The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by einay77, 2021-02-15 11:14:20

MEMELIHARA SISTEM DALAM TUBUH MANUSIA

KEPENTINGAN





PENJAGAAN SISTEM




DI DALAM TUBUH





MANUSIA

CARA MEMELIHARAN SISTEM
DI DALAM TUBUH MANUSIA




1. SISTEM RANGKA



i) Mengambil makanan yang kaya

dengan kalsium seperti susu dan
produk tenusu, untuk membina

tulang yang kuat. Kekurangan kalsium

pada tulang boleh menyebabkan
osteoporosis.



ii) Melakukan aktiviti fizikal yang aktif
membantu menguatkan tulang.



iii) Memakai alat pelindung dan tali
pinggang keledar ketika menunggang

motosikal atau menunggang basikal

bagi mengelakkan kecederaan yang

lebih teruk sekiranya berlaku
kemalangan.

CARA MEMELIHARAN SISTEM
DI DALAM TUBUH MANUSIA




2. SISTEM PERNAFASAN



i) Menghindari rokok kerana rokok

menyebabkan penyakit yang berkaitan
dengan sistem pernafasan seperti asma,

bronkitis dan kanser peparu.


ii) Tinggal di persekitaran yang bersih
tanpa pencemaran udara dapat

mengurangkan risiko penyakit berkaitan

dengan sistem pernafasan.


iii) Basuh tangan dengan kerap
menggunakan sabun dan air atau cecair

pensanitasi tangan dapatmembasmi
bakteria atau virus pada tangan bagi

mengelakkannya memasuki sistem

pernafasan sekiranya tersentuh mulut
atau hidung.

CARA MEMELIHARAN SISTEM
DI DALAM TUBUH MANUSIA




3. SISTEM PEREDARAN DARAH



i) Kurangkan pengambilan makanan

yang mengandungi lemak dan
kandungan gula yang tinggi kerana

ianya boleh menyebabkan kolestrol

berkumpul di dalam salur darah dan
membentuk plak yang boleh

menyempitkan salur darah dan

jantung terpaksa bekerja lebih kuat
untuk mengepam darah ke seluruh

tubuh.


ii) Bersenam dengan cara yang betul

dan secara berkala untuk menguatkan

otot jantung.

CARA MEMELIHARAN SISTEM
DI DALAM TUBUH MANUSIA




4. SISTEM PENCERNAAN



i) Makan makanan yang kaya dengan

serat seperti sayur-sayuran, buah-
buahan dan bijirin penuh untuk

memudahkan proses penyingkiran

tinja bagi mengelakkan penyakit
kanser usus.



ii) Minum air dengan secukupnya untuk
melancarkan sistem percernaan bagi

mengelakkan sembelit.


Click to View FlipBook Version