SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN INDERAWASIH
TINGKAT KIKIK 8, TAMAN INDERAWASIH, 13600 PERAI,
PULAU PINANG.
TEL/FAX: 04-3973561/04-3902662
________________________________________________________________________
Rujukan : SMKTI(PENT)100-2/5(47)
MINIT MESYUARAT GURU KALI KEDUA TAHUN 2020
Tarikh : 3 Mac 2020 (Selasa)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan SMKTI
Agenda Mesyuarat
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 1/2020
3. Perkara-perkara Berbangkit
4. Taklimat Pengurusan
5. Hal-hal lain
Kehadiran
Guru hadir :
1. Ramli Bin Ahmad
2. Aidi Bin Ariffin
3. Nor Hana Binti Hj. Ghazali
4. Norzakiah Binti Hamid
5. Asimah Binti Saat
6. Anne Louisa A/P Arokasamy
7. Rosnah Binti Othman
8. Wan Basthiah binti Hj. Abd. Rahman
9. Asrah Binti Abdul Hamid
10. Chew Siew Mun
11. Chin Lee Hoon
12. Fauziah Hanim Binti Abdul Aziz
13. Goh Bee Sian
14. Hasliza Binti Mohd Zaferi
15. Intan Baiduri Binti Husin
16. Jamilah Binti Mohd Nor
17. Lai Nam Chun
18. Mardhati Binti Zuber
19. Marlizam Binti Ramli
20. Mok Hei Wai
21. Muhamad Rasimi Bin Muhamad Yusup
22. Nooraidila Binti Saaid
23. Nomala Binti Ibrahim
24. Nura Binti Ahmad
25. Phuah Siew Imm
26. Rahmah Binti Abdullah
27. Salwa Binti Othman
28. Siti Noorseriwani Binti Adris
29. Siti Zurairah Binti Abdul Hamid
30. Tan Mee Hiang
31. Jamilah Binti Mohd. Noor
32. Law Mee Peng
33. Nurhazwani Binti Jamil
34. Nur Raihan binti Azmi
35. Zulkifle bin Harun
36. Nur Azatul Azwa binti Aziz
37. Suzana binti Ismail
38. Saiful Adli bin Ismail
39. Muthuletchumi a/p Kalyana Sundram
40. Khairul Nizam bin Abdul Manaf
41. Nasirah binti Mat Isa
42. Rahmas binti Mohamad Sharoin
43. Siti Sarah Illyani Binti Basiran
44. Mohd Amran Bin Wahab
45. Parvennderjit A/P Maljit Singh
46. Rashidah Binti Sidek
47. Vikneswary A/P Suppiah
48. Zainon Binti Yazid
49. Mariani Binti Embran
50. Komathy A/P Gopalan
51. Quay Kuan Neo
52. Romah Binti Husin
53. Muhammad Faisal Bin Abdullah
Guru yang tidak hadir ;
1. Nur Adila Binti Ab. Sukur (bersebab)
2. Lee Leng Leng (bersebab)
3. Mardhati Binti zuber (bersebab)
4. Mohd Firdaus Bin Aziz (bersebab)
5. Mohd Zaiman Bin Ali (bersebab)
Agenda
1.0 Ucapan Alu-aluan Pengerusi
Tuan pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru dan bersyukur kerana dapat
berkumpul semula dalam mesyuarat guru kali kedua pada tahun ini.
Tindakan : Makluman
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
Puan Anne Louisa A/P Arokasamy telah mencadangkan agar minit mesyuarat guru kali
pertama disahkan dan cadangan tersebut telah disokong oleh Puan Fauziah Hanim Binti
Abdul Aziz.
Tindakan : Makluman
3.0 Perkara Berbangkit
3.1 Merujuk agenda 4.1.5 Semua guru layak memohon Cuti Rehat Khas (CRK) selama 10
hari dalam tempoh setahun tetapi Tuan Pengetua mengingatkan guru-guru bahawa dalam
sebulan guru-guru hanya boleh memohon CRK sekali sahaja kecuali ada hal kecemasan.
Tindakan : Semua guru
3.2 Merujuk agenda 4.1.8 Cuti bagi guru-guru yang beragama Islam untuk menunaikan
ibadat Haji ialah selama 40 hari. Manakala cuti bagi aktiviti keagamaan contohnya ibadat
Umrah bagi guru-guru Islam dan aktiviti keagamaan bagi agama lain ialah selama 7 hari.
Semua cuti ini, guru-guru hanya boleh ambil sekali sahaja sepanjang perkhidmatan .
Tindakan : Makluman
4.0 Pengurusan sekolah
4.1 Taklimat Pengetua
4.1.1 Tuan Pengetua bersyukur dan berbangga kerana sekolah telah di beri Sijil
Penghargaan GPS Tertinggi bagi keputusan SPM tahun 2018. Beliau mengucapkan terima
kasih kepada guru-guru atas usaha tersebut dan berharap agar keputusan SPM tahun
2019 juga turut meningkat.
Tindakan : Makluman
4.1.2 Guru-guru yang terlibat dengan aktiviti luar atas urusan rasmi perlu menyediakan
tugasan atau latihan kepada pelajar supaya pelajar ada pengisian pdpc pada waktu guru
tersebut tiada di sekolah. Di samping itu, guru-guru juga perlu mengisi maklumat dalam e-
gerak.
Tindakan : Semua guru
4.1.3 Tuan Pengetua mengingatkan guru-guru tentang penghantaran Buku Rekod Mengajar
mestilah mengikut hari yang telah ditetapkan. Guru-guru perlu mengecap dahulu buku
tersebut di bahagian muka surat hadapan, hari terakhir minggu persekolahan iaitu hari
Jumaat dan hari pertama persekolahan pada minggu berikutnya iaitu hari Isnin sebelum
ditandatangani oleh pihak pentadbir. Selain itu, guru-guru juga perlu tandatangan borang
penghantaran Buku Rekod Mengajar yang telah disediakan di pejabat.
Tindakan : Semua guru
4.1.4 Keputusan SPM 2019 akan keluar pada 5 Mac 2020 . Oleh itu, setiausaha
peperiksaan perlu membuat analisis keputusan SPM sebelum pukul 10.00 pagi. Keputusan
peperiksaan SPM akan diserahkan kepada pelajar di dewan terbuka berserta dengan fail
yang dilengkapi dengan sijil-sijil pelajar.
Tindakan : Setiausaha peperiksaan dan semua guru
4.1.5 Pada tahun ini, setiap guru perlu menghadiri kursus Latihan Dalam Perkhidmatan
(LDP) sebanyak lima hari seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Selain itu guru-guru
boleh melakukan pelbagai kaedah untuk menambah bilangan hari dan mata ganjaran LDP
seperti membaca buku ilmiah, pengisian ilmu bersama rakan-rakan guru, dan lain-lain lagi.
Tindakan : Semua guru
4.1.6 Guru-guru boleh mengisi borang permohonan pertukaran guru secara online melalui
e-tukar bermula pada 6 Februari 2020 hingga 12 Februari 2020. Para guru hanya perlu
membuat permohonan sekali sahaja dan borang permohonan tersebut perlu mendapat
perakuan daripada Tuan Pengetua .
Tindakan : Makluman
4.1.7 Pihak pentadbir sekolah sentiasa memantau penggunaan e-gate, e-kehadiran
pelajar, e-gerak dan e-aduan. Diharap semua guru menggunakan sistem ini untuk
memudahkan pihak pentadbir mengetahui pergerakan guru dan pelajar serta
permasalahan prasarana di sekolah.
Tindakan : Semua guru
4.1.8 Guru-guru kelas perlu memastikan pengurusan pdpc dan kelas abad 21
dilaksanakan. Dibahagian kiri atau kanan papan putih perlu ditulis objektif pelajaran dan
kriteria kejayaan. Selain itu, kelas mesti bersih dan ceria serta papan kenyataan perlu
dilengkapkan dengan maklumat yang sesuai.
Tindakan : Guru kelas
4.1.9 Tuan Pengetua menyampaikan isi surat dari Jabatan Perkhidmatan Awan berkaitan
dengan Integriti dan tanggungjawab sebagai kakitangan perkhidmatan awam iaitu ;
a. Penjawat awam dilarang sama sekali terlibat dalam perhimpunan berbau politik.
b. Penjawat awam dilarang membuat apa-apa penyataan secara terbuka.
c. Penjawat awam dilarang mengedar atau menular berita palsu di media sosial.
Tuan Pengetua berharap guru-guru sebagai penjawat awam perlu kekalkan pendirian kita
dengan bersikap berkecuali . Beliau juga berharap agar semua guru menjunjung dan
mempertahankan taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tindakan : Semua guru
4.2 Taklimat Penolong Kanan Pentadbiran
4.2.1 Guru-guru diminta menghantar Borang Keberhasilan (PBPPP) kepada pegawai
penilai pertama dan kedua.
Tindakan : Semua guru
4.2.2 Guru-guru diingatkan perlu mengisi bahagian refleksi dalam Buku Rekod Mengajar
walaupun pada hari tersebut tiada pdpc kerana ada program di sekolah.
Tindakan : Semua guru
4.2.3 Penolong Kanan Pentadbiran menyatakan bahawa kursus Latihan Dalam
Perkhidmatan (LDP) kali kedua akan ditunda pada 28 Mac 2020 selepas cuti persekolahan.
Tajuk LDP kali kedua ialah Teknik Pembinaan Item PT3.
Tindakan : Makluman
4.2.4 Sebelum guru-guru memulakan pengajaran pastikan kelas berada dalam kedaaan
bersih dan ceria .
Tindakan : Semua guru
4.2.5 Guru-guru yang mengambil cuti sakit dinasihatkan berehat di rumah sahaja . Guru
bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sesuatu yang diluar jangkaan dalam tempoh
waktu bekerja.
Tindakan : Semua guru
4.3 Taklimat Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4.3.1 Guru kelas dan pembantu perlu mengemas kini kehadiran pelajar dalam APDM setiap
hari persekolahan sebelum pukul 2.00 petang. Pelajar yang datang lewat ke sekolah
sebelum pukul 9.00 pagi di benarkan masuk ke sekolah dan pelajar tersebut dikira hadir.
Sekiranya pelajar datang lewat melebihi pukul 9.00 pagi, pelajar dianggap tidak hadir.
Tindakan : Guru kelas dan pembantu
4.3.2 Guru kelas dan pembantu perlu sentiasa mengemas kini maklumat pelajar dalam
sistem APDM dari semasa ke semasa agar maklumat tersebut tepat. Selain itu, Guru kelas
perlu menghantar analisis kehadiran bulanan pelajar kepada Penolong Kanan HEM setiap
hujung bulan. Seterusnya, guru kelas dan pembantu perlu peka tentang surat amaran untuk
pelajar yang tidak hadir ke sekolah.
Tindakan : Guru kelas dan pembantu
4.3.3 Watikah perlantikan pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas akan diadakan
selewat-lewatnya pada hujung bulan Mac ini.
Tindakan : Makluman
4.3.4 Semua guru perlu memberi pas kebenaran keluar kepada pelajar yang ingin keluar ke
tandas atau ke bilik guru. Sekiranya guru lupa membawa pas kebenaran keluar kelas
semasa pdpc, guru boleh menulis memo.
Tindakan : Guru kelas dan pembantu
4.4 Taklimat Penolong Kanan Kokurikulum
4.4.1 Guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani diminta mengemas kini markah
SEGAK pelajar mulai 1 Mac 2020 sehingga bulan Mei 2020.
Tindakan : Guru-guru Pendidikan Jasmani
4.4.2 PK Kokurikulum memberitahu tentang tarikh-tarikh penting menjelang sukan tahunan
sekolah . Sukan awal akan di laksanakan selama dua hari iaitu pada 4 Mac 2020 dan 9 Mac
2020. Manakala sukan tahunan sekolah akan diadakan pada 11 Mac 2020. Sehubungan
dengan itu , semua guru rumah sukan perlu menyediakan senarai nama pelajar yang akan
menyertai acara sukan .
Tindakan : Guru-guru rumah sukan
5.0 Hal-hal lain
5.1 Puan Rashidah meminta semua guru melakukan penjimatan tenaga elektrik di dalam
kelas dan di bilik-bilik khas . Guru perlu pastikan sebelum balik semua peralatan elektrik di
tutup.
Tindakan : Semua guru
5.2 Semua guru Tingkatan 5 perlu memastikan setiap pelajar yang mengambil keputusan
SPM telah memulangkan buku teks sekolah. Pelajar yang hilang buku teks perlu ganti buku
tersebut atau membayar wang mengikut harga buku .
Tindakan : Guru kelas Ting. 5
5.3 Puan Wan Basthiah meminta guru-guru yang ingin membuat kelas tambahan semasa
cuti persekolahan perlu mendapat kelulusan daripada Tuan Pengetua terlebih dahulu dan
satu salinan jadual kelas tambahan perlu diserahkan kepada Ketua Bidang Kemanusiaan.
Tindakan : Semua guru
5.4 Puan Hafizah meminta guru-guru yang telah menyiapkan Kursus Hemah Bicara Hemat
Belanja yang dianjurkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (ARPK) agar
menyerahkan sijil penyertaan kursus kepada beliau dan semua guru wajib melaksanakan
kursus ARPK sehingga bulan April 2020.
Tindakan : Semua guru
Mesyuarat ditangguhkan jam 4.50 petang. Disahkan oleh,
Disediakan oleh, ………………………………….
………………………………………. (RAMLI BIN AHMAD)
(NORMALA BINTI IBRAHIM) Pengetua,
Setiausaha Mesyuarat Guru, SMK Taman Inderawasih.
SMK Taman Inderawasih.