The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fiknormi, 2022-02-16 00:20:16

KRMJ PPW PERUCAPAN AWAM EDITED

KRMJ PPW PERUCAPAN AWAM EDITED

MODUL
PENGUCAPAN AWAM

PROGRAM PERINTIS WARISAN
KAREKTOR MURID JOHOR (KRMJ)

GARIS PANDUAN

PENGENALAN

Pengenalan Modul Perintis Warisan
1.0 Fasilitator akan memberikan pengenalan kepada pengucapan salam sebelum
memberi sesuatu ucapan bagi program atau majlis rasmi.
2.0 Fasilitator memberikan demonstrasi di hadapan murid-murid
3.0 Mukadimah yang digunakan adalah seperti berikut :

Assalamualaikum, salam sejahtera dan SALAM DARUL TAKZIM
4.0 Setiap murid mengikut demonstrasi yang ditunjukkan oleh fasilitator berdasarkan
gaya dan intonasi yang bervariasi.
5.0 Sebagai tambahan, fasilitator akan mendemonstrasikan serangkap pantun
sebelum memberikan ucapan

Cadangan Struktur Modul Bulan
JANUARI
Bil Tajuk
1. Pengenalan kepada salam FEBRUARI
MAC
Hatimu Miliku APRIL
2. Banyak udang, banyak garam MEI
3. Membaca bukan hobi JUN
4. Berita Terkini JULAI
5. Komunikasi berkesan OGOS
6. BTB- Boleh Tidak Boleh SEPTEMBER
7. Jom Buat OKTOBER
8. Berani Bak Wira NOVEMBER
9. Practice Make Perfect DISEMBER
10. My Identity
11. Am I good Enough?
12. Bahasa Berirama

MODUL
PENGUCAPAN AWAM
PROGRAM PERINTIS WARISAN
KAREKTOR MURID JOHOR (KRMJ)

DISEDIAKAN OLEH:
MOHAMMAD AZHAN BIN SHAHROM

PPD KLUANG

BAGAIMANA MENAWAN HATI AUDIENS

Sebagai penceramah, anda harus berusaha untuk menawan hati audiens, sama ada
audiens yang datang secara sukarela atau audiens yang "terpaksa" hadir. Tawanlah
hati mereka dengan kebijaksanaan dan pengetahuan anda bukan dengan sebab
mereka terpaksa hadir untuk mendengar ucapan anda. Terdapat 3 strategi yang boleh
dilakukan:

1 Meraikan Kehadiran Audiens

Audiens akan dapat bertahan lama apabila mereka dapat merasai bahawa penceramah
menghargai kehadiran mereka. Penceramah harus memuliakan audiens dengan
ucapan hormat, pujian dan kata- kata yang memberangsangkan. Elakkan
menggunakan perkataan seperti ‘kamu’sebaliknya anda harus memperbanyakkan
penggunaan "kita" atau "rakan-rakan sekalian." Dengan ini. penceramah akan dapat
mewujudkan rapport atau hubungan haik bersama audiens dan audiens bersama anda
dalam banyak perkara. Contoh yang anda boleh gunakan adalah seperti ini:

a.Saya yakin rakan-rakan akan bersetuju dengan saya jika saya katakan……
b Kita tidak seharusnya menghampakan harapan…….
c.Saya mengingatkan audiens dan diri saya sendiri bahawa….
d.Disini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan mengenai…

2.Peka Dengan Kebajikan Audiens
Kadangkala sesuatu perjumpaan di mana audiens terlalu ramai sehingga tidak cukup
tempat duduk, hari hujan, bilik terlalu panas, cahaya lampu tidak terang serta
pandangan audiens terhalang oleh sesuatu dan seumpamanva.Maka dalam hal ini
penceramah haruslah mampu untuk menguruskan segera kebajikan mereka agar
audiens dapat memberi perhatian kepada anda dan ucapan anda.

3. Melibatkan Audiens

Audiens yang datang secara sukarela untuk mendengar sesuatu ceramah atau ucapan
akan seronok untuk berada lebih lama di tempat ceramah sekiranya penceramah

berjaya melibatkan mereka dalam sesi ucapannya. Lazimnya penceramah boleh
mengemukakan kan soalan-soalan ringkas yang memerlukan jawapan "ya" atau "tidak,
"setuju" atau "tidak daripada audiens. Misalnya, anda boleh bertanya:

1.Adakah kita hanya boleh berusaha setakat ini sahaja?

2.Setujukah rakan-rakan jika saya katakan pasukan Chelsea lebih hebat berbanding
Liverpool?

3.Apa yang ditunggu lagi? Marilah bersama-sama saya untuk menyahut seruan ini.
Setuju?

AKTIVITI 1

TAJUK : Hatimu Miliku

MASA : 30 Minit
BAHAN : Alat tulis dan buku nota

KAEDAH PENYAMPAIAN : Individu/Berkumpulan

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti ini pelajar dapat:

1. Mengenalpasti Teknik dan taktik yang sesuai untuk
menawan hati audiens

2. Mengenal pasti kemahiran mengendalikan majlis
dengan suasana yang sesuai

3. Menggunakan startergi yang sesuai untuk menawan
hati audiens

KAEDAH:

1. Fasilitator mengucapkan salam dan Selamat Sejahtera kepada pelajar.
2. Fasilitator menerangkan stratergi bagaimana menawan hati audiens dengan

contoh-contoh yang berkaitan
3. Murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut situasi dan tajuk

pengucapan awam
4. Situasi dan tajuk yang boleh digunakan sebgai latihan adalah

a.Pengucapan murid setelah dinobatkan sebagai olahraga sekolah
b.Murid memberikan ucapan bagi menaikkan semangat sebelum peperiksaan
c.Ucapan murid selepas dilantik menjadi ketua murid
d.Ucapan murid sempena hari guru di perhimpunan

5. Fasilitator memaklumkan setiap kumpulan hendaklah melakonkan babak/ situasi
tersebut dengan menggunakan stratergi yang telah diterangkandalam masa 3-4
minit

6. Murid membuat pembentangan di hadapan rakan-rakan yang lain
7. Fasilitator membuat rumusan.

FALSAFAH :
Audiens merupakan aset utama yang perlu dijaga dalam sesebuah perucapan

awam.Sentuh hati mereka,maka pentas akan menjadi milik anda

MENANGANI GELAGAT NEGATIF AUDIENS

Di kalangan audiens pasti terdapat seorang atau dua yang mungkin berkelakuan
negative atau tidak sopan semasa pengucapan awam yang sedang berjalan atau
semasa sesi soal jawab. Penceramah atau pengerusi majlis harus bijak menangani
gelagat negatif ini kerana reaksi anda terhadap mereka boleh Mempengaruhi
kewibawaan anda. Anda tidak perLu:

a. Bersikap difensif dan berhujah dengan mereka.
b. Memberi kuliah kepada mereka.
c. Mengugut mereka.
d. Tidak pedulikan mereka.
e. Mengkritik mereka.
f. Mengarah mereka keluar.

Sebaliknya anda boleh menangani hal-hal seperti di atas dengan tiga teknik iaitu:
1. Bersikap neutral.
2. Menenangkan keadaan.
3. Meminimumkan kesan yang tidak baik.
4.Membuat satu sindiran/gurauan

Situasi 1

Audiens Datang Lewat

Cara penyelesaiannya:

a.Jika anda telah mulakan ucapan anda dan terdapat beberapa orang masuk lewat ke
dalam bilik ceramah, sebutkan secara bersahaja, "Hmmm minta maaf,
mungkin saya mulakan ucapan saya terlalu awal."

b.Diam membisu sebentar sehingga orang yang datang lewat itu mengambil tempat
duduknya.

c.Beritahu orang berkenaan (secara berjenaka) bahawa mereka baru sahaja terlepas
sesuatu yang amat berharga, misalnya cabutan nombor bertuah, kuiz, edaran risalah
atau seumpamanya.

Situasi 2

Ada audiens yang suka berbisik-bisik dan berbual-bual perlahan semasa penceramah
menyampaikan ucapan.

Cara penyelesaiannya:

a.Dekati orang berkenaan sambal anda menyampaikan ucapan jika bilik ceramah itu
kecil atau keadaan mengizinkan.

b.Berhenti berucap atau diam membisu seketika dan pandang kepada orang
berkenaan.

c.Tanyakan satu soalan kepada audiens, kemudian panggil ama orang yang berbisik-
bisik untuk memberikan reaksi atau jawapan kepada soalan anda.

Situasi 3

Audiens keras kepala dan menimbulkan suasana tidak baik dalam majlis

Cara penyelesaiannya:

a)Nyatakan kepada audiens supaya bersabar mendengar ceramah anda hingga
selesai.

b)Nyatakan rangka ucapan anda pada awal ucapan supaya audiens mendapat
gambaran penuh tentang apa yang akan disentuh dalam ceramah anda.

c)Nasihat audiens supaya berfikiran terbuka dan berlapang dada.

d)Minta salah seorang audiens bangun untuk memberikan respons. Biarkan orang yang
menimbulkan masalah itu berdepan dengan audiens yang lebih ramai.

e)Sediakan bahan bukti, data atau fakta tambahan (simpanan) untuk ditunjukkan.

f)Gunakan pendekatan diplomasi seperti "Anda mungkin betul tetapi berdasarkan
kepada data yang ada menunjukkan bahawa andaian anda tidak tepat."

g)Minta orang yang bermasalah itu memberikan jawapan kepada soalan anda,
misalnya: "Jika anda tidak setuju dengan pendapat saya ini. sila berikan cara lebih
seseui ia dilaksanakan

AKTIVITI 2

TAJUK : Banyak Udang Banyak Garam, Banyak Orang Banyak …..

MASA : 30 Minit
BAHAN : Alat tulis dan buku nota

KAEDAH PENYAMPAIAN : Individu/Berkumpulan

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti ini pelajar dapat:

1. Mengenalpasti Teknik dan taktik yang sesuai untuk
mengawal audiens

2. Mengenal pasti kemahiran mengendalikan majlis
dengan suasana yang harmoni

KAEDAH:

1. Fasilitator mengucapkan salam dan Selamat Sejahtera kepada murid
2. Fasilitator menerangkan tentang tajuk aktiviti.
3. Murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut situasi dan posisi

pengucapan awam
4. Situasi dan tajuk yang boleh digunakan sebgai latihan adalah

a.Penceramah melihat sekumpulan audiens yang rancak bersembang
b.Pengacara majlis melihat ada audiens yang tiba lewat
c.Penceramah menerima respon negetif dari audiens
5. Fasilitator memaklumkan setiap kumpulan hendaklah memberikan stratergi yang
bersesuaian bagi mengawal audiens negetif ini tanpa memberikan contoh seperti
penerangan diatas

6. Murid membuat pembentangan di hadapan rakan-rakan yang lain

7. Fasilitator membuat rumusan.

FALSAFAH :

Kepelbagaian manusia mewujudkan pelbagai suasana dan perlu dikawal jika
ianya bertentangan dengan kehendak majlis atau mengganggu perjalanan sesuatu
program.Meraikan perbezaan itu perlu namun mencari persamaan itu adalah yang
terbaik

AKTIVITI 3
TAJUK : Membaca bukan Hobi
MASA : 30 Minit
BAHAN : Majalah/Surat Khabar,Kertas dan alat tulis
KAEDAH : Berkumpulan
OBJEKTIF : Di akhir aktiviti ini pelajar dapat:

1. Memulakan pengucapan awam dengan berkesan
2. Berfikir dengan pantas
3. Melatih diri pengucapan awam
Kaedah
1. Fasilitator mengucapkan salam dan selamat sejahtera kepada murid
2. Fasilitator memberikan contoh cara memulakan pengucapan awam dengan
beberapa cara
2.1.Mulakan dengan nombor
Penduduk Malaysia dianggarkan 32.73 juta orang pada suku keempat 2020 dan
penduduk lelaki melebihi penduduk perempuan iaitu masing-masing 16.83 juta
dan 15.90 juta.
2.2 Mulakan dengan fakta
Malaysia pernah dijajah oleh British,Jepun dan telah merdeka sejak tahun 1957
2.3 Mulakan dengan keadaan
Cuaca hari ini nampaknya mendung dan dingin namun begitu saya merasakan ia
tidak menggambarkan perasaan dan jiwa rakan-rakan sekalian

2.4 Mulakan dengan trivia
Tahukah anda bahawa Hutan Hujan Tropika di Malaysia lebih berusia dr Hutan
Hujan Amazon

2.5 Mulakan dengan peribahasa/pantun
Ramaila orang menanam tebu,saya seorang menanam padi
Ramaila orang karam di laut,saya seorang karam di hati..amboiiiiii

3. Fasilitator berkongsi tajuk/tema aktiviti hari ini.Sebagai seorang yang akan
memberi pengucapan awam membaca sangat penting,ianya bukan hobi kerana
hobi adalah perkara yang dilakukan pada masa lapang.Ia adalah satu
kemestian,ia adalah satu kewajiban untuk menambahkan ilmu.
4. Murid diberikan senaskah majalah.surat khabar.Mereka dikehendaki pilih satu
artikel/berita dan sampaikan kepada rakan-rakan kumpulan.Gunakan salah satu
cara memulakan pengucapan awam yang diberikan oleh fasilitator sebagai
pendahuluan
5. Murid perlu bercakap di hadapan rakan-rakan kumpulan sekurang-kurangnya 2
minit
6. Sesi ini diselesaikan dengan pembentangan kekuatan dan perkara yang perlu
diperbaiki oleh murid-murid.

Falsafah: Keberanian individu untuk berhadapan dengan orang sekeliling semasa
berbicara beserta sifat sedia menerima kritikan akan membuatkan dia dikagumi dan
diakui kehebatannya.

AKTIVITI 4
TAJUK : BERITA TERKINI
MASA : 40 minit
ALATAN : MEJA DAN KERUSI
OBJEKTIF :
1. Supaya peserta dapat bertindak dengan pantas beserta dengan pemikiran yang tajam.
2. Supaya melatih peserta membuat pengucapan di hadapan.
3. Supaya peserta sedar tentang diri sendiri dari sudut pandangan orang lain.
PROSEDUR :
1. Fasilitator mengarahkan supaya ahli kumpulan duduk dalam satu kumpulan kecil.
2. Fasilitator meminta seorang ahli duduk di tengah-tengah kumpulan sebagai pemberita
3.Pemberita dikehendaki mengambil teks berita dan melakon watak seorang pembaca
berita di atas meja
3. Setiap ahli yang lain diminta mendengar dan mencatat isi-isi penting dan memberikan
impresi mereka terhadap pemberita (Fasilitator akan bertindak sebagai penganggu
kepada ahli yang lain)
4. Proses tadi diulang sehingga semua ahli dapat maklum balas daripada ahli-ahli lain.
5. Setelah selesai fasilitator boleh bertanya tentang maklumat yg dikongsikan oleh
pemberita dan semak adakah sama dengan yg di catatkan oleh rakan2 yang
lain.Fasilitator akan minta ahli-ahli kelompok memberi pendapat tentang aktiviti tersebut.

LAMPIRAN

Contoh berita

1.

TIGA PELAJAR KEMALANGAN DEPAN SEKOLAH

NOR FARHANA YAACOB | | 3 September 2020

ALOR GAJAH - Dua pelajar tingkatan lima cedera parah manakala seorang lagi cedera
ringan dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dalam kejadian di hadapan
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dol Said, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 1.45 tengah hari itu, mangsa terlibat ialah pelajar Kolej
Vokasional Datuk Seri Mohd Zin, iaitu Muhammad Iman Zarif Mohamad Zulaizam,17, dan
Nur Amanina Azman serta Nur Adibah Salleh yang juga berusia 17 tahun dari Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Dol Said.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan, Arshad Abu berkata, dalam kejadian itu,
motosikal ditunggang oleh Nur Adibah dan dibonceng oleh Nur Amanina baru keluar dari
kawasan sekolah dan membelok ke arah Bandar Alor Gajah.

Bagaimanapun menurutnya, Muhammad Iman Zarif yang menunggang motosikal Honda
EX5 yang datang dari arah bertentangan menghala ke Kelemak gagal mengelak
motosikal dua pelajar berkenaan.

"Pelajar lelaki tersebut tidak dapat mengelak dan terus melanggar mereka berdua. Akibat
pelanggaran itu kesemua mangsa tercampak ke laluan bertentangan," katanya.

Tambahnya, mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk menerima rawatan dan
kenderaan mereka ditahan untuk pemeriksaan Puspakom.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) APJ 1987.

2. ERRA FAZIRA SELAMAT DIIJABKABULKAN

TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN | | 5 November 2020

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli
Mohamad Al-Bakri memuat naik beberapa keping gambar pengantin yang dikenali
sebagai Erra Fazira diijabkabulkan hari ini.

Bagaimanapun menerusi perkongsian di laman Facebooknya, wanita berkenaan
bukanlah figura ternama tanah air.

Menurutnya, majlis akad nikah wanita tersebut dan suaminya berlangsung di pejabat
Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) pagi tadi dengan mematuhi prosedur operasi
standard (SOP) yang ditetapkan.

Majlis akad nikah wanita tersebut dan suaminya berlangsung di pejabat Jabatan Agama
Islam Wilayah (JAWI) pagi tadi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang
ditetapkan.

Beliau turut menitipkan doa buat mempelai tersebut.

"Tahniah Puan Erra Fazira dan suami atas pernikahan sebentar tadi.

"Moga ikatan perkahwinan diberkati Allah SWT, berbahagia dengan pasangan masing-
masing dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah," katanya.

3.PELAJAR MAUT AKIBAT KERETA BUAT PUSINGAN U

NORMAWATI ADNAN | | 8 September 2020

IPOH - Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut apabila motosikal
ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta yang membuat pusingan U di Jalan
Tanjung Rambutan-Chemor, berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Tanjung Rambutan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Nurul Syahira Zamri, 16, dari Kampung Kolam,
Jalan Chemor disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan ke sekolah dengan menaiki motosikal jenis
Honda SM Sport yang baru sahaja dibeli bapanya untuk kemudahan pergi ke sekolah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian
berlaku apabila kereta jenis Perodua Kenari dipandu wanita berusia 46 tahun membuat
pusingan U secara tiba-tiba menyebabkan mangsa yang berada di laluan berkenaan
tidak sempat mengelak.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di
bahagian kepala, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)
Ipoh untuk bedah siasat.," katanya.

"Bagaimanapun kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan, cuma
kerosakan pada kenderaan masing-masing.
“Pemeriksaan lanjut mendapati pemandu wanita tersebut tidak mempunyai lesen
memandu," katanya.

"Siasatan lanjut kini diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,"
katanya.

4 PENYERANG JDT SAMBUT KELAHIRAN ANAK KEDUA

NOR AZURA MD AMIN | | 14 November 2020

PENYERANG muda JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, menyambut kelahiran anak
kedua hari ini

Isterinya, Nor Amalina Norain, 25, selamat melahirkan bayi lelaki secara normal pada jam
2.05 petang di Hospital Pakar KPJ Puteri di Johor Bahru

Kehadiran bayi seberat 2.74 kilogram itu melengkapkan seri keluarga penyerang
kelahiran Pulau Pinang itu yang sebelum ini dikurniakan anak perempuan, Aaira Nur
Safiyya yang kini berusia 2 tahun 3 bulan.

Nor Amalina berkata, kedua-dua kelahiran anaknya disambut Pakar Perunding
Perbidanan dan Sakit Puan, Laila Shikh A Rahman.
“Istimewanya, jika dulu kakaknya (anak pertama) lahir pada Hari Raya Aidiladha, adiknya
pula lahir ketika sambutan perayaan Deepavali hari ini. Kedua-duanya jatuh hari cuti
umum,” katanya di sini hari ini.

Pasangan itu turut menerima kerusi keselamatan bayi daripada pengurusan KPJ Puteri
bersempena program Bayi Merdeka yang dilancarkan pada 29 Ogos lalu.

5.BLACKPINK HANGATKAN PERTEMPURAN PUBG

MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI 25 September 2020

KEGILAAN anak-anak muda terhadap platform permainan video e-Sukan semakin
menjadi fenomena sehingga menyaksikan syarikat pengeluar antarabangsa sentiasa
mencari strategi untuk terus menarik minat pengguna.

Terbaharu, permainan video bertemakan battle royale ter­kenal, PlayerUnknown’s
Battlegrounds (PUBG) Mobile me-ngadakan kerjasama dengan kumpulan penyanyi
wanita No. 1 Korea Selatan, Blackpink bagi kempen musim baharu kali ini.

Ini bukan kali pertama syarikat pencipta PUBG, Tencent be-kerjasama dengan artis
antarabangsa kerana mereka sebelum ini pernah berkolaborasi de-ngan pencipta lagu
terkenal, Alan Walker pada tahun lalu.

Jalinan kerjasama antara Blackpink sudah mula dihidu oleh peminat fanatik kumpulan
tersebut apabila PUBG memuat naik karakter yang dilihat seolah-olah seperti Jisoo,
Jennie, Rose dan Lisa.

Menurut YG Entertainment, lagu Blackpink berjudul How You Like That akan digunakan
sebagai muzik latar untuk permainan video PUBG Mobile.

Sebagai rekod, PUBG dianggap sebagai permainan video terkenal khususnya buat
platform mobile dengan jumlah keseluruhan muat turun yang dibuat sehingga kini lebih
600 juta.

Lebih menarik, PUBG juga te-lah menjadikan Tencent sebagai syarikat pengeluar
permainan video paling mewah apabila me-raih keuntungan lebih AS$3 bi-lion (RM12.4
bilion) sejak ia dilancarkan pada 2017.

MODUL
PENGUCAPAN AWAM
(ETIKA DAN PROTOKOL)
PROGRAM PERINTIS WARISAN
KAREKTOR MURID JOHOR (KRMJ)

DISEDIAKAN OLEH:
CIKGU NUR HIDAYAH BT MD NOH
SK TUNKU MAHMOOD 2, KLUANG JOHOR

CIKGU NAIMAH BT AHMADI
SK LEDANG, TANGKAK JOHOR

AKTIVITI 1

TAJUK : ETIKA BERPAKAIAN PENGUCAPAN AWAM

MASA : 60 Minit
BAHAN
: Lampiran A
Tie
Blazer
Alat tulis dan buku nota

KAEDAH PENYAMPAIAN : Individu

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti ini pelajar dapat:

1. Menetapkan standard pemakaian jika diberi tugas
pengucapan awam.

2. Mengenal pasti kemahiran mengendalikan majlis
dengan pakaian yang sesuai

3. Meningkatkan tahap kualiti keterampilan dan
berkeyakinan berpakaian semasa mengendalikan
majlis.

KAEDAH:

8. Fasilitator mengucapkan salam dan Selamat Sejahtera kepada pelajar.
9. Fasilitator mengedarkan lampiran A.
10. Fasilitator menayangkan video etika berpakaian semasa pengucapan awam

bersesuaian dengan majlis.
11. Murid diminta mendengar dan melihat tayangan cara berpakaian yang sesuai

semasa pengucapan awam

12. Murid diminta membuat praktikal pemakaian tie dan blazer.
13. Fasilitator memaklumkan bagi perempuan makeup adalah diwajibkan tetapi tidak

perlu keterlaluan.
14. Fasilitator dan pelajar membuat perbincangan.
15. Fasilitator membuat rumusan. Antara rumusan yang dibuat berdasarkan aktiviti

Etika Berpakaian ialah:
8.1 Fasilitator menekankan kepada murid pakaian semasa
pengucapan awam perlu sesuai mengikut kesesuaian majlis
8.2 Fasilitator juga menyatakan bahawa “usaha kita pada hari ini,
akan membuahkan hasil pada masa akan datang”.
8.3 Pengucapan awam yang baik dan bagus membantu dalam
kelancaran majlis.

FALSAFAH :

Keterampilan diri melambangkan imej pengucapan awam yang baik

LAMPIRAN A

TAJUK AKTIVITI 2

MASA : PROTOKOL PENGUCAPAN AWAM
BAHAN “Komunikasi Berkesan”
: 60 Minit
: Mic
Skrip Pengacara
Alat tulis dan buku nota

KAEDAH PENYAMPAIAN : Individu

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti ini pelajar dapat:

1. Murid dapat mengatasi rasa gemuruh jika diberi tugas
pengucapan awam.

2. Memantapkan kemahiran komunikasi

3. Meningkatkan ilmu pengetahuan mengendalikan majlis
dengan baik.

KAEDAH:

1. Fasilitator mengucapkan salam dan Selamat Sejahtera kepada pelajar.
2. Fasilitator mengedarkan teks pengacaraan majlis.
3. Fasilitator membuat demo pengucapan awam dengan lenggok bahasa yang jelas

dan tersusun
4. Murid diminta mendengar dan melihat demo pengucapan awam oleh fasilitator.
5. Murid diminta membuat praktikal pengucapan awam.
6. Fasilitator membimbing murid semasa melakukan praktikal pengucapan awam
7. Fasilitator dan pelajar membuat perbincangan tentang komunikasi yang berkesan.
8. Fasilitator membuat rumusan. Antara rumusan yang dibuat berdasarkan aktiviti

komunikasi berkesan ialah:

8.1 Fasilitator menekankan kepada murid lontaran suara dan lenggok
bahasa yang baik menjadikan pengucapan awam itu nampak
sempurna

8.2 Fasilitator juga menyatakan bahawa jika kita selalu berlatih
mengendalikan pengucapan awam kita dapat tambah baik
kemahiran pengucapan awam kita.

8.3 Pengucapan awam yang baik mewujudkan komunikasi yang baik
dan berkesan.

FALSAFAH :
“Keyakinan bukan soal sejauhmana hebatnya kita, tetapi soal
sejauhmana kita menghargai diri sendiri”

TAJUK AKTIVITI 3
: ETIKA PENGGUNAAN BAHASA
MASA “ BTB - Boleh Tidak Boleh”
BAHAN : 60 Minit
: Lampiran B

Alat tulis dan buku nota

KAEDAH PENYAMPAIAN : Individu dan berkumpulan

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti ini pelajar dapat:

1. Mengetahui etika penggunaan bahasa dalam
pengucapan awam.

2. Menyenaraikan etika penggunaan bahasa dalam
pengucapan awam.

3. Mengenalpasti perkara yang perlu diutamakan dan
perkara yang perlu dielakkan dalam penggunaan
bahasa dalam pengucapan awam.

KAEDAH:

1. Fasilitator mengucapkan salam dan Selamat Sejahtera kepada murid.
2. Fasilitator menayangkan contoh video pengucapan awam yang mematuhi etika

dan tidak mematuhi etika pengucapan awam kepada murid.
3. Murid diminta membuat sumbang saran dengan memberi pendapat tentang video

yang ditayangkan.
4. Fasilitator mengedarkan lampiran B.
5. Murid diminta melengkapkan lampiran B berdasarkan dua contoh video

pengucapan awam yang telah dipertontonkan.

6. Murid diminta membentangkan lampiran B.
7. Fasilitator menerangkan kepada murid tentang perkara penting dalam

memastikan pengucapan awam yang berkesan iaitu:
● Percakapan - bukan persuratan.
● Mudah dan Jelas - ayat tidak terlalu berbunga.
● Sesuai dengan tahap penguasaan audien - lihat samada orang kampung,
intelek, kanak-kanak, remaja dan sebagainya.
● Kuasai loghat atau bahasa audien.

8. Fasilitator membuat rumusan dan perbincangan dengan menekankan
kepentingan mematuhi etika komunikasi kerana pengucapan awam yang
berkesan merupakan faktor utama kejayaan sesebuah majlis.

FALSAFAH :

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

LAMPIRAN B

AKTIVITI 4

TAJUK : ETIKA PENGGUNAAN BAHASA
: “Jom Buat!”

MASA : 60 Minit

BAHAN : Mikrofon

Alat tulis dan buku nota

KAEDAH PENYAMPAIAN : Berkumpulan

OBJEKTIF : Di akhir aktiviti ini pelajar dapat:

1. Mengaplikasikan etika penggunaan bahasa dalam
pengucapan awam.

2. Meningkatkan tahap etika dan kualiti keterampilan
dalam pengucapan awam.

KAEDAH:

1. Fasilitator mengucapkan salam dan Selamat Sejahtera kepada murid.
2. Fasilitator bersoal jawab tentang aktiviti “BTB - Boleh Tidak Boleh” yang telah

dilaksanakan.
3. Murid diminta membentuk kumpulan perbincangan.
4. Murid diminta berbincang tentang topik yang ingin diutarakan di dalam aplikasi

pengucapan awam.
5. Murid melakukan pengucapan awam dengan memastikan etika penggunaan

bahasa dalam pengucapan awam dipatuhi.
6. Ahli kumpulan lain perlu memberi pendapat tentang perkara yang boleh dan tidak

boleh dilakukan di dalam penggunaan bahasa di dalam pengucapan awam.
7. Fasilitator sekali lagi menerangkan kepada murid tentang perkara penting dalam

memastikan pengucapan awam yang berkesan iaitu:

● Melaksanakan ucapan dalam gaya percakapan dan bukan persuratan.
● Menggunakan ayat yang mudah dan jelas serta tidak berbunga-bunga.
● Penggunaan bahasa yang sesuai dengan tahap penguasaan audien

samada orang kampung, intelek, kanak-kanak, remaja dan sebagainya.
● Menguasai bahasa tempatan (loghat) atau bahasa audien adalah satu

kelebihan.
8. Fasilitator membuat rumusan dan perbincangan dengan menekankan bahawa

pengucapan awam merupakan sesuatu yang boleh dipelajari dan menjadi laluan
untuk mencapai kejayaan.
9. kepentingan mematuhi etika komunikasi kerana pengucapan awam yang
berkesan merupakan faktor utama kejayaan sesebuah majlis.

FALSAFAH :

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

MODUL
PENGUCAPAN AWAM
PROGRAM PERINTIS WARISAN
KAREKTOR MURID JOHOR (KRMJ)

DISEDIAKAN OLEH:
NURUL NADIA BINTI MOHD ZIN,
SMK TAMAN MUTIARA RINI 2 JB

AKTIVITI 1

TAJUK : Berani Bak Wira

TEMPOH MASA : 30-60 minit

BAHAN : Tiada

KAEDAH PENYAMPAIAN : Persembahan individu dan perbincangan

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ini, peserta akan dapat:

1. Menunjukkan keberanian apabila berhadapan dengan orang lain.
2. Melatih diri untuk menerima kritikan orang lain dengan hati terbuka serta menegur

secara berhemah.
3. Memperbaiki diri menjadi individu yang lebih yakin dengan kebolehan diri.
Langkah-langkah:

1. Fasilitator mengarahkan supaya semua ahli kumpulan duduk dalam satu bulatan kecil.
2. Fasilitator meletakkan satu botol di tengah bulatan dan memutarnya untuk memulakan

undian giliran. Arah botol berhenti menentukan giliran peserta yang akan berada di
tengah-tengah bulatan.
3. Setiap ahli kumpulan yang bukan berada di tengah-tengah bulatan diminta memberi
impresi dalam berbentuk komen, teguran, kritikan atau nasihat kepada individu yang
duduk di tengah-tengah bulatan.
4. Di dalam aktiviti ini, setiap ahli akan meluahkan apa yang terpendam di dalam hati
masing-masing kepada rakan mereka yang berada di tengah bulatan.

5. Peserta di tengah pula perlu membalas semula dakwaan, komen atau kritikan yang
dilontarkan kepadanya dan rakan-rakan di luar bulatan diminta mengesan tanda-tanda
cemas atau takut seperti gugup, tergamam (speechless) dan lain-lain yang ada pada
peserta yang sedang berada di tengah-tengah semasa membalas dakwaan rakan
sekeliling.

6. Apabila semua ahli kelompok telah memberikan impresi mereka kepada individu yang
berada di tengah-tengah bulatan, undian akan dilakukan untuk mengambil alih tempat
di tengah-tengah bagi menggantikan ahli tadi.

7. Proses tadi diulang sehingga semua peserta dapat peluang memberi dan membalas
komen daripada ahli-ahli lain.

8. Setelah selesai, fasilitator minta setiap ahli kelompok berbincang apakah tanda-tanda
ketakutan yang dikesan semasa bercakap di tengah bulatan dan bagaimana cara
mengatasi masalah takut, cemas atau gugup untuk berkomunikasi di hadapan orang
ramai.

9. Fasilitator membimbing peserta membincangkan tentang sikap Rasulullah yang berani
dan sabar menghadapi cabaran daripada umatnya sebagaimana firman Allah dalam
surah Muhammad, ayat 31 yang bermaksud, “Dan sesungguhnya, Kami benar-benar
akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di
antara kamu”.

10. Pusingan kedua dilakukan dengan mengulang semula langkah 2 hingga 7 dan
fasilitator membincangkan hasil dan perbandingan penyampaian pusingan 1 dengan
2 bersama-sama ahli kelompok.

11. Fasilitator membuat rumusan aktiviti:

11.1 Setiap individu perlu mempunyai keberanian dan semangat yang kuat untuk
berhadapan dengan orang sekeliling selagi apa yang dilakukan tidak menyalahi
undang-undang dan agama.

11.2 Menghargai pendapat orang lain dalam usaha memperbaiki nilai keberanian
dan keyakinan diri.

11.3 Contohi kepimpinan Rasulullah yang yakin dan sabar menghadapi kritikan umat
untuk menyebarkan dakwah dengan berkesan.

MODUL
PENGUCAPAN AWAM
PROGRAM PERINTIS WARISAN
KAREKTOR MURID JOHOR (KRMJ)

DISEDIAKAN OLEH:
LIYANA HASSAN

SMK SERI KOTA PALOH

Tajuk AKTIVITI 1
Masa : MEMBENTUK KEYAKINAN “PRACTICE MAKE PERPECT”
Bahan :1 JAM
Kaedah : TEKS UCAPAN (INTRO MAJLIS)
Objektif : INDIVIDU

Kaedah : Di akhir aktiviti ini pelajar dapat:
1. Membina Keyakinan Diri
2. Mengawal Emosi “ Nervous” Dengan Baik
3. Menyampaikan Teks Ucapan Secara Tenang Dan Teratur

1. Fasilitator mengucapkan salam dan selamat sejahtera
2. Fasilitator mengajukan soalan rawak untuk melihat ketersedian pelajar
3. Fasilitator mengarahkan seorang pelajar untuk bebicara secara spontan,
berkaitan tajuk yang diberikan, selama 1 minit.
4. Fasilitator mengedarkan teks ucapan (intro)
5. Pelajar di arahkan (baca sekali) sahaja teks tersebut
6. Kemudian fasilitator mengarahkan seorang pelajar membaca teks tersebut
seperti mengacarakan sesuatu majlis (boleh dirakam)
7. Dan fasilitator memberikan komen berkenaan penyampaian pelajar tersebut
8. Pelajar diarahkan untuk mencatat segala komen dari fasilitator, bertujuan untuk
memperbaiki segala kesilapan yang telah dilakukan.
9. Kemudian pelajar diberikan masa selama 5 minit untuk membaca teks tersebut
secara berulang-ulang kali (sekurang-kurangnya 10 kali) dengan cara nada dan
intonasi yang tepat dan bersesuaian sebagai seorang pengacara.
10. Seorang pelajar akan dipilih untuk menyampaiankan teks ucapan tersebut
(boleh dirakam)
11. Fasilitator akan menayangkan semula video rakaman baca sekali dan bacaan
berulang kali kemudian memberikan komen semula untuk dibandingkan dengan

komen terdahulu pada para 8 (perbandingan baca sekali dengan 10 kali mana
yang lebih baik peyampaianya)
12. Hasil komen dicatat untuk menilai hasil keputusan iaitu bacaan sekali atau
berulangkali yang lebih baik (boleh buat dalam bentuk jadual)
13. hasilnya akan tercapai jika aktivti atau kerja dilakukan secara berulang-ulang
kali seperti “pengkhususan kerja” akan melahirkan insan yang lebih mahir dan
hebat dalam sesuatu kerja tersebut.

P/s : Jika perlu fasilitator boleh menunjukan video cara penyampaian MC terbaik
kepada pelajar untuk dijadikan contoh.

Aktiviti 2

Tajuk : Kuasa Dan Kekuasaan

Masa : 1 Jam

Bahan : Teks Ucapan Tidak Lengkap Dan Salah

Kaedah : Individu Dan Kumpulan Pelajar

Objektif : Pada Akhir Aktiviti Ini, Peserta Akan Dapat:

1. Menunjukan Sikap Sentiasa Bersedia

2. Mengendalikan Sesuatu Majlis Dengan Sempurna

Kaedah

1. Fasilitator membuat ujian suara kepada pelajar, dengan cara pelajar membaca

teks majlis yang tidak lengkap dan salah

2. Kemudian fasilitator akan menunjukan contoh nada suara yang betul dan tepat

dalam membaca teks majlis berserta cara untuk membetulkan teks tersebut.

3. Fasilitator akan menjelaskan cara menyampaiakan teks majlis dengan tepat

bersertakan contoh, (disini pelajar perlu sematkan di dalam diri masing-masing

dengan cara mempraktikannya)

4. Fasilitator akan mengarahkan seorang pelajar untuk menjadi MC dalam

mengendalikan suatu majlis (lakonan dalam kumpulan kecil) Untuk mendapatkan

hasil terbaik sewaktu sesuatu majlis dilaksanakan MC perlu mengawal nada suara

dengan baik di mana MC perlu (hargai setiap perkataan yang ingin disebut) ini

secara tidak lansung akan membuatkan ayat-ayat yang disampaikan dalam

sesuatu majlis menjadi lebih tepat dan tersusun dan mudah difahami oleh tetamu,

(bila mereka faham meraka akan memberikan tumpuan yang lebih baik dan

sebaliknya)

5. Di sini juga MC perlu peka dengan sertiap perubahan yang berlakukan sewaktu

majlis dilaksanakan dengan cara mencatat dengan menggunakan 2 warna pen

yang berbeza padamkan perubahan ayat yang tidak perlu disebut dengan warna

hitam dan gantikan dengan warna merah pada setiap perubahan ayat (tulis dengan

cermat bagi mengelakan kesilapan pada ayat yang akan disebut)

6. Bagi memantapkan penyampaian MC perlu menumpukan perhatian kepada
i) Nada suara
ii) Sentiasa bersedia dalam pelbagai situasi diluar jangkaan yang selalu berubah-
ubah
iii) Jangan mudah panic jika situasai berubah (cara hilangkan panic adalah dengan
cara betulakan setiap kesilapan yang berlaku secara tersusun)
iv) Cara penulisan teks langkauan 2.0 supaya mudah untuk tulis info tambahan
atau membuat pembetulan dan perubahan pada teks
7. Ulangan semula Aktiviti ini, boleh dilakukan dalam membentuk kumpulan kecil
seperti seolah-oleh suatu majlis akan dilaksanakan
8. Kemudian seorang pelajar akan dipilih untuk menjadi MC dengan mempratikan
unjuran yang telah dikemukakan diatas
9. Hasilnya boleh dinilai setelah aktivti itu tamat dilaksanakan
10. Di sini Fasilitator akan membuat penilaian dengan cara menentukan sama ada
peyampaian MC itu berkesan atau tidak ianya bergantung kepada situasi majlis
jika keadaan terlalu bising dan tidak terkawal maksudnya MC gagal mengawal
majlis, dan dalam keadaan ini MC boleh mengunakan ayat-ayat yang bersesuaian
untuk menarik perhatian tetamu contoh “(mohon perhatian )”
11. Aktiviti seperti ini perlu sentiasa dilakukan bagi memantapakan lagi sikap
ketersedian dalam kalangan pelajar, moral disebaliknya jika sesuatu perkara itu
sering kita lakukan maka jika kita berhadapan dengan pelabagai aktiviti sikap
bersedia itu akan membuatkan kita jadi lebih tenang dan mudah untuk
mengatasinya.

MODUL
PENGUCAPAN AWAM
PROGRAM PERINTIS WARISAN
KAREKTOR MURID JOHOR (KRMJ)

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD FIKRI BIN NORMI

SMK MEDINI
NANTHINI A/P ANANTHAN
SK BUKIT MUTIARA

AKTIVITI 1
TAJUK : My Identity
MASA : 30 minit
BAHAN : Komputer riba, Telefon pintar, Capaian internet, kertas dan alat tulis
KAEDAH : Berkumpulan
OBJEKTIF : Di akhir aktiviti ini pelajar dapat:

1. Mengenal pasti identiti
2. Mengatasi rasa gementar
3. Berfikir dengan pantas
4. Melatih diri pengucapan di media sosial
Kaedah

1. Fasilitator mengucapkan salam dan selamat sejahtera kepada murid
2. Fasilitator menayangkan video yang berjudul ‘Dua sebab utama Portugis Tawan
Melaka’ (Link : https://youtu.be/tJc3KFAev88)
3. Murid-murid mengenalpasti keunikan penyampai dalam video tersebut.
4. Murid menyenaraikan keunikan beliau.
5. Fasilitator mengaitkan intipatinya dengan keunikan atau identiti Johor.
6. Fasilitator menerangkan berkaitan dengan baju melayu Teluk Belanga/ tarian
zapin Johor/ songkok tinggi dan sebagainya.

AKTIVITI 2
TAJUK : Am I Good Enough?
MASA : 1 JAM
BAHAN : Komputer riba, Telefon pintar, Capaian internet, kertas dan alat tulis
KAEDAH : Individu (Dilaksana di rumah dan dibincangkan di sekolah)
OBJEKTIF : Di akhir aktiviti ini pelajar dapat:

1. Mengatasi rasa gementar
2. Berfikir dengan pantas
3. Melatih diri pengucapan di media sosial
Kaedah

7. Fasilitator mengucapkan salam dan selamat sejahtera kepada murid
8. Fasilitator mengajukan soalan berkaitan media sosial secara rawak untuk
melihat ketersedian pelajar
9. Fasilitator menerangkan arahan pelaksanaan aktiviti kepada murid
10. Fasilitator berkongsi tajuk/tema kepada murid.
11. Murid membaca sambil memahami tajuk/tema dan berbincang dengan rakan-
rakan mengenai pengisian ‘content’
12. Pulang ke rumah, murid perlu mengumpulkan maklumat dan membuat
persiapan.
13. Murid perlu merakam diri bercakap di hadapan kamera (komputer riba/telefon
pintar) sekurang-kurangnya 2 minit dan memuatnaik di laman sosial
(facebook/Instagram/tiktok/google drive)

14. Setelah selesai, murid akan menonton video rakan-rakan lain.
15. Semasa menonton, murid dikehendaki menulis 2 kelebihan rakan video rakan
yang ditonton dan 1 perkara yang mereka rasa perlu diperbaiki (2 Stars 1 wish).
16. Murid-murid akan berkumpul di sesi seterusnya dan menyerahkan 2 stars 1
wish kepada kawan-kawan mereka.
17. Sesi ini diselesaikan dengan pembentangan kekuatan dan perkara yang perlu
diperbaiki oleh murid-murid.

P/s : Fasilitator perlu menetapkan kriteria yang perlu difokuskan dan ditulis oleh
murid-murid semasa melaksanakan tugasan. Antara kriteria cadangan adalah:

a) Kelancaran bertutur
b) Pemilihan perkataan
c) Pemakaian yang kemas
d) Keyakinan diri
e) Pergerakan badan/tangan
f) Sudut kamera
g) Mata (melihat kamera)

MODUL
PENGUCAPAN AWAM
PROGRAM PERINTIS WARISAN
KAREKTOR MURID JOHOR (KRMJ)

DISEDIAKAN OLEH:
ADIBAH BINTI ABD AZIZ,
SMK SAGIL TANGKAK, TANGKAK

AKTIVITI 1

Tajuk : Bahasa Berirama
Masa : 1 jam
Bahan
Kaedah : Teks pengacara majlis/ ucapan
Objektif : Individu
: 1. Memperkenalkan kepada pelajar tentang bahasa berirama
Kaedah
2. Membimbing pelajar menggunakan bahasa berirama dalam teks
ucapan/ pengacara majlis

3. Meningkatkan keberkesanan pengucapan awam dengan
meningkatkan karisma pelajar sebagai pembawa acara/
penyampai.

:

1. Fasilitator mengucapkan salam dan selamat sejahtera
2. Fasilitator memulakan bicara dengan bahasa berirama sebagai pengenalan

kepada pelajar
3. Fasilitator meminta pelajar berkongsi pantun- pantun yang mereka ketahui

sebagai salah satu contoh jenis bahasa berirama.
4. Fasilitator mengedarkan salinan pantun dan gurindam yang boleh digunakan

dalam teks pengucapan awam/ pengacara majlis. (sila rujuk Lampiran I dan II)
5. Fasilitator meminta seorang demi seorang pelajar untuk cuba membacakan

pantun dan gurindam yang diedarkan.
6. Fasilitator membimbing pelajar sebutan dan intonasi yang sesuai dalam

menyampaikan bahasa berirama.
7. Fasilitator merakam penyampaian setiap pelajar supaya mereka boleh mendengar

sendiri cara penyampaian mereka berulangkali.
8. Fasilitator memberikan komen berkenaan penyampaian pelajar tersebut.
9. Fasilitator juga memberi peluang kepada pelajar lain untuk memberi komen yang

membina tentang cara penyampaian rakan- rakan dalam kumpulan.
10. Pelajar diarahkan untuk mencatat segala komen dari fasilitator, dan rakan- rakan

lain bertujuan untuk memperbaiki segala kesilapan yang telah dilakukan.
11. Kemudian pelajar diberikan masa latihan selama 5 minit untuk menyampaikan

bahasa berirama dalam cara nada dan intonasi yang tepat dan bersesuaian
sebagai seorang pengacara.
12. Fasilitator memilih 2 orang pelajar untuk menyampaikan bahasa berirama dan
merakam.
13. Fasilitator akan menayangkan semula video rakaman penyampaian bahasa
berirama dan memberikan komen semula untuk dibandingkan dengan komen
terdahulu pada para 8
14. Hasil komen dicatat untuk menilai hasil keputusan peningkatan cara
penyampaian.

Lampiran I

PANTUN PEMBUKA ACARA / MAJLIS

1.Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

2.Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

3.Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

4.Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

4.Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

5.Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

6.Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara.

7. Assalamualaikum salam sejahtera
Pembuka kata lidah bicara
Izinkan saya mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria

8. Kompang bergema pusaka bangsa
Dipalu oleh si anak muda
Hadir tuan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

9. Ulik Mayang nyanyian asli
Dilagu si gadis merdu sekali
Terima Kasih sekalung budi
Sudi datang ke majlis merai.

10.Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

PANTUN PENUTUP ACARA / MAJLIS

1.Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

2.Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

3.Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

4.Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Lain masa bersua lagi.

5.Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

6.Dari Rokan ke Indragiri,
Membawa tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok kita bersua lagi.


Click to View FlipBook Version