BERLINDUNG DARIPADA
MUSUH
PENYESUAIAN TERHADAP IKLIM
DAN MUSIM
PENCARAN BIJI BENIH
TOPIK 1
BERLINDUNG DARIPADA MUSUH
Berduri
Duri yang tajam akan
melukakan haiwan yang cuba
memakannya.
(kaktus, pokok semalu)
TOPIK 1
BERLINDUNG DARIPADA MUSUH
Berbulu halus
Akan menyebabkan kegatalan
kepada musuh.
(daun buluh, daun tebu, lalang)
TOPIK 1
BERLINDUNG DARIPADA MUSUH
Bergetah
Getah yang melekit akan
menghindarkan haiwan daripada
memakannya.
(buah nangka, keladi)
TOPIK 1
BERLINDUNG DARIPADA MUSUH
Beracun
Akan menyebabkan musuhnya
sakit atau mati apabila
memakannya.
(buah pong-pong, cendawan, keladi, pokok oleander)
TOPIK 1
BERLINDUNG DARIPADA MUSUH
Mengeluarkan bau
Bau yang tidak menyenangkan
dapat menghindarkan haiwan
daripada memakannya.
(Rafflesia, tembakau, pokok cermin)
TOPIK 2
PENYESUAIAN TERHADAP IKLIM DAN MUSIM
Akar panjang
(iklim/musim panas)
Akar yang tumbuh panjang
dalam tanah membolehkannya
menyerap air dengan lebih baik.
(kaktus)
TOPIK 2
PENYESUAIAN TERHADAP IKLIM DAN MUSIM
Batang menyimpan air
(iklim/musim panas)
Membolehkan tumbuhan
bertahan pada musim panas
atau kemarau untuk terus hidup
(kaktus, pokok pisang)
TOPIK 2
PENYESUAIAN TERHADAP IKLIM DAN MUSIM
Menggulungkan daun
(iklim/musim panas)
Dapat mengurangkan
kehilangan air pada hari panas.
(pokok jagung, pokok pisang, pokok tomato,
pokok kunyit)
TOPIK 2
PENYESUAIAN TERHADAP IKLIM DAN MUSIM
Menggugurkan daun
(iklim/musim panas)
Daun yang gugur dapat elakkan
kehilangan banyak air.
(pokok getah)
TOPIK 2
PENYESUAIAN TERHADAP IKLIM DAN MUSIM
Daun berbentuk jarum
(iklim/musim panas)
Ia dapat mengurangkan
kehilangan air.
(pokok ru, pokok kaktus)
TOPIK 2
PENYESUAIAN TERHADAP IKLIM DAN MUSIM
Daun berpecah-pecah
(angin kencang)
Dapat mengurangkan rintangan
angin untuk elakkan daripada
tumbang apabila angin kencang.
(pokok kelapa)
TOPIK 3
PENCARAN BIJI BENIH
Melalui air
Biji benih/buah mempunyai ciri-ciri:
1. mempunyai sabut (buah kelapa)
2. berongga untuk terapung (buah teratai)
3. lapisan kulitnya kalis air untuk terapung (buah
kelapa)
untuk membolehkannya terapung di permukaan
air dan di bawa ke tempat lain
TOPIK 3
PENCARAN BIJI BENIH
Melalui angin
Biji benih/buah mempunyai ciri-ciri:
1. kecil dan ringan (lalang)
2. berbulu halus (lalang)
3. mempunyai struktur bersayap seperti helikopter
(biji benih pokok meranti)
untuk diterbangkan jauh oleh angin
TOPIK 3
PENCARAN BIJI BENIH
Melalui manusia dan haiwan
Biji benih/buah mempunyai ciri-ciri:
1. cangkuk yang akan melekat pada bulu
haiwan/pakaian manusia (biji benih kemuncup)
2. mempunyai isi yang boleh dimakan, bau dan
warna yang menarik (biji buah betik)
TOPIK 3
PENCARAN BIJI BENIH
Melalui mekanisme letupan
Biji benih/buah mempunyai ciri-ciri:
1. bila matang, buahnya akan menjadi kering dan
merekah atau menggulung untuk membolehkan
biji benihnya dipencarkan (buah getah, biji saga,
pokok keembung)
TOPIK 3
PENCARAN BIJI BENIH
KEPENTINGAN PENCARAN BIJI
BENIH
a) Pencaran ialah cara biji benih dibawa jauh dari
induknya.
b) Biji benih tidak perlu bersaing dengan
induknya untuk mendapatkan keperluan asas.
c) Dengan itu, biji benih akan tumbuh subur
kerana cukup keperluan asas.
RUMUSAN TOPIK 4
BERLINDUNG DARIPADA
MUSUH (5)
PENYESUAIAN TERHADAP IKLIM
DAN MUSIM (6)
PENCARAN BIJI BENIH (4)
Pada akhir pelajaran, saya dapat;
1. Menyatakan 5 ciri tumbuhan untuk melindungi diri daripada musuh beserta
contoh tumbuhan.
2. Menyatakan 6 ciri tumbuhan menyesuaikan diri dalam iklim/musim panas dan di
kawasan berangin beserta contoh tumbuhan.
3. Menyatakan 4 agen pencaran biji benih/buah dan kepentingan pencaran kepada
tumbuhan tersebut.