NOTA KOMSAS (BAHARU) TINGKATAN 1
PUISI MODEN
AKU
(Rosli K.Matari)
Maksud Sajak
Rangkap 1
Penyajak mendapati dirinya keseorangan tanpa ada manusia lain di pantai ini.
Rangkap 2
Penyajak menyusuri sepanjang pesisir pantai sambil membayangkan dirinya ialah Nabi Adam.
Rangkap 3
Penyajak menggambarkan hari tersebut seolah-olah merupakan hari Nabi Adam iaitu manusia pertama
yang dicipta oleh Tuhan. Pada hari itu, baginda dapat melihat keindahan alam ciptaan Tuhan buat kali
pertama.
Rangkap 4
Sebelum baginda dicipta oleh Tuhan, baginda tidak pernah mendengar deruan ombak.
Rangkap 5
Baginda juga tidak pernah merasai tiupan angin.
Rangkap 6
Baginda juga tidak pernah mengetahui kewujudan hidupan laut dan tumbuh-tumbuhan di situ.
Rangkap 7
Baginda percaya akan kekuasaan Tuhan yang Maha pencipta kerana baginda baru sahaja dicipta.
Tema
Tema sajak ‘Aku’ karya Rosli K. Matari ialah percaya akan kewujudan Tuhan. Penyajak menyatakan
kewujudan Tuhan dengan membuktikannya melalui manusia dan alam yang dicipta oleh-Nya.
Persoalan Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi ini, antaranya:
i. Persoalan kesyukuran terhadap kurniaan Tuhan.
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa manusia harus bersyukur kepada Tuhan yang mencipta
hidupan dan alam ini.
ii. Persoalan ketaatan kepada Tuhan.
Contoh: Penyajak menyatakan bahawa manusia sebagai ciptaan Tuhan harus taat kepada Tuhan.
iii. Persoalan kedamaian alam semula jadi. di
Contoh: Penyajak menggambarkan keindahan alam semula jadi melalui angin yang bertiup
mana-mana dan bunyi ombak.
1