The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT PENTADBIRAN PEMBUKAAN SEKOLAH FASA 3 (PRASEKOLAH) 2021-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK Tansau Putatan SKTs, 2021-10-24 09:00:45

MINIT PENTADBIRAN PEMBUKAAN SEKOLAH FASA 3 (PRASEKOLAH) 2021-converted

MINIT PENTADBIRAN PEMBUKAAN SEKOLAH FASA 3 (PRASEKOLAH) 2021-converted

Keywords: eBOOK minit Penataran GP3.0

SEKOLAH KEBANGSAAN TANSAU
PUTATAN, PENAMPANG

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN
DAN PENTADIRAN
BIL 4/2021

PEMBUKAAN SEKOLAH (PRASEKOLAH)
FASA 3

Tarikh : 21 Oktober 2021
Hari : Khamis
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik ICT

KEHADIRAN:

En. Ramlee A Ghaffar – Guru Besar

En. Normain Awang - PK 1

Pn. Anni Anthony - PK Hem
En. Izlan Haimin – PK KoKum
Pn. Nor Aziah Binti Mat Salleh – Guru Prasekolah
Pn. Lily Marcusitom – Guru Prasekolah
Pn. Siti Amimah Binti Tadin – PK Petang
Pn. Yusrinawati Yusop– Guru Prasekolah
Pn. Marcella Basilius – Guru Prasekolah
Pn. Asni Nanti – Guru Prasekolah
Pn. Linda Denisia – Guru Prasekolah
Pn. Wencey – AJK Kesihatan
Pn. Suzianah –AJK Kesihatan
Cik Alice – AJK Kesihatan
Pn. Vera – AJK Kesihatan
En. Saiful – AJK Keselamatan &Kebersihan

Ustaz Rakimin - AJK Keselamatan & Kebersihan
Ustaz Tarmizi – AJK Keselamatan & Kebersihan

Ustaz Rizaimi - AJK Keselamatan & Kebersihan
En. Fendy – AJK keselamatan & Kebersihan
Hj. Shaun – AJK Keselamatan & Kebersihan

En. Lowoyon - AJK Keselamatan & Kebersihan
En. Bob – AJK Keselamatan & Kebersihan
En. Peter – AJK Keselamatan & Kebersihan
Ust. Latifah – Bendahari PIBG

Semua Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah

AGENDA:

1 . UCAPAN GURU BESAR

1.1 Guru besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua Penolong Kanan,
guru dan AKP yang hadir dalam dalam Mesyuarat Pembukaan Sekolah
(Prasekolah) Fasa 3.
Tindakan: Makluman

1.2 Guru Besar juga berharap agar prasekolah bersedia untuk menerima murid
pada 1 November 2021. Selesai sahaja mesyuarat ini, beliau meminta guru
prasekolah, PPM dan guru-guru yang dilantik sebagai AJK Kesihatan,
keselamatan dan Kebersihan dapat merancang kerja-kerja serta peralatan yang
diperlukan untuk memastikan pembukaan sekolah yang dimulakan oleh
prasekolah dapat berjalan dengan lancar. AJK yang dilantik perlu merancang
dan menambahbaik kerja-kerja menanda, melabel, membuat laluan dan
sebagainya seperti sebelum ini.
Tindakan: Guru Pra dan AJK dilantik.

1.3 Bagi kelas prasekolah, Guru Besar meminta guru-guru prasekolah berbincang
dan menyenaraikan keperluan yang perlu disediakan dan buat ketetapan bila
perlu datang ke sekolah untuk memulakan kerja-kerja persediaan pembukaan
kelas seperti melabel, menanda dan sebagainya.
Tindakan: semua guru pra

2 PERKARA BERBANGKIT

2.1 Cikgu Lily memaklumkan face mask yang diedarkan ke kelas prasekolah
sebelum ini bersaiz besar dan tidak sesuai untuk murid prasekolah.
Sekiranya diberi bekalan, mohon diberikan face mask yang bersesuaian
dengan saiz kanak-kanak.
Tindakan: AJK Kesihatan.

3 TAKLIMAT RINGKAS DARIPADA PK 1( ENCIK NORMAIN AWANG)
3.1. Encik Normain mengucapkan tahniah kepada guru dan PPM kerana hadir ke
sekolah dan mengharapkan keadaan akan kembali kepada keadaan asal
tidak lama lagi.
3.2 Pada 1 November 2021 kelas prasekolah akan mula beroperasi tanpa
penggiliran.

3.3 Kehadiran staf ke sekolah adalah sebanyak 80%

3.4 Bagi guru yang masih lagi melaksanakan PdPR, sekiranya mahu
melaksanakan PdPR dari sekolah kerana talian di rumah bermasalah,
dialu-alukan dan boleh datang ke sekolah. Tidak perlu meminta surat
kebenaran ke sekolah lagi namun diingatkan semua warga sekolah, kita
masih lagi terikat dengan SOP.

3.5 Semua AJK yang dilantik sila bincang dan senaraikan keperluan yang
perlu disediakan atau dibeli bagi persediaan pembukaan sekolah.

3.6 Pembinaan di kawasan sekolah masih dijalankan , kemungkinan ada
sedikit gangguan bunyi bising semasa pembelajaran apabila sesi
persekolahan bermula nanti.

3.7 Kantin dibenarkan beroperasi dan guru-guru boleh makan di kantin.
Namun jangan terlalu lama berada di kantin, perlu ada penjarakkan dan
jangan beramai-ramai.

3.8 Jadual guru prasekolah apabila bermula sesi persekolahan pada 1
November 2021 adalah seperti biasa.
Tindakan: Semua Guru

4 TAKLIMAT RINGKAS DARIPADA PK HEM ( PUAN ANNI ANTHONY)

4.1 Guru perlu membaca dan memahami Garis Panduan Pengurusan dan
Pengoperasian Sekolah 3.0 yang telah dikongsikan untuk panduan kita
sebagai guru dan persediaan untuk menjawab pertanyaan ibu bapa

(sekiranya ada). Bagi Pengurusan Sekolah boleh merujuk pada muka surat
15 dan bagi Pengurusan Prasekolah rujuk pada muka surat 76.

Tindakan: Semua guru

4.2 Ujian covid hanya dilakukan kepada murid yang bergejala sahaja. Guru
prasekolah juga perlu tahu bagaimana untuk melakukan ujian ini. Guru
Kesihatan akan mengongsikan video mengenai SOP dan cara bagaimana
ujian covid ini dilakukan agar semua guru tahu bagaimana cara yang betul
untuk melaksanakannya. Disamping itu, ingatkan kepada ibu bapa agar
jangan menghantar anak-anak yang tidak sihat atau bergejala ke sekolah.
Tindakan : Semua guru

4.3 Guru-guru masih perlu mengawasi pergerakan keluar masuk murid ke
kawasan sekolah. Jadual bertugas guru-guru akan dijalankan sama seperti
sebelum ini tetapi ada sedikit perubahan memandangkan pada masa ini
tiada guru pelatih.

Tindakan : Makluman

5 TAKLIMAT RINGKAS DARIPADA PK KoKum ( ENCIK IZLAN HAIMIN)

5.1 Aktiviti KoKum masih kekal dijalankan secara di dalam talian dan belum
dibenarkan perlaksanaan secara bersemuka.

5.2 SOP Perlaksanaan Aktiviti sukan dan KoKurikulum boleh dibaca dalam
Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0

5.3 Sekiranya sesuatu pertandingan berkumpulan yang dijalankan secara dalam
talian memerlukan murid berada di satu tempat, perlulah mendapat
kebenaran dan dalam pengetahuan pihak sekolah dan PPD.
Tindakan : Makluman

6 TAKLIMAT RINGKAS DARIPADA PK PETANG (PUAN AMIMAH BINTI TADIN)

6.1 PK Petang dan guru-guru sesi petang akan turut sama membantu guru-
guru pra petang. Beliau juga berharap semua persediaan yang dirancang
pada hari ini sehingga perlaksanaan persediaan minggu depan dapat
berjalan dengan lancar dan sehingga hari pengoperasian sekolah fasa 3.
Tindakan : Makluman

7. HAL-HAL LAIN

7.1 Guru Besar
7.1.1 Guru besar mengingatkan semula mengenai SOP - masih sama seperti
yang lepas .
7.1.2 Ingatkan ibu bapa agar tidak menghantar anak yang bergejala ke sekolah
seperti demam, batuk, selesema.

7.1.3 Tiada paksaan bagi ibu bapa yang tidak mahu hantar anak ke sekolah.
Cuma mereka perlu menulis surat untuk menerangkan sebab dan alasan
yang menyatakan tidak menghantar anak ke sekolah.

6.1.4. Tiada paksaan juga bagi murid yang hadir ke sekolah untuk memakai
uniform. Sekiranya mereka memakai t-shirt ke sekolah, meereka masih
dibenarkan untuk masuk dan belajar seperti biasa. Namun perkara ini
tidak perulah diwar-warkan.

Tindakan: Makluman

8. PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi.

Disediakan Oleh,

................................................
(LINDA DENISIA D BENILUS)
Setiausaha Pentadbiran dan Pengurusan
SK Tansau, Putatan

Disemak Oleh,

.............................................
(RAMLEE BIN A. GHAFFAR)
Guru Besar
SK Tansau, Putatan.


Click to View FlipBook Version