MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT TARIKH 1 JULAI 2024 (ISNIN) MASA | TEMPAT 2.00 PETANG | DEWAN TEPAK, RESTORAN IKAN BAKAR SUNGAI REMBAU
MAKA KAMI,rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG- UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT DAERAH MERUPAKAN SESI PERSIDANGAN DAN LIBAT URUS BERHUBUNG ISU-ISU PEMBANGUNAN DAN KEPERLUAN BELIA DI KALANGAN PEMIMPIN PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT DAERAH BERSAMA WAKIL KEPIMPINAN KERAJAAN PERINGKAT DAERAH, WAKIL-WAKIL JABATAN DAN AGENSI. PELAKSANAANNYA ADALAH BAGI MENYOKONG KEPADA PERSIDANGAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN.
1. Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Telah Ditubuhkan Pada Tahun 1971 Dan Telah Diperuntukan Pelaksanaannya Di Bawah Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) Atas Kesedaran Bahawa Kemajuan Negara Di Masa Hadapan Bergantung Kepada Hasrat Dan Aspirasi Generasi Belia. 2. Program Ini Dilaksanakan Di Peringkat Kebangsaan Dan Negeri Bagi Mengumpul Permasalahan Warga Belia Dan Mencari Jalan Penyelesaian Yang Terbaik Kepada Setiap Isu Yang Dibangkitkan. 3. Pelaksanaan Mpbn Peringkat Daerah Telah Diputuskan Untuk Digerakkan Semula Bermula Pada Tahun 2024 Menerusi Keputusan Majlis Perundingan Belia Negara (Mpbn) Sidang I Penggal Ke-34 Sesi 2023-2024 Yang Dilaksanakan Pada 23 November 2023 Yang Iaiu Sebagai Usaha Memastikan Tiada Isu Belia Di Peringkat Akar Umbi Yang Terlepas Daripada Sudut Pandang Pihak Kerajaan. 4. Usul Yang Dibahaskan Dalam Pelaksanaan Mpbn Peringkat Daerah Ini Adalah Lebih Memfokuskan Kepada Isu Atau Keperluan Belia Setempat. Pejabat Belia Dan Sukan Daerah / Bahagian / Kawasan Bersama Rakan Strategik Majlis Belia Daerah / Bahagian / Kawasan Perlu Berperanan Dan Bekerjasama Melaksanakan Mpbn Peringkat Daerah Bagi Mengenal Pasti Isu Warga Belia Di Lokaliti Daerah Masing-masing Agar Ianya Dapat Diangkat Untuk Perhatian Pihak Kerajaan. Ini Secara Tidak Langsung Akan Menjayakan Pembangunan Belia Yang Lebih Mantap Selaras Dengan Dasar Belia Malaysia Dan Model Pembangunan Belia Madani 2030. 5. MPBN Peringkat Daerah Sebagai Platform Dan Bertindak Sebagai Badan Perunding Dalam Hal Yang Berhubungan Dengan Pembangunan Belia Di Semua Peringkat.
1. Membincangkan Isu Dan Masalah Yang Dihadapi Dalam Proses Pembangunan Belia Pada Semua Peringkat; 2. Meneroka Dimensi Baru Dalam Agenda Pembangunan Belia Selaras Dengan Senario Perubahan Semasa; 3. Menzahirkan Pelan Tindakan Bagi Menangani Sebarang Isu Pembangunan Belia; Dan 4. Memperkukuh Dan Mempertingkatkan Hubungan Serta Jaringan Kerjasama Antara Pemimpin Pertubuhan Belia Dengan Pihak Kerajaan Dalam Usaha Melahirkan Belia Malaysia Yang Dinamik Dan Berdaya Saing.
1. NAMA DAN PEMAKAIAN i. Peraturan ini dinamakan Peraturan Tetap Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) dan hendaklah dipakai apabila Majlis mengadakan Persidangan. ii. Ketertiban menjalankan Persidangan hendaklah menurut peraturan ini dan jika berbangkit sebarang masalah, maka Pengerusi berkuasa membuat keputusan dan keputusannya itu adalah muktamad. 2. PERSIDANGAN i. Majlis hendaklah mengadakan Persidangan tidak kurang daripada dua kali setahun pada bila-bila masa dan di mana- mana tempat yang ditentukan oleh Pengerusi mengikut Fasal 11.(1) Perlembagaan MPBN. ii. Persidangan MPBN hendaklah diadakan menurut Perlembagaan MPBN. iii. Semua Persidangan MPBN akan diadakan secara tertutup. Iv. Tertakluk di bawah Fasal 13 Perlembagaan MPBN kuorum bagi Persidangan hendaklah tidak kurang daripada separuh keanggotaan Majlis yang diisi v. Bahasa yang digunakan dalam Persidangan adalah Bahasa Malaysia. Manakala bahasa-bahasa lain boleh digunakan dengan izin Pengerusi. 3. NOTIS PERSIDANGAN i. Pengerusi atau separuh daripada Ahli Majlis perundingan Belia Negara boleh memanggil Mesyuarat pada bila-bila masa yang difikirkan perlu mengikut Fasal 12 Perlembagaan MPBN. ii. Setiausaha Majlis hendaklah memberitahu Ahli-ahli dengan bertulis sekurang -kurangnya empat belas (14) hari terlebih dahulu daripada hari diadakan Persidangan. iii. Pengerusi atau separuh daripada Ahli Majlis boleh memanggil Mesyuarat Luar Biasa di atas sesuatu sebab yang memerlukan Persidangan itu diadakan dan hendaklah.
4. HAK MENGHADIRI PERSIDANGAN i. Mereka yang layak menghadiri Persidangan MPBN ialah mereka yang telah menerima pelantikan sebagai Ahli MPBN bagi Penggal Persidangan berkenaan daripada Kerajaan. Ii. Majlis boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri manamana Persidangan atau mesyuarat Majlis bagi maksud menasihati atau membantunya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan mengikut Fasal 6 Perlembagaan MPBN. iii. Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Awam yang bertugas sebagai Urusetia MPBN dibenarkan mengikuti Persidangan dan mesyuarat berke naan mengikut bidang tugas yang telah ditentukan tetapi tidak boleh mengambil bahagian dalam Persidangan berkenaan. vi. Ahli Majlis yang tidak dapat hadir di Persidangan yang telah diadakan hendaklah memberitahu Setiausaha MPBN sekurang-kurangnya dua (2) hari sebelum tarikh Persidangan. Manakala bagi Persidangan Luar Biasa Ahli Majlis hendaklah memberitahu Setiausaha MPBN sekurang-ku rangnya sehari sebelum tarikh Persidangan. 5.ATURAN URUSAN PERSIDANGAN i. Setiausaha hendaklah memberitahu dengan bertulis kepada tiap-tiap Ahli Majlis sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum Persidangan diadakan berkenaan susunan agenda perkara persidangan berserta dengan cadangan-cadangan, akan tetapi jika ada perkara yang mustahak pada fikiran Pengerusi susunan agenda perkara persidangan ini bolehlah dihantar tidak lewat daripada tiga (3) hari. Peraturan ini tidak terpakai bagi maksud Persidangan Luar Biasa. ii. Semua kertas kerja dan memorandum yang disediakan oleh Ahli Majlis dan pihak-pihak lain yang ingin dibentangkan dalam Persidangan Majlis hendaklah disediakan dalam Bahasa Melayu dan dikemukakan kepada Sekretariat MPBN iii. tiga (3) minggu sebelum tarikh Persidangan. Peraturan ini tidak terpakai bagi maksud Persidangan Luar Biasa. iv. Masa mesyuarat ialah 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang, kecuali hari Jumaat dimana sesi boleh bermula pada jam 3.00 petang. Pengerusi boleh mengubah masa mesyuarat dari masa ke semasa mengikut keperluan Persidangan. v. Ahli Majlis hendaklah sentiasa memakai pas Ahli MPBN yang disediakan oleh Sekretariat MPBN semasa menghadiri semua Persidangan. Kegagalan memakai pas berkenaan boleh menyebabkan ahli dihalang daripada menghadiri Persidangan atau memasuki dewan persidangan.
6.PENGERUSI DAN AGENDA PERSIDANGAN i. Menurut Fasal 4(a) Perlembagaan MPBN Menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal belia adalah sebagai Pengerusi Persidangan. ii. Menteri boleh melantik secara sementara mana-mana anggota Majlis untuk melaksanakan fungsi Pengerusi bagi tempoh apabila Pengerusi tidak berupaya, disebabkan sakit, cuti atau apa-apa sebab lain, untuk melaksanakan fungsinya. Fasal 5(1) Perlembagaan MPBN. 7. KEPUTUSAN PERSIDANGAN i. Apa-apa keputusan Majlis hendaklah dibuat secara rundingan; atau hendaklah mengikut undian terbanyak ahli-ahli yang hadir dalam mesyuarat Majlis. Keputusan Pengerusi atau apa-apa perkara tafsiran mengenai sesuatu peruntukan peraturan ini atau acara mesyuarat adalah muktamad. Fasal 14 Perlembagan MPBN. 8. PENANGGUHAN PERSIDANGAN i. Persidangan boleh ditangguhkan pada sebarang masa oleh Pengerusi atau dengan cadangan oleh seorang ahli yang disokong dan dipersetujukan oleh Persidangan. ii. Jika sekiranya berlaku huru-hara yang besar dalam Persidangan maka Pengerusi boleh menangguhkan Persidangan dan menentukan tarikh menyambung semula Persidangan itu. 9. PENANGGUHAN PERSIDANGAN KERANA MEMBAHAS PERKARA-PERKARA MUSTAHAK i. Seorang ahli dengan kebenaran Pengerusi boleh mencadangkan supaya Persidangan itu ditangguhkan kerana hendak membahaskan sesuatu perkara yang mustahak. ii. Pengerusi atas budi bicaranya boleh menerima atau menolak usul tersebut.
10. PINDAAN USUL i. Pada masa sesuatu usul itu dalam pertimbangan Ahli Majlis, bolehlah dicadangkan pindaan-pindaan terhadap usul tersebut. ii. Usul tersebut bolehlah dipinda menurut mana-mana jua cara yang tersebut di bawah ini: a. Dengan dipotong apa – apa perkataan supaya dapat dimasukkan perkataan lain; b. Dengan dipotong apa-apa perkataan; atau c. Dengan dimasukkan atau ditambah perkataan-perkataan lain. 11. MENARIK BALIK USUL i. Sesuatu usul jika diminta oleh pencadangnya dan diizinkan oleh Ahli Majlis boleh di tarik balik. ii. Apabila pindaan ke atas sesuatu usul telah dikemukakan kepada Ahli Majlis maka usul yang hendak dipinda itu tidak boleh ditarik balik sehingga pindaan kepada usul itu telah diputuskan. 12. PERKARA-PERKARA YANG DITEGAH i. Seseorang ahli tidak boleh menyentuh dalam ucapannya perkara-perkara yang tersebut di bawah ini:- ii. Perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan usul atau agenda Persidangan; iii. Perkara-perkara yang sedang dalam perbicaraan mahkamah; iv. Membangkitkan semula apa-apa perkara yang telah diputuskan oleh Per sidangan kecuali dengan mengemukakan usul bersendirian bagi membatal kan keputusan Persidangan berkenaan dengan perkara itu; v. Menggunakan bahasa yang kasar, tidak beradab mengikut pertimbangan Pengerusi; vi. Mengeluarkan sangkaan jahat ke atas lain-lain Ahli; vii. Mempengaruhi Persidangan dengan menggunakan nama DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, DYMM Raja-Raja atau Yang DiPertua NegeriNegeri;
viii.. Menyentuh keperibadian DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, DYMM Raja-Raja, Yang DiPertua Negeri-Negeri, Hakim-Hakim atau Ahli-Ahli Majlis Pasukan Bersenjata kecuali dengan mengemukakan usul bersendirian bagi maksud-maksud itu; ix. Menyebut kelakuan atau sifat lain-lain ahli selain daripada kerja-kerjanya mengenai urusan Majlis; atau x. Menggunakan perkataan-perkataan yang bersifat menderhaka kepada negara dan yang boleh menimbulkan perasaan bermusuh-musuhan di antara kaum di Malaysia. 13. KUASA PENGERUSI i. Pengerusi dalam Persidangan adalah bertanggungjawab memastikan Peraturan Persidangan dan Perlembagaan MPBN dipatuhi dan keputusan berkenaan dengan apa-apa jua perkara tidak boleh dipertimbangkan semula oleh Persidangan kecuali dengan dikeluarkan usul bersendiri berkenaan perkara itu. ii. Dalam masa Persidangan, Pengerusi berkuasa memerintah mana-mana Ahli Majlis yang tidak patuh kepada arahannya atau peraturan ini untuk meninggalkan dewan Persidangan dan jika Ahli Majlis itu enggan keluar, maka Pengerusi berkuasa memerintah pegawai-pegawai atau urusetia Persidangan yang berada didalam Persidangan membawa Ahli Majlis itu keluar. 14. MAKLUMAT DOKUMEN DAN DATA TERPERINGKAT (CLASSIFIED) i. Segala maklumat dan dokumen kerajaan yang terperingkat yang diedarkan kepada Ahli Majlis oleh Sekretariat MPBN hendaklah sentiasa dikawal rapi. Peraturan rasmi melarang pembocoran maklumat terperingkat adalah juga berkuatkuasa ke atas semua ahli MPBN. ii. Taraf terperingkat sesuatu dokumen bukan kerajaan yang disediakan untuk dibentang dalam Persidangan Majlis akan ditentukan oleh Pengerusi dan penulis dokumen berkenaan. 15. PENGHEBAHAN BUTIR PERSIDANGAN MAJLIS MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA i. Segala perkara yang dibincangkan semasa Persidangan Majlis hendaklah dianggap rahsia. Ahli MPBN adalah bertanggungjawab mengawal pembocoran segala maklumat dan bahan perbincangan Persidangan dan tidak menghebahkan kepada mana-mana pihak awam melainkan kepada pertubuhan yang diwakilinya sahaja secara tertutup.
16. KENYATAAN AKHBAR i. Kenyataan akhbar bagi memaklumkan pihak awam tentang hasil Persidangan MPBN hanya boleh dibuat oleh Pengerusi Majlis. 17. PAKAIAN i. Pakaian rasmi bagi ahli lelaki ialah ‘lounge suit’ atau seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali leher dan jika Ahli Majlis mewakili badan atau pertubuhan belia, ia dibenarkan memakai pakaian rasmi badan atau pertubuhan masing-masing. ii. Pakaian rasmi bagi ahli wanita ialah pakaian kebangsaan atau yang sesuai dipakai semasa menghadiri persidangan. 18. PINDAAN i. Peraturan Tetap Persidangan MPBN ini boleh dipinda, dari masa ke semasa, sekiranya dikehendaki oleh Majlis.
2.00 PETANG : PENDAFTARAN AHLI MAJLIS DAN PEMERHATI 2.15 PETANG : KETIBAAN YBRS. TUAN MOHD ZAMRI BIN MOHD ESA PEGAWAI DAERAH REMBAU MERANGKAP PENGERUSI MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) DAERAH REMBAU : SESI BERGAMBAR 2.30 PETANG : BACAAN DOA 2.35 PETANG : UCAPAN ALUAN OLEH SAUDARA MUHAMAD FARIES FAIZAL BIN SHAMSUL PENGERUSI MAJLIS BELIA DAERAH REMBAU 2.40 PETANG : UCAPTAMA OLEH PENGERUSI MPBN DAERAH REMBAU: YBRS. TUAN MOHD ZAMRI BIN MOHD ESA PEGAWAI DAERAH REMBAU 2.50 PETANG : PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN 3.00 PETANG : PEMBENTANGAN KERTAS KERJA TAJUK: Y-HUB NEGERI SEMBILAN DR JUFITRI BIN JOHA PERUNDING YAYASAN NEGERI SEMBILAN DAN PENGERUSI BERSAMA COMMONWEALTH ALLIANCE OF YOUTH WORKERS ASSOCIATION (CAYWA) 3.30 PETANG : PERBAHASAN USUL : MAKLUMBALAS DARIPADA AGENSI / JABATAN 4.00 PETANG : UCAPAN PENGGULUNGAN / PENANGGUHAN OLEH PENGERUSI MPBN DAERAH REMBAU: YBRS. TUAN MOHD ZAMRI BIN MOHD ESA PEGAWAI DAERAH REMBAU 4.30 PETANG : JAMUAN MAKAN
1. Pengerusi YBrs. Tuan Mohd Zamri bin Mohd Esa Pegawai Daerah Rembau Merangkap Pengerusi MPBN Peringkat Daerah Rembau Sesi 2024-2025 2. Puan Mariawaty binti Mohd Din Pegawai Pejabat Perpaduan 3. Tuan Haji Khairul Anuar bin Haji Deni Pengarah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong 4. Puan Norhazlina binti Nordin Ketua Jabatan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas 5. Tuan Ahmad Izlan bin Idris Pengarah Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Daerah Rembau 6. Puan Merhayati binti Sipon Pengarah Kolej Komuniti Daerah Rembau 7. Puan Rohana binti Saharuddin Pengurus Giat MARA Daerah Rembau 8. Encik Muhamad Abdullah bin Radzuan Pengerusi Pertubuhan Belia Lubok China 9. Encik Akmal Noradzmi bin Abd Rahim Pengerusi Kelab Belia Legasi Anak Rembau 10. Cik Esther Ezhil Nanggai Ikon Belia
1. Ketua Polis Daerah Rembau Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau 2. Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Rembau 3. Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Rembau 4. Pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Rembau 5. Setiausaha Majlis Daerah Rembau Pejabat Majlis Daerah Rembau 6. Pegawai MAINS Daerah Rembau Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) 7. Pegawai Pejabat Penerangan Daerah Rembau 8. Ketua Pegawai Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Rembau 9. Pegawai Pejabat Pertanian Daerah Rembau 10. Pegawai Pejabat Daerah MARA
1. Encik Muhammad Faries Faizal bin Shamsul Pengerusi Majlis Belia Daerah Rembau 2. Encik Suthershen A/L Kala Selvan Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Rembau 3. Encik Mohd Hafiz bin Mohd Jan Naib Pengerusi 1 Majlis Belia Daerah Rembau 4. Encik Denish Maran bin Siamogun Nor Naib Pengerusi 2 Majlis Belia Daerah Rembau 5. Encik Lee Rong Yuan Naib Pengerusi 3 Majlis Belia Daerah Rembau 6. Cik Nuradibah binti Mohd Mazalan Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Daerah Rembau 7. Puan Farhana Binti Zaharudin Setiausaha Majlis Belia Daerah Rembau 8. Puan Irni Nor Farhana binti Md Nor Penolong Setiausaha Majlis Belia Daerah Rembau 9. Encik Abdul Akif Bin Rahim Bendahari Majlis Belia Daerah Rembau 10. Encik Sugumaran A/L Setaram Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Daerah Rembau 11. Encik Mohd Fazril bin Mohd Yeb Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Daerah Rembau 12. Encik Abhilassh A/L Suthiaseelan Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Daerah Rembau 13. Encik Muhammad Amin bin Mohamad Sarip Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Daerah Rembau 14. Encik Amirul Adha bin Mohd Rashid Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Daerah Rembau 15. Encik Ahmad Apandi bin Mat Said Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Daerah Rembau 16. Encik Ahmad Loqman bin Ahmed Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Daerah Rembau 17. Encik Mohd Iqbal bin Abd Razak Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Daerah Rembau 18. Encik Mohamad Amirul bin Nor Hazalin Pemeriksan Kira-kira 1 Majlis Belia Daerah Rembau 19. Encik Muhamad Sabil Nabihan bin Sahmsul Khamar Pemeriksan Kira-kira 2 Majlis Belia Daerah Rembau 20. Encik Muhamat Noor Sahwal bin Sahril Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Daerah Rembau
BIL. USUL RASIONAL AGENSI BERKAITAN PERINGKAT USUL MAKLUM BALAS DAERAH / NEGERI 1. Mencadangkan agar kemudahan & prasarana di Rembau Youth Center (Youth Hub Negeri Sembilan) di tambah baik dan dinaik taraf Pencadang: Nama: Muhammad Faries Faizal bin Shamsul Majlis Belia Daerah Rembau Kemudahan & prasarana ·Sumbangan pendingin hawa, bantuan mesin pencetak (Printer), Komputer, Mesin air, kerusi, meja dll. • JBSNS • Kerajaan Negeri Daerah / Negeri ·Sebagai tempat aktiviti belia dan masyarakat berkumpul dan beriadah dengan lebih selesa dengan pelbagai bentuk pengisian. Juga berperanan sebagai pusat sumber informasi dan menyalurkan maklumat kepada belia dan masyarakat dengan lebih berkesan, serta membantu mewujudkan peluang ekonomi ekonomi belia. ·Memudahkan Jabatan / Agensi untuk menyalurkan info/ hebahan atau bekerjsama untuk menjalankan aktiviti di Rembau Youth Center. ·IPD ·PPD ·PKD ·MAINS ·AADK ·PAID ·Pejabat Perpaduan ·Pejabat Pertanian ·Pejabat Penerangan ·Pejabat Pertanian ·MARA ·KEMAS ·IKTBNC ·KKTM ·Kolej Komuniti ·ILP ·GIATMARA
BIL. USUL RASIONAL AGENSI BERKAITAN PERINGKAT USUL MAKLUM BALAS DAERAH / NEGERI 3. Menyediakan peruntukan tahunan kepada Persatuan Belia Tunggal untuk pengurusan pentadbiran dan menjalankan aktiviti / program. Pencadang; Nama: Akmal Noradzmi bin Abd Rahim Persatuan: Kelab Belia Legasi Anak Rembau • Tiada peruntukan tahunan bagi Persatuan Tunggal -Perlu membuat permohonan peruntukkan untuk menjalankan aktivit / program - Menjadikan Persatuan / Kelab Tunggal tidak aktif (terbatal) • JBSNS • Kerajaan Negeri Daerah / Negeri
Pelaksanaan MPBN Peringkat Daerah Rembau adalah untuk memastikan tiada isu belia di peringkat akar umbi yang terlepas daripada sudut pandang pihak Kerajaan dan seterusnya dapat dilaksanakan mengikut objektif yang ditetapkan.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dan Majlis Belia Daerah Rembau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan persidangan ini. Sekian, terima kasih.