The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Wan Norazlina Zamry, 2020-12-18 01:53:53

BI PENULISAN UPSR

BI PENULISAN

Siri Rahsia Pandai BI Menggunakan BM
_____________________________________________________________________________________

Buku Rujukan Lengkap

Vocabulary & Grammar
dalam Bahasa Melayu
untuk Kuasai Bahasa Inggeris

“Gunakan Kepandaian BM
Kamu untuk Pandai BI”

~ HT Amir
19.11.19
Selayang, SELANGOR

1

Siri Rahsia Pandai BI Menggunakan BM
_____________________________________________________________________________________

CONTENTS

UNIT TAJUK (BM) TAJUK (BI) MS

BAHAGIAN 1: TAHAP PERKATAAN (WORD LEVEL)

1. BAHAGIAN-BAHAGIAN AYAT PARTS OF SPEECH 6

2. KATA NAMA NOUNS 10
10
(i) KEPENTINGAN NOUNS THE IMPORTANCE OF NOUNS 10
11
(ii) DEFINISI NOUNS THE DEFINITION OF NOUNS 11
12
(iii) KATEGORI NOUNS NOUNS CATEGORY 12
12
(iv) KATA NAMA AM COMMON NOUNS

(v) KATA NAMA KHAS PROPER NOUNS

(vi) NOUNS BOLEH DIKIRA COUNTABLE NOUNS

(vii) NOUNS TIDAK BOLEH DIKIRA UNCOUNTABLE NOUNS

(viii)KATA PENUNJUK ARTICLES

(ix) KATA BILANGAN QUANTIFIERS

(x) KATA PENENTU DETERMINERS

(xi) KATA BAHAGIAN PIECE WORDS

(xii) KATA KUMPULAN GROUP WORDS

3. KATA GANTI NAMA PRONOUNS AND POSSESSIVES

4. KATA KERJA VERBS

5. KATA SIFAT ADJECTIVES

6. KATA KETERANGAN ADVERBS

7. KATA DEPAN PREPOSITIONS

8. KATA HUBUNG CONJUNCTIONS

9. KATA SERU INTERJECTIONS

BAHAGIAN 2: TAHAP FRASA (PHRASE LEVEL)

10. FRASA NAMA NOUN PHRASE

11. FRASA KATA KERJA VERB PHRASE

12. FRASA KATA ADJEKTIF ADJECTIVE PHRASE

13. FRASA KATA KETERANGANAN ADVERB PHRASE

14. FRASA KATA DEPAN PREPOSITIONAL PHRASE

2

Siri Rahsia Pandai BI Menggunakan BM
_____________________________________________________________________________________

BAHAGIAN 3: TAHAP KLAUSA (CLAUSE LEVEL)

15. KLAUSA UTAMA INDEPENDENT CLAUSE

16. KLAUSA BERGANTUNG DEPENDENT CLAUSE

17. KLAUSA RELATIF RELATIVE CLAUSE

BAHAGIAN 4: TAHAP AYAT (SENTENCE LEVEL)

18. JENIS-JENIS AYAT TYPES OF SENTENCES

19. ATURAN PERKATAAN WORD ORDER IN A SENTENCE

20. STRUKTUR-STRUKTUR AYAT SENTENCE STRUCTURE

21. AYAT TANYA DAN AYAT JAWAPAN QUESTION AND ANSWERS

22. AYAT NEGATIF NEGATIVE STATEMENTS

23. AYAT BERSYARAT CONDITIONAL SENTENCES

24. CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH DIRECT AND INDIRECT SPEECH

25. AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF ACTIVE AND PASSIVE VOICE

BAHAGIAN 4: TOPIK KHAS GRAMMAR (SPECIAL GRAMMAR TOPICS)

26. IMBUHAN AFFIXES

27. PERSETUJUAN SUBJEK-KATA KERJA SUBJECT-VERB AGREEMENT

28. BENTUK-BENTUK KATA KERJA TENSES

29. BENTUK ASAS KATA KERJA INFINITIVES

30. KATA KERJA BANTUAN UTAMA PRIMARY AUXILIARY VERBS

31. KATA KERJA BANTUAN MODAL MODAL VERBS

32. KATA BERIMBUHAN AKHIRAN –ING GERUNDS

33. TANDA BACA PUNCTUATIONS

3

Siri Rahsia Pandai BI Menggunakan BM
_____________________________________________________________________________________

Part 1
WORD LEVEL

4

Siri Rahsia Pandai BI Menggunakan BM
_____________________________________________________________________________________

BAB 1: PARTS OF SPEECH

1. Seseorang itu telah menguasai Bahasa Inggeris apabila dia boleh mengenali,
membezakan dan menggunakan pelbagai jenis words (perkataan-perkataan)
yang ada dalam BI untuk membentuk phrases (frasa-frasa), menyusun menjadi
clauses (klausa-klausa) dan akhirnya membina sentences (ayat-ayat) BI.

2. Perhatikan bahawa matlamat akhir adalah untuk membina sentences. Ciri-ciri
penting sentences adalah:
i) lengkap iaitu mempunyai subjek dan predikat
ii) bermakna iaitu difahami oleh pendengar atau pembaca
iii) bermula dengan huruf besar
iv) berakhir dengan noktah atau tanda soal atau tanda seru

3. Perhatikan juga bahawa kebolehan untuk menguasai words adalah perkara
paling asas untuk membina ayat BI. Words dapat dikuasai dengan menguasai
Parts Of Speech (POS) iaitu golongan kata yang diperlukan untuk membina ayat
BI. Secara tradisinya terdapat 8 golongan kata dalam BI iaitu:

1.
Nouns

8. 2.
Interjections Pronouns

7. Parts 3.
Conjunctions of Verbs

Speech 4.
Adjectives
6.
Prepositions

5. Rajah 1: The 8 Parts of Speech
Adverbs

5

Siri Rahsia Pandai BI Menggunakan BM
_____________________________________________________________________________________

4. Empat POS yang paling utama adalah nouns, verbs, adjectives dan adverbs.

5. Selain daripada 8 POS tersebut terdapat beberapa jenis words lain yang boleh
wujud dalam ayat iaitu articles, quantifiers, piece words dan group words. Words
tersebut biasanya digunakan untuk melengkapkan nouns dan boleh dianggap
sebagai sebahagian daripada nouns. Contohnya ‘an + apple’.

6. Setiap word yang kita gunakan dalam ayat BI tergolong dalam salah satu
daripada 8 POS tersebut. Contoh:

THE 8 PARTS OF SPEECH

(1) NOUN (5) ADVERB

Daud slipped and fell into the drain. Soon, they realised that Daud needed help.

(2) PRONOUN (6) PREPOSITION

He screamed loudly. They called the emergency line 999 for help.

(3) VERB (7) CONJUNCTION

Abu and Busu were nearby. They A few minutes later, the ambulance arrived

heard his scream. and Daud was taken to the hospital.

(4) ADJECTIVE (8) INTERJECTION

They rushed to the scene of incident. At the hospital, the doctor treated Daud.

They were shocked at first. “Ouch! It is painful”, he blurted. Then, he cried.

Rajah 2: Contoh Penggunaan Parts of Speech dalam Ayat

6

Siri Rahsia Pandai BI Menggunakan BM
_____________________________________________________________________________________

7. Menguasai POS bermaksud memantapkan penguasaan Vocabulary. Vocabulary
adalah senarai perkataan yang diketahui oleh seseorang individu itu.

8. Lebih banyak words yang seseorang itu kuasai, maka lebih tinggi penguasaaan
vocabularynya dan lebih mudah untuk membina ayat BI yang berkualiti.

9. Banyak words BI yang tergolong dalam lebih daripada satu jenis POS. Akibatnya
word yang sama mempunyai fungsi dan makna berbeza. Contoh:
i) The customers in the restaurant ordered their food and drinks by giving the
details to the waiters and waitresses. [VERB]
ii) Their orders were delayed due to technical issues. [NOUN]
iii) Ten minutes later they fixed the machines which were out of order.
(ADJECTIVE]

10. Selain itu, word yang sama dan dalam word class yang sama juga boleh
mempunyai makna yang berbeza, bergantung kepada konteks ayat. Contohnya
perkataan ‘order’ sebagai verb mempunyai makna berbeza seperti berikut:
a) order (to request) – to ask for something to be made or delivered
We ordered a pizza and soft drinks.
b) order (to instruct) – to instruct someone to do something
The court has ordered the careless driver to pay a RM 1,000 fine.
c) order (to arrange) – to arrange a group of people or things from first to last.
I’ve ordered the electricity bills from January 2019 till the current month.

11. Cara terbaik untuk mengetahui kategori POS sesuatu perkataan adalah dengan
menyemak kamus BI-BI yang berkualiti seperti Cambridge Dictionary. Word Class
ditunjukkan dalam kurungan atau di bawah word tersebut.

7

Siri Rahsia Pandai BI Menggunakan BM
_____________________________________________________________________________________

12. Selain digunakan secara bersendirian, sesuatu word itu juga boleh digunakan
dalam frasa kata kerja atau idioms yang akan menukar makna word tersebut.

13. Kesimpulannya:
i) Ilmu asas untuk menguasai BI adalah ilmu tentang words
ii) Lebih banyak words yang kita tahu, lebih mudah membina ayat
iii) Setiap word dalam BI tergolong dalam kelas tertentu
iv) Sesuatu word boleh berada dalam lebih daripada satu kelas
v) Sesetengah words mempunyai lebih daripada satu makna
vi) Word yang sama jika digunakan dalam konteks ayat yang berbeza akan
memberikan makna yang berbeza kepada ayat

Skil terpenting kita perlu ada berkenaan bab ini adalah kebolehan untuk menentukan
part of speech sesuatu word dalam konteks ayat di mana word itu digunakan.

Latihan 1: Nyatakan Word Class (Part of Speech) yang betul seperti nombor 1

(1) Daud slipped and fell into the drain.

P.O.S  NOUN  VERB  CONJ  VERB  PREPO  ARTI  NOUN

(2) He screamed loudly.  
P.O.S   

(3) Abu and Busu were nearby. 
P.O.S     

(4) They heard his scream. 
P.O.S    

(5) They rushed to the scene of incident.
P.O.S       

Nota: Perhatikan bahawa ada words yang tidak termasuk dalam 8 POS seperti articles (a/an/the).

8

Siri Rahsia Pandai BI Menggunakan BM
_____________________________________________________________________________________

BAB 3: KATA NAMA (NOUNS)

1. KEPENTINGAN NOUNS

1.1 Kebanyakan buku grammar akan bermula dengan topik nouns.

1.2 Ini kerana:
a) Nouns adalah perkataan yang paling banyak ada dalam Bahasa Inggeris
b) Nouns adalah perkataan yang paling kerap digunakan dalam ayat iaitu
sebagai subjek (di depan ayat) atau objek (di belakang ayat).
c) Benda yang diwakili oleh nouns ada di sekeliling kita dan biasanya nouns
menjadi perkataan pertama yang kita sebut semasa kita masih bayi.
d) Kebanyakan benda boleh dilihat (concrete nouns). Jadi mudah untuk kita
pelajarinya. Maksudnya kita mudah faham benda yang kita nampak dan
ada nama untuknya dalam bahasa ibunda kita. Ironinya, ramai daripada
kita malas untuk bertanya atau berusaha mencari makna dalam BI bagi
sesuatu benda yang kita tahu dalam bahasa ibunda kita tetapi tidak tahu
dalam BI. Inilah punca utama mengapa ramai antara kita lemah BI.
e) Bagi benda yang tidak boleh dilihat (abstract nouns) seperti udara dan
perasaan, kita masih boleh mempelajari namanya dalam BI jika kita sudah
faham konsep benda tersebut dalam BM.

1.3 Kesimpulannya, apabila kita kuasai seberapa banyak nouns kita akan kuasai
Bahasa Inggeris.

1.4 Kita kuasai Bahasa Inggeris dan kita akan mempunyai advantage (kelebihan)
untuk bersaing dan berinteraksi dalam pendidikan, pekerjaan, perniagaan,
pergaulan, hiburan dan banyak lagi.

1.5 Pendeknya, menguasai Bahasa Inggeris memberi kita lebih banyak kebaikan
berbanding keburukan.

2. DEFINISI NOUNS

2.1 Nouns adalah salah satu daripada parts of speech.

2.2 Noun dalam BM adalah kata nama. ‘Kata’ adalah singkatan daripada
‘perkataan’.

2.3 Maka ‘kata nama’ atau ‘noun’ adalah perkataan yang memberitahu kita
‘nama’ seseorang (manusia) atau sesuatu (haiwan/benda/tempat/idea).

9

Siri Rahsia Pandai BI Menggunakan BM
_____________________________________________________________________________________

3. KATEGORI NOUNS

3.1 Terdapat dua kategori kata nama (nouns) dalam BI iaitu:
i) Kata Nama Am (Common Nouns)
ii) Kata Nama Khas (Proper Nouns)

NOUNS
Kata nama untuk seseorang atau sesuatu

Nouns Common Nouns Proper Nouns

 manusia  boy  Ali
 haiwan  cat  Si Comel
 benda  car  Toyota
 tempat  school  SK Permai
 idea  language  Spanish

Rajah 3: Definisi dan Kategori Nouns

4. COMMON NOUNS

4.1 Common Nouns adalah nama manusia, haiwan, benda, tempat atau idea
secara am.

4.2 Rajah 3 di atas menunjukkan dengan jelas perbezaan antara nouns, common
nouns dan proper nouns.

4.3 Semua common nouns terdiri daripada nouns yang boleh dikira (countable
nouns) atau nouns yang tidak boleh dikira (uncountable nouns).

4.4 Untuk menguasai BI, kita perlu tahu seberapa banyak common nouns kerana
common nouns adalah jenis perkataan yang paling banyak dalam BI.

4.5 Kita juga perlu boleh membezakan sama ada nouns itu boleh dikira atau tidak
boleh dikira kerana terdapat beberapa hukum tatabahasa yang bergantung
kepada kebolehkiraan common nouns.

10

Siri Rahsia Pandai BI Menggunakan BM
_____________________________________________________________________________________

5. PROPER NOUNS

5.1 Proper Nouns adalah nama manusia, haiwan, benda, tempat atau idea
secara khusus.

5.2 Rajah 3 di atas menunjukkan beberapa contoh proper nouns.

5.3 Ciri utama proper nouns adalah ejaannya bermula dengan huruf besar.

6. COUNTABLE NOUNS

6.1 Countable Nouns adalah common nouns yang boleh dikira.

6.2 Ciri-ciri countable nouns adalah mempunyai kuantiti yang boleh dikira
menggunakan nombor 1, 2, 3 dan seterusnya.

6.3 Kita boleh menggunakan Kata Penunjuk (a/an) dan Kata Bilangan (a
few/some/ a lot of / many / dll) seperti berikut untuk menyatakan kuantiti
countable nouns.

1 Countable Noun More Than 1 Countable Nouns

A boy Two boys / A few boys

A cat Three cats / Several cats

An Umbrella Four umbrellas / Some umbrellas

One school Five schools / Fewer schools

One language Fifty languages / Many languages

Rajah 4: Menggunakan Articles atau Quantifiers untuk Menyatakan Kuantiti

7. UNCOUNTABLE NOUNS

7.1 Uncountable Nouns adalah common nouns yang tidak boleh dikira.

7.2 Uncountable nouns juga dikenali sebagai ‘mass nouns’. Ingat ‘mass’, ingat
‘noun tak boleh kira’. Tapi ‘mass’ itu apa?

7.3 ‘Mass’ bermaksud sesuatu bahan yang wujud dalam kuantiti yang terlalu
banyak untuk dikira dan tidak mempunyai bentuk tertentu yang
membolehkannya dikira menggunakan nombor 1,2,3 dan seterusnya.

11

Siri Rahsia Pandai BI Menggunakan BM
_____________________________________________________________________________________

7.4 Contoh mass nouns yang wujud dalam kuantiti yang terlalu banyak untuk
dikira adalah bijirin. Kita boleh kira sebutir bijirin seperti rice tetapi dalam
keadaan biasa iaitu sepinggan rice, kita tak boleh kira rice itu. Jadi rice adalah
mass nouns (uncountable nouns). Contoh lain yang boleh dikira satu-satu tapi
dalam keadaan biasa wujud dalam kuantiti terlalu banyak adalah rambut
(hair), gula (sugar), garam (salt), serbuk kari (curry powder) dan habuk (dust).

7.5 Contoh mass nouns yang tidak mempunyai bentuk tertentu yang boleh dikira
adalah:

Mass Noun Contoh

Cecair water, oil, shampoo, milk, blood, drinks, urine, petrol, honey

Udara air, smoke, oxygen, vapour, ozone, propane, natural gas

Perasaan love, hate, anger, happiness, admiration, envy, guilt

Keadaan confusion, darkness, health, dilemma, crisis, suffering

Pendapat advice, suspicion, conclusion, thought, guess, viewpoint

Kualiti life, work, time, weather, heat

Nilai money, time, experience, life, assistance, knowledge

Kategori furniture, luggage, garbage, hardware, jewellery, equipment

Konsep religion, politics, humanity, history

Rajah 5: Contoh Mass Nouns yang Tidak Mempunyai Bentuk Tertentu

Salah satu skil terpenting dalam bab ini adalah kebolehan mengenalpasti
kebolehkiraan sesuatu noun. Gunakan panduan ini:

i) Adakah benda itu wujud dalam bentuk fizikal iaitu boleh dilihat?
→ Jika YA  mungkin C atau U; Jika TIDAK  besar kemungkinan U

ii) Adakah benda itu wujud dalam bentuk tertentu yang boleh dikira
1,2,3 dan seterusnya? → Jika YA  C; Jika TIDAK  U

iii) Adakah benda itu wujud dalam kuantiti yang sedikit dan terasing
dan boleh dikira? → Jika YA  C; Jika TIDAK  U

7.6 Jangan keliru dengan unit pengiraan seperti kilogram, liter dan sebagainya
yang digunakan untuk mengukur berat, isipadu dan sebagainya lagi. Itu tidak
menunjukkan kebolehkiraan benda tersebut.

12

Siri Rahsia Pandai BI Menggunakan BM
_____________________________________________________________________________________

7.7 Prinsip yang sama kita gunakan untuk time dan money. Kita seolah-olah boleh
mengira time dan money tetapi itu sebenarnya adalah unit pengiraan.
Contohnya kita ‘mengira’ unit time seperti minit dan jam menggunakan jam.
Tanpa jam, kita tidak boleh ‘kira’ time.

7.8 Tetapi, ingat lagi tak konsep kata banyak makna? Ya, untuk time juga ada
keadaannya di mana ‘time’ boleh dikira! Contohnya ‘time’ yang bermaksud
‘occasion’ ataupun definisi penuhnya adalah ‘an occasion when something
happens or an experience connected with it’. Contoh ayat:

(i) Did you have a good time at the party?
(ii) I go jogging three or four times a week.

7.9 Manakala untuk money pula, kita mengira unit matawang dan bukannya nilai
money. Contohnya kita mungkin boleh menyatakan nilai sejumlah wang
kertas yang kita ada, tetapi sekiranya diberi jumlah yang sama kepada orang
asing seperti orang Vietnam yang tidak pernah tahu unit matawang Malaysia,
dia tidak akan boleh menyatakan nilai wang tersebut. Kita tidak boleh
mengira nilai sesuatu. Sebaliknya jika ditanya ada berapa keping wang kertas,
orang yang sama boleh mengira kuantiti kepingan wang kertas tersebut.

7.10 Satu lagi cara untuk menerangkan time dan money uncountable adalah
dengan cara memahami bahawa benda itu sebagai kategori noun.
Contohnya money adalah kategori. Manakala bills (wang kertas) dan coins
(wang syiling) adalah anggota dalam kategori itu. Contoh lain ialah furniture.
Furniture sebagai kategori adalah tidak boleh dikira. Tetapi chair yang
merupakan anggota dalam kategori furniture pula adalah boleh dikira.

7.11 Kita boleh menyemak status sesuatu noun itu sama ada countable atau
uncountable dengan menggunakan kamus BI-BI yang berkualiti. Huruf ‘c’
dalam kurungan di hujung word class bermaksud countable noun manakala
huruf ‘u’ bermaksud uncountable noun.

13

Siri Rahsia Pandai BI Menggunakan BM
_____________________________________________________________________________________

Latihan 2: Tick  bagi mewakili jenis nouns. Tandakan  lebih daripada satu column.

NOUNS Common Proper (C) (U) Concrete Abstract

1 man  

2 woman

3 house

4 love

5 car

6 baby

7 sickness

8 ambulance

9 hospital

10 belief

11 religion

12 fear

13 Hospital Selayang

14 surgery

15 success

16 home

17 medicine

18 room

19 health

20 toys

21 kindergarten

22 school

23 friends

24 teachers

25 holiday

26 aeroplane

27 hotel

28 ocean

29 Mount Kinabalu

30 college

31 University Malaya

32 adult

33 marriage

34 family

35 circle

36 life

37 history

14

Siri Rahsia Pandai BI Menggunakan BM
_____________________________________________________________________________________

8. SINGULAR COUNTABLE NOUNS

8.1 Countable nouns boleh wujud dalam dua bentuk iaitu:
i) Singular countable nouns
ii) Plural countable nouns

8.2 Singular countable nouns merujuk kepada seorang atau satu benda.

boy cat tomato school idea

8.3 Singular countable noun tidak boleh wujud bersendirian. Ia perlu didepani
oleh determiners. Contoh:
The girl is my cousin.

Contoh-contoh lain:

the boy a cat that tomato my school his idea

8.4 Setiap determiner memberitahu sesuatu yang spesifik tentang singular
countable nouns tersebut. Contohnya determiner jenis possessive adjective
‘my’ yang menyatakan pemilik noun (school) tersebut. Contoh lain adalah
determiner jenis demonstrative pronoun ‘that’ yang menunjukkan lokasi
(dekat) dan menyatakan kuantiti noun (satu tomato) tersebut.

8.5 Tetapi umumnya determiners menentukan nouns mana yang dimaksudkan.
Determiners adalah kata penentu.

8.6 Skil penting dalam topik countable nouns adalah kebolehan untuk mengeja
singular countable noun dengan betul

9. PLURAL UNCOUNTABLE NOUNS

9.1 Plural countable nouns merujuk kepada lebih daripada seorang atau lebih
daripada satu benda.

boys cats tomatoes schools ideas

15

Siri Rahsia Pandai BI Menggunakan BM
_____________________________________________________________________________________

9.2 Plural countable noun boleh wujud bersendirian tanpa determiners.

Girls are better than boys when it comes to academic performance.

9.3 Plural countable nouns juga boleh didepani oleh determiners.
The girls are my classmates.

Contoh-contoh lain:

the boys these cats those tomatoes my books his ideas

9.4 Skil yang lebih penting dalam topik countable nouns adalah kebolehan untuk
mengetahui cara mengeja plural countable nouns yang berubah bentuk
daripada singular countable nouns

16

Siri Rahsia Pandai BI Menggunakan BM
_____________________________________________________________________________________

BAB 26: IMBUHAN (AFFIXES)

1. DEFINISI AFFIXES
1.1 ‘Affixes’ bermaksud proses penambahan satu huruf atau beberapa huruf di

depan atau di belakang seseuatu word untuk membentu ‘word baharu’.
1.2 Ilmu pengimbuhan ini bukanlah suatu ilmu yang asing bagi kita kerana proses

yang sama ada dalam Bahasa Melayu cuma caranya sahaja berbeza.
1.3

17

Siri Rahsia Pandai BI Menggunakan BM
_____________________________________________________________________________________

JAWAPAN

Latihan 1
1. noun | verb | conjunction | verb | preposition | article | noun
2. pronoun | verb | adverb
3. noun | conjunction | noun | verb | adverb
4. pronoun | verb | possessive adjective | noun
5. pronoun | verb | preposition | article | noun | preposition | noun
Latihan 2
Common, Countable & Concrete → No. 1, 2, 3, 5, 6, 8, 9, 14, 16, 17, 18, 20, 21, 22, 23, 24, 26, 27, 28, 30, 32, 34 and 35
Common, Uncountable & Abstract → 4, 7, 10, 11, 12, 15, 19, 25, 33, 36, and 37
Proper, Countable & Concrete → 13, 29 and 31

18


Click to View FlipBook Version