ORGAN PERNAFASAN
MANUSIA
ORGAN PERNAFASAN MANUSIA
1. Organ pernafasan manusia ialah
peparu.
2. Organ yang terlibat semasa proses
pernafasan ialah
- Hidung
- Trakea
- Peparu
PROSES PERNAFASAN MANUSIA
3. Semasa bernafas;
- oksigen akan masuk ke peparu
- karbon dioksida pula akan keluar
dari peparu
4. Proses pertukaran gas berlaku
di dalam peparu.
oksigen karbon
ditukar kepada
dioksida
LALUAN UDARA SEMASA BERNAFAS
5. Bernafas melibatkan proses menarik
nafas dan menghembus nafas.
6. Laluan udara semasa;
- menarik nafas
Hidung Trakea Peparu
- menghembus nafas
Peparu Trakea Hidung
KANDUNGAN UDARA SEMASA BERNAFAS
7. Perbezaan kandungan oksigen dan
karbon dioksida yang disedut masuk
dan dihembus keluar:
Udara yang disedut masuk
- lebih oksigen berbanding dengan
udara yang dihembus keluar.
Udara yang dihembus keluar
- lebih karbon dioksida jika
berbanding dengan udara yang
disedut masuk.
PERGERAKAN DADA SEMASA BERNAFAS
8. Terdapat perubahan pergerakan
dada semasa kita bernafas;
- semasa menarik nafas
Dada menaik
- semasa menghembus nafas
Dada menurun