GERAK BALAS
TERHADAP RANSANGAN
MAKSUD GERAK BALAS DAN RANSANGAN
1. Manusia bergerak balas terhadap perubahan
keadaan persekitaran.
RANSANGAN GERAK BALAS
2.
Perubahan keadaan Tindakan yang dilakukan
persekitaran terhadap ransangan
Contoh; Contoh;
cahaya, bau, bunyi, rasa hidung terhidu bau makanan,
dan sentuhan mata tertutup kerana silau
3. Ransangan akan dikesan oleh deria supaya
kita dapat bergerak balas terhadap ransangan
tersebut.
CONTOH GERAK BALAS DAN RANSANGAN
4. Contoh gerak balas manusia terhadap
ransangan;
SITUASI
Tangan terkena duri tajam.
RANSANGAN GERAK BALAS
Duri yang tajam Menarik tangan
SITUASI
Terkejut mendengar bunyi petir.
RANSANGAN GERAK BALAS
Bunyi petir Menutup telinga
SITUASI
Hidu bau belacan
RANSANGAN GERAK BALAS
Bau belacan Menutup hidung
KEPENTINGAN GERAK BALAS
5. Kepentingan gerak balas manusia
terhadap ransangan adalah untuk;
i) mengelakkan kecederaan
ii) menyelamatkan diri
iii) mendapatkan maklumat dan
berkomunikasi
TABIAT YANG BOLEH MENGGANGGU
GERAK BALAS MANUSIA
6. Antara tabiat yang boleh mengganggu
gerak balas manusia ialah;
- meminum arak
- menghidu gam
- menyalahgunakan dadah
Tabiat di atas, menyebabkan seseorang itu
menjadi mabuk, khayal dan ketagih yang
mengakibatkan mereka akan lambat untuk
bergerak balas terhadap ransangan
disebabkan organ deria mereka tidak dapat
berfungsi dengan baik.