The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nadzirahismail97, 2022-03-28 21:40:18

Skrip by Nadzirah

FILEM PENDEK ANIMASI “MATA”




Idea : Nadzirah Ismail

Tema: seram/Fantasi

Skrip: Nadzirah Ismail




Babak 1



1.0 Int - Dalam Bilik



[-->] 1.1 Shot pertama


Amri terlalu leka bermain game permaianan digitalnya tidak kira waktu, Amri
merasakan matanya mulai lembam teruk, membengkak dan menjadi kemerah-
merahan ke dua-dua belah matanya, berkali-kali ibunya melarang dan memarahinya
tetap juga tidak didengari kerana asyik dengan dunia permainan digitalnya.



Amri
Yah! Yah! Haa rasakan penangan tembakan paduku.



Amri bersorak riang dengan Permainannya sebentar tadi, dia gembira akhirnya
berjaya mengalahkan musuh sebentar tadi membuatkan hatinya sangat gembira.



Amri

Arghh!!! Mengantuknya esok pulak aku sambung main! Puas hatiku chicken dinner
tiga kali malam ni yeayy.




Amri melangkah masuk ke dalam biliknya

Cut to:



Babak 2

[-->] 1.2 Shot kedua


Amri masuk bilik hendak tidur sedang nyeyak dia tidur,tiba-tiba dia merasakan sesuatu
yang aneh berlaku pada dirinya.



Int - Dalam bilik Malam



Tiba-tiba anak biji matanya terkeluar dari matanya. Pancaindera matanya tidak
mampu lagi bertahan didalam jasad Amri dan kedua-dua anak matanya itu terus
menghilangkan diri.



Kamera “medium close- up"





Amri terkejut dengan keadaan itu terus sedar dari tidurnya dan dia merasakan sesuatu
yang aneh pada dirinya dan tidak dapat melihat apa-apa.


Amri

Ah! kenapa aku tidak bisa melihat apa-apa kenapa keadaan bilikku begitu gelap.





Rupa-rupanya yang dialaminya betul-betul berlaku dan Amri menjerit apabila kedua-
dua matanya hilang.


Amri

Ahhh!!! Mataku!!!





Kamera “close- up"

[-->] 1.3 shot ketiga



Amri bagai hilang punca apabila dia terkapai-kapai mencari matanya. Tetapi tidak
Berjaya dia temui.

Cut to:


Sepasang Mata Amri



HAHAHAH!!! rasakan ini lah akibatnya kamu menyakiti kami! Kamu tidak pernah
kisah atas kurnian kenikmatan mata yang diberikan Tuhan.


Amri

Janganlah begini kembalilah kepadaku! Aku tidak dapat melihat kasihanilah aku!
Aku minta ampun!



Amri sambil mengapai-gapai matanya dalam keadaan dirinya tidak sempurna
pancaindera matanya. Amri ingin terus menangkap anak matanya walaupun tidak
nampak dalam keadaan terkapai-kapai


Amri

Ugh! Ugh! Ugh!



Sepasang mata Amri



Sudah terlambat! tidak ada gunanya lagi mahu meminta ampun dari kami!


HAHAHAHA!!!



Matanya terus berlari-lari sambil mentertawakanya yang tengah terkapai-kapai itu.
Pancaindera matanya berkata. “rasakan itulah akibat kalau tidak pandai menghargai
matamu dan sering leka dengan permainan digitalmu sehingga abaikan pelajaran!
cakap ibumu langsung tidak ambil peduli! Sekarang rasakan!”

Cut to:






Amri

Ahh! Kejam nya kau terhadapku!





Sepasang mata Amri



Salahkan diri kamu yang telah menzalimi dirimu sendiri! Inilah balasan yang patut
kamu terima!


HAHAHAHAHAH



Amri ingin terus menangkap anak matanya walaupun tidak nampak dalam keadaan
terkapai-kapai, dan matanya terus berlari-lari sambil ketawa kepadanya. Tiba-tiba
kakinya tersadung dan Amri tidak sedar kepalanya terhantuk buju katil, dia tertiarap di
bawah lantai.






Cut to:

2.0 Int – Di bilik Ibu Amri



[-->] 2.1 Shot keempat


Ibunya Amri mendengar sesuatu yang kuat dari bilik anaknya. Terus dia keluar dan
pergi ke bilik anaknya itu hanya bersebelahan sahaja.





Ibu

Setelah membuka pintu bilik anaknya, dia melihat anaknya sedang berbaring di
lantai. Ya! Allah anakku!



Perlahan-lahan ibunya melangkah dan ingin membalikan badan anaknya yang
tertiarap. Bergetar-getar tanganya memangku badan anaknya. Aghhh! Terjerit ibunya
tatkala mengalihkan badan Amri dengan keadaan mata anaknya berlumuran darah
akibat terhantuk di bucu katil.



-TAMAT-

FILEM PENDEK 3D ANIMASI “RYAN”




Idea : Nadzirah Ismail

Tema: Islamik/keberanian

Skrip: Nadzirah Ismail




Babak 1



3.0 Int - Dalam Bilik


[-->] 1.1 shot pertama


Ibu bacakan buku cerita dan ajarkan doa sebelum tidur kepada Ryan.



[-->] 1.2 shot kedua



Ibu memberikan Ryan satu bekas Mabkhara iaitu tempat bakar Bukhur sebelum tidur.



Int - Dalam bilik Malam


Ryan merupakan seorang yang penakut kerana sering diganggu Lembaga hitam dan
meminta ibunya untuk membacakan buku cerita dan ajarkan doa setiap kali hendak
tidur. Sebelum tidur ibu memberi Ryan sesuatu bekas yang dipanggil Mabkhara iaitu
tempat bakar Bukhur yang dihasilkan daripada potongan kayu gaharu dan
menghasilkan Sesuatu bau yang harum untuk menghalau gangguan-ganguan
makhluk seperti Jin dan syaitan.

Kamera “medium close- up"


Ibu

Ryan bakar Bukhur ini sebelum kamu tidur ya! sambil ibu memberikan sesuatu bekas
iaitu Mabkhara tempat bakar Bukhur kepada Ryan.

Ryan



Bukhur ini untuk apa Ibu? tanya Ryan.


Ibu

“Bukhur ini kayu gaharu apabila dibakar ia menghasilkan bau yang wangi, yang
boleh menghalang ganguan dari makhuk seperti Jin dan syaitan”.

Kamera “close-up” Ryan

Ryan



Oh, okay baiklah ibu!


Jawab Ryan sambil mengangukkan kepalanya tanda paham.





[-->] 1.3 shot ketiga



Ryan tersedar dari tidur setelah didatangi mimpi ngeri.


Dalam bilik Malam



Ketika Ryan tidur dia didatangi Mimpi yang aneh yang seperti semua barang-barang
di biliknya bergerak sendiri dan menyerangnya Ketika tidur, setelah dia membuka
mata, tiba-tiba terdapat satu Lembaga hitam berbadan besar di hadapanya.



Kamera “Close up Ryan”


Ryan



Lembaga hitam itu mahu menerkam Ryan, dan sejurus dia tersedar.Ryan terjaga dari
tidur dengan nafas tercunggap-cunggap.

Dia memeriksa keadaan sekeliling namun tiada apa-apa yang berlaku. Dia menarik
nafas lega.



Babak 2


4.0 Int – Dalam rumah kotak


[-->] 2.1 Shot keempat



Ryan yang ketakutan melarikan diri ke dalam rumah kotaknya untuk
menyembunyikan dirinya.


Int – Dalam rumah kotak Malam



Tiba tiba muncul lagi Lembaga hitam di hujung sudut biliknya, Ryan yang dalam
ketakutan melarikan diri ke dalam rumah kotak yang berada di tepi katilnya.



Kamera” zoom long shot”


Ryan



Ryan memasang lampu yang mengelilingi rumah kotaknya itu, dan dia bersembunyi
didalamnya.

Kamera” zoom in” dan “close up”



Mata Ryan liar memerhati di luar rumah kotak itu dengan berhati-hati.


[-->] 2.2 Shot kelima



Ryan keluar dari rumah kotaknya untuk membakar Bukhur dalam Mabkhara.

Dalam rumah kotak Malam

Sekian lama didalam rumah kotak tersebut dia perlahan-lahan keluar,dalam
keadaan ketakutan.

Kamera “long shot”

Ryan
Dalam keadaan Ryan ketakutan dia masih ingat pesanan ibunya supaya membakar
Bukhur kayu gaharu yang diberi Ibunya.



“Ryan mula membakar Bukhur yang diletakkan ke dalam bekas Mabkhara di atas
meja,”.



[-->] 2.3 Shot keenam


Ryan terpaksa bergelut dengan Lembaga hitam itu kerana Lembaga tersebut
hendak menerkamnya.



Ryan tiba-tiba terkejut apabila Lembaga itu berada di belakangnya hendak
menerkam Ryan, dan dia terpaksa bergelut dengan Lembaga tersebut untuk
melepaskan dirinya.
Cut to:

Ryan

Ryan terpaksa bergelut dengan Lembaga itu, dengan membaling segala barang
yang berada dalam biliknya kepada Lembaga itu. Namun, tidak berjaya.



Arghhh…pergi kau dari sini!

Cut to:
sambil membaling botol yang terletak di sudut bilik Ryan



urghhhh!!!



hampir kesemua barang dibalingnya ke Lembaga tersebut namun tiada apa-apa
impak dari balinganya.

Apa yang kau nak!



Pergi dari sini, jangan kau nganggu hidup aku!


Dalam keadaan ketakutan Ryan beranikan juga bersuara.



Lembaga hitam

Cut to:

HAHAHAHAHA

lembaga itu tersenyum sinis kepadanya.


Aku mahu kau berdamping denganku!



suara Lembaga itu yang agak garau itu menakutkan lagi Ryan.



Ryan

aku tak nak!

Cut to:

Lembaga hitam


Kau menolak perlawaan aku, akan aku musnahkah hidup kau!! Sampai kau

mati!!” kata Lembaga itu sambil menuju Ryan.



Ryan



Tidak! aku tidak mahu!

[-->] 2.4 shot ketujuh

Ryan berkeras dengan Lembaga itu dan tiba-tiba dia teringatkan akan Bukhur yang
dibakarnya di dalam bekas Mabkhara itu terus diambilnya dan menghalakan kepada
Lembaga hitam tersebut.


Di luar rumah kotak Malam



Cut to:



Lembaga berbadan besar itu makin dekat menghampirinya, pergerakkan tubuh
Ryan mula makin menginjak ke belakang dan teringat akan Bukhur di dalam bekas
Makhara yang dibakarnya tadi lalu terus diambilnya untuk dihalakan kepada
Lembaga hitam itu.



Bukhur



Mengeluarkan asap yang menghasilkan bauan harum yang boleh melemahkan
Lembaga hitam tersebut”.


Cut to:

Lembaga hitam



Arrghhhhhh!!!



celaka kau!!!



kau tunggu!! Pembalasan aku!!!




Lembaga itu terus lenyap dari pandangan Ryan.

Lembaga tersebut lemah terhadap bauan yang wangi seperti Bukhur kayu gaharu
yang telah dibakar. Dengan membakar Bukhur ini secara tidak langsung
menghalang Lembaga tersebut dari masuk ke dalam rumahnya.

Babak 3


5.0 Int – Dalam bilik


[-->] 3.1 shot kelapan



Ryan mula berani tidur berseorangan dengan tenang sejak peristiwa tersebut.



Int- Dalam bilik Malam


Sejak dari peristiwa iu Ryan tidak lagi takut untuk tidur berseorangan dengan
membakar Bukhur setiap kali dia hendak tidur.



Ryan



ZZZ
bunyi dengkur Ryan.



Ryan tidur dengan tenang ditemani bauan wangi Bukhur daripada kayu gaharu.



Kamera zoom out

Lembaga hitam



Di sebalik tingkap, Lembaga itu yang sedang memerhati dan ingin mengganggu
Ryan tetapi tidak Berjaya kerana bauan wangi di biliknya.



“Arghhhhhhhh.”



Bayangan Lembaga tersebut terbakar dan terus lenyap.

-TAMAT-



FILEM PENDEK “ANGKUH”


Idea asal : Nadzirah Ismail

Tema : Pengajaran dan toleransi

Skrip : Nadzirah Ismail



Babak 1


Ext. Rumah: Balkoni rumah siang



Ariana sedang berehat-rehat menenangkan fikiran sambil memandang pemandangan
yang cantik di balkoni rumahnya dan tiba-tiba dia teringatkan tentang briefing tugasan
daripada sir irfan semalam. Tersentak lamunanya apabila bunyi handphone pesanan
ringkas daripada Faiz melalui messenger whatsapp.



Faiz


Ariana jangan lupa temu janji kita dengan sir Irfan lusa tau. Macam mana progress
kerja kau!





Ariana


So, far okay je!



Faiz



Tapi sebelum kita jumpa sir boleh tunjuk progress kau dekat aku sekarang!

Ariana


Sebenarnya ada lagi part yang aku belum siapkan.esok boleh kita jumpa dekat
library!



Faiz



Ok boleh.jumpa esok!




Babak 2



Ext. library siang





Ariana menunggu di tempat yang dijanjikan untuk menunjukkan progressnya kepada
Faiz.



Faiz



Hai, lama tunggu!



Ariana


aku pun baru je sampai sini!





Faiz

Oh baguslah,ok mana dia progressnya aku nak tengok!



Ariana membuka laptopnya lantas tunjuk kepada faiz. Air muka Faiz berubah seketika
apabila melihat hasil kerja Ariana. Hampir 2 jam mereka bincang mengenai design
tersebut.



Babak 3



Ext. Rumah: bilik malam




Faiz mula menyusun fail dan poster design untuk ditunjukkan kepada sir Irfan esok
dan lantas sahaja fikiranya memikirkan design yang ditunjukkan oleh ariana tadi
sambil tersenyum sinis.





Faiz

Sebab itulah aku tak suka bekerjasama dengan dia. Akhirnya yang aku juga lagi
bagus daripada dia! Katanya dengan nada bongkak







Faiz mula rasa ujub didalam dirinya dan merasakan dialah lagi hebat daripada Ariana.
“Aku yakin sir mesti sukakan design aku. kata dalam hatinya lalu dia mengapai telefon
bimbitnya dan menaip pesanan ringkas kepada Ariana.


Faiz



Ariana esok consultation dengan sir pukul 10 okay !

Ariana



Oh,esok ya.. alamak! aku terlupa la nasib baik kau ingatkan aku!




Dalam hati faiz mengatakan perempuan ni semua benda lupa ya! apa bendalah
yang dia fikirkan entah! Nak kata kerja banyak. Aku pun banyak juga kerjanya!
Boleh saja ingat. Rungut Faiz. Dia mula rasa dingin pada Ariana.



Faiz


Iyalah! itu sebab, aku tolong ingkatkan dekat kau nih...okay kita jumpa esok!





Walaubagaimanapun,Ariana tidak berputus asa teruskan memperbaiki designya
yang buruk tadi sampaila dia puas hati membetulkanya.






Babak 4



Ext.bilik pensyarah siang



Ketukan pintu dari bilik sir irfan..



Sir Irfan


Ya, masuk!



Faiz dan ariana masuk dan terus duduk dihadapan sir Irfan dan menunjukakan
progress mereka. Setelah ditunjuk dan didapati hasil kerja Ariana dapat perhatian
daripada Sir Irfan dan diterima untuk proses seterusnya.

Faiz



hasil kerja saya tak bagus ke Sir! apa kurangnya design saya!


Sir Irfan



Kedua-duanya bagus, tapi untuk pemilihan kali ini saya berpihak kepada Ariana
kerana menepati citarasa yang saya mahukan dan banyak perubahan yang
dilakukanya! Saya suka perubahan itu yang menyebabkan saya tertarik untuk
ketengahkan ke proses seterusnya.


Faiz



Hmmm, baiklah Sir. Balas Faiz pendek sahaja.



Faiz akur atas ucapan Sir Irfan tadi. Riak muka dia masih lagi tidak puas hati.






Sir Irfan



Baik Faiz! bagi saya jelaskan, saya memilih hasil kerja Ariana kerana dia banyak
menunjukkan progresnya kepada saya sebelum pemilihan harini. dan banyak juga
penambahbaikan dalam hasil kerjanya dan sangat memenuhi kriteria saya mahukan.

Satu perkara lagi, dalam tugasan berkumpulan kamu harus menerima pendapat yang
diberikan oleh orang lain. Hal ini kita tidak boleh mementingkan diri sendiri atau
dengan istilah “syok sendiri” kerana boleh merosakkan kerjaya kamu kelak!

Nasihat saya berilah Kerjasama dengan baik dan berfikiran terbuka apabila bekerja
berkumpulan dan perlu menunjukkan sikap yang adil dan bijak melaksanakan tugas
dengan baik.

Setelah mendengar nasihat Panjang lebar daripada sir irfan barulah Faiz sedar
bahawa dia salah dalam menilai kemampuan sesorang itu dan berasa bersalah dan
meminta maaf kepada Ariana.






Ext. Luar bilik sir Irfan siang



Mereka Bersama-sama menuju keluar daripada bilik Sir Irfan sambil memegang file
masing-masing.



Faiz
Ariana aku minta maaf! sebab aku memperlekehkan usaha kau,kau tak marah aku
kan!



Ariana



Alah benda kecik je, aku pon tengah belajar lagi buat design semua ni. Banyak lagi
aku kena baiki dan banyak kena explore! Biasalah setiap orang mesti nak yang terbaik
kan dalam hasil kerja dia, dengan usaha kita yang tak putus-putus Insyallah Allah
permudahkan. Kau janganlah iri dengan aku kalau kau ada masalah bagitahu je
aku,kita sama-sama bantu okay.



Faiz

kau baik Ariana, susah nak dapat kawan yang ikhlas macam kau ni.

Bila aku fikirkan balik betul juga segala nasihat Sir Irfan tadi. Sentap juga aku tadi! Aku
ni ego tak boleh terima pendapat orang! Terukkan aku. Luah Faiz dalam perasaan
kesal!





Ariana



Aku dah maafkan kau pon. Aku tak ambil hati pon pasal tu. Tak yah lah! Sedih-sedih
Anggaplah semua nasihat yang Sir Irfan cakapkan tadi tu sebagai pembakar
semangat kau bangkit semula boleh!.

Faiz

Terima kasih! Ariana kaulah satu-satunya kawan aku yang tak pernah ambil hati
dengan aku, terima buruk aku, baik dengan aku dan maafkan aku pula! Aku malu
sangat dengan kau! Kalau dengan orang lain mesti dah kena pijak aku ni! Hmmm…



Ariana

Janganlah cakap macamtu, Aku layan orang semua sama ja, Lagipun aku tak suka
bermusuh dengan orang.



Faiz

Baiklah Ariana, apa kata aku belanja kau makan nak! Sebagai tebus kesalahan aku
kat kau.



Ariana

Boleh juga! Perut pon dah lapar ni. Hahaha seloroh Ariana.



Faiz

Okay jum!


Mereka beredar dari situ dan berjalan Bersama menuju ke cafeteria yang berdekatan
di area kampus. Sejak daripada itu, peristiwa itu faiz sudah mula boleh berkerjasama
dengan Ariana dalam satu kumpulan.





-TAMAT-

FILEM PENDEK “TRAUMA”




Idea : Atilia Syamimi


Tema : Seram/ psiko

Skrip : Nadzirah Ismail




Babak 1




Ext.Rumah Siang





Alia berjalan beberapa langkah di kawasan rumahnya.




[VO]

Nama aku Alia. Aku ada seorang mak. Tapi kehidupan aku tidak seperti

orang lain.




Int.Rumah : tangga Siang

Alia duduk di penjuru tangga sambil menggigil ketakutan. Bapanya, Kamal sudah

meninggal dunia. Penderaan pada Marissa, menyebabkan dia hilang pertimbangan
dan tidak sengaja membunuh suaminya sendiri.












Int.Rumah : Ext.Bilik Siang




5 tahun yang lalu, di luar bilik yang tertutup terdengar suara perempuan sedang

teresak-esak menangis dimarahi seorang lelaki.




Kamal


Berapa kali aku nak cakap ha? Jangan tanya aku lagi pasal duit. Aku memang takda
duit.




Berlaku pergelutan antara Kamal dan Marissa.







Babak 2




Int. Ruang Tamu : Ruang makan Siang





Mama Marissa memanggil Alia untuk makan tengah hari.

Mama Marissa




Alia, mari makan sini sayang !




Mama Marissa meletakkan pinggan bersama nasi di atas meja dan menuang

minuman sambil tersenyum sinis kepada anakya. Alia berasa takut dengan renungan

mata ibunya lantas memikirkan makan yang di hadapannya itu beracun. Lantas
tangannya menolak pinggan itu ketepi.




Mama Marissa


Kenapa kau tak nak makan ? Kau fikir aku gila nak bagi kau makan racun ?




Mama Marissa hilang warasnya, Lalu menolak Alia terus jatuh tersungkur di atas

lantai. Alia meraung kesakitan.




Mama Marissa




Kau dan bapak kau sama saja. Hidup menyusahkan aku !




Wanita ini memang sudah hilang kewarasanya lantas Marisa mencapai rantai besi

yang tergantung di atas meja dan dibelitnya ke leher Alia tanpa belas kasihan. Alia
meraung dan meronta untuk melepaskan diri.





Mama Marissa




Mati kau!!!!

Int. Ruang Makan Siang




Sebaik rantai itu dilepaskan Alia menggunakan peluang yang ada untuk melarikan diri
Kelam kabut Alia boloskan diri daripada ibunya. Mama Marissa menjerit nama

anaknya.




Mama Marissa




ALIA !!!




Int. Dapur siang





Pisau dicapai Marissa dari atas meja. Alia terduduk dan mengigil ketakutan. Dengan
matanya membulat seolah-olah dirasuk syaitan dan mengangkat pisau ditangannya

meninggi. Lalu terdengar suara esakkan orang menangis iaitu Alia. Pisau yang

dipegangnya jatuh ke lantai dan bunyi memecah kesunyian. Alia sedang memeluk
erat tubuh ibunya.




Terkedu Alia memeluknya dengan erat dan dia juga membalas balik pelukkan itu

dengan tagisan meminta maaf kepada anaknya.




Mama Marissa


Mama janji tak marah-marah kamu lagi ya sayang! Mama sayang kamu sebenarnya!
Mama terlalu ikutkan emosi! Maafkan Mama.




-TAMAT-


Click to View FlipBook Version