ISI KANDUNGAN
.................................................................................
SURAH AL-‘ADIYAT 1
Diturunkan Di Makkah
.................................................................................
SURAH AL-QAARI’AH 6
Diturunkan Di Makkah
.................................................................................
SURAH AL-TAKAATHUR 11
Diturunkan Di Makkah
.................................................................................
SURAH AL-ASR 15
Diturunkan Di Makkah
.................................................................................
SURAH AL-HUMAZAH 18
Diturunkan Di Makkah
.................................................................................
SURAH AL-FILL 22
Diturunkan Di Makkah
.................................................................................
SURAH QURAISY 26
Diturunkan Di Makkah
.................................................................................
v
.................................................................................
SURAH AL-MAA’UUN 29
Diturunkan Di Makkah
.................................................................................
SURAH AL-KAUTHAR 33
Diturunkan Di Makkah
.................................................................................
SURAH AL-KAAFIRUN 35
Diturunkan Di Makkah
.................................................................................
SURAH AN-NASR 38
Diturunkan Di Madinah
.................................................................................
SURAH AL-MASAD 40
Diturunkan Di Makkah
.................................................................................
SURAH AL-IKHLAS 43
Diturunkan Di Makkah
.................................................................................
SURAH AL-FALAQ 45
Diturunkan Di Makkah
.................................................................................
SURAH AN-NAS 48
Diturunkan Di Makkah
.....................................................................
vi
SURAH AL-ASR
Diturunkan Di Makkah
Surah ini menceritakan tentang kepentingan masa yang perlu ada pada setiap ummat
Islam. Allah SWT menyatakan bahawa manusia yang berada di dalam kerugian
kecuali mereka yang beriman, melakukan ibadah soleh, saling nasihat-menasihati
perkara kebaikan dan mereka yang sentiasa bersabar dengan cabaran dan ujian.
.............................................................................................
بِ ْسِم الَلِّه الَّرْح َم ِن الَّرِحيِم
َوالَْع ْصِر
KATA KUNCI: Demi Masa
Maksud: Demi Masa.
.............................................................................................
Allah SWT bersumpah dengan masa bagi menarik perhatian manusia agar meneliti
kepentingan yang terdapat di dalamnya. Walaubagaimanapun ada dikalangan
ulamak menafsirkan al-asr itu beerti waktu asar. Pengertian al-asr itu sebagai
masa adalah yang lebih terkenal dan meluas pengertiannya.
.............................................................................................
إَِّن اْلِن َسا َن لَِفي ُخ ْسٍر
KATA KUNCI: Manusia Dalam Kerugian
Maksud: Sesungguhnya Manusia Dalam Kerugian.
..........................................................................
15
Di dalam ayat ini Allah SWT memberikan sindiran kepada manusia dengan menyatakan
bahawa kebanyakan manusia berada di dalam kerugian di dalam mengurus masa
mereka.
.............................................................................................
(i) إَِّل اّلَِذي َن آَمنُوا
KATA KUNCI: Kecuali Orang Beriman
Maksud: Kecuali Orang Yang Beriman.
.............................................................................................
Allah SWT telah mengecualikan beberapa kategori manusia yang tidak rugi di
dalam mengurus masa mereka iaitu mereka yang beriman kepada Allah SWT.
Mereka ini meletakkan kepercayaan bahawa kehidupan ini adalah kehendak Allah
SWT. Kehidupan di dunia ini adalah sementara waktu dan masa yang dikurniakan
ini perlu diisi dengan perkara kebaikan dan meninggalkan keburukan.
.............................................................................................
(ii) َوَع ِملُوا ال َّصالِ َحا ِت
KATA KUNCI: Beramal Soleh
Maksud: Dan Mengerjakan Amal Soleh.
.............................................................................................
Seterusnya kategori manusia yang tidak rugi adalah mereka yang mengerjakan
amal kebaikan dan berfaedah. Kehidupan manusia adalah berkait rapat dengan
dosa dan pahala yang berupa suatu perjanjian yang akan di soal di akhirat. Bagi
mereka yang banyak amal kebaikan maka mereka ini sangat beruntung di akhirat
kelak.
16
.............................................................................................
(iii) َوَتـَوا َص ْوا بِالْ َح ِّق
KATA KUNCI: Menasihati Kebenaran
Maksud: Serta Saling Menasihati Untuk Kebenaran.
.............................................................................................
Kategori manusia yang tidak rugi seterusnya ialah mereka yang sentiasa menasihati
antara satu sama lain tentang kebaikan. Hidup manusia ini fitrahnya adalah
bermasyarakat saling berhubungan antara satu sama lain. Oleh itu, saling tegur
menegur haruslah dijadikan budaya dalam masyarakat Islam bagi mendapat
keredhaaan Allah SWT.
.............................................................................................
(iv) َوَتـَوا َص ْوا بِال َّصبِْر
KATA KUNCI: Menasihati Kesabaran
Maksud: Dan Saling Menasihati Untuk Kesabaran.
.............................................................................................
Kategori terakhir mereka yang tidak rugi yang disebut di dalam surah ini adalah
mereka yang sabar dengan ujian dan cabaran di dalam menempuhi liku-liku kehidupan
di atas muka bumi ini. Manusia dilahirkan di atas muka bumi adalah berfungsi
sebagai khalifah yang akan memakmurkan muka bumi ini dengan menegakkan
kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sudah pasti di dalam pelaksanaan fungsi
khalifah itu perlu di perkuatkan diri dengan nilai kesabaran yang tinggi.
17
USTAZ MOHD ZAID BIN ISMAIL
Dilahirkan di Guar Chempedak, Kedah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan Bukit Jenun, Pendang, Kedah sebelum melanjutkan pelajaran menengah
di Maahad Ad-Dini, Alor Setar. Seterusnya melanjutkan pelajaran peringkat Diploma
di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor di dalam bidang Usuluddin (2004).
Beliau meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam
Negeri Sultan Thaha Saifuddin Jambi, Indonesia di dalam bidang Tafsir & Hadis
(2007).
Bagi mendalami ilmu pendidikan beliau menyambung pengajian Diploma
Pendidikan Lepasan Ijazah Di Universiti Pendidikan Sultan Idris
(2008). Dengan izin Allah SWT beliau telah memperolehi Ijazah
Sarjana Dakwah dan Pembangunan Insan di Universiti Malaya (2014).
Kini beliau bertugas sebagai Pensyarah di Jabatan Pengajian Am,
Politeknik Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim, Perak. Beliau juga
aktif di dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan menjadi
penasihat kepada tadika jenama “Akhlak Superb Play School”.
HAK CIPTA TERPELIHARA Diterbitkan oleh:
Tidak dibenarkan mengeluar-ulang mana- No. 29-1 Jln Mahagoni 7/1
mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi Sek. 4 Bandar Utama,
44300 Batang Kali, Selangor.
kandungan buku ini dalam apa juga bentuk
dan dengan cara apa jua sama ada secara 016-7771463 Superb Huffaz
http://www.superbhuffaz.com superbhuffaz
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman
atau cara lain sebelum mendapat keizinan
bertulis daripada SUPERB HUFFAZ.
ISBN 978-967-18275-2-9
52 Semenanjung Malaysia: RM15.00
Sabah & Sarawak: RM17.00