Buku Skrap Digital
TUNKU ABDUL RAHMAN
PUTRA AL HAJ
Bapa Kemerdekanan dan Perdana
Menteri Malaysia Yang Pertama
DISEDIAKAN OLEH:
QURRATU MADIHAH BINTI MOHD YUSUF
SK FELDA TENGGAROH 3
Merdeka itu bukanlah sesuatu
yang mudah boleh didapati,
melainkan ialah dikehendaki
untuk mendapatkannya itu iaitu
pengorbanan yang sebenar
pengorbanan. - Tunku Abdul
Rahman
Biodata Pelajar
Nama: Qurratu Madihah binti Mohd
Yusuf
Kelas: 4 Jujur
Emel: [email protected]
Nama Sekolah: SK Felda
Tenggaroh 3
Biodata Tokoh
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid Halim Shah (8 Februari 1903 - 6
Disember 1990)
Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Star, Kedah
(Istana Pelamin)
Anak lelaki yang ketujuh dari 20 anak Sultan Abdul
Hamid Halim Shah, Sultan Kedah Yang ke-24
Beliau merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah
Melayu dari 1955
Perdana Menteri Pertama sejak kemerdekaan pada
tahun 1957 sehingga 1970
Rasionalisasi Pemilihan
Tokoh
Beliau digelar "Bapa Kemerdekaan"
Beliau juga digelar "Bapa Malaysia"
Hatinya baik dan terkenal dengan panggilan
"Man Of Peace"
Beliau merupakan insan yang hebat kerana
melaungkan kata-kata keramat Merdeka
sebanyak 7 kali pada tanggal 31 Ogos 1957 di
Stadium Merdeka. Oleh kerana itu saya
memilih beliau sebagai idola saya. Namanya
megah terukir dalam sejarah Malaysia.
Jasanya sungguh besar dalam membentuk
negara Malaysia yang berdaulat. Jasanya
akan dikenang oleh rakyat Malaysia sepanjang
zaman.
Kelebihan Dan Bukti
Kredibiliti Tokoh
Meski pun berasal dari kalangan keluarga Diraja, Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj lebih selesa merendah diri dan mesra dengan
panggilan Awang di kalangan rakan-rakan dan orang kampung
yang mengenali beliau.
Kepimpinan dan ketokohanbeliau terserlah ketika beliau masih
remaja lagi apabila beliau dengan tegas memprotes dasar pilihan
warna kulit sebagai syarat dalam pengambilan pelajar yang
diamalkan oleh St. Catherine College, Universiti Cambridge
sehingga beliau diterima masuk ke kolej berkenaan dan dasar itu
tidak diamalkan lagi.
Selain itu, beliau juga merupakan tokoh yang sentiasa
mendahulukan rakyat. Sebagai contoh, beliau tidak suka akan
peperangan tetapi lebih memilih untuk menyelesaikan masalah di
meja rundingan. Sebagai bukti, rundingan dengan Parti Komunis
Malaya (PKM) Chin Peng di Baling, Kedah pada tahun 1955.
Jasa dan Sumbangan
Tokoh
Walaupun beliau seorang ahli politik yang aktif lagi
berjasa kepada rakyat Malaysia. Tetapi
sumbangan beliau bukan sahaja tertakluk dalam
bidang politik sahaja, beliau juga menyumbang
tenaga dalam aspek sosial seperti dalam bidang
penulisan,bidang kesenian dan lain lain.
Perwatakan Tunku yang sangat mulia ini telah
menjadi suatu teladan yang baik bagi semua ahli
politik dan para pemimpin. Dengan melihat
perwatakan beliau, kita boleh dapati bahawa
Tunku seorang yang merendah diri, bersemangat
patriotik dan bersemangat kental serta sangat
mengambil berat akan kebajikan rakyat
Penutup
Tunku Abdul Rahman banyak mencurahkan
sumbangannyan kepada negara. Sebagai generasi
muda, kita seharusnya sentiasa mengenang jasa
dan pengorbanan beliau. Tanpa perjuanga beliau,
mungkin kita kita tidak akan kecapi keamanan dan
perpaduan yang kita nikmati sekarang. Sewaktu
beliau masih hidup, beliau telah dianugerahkan
pelbagai anugerah seperti "Outstanding Malaysian
of The Year". Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj telah meninggal dunia pada 6 Disember
1990 dan disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor
Star, Kedah.