The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by einay77, 2022-03-19 13:16:31

Taklimat disiplin 2022

ORENTASI TAHUN 1

PERATURAN AM & TATACARA
PENGOPERASIAN SEKOLAH SESI 2022/2023

PENAMPILAN & PEMAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

POTONGAN RAMBUT
MURID LELAKI

PENAMPILAN & PEMAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

PENAMPILAN & PEMAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

PEMAKAIAN PELITUP MUKA (FACE MASK)
●Semua murid mesti sentiasa memakai pelitup muka sepanjang berada di kawasan sekolah.

●Ibu bapa/penjaga perlu menyediakan sendiri pelitup muka untuk kegunaan murid.

●Pelitup muka yang dibenarkan untuk kegunaan di sekolah;
▪ jenis 3-ply surgical mask berwarna biru/hijau (tanpa corak).
▪ jenis fabrik berwarna 'plain' sama ada biru gelap atau hitam
(tidak 'fancy' & tanpa sebarang corak).

●Hanya face mask extender berwarna 'plain' sama ada biru gelap,
hitam atau putih (tidak 'fancy' & tanpa sebarang corak) dibenarkan.

TATACARA HADIR KE SEKOLAH

●Murid perlu hadir ke sekolah sebelum 7.20 pagi pada setiap hari persekolahan.

●Ibu bapa/penjaga perlu memastikan anak jagaan berada dalam keadaan yang
sihat, menjaga kebersihan diri, telah mengambil sarapan pagi dan tidak
menunjukkan gejala awal COVID-19 sebelum hadir ke sekolah.

●Pelaksanaan saringan kesihatan murid akan dijalankan di pintu masuk utama
sekolah dengan pemeriksaan suhu badan murid oleh guru bertugas.

●Ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan mengiringi anak masuk ke dalam
kawasan sekolah.

TATACARA HADIR KE SEKOLAH

●Murid yang bergejala seperti mengalami demam (suhu badan melebihi 37.5 °C), batuk,
sakit tekak dan sesak nafas tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah.

●Murid yang bergejala yang hadir ke sekolah akan diasingkan di bilik isolasi
sementara menunggu ibu bapa/penjaga datang untuk membawa mereka
pulang bagi mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

●Murid perlu mencuci tangan menggunakan sabun atau ‘hand sanitizer’ sebelum
sebelum masuk ke dalam kelas.

●Pergerakan murid ke kelas perlu mengikut laluan pergerakan yang telah
disediakan.

TATACARA HADIR KE SEKOLAH

●Murid hendaklah terus menuju masuk ke dalam kelas masing-masing dan tidak dibenarkan
berkeliaran di luar kelas.

●Murid dikehendaki duduk di meja masing-masing yang telah disediakan
mengikut susunan penjarakan fizikal yang ditetapkan.

●Murid dilarang berbuat bising, bermain, bergaduh dan berlari-lari semasa
berada di dalam kelas.

TATACARA KE TANDAS

●Murid boleh pergi ke tandas dengan kebenaran guru mata pelajaran. Hanya dibenarkan
seorang sahaja bergilir pada satu-satu masa kecuali hal kecemasan, mengikut laluan yang
disediakan.

●Murid yang hendak ke tandas wajib membawa pas keluar kelas. Pas tersebut dan
perlu digantung pada pintu masuk tandas sebelum masuk ke dalam tandas
dan apabila selesai, ambil semula pas tersebut untuk disimpan di dalam kelas.

●Kapasiti untuk setiap tandas hanya dapat memuatkan 4 orang murid sahaja
dalam satu masa.

●Murid bertanggungjawab menjaga kebersihan tandas dan elakkan pembaziran
dalam penggunaan air.

TATACARA PADA WAKTU REHAT

●Waktu rehat akan dijalankan 2 sesi;
▪ rehat Tahap 1 pada 9.30 pagi – 10.00 pagi (Tahun 1, 2 & 3)
▪ rehat Tahap 2 pada 10.00 pagi – 10.30 pagi (Tahun 4, 5 & 6)

●Murid hanya dibenarkan makan dan minum di dalam kelas sahaja dengan
diawasi oleh guru kelas masing-masing.

●Semasa pembelian makanan dan minuman di kantin, murid-murid perlulah
beratur mengikut arahan penjarakkan fizikal (1 meter) dengan diawasi oleh
guru bertugas.

●Pengusaha kantin hanya menyediakan makanan dan minuman berbungkus.

TATACARA PADA WAKTU REHAT

●Murid tidak dibenarkan berkongsi makanan, minuman dan kutleri (sudu, garfu dan
sebagainya).

●Murid disarankan membawa makanan dan minuman yang telah disediakan
oleh ibu bapa/penjaga dari rumah bagi mengurangkan pergerakan murid dan
kesesakan semasa pembelian makanan di kantin.

●Murid perlu membawa tisu atau kain lap dari rumah untuk membersihkan
meja masing-masing selepas rehat dan selepas tamat waktu persekolahan.

●Murid hanya dibenarkan membawa makanan dan minuman yang halal sahaja.

TATACARA PADA WAKTU BALIK

●Apabila tamat waktu persekolahan, murid akan keluar beratur di luar kelas mengikut
penjarakkan fizikal (1 meter) dengan diawasi oleh guru mata pelajaran masa terakhir dan
guru bertugas.

●Murid bergerak mengikut laluan yang telah disediakan, menuju ke Dewan
Muafakat untuk berkumpul, sementara menunggu kehadiran ibu bapa,
penjaga atau bas sekolah.

●Ibu bapa/penjaga yang hendak menjemput murid pulang, perlu mengimbas
QR kod yang ditampal di pondok menunggu di depan pagar sekolah. Isikan
maklumat yang diperlukan dengan lengkap sebelum dihantar (submit).

●Murid akan dipanggil oleh guru bertugas dan keluar melalui pintu C pagar
sekolah mengikut laluan yang telah disediakan.

TINDAKAN BAGI MURID YANG TIDAK HADIR KE
SEKOLAH

●Kehadiran murid ke sekolah dan berada di dalam kelas adalah wajib.

●Murid yang tidak hadir kerana sakit atau sebab-sebab lain yang munasabah hendaklah
memaklumkan kepada pihak sekolah atau guru kelas dengan memberikan surat cuti sakit
dari doktor atau surat rasmi dari ibu bapa sendiri.

●Tanpa surat makluman tersebut, murid akan dianggap ponteng sekolah/kelas dan boleh
dikenakan tindakan disiplin.

MASALAH DISPLIN SEKOLAH

Pihak sekolah boleh merekodkan
sahsiah murid (salah laku disiplin
dan amalan terpuji murid) ke dalam

Sistem SSDM di bawah seliaan
Kementerian Pendidikan Malaysia.

MMAASSAALLAAHHDDISISIPLIN SEKOLAH

SISTEM SAHSIAH DIRI MURID

MMAASSAALLAAHHDDISISIPLIN SEKOLAH

SISTEM SAHSIAH DIRI MURID

MMAASSAALLAAHHDDISISIPLIN SEKOLAH

SISTEM SAHSIAH DIRI MURID

MMAASSAALLAAHHDDISISIPLIN SEKOLAH

SISTEM SAHSIAH DIRI MURID


Click to View FlipBook Version