BAB 8 Halaman 169
RANCANGAN BUKU HIJAU
1. Rancangan Buku Hijau juga dikenali sebagai Gerakan Bumijaya.
2. Tujuan Rancangan Buku Hijau diperkenalkan untuk melipatgandakan pengeluaran bahan-bahan
makanan supaya cukup untuk keperluan negara, menambahkan pendapatan rakyat luar bandar
sebagai usaha mengurangkan tekanan inflasi dan menggalakkan setiap lapisan rakyat supaya
lebih cergas melibatkan diri dalam usaha pembangunan.
3. Tujuan lain untuk memaksimumkan penggunaan tanah yang dapat menghasilkan pendapatan
sampingan.
4. Rancangan yang diatur adalah seperti menggalakkan tanaman jangka pendek, iaitu tanaman
selingan dan bukan selingan seperti jagung, sekoi dan kacang tanah di samping ternakan haiwan
dan pemeliharaan ikan air tawar.
5. Langkah diambil bagi melicinkan sistem pemasaran melalui FAMA, Lembaga Pertubuhan
Peladang dan agensi lain pertanian bagi menentukan hasil keluaran dapat dipasarkan dengan
harga yang munasabah
6. Satu Jawatankuasa Petugas Rancangan Buku Hijau Peringkat Negeri telah ditubuhkan dengan
dipengerusikan oleh Menteri Besar. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mengkaji dan
mengesan kemajuan keseluruhan rancangan pembangunan.
7. Pada peringkat daerah pula, Urusetia Rancangan Buku Hijau Daerah telah ditubuhkan dengan
dipengerusikan oleh Pegawai Daerah.
8. Langkah pertama bagi melaksanakan rancangan ini adalah dengan memberikan penerangan
kepada orang ramai mengenai konsep dan tujuan rancangan tersebut.
9. Kempen juga diadakan untuk menggalakkan orang ramai supaya menjayakan kawasan tanah di
sekeliling rumah mereka dengan tanaman dan ternakan jangka pendek.
10. Melalui rancangan ini, Malaysia dapat mengurangkan import bahan makanan yang boleh ditanam
di negeri sendiri. Seterusnya secara langsung dapat mengelakkan pengaliran wang keluar.
1