BAB 10 Halaman 227
ISU PERTINDIHAN SEMPADAN
KONFLIK SEMPADAN BERTINDIH
Permasalahan yang melibatkan pelbagai pihak atau negara perlu diselesaikan di Mahkamah Keadilan
Antarabangsa (ICJ). Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ- International Court of Justice) berada
di Den Haag (The Hague). Oleh itu, apabila Malaysia berhadapan dengan masalah sempadan di
Pulau Sipadan dan Ligitan dengan Indonesia dan Pulau Batu Putih dengan Singapura, isu tersebut
dibawa ke ICJ. Tindakan ini dilakukan bagi memastikan kedaulatan negara dihormati. Malaysia
bersedia menerima dan menghormati keputusan yang diberikan oleh ICJ.
• Pulau Sipadan dan Ligitan terletak di Laut Sulawesi, namun berada di dalam lingkungan perairan
Sabah dan menjadi milik Malaysia.
• Walau bagaimanapun, masalah mula timbul pada tahun 1969. Indonesia melakukan bantahan
apabila Malaysia memasukkan kawasan pelantar laut Pulau Sipadan dan Ligitan sebagai wilayah
Malaysia. Protes Indonesia terhadap Malaysia semakin kuat menjelang tahun 1979.
• Malaysia berjaya memasukkan Pulau Ligitan dan Sipadan sebagai wilayah Malaysia dalam peta
baharu yang dikeluarkan
Bagi menyelesaikan isu tersebut, beberapa perundingan antara Malaysia dengan Indonesia telah
dilakukan, namun usaha ini gagal. Pada masa yang sama, Malaysia membangunkan kedua-dua buah
pulau sebagai pusat pelancongan dan menarik perhatian Indonesia. Berikutan itu, satu Suruhanjaya
Bersama Menteri (JWC) ditubuhkan, namun isu tersebut masih tidak selesai. Akhirnya, Malaysia
dan Indonesia bersetuju untuk membawa kes perebutan Pulau Lingitan dan Sipadan ke ICJ.
1
BAB 10 Halaman 227
KONFLIK SEMPADAN BERTINDIH
Malaysia juga mempunyai masalah pertikaian dengan Singapura terhadap Pulau Batu Putih
(Pedra Branca).
Pulau Batu Puteh dilihat mempunyai kepentingan yang tersendiri kepada Malaysia, iaitu:
• Kedudukannya yang strategik membolehkannya menjadi “batu penanda” wilayah marin
kepada sempadan negara.
• Kedudukannya juga membolehkan satu kawalan keluar masuk ke Selat Tebrau, Kepulauan
Riau dan Laut China Selatan dapat dilakukan.
• Berdasarkan Undang-undang Laut Antarabangsa 1982, mana-mana negara yang berjaya
menguasai Pulau Batu Puteh akan mempunyai hak untuk menjadikannya sebagai garis
pangkal untuk menguasai hak 12 batu nautika wilayah laut.
• Pulau Batu Puteh juga boleh menjadi pengkalan hadapan (forward base) untuk sebarang
aktiviti ketenteraan.
• Dari segi ekonomi, kawasan sekitar Pulau Batu Puteh menjadi sumber rezeki kepada nelayan.
• Satu sistem radar bagi mengawal aktiviti pelayaran dapat dilakukan dengan lebih berkesan
di Pulau Batu Puteh.
Pertikaian ini menyebabkan Malaysia dan Singapura memba kes ini ke Mahkamah Antarabangsa.
Pada 23 Mei 2008, ICJ di The Hague, Belanda, memutuskan bahawa Singapura mempunyai hak
kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) sementara Malaysia mempunyai kedaulatan
terhadap Batuan Tengah (Middle Rocks). ICJ juga memtuskan hak kedaulatan Tubir Selatan (South
Ledge) hendaklah ditentukan menerusi rundingan antara Malaysia dengan Singapura. Meskipun
Malaysia kehilangan hak terhadap Pulau Batu Puteh, pemilikan hak Batuan Tengah akan memberikan
kuasa untuk aktiviti maritim dan memantau kegiatan Singapura di Pulau Batu Puteh.
2