CATATAN YA TIDAK 1 Kanak-kanak menunjukan minat semasa menjalankan aktiviti 2 Kanak-kanak dapat menyayi lagu Mengenal Emosi bersama ibu bapa 3 Kanak-kanak dapat menyebut nama emosi seperti dalam gambar 4 Kanak-kanak dapat memadankan gambar seperti marah,sedih,gembira, suka dan geram 5 Kanak-kanak dapat meniru mimik muka seperti didalam gambar Tandatangan Ibubapa Tarikh Pentaksiran TP 1 TP 2 TP 3 TP 1 Boleh menyatakan emosi orang lain TP 2 Boleh menyatakan emosi orang lain mengikut situasi TP 3 Boleh mengurus emosi sendiri dalam pelbagai situsi Nama Kanak-Kanak Tarikh Masa PENTAKSIRAN


AKTIVITI 2 JOM CUCI PINGGAN Tema Objektif KD 2.1 : Standard Kandungan KD 2.1.1 : Standard Pembelajaran Kumpulan Sasaran Tempoh Masa Umur 4 - 6 Tahun Kebersihan Kanak-kanak dapat menunjukan sikap positif dengan amalan kebersihan ketika dalam persekitaran di rumah Membina kemahiran konsep kendiri yang positif Menunjukan sikap positif iaitu sabar, berdikari,berkeyakinan dan tolong menolong 20 minit


Bahan Bantu Mengajar (BBM) Video aktiviti anak mencuci pinggan sendiri Span Cuci pinggan Sabun Cuci Pinggan Pinggan Makan Gambar cara cuci pinggan Simulasi aktiviti cuci pinggan


BIL KAEDAH 1 Ibu bapa menayangkan video aktiviti kanak-kanak sedang membantu ibubapa menjalankan aktiviti mencuci pinggan di rumah. (https://www.youtube.com/watch?v=fq_bm3ixY4M) 2 Ibu bapa mengajak anak-anak untuk menjalankan lakonan main peranan aktiviti mencuci pinggan bersama ibubapa seperti di dalam video yang telah ditonton bersama 3 Ibu bapa amula menerangkan aktiviti yang akan dijalankan secara simulasi dengan memperkenalkan bahan-bahan aktiviti 4 Ibu bapa menunjukan cara-cara mencuci pinggan dengan betul kepada anak-anak 5 Ibu bapa mengalakkan anak-anak untuk mencuci pinggan bersama ibu bapa dan sambil bercerita tentang sikap positif mengamalkan kebersihan di dapur dengan membantu ibu bapa mencuci pinggan setelah selesai makan. Ibu bapa juga menerangkan langkah keselamatan semasa di dapur ketika mencuci pinggan. 6 Ibu bapa akan mengalakkan anak-anak untuk meneruskan aktiviti dengan bimbingan orang dewasa di kawasan dapur 7 Setelah selesai ibu bapa perlu memberi pujian dan galakkan, sekiranya anak tidak berjaya, ibu bapa akan membimbing anak meneruskan aktiviti 8 Setelah selesai, ibu bapa akan menilai pentaksiran tahap penguasaan anak di dalam borang yang telah disediakan LANGKAH-LANGKAH


BIL PERKARA PENGUASAAAN CATATAN YA TIDAK 1 Kanak-kanak menunjukan sikap positif iaitu sabar ketika aktiviti sedang dijalankan 2 Kanak-kanak dapat mendengar arahan ibu bapa cara langkah-langkah mencuci pinggan dengan betul 3 Kanak-kanak dapat berdikari dengan mencuci pinggan sendiri tanpa bantuan ibu bapa 4 Kanak-kanak dapat memahami konsep kebersihan di rumah dengan amalan cuci pinggan selepas makan 5 Kanak-kanak menunjukan keyakinan dengan aktiviti yang dijalankan bersama ibu bapa Tandatangan Ibubapa Tarikh Pentaksiran TP 1 TP 2 TP 3 TP 1 Boleh menunjukkan sikap yang positif dengan rangsangan TP 2 Boleh menunjukkan sebahagian sikap yang positif TP 3 Boleh menunjukkan sikap positif iaitu sabar, berdikari , berkeyakinan dan tolong - menolong Nama Kanak-Kanak Tarikh Masa PENTAKSIRAN


AKTIVITI 3 FINGER PUPPET FAMILY Tema Objektif KD 3.1 : Standard Kandungan Standard Pembelajaran Kumpulan Sasaran Tempoh Masa Umur 4 - 6 Tahun My Family Kanak-kanak dapat membina kemahiran sosial dan keyakinan untuk berkomunikasi dengan aktiviti bermain puppet. Memahami keperluan, perasaan dan pandangan orang lain KD 3.1.1 Menunjukkan kepekaan terhadap keperluan orang lain dan bertindak sewajarnya 20 minit KD. 3.1.2 Menyatakan perasaan orang lain berdasarkan gerak laku yang ditunjukkanya


Bahan Bantu Mengajar (BBM) Puppet Show For Kids | Family Stories For Children | Finger Puppet Family | Mango Juniors https://www.youtube.com/watch?v=Mm_Ts1Z7Rtc Match Picture with the correct words https://www.liveworksheets.com/cf1980712eq Finger Puppet Family


BIL KAEDAH 1 Ibu bapa menayangkan video di dalam youtube tentang cerita keluarga dengan kaedah menggunakan puppet sebelum menjalankan aktiviti. (https://www.youtube.com/watch?v=Mm_Ts1Z7Rtc) 2 Dengan menggunakan puppet yang mempunyai 5 kedudukan utama dalam keluarga iaitu ibu, bapa, abang, kakak dan adik, "story telling" akan dijalankan dengan bercerita peranan setiap mereka. Wujukan komunikasi dua hala supaya terdapat interaksi ibu dan anak. Ia bagi memberi keyakinan untuk anak berkomunikasi . 3 Ibu bapa perlu menggunakan helaian lifewoorksheet bagi menjalankan aktiviti bagi memadankan gambar dengan perkataan yang betul (https://www.liveworksheets.com/cf1980712eq) 4 Ibu bapa perlu memberikan bimbingan dan galakan anak-anak untuk menyelesaikan aktiviti sehingga selesai. Berikan pujian sekiranya anak berjaya melaksanakan aktiviti dengan baik 5 Seteleh anak-anak selesai menjalankan aktiviti, berikan puppet kepada anak untuk melaksanakan aktiviti main peranan sebagai karektor setiap ahli keluarga. Semua ahli keluarga perlu terlibat dengan bertujuan membina kemahiran sosial dan keyakinanan komunikasi anak ketika bermain "family puppet finger" 6 Ibu bapa perlu berikan pentaksian dan penilaian terhadap aktiviti yang dilaksanakan di dalam borang penilaian yang disediakan LANGKAH-LANGKAH


BIL PERKARA PENGUASAAAN CATATAN YA TIDAK 1 Kanak-kanak dapat membina keyakinan untuk berkomunikasi dengan bertutur dan bertanya dengan yakin 2 Kanak-kanak dapat mengenalpasti gambar dan hubungan yang terdapat dalam keluarganya 3 Kanak-kanak dapat membina kemahiran sosial dengan menyatakan perasaan orang lain berdasarkan gerak laku dalam permainan "family puppet finger" Tandatangan Ibubapa Tarikh Pentaksiran TP 1 TP 2 TP 3 TP 1 Boleh menggunakan kemahiran sosial dengan bimbingan TP 2 Menyesuaikan diri dalam situasi tertentu TP 3 Mengamalkan etika sosial dalam pelbagai situasi Nama Kanak-Kanak Tarikh Masla PENTAKSIRAN


Penglibatan Ibu Bapa Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan merupakan aspek penting bermula dari pra sekolah sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Istilah ibu bapa yang digunakan dalam konteks ini merujuk kepada sesiapa sahaja yang bertanggungjawab terhadap kebajikan anak dan terlibat secara aktif dalam pendidikanya (Saranan Ibu Bapa, KPM 2013) Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan mempunyai kesan yang positif kepada anak.Kajian peringkat kebangsaan Programme for International Student Assesment (PISA) 2009 dijalankan oleh Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) menunjukan bahawa cara ibu bapa menggunakan masa bersama-sama anak di rumah mempengaruhi kejayaannya Oleh itu amatlah penting ibu bapa menilai penglibatan mereka bersama-sama dengan anak dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membantu anak meraih kejayaan cemerlang pada masa hadapan Penglibatan ibu bapa bermaksud mengambil bahagian dalam aktiviti di kelas pra sekolah sama ada dalam bentuk sumbangan tenaga, kepakaran dan sumber lain yang dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Penglibatan ibu bapa dan komuniti adalah digalakkan kerana ia adalah elemen penting dalam pelaksanaan kurikulum prasekolah di Malaysia.


Bil Kategori Faedah 1 Murid Mempunyai nilai kendiri dan motivasi yang lebih tinggi Dapat berkenal mesra , bersoal jawab dan dengan orang dewasa mengenai sesuatu pengalaman atau pengetahuan. Ini kerana ibubapa datang daripada pelbagai bidang pekerjaan Kesediaan murid dari segi mental dan emosi Kehadiran murid ke kelas pra sekolah lebih baik Mempunyai sikap yang lebih positif terhadap pembelajaran dan prasekolah 2 Ibubapa Dapat melihattingkah laku anak di pra sekolah Berpeluang mempelajari cara atau kaedah guru mengatasi tingkah laku anak-anak Dapat memahami apa yang sudah, sedang dan akan diajar kepada anak mereka selama berada di sekolah Lebih memahami kurikulum dan aktiviti yang dipelajari oleh anak-anak mereka Boleh menyambung aktiviti susulan ataupun aktiviti rangsangan Dapat bersoal jawab dan berkongsi masalah dengan guru Dapat berkongsi maklumat dengan ibu bapa dan yang lain Lebih yakin berkaitan cara untuk membantu pembelajaran anak-anak mereka Pandangan positiftehadap guru Faedah Penglibatan Ibu Bapa


Rujukan American Education Research Association, New Orleans, LA. Paper presented at the annual conference of Archived Information. No Child Left Behind.A toolkit for teacher. U.S Department of Education. 2004 Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2010. Pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Pembelajaran Yang Menyeronokkan dan Bermakna : Modul Pentaksiran Perkembangan Murid di Prasekolah. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2010. Pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Pembelajaran Yang Menyeronokkan dan Bermakna : Modul Aktiviti Luar Murid di Prasekolah. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia Baseemah Jumu'ah. (2009).The Effect of Parental Involvement On Student Achievement At Hillside High School Twilight Academy. University of Phoenix Modul Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017), Kursus KSPK Guru-Guru Tadika Swasta, Unit Pendidikan Swasta Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Bredekamp, S.,& Copple, C (1997). Developmentally Appropriate Practice in Early Childhood Programs., Washingthon,DC : NAEYC


Rumusan Permuafakatan antara guru dan ibu bapa dapat membantu dalam perkembangan dan kemajuan murid secara berterusan. Penglibatan ibu bapa dalam kelas pra sekolah memberi kesan yang positif kepada ibu bapa,murid dan guru. Murid akan merasakan wujudnya kesinambungan proses pembelajaran di antara sekolah dengan rumah. Manakala guru pula medapat maklum balas secara terus daripada ibu bapa apabila mereka merancang dan menjalankan sesuatu aktiviti. Ibu bapa pula akan berasa yakin dan percaya untuk menghantar anak mereka ke kelas pra sekolah. Hubungan yang baik dan erat antara pihak sekolah dengan ibu bapa akan melahirkan murid yang seimbang dalam aspek kognitif, afektif dan psikomotor


Subject Matter Expert Professor Dr Nordin Mamat ialah Pensyarah Kanan Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, Malaysia. Bidang pengajian beliau adalah pengkhususkan dalam Kurikulum Awal Kanak-Kanak, Keibubapaan dan Tingkah Laku Sosial Kanak-Kanak. Beliau menerima PHD dari Universiti Strathclyde United Kingdom dan mendapat Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan) serta B.A (Kepujian) dari UKM. Beliau telah menerbitkan lebih daripada 30 kertas jurnal di Malaysia dan jurnal antarabangsa dalam bidangnya dan telah menulis lapan buah buku termasuk lima modul dalam pendidikan awal kanak-kanak


Play while learning It Always Seems Impossible until it's done -Nelson Mandela


Click to View FlipBook Version