The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK Tansau Putatan SKTs, 2021-01-19 09:48:04

BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH

Buku PengurusanSekolah SKTs

Keywords: eBOOK Panduan Pengurusan Sekolah

2.2 JAWATANKUASA AKADEMIK
2.2.1 JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

Tugas-tugas Jawatankuasa Kurikulum
1. Menentukan perlaksanaan Kursus Pengajian.
2. Menyelaras Rancangan Pengajaran di antara guru-guru bagi setiap aliran darjah dalam

Perancangan Semester, Minggu dan Harian.
3. Mempastikan perjalanan Panitia-panitia Matapelajaran.
4. Membantu di dalam pengurusan dan penyediaan peralatan Teknologi Pendidikan, Pusat

Sumber dan Bengkel.
5. Mengkaji penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan dan alat

bantu mengajar.
6. Mengadakan program bimbingan dalam latihan mengajar bagi guru-guru sandaran

menjalankan tugas harian mereka.
7. Mengkaji dan menentukan program TV dan Radio Pendidikan boleh diikuti dengan sebaik

mungkin.
8. Mengkaji laporan-laporan berkaitan dengan kurikulum dan mencadangkan tindakan-

tindakan susulan seperti Perkembangan Staf, Pemulihan dan perkara yang berkaitan.
9. Pengagihan dan penyediaan bahan ujian, semakan bahasa serta penyimpanan bahan

ujian yang diiktirafkan sebagai sulit dan terhad.
10. Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan.
11. Mengkaji dan menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh Sekolah,

Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan.
12. Membantu majlis kurikulum membuat penilaian mengenai perancangan dan

perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta membuat cadangan untuk mengatasi
kelemahan yang ada.
13. Merancangkan dan menyediakan takwim ujian PKBS, bulanan dan penggal.
14. Membantu merancangkan dan menentukan bahan Pusat Sumber, lain-lain buku bacaan
dan kerja tambahan serta keseluruhannya.

2.2.2 JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARAN

Tugas-tugas Ketua Panitia Mata Pelajaran
1. Menjadikan Ketua atau Pengerusi Panitia Mata Pelajaran dengan mengdakan mesyuarat

dua bulan sekali atau 4 kali setahun dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan “ad-hoc”
di mana perlu.
2. Membantu GPK1 menyelaras kerja-kerja akademik guru-guru mata pelajaran.
3. Membantu GPK1 memperolehi sukatan pelajaran yang kemaskini untuk kegunaan guru-
guru.
4. Membantu menyediakan rancangan mengajar untuk kedua-dua semester dalam tahun
persekolahan yang diselaraskan di antara guru-guru di dalam satu aliran darjah.
5. Membantu dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah, buku teks atau buku kerja
tambahan untuk digunakan oleh murid-murid berdasarkan kepada kesesuaian buku
tersebut dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan murid.
6. Membantu memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan
tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid dan kegunaan guru
dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.
7. Membantu menyelaraskan soalan-soalan dan permarkahan bagi semua jenis penilaian,
ujian dan peperiksaan serta membantu menubuhkan bank soalan-soalan bagi semua
aliran darjah.
8. Mengkaji dan menganalisa keputusan-keputusan penilaian khususnya PKBS dan UPSR
serta memberi rumusan cara-cara mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran.

- 47 -

9. Bekerjasama dengan lain-lain Panitia dalam usaha kearah memajukan murid-murid yang
lemah.

10. Menyemak buku latihan murid jika diarahkan oleh GPK1.
11. Menyelanggarakan fail-fail Panitia yang berkenaan denagn semua minit mesyuarat atau

laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.
12. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

2.2.3 JAWATANKUASA PUSAT SUMBER/ PERPUSTAKAAN SEKOLAH

Tugas-tugas Guru Perpustakaan (Pusat Sumber)
1. Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan pengguna perpustakaan.
2. Membuat anggaran belajawan perpustakaan.
3. Menyediakan senarai buku-buku, alat-alat tulis bilik perpustakaan.
4. Melantik, melatih dan menyediakan pengawas perpustakaan dalam membantu

mengurus perpustakaan.
5. Mempastikan murid-murid memahami dan mematuhi peraturan perpustakaan.
6. Menjaminkan bahawa perpustakaan diuruskan dengan teratur.
7. Dengan kerjasama guru-guru memilih dan memesan buku-buku, majalah-majalah dan

lain-lain jenis bahan sesuai untuk murid-murid dengan guru-guru.
8. Membuat pesanan buku dan alat-alat perpustakaan melalui Guru Besar.
9. Memeriksa buku-buku atau alat-alat perpustakaan yang dibekalkan cukup serta akur

dengan boring pesanan atau invois.
10. Menyimpan rekod pembelian dan perbelanjaan bahan-bahan perpustakaan.
11. Memasukkan kenyataan mengenai buku-buku tersebut ke dalam stok dan mengelaskan

buku-buku tersebut mengikut perkelasan “Perpuluhan Dewey”.
12. Mempastikan setiap buku mengandungi doket buku, kad buku, ‘slaid’ tulang belakang dan

kad catalog sebelum digunakan.
13. Merancang dan mengadakan aktiviti tahunan seperti menganjurkan pertandingan kuiz,

mengadakan pameran, mereka buku, bercerita, perbincangan mengenai buku, ceramah,
drama ringkas, pertandingan membaca dan seumpamanya.
14. Menyediakan rekod peminjam-peminjam buku dengan senarai kekerapan murid-murid
meminjam buku.
15. Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya.
16. Menjilid majalah-majalah.
17. Mempastikan keselamatan segala harta dan perabot di dalam perpustakaan daripada
kecurian atau kehilangan.
18. Mempastikan dan menentukan keselesaan dan kebersihan bilik perpustakaan.
19. Mengadakan fail-fail tegak.
20. Menyimpan guntingan atau keratin akhbar-akhbar dan kertas-kertas soalan peperiksaan
untuk rujukan.
21. Mengadakan aktiviti-aktiviti am seperti:
• Mengisikan jadual kedatangan
• Menyusun buku-buku di rak dan para-para
• Mengemas dan menguncikan bilik perpustakaan.
• Melengkapkan buku stok.
• Mengisikan butir-butir pada buku-buku baru.
22. Menguruskan proses hapuskira.
23. Menyemak dan menutup stok di akhir tahun.
24. Memilih dan melantik pengawas PSS.
25. Menjadi perantara pihak sekolah dengan pustaka bergerak.
26. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

- 48 -

Tugas-tugas Guru Media

1. Menyediakan peraturan dan Peraturan Khas Penggunaan Pusat Sumber.
2. Membuat anggaran perbelanjaan PSS.
3. Memastikan murid-murid memahami dan mematuhi peraturan PSS.
4. Menyediakan senarai peralatan dan alat bantu mengajar mengikut mata pelajaran.
5. Membuat pesanan keperluan PSS melalui Guru Besar.
6. Menyediakan rekod penggunaan PSS termasuklah mencatatkan bilangan penggunaan

PSS setiap kali ia dibuka.
7. Menyediakan buku rekod peminjam-peminjam peralatan dan alat bantu mengajar dan

mengadakan rekod kekerapan pinjaman.
8. Memastikan keselamatan segala harta dan perabot di dalam PSS daripada kecurian dan

kehilangan.
9. Memastikan keselesaan dan kebersihan bilik media.
10. Menyemak dan menutup stok peralatan media di akhir tahun.
11. Menubuhkan kelab PSS.
12. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
GURU BAHAN BANTU MENGAJAR ABM/BBM/APD/K (KOMPUTER)
1. Memastikan alat-alat BBM/APD/K yang berkuasa elektrik dan bahan software/hardware

sentiasa dalam keadaan baik.
2. Melaporkan kepada penyelaras PSS jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan.
3. Mengemas, menyimpan dan menentukan bahawa alat-alat tersebut sentiasa selamat dan

tidak rosak selepas digunakan.
4. Mengadakan peraturan dan cara-cara penggunaan BBM/APD/K.
5. Menguruskan penggunaan BBM/APD/K secara berterusan.
6. Menyelaras rancangan TV Pendidikan mengikut jadual waktu sekolah.
7. Memastikan keselamatan BBM/APD/K.
8. Membantu Guru Besar dalam urusan pemilihan sebut harga alat-alat BBM/APD/K.
9. Menggalakkan penggunaan alat BBM/APD/K dalam pengajaran dan direkodkan dengan

kemas.
10. Memastikan bilik BBM/APD/K sentiasa kemas, selamat dan ceria.
11. Menyediakan Laporan Tahunan BBM/APD/K.

2.2.4 JAWATANKUASA (SU) JADUAL WAKTU

TUGAS
1. Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru.
2. Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran.
3. Pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu yang sesuai.
4. Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu.
5. Menentukan penggunaan bengkel dan makmal.
6. Menentukan corak jadual waktu yang digunakan seperti jadual waktu anjal dan jadual

waktu blok.
7. Menentukan guru kelas berdasarkan kelas yang diajar.
8. Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan pada waktu yang

ditentukan.
9. Membuat pindaan bila perlu.
10. Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada Guru Besar dan dipaparkan untuk

makluman semua.
11. Berusaha menggunakan computer dalam pengurusan jadual waktu.

- 49 -

2.2.5 JAWATANKUASA PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN (SUP)

Tugas Setiausaha Peperiksaan
1. Menyediakan jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah.
2. Menyediakan jadual pembinaan soalan.
3. Menguruskan percetakan, pembahagian dan tempat menyimpan kertas soalan.
4. Memastikan keselamatan.
5. Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepad pengawas peperiksaan sebelum

peperiksaan dijalankan.
6. Memastikan skema jawapan disediakan oleh ahli panel penggubalan soalan.
7. Memastikan jadual waktu pemeriksaan kertas jawapan mengikut jangka masa yang

ditetapkan.
8. Memastikan kertas soalan disimpan untuk rujukan.
9. Menetapkan tarikh perjumpaan ibu bapa dengan guru untuk membincangkan kemajuan

pelajar.
10. Mengurus mesyuarat peperiksaan
11. Menguruskan pembelian peralatan untuk peperiksaan.
12. Menyediakan jadual penggubal soalan.
13. Menyediakan jadual ujian / peperiksaan.
14. Menyediakan jadual pengawasan ujian / peperiksaan
15. Menyediakan jadual kerja ujian / peperiksaan
16. Memantau perjalanan ujian / peperiksaan
17. Mengurus surat-surat berkaitan ujian / peperiksaan
18. Membuat senarai semak kertas soalan dan skema yang dibekalkan oleh pihak PPD dan

Jabatan.
19. Memantau tugasan AJK Peperiksaan dan Penilaian.
20. Mengurus pendaftaran calon-calon peperiksaan sekolah.
21. Menyemak borang kemasukan calon.
22. Mengedar jadual peperiksaan
23. Mengedar keputusan peperiksaan
24. Membuat analisis keputusan peperiksaan.
25. Menghadiri mesyuarat / taklimat yang berkaitan Peperiksaan UPS

2.2.6 JAWATANKUASA ICT (GPB)

TUGAS
1. Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti berkaitan pengajaran dan

pembelajaran berbantukan ICT sekolah.
2. Merancang dan menyelaras program bimbingan pengintegrasian teknologi dalam

pengajaran dengan kerjasama Guru Cemerlang di sekolah
3. Merancang, mengurus, membimbing dan bekerjasama dengan panitia mata pelajaran

untuk menyediakan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah bagi tujuan pengintegrasian
dalam pengajaran dan pembelajaran.
4. Merancang, menyelaras dan mengurus dan menjadualkan penyelenggaraan (corrective
dan preventive) kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi pendidikan oleh Juruteknik
Komputer serta menyelesaikan masalah teknikal .
5. Mengurus, memantau dan melaksana program bagi mempromosi penyaluran maklumat
berkaitan integriti, etika penggunaan, isu-isu sosial dan keselamatan data yang berkaitan
dengan teknologi di sekolah.
6. Merancang dan menyediakan program bimbingan dan galak guna bagi guru dan staf
menggunakan kemudahan ICT secara efektif dalam mengintegrasi ICT dalam PdPc
7. Merancang, menyelaras dan melaksanakan program latihan dan bimbingan untuk guru
meningkatkan kemahiran abad ke-21 dalam pembelajaran murid dengan
mengintegrasikan ICT melalui pengajaran dan pembelajaran.

- 50 -

8. Membantu guru dalam pembangunan objek pembelajaran serta bahan pengajaran dan
pembelajaran yang boleh digunakan dalam pelbagai platform.

9. Menjadi pakar rujuk dalam pembangunan bahan P&P berasaskan ICT dan memberi
khidmat kepakaran dalam mengaplikasi penggunaan teknologi yang bersesuaian untuk
proses PdPc

10. Merancang dan menyediakan program yang sesuai bagi mengalakkan murid untuk
membaca, melihat, mendengar dan bertindak balas dalam persekitaran pembelajaran
yang menyeronokkan melalui ICT.

11. Merancang, memantau dan melaksana program bagi melatih kemahiran ICT tambahan
kepada murid Briged Bestari secaraberterusan.

12. Merancang, mengurus dan menyelaras penarafan sekolah.
13. Merancang, mengurus dan menyelaras program pembestarian sekolah.
14. Melaksanakan program peer-coaching pengintegrasian ICT dalam P&P
15. Membantu merancang, mengurus dan melaksana penyediaan bahan Pembestarian

Sekolah.

2.2.7 JAWATANKUASA STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SKPMg2)

TUGAS
1. Mengadakan mesyuarat JK SKPMg2
2. Memahami dan mengkaji SKPMg2 standard 1 hingga 5.
3. Berbincang dan melaksanakan Penarafan Kendiri Sekolah (PKS)
4. Merumus dan memutuskan keputusan dan mendokumentasikan PKS
5. Menyedia, melaksana dan memantau Rancangan Kemajuan Sekolah (RKS)
6. Menilai pencapaian Standard Kualiti Sekolah.
7. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
8. Menerima dokumen-dokumen SKPMg2 (SKPMg2/ 1, SKPMg2/ 2, SKPMg2/ 3)
9. Mengkaji dan memahami dokumen-dokumen SKPMg2.
10. Mengagihkan elemen penilaian kepada jawatankuasa yang dilantik.
11. Melaksanakan penarafan kendiri.
12. Merumus dan memutuskan keputusan Penilaian Kendiri Sekolah.
13. Memasukkan Data dan Maklumat keputusan Penilaian Kendiri Sekolah secara online.
14. Mendokumentasikan keputusan Penilaian Kendiri Sekolah.

2.2.8 JAWATANKUASA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)

TUGAS
1. Merancang pelbagai program yang dapat memotivasikan guru dan kakitangan bukan guru
dalam menjalankan tugasnya supaya lebih kreatif dan berinovasi untuk menghasilkan
hasil kerja yang lebih produktif dan berkualiti.
2. Memastikan sumber manusia sentiasa mencukupi.
3. Membuat laporan setiap aktiviti yang dijalankan.
4. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
5. Mengendalikan LDP kepada semua kakitangan – sekurang-kurangnya 5 kali dalam
setahun.
6. Menentukan pengisian LDP mengikutv keperluan semasa.
7. Mendapatkan penceramah / fasilitator yang pakar dan berkelayakan.

2.2.9 JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

TUGAS
1. Mengadakan mesyuarat PBS
2. Memastikan PBS di sekolah mengikut garis panduan pelaksanaan yang ditetapkan
3. Mendapatkan maklumat pentaksiran dari setiap Guru Mata Pelajaran

- 51 -

4. Membuat Pentaksiran
5. Menyimpan Evidens murid (failkan / bilik dokumentasi PBS)
6. Post Mortem Pelaksanaan

2.2.10 JAWATANKUASA MBMMBI

TUGAS
1. Memastikan semua guru mengikuti kursus PPSMI / MBMMBI.
2. Mengadakan kursus dalaman bagi membolehkan guru-guru BI mahir mengajar mata

pelajaran Bahasa Inggeris.
3. Memastikan peralatan dan bahan sokongan mencukupi.
4. Mengadakan pemantauan secara berterusan.
5. Memastikan program-program sokongan dilaksanakan dengan berkesan.
6. Memastikan tindakan susulan diambil bagi mengatasi sebarang masalah yang timbul.
7. Membuat pelaporan dan analisis kepada pihak PPD / Jabatan dan Kementerian

2.2.11 JAWATANKUASA PEMERIKSAAN HASIL KERJA MURID

TUGAS
1. Menetapkan kekerapan dan tarikh pemeriksaan kerja murid.
2. Membuat pemeriksaan mengikut kekerapan dan tarikh yang ditetapkan.
3. Membuat analisis dan tindakan susulan terhadap dapatan pemeriksaan.

2.2.12 JAWATANKUASA PLAN (Literasi & Numerasi)

TUGAS
1. Menetapkan tarikh mesyuarat tahunan peringkat sekolah
2. Menyediakan pelan tindakan tahunan program LINUS
3. Melaksanakan program saringan LINUS
4. Menghantar data dan maklumat yang diperlukan kepada FasiLINUS daerah
5. Melengkapkan data secara online
6. Membuat analisis dan tindakan susulan
7. Menghadiri semua mesyuarat berkaitan LINUS ( peringkat PPP/Negeri/Kebangsaan )

2.3 JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID
2.3.1 JAWATAN KUASA HAL EHWAL MURID

Tugas
1. Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi fikiran

dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah
dan jika perlu mengkaji semula dari masa ke semasa.
2. Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada Guru Besar sebelum tindakan diambil ke
atas pelajar berkenaan.
3. Membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan untuk membimbing dan
membantu dalam menangani masalah tersebut.
4. Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan dari pelajar, guru serta ibu bapa
mengenai hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah.
5. Memberi bimbingan dan panduan dalam hal perlantikan pengawas-pengawas sekolah.
6. Merancang segala aktiviti yang berpusatkan pelajar demi kepentingan mereka.
7. Mesyuarat
7.1 Ada dua jenis mesyuarat jawatan kuasa iaitu mesyuarat sidang penuh dan

mesyuarat sidang kes. Kekerapan kedua-dua mesyuarat ini diadakan adalah
terpulang kepada keperluan dan budi bicara Guru Besar.

- 52 -

7.2 Mesyuarat sidang penuh ialah mesyuarat yang diadakan bagi membentangkan
dan membincangkan peraturan yang digubal, membentangkan dan
membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan pelajar-
pelajar. Semua Ahli Jawatan kuasa dikehendaki hadir.

7.3 Mesyuarat sidang kes ialah mesyuarat yang diadakan dari masa ke semasa
mengikut keprluan tertentu apabila Guru Besar/Pengerusi berpendapat bahawa
sidang demikian perlu diadakan.

7.4 Dalam semua mesyuarat sidang kes Ahli Jawatan kuasa dikehendaki hadir.

2.3.2 LEMBAGA DISIPLIN MURID

Tugas

1. Merangka menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan
pekeliling Kementerian dan Jabatan Pendidikan.

2. Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam menguatkuasakan peraturan sekolah.
3. Mencadangkan perlantikan pengawas-pengawas sekolah.
4. Menjadi penasihat kepada Lembaga Pengawas sekolah.
5. Sebagai setiausaha kepada jawatankuasa Penasihat Hal Ehwal Murid.
6. Merekod segala kesalahan/hukuman denda yang dikenakan atas murid-murid.
7. Membantu Guru Besar/GPK HEM dalam menguatkuasakan peraturan sekolah.
8. Bekerjasama dan sentiasa berhubung rapat dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling

dalam membantu menyelesaikan masalah murid dan juga guru.
9. Bekerjasama dengan guru bertugas Mingguan atau Harian dan Lembaga Pengawas

sekolah untuk maksud menguruskan kawalan dapat diadakan oleh pihak sekolah.
10. Membantu Guru Besar/GPK HEM mengadakan perbincangan dengan ibu bapa atau

penjaga murid bermasalah.
11. Menyelesaikan sebarang masalah yang tidak dapat diatasi oleh Lembaga Pengawas

Sekolah serta merujukkan kepada Guru Besar jika perlu.
12. Bekerjasama dengan mana-mana pihak seperti PIBG sekolah yang boleh membantu

menyelesaikan masalah murid.
13. Menjalankan pemeriksaan mengejut dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru

Besar.
14. Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada

Kementerian/Jabatan Pendidikan/PPD.
15. Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan

penghayatan disiplin pelajar.
16. Menjadi Pegawai Perhubungan antara ibu bapa/penjaga dalam menangani masalah

disiplin.
17. Mendapat bantuan pihak polis sekiranya pelajar terlibat dalam kes jenayah.

Guru Disiplin

1. Membantu Guru Besar merangka peraturan sekolah.
2. Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan di sekolah.
3. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.
4. Mengambil tindakan terhadap kes-kes salahlaku pelajar.

- 53 -

5. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Guru Besar.
6. Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga dalam

menangani masalah disiplin.
7. Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat sekolah dikalangan

pelajar dan guru.
8. Mencatat semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin/buku

laporan disiplin.
9. Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada Penolong Kanan

HEM seminggu sekali.

2.3.3 JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Tugas

1. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
2. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid serta menyediakan

laporan yang diperlukan.
3. Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran belajar.
4. Merancang dan melaksanakan program dan orientasi bagi murid-murid baru.
5. Menjalankan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang meliputi bidang

perkembangan, pencegahan, pemulihan dan krisis.
6. Membimbing murid dalam hal berkaitan pembelajaran, potensi diri dan kerjaya.
7. Menjayakan program-program motivasi dan kemahiran belajar.
8. Menyokong dan membantu bidang kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum dalam

pelaksanaan program mengikut kesesuaian.
9. Membantu menjayakan program lawatan sambil belajar.
10. Menyediakan rekod maklumat murid yang mendapatkan perkhidmatan kaunseling.
11. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.

2.3.4 JAWATANKUASA KEBAJIKAN MURID

Tugas

1. Mengurus hal ehwal kebajikan pelajar yang memerlukan bantuan khusus seperti :

1.1 Pelajar miskin Cuti Rehat/ Cuti Penggal
1.2 Kemalangan
1.3 Rawatan berterusan (penyakit kronik)
1.4 Kematian
1.5 Kecemasan

2. Mendapatkan senarai nama pelajar yang layak mendapat bantuan berdasarkan

keutamaan dan keperluan.

3. Merancang program untuk mengutip sumbangan disamping meningkatkan keperihatinan

pelajar terhadap kebajikan.

4. Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima yang dikemaskini dan disahkan oleh

Guru Besar.

5. Menubuhkan Tabung Kebajikan Pelajar.

- 54 -

6. Menubuhkan Unit Hilang/Jumpa.
7. Menggalakkan pelajar-pelajar melibatkan diri dalam aktiviti membantu badan kebajikan

luar.

2.3.5 GURU KESIHATAN & RAWATAN

Tugas

1. Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti ubat disediakan dan dilengkapi.
2. Menyediakan peraturan penggunaan bilik rawatan (sick bay).
3. Mengumpulkan dan menguruskan kad kesihatan dengan kerjasama guru

tingkatan/penyelaras tingkatan.

4. Bertanggungjawab menguruskan pemeriksaan kesihatan/gigi oleh Jabatan Kesihatan.
5. Menyediakan Jadual Tugas bilik rawatan.
6. Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti lawatan, ceramah, pameran,

tayangan dan lain-lain.

7. Menguruskan murid yang memerlukan rawatan di Klinik atau Hospital
8. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.
9. Menyediakan laporan bulanan dan tahunan analisis kesihatan murid.

2.3.6 GURU KESELAMATAN SEKOLAH

Tugas

1. Menyediakan papan makluman untuk memberitahu pelawat supaya mendapat

kebenaran Guru Besar sebelum berurusan di sekolah.

2. Mencadangkan lantikan pengawal lalu lintas sekolah kepada Guru Besar.
3. Mendapatkan kerjasama pihak sekolah untuk mengawal keselamatan lalu lintas (jika

perlu).

4. Merancang dan melaksanakan program keselamatan sepanjang tahun.
5. Mengadakan latihan mengosongkan bangunan 2 kali setahun.
6. Memastikan peraturan keselamatan ditampal di bilik-bilik khas bilik darjah dan dalam

buku latihan pelajar.

7. Meletakkan tanda amaran ‘BAHAYA’ di tempat-tempat yang merbahaya.
8. Merancang pergerakan lalu lintas dan tempat letak kenderaan pada masa majlis rasmi

sekolah.

9. Menetapkan laluan tertentu untuk pelajar bagi mengelakkan kesesakan.
10. Memastikan semua suis, alat elektrik dan pendawaian selamat.

- 55 -

2.3.7 JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH

Tugas

1. Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian

Pendidikan/Kesihatan.

2. Memastikan jenis-ienis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian.
3. Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan mengikut syarat-syarat

perjanjian dan senarai harga hendaklah dipamerkan.

4. Memastikan tidak ada makanan yang bahannya tidak halal seperti minyak babi (lard),

makanan yang menggunakan lemak campuran dalam mee dan sebagainya.

5. Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta

menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.

6. Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria.
7. Memastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan memiliki

kad kesihatan yang sah.

8. Memastikan pihak pengusaha kantin berada di permis supaya mudah dihubungi.
9. Memastikan semua penjual dan kakitangan di kantin sentiasa memakai apron, tutup

kepala yang bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan.

10. Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji/kain maslin disimpan dalam

bekas yang bertutup.

11. Memaklumkan kepada pihak pengusaha tentang hari-hari persekolahan.
12. Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.
13. Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan

sesuai.

14. Membuat laporan mingguan dalam buku/ borang laporan Kantin.
15. Menyampaikan Laporan Bulanan kepada Guru Besar/ Penolong Kanan HEM tentang

prestasi kantin.

16. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kantin 3 kali setahun dan perbincangan dari

semasa ke semasa.

17. Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra.
18. Menjadi penasihat warden kantin ( sekolah berasrama sahaja )

18.1 merancang dan menyelaras tugas Warden kantin
18.2 meneliti laporan Warden kantin
18.3 mengambil langkah ke atas kes-kes yang dilaporkan oleh Warden kantin.

2.3.8 JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

Tugas

1. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks

1.1 Mesyuarat diadakan dua kali, iaitu di awal dan akhir tahun
1.2 Pembahagian tugas pagi/petang

- 56 -

1.3 Taklimat untuk guru darjah
1.4 Pembahagian tugas pentadbiran

1.4.1 buku stok ( Mengikut darjah)
1.4.2 pengedaran /pengumpulan
1.4.3 buku rosak/hilang
1.4.4 menubuhkan ‘Pasukan Petugas’ SPBT (pelajar)

2. Borang permohonan SPBT

2.1 Mengedarkan borang kepada setiap pelajar
2.2 Borang yang lengkap dikumpul oleh guru darjah dan diberi kepada guru SPBT.

3. Mesyuarat Jawatankuasa SPBT

Mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Guru Besar/Penolong Kanan HEM bagi
menentukan pelajar-pelajar yang layak mendapat bantuan bagi tahun semasa.

4. Keputusan permohonan pelajar

Mengedarkan senarai nama pelajar yang layak dan gagal kepada guru darjah.

5. Membuat pesanan buku

5.1 Membuat pesanan pada pertengahan tahun ke Biro Buku Teks.
5.2 Mencadangkan pertukaran buku pada awal tahun (jika perlu).
5.3 Membuat anggaran yang tepat untuk tahun berikutnya.
5.4 Mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut jadual.

6. Pengedaran

6.1 Mengedarkan mengikut kelas.
6.2 Menentukan tarikh pengedaran.
6.3 Mengesan kelancaran pengedaran.
6.4 Mendapatkan borang dari pelajar yang baru masuk/bertukar sekolah.
6.5 Mengedarkan buku kepada pelajar-pelajar yang baru masuk.
6.6 Memastikan borang SPBT telah dihantar ke sekolah pelajar yang bertukar.
6.7 Memastikan guru kelas telah mengagihkan buku pinjaman kepada semua pelajar

yang layak.
6.8 Memastikan semua guru kelas telah melengkapkan borang pinjaman SPBT/

borang G mengikut jadual.

7. Pengurusan Rekod dan Dokumen

7.1 Menyelenggarakan fail yang kemaskini mengikut jenis.
7.2 Rekod buku stok yang kemaskini (Mengikut Kelas).
7.3 Senarai tugas guru – pengedaran/pengumpulan
7.4 Menyimpan rekod buku, hapuskira, rosak, hilang.

8. Pengurusan Keselamatn Buku

8.1 Memastikan ada bilik khas SPBT.
8.2 Mengurus bilik SPBT.
8.3 Membuat peraturan penggunaan bilik SPBT.
8.4 Peraturan mengedarkan ke sekolah lain.
8.5 Memastikan pelajar membalut buku SPBT dengan pembalut plastik.

9. Pengurusan Pemulangan SPBT

9.1 Menentukan tarikh pemulangan mengikut kelas.

- 57 -

9.2 Menyediakan senarai nama guru bertugas mengikut tarikh/kelas.
9.3 Melaporkan kepada Guru Besar/Penolong Kanan HEM tentang proses

pemulangan.
9.3.1 peratus rosak /hilang
9.3.2 guru bertugas
9.3.3 hapus kira
9.3.4 kekurangan/lebihan

10. Pengurusan Stok dan Inventori

10.1 Surat menyurat kepada Biro Buku Teks dan Jabatan Pendidikan.
10.2 Menyimpan invois, bil dan pengesahannya.
10.3 Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan

selamat.

10.4 Mengemaskini inventori SPBT.
10.5 Mengisi borang maklumat kekurangan/lebihan buku ke PPD

11. Cadangan Buku Bacaan Tambahan

11.1 Mendapatkan maklumat dari Ketua Panitia/Guru Kanan Mata Pelajaran.
11.2 Merekodkan dan menyimpan buku-buku bacaan tambahan.
11.3 Memaklumkan kepada Guru Besar/Penolong Kanan HEM.

12. Menyediakan senarai buku teks bagi setiap kelas untuk diedarkan kepada pelajar yang

tidak mendapat pinjaman buku teks (jika berlebihan).

2.3.9 JAWATANKUASA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) &

PROJEK SUSU SEKOLAH (PSS)

Tugas

1. Mengadakan perjanjian dengan pengurus kantin.
2. Mengadakan pemilihan murid untuk RMT/PSS.
3. Menyediakan rekod-rekod yang berkaitan dengan RMT/PSS.
4. Mencatat berat dan tinggi murid di awal dan akhir tahun.
5. Mengawasi murid ketika makan.
6. Membuat laporan RMT pada pertengahan dan akhir tahun.
7. Mengedar susu kepada murid-murid yang terlibat dengan PSS.

2.3.10 JAWATANKUASA PENDAFTARAN DAN REKOD

Tugas Menerima kemasukan murid baru dan merekodkan dalam buku pendaftaran
1. Menyemak dan mencatat maklumat murid baru dan merekodkan dalam buku
2. pendafatran
Menguruskan borang pertukaran murid bersana fail murid yang mengandungi dokumen-
3. dokumen berkaitan.
Mengurus kemasukan murid baru.
4.

- 58 -

5. Mendaftarkan murid baru ke dalam buku daftar masuk dan buku rekod kehadiran.
6. Menentukan penerimaan borang SPBT(jika layak) dari sekolah terdahulu dan memastikan

murid ini mendapat buku teks.
7. Menyemak jika murid ini penerima sebarang bantuan dan melaporkan kepada

Jawatankuasa bantuan.
8. Menentukan penerimaan kad kemajuan dan kad 001R dari sekolah terdahulu.
9. Menentukan borang SPBT, kad kemajuan dan kad 001R murid yang bertukar dari sekolah

ini dihantar ke pejabat sekolah.
10. Menentukan hal-hal peperiksaan bagi murid yang bertukar dari sekolah ini telah

disempurnakan.
11. Memastikan penerimaan kelulusan bagi pelajar yang memohon bertukar dari sekolah ini.
12. Memastikan buku teks pelajar bertukar dari sekolah ini telah dipulangkan.
13. Menentukan penerima bantuan bagi yang bertukar dari sekolah ini dilaporkan kepada

pejabat / guru bantuan.
14. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.

2.3.11 JAWATANKAUSA PPDa

Tugas
1. Menubuhkan jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah sekolah.
2. Menyenaraikan peranan/tugas jawatankuasa pelaksana.
3. Merancang dan menguruskan mesyuarat pengurusan secara berkala .
4. Merancang dan mempengerusikan mesyuarat bersama ahli-ahli.
5. Merancang , mengawalselia dan menguruskan bilik/laluan/ sudut PPDa.
6. Merancang, melaksana, mengawlselia serta menilai perogram dan aktiviti Pendidikan

pencegahan Rokok, Vape, Inhalan, Alkohol, Dadah, Air Ketum dan HIV/AIDS

2.3.12 JAWATANKUASA GURU PENYAYANG

Tugas
1. Merancang program berkaitan dengan tugas guru penyayang.
2. Mengalu-alukan kehadiran murid.
3. Memberi penghargaan kepada murid.

2.3.14 JAWATANKUASA EKSA

Tugas
3. Menentukan hala tuju keseluruhan EKSA di sekolah.
4. Merancang pelan pelaksana EKSA.
5. Menentukan belanjawan serta sumber -sumber kewangan.
6. Menetapkan polisi, peraturan dan garis panduan pelaksanaan EKSA.
7. Mengenal pasti ahli jawatankuasa, pemudah cara dan ketua kumpulan.
8. Menetapkan sistem ganjaran dan pengiktirafan.
9. Mengawasi dan menilai kemajuan pelaksanaan dengan jawatankuasa audit dalaman.
10. Mengawal kemajuan program dengan pembentukan standard yang sesuai berkaitan

kebersihan, keselamatan, keselesaan persekitaran sekolah.

- 59 -

2.3.15 JAWATANKUASA PIBK / SARANA

Tugas
1. Membina rangkaian komunikasi antara ibi bapa, komuniti dan sekolah bagi berkongsi idea

dan pandangan berkaitan pembelajaran anak.
2. Mengenalpasti individu atau agensi yang berpotensi membantu keberkesanan aktiviti

pembelajaran di sekolah dan luar sekolah.
3. Membuat pelan tindakan aktiviti bidang khidmat bantu kepada sekolah bersama-sama

guru yang berkaitan.
4. Merancang dan melaksanakan program untuk ibu bapa saling mengenal dan bermuafakat

dalam pelaksanaan aktiviti yang berterusan.

2.3.16 JAWATANKUASA ASRAMA (JIKA ADA)

Tugas
1. Menentukan objektif Kementerian mewujudkan asrama tercapai.
2. Mengatur pembahagian tugas.
3. Memastikan pengurusan asrama berjalan dengan baik dari segi :

a) Makanan
b) Kebersihan
c) Senarai aktiviti tahunan
4. Merancang aktiviti / kegiatan agama.
5. Memastikan peraturan asrama dipatuhi.
6. Meningkatkan hubungan jawatankuasa asrama dengan ibubapa penjaga penghuni.

Tugas Warden

1. Menguruskan kemasukkan penghuni baru ke asrama.
2. Menyediakan jadual waktu harian dan menentukan penghuni mematuhinya.
3. Bertanggungjawab atas disiplin asrama dan menentukan penghuni mematuhi peraturan

asrama.
4. Mengawasi keluar masuk penghuni pada masa cuti hujung minggu dan pada masa -masa

tertentu.
5. Bertanggungjawab atas semua hal makanan termasuk menu asrama sekiranya tidak ada

Pengelola Makanan atau Penyelia Asrama.
6. Mengawasi prestasi penghuni seperti memeriksa kad laporan mengelola kelas

persediaan dan kelas tambahan ( jika ada ).
7. Merancang dan mengelolakan kegiatan-kegiatan yang sesuai pertumbuhan rohani,

jasmani dan sosial yang sihat di kalangan penghuni.
8. Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapatkan rawatan bagi penghuni yang sakit.
9. Mengelolakan latihan keselamatan diri dan barang–barang penghuni asrama.
10. Bertanggungjawab ke atas keselamatan bangunan dan alatan asrama.
11. Mengawasi penggunaan air dan api oleh penghuni supaya tidak berlaku pembaziran.
12. Bertanggungjawab ke atas pungutan yuran asrama (jika ada) dan perkara-perkara yang

berkaitan dengan kewangan asrama serta menyelengggara rekod-rekod berkenaan
seperti buku kira-kira, buku resit dan buku stok.

- 60 -

13. Mengawasi kerja staf asrama.
14. Mengawasi keluar masuk pelawat dan memastikan tidak ada pelawat yang tidak diingini

berada di kawasan asrama.
15. Menyediakan laporan harian asrama untuk dikemukakan kepada Guru Besar pada setiap

hujung minggu. Sekiranya berlaku sesuatu kecemasan hendaklah dimaklumkan segera.
16. Mewakili Guru Besar dalam Lembaga Guru Asrama dan bertanggungjawab mengenai

dasar dan tatatertib guru asrama.
17. Ketua Warden bertugas sebagai Pegawai Kerja yang menentukan tugas guru asrama

dilaksanakan dengan memuaskan.
18. Menyemak Buku Laporan Harian Guru Asrama dan melaporkan kepada guru Besar.
19. Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru asrama sekurang-kurangnya sebulan sekali

dan diminitkan untuk disampaikan kepada Guru Besar.
20. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.

Tugas Penyelia Asrama
1. Bertugas mulai jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang.
2. Memastikan makanan yang disediakan bermutu, bersih dan mengikut menu.
3. Menyeliakan kebersihan dapur, dewan makan dan bangunan asrama.
4. Melaporkan segala kerosakkan di asrama kepada Guru Besar dengan segera.
5. Bertanggungjawab terhadap kebersihan, keceriaan dan persekitaran kawasan asrama.
6. Memastikan alatan asrama sentiasa berada dalam keadaan baik, mencukupi dan selamat.
7. Memastikan kesihatan penghuni dalam keadaan baik dan melaporkan segera kepada

Guru Besar jika terdapat kes kecemasan.
8. Menyediakan rekod penghuni sakit.
9. Menyelia dan mengadakan kemudahan di bilik rawatan sakit (sick bay).
10. Bertanggungjawab dengan keselamatan di asrama.
11. Menyelia kerja-kerja yang dijalankan oleh pekerja-pekerja lain.
12. Memastikan penghuni asrama makan mengikut jadual.
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.

Tugas Tukang Masak Asrama
1. Menyediakan barang yang akan dimasak.
2. Mengemas dan menyusun segala peralatan yang digunakan.
3. Menyenduk makanan ke dalam tray makanan penghuni.
4. Mencuci lantai dapur setiap hari selepas digunakan.
5. Longkang-longkang dalam kawasan dapur dibersihkan setiap hari pada waktu syif petang.
6. Peti ais dibersihkan setiap hari.
7. Permukaan cabinet dapur dibersihkan setiap hari.
8. Membuat kerja-kerja lain yang diarahkan oleh Penyelia Asrama / Warden / Penolong

Kanan HEM / Penyelia Petang / Guru Besar.

Tugas Pembantu Am Rendah Asrama
1. Membersihkan cerek – cerek, piring, tray dan sebagainya setiap hari.
2. Membersihkan dewan makan, meja, kerusi dengan air sabun setiap hari.
3. Menyapu dan mengelap dewan makan setiap pagi dan petang.

- 61 -

4. Membersihkan cermin tingkap seminggu sekali.
5. Membersihkan sawang sebulan sekali.
6. Mengatur kerusi meja dengan kemas.
7. Singki dewan makan dan singki membasuh tray hendaklah dibersihkan setiap hari.
8. Longkang-longkang di sekeliling dewan makan dibersihkan setiap hari.
9. Mengelap stor menyimpan barang kering setiap hari (syif petang ).
10. Membantu Tukang Masa, jika perlu.
11. Membersihkan rumput-rumput di tepi longkang asrama.
12. Menanam pokok-pokok bunga, membaja dan menanam.
13. Membersihkan kawasan persekitaran asrama termasuklah kawasan rumah guru.
14. Menyapu kaki lima bangunan setiap hari.
15. Membersihkan tong-tong sampah setiap hari.
16. Membersihkan tandas dan dapur dewan makan dengan klorin seminggu sekali.
17. Membersihkan cermin tingkap surau, dewan makan dan dapur seminggu sekali.
18. Membantu Tukang Kebun, Tukang Masak dan Pra Sekolah bila perlu.
19. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penyelia Asrama/ Warden/Penolong

Kanan HEM/Penyelia Petang /Guru Besar.

2.4 JAWATANKUASA KOKURIKULUM

2.4.1 JAWATANKUASA KOKURIKULUM

Tugas
1. Merancang aktiviti kokurikulum sekolah – Rancangan Jangka Pendek / Panjang.
2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.
3. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
5. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah

/ negeri / kebangsaan.
7. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.
8. Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah, merentas Desa, Hari Kokurikulum dan

kegiatan lain.
9. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
10. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah.
11. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan

digunakan.
12. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah

menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.
13. Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh pelajar.

2.4.2 MAJLIS SUKAN SEKOLAH

Tugas
1. Menentukan objektif sukan sekolah tercapai.
2. Merancang aktiviti sukan sekolah jangka panjang / pendek.

- 62 -

3. Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan.
4. Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah.
5. Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan.
6. Menambahkan kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah melalui kursus dalaman /

luaran.
7. Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi menjamin

keselamatan, kelancaran dan kelicinan pelaksanaan.
8. Mendapat kerjasama badan sukan luar melatih guru dalam program pekerjaan staf.
9. Mendapat bantuan badan sukan / individu luar melatih pemain-pemain sekolah.

2.4.3 SETIAUSAHA SUKAN

Tugas – tugas Setiausaha Sukan
1. Menyediakan Jadual Rancangan Sukan Sekolah sesuai dengan rancangan MSSN/ MSSM.
2. Membantu ketua Guru Rumah dan Guru Permainan.
3. Membantu GPK Kokurikulum membahagi tugas-tugas sukan kepada guru-guru.
4. Mengagihkan murid-murid baru ke rumah-rumah sukan.
5. Mengatur jadual Latihan dan Pertandingan Dalaman antara sekolah-sekolah.
6. Mempastikan gelanggang sukan dan padang permainan adalah mengikut ukuran yang

betul serta mengurus persediaan dan penjagaan padang.
7. Memberi pendedahan kepada guru-guru permainan tentang undang-undang permainan.
8. Mengawas dan menyediakan kegiatan sukan dan permainan.
9. Menyediakan anggaran tahunan untuk perbelanjaan sukan.
10. Bersama-sama Guru Ketua Rumah Sukan dan Guru Ketua Pasukan bertanggungjawab

menyimpan serta menyelenggarakan stok sukan dengan sempurna dan kemaskini.
11. Menyimpan rekod-rekod yang lengkap segala jenis perlawanan yang disertai oleh sekolah

samada di peringkat zon, negeri, persahabatan dan sebagainya. Mengandungi :
- Tarikh
- Jenis Pertandingan
- Pasukan yang terlibat
- Tempat perlindungan
- Keputusan pertandingan
12. Menduduki jawatankuasa merangka aktiviti selepas UPSR dan peperiksaan dalaman.
13. Membantu GPK Kokurikulum menyelaraskan kegiatan pelajaran Pendidikan Jasmani.
14. Membantu GPK Ko kurikulum mengelolakan kursus kemahiran dalaman sesuatu
permainan apabila dan diarahkan oleh Guru Besar.
15. Menjadi ‘laison’ kepada syarikat-syarikat, badan-badan atau sekolah bagi mendapatkan
kemudahan penggunaan padang dan sebagainya.
16. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar atau GPK Kokurikulum dari
masa ke semasa.

Tugas-tugas Guru Permainan

1. Menjalankan kemahiran murid-murid dalam permainan yang di bawah jagaannya dengan
cara melatih mereka mengikut jadual yang telah ditetapkan ataupun pada waktu-waktu

- 63 -

lain dengan persetujuan GPK Kokurikulum atau setiausaha Sukan mengatur seberapa
banyak perlawanan persahabatan dengan pasukan lain atau sekolah berdekatan.
2. Membantu pasukan sekolah untuk pertandingan MSSN dan melatihnya.
3. Berusaha mendapatkan nasihat dari mereka yang pakar dalam permainan jagaannya.
4. Menguruskan pengangkutan dengan bantuan GPK Kokurikulum atau Setiausaha Sukan
pasukan sekolah ke pertandingan luar dan menguruskan surat kebenaran dan ibubapa.

2.4.4 KETUA RUMAH SUKAN

Tugas
1. Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan pelajar).
2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
3. Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan pelajar yang meliputi olahraga dan

permainan.
4. Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan dan permainan.
5. Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat sekolah.
6. Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan /Penolong Kanan HEM /Penolong Kanan

Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah.
7. Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
8. Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada Setiausaha Sukan

untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.

2.4.5 GURU RUMAH SUKAN

Tugas
1. Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan.
2. Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan Rumah Sukan. Kedatangan dicatat dalam

Buku Kehadiran.
3. Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara Rumah

Sukan.
4. Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
5. Merekodkan kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak

hadir.
6. Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan.
7. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
8. Sentiasa berbincang dengan Ketua Rumah Sukan untuk meningkatkan prestasi rumah

sukan.

2.4.6 GURU PERMAINAN

Tugas
1. Membentuk jawatankuasa.
2. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.
3. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar.
4. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
5. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah.
6. Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan / Kelas /Tingkatan /Sekolah.
7. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
8. Menguruskan surat kebenaran ibubapa/penjaga untuk pertandingan luar sekolah.
9. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
10. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
11. Menyemai semangat kesukanan di kalangan.

- 64 -

12. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat
dan mencukupi untuk digunakan.

13. Merancang aktiviti tahunan dengan Rumah Sukan.
14. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk

mempertingkatkannya.
15. Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang (johan daerah / negeri,

wakil daerah / negeri dan negara).
16. Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia, Kehidupan dan Sukan;

Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Permainan/sukan.
17. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke masa.

2.4.7 PENYELARAS PERSATUAN / KELAB/ UNIT BERUNIFORM

Tugas
1. Mengatur dan menyelia peralatan persatuan/kelab/unit uniform.
2. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
3. Menyelaraskan semua aktiviti.
4. Menyediakan borang kebenaran ibubapa/penjaga untuk pelajar memasuki persatuan /

kelab / unit beruniform.
5. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
6. Memastikan peraturan Perlembagaan dan Minit Mesyuarat Agung direkod dan difailkan.
7. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang

ditetapkan.
8. Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum :

8.1 Mengagihkan Kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada semua
pelajar.

8.2 Mengutip kembali daripada guru pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod di
Bilik Bimbingan dan Kaunseling.

9. Menyediakan borang / buku yang diperlukan untuk aktiviti :
9.1 Borang kemasukkan persatuan
9.2 Borang senarai AJK dan ahli
9.3 Buku Laporan Kegiatan
9.4 Fail-fail yang diperlukan

10. Mengumpulkan rancangan awal tahun untuk edaran, rujukan dan rekod.
11. Mengumpulkan laporan tahunan kegiatan dan buku kegiatan untuk edaran, rujukan dan

rekod.
12. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum

sekolah.

2.4.8 JAWATANKUASA MAJALAH SEKOLAH

Tugas
1. Membentuk jawatankuasa kecil untuk tugas khas penerbitan Majalah sekolah.
2. Menentukan dasar mengenai percetakan, kandungan dan lain-lain aspek Majalah

Sekolah.
3. Menentukan mutu dan bentuk majalah.
4. Merancang jadual kerja pada awal tahun sehingga Majalah sekolah diterbitkan dan

diedarkan.
5. Menyediakan anggaran belanjawan.
6. Menguruskan segala surat-menyurat yang diperlukan serta kata-kata aluan untuk individu

tertentu.
7. Mengumpul dan menyunting segala rekod, laporan aktiviti dan kegiatan sekolah untuk

dimuatkan ke dalam majalah.
8. Mengumpul, menilai dan memilih segala jenis sumbangan kreatif guru dan pelajar.

- 65 -

9. Mendapatkan seberapa banyak iklan sebagai satu sumber kewangan.
10. Mengumpul dan memilih gambar-gambar yang sesuai untuk dimuatkan dalam majalah.
11. Mengurus penghantaran bahan cetakan kepada pihak pencetak dan bertanggungjawab

menyemak kandungannya dari segi format, bahasa dan isi sehingga sempurna.
12. Menguruskan penyerahan majalah kepada pelajar, guru, pengiklanan dan lain-lain agensi

yang difikirkan perlu.
- 66 -


Click to View FlipBook Version