PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN MALAYSIA
Modul Pembelajaran
MPUD2091
KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM
BUKU 4
KEMBARA UNIT BERUNIFORM
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu,
Jalan Maktab, Durian Daun,
75400 Melaka
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG
BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN
MELAYU, MELAKA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN
MALAYSIA.
MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.
Institut Pendidikan Guru Malaysia Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun 75400 Melaka
ii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Julai 2020
Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada
kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau
mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku
ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Pengarah Institut Pendidikan Guru,
Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
i
Notis Hak Cipta ii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iii
Falsafah Pendidikan Guru iii
Kandungan iv
Panduan Pelajar v
Agihan Tajuk vii
Tajuk Pembelajaran Muka surat
KEMBARA UNIT BERUNIFORM 1
9
UNIT 4 Orienteering/Pandu Arah 15
Ikhtiar Hidup 30
Kraf Perkhemahan 33
Kerohanian dan Moral
Keusahawanan 34
36
Rujukan
Panel Penulis Modul
ii
PENGENALAN
Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran agar
lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan
maklumat dan gaya pembelajaran terkini.
PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI
Pembelajaran arah kendiri membolehkan pelajar membuat keputusan tentang pembelajaran
yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri lebih berkesan jika pelajar dapat menentukan
sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan
bertanggungjawab atas pembelajaran sendiri.
SASARAN KURSUS
Pelajar Program Diploma Pendidikan Malaysia yang mendaftar dengan Institut Pendidikan
Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)
iii
Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 21 jam pembelajaran
bagi setiap jam kredit. Bagi kursus PDPM yang dilaksanakan dalam mod Kursus Dalam Cuti
(KDC), diperuntukkan 60% daripada Jumlah Pembelajaran Pelajar adalah bersemuka
manakala 40% ialah Jumlah Pembelajaran Pelajar pembelajaran kendiri.
SUSUNAN UNIT MODUL
Modul ini ditulis dalam 4 buah buku. Setiap buku membincangkan secara konsisten berkaitan
dengan kokurikulum unit beruniform. 4 buah buku tersebut ialah:
1. Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Kepentingan Unit Beruniform
2. Pengurusan dan Persiapan Kem
3. Kemahiran Asas Unit Beruniform
4. Kembara Unit Beruniform
Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email, whatsapp,
telegram dan Google classroom atau apa saja media komunikasi jika terdapat masalah
berhubung dengan modul ini.
PENTAKSIRAN
Pencapaian pelajar dalam kursus ini ditentukan menerusi pentaksiran kerja kursus 100%.
Ujian amali akan dilaksanakan secara berterusan
iv
AGIHAN TAJUK
Nama Kursus : KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM
Kod Kursus (PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA/
PENGAKAP/ PANDU PUTERI MALAYSIA DAN
KADET REMAJA SEKOLAH)
: MPUD2091
Jam Kredit : 1 Kredit
Kandungan modul ini dibahagi kepada 4 unit. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk
untuk pembelajaran melalui modul dan interaksi bersemuka.
JUMLAH JAM
KULIAH/ INTERAKSI BERSEMUKA MODUL
60% 40%
TUTORIAL 8 JAM
TAJUK / TOPIK 21 JAM 13 JAM
1. Pengenalan, Konsep, Sejarah dan BERSEMUKA DALAM
Kepentingan Unit Beruniform (Unit 40% TALIAN
uniform yang dilaksanakan)
9 JAM 20%
● Perlembangaan Pertubuhan
- Prinsip-prinsip asas pertubuhan 4 JAM
- Perlembagaan Pertubuhan
- Lambang dan cogan kata
- Bendera dan lagu pertubuhan
Persetiaan/Ikrar dan undang-
undang pertubuhan
● Sejarah Unit Beruniform 2 2
- Sejarah pengasas
- Sejarah penubuhan
- Sejarah penubuhan di Malaysia
- Tujuan penubuhan Istiadat-istiadat
rasmi pertubuhan
v
● Struktur dan Organisasi Pertubuhan
- Struktur dan organisasi peringkat
antarabangsa (jika ada)
- Struktur dan organisasi peringkat
kebangsaan/negeri/ daerah/IPG
- Struktur dan organisasi peringkat
sekolah dan kumpulan
- Fungsi majlis tadbir
● Pengurusan dan Pentadbiran
- Pendaftaran ahli dan kumpulan
- Struktur unit
- Pengurusan Buku log laporan
aktiviti
- Tanggungjawab pemimpin
- Pakaian seragam ahli dan
pemimpin
- Takwim dan rancangan aktiviti
2. Pengurusan dan Persiapan Kem
● Perkhemahan Unit/ Kem Tahunan
Kebangsaan/ Antarabangsa
- Konsep
- Penglibatan
- Sijil
- Tujuan Kem 2 2
2 1
- Jenis Kem
- Struktur Organisasi
- Staf Kem
- Perancangan dan persiapan awal
- Pemilihan tempat
- Aspek keselamatan
- Kemudahan asas
- Pemeriksaan pagi
- Surat menyurat
- Laporan dan Refleksi
3. Kemahiran Asas Unit Beruniform 1
● Asas Pertolongan Cemas
- Tujuan dan prinsip
- Anduh dan balutan
- Merawat luka dan gigitan
- Melecur, pitam dan patah
- Keracunan dan terseliuh
- Pemulihan penafasan
vi
● Simpulan
- Tali temali (Enam jenis simpulan
asas)
- Simpul Balak
- Simpul Bunga Geti
- Simpul Tindih Kasih
-Simpul Buku Sila 2 20
1 10
-Simpul Manuk 3 21
- Simpul Belit 2 11
3 3
- Ikatan (Tiga jenis ikatan) 2 11
- Seraya 2
- Serong 2
- Lilit Kacang
● Asas Kawad Kaki dan Istiadat
- Bahasa Hukuman
- Kawad statik dan dinamik
- Kawad formasi
4 Kembara Unit Beruniform
● Orienteering / Pandu Arah
- Tujuan Orienteering
- Peraturan
- Prosedur
- Isyarat
- Laporan
● Ikhtiar Hidup
- Masakan solar / rimba
- Membuat perangkap
● Kraf Perkhemahan
- Pengurusan dan penjagaan kem
- Tujuan dan faedah membuat gajet
- Jenis-jenis gajet dan kegunaannya
● Kerohanian dan Moral 21 9 4 8
● Keusahawanan
JUMLAH JAM
vii
UNIT 4 KEMBARA UNIT BERUNIFORM
PENGENALAN ORIENTEERING
Definasi
Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara
koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah
dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan
berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan
diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu.
Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh
diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu
arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai
bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan
ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.
Jenis-jenis orienteering
Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan
Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini,
hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah :-
Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
Orienteering Bermarkah (Scor Orienteering)
Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
Orienteering Malam (Night Orienteering)
Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
Norwegian Event Kebaikan sukan orienteering
Sukan untuk semua
Meningkatkan kecergasan fizikal
Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan
Memberi cabaran & keseronokan
Membina sikap positif & keyakinan diri
Menggunakan persekitaran yang sihat
Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas
1
Sejarah dan perkembangan
Sejarah permulaan
Mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke 19.
Dalam tahun 1918, Major Ernst Killander telah mengubahsuainya menjadi
sukan yang lebih kompetatif, berperaturan dan diterima ramai. Beliau telah
digelar sebagai “Bapa Orienteering”.
Orienteering mengikut Model Killander merangkumi :-
Memerlukan daya ketahanan.
Stamina.
Kecekapan berlari.
Kekuatan mental.
Penggunaan skil navigasi dalam bentuk mukabumi yang lebih
mencabar.
IOF ditubuhkan dalam tahun 1961 dengan 10 negara.
Kejohanan-kejohanan dunia yang dianjurkan oleh IOF adalah seperti :-
World Orienteering Championships (WOC)
World Cup (WC)
Junior World Orienteering Championships (JWOC)
Asia-Pacific Orienteering Championships (APOC)
World Masters Orienteering Championships (WMOC)- 35 tahun keatas
Acara orienteering terbesar yang dianjurkan adalah O-Ringen (Swedish
Five-Days) yang melibatkan penyertaan antara 15000 hingga 25000 orang.
Perkembangan di Malaysia
Bermula dari satu bengkel orienteering yang dikendalikan oleh En. Wan Sabri
Wan Mansor (Dr), Pensyarah UPM di Hutan Simpan Air Hitam, UPM pada
tahun 1983.
Penubuhan Persatuan Orienteering Pulau Pinang (POA) dalam tahun 1983.
Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor & Wil.
Persekutuan (WOA) pada tahun 1986.
Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia (MOOC) yang pertama telah
diadakan dalam tahun 1988.
Malaysia bergabung dengan IOF dalam tahun 1992 melalui WOA.
Penubuhan Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) dalam tahun 1994.
Penubuhan 5 buah cawangan negeri iaitu Kedah, Johor, Terengganu,
Selangor, Wilayah Persekutuan dalam tahun 1996.
MOA Caw. Pulau Pinang dan MOA Caw. Sabah pula ditubuhkan pada tahun
1997.
2
TERMINOLOGI DAN ALATAN
Titik kawalan (Control point)
• Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati
oleh peserta.
• Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang
jelas.
• Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik ini.
Penanda kawalan (Control marker)
• Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul.
• Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih
sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
• Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No.
Kod Kawalan.
Kad kawalan (Control card)
• Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika
menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.
• Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time)
dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan
nanti.
Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk
dicatatkan masa penamat.
Peta utama (Master map)
• Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan
keterangan kawalan.
• Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.
Keterangan kawalan (Control description)
• Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan
berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod
kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
• Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi
dalam bentuk kod/gambarajah.
Landasan (Course)
• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke
titik kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas
peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
• Tanda yang berkenaan landasan adalah :-
- Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
- Titik kawalan dengan tanda bulatan.
- Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
- ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.Kompas (Compass)
-
3
• Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.
• Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.
PETA
Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang
dilihat dari udara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan.
Mempunyai tajuk, kontor, skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan
memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan
berkenaan.
Jenis-jenis peta
Terdapat beberapa jenis peta yang diterbitkan seperti berikut :-
Peta topo
Peta panduan jalanraya
Peta khusus
Atlas
Peta imejan satelit
Peta orienteering
Kandungan peta orienteering
Tajuk peta
Arah Utara
Skala - samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000
Petunjuk peta
Garisan melaras utara-selatan
Kredit – kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja dsb.
Warna-warna dalam peta
Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna tersebut adalah :-
Hitam - ciri-ciri buatan manusia & batu
Perang - kontor & jalanraya
Kuning - keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka
Putih - keadaan tumbuhan : berpokok/boleh berlari
Hijau - keadaan tumbuhan :berjalan/redah
Biru - kawasan berair
Bentuk muka bumi
Garisan kontor dalam peta akan menerangkan maksud paras ketinggian yang
samarata bagi keadaan mukabumi berkenaan. Antara yang perlu diketahui adalah :-
Susuh bukit (spur) - sejalur tanah yang menganjur keluar
Ceruk (re-entrant) - berlawanan dengan susuh bukit
Permatang (ridge) - tanah tinggi yang memanjang
Pelana (saddle) - suatu lekukan yang terletak diantara dua
bukit Knol (tanah yang lebih besar dari busut tetapi kecil
dari anak bukit)
4
KOMPAS
Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetic merah
hitam serta ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau darjah. Ia merupakan alat
bantu dalam sukan orienteering.
Jenis kompas
Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan untuk tujuan navigasi.
Antaranya adalah :-
Kompas Tentera
Kompas Orienteering
Kompas Marin Kompas Kiblat
Kompas Digital
Kompas orienteering pula terdapat dalam berbagai bentuk dan jenama antaranya
baseplate compass, thumb compass dan clip compass. Ianya direkacipta agar lebih
mudah dan praktikal.
Dua jenama yang popular adalah Suunto buatan Finland dan Silva buatan Sweden.
Kegunaan kompas orienteering
Kompas orienteering boleh digunakan untuk tujuan berikut :-
Mengukur jarak
Menentukan kedudukan
Mencari arah
Anatomi kompas orienteering Garisan melaras
Jarum magnetik Arah pergerakan
Tapak lutsinar Perumah kompas
5
TEKNIK-TEKNIK ASAS
Teknik melaras peta
Langkah pertama yang harus diketahui adalah melaras Utara peta. Melaras peta ke
Utara adalah bertujuan untuk membetulkan kedudukan peta berkenaan supaya ianya
bersamaan dengan kedudukan pada mukabumi sekeliling. Cara ini akan lebih mudah
untuk menentukan arah pergerakan.
Terdapat dua cara untuk melaras Utara peta iaitu :-
Berpandukan kepada kedudukan ciri-ciri mukabumi sekeliling
Menggunakan kompas
Teknik susur tangan
Merupakan teknik asas yang mudah dalam pemilihan laluan dengan
menggunakan ciriciri garisan yang mudah dikenali seperti jalan, lorongkaki,
sungai, pagar dan sebagainya. Kaedah ciri-ciri garisan ini dipanggil Susur
tangan (Handrails).
Sebelum bergerak, cuba lihat apakah ciri yang boleh digunakan untuk susur
tangan yang akan membawa anda sehampir mungkin ke tempat yang ditujui.
Ikut ciri berkenaan.
Teknik titik sasaran
Titik sasaran merupakan suatu ciri yang jelas yang terletak pada ciri garisan
atau yang berhampiran dengannya, sebelum anda tiba di kawalan yang ditujui.
Antara ciri yang boleh digunakan sebagai titik sasaran ialah simpang/selekoh
jalan atau sungai, hujung atau penjuru pagar dsb.
Pilih Tititk sasaran yang paling hampir kepada destinasi anda. Perlahankan
pergerakan apabila hampir ke Titik sasaran dan pastikan arah yang perlu
diikut dan jarak untuk menghampiri kawalan. Teknik ini biasanya digunakan
bersama dengan teknik susur tangan.
6
SUSUR TANGAN TEKNIK SASARAN
Relokasi
Merupakan satu teknik atau cara yang digunakan apabila peserta merasa tidak pasti
akan kedudukan sebenar atau tersesat.
Jangan panik jika dirasakan sudah tersesat. Berehatlah terlebih dahulu.
Jangan bergerak lagi atau merayau-rayau tidak tentu arah.
Laraskan peta ke arah utara peta dan cuba bandingkan ciri muka bumi yang
boleh dilihat.
Jika masih tidak dapat menentukan kedudukan, cuba ingat ciri yang terakhir
yang telah dilalui dan semak dalam peta.
Setelah 2 minit berehat dan anda masih sesat, cuba bergerak ke arah ciri
garisan yang jelas. Dapatkan kedudukan anda dan teruskan pergerakan ke
titik kawalan.
Jika masih ragu-ragu dan risau, dapatkan bantuan sesiapa yang terjumpa
atau cuba carikan jalan balik ketitik permulaan.
PEMBATALAN PENYERTAAN
Peserta akan diberikan “Did not finish” (DNF) atau pembatalan penyertaan (DISQ)
apabila berlakunya perkara-perkara seperti berikut:-
Gagal memulangkan kad kawalan.
Tidak menebuk kad kawalan dengan selengkapnya.
Tebukan yang dibuat terkeluar petak yang sepatutnya.
7
Tebukan yang kurang jelas/berubah corak.
Tidak membantu peserta lain yang sangat memerlukan bantuan kecemasan.
Meniup wisel tanpa alasan munasabah.
Menaiki sebarang kenderaan kecuali bagi acara yang dibenarkan.
Bertindak untuk cuba menipu semasa pertandingan dengan pelbagai cara.
PROSIDUR MENYERTAI ACARA
Di Malaysia, pakaian yang sesuai untuk orienteering adalah pakaian sukan yang
memudahkan larian. Gunakan kasut yang sesuai mengikut keadaan tanah kawasan
pertandingan. Jangan berlari sambil membawa muatan seperti beg galas, botol air
minuman, parang atau sebagainya.
Pendaftaran/permulaan
Daftarkan diri dengan mengisi butir-butir perlu dalam kad kawalan. Pilihlah
landasan yang sesuai untuk anda. Serahkan semula kad kawalan anda dan
dapatkan masa mula. Apabila tiba giliran anda, dapatkan peta dan pergi
kegarisan permulaan. Tentukan kad kawalan dan peta yang betul untuk anda.
Salin peta utama jika diarahkan.
Laraskan peta, ambil arah laluan dan mulakan larian ke penanda kawalan
yang pertama dan seterusnya.
Di garisan Penamat
Serahkan dengan segera kad anda apabila sampai dikaunter penamat. Masa
tamat akan dicatatkan pada kad anda.
Beredarlah dari situ dan tunggulah keputusan pertandingan.
Semua peserta mesti melapurkan diri di tempat penamat walaupun gagal
menghabiskan pertandingan Ini bertujuan bagi mengelak dari diklasifikasikan
sebagai peserta yang hilang.
8
IKHTIAR HIDUP
Pengenalan:
i. Ikhtiar hidup atau lebih dikenali sebagai survival boleh diertikan sebagai
suatu situasi atau keadaan genting serta mengalami kesukaran dalam
usaha untuk meneruskan kehidupan, terutamanya semasa mengikuti
aktiviti perkhemahan di dalam hutan, bukit dan gunung.
ii. Oleh itu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu
untuk terus hidup atau daya usaha yang diutamakan dalam proses
kelangsungan hidup. Dalam konteks aktiviti luar, ikhtiar hidup
merupakan satu usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang
supaya dia terus hidup semasa menghadapi ancaman, termasuk sesat
di dalam hutan.
iii. Situasi ikhtiar hidup ialah apabila berlakunya gejala-gejala seperti yang
berikut:
a. kehabisan bekalan makanan dan minuman;
b. ancaman binatang buas;
c. sesat di dalam hutan; dan
d. masalah perlindungan.
iv. Punca wujudnya situasi ikhtiar hidup ialah kelalaian manusia itu sendiri,
sama ada di peringkat perancangan, persiapan ataupun di peringkat
pelaksanaan aktiviti. Kurang pengetahuan, pengalaman dan kemahiran
mendorong ke arah wujudnya situasi ikhtiar hidup.
v. Oleh itu, setiap individu yang ingin mengadakan atau menyertai aktiviti
luar perlulah mendalami ilmu dan kemahiran tentang perkhemahan agar
situasi ikhtiar hidup akan dapat dielakkan. Pelbagai cabaran dan risiko
akan sentiasa dilalui sepanjang aktiviti luar dilaksanakan.
vi. Prinsip ikhtiar hidup:
a. Keselamatan:
Keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa.
Ini dapat dilakukan dengan menjauhkan diri daripada melakukan
perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan.
Misalnya, elakkan daripada memakan tumbuh-tumbuhan yang
tidak diketahui puncanya, sama ada boleh dimakan atau tidak
walaupun dalam keadaan yang sangat lapar.
Masalah ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika soal
keselamatan diri dan nyawa diabaikan.
b. Usaha:
Dalam situasi ikhtiar hidup, pelbagai usaha hendaklah dilakukan
dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah
yang sedang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada
nasib atau takdir semata-mata tanpa usaha akan mengundang
risiko. Jika sesuatu usaha itu gagal maka hendaklah berusaha
dengan cara yang lain pula asalkan usaha tersebut tidak
9
menjejaskan faktor keselamatan. Semakin banyak usaha yang
dilakukan semakin banyak peluang yang akan muncul untuk
mengatasi segala rintangan dan risiko yang dihadapi.
c. Kawalan diri:
Dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan
supaya segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil
yang positif. Tanpa kawalan diri, perasaan cemas dan panik serta
hilang pertimbangan akan menyebabkan seseorang itu untuk
bertindak secara terburu-buru tanpa berfikir. Keadaan ini pasti
akan menambahkan lagi kerumitan terhadap masalah yang
sedang dihadapi.
d. Kerjasama:
Jika dalam pasukan atau kumpulan, kerjasama yang erat dan
berterusan dalam pasukan atau kumpulan amat penting untuk
diberikan keutamaan agar segala kerumitan dan kesulitan dapat
diatasi secara bersama. Kesepakatan membawa berkat. Jika tiada
kesepatan segala masalah sukar diatasi.
Masakan solar:
i. Masakan solar merupakan satu cara penyediaan makanan tanpa
menggunakan peralatan dapur dan hanya menggunakan cahaya
matahari sebagai sumber tenaga pembakar.
ii. Kaedah memasak menggunakan tenaga solar mempunyai banyak
kebaikan. Antaranya ialah:
a. satu cara untuk mendidik ahli supaya sentiasa melindungi alam
sekitar yang semakin terancam;
b. mengurangkan pencemaran pembakaran bahan api;
c. mengurangkan bahaya gas dan kebakaran.
iii. Cuaca yang sesuai ialah semasa musim panas terik.
iv. Bahan -bahan yang diperlukan ialah:
a. aliminium foil;
b. periuk memasak nipis yang telah disembur cat aerosol hitam;
c. kertas kadbord yang tebal atau kotak besar yang kosong;
d. gam/glue;
e. pelekat kertas /paper binding tape;
f. plastik;
g. tali rapiah; dan
10
h. tiga batu kecil diletak dibawah panci/periuk nipis semasa
memasak.
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT DAPUR
PROSES MENYEDIAKAN PERIUK
11
PENYEDIAAN MENU MASAKAN
PERIUK DIMASUKKAN KE DALAM BEG PLASTIK LALU DIIKAT DENGAN KETAT
Membuat perangkap:
i. Perangkap atau jerat dibina untuk memerangkap dan menangkap
haiwan atau binatang ketika kehabisan makanan semasa menyertai
kegiatan perkhemahan di dalam hutan. Terdapat beberapa jenis
perangkap dan jerat yang digunakan antaranya:
a. perangkap atau jerat pelanduk;
b. perangkap atau jerat ayam hutan;
c. perangkap atau jerat hempap dan jerut;
d. perangkap kurungan.
12
ii. Perangkap atau jerat pelanduk:
a. Mudah untuk dibuat kerana ia hanya memerlukan beberapa bahan
sahaja.Bahan-bahan yang perlu disediakan ialah :
(i) kayu pelentik;
(ii) tali pesawat yang kuat dengan ukuran panjang yang sesuai;
(iii) kayu cabang berbentuk ’Y’ yang ditajamkan kedua-dua
belah hujungnya;
(iv) kayu pesawat; dan
(v) alas pemijak.
b. Tali jerut atau alas pemijak perlu ditutup dengan menggunakan
daun-daun. Daun-daun juga digosok ke tengkuk dan tubuh untuk
menyembunyikan bau badan.
ii. Perangkap atau jerat ayam hutan:
a. Jerat jenis ini mempunyai mekanisme yang sama dengan jerat
simbat dan jerat sentak yang dibuat bagi menangkap burung
ruak-ruak.Di antara bahan-bahan yang digunakan ialah:
(i) sebatang kayu lentik dengan ukuran panjang yang sesuai;
(ii) dua batang kayu yang bercabang;
(iii) tali pesawat;
(iv) dua batang kayu pelepas;
(v) sebatang kayu pesawat (kayu pembingkas) sepanjang 5 cm;
dan
(vi) beberapa batang kayu pemijak.
b. Namun begitu cara ini kurang popular kerana badan ayam hutan
mungkin akan tersekat oleh kayu lengkung yang digunakan.
iii. Perangkap atau jerat hempap dan jerut:
a. Perangkap atau jerat hempap biasanya dibuat untuk
mencederakan haiwan atau binatang. Perangkap jenis ini mudah
dibuat dan dapat dilihat dengan jelas.Beberapa jenis bahan yang
perlu disediakan ialah:
(i) tali pesawat yang cukup kuat dan mempunyai panjang yang
sesuai;
(ii) umpan;
(iii) tali pemberat tambahan;
13
(iv) batang kayu penghempap;
(v) dua batang kayu penghalang hadapan;
(vi) dua batang kayu penghalang belakang;
(vii) kayu pesawat;
(viii) dua batang kayu pelepas; dan
(ix) beberapa batang kayu pemijak.
b. Perangkap atau jerat hempap dan jerut akan memastikan kaki
haiwan terjerut serta dihempap oleh batang kayu. Namun begitu,
masalah yang timbul ialah untuk mendapatkan kayu pelepas dan
kayu pesawat yang kuat serta dapat menampung berat kayu
penghempap serta kayu pemberat tambahan.
iv. Perangkap atau jerat kurungan:
a. Perangkap kurungan digunakan untuk membolehkan kita
menangkap haiwan hidup-hidup. Sungguhpun begitu cara ini
kurang popular dan tidak praktis kerana ia mengambil masa yang
agak lama untuk disiapkan serta banyak membazirkan tenaga.
Bahan yang diperlukan bagi membuat perangkap jenis ini ialah :
(i) batang-batang kayu yang secukupnya untuk dijadikan
dinding,kayu alang, tiang pintu dan sebagainya;
(ii) umpan;
(iii) gelang rotan;
(iv) kayu pesawat; dan
(v) tali pesawat.
b. Tiang-tiang perangkap hendaklah ditanam ke dalam tanah bagi
memastikan perangkap atau jerat tidak terbalik akibat dirempuh
binatang liar.
14
KRAF PERKHEMAHAN
Pengenalan:
i. Konsep Khemah
a. Khemah ialah tempat perlindungan sementara yang selamat
dan mempunyai kemudahan asas yang minima.
b. Maksud tempat perlindungan ialah sebarang jenis dan bentuk
tempat perlindungan, sama ada yang diperbuat daripada
kanves, nilon, dedaunan, buluh atau mungkin juga daripada
kayu dan batu. Yang penting, tempat perlindungan tersebut
mampu memberikan perlindungan daripada hujan, panas,
angin dan juga kesejukan.
c. Berkhemah pula ialah penghidupan di luar bangunan, sama
ada di halaman atau di belakang rumah, di dalam hutan, di
pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Dahulu,
berkhemah merupakan satu keperluan untuk hidup.
d. Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu
atau berkumpulan. Berkhemah bermakna anda menerima
atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap
pengurusan peralatan, makanan, dan perlindungan di
samping melibatkan diri dalam aktiviti yang berkaitan dengan
perkhemahan.
e. Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji
kemampuan menteladan fizikal untuk menggunakan
sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang
terhad. Aktiviti berkhemah akan menguji setakat mana
kesanggupan kita menghadapi kekurangan dan
ketidakselesaan.
ii. Konsep Kraf Perkhemahan
a. Kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu
dipelajari untuk menghadapi cabaran alam sekitar dan alam
semula jadi dalam kegiatan luar atau perkhemahan.
b. Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan
digunakan apabila individu melakukan aktiviti perkhemahan
atau pengembaraan.
iii. Rasional
a. Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam
menghadapi cabaran alam semula jadi dan habitatnya;
b. Memupuk perasaan cinta terhadap alam semula jadi dan
mensyukuri akan ciptaan-Nya; dan
15
c. Mengamalkan nilai-nilai murni dan menghayati akan
keindahan alam flora dan fauna yang terdapat di muka bumi
ini.
iii. Objektif
a. Menggalakkan ahli pengakap untuk mengaplikasikan
kemahiran dan teknik kraf perkhemahan dalam aktiviti luar
atau aktiviti perkhemahan;
b. Mendedahkan ahli pengakap untuk memahami akan habitat
dan alam semula jadi serta mengetahui cara-cara untuk
hidup apabila berada di dalam hutan atau tapak
perkhemahan; dan
c. Memberikan kesedaran kepada ahli pengakap tentang
kepentingan menjaga alam sekitar dengan cara yang betul
dan berkesan.
Pengurusan dan Penjagaan Khemah:
i. Jenis-jenis Khemah:
a. Ridge tent:
Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang
bumbung. Diperbuat daripada material nylon yang
ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.
b. Dome tent:
Berbentuk gelembung dan menggunakan material
yang sesuai dan fleksibel. Ringan, mudah dibawa
dan sesuai digunakan untuk berkelah atau
perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya.
c. Frame tent:
Khemah jenis besar yang biasa
digunakan untuk perkhemahan keluarga. Rangka
khemah akan dipasang dahulu dan kanvas
dipasang kemudian.
d. Bell tent:
Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah.
Khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan
digantikan dengan khemah jenis “DOME”.
e. Shelter
16
Shelter sukar untuk dibina dan memerlukan kemahiran yang
tinggi. Shelter boleh melindungi daripada serangga, panas,
hujan, angin, salji dan suhu sejuk. Boleh menyembunyikan
diri daripada musuh bahaya
(i) Jenis-jenis Shelter
(a) Phonco-Lean-To
Mudah dan cepat dibina.
Diikat pada dua batang pokok. Shelter
tertutup pada satu bahagian sahaja.
Pastikan shelter tidak menghala arah
angin.
(b) Phonco Tent
Mudah dibina. Diikat antara dua batang
pokok. Shelter tertutup pada dua
bahagian,kiri dan kanan.
(c) One man Shelter
Mudah dibina dan terhalang dari
rintangan angin. Saiz yang kecil
menjadikan ia lebih sejuk dan nyaman.
i. Pengurusan dan Keselamatan Khemah:
a. Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu
hampir dengan khemah.
b. Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai
pakaian.
c. Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah.
d. Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut
atau binatang lain dari memasuki khemah.
e. Pastikan khemah ditutup jika tiada orang di dalamnya.
f. Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa berkeadaan
bersih dan kemas.
g. Merokok adalah di larang sama sekali di dalam khemah.
h. Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat
untuk digunakan.
ii. Penjagaan Khemah:
17
i. Sentiasa melindungi pancang khemah dan pastikan tiang
atau pancang khemah berada dalam keadaan baik. Letakkan
sedikit pelincir untuk memudahkan memasukkan dan
mengeluarkan tiang atau pancang.
ii Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip jem
dan susah untuk dibuka.
iii. Jangan menyimpan makanan didalam khemah untuk
mengelakkan daripada binatang mencari dan merosakkan
khemah anda dalam usaha mencari makanan tersebut.
iv. Saranan yang penting sentiasa bersihkan khemah anda
setiap kali selepas selesai menggunakkannya, dan pastikan
anda memeriksa setiap kotoran dan sampah sarap yang
tertinggal.
v. Sebelum menyimpan pastikan yang khemah anda
betul-betul kering.
vi. Sekiranya khemah anda basah elakkan dari menekan,
menarik, atau dengan apa cara sekalipun untuk
mengelakkan daripada terkoyak.
vii. Jangan menggunakan lilin, mancis, atau pembakaran
terbuka berdekatan dengan khemah.
viii. Sentiasa menggunakan peralatan yang menggunakan
kuasa bateri di dalam khemah dalam usaha mengelak
kejadian tidak diingini berlaku.
Tujuan dan Faedah Membuat Gajet:
18
i. Gajet ditakrifkan sebagai perkasasan atau peralatan atau perabot,
seperti pagar, pintu, kerusi, katil, rak barang, ampaian dan
sebagainya yang terdapat di rumah. Gajet-gajet ini diperbuat
daripada kayu dengan menggunakan paku, gam dan sebagainya
supaya kelihatan kemas dan cantik serta sesuai dengan situasi
tempat.
ii. Berdasarkan situasi di rumah, gajet juga amat diperlukan dalam
aktiviti perkhemahan kerana satu tapak perkhemahan boleh
diibaratkan seperti sebuah rumah yang memerlukan pintu, pagar,
kerusi atau bangku, ampaian, rak kasut, rak barang, rak dapur dan
seumpamanya.
iii. Bezanya, gajet-gajet dalam aktiviti perkhemahan diperbuat
daripada buluh atau batang kayu yang disambung atau diikat
menggunakan tali dengan simpulan dan ikatan yang tertentu.
Simpulan dan ikatan ini amat penting agar gajet-gajet yang dibina
menjadi kukuh dan selamat digunakan. Sebaik-baik gajet
perkhemahan ialah gajet yang dibina tanpa menggunakan
sebarang paku.
iv. Gajet-gajet ini dikenali juga sebagai kraf kayu atau wood craft.
Gajet penting dalam aktiviti luar kerana ia mempunyai pelbagai
fungsi. Antaranya:
a. menggantikan perkakasan dan perabot di rumah;
b. memudahkan pengurusan tempat atau kawasan perkhemahan;
dan
c. menjadikan aktiviti perkhemahan lebih tersusun, teratur dan
menyeronokkan.
v. Tujuan mendirikan gajet adalah untuk:
a. mempraktikkan ilmu simpulan dan ikatan yang telah
dipelajarinya secara teori dan amali dalam sesi perjumpaan
mingguan;
b. membina semangat kekitaan, kerja sama, bertanggungjawab
dan semangat bergotong royong dalam kalangan ahli
Sekawan/Patrol dalam suasana yang ceria dan
menyeronokkan;
19
c. mengisi masa lapang yang ada dengan aktiviti yang berfaedah
sepanjang aktiviti perkhemahan dijalankan;
d. mencerdaskan mental dan mencergaskan fizikal kerana
memerlukan idea, kreativiti, tenaga dan masa yang sesuai
dan kondusif;
e. menentukan keluasan tapak perkhemahan masing-masing
dengan mendirikan pagar mengelilingi tapak khemah;
f. meninggikan taraf penghidupan di tapak perkhemahan agar
kelihatan kemas, bersih, selesa dan menarik.
g. dijadikan tempat untuk menyimpan, menyusun dan
memperagakan perkasasan, peralatan, bahan, maklumat,
pakaian dan sebagainya;
h. melindungi bahan-bahan makanan, sama ada bahan basah
atau bahan kering daripada tercemar, sama ada oleh faktor
alam ataupun oleh serangga dan haiwan;
i. memudahkan sebarang aktiviti dijalankan di dalam kawasan
perkhemahan tanpa sebarang masalah dan gangguan,
seperti memudahkan pergerakan, senang mencari maklumat
serta barangan dan peralatan yang telah diletakkan atau
disimpan di tempat yang sesuai; dan
j. menjadi mercu tanda perkhemahan serta pengalaman dan
kenangan yang tidak mudah dilupakan.
20
vi. Terdapat beberapa faedah mendirikan gajet. Antaranya:
a. mewujudkan suasana yang tenteram, selesa, lapang dan
selamat;
b. menjimatkan kos;
c. alam sekitar menjadi bersih dan nyaman;
d. barangan dan peralatan mudah disimpan dan diambil;
e. menambahkan pengetahuan dan pengalaman; dan
f. memanfaatkan sumber alam persekitaran dengan sebaik
mungkin.
vii. Kaedah mendirikan gajet:
a. ringkas dan praktikal dengan penggunaan bahan dan
peralatan yang minimum;
b. senang dibina dalam jangka masa yang pendek serta boleh
serba guna;
c. menggunakan bahan dan alat yang ada dipersekitaran atau
yang dibekalkan tanpa memerlukan kos yang tinggi;
d. menggunakan simpulan dan ikatan yang betul dan kemas;
e. susun atur mendirikan gajet di tempat yang sesuai di dalam
kawasan perkhemahan; dan
f. jenis dan bilangan sesuai dengan bilangan peserta dan
keluasan tapak.
viii. Bahan-bahan untuk mendirikan gajet:
a. Sebelum sesebuah gajet dibina, beberapa peralatan dan
bahan perlu disediakan terlebih dahulu. Peralatan dan bahan
ini bergantung kepada jenis-jenis gajet yang akan dibina.
b. Antara peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk
membuat
sesebuah gajet (mengikut kesesuaian) ialah ;
(i) parang;
(ii) gergaji;
(iii) tali, sama ada tali rafia, rami atau manila, rotan, dawai
atau akar;
21
(iv) buluh, sama ada yang lurus, bulat atau pun yang telah
dibelah (boleh juga buluh terpakai);
(v)kayu yang berukuran diameter di antara 10 cm hingga 18
cm;
(vi) kayu yang berukuran diameter di antara 18 cm hingga
22 cm;
(vii) ranting dan dahan pokok, sama ada yang lurus atau
yang bercabang;
(viii) tin-tin kosong;
(ix) batu-bata;
(x)plastik;
(xi) zink;
(xii) papan;
(xiii) kad manila; dan
(xiv) dedaunan.
Jenis-jenis Gajet dan Kegunaannya:
i. Gajet perlu didirikan mengikut kesesuaian kerana terdapat pelbagai
jenis gajet boleh dibinakan sepanjang aktiviti perkhemahan
dijalankan. Namun gajet perlu didirikan pada waktu yang lapang
atau pada waktu yang telah ditetapkan di dalam jadual
perkhemahan.
ii. Antara gajet yang boleh dibina: ialah gajet dapur, meja, rak kasut,
alas atau rak untuk meletak beg pakaian, ampaian, pintu gerbang,
menara kawalan, dan sebagainya.
a. tiang bendera;
b. pagar;
c. pintu gerbang;
d. papan kenyataan;
e. ampaian;
f. pangkin, tempat duduk dan meja;
22
g. rak kasut;
h. rak dapur;
i. rak barang; dan
j. lubang basah dan lubang kering (tempat buangan sampah).
iii. Tiang bendera:
a. Tiang bendera didirikan dengan
menggunakan kayu atau buluh, tali, dan bendera.
Pelbagai bentuk boleh dihasilkan untuk membuat
tiang bendera. Walau bagaimanapun,
penghasilannya adalah bergantung kepada
sumber bahan yang ada.
b. Terdapat dua jenis tiang bendera didirikan dalam
aktiviti perkhemahan pengakap. Satu berupa tiang
bendera utama yang didirikan di hadapan
kawasan lapang atau tapak perhimpunan
yang digunakan untuk mengibarkan bendera
Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap,
manakala satu lagi berupa tiang
bendera yang digunakan untuk
mengibarkan bendera
Sekawan atau Patrol di dalam kawasan
perkhemahan Sekawan atau Patrol itu sendiri.
iv. Pagar:
a. Gajet pagar amat penting dibina untuk menentukan
keluasan kawasan perkhemahan Sekawan atau
Patrol. Gajet pagar didirikan dengan
menggunakan kayu atau buluh yang dipacak
mengelilingi kawasan khemah kemudian diikat
atau dihadang dengan tali untuk menjadi pagar.
b. Pagar tidak perlu dibina terlalu tinggi.
Sebaik-baiknya ketinggian pagar yang dibina
sekitar satu meter sahaja. Untuk memastikan
pagar menjadi kukuh, jarak pancangan kayu atau
buluh hendaklah agak rapat sekitar dua meter
antara satu pancangan.
c. Sekawan atau Patrol yang kreatif akan menghiasi
pagar mereka dengan pelbagai corak atau gaya
agar pagar kelihatan kemas, menarik dan cantik.
23
KEDUDUKAN/PLAN PERKHEMAHAN
v. Pintu gerbang:
a. Gajet pintu gerbang merupakan satu daripada gajet yang
amat penting dibina dalam aktiviti perkhemahan. Selain
sebagai pintu masuk ke dalam kawasan perkhemahan,
pintu gerbang yang baik akan berperanan sebagai pusat
kawalan, di samping sebagai tempat untuk memasang
bendera Sekawan/Patrol.
b. Pembinaan pintu gerbang seharusnya bersesuaian
dengan bilangan hari dan bahan yang ada. Jika tempoh
perkhemahan agak lama dan bahan untuk mendirikan gajet
pintu gerbang banyak, seharusnya pintu gerbang yang
didirikan agak besar dan cantik.
c. Antara bahan dan peralatan yang diperlukan untuk membuat
gajet pintu gerbang ialah:
(i) beberapa batang kayu atau buluh
pelbagai ukuran;
(ii) tali, sama ada rami, jut atau raffia;
(iii) cangkul, parang dan gergaji; dan
(iv) tangga (jika ada).
24
vi. Papan kenyataan:
a. Gajet ini dibuat untuk mempamerkan beberapa kenyataan
atau maklumat berkaitan ahli Sekawan atau Patrol,
pengumuman pemimpin, pelan atau gambar rajah kawasan
perkhemahan Sekawan/Patrol dan maklumatmaklumat lain
yang berkaitan.
b. Saiz papan kenyataan yang ingin dibuat bergantung kepada
keperluan dan sumber bahan yang ada. Bagi memastikan
agar maklumat yang dipamerkan itu terlindung daripada
hujan dan matahari, kreativiti pengakap amat diperlukan
untuk menyediakan bumbung atau perlindungan yang
bersesuaian bagi papan kenyataan berkenaan.
c. Antara bahan yang diperlukan ialah kayu atau buluh, tali,
marker dan bahanbahan lain yang sesuai.
PELBAGAI CONTOH PAPAN
KENYATAAN
vii. Ampaian:
a. Gajet ampaian boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk
bergantung kepada kreativiti pembuatnya. Walau
bagaimanapun, gajet ampaian yang baik ialah gajet yang
didirikan tanpa bergantung kepada pokok atau
batang-batang pokok yang hidup.
b. Oleh itu, gajet ampaian digalakkan didirikan di kawasan
lapang, khususnya kawasan yang terdedah kepada cahaya
matahari dan angin di bahagian belakang kawasan khemah
kumpulan.
c. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat gajet
ampaian ialah kayu atau buluh, kayu bercabang, kayu atau
buluh pancang dan tali atau dawai.
25
viii. Pangkin, tempat duduk dan meja:
a. Gajet ini dibuat untuk dua fungsi. Pertama, sebagai meja
makan dan kedua, sebagai meja persidangan atau
perbincangan Sekawan/ Patrol.
b. Kebiasaannya gajet ini didirikan di bahagian belakang
kawasan khemah kumpulan, iaitu berdekatan dengan
khemah dapur. Ada juga kumpulan yang membuat gajet
tersebut di bahagian hadapan atau kawasan halaman
khemah kumpulan.
PELBAGAI CONTOH RAK MEJA
ix. Rak kasut:
CONTOH RAK KASUT
a. Gajet rak kasut dibuat untuk meletakkan kasut-kasut ahli
kumpulan dalam kawasan perkhemahan tersebut. Tempat
yang paling sesuai untuk membina rak kasut ialah
berhampiran dengan khemah ahli, khususnya berdekatan
dengan pintu khemah.
26
b. Gajet rak kasut dibina dengan menggunakan beberapa
batang bulu atau kayu berukuran antara suku hingga satu
meter dan diikat dengan tali menggunakan simpulan dan
ikatan yang sesuai.
x. Rak dapur atau tempat memasak:
a. Rak atau gajet dapur atau tempat memasak merupakan
antara gajet yang paling penting perlu dibuat. Rak dapur
boleh dibuat secara paling ringkas, yakni tanpa bumbung
atau boleh juga dibuat dengan berbumbung.
b. Gajet dapur yang paling ringkas ialah gajet dapur bergantung
yang biasanya digunakan untuk memasak air. Manakala
untuk memasak makanan pula, gajet yang paling ringkas
ialah yang didirikan di atas tanah dengan menggunakan batu
atau tungku. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat
gajet dapur ringkas ialah kayu bercabang, kayu lurus atau
buluh, batu bata, dawai, tanah kering, dan kawasan berbukit.
PELBAGAI CONTOH RAK DAPUR
xi. Rak barangan dapur:
a. Gajet ini saiznya agak besar dan agak rumit juga untuk
membuatnya. Gajet atau rak ini digunakan sebagai tempat
membasuh pinggan mangkuk yang dilengkapi dengan baldi
air atau besen, tuala kecil, sabun, dan air. Untuk
menjimatkan ruang, gajet atau rak ini boleh dibuat secara
bertingkat-tingkat.
27
CONTOH RAK BARANGAN DAPUR
xii. Rak tempat menyimpan makanan:
a. Gajet ini dibuat berdasarkan kegunaannya. Sekiranya
terdapat pokok di dalam kawasan khemah kumpulan, maka
gajet jenis bergantung sesuai digunakan. Sekiranya tiada
pokok dalam kawasan khemah berkenaan, gajet jenis
bertingkat berbentuk kon boleh dibuat.
CONTOH RAK MENYIMPAN MAKANAN
b. Gajet tempat menyimpan makanan yang baik ialah yang
dihasilkan bersama penutup yang diperbuat daripada plastik
atau dedaun kering yang dianyam. Antara bahan yang
diperlukan ialah kayu atau buluh, buluh yang dibelah dua
atau empat, tali, dan plastik atau dedaun kering yang
bersesuaian.
28
PELBAGAI CONTOH RAK MENYIMPAN
MAKANAN BERTUTUP
xii. Tempat buangan sampah basah (sisa makanan) dan sampah kering:
a. Gajet ini juga amat penting dibuat untuk menjaga akan
kebersihan kawasan khemah. Gajet buangan sampah basah
dan sampah kering boleh dibina di atas atas seperti gambar
rajah di bawah atau dengan cara mengorek lubang di tanah.
b. Demi menjaga kebersihan, pastikan gajet ini dibina di
bahagian belakang berdekatan dengan rak dapur dan ditutup
sentiasa untuk mengelakkan lalat dan serangga lain
mengerumuni atau berkumpul dalam tenmpat sampah.
CONTOH LUBANG KERING DAN LUBANG BASAH
29
Kerohanian dan Moral
Panduan Umum Kepada Penyampai Tazkirah:
1. Mulakan tazkirah dengan ucapan salam dan bismillah.
2. Mengalu-alukan khalayak pendengar.
3. Memulakan bacaan tazkirah.
4. Penyampai tazkirah boleh menambah bahan sedia ada dengan tambahan
idea yang bersesuaian.
5. Pastikan kesahihan dalil dan idea tambahan. Namun, pastikan tidak
menyentuh nama-nama individu tertentu secara khusus.
6. Elakkan menokok tambah contoh-contoh kontroversi yang boleh
menimbulkan salah faham kepada pendengar.
7. Akhiri bacaan tazkirah dengan ucapan salam.
Panduan Khusus Kepada Penyampai Tazkirah:
SEBELUM
1. Pilih tajuk yang bersesuaian.
2. Baca teks tazkirah sekurang-kurangnya 2 kali sebelum diperdengarkan
kepada khalayak pendengar.
3. Bersedia awal. Datang awal ke lokasi.
4. Pastikan anda memakai pakaian yang kemas.
SEMASA
1. Mengalu-alukan para pendengar.
2. Baca teks tazkirah dengan tertib.
3. Pastikan intonasi yang digunakan jelas dan dapat didengari oleh semua
pendengar.
SELEPAS
1. Ucapkan terima kasih kepada pendengar.
2. Jangan lupa membaca kit tindakan sayangi diri anda sebelum
mengakhiri tazkirah.
3. Akhiri tazkirah dengan salam.
30
Contoh:
Bidang : PEMBANGUNAN & PERKEMBANGAN SAHSIAH
Tajuk : Luar Biasa
Objektif : Pada akhir aktiviti pelajar dapat
1. Meningkatkan jati diri pelajar
2. Meningkatkan motivasi pelajar untuk berjaya
Masa : 5 minit
Bahan : Bahan Cerita katak Pekak(Rujuk Lampiran)
Langkah : 1. Guru mencerikan tentang kisah katak pekak
2. Guru meminta pelajar untuk membuat refleksi
3. Guru membuat refleksi keseluruhan
Refleksi : 1. Jangan mudah berputus asa dan sentiasa berfikiran
positif.
2. Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang
mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis.
3. Bersikap PEKAK jika ada orang mengatakan bahawa
KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu.
Lampiran 1:
CERITA KATAK PEKAK
Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil yang ingin beradu kekuatan
berlumba. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.
Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan
itu dan memberikan semangat kepada para peserta.
Maka perlumbaan pun dimulakan.
Secara jujur, tidak satu pun penonton yang benar-benar percaya bahawa katak-katak
kecil akan mampu mencapai puncak menara. Terdengar suara, “Oh, jalannya terlalu
sukar!! Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak” dan “Tidak akan berjaya.
Menaranya terlalu tinggi!
Katak-katak kecil mula berjatuhan. Satu persatu. Kecuali mereka yang tetap
semangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi dan semakin tinggi.
Penonton terus bersorak, “Terlalu sulit!!! Tak seorangpun akan berhasil!”
Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah.
Tapi ada SEEKOR KATAK sahaja yang meneruskan pandakiannya hingga semakin
tinggi dan tinggi. Dia belum menyerah! Akhirnya yang lain telah menyerah untuk
menaiki menara. Kecuali katak yang satu itu. Katak kecil yang satu itu telah berusaha
keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak.
SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?
Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak tersebut boleh berjaya? Ternyata,
katak yang menjadi pemenang itu SEBENARNYA PEKAK. Dia tidak mendengar
semua cemuhan dan perkataan negatif dari sekelilingnya. Katak itu, percaya dan
yakin pada matlamatnya untuk mencapai puncak tertinggi dengan tidak mendengar
segala ucapan negatif!
31
Apakah hikmah dan pengajaran yang dapat kita ambil daripada kisah sang katak
yang pekak ini?
Ya, kecacatan atau kekurangan itu sebenarnya satu kelebihan! Kalaulah sang katak
itu tidak pekak atau tidak tuli, sudah tentulah dia juga akan mengikut jejak
rakan-rakannya yang tewas, tidak bersemangat dan akhirnya jatuh dek kerana
cemuhan dan kata-kata yang tidak bersemangat dari para penontonnya.
Ertinya, kita “buat-buat pekak” sahaja kepada orang yang mengutuk dan mencemuh
usaha atau tindakan yang kita lakukan. Fokus dan beri tumpuan serta komitmen yang
tinggi kepada apa yang sedang kita usahakan. Kata-kata mereka yang mengutuk dan
mencemuh kita itu sebenarnya kerana memang mereka mahu melihat kita gagal dan
jatuh. Ya, adakah kita hendak membiarkan kita tewas dan jatuh hanya kerana kata
kata mereka yang tidak tahu apa-apa itu? Oh, usahlah semudah itu.
Mereka yang bersorak, mengutuk dan mencemuh segala usaha kita itu bukannya
tahu pun apakah sebenarnya yang kita lakukan. Mereka tidak tahu pun keyakinan diri
kita. Kita yang tahu dan mesti yakin kepada diri kita sendiri. Jika apa yang kita
usahakan dan lakukan adalah usaha yang betul, diredai Tuhan, tidak berlanggar
dengan syariat agama, maka apakah yang perlu kita hirau akan sorakan, cemuhan
dan kutukan mereka?
Sesekali, kita juga perlu memekakkan telinga walaupun dikurniakan Tuhan telinga
yang baik dan jelas untuk mendengar!
32
Keusahawanan
Matlamat
Melahirkan generasi pelajar yang berpotensi menyesuaikan diri dalam pelbagai
bidang keusahawanan
OBJEKTIF Memupuk bakat serta potensi yang sedia ada di kalangan pelajar serta
- mampu memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
Melahirkan insan yang kreatif dan inovatif.
-
Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
JAHITAN
i. Pengenalan alat jahitan iii. Jahitan silang pangkah. v. Asas-asas sulaman
ii. Pengenalan asas jahitan iv. Jahitan cantuman
MASAKAN i. Pengenalan bahan i. Latihan Amali
i. Pengenalan - rempah ratus
- jenis tepung iii.Gubahan bunga
- peralatan dapur - jenis beras iv.Membuat senduk
- kegunaan & penjagaan - jenis perasa v. Bahan semulajadi –
keselamatan ii. Memasak air
iii. Merebus anyaman
KRAFTANGAN iv. Menggoreng
i. Pengenalan & kegunaan v. Membakar
kraftangan i. Hiasan dari bahan
- hiasan terbuang dan bahan
- cenderahati semulajadi.
- bahan semulajad
ii. Cara penjagaan
33
RUJUKAN
Abdul Alim Abdul Rahim, 1988. Ilmu Pengakap, Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd, Petaling Jaya.
Ab. Alim abdul Rahim, 1992. Panduan Perkhemahan, Simpulan Dan Pioneering.
Penerbitan Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abdul Alim Abdul Rahim dan Balkis Wan Daud, 1993. Panduan Ekspedisi
Pengakap Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1997 ). Kurikulum Latihan
Tunas Kadet Remaja Sekolah.
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1997). Panduan Kawat
Tunas Kadet Remaja Sekolah.
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1997). Perlembagaan
Tunas Kadet Remaja Sekolah.
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1997). Tatacara Pemakaian
Tunas Kadet Remaja Sekolah.
Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2009).
Buku Panduan Pengurusan Tunas Kadet Remaja Sekolah.
Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2009).
Buku Panduan Pengurusan Kadet Remaja Sekolah.
Bulan Sabit Merah Malaysia, 2006. Buku Panduan No. 1, Ibu Pejabat
Kebangsaan BSMM, Kuala Lumpur.
Bulan Sabit Merah Malaysia, 2006. Buku Panduan No. 2, Ibu Pejabat
Kebangsaan BSMM, Kuala Lumpur.
Bulan Sabit Merah Malaysia, 2006. Buku Panduan No. 3, Ibu Pejabat
Kebangsaan BSMM, Kuala Lumpur.
Bulan Sabit Merah Malaysia, 2006. Buku Panduan No. 4, Ibu Pejabat
Kebangsaan BSMM, Kuala Lumpur.
Bulan Sabit Merah Malaysia, 2006. Buku Panduan No. 5, Ibu Pejabat
Kebangsaan BSMM, Kuala Lumpur.
Bulan Sabit Merah Malaysia, 2006. Buku Panduan No. 6, Ibu Pejabat
Kebangsaan BSMM, Kuala Lumpur.
Bulan Sabit Merah Malaysia, 2006. Buku Panduan No. 7, Ibu Pejabat
Kebangsaan BSMM, Kuala Lumpur.
34
Gordon Koh Hong Kian, 1994. Panduan Lencana Kemajuan Pengakap Muda Edisi
ke-2, Penerbit Fajar Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1995). Modul Kursus Kejurulatihan TKRS
Peringkat Kebangsaan Kali 1.
Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia Bahagian Pendidikan Guru. Modul
Kursus Asas Kepimpinan Asas Pengakap Kanak-Kanak. Kuala Lumpur.
Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia Bahagian Pendidikan Guru. Modul
Kursus Lanjutan Kepimpinan Asas Pengakap Kanak-Kanak. Kuala Lumpur.
Persekutuan Pengakap Malaysia, April 1994. Istiadat Pengakap.Kuala Lumpur
Persekutuan Pengakap Malaysia, April 1994. Skim Latihan Pengakap Kanak-Kanak.
Kuala Lumpur.
Persekutuan Pengakap Malaysia, April 1994. Skim Latihan Pengakap Muda. Kuala
Lumpur.
Persekutuan Pengakap Malaysia, April 1994. Skim Latihan Pengakap Remaja. Kuala
Lumpur.
Persekutuan Pemgakap Malaysia, April 1994. Tatacara Pengurniaan dan Pencalonan
bagi Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran serta pingat Ketua
Pengakap Negara
Persekutuan Pengakap Malaysia. Jawatankuasa Anugerah Darjah dan Bintang
Kebesaran serta pingat Ketua Pengakap Negara Persekutuan Pengakap
Malaysia.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia (2012). Jom Berkhemah. Persatuan Pandu Puteri
Malaysia, Kuala Lumpur
http://www.pengakapmalaysia.org
http://www.scout.org
http://www.mpklm.com.my
http://yusofmpklmipg.blogspot.com
http://yusofalhaj.wordpress.com
35
NAMA PENUH PANEL
EN. MOHAMAD ROSLI BIN BADRON
Ketua Unit Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun
75400 Melaka
TN. HJ. ZAINAL ABIDIN BIN SAMSUDIN
Jurulatih Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun
75400 Melaka
EN. HISHAMUDDIN BIN BASIRON
Jurulatih Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun
75400 Melaka
CIK KRISTIL TAN AI TENG
Jurulatih Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun
75400 Melaka
DR. NORSIAH BINTI BAHARI
Pensyarah
Unit Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun
75400 Melaka
36
NAMA PENUH PANEL
EN. SHAHRIN BIN ABIDIN
Jurulatih Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun
75400 Melaka
PN. ZAIMAWATI BINTI ABDUL KADIR
Jurulatih Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun
75400 Melaka
PN. HJH. NORHASLINA BINTI NORDIN
Jurulatih Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun
75400 Melaka
37