PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN MALAYSIA
Modul Pembelajaran
MPUD2091
KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM
BUKU 3
KEMAHIRAN ASAS UNIT BERUNIFORM
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu,
Jalan Maktab, Durian Daun,
75400 Melaka
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG
BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN
MELAYU, MELAKA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN
MALAYSIA.
MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.
Institut Pendidikan Guru Malaysia Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun 75400 Melaka
i
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat, dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif, dan berdisiplin.
Julai 2020
Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan
yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan
sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam
apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau
cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada
Pengarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan
Melayu, Melaka.
ii
Notis Hak Cipta ii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iii
Falsafah Pendidikan Guru iii
Kandungan iv
Panduan Pelajar v
Agihan Tajuk vii
Tajuk Pembelajaran Muka surat
UNIT 3 KEMAHIRAN ASAS UNIT BERUNIFORM 1
Rujukan Asas Pertolongan Cemas 21
Simpulan 31
34
Ikatan 42
Asas Kawad Kaki dan Istiadat 44
Panel Penulis Modul
iii
PENGENALAN
Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan
pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada
pelajar untuk mendapatkan maklumat dan gaya pembelajaran terkini.
PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI
Pembelajaran arah kendiri membolehkan pelajar membuat keputusan tentang
pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri lebih berkesan jika
pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar
mempunyai autonomi dan bertanggungjawab atas pembelajaran sendiri.
SASARAN KURSUS
Pelajar Program Diploma Pendidikan Malaysia yang mendaftar dengan Institut
Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)
Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 21 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Bagi kursus PDPM yang dilaksanakan dalam
mod Kursus Dalam Cuti (KDC), diperuntukkan 60% daripada Jumlah Pembelajaran
Pelajar adalah bersemuka manakala 40% ialah Jumlah Pembelajaran Pelajar
pembelajaran kendiri.
iv
SUSUNAN UNIT MODUL
Modul ini ditulis dalam 4 buah buku. Setiap buku membincangkan secara konsisten
berkaitan dengan kokurikulum unit beruniform. 4 buah buku tersebut ialah:
1. Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Kepentingan Unit Beruniform
2. Pengurusan dan Persiapan Kem
3. Kemahiran Asas Unit Beruniform
4. Kembara Unit Beruniform
Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email,
whatsapp, telegram dan Google classroom atau apa saja media komunikasi jika
terdapat masalah berhubung dengan modul ini.
PENTAKSIRAN
Pencapaian pelajar dalam kursus ini ditentukan menerusi pentaksiran kerja kursus
100%.
Ujian amali akan dilaksanakan secara berterusan
v
AGIHAN TAJUK
Nama Kursus : KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM
Kod Kursus
(PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA/ PENGAKAP/ PANDU PUTERI
MALAYSIA DAN KADET REMAJA SEKOLAH)
: MPUD2091
Jam Kredit : 1 Kredit
Kandungan modul ini dibahagi kepada 4 unit. Jadual di bawah menjelaskan agihan
tajuk-tajuk untuk pembelajaran melalui modul dan interaksi bersemuka.
JUMLAH JAM
TAJUK / TOPIK KULIAH/ INTERAKSI MODUL
TUTORIAL BERSEMUKA 40%
1. Pengenalan, Konsep, Sejarah dan
Kepentingan Unit Beruniform (Unit 21 JAM 60% 8 JAM
uniform yang dilaksanakan) 13 JAM
● Perlembangaan Pertubuhan
- Prinsip-prinsip asas pertubuhan BERSEMUKA DALAM
- Perlembagaan Pertubuhan TALIAN
- Lambang dan cogan kata 40%
- Bendera dan lagu pertubuhan 9 JAM 20%
Persetiaan/Ikrar dan undang- 4 JAM
undang pertubuhan
● Sejarah Unit Beruniform 2 2
- Sejarah pengasas
- Sejarah penubuhan
- Sejarah penubuhan di Malaysia
- Tujuan penubuhan Istiadat-istiadat
rasmi pertubuhan
vi
● Struktur dan Organisasi Pertubuhan
- Struktur dan organisasi peringkat
antarabangsa (jika ada)
- Struktur dan organisasi peringkat
kebangsaan/negeri/ daerah/IPG
- Struktur dan organisasi peringkat
sekolah dan kumpulan
- Fungsi majlis tadbir
● Pengurusan dan Pentadbiran
- Pendaftaran ahli dan kumpulan
- Struktur unit
- Pengurusan Buku log laporan
aktiviti
- Tanggungjawab pemimpin
- Pakaian seragam ahli dan
pemimpin
- Takwim dan rancangan aktiviti
2. Pengurusan dan Persiapan Kem
● Perkhemahan Unit/ Kem Tahunan
Kebangsaan/ Antarabangsa
- Konsep
- Penglibatan
- Sijil
- Tujuan Kem 2 2
2 1
- Jenis Kem
- Struktur Organisasi
- Staf Kem
- Perancangan dan persiapan awal
- Pemilihan tempat
- Aspek keselamatan
- Kemudahan asas
- Pemeriksaan pagi
- Surat menyurat
- Laporan dan Refleksi
3. Kemahiran Asas Unit Beruniform 1
● Asas Pertolongan Cemas
- Tujuan dan prinsip
- Anduh dan balutan
- Merawat luka dan gigitan
- Melecur, pitam dan patah
- Keracunan dan terseliuh
- Pemulihan penafasan
vii
● Simpulan
- Tali temali (Enam jenis simpulan
asas)
- Simpul Balak
- Simpul Bunga Geti
- Simpul Tindih Kasih
-Simpul Buku Sila 2 2 0
-Simpul Manuk
- Simpul Belit
- Ikatan (Tiga jenis ikatan) 11 0
- Seraya
- Serong
- Lilit Kacang
● Asas Kawad Kaki dan Istiadat 32 1
- Bahasa Hukuman
- Kawad statik dan dinamik
- Kawad formasi
4 Kembara Unit Beruniform 2 11
● Orienteering / Pandu Arah 33
- Tujuan Orienteering
- Peraturan
- Prosedur
- Isyarat
- Laporan
● Ikhtiar Hidup 2 11
- Masakan solar / rimba 2 2
- Membuat perangkap
● Kraf Perkhemahan
- Pengurusan dan penjagaan kem
- Tujuan dan faedah membuat gajet
- Jenis-jenis gajet dan kegunaannya
● Kerohanian dan Moral 21 9 4 8
● Keusahawanan
JUMLAH JAM
viii
UNIT 3 KEMAHIRAN ASAS UNIT BERUNIFORM
ASAS PERTOLONGAN CEMAS
Definisi dan Konsep Pertolongan Cemas:
Bantuan permulaan atau rawatan pertama atau awal yang diberikan kepada mangsa
atau pesakit. Usaha rawatan pertama atau rawatan awal dalam keadaan kecemasan
sebelum ketibaan ambulans atau sebelum mangsa atau pesakit menerima rawatan
daripada doktor di tempat kejadian.
ii. Pertolongan Cemas ditakrifkan sebagai bantuan permulaan, bantu mula atau
rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam
sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut atau tiba-tiba dengan
menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar
perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.
Tujuan dan Prinsip:
i. Tujuan pertolongan cemas:
a. Selamatkan nyawa:
Memberikan bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa dalam
situasi yang mengancam nyawa, seperti pendarahan yang banyak,
terhenti pernafasaan dan jantung, kulit terbakar atau melecur dan
yang seumpama dengannya.
b. Mengelakkan daripada bertambah buruk:
Memberikan rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas
untuk mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi
bertambah buruk.
c. Mengurangkan kesakitan:
Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk
memberikan kelegaan kepada mangsa atau pesakit.
d. Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor:
Memudahkan tugas doktor untuk merawat mangsa sebaik tiba di
tempat kejadian.
** Dapatkan bantuan kecemasan atau lanjutan daripada seseorang
untuk memanggil ambulans dengan kadar segera. Jangan
tinggalkan mangsa keseorangan sehingga bantuan tiba.
1
ii. Prinsip pertolongan cemas:
a. Elakkan bahaya dan utamakan keselamatan.
b. Dapatkan tindak balas mangsa.
c. Pastikan saluran pernafasan mangsa tidak tersumbat.
d. Periksa pernafasan mangsa.
e. Periksa peredaran darah (carotid - nadi tepi leher/brachial -
lengan atas)
Anduh dan Balutan:
i. Anduh
a. Anduh bermaksud ampu atau ambin, iaitu sejenis kain yang
digunakan untuk mengampu anggota badan yang cedera.
b. Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting dalam
aktiviti pertolongan cemas kerana ia boleh digunakan untuk
pelbagai kegunaan dalam pelbagai situasi. Kain anduh yang baik
berukuran satu meter.
c. Antara kegunaan kain anduh ialah:
(i) mengampu bahagian yang cedera atau patah;
(ii) menghenti atau menahan pendarahan;
(iii) menetapkan bahagian yang cedera;
(iv) dapat digunakan sebagai pengipas;
(v) menutup tempat yang luka atau cedera; dan
(vi) sebagai pengelap atau sebagai karung tuaman sejuk (ais).
2
d. Jenis-jenis anduh:
(i) Anduh besar (large arm sling):
(a) mengampu bahagian anggota atas yang luka atau
cedera.
(b) mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
(ii) Anduk tiga segi atau Anduh St. John’s (triangular sling):
(a) menahan pendarahan anggota atas.
(b) mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang
skapula.
(c) mengampu anggota atas yang cedera.
3
(iii) Anduh kecil (small sling):
(a) mengampu kecederaan di bahagian bahu.
(b) mengampu tulang klavikal yang cedera.
(c) mengampu anggota atas yang cedera.
(iv) Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling):
(a) mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami
patah tulang klavikal.
4
(v) Anduh Improvised:
ii. Pembebatan dan Pembalut atau Balutan
a. Pembebatan (Dressing)
(i) Penyucian luka, penutupan luka dan pengawalan
pendarahan diikuti balutan luka dengan kain kasa atau steril
pada kulit yang cedera.
5
(ii) Tujuan:
(a) Mengurangkan kesakitan.
(b) Menggalakkan penyembuhan luka.
(c) Memperbaiki kosmetik kulit.
(d) Mengawal penyebaran mikroorganisme.
(e) Mengawal kontaminasi luka.
(f) Memberi tekanan pada tempat tercedera.
(g) Mengawal pendarahan.
(h) Mengawal kecederaan lanjut.
(iii) Pembebatan ada tiga jenis, iaitu:
(a) Pembebatan medan – bagi kegunaaan pasukan
keselamatan;
(b) Pembebatan luka – mengikut ukuran-ukuran luka; dan
(c) Pembebatan hospital – jenis kain kasa berukuran 10 X
10 mm.
6
b. Pembalut atau balutan:
(i) Pembalut (bandage) ialah kain kasa bergulung yang
berfungsi sebagai pembalut dan pengikat di bahagian
anggota yang cedera. Pembalut juga berfungi sebagai
pembantu pembebatan. Setelah luka dicuci atau dibersihkan,
luka tersebut akan ditutup dengan pembalut untuk mengelak
pendarahan dan jangkitan kuman.
(ii) Pembalut atau balutan ada dua jenis, iaitu:
(a) Pembalut kain tiga segi – untuk menganduh, membalut,
mengampu , mengipas dan pengikat gelung cincin.
(b) Pembalut bergulung – untuk melakukan balutan lapan,
balutan circular atau spiraI dan balutan padi.
(iii) Tujuan dan Fungsi Pembalut:
(a) Melindungi luka daripada dijangkiti kuman.
(b) Melindungi luka daripada terus merebak, kecederaan
lain atau lambat sembuh.
(c) Memberikan keselesaan dan menutup luka serta
menahan pendarahan.
7
(d) Mengurangkan kesakitan.
(e) Mencegah dan menghisap kotaran seperti darah,
nanah dan serum.
c. Peraturan Am Membebat dan Membalut Luka:
(i) Bersihkan tangan terlebih dahulu.
(ii) Digalakkan memakai sarung tangan.
(iii) Tentukan saiz bebat atau pembalut yang sesuai bagi
membebat dan membalut luka. Saiz kain perlulah lebih
besar daripada kawasan luka.
(iv) Bersihkan luka dan kawasan sekeliling luka sebelum
melakukan pembebatan dan pembalutan.
(v) Menetap dan mengemaskan bebat dan balutan di bahagian
luka.
Merawat Luka dan Gigitan:
i. Merawat luka:
a. Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yang
mengakibatkan berlakunya pendarahan atau pengaliran darah,
sama ada di bahagian luar atau dalam badan disebabkan oleh
benda atau alat yang tajam atau tumpul.
b. Pendarahan ada tiga jenis, iaitu:
(i) pendarahan luaran (external):
(a) luka terhiris – disebabkan benda yang tajam seperti
pisau;
(b) luka terkoyak – disebabkan cakaran binatang atau
dawai;
(c) luka berdarah – kena pukulan tepat benda yang
tumpul; dan
(d) luka tembus – luka yang disebabkan oleh tikaman
pisau, jarum dan tembakan.
(ii) pendarahan dalaman (internal):
(a) perut – muntah berdarah;
(b) rahim – tumpah darah;
(c) tali usus – darah pada dubur;
8
(d) buah pinggang – kencing berdarah;
(e) paru-paru/saluran pernafasan – batuk berdarah; dan
(f) tengkorak – darah mengalir melalui telinga atau hidung
(iii) pendarahan dalaman tanpa kesan:
(a) limpa dan hati pecah; dan
(b) pendarahan dalam otak.
c. Luka terbahagi kepada dua kategori, iaitu:
(i) Luka terbuka:
Luka teruk yang melibatkan organ-organ lain yang
mengakibatkan pendarahan atau tumpahan darah yang
banyak, renjetan dan jangkitan kuman.
(ii) Luka tertutup:
Kebiasaannya kulit tidak pecah tetapi pendarahan atau
tumpahan darah berlaku dalam tisu yang mengakibatkan
bahagian yang cedera menjadi lebam.
9
d. Cara merawat luka terbuka:
(i) Luka-luka kecil:
(a) Memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja;
(b) Perlu dilakukan untuk mengelakkan jangkitan kuman.
(c) Langkah-langkah rawatan:
Bersihkan tangan dengan sabun.
Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
Keringkan luka menggunakan tisu atau tuala yang
steril.
Lekatkan plaster mengikut ukuran luka.
Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
Gunakan pembalut untuk memegang plaster.
(ii) Luka-luka kecil yang ada benda asing:
(a) Sekiranya terdapat benda asing yang sukar
dikeluarkan dari luka seperti kaca atau serpihan kayu
yang terbenam, jangan keluarkan objek tersebut
kerana dibimbangi akan menyebabkan lebih banyak
kerosakan pada tisu dan pendarahan.
(b) Cara terbaik yang perlu dilakukan ialah:
Bersihkan tangan dengan sabun.
Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
Cuci luka agar tidak dijangkiti kuman.
Keringkan luka secara perlahan-lahan
menggunakan tisu atau tuala yang sudah disteril.
Kawal pendarahan atau pengaliran darah dengan
menggunakan tekanan yang teguh ke atas
kedua-dua bahagian atau atau persekitaran objek.
Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk
mengurangkan risiko jangkitan kuman.
Buat balutan sekeling objek sehingga boleh
membalut tanpa menekan objek.
Bawa mangsa/pesakit ke hospital.
ii. Merawat gigitan:
a. Gigitan binatang biasanya meninggalkan luka yang dalam dan
memindahkan kuman ke tisu badan manusia kerana kuman
terdapat pada mulut kebanyakan binatang. Semua gigitan
memerlukan rawatan perubatan dengan segera.
b. Tanda-tanda gigitan:
(i) Luka yang dalam di daging.
10
(ii) Luka mungkin berdarah banyak atau sedikit.
c. Kaedah rawatan:
(i) Cuci air liur binatang dengan air sehingga bersih.
(ii) Cuci dengan larutan cecair antiseptik/sapukan krim
antiseptic.
(iii) Balut dengan pembalut steril.
(iv) Dapatkan bantuan perubatan, dail 991 atau pergi ke klinik
atau hospital berdekatan.
d. Jika digigit anjing:
(i) Galakkan pendarahan di sekeliling tempat gigitan.
(ii) Cuci luka secara menyeluruh dengan air dan sapukan
dengan larutan cecair antiseptik.
(iii) Letakkan pembalut di atas luka dan balutkannya.
(iv) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
** Perhatian: Pesakit perlu diperiksa untuk memastikan rabies
jika gigitannya adalah daripada anjing yang tidak dikenali.
Melecur, Pitam dan Patah:
i. Melecur dan terbakar:
a. Melecur:
Kecederaan disebabkan oleh haba lembab seperti air mendidih,
wap atau minyak panas. Terbakar dan melecur biasanya serius.
Selain daripada kesakitan dan renjatan yang serius selepas
kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut.
b. Terbakar:
Kecederaan kepada kulit dan tisu badan yang lain disebabkan
terkena haba kering. Terbakar boleh disebabkan oleh api yang
menyala, bahan api, objek panas, bahan kimia atau arus elektrik.
c. Ketenatan mangsa bergantung kepada:
(i) Luas permukaan yang cedera.
(ii) Tempat yang terbakar atau melecur.
(iii) Tahap terbakar.
(iv) Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa.
11
d. Jenis terbakar atau melecur:
(i) Luar – Terbakar pada bahagian kulit.
(ii) Dalam – Terbakar dalam rongga atau perut.
e. Sebab-sebab terbakar atau melecur:
JENIS SEBAB-SEBAB
Bahan api atau api.
Panas kering Terkena dengan objek panas seperti perkakas
dapur atau puntung rokok.
Panas Geseran
lembab
Bahan kimia Wap, cecair panas seperti teh, kopi atau minyak
Kimia perindustrian seperti asap dan gas korosif.
Kimia domestik seperti peluntur cat, racun rumput
atau alkali.
Radiasi Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari
Elektrik (ultra violet)
Terdedah kepada punca-punca radioaktif.
Arus elektrik yang rendah seperti perkakas
rumah.
Kilat dan petir.
* Terbakar disebabkan arus elektrik akan
melibatkan dua tempat luka sahaja.
f. Tahap kecederaan:
(i) Tahap pertama (Superficial burn):
Kecederaan terbakar/melecur pada bahagian kulit luar
sahaja. Ia melibatkan bahagian epidermis dan terasa sangat
sakit. Kulit kelihatan kemereh-merahan.
12
(ii) Tahap kedua (Intermidiate burn)
Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan
dermis). Kulit kelihatan kemerah-merahan gelap, lepuh dan
mengelembung. Terasa sakit.
(iii) Tahap ketiga (Deep burn):
Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar
hitam atau putih kering. Rasa sedikit sakit atau tidak sakit
langsung jika saraf rosak.
13
g. Tanda-tanda terbakar atau melecur:
(i) Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama dan tahap
kedua.
(ii) Bahagian anggota yang terlibat berwarna kemerah-merahan
pada tahap awal, merah gelap, lepuh dan mengelembung
pada tahap kedua.
(iii) Pengaliran keluar plasma.
(iv) Renjatan.
h. Tindakan yang perlu diambil:
(i) Tindakan ‘3B’:
(a) Burning stop – Padamkan.
(b) Breathing maintain – Periksa pernafasan.
(c) Body examine – Periksa tahap terbakar/melecur.
(ii) Tindakan ‘3C’:
(a) Cool – Sejukkan.
(b) Cover – Tutup bahagian yang terbakar.
(c) Carry – Bawa ke tempat selamat. Hantar ke hospital.
(iii) Pengendalian am:
(a) Hentikan kebakaran - air.
(b) Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca
(mengikut keadaan).
(c) Tentukan ia bernafas.
(d) Alirkan air bagi terbakar/melecur tahap pertama dan
kedua selama 20 minit atau sehingga kesakitan
berkurangan.
(e) Periksa A, B, C dan tentukan tahap terbakar.
(f) Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan tidak
merebak supaya tidak berlaku renjatan.
(g) Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan.
(h) Beri rawatan renjatan, jika perlu dan hantar ke hospital
dengan segera.
14
ii. Pitam
a. Pengsan dan pitam merupakan peringkat tidak sedarkan diri yang
singkat. Gejala ini terjadi disebabkan oleh otak seseorang yang
tidak berfungsi dengan betul.
b. Antara penyebabnya ialah:
(i) Kekurangan darah di dalam otak;
(ii) Kekurangan oksigen di dalam otak apabila pernafasan
terganggu;
(iii) Merasa sakit kepala yang teramat sangat sehingga
menyebabkan pengsan.
c. Cara merawat:
(i) Baringkan pesakit dengan kedudukan kepalanya rendah.
(ii) Longgarkan pakaian ketat.
(iii) Lap mukanya dengan tuala basah ATAU biarkan dia
menyedut larutan harum ammonia.
(iv) Apabila dia telah sedar semula, suruhlah ia bangun sendiri.
(v) Apabila ia sudah mampu bangun, berikan minuman sama
ada air, kopi atau teh panas.
iii. Patah:
a. Patah ialah tulang pecah atau retak. Ia mungkin disebabkan oleh
daya secara langsung, misalnya, jika seseorang dilanggar oleh
sebuah kenderaan yang bergerak ATAU daya tidak langsung,
contohnya jika seorang pemain bola sepak telah tersepak tanah
dan bukannya bola maka daya mungkin dialihkan untuk memecah
tempurung lututnya.
b. Tanda-tanda patah tulang:
(i) Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah tulang.
(ii) Bengkak dan lebam.
(iii) Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel.
(iv) Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda kejutan, ini
amat ketara jika patah berlaku di tulang paha atau pelvis.
c. Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk
mencegah pergerakan di sekeliling tempat yang terlibat .
15
d. Cara merawat:
(i) Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah
dicegah pergerakannya dengan sempurna. Jika nyawa
pesakit terancam, barulah dia dipindahkan.
(ii) Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat
untuk mencegah pergerakan.
(iii) Ikat pembalut dengan kuat untuk mecegah pergerakan,
tetapi tidak terlalu kuat kerana ia boleh menjejaskan
pengaliran darah.
(iv) Semasa membalut anggota yang patah, sendi-sendi di
bahagian atas dan bawah anggota juga harus dicegah
pergerakannya.
(v) Bawa mangsa ke hospital dengan segera.
** Penting: Rawat terlebih dahulu masalah kesukaran
pernafasan, perdarahan yang banyak dan tidak sedarkan diri
sebelum merawat anggota yang patah.
Keracunan dan Terseliuh:
i. Keracunan
a. Keracunan berlaku apabila terdedah secara melampau atau
berlebihan terhadap toksik (bahan-bahan beracun), sama ada
berbentuk cecair atau gas yang boleh menyebabkan penderitaan
sementara atau berkekalan.
b. Tanda-tanda terkena keracunan:
(i) Mangsa merasa loya dan mungkin akan muntah.
(ii) Mangsa mengalami sakit abdomen.
(iii) Cirit birit mungkin terjadi.
(iv) Tanda-tanda terkejut.
(v) Mungkin tidak sedarkan diri.
c. Arahan merawat:
(i) Pastikan saluran udara, pernafasan dan peredaran terbuka
dan dapatkan bantuan perubatan.Tanyakan mangsa tentang
apa yang telah dia makan.
(ii) Jangan memaksa mangsa muntah (kecuali jika mangsa
termuntah sendiri).
16
(iii) Baringkan pesakit di atas permukaan yang kukuh (mangsa
mungkin muntah).
(iv) Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan bantuan
pernafasan CPR.
(v) Hubungi 991 atau hantarkan mangsa ke hospital.
(vi) Jika terkena Racun Aerosol, tanda keracunan:
(a) Gatal-gatal pada kulit, mata, hidung atau kerongkong.
(b) Rawatan kecemasan:
Keluar dari tempat/kawasan yang disembur racun.
Hirup udara segar di ruang terbuka.
Tanggalkan pakaian yang terkena racun.
Jika terkena kulit, basuh dengan menggunakan
sabun dan air.
Jika terkena pada mata, bersihkan mata dengan
menggunakan air yang banyak.
Selepas itu, bolehlah diberikan dua hingga lima
titis ubat mata bagi setiap mata.
ii. Terseliuh
a. Sendi merupakan tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih.
Pergerakan yang melebihi had biasa pada sendi boleh
mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu penyambungan
antara tulang). Ligamen sama ada boleh meregang dengan
berlebihan, terkoyak atau terputus.
b. Kecederaan pada ligamen seperti ini disebut terkehel (dislocation)
dan terseliuh (sprain). Terdapat sedikit perbezaan antara terkehel
dan terseliuh walaupun kedua-duanya melibatkan kecederaan
pada ligamen.
c. Terkehel ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan
sendi yang melebihi had sehingga menyebabkan tulang beralih
dari kedudukan asal dan menjejaskan struktur ligamen.
d. Manakala, terseliuh pula ialah kecederaan yang disebabkan oleh
pergerakan sendi yang melebihi had sehingga menjejaskan
ligamen tetapi tulang tidak beralih dari kedudukan asal.
e. Tanda-tanda ligamen terseliuh:
(i) Sakit-sakit.
(ii) Bengkak.
(iii) Bertambah sakit apabila bergerak.
(iv) Pergerakan yang terhad.
17
f. Cara-cara merawat terseliuh:
(i) Hadkan pergerakan anggota.
(ii) Gunakan konsep RICE:
R - Rest (Rehatkan bahagian yang cedera dengan
kedudukan yang selesa)
I - Ice (Letakkan ketulan [tuamkan dengan] ais pada
bahagian yang cedera)
C - Compress (Longgarkan otot-otot yang tegang dan
tekan bahagian yang cedera dengan satu lapisan tebal
kapas dan balut)
E - Elevate (Lipat atau tinggikan bahagia yang cedera)
(ii) Dapatkan bantuan perubatan.
Pemulihan Pernafasan atau Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR):
(Sila rujuk Buku Panduan BSMM No. 7 : Peraturan-peraturan dan
Undang-undang Kursus, Peperiksaan dan Persijilan BSMM)
i. Jika seseorang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak berdenyut, kita
perlu mengambil alih pengudaraan dan peredaran dengan segera
supaya pengaliran oksigen ke otaknya berterusan.
ii. Ingat petua ABC:
A - Saluran Udara (Airway):
Pastikan saluran udara terbuka.
B - Pernafasan (Breathing):
Bernafas untuk pesakit dengan mengembungkan paru-parunya
dan mengoksigenkan darah.
C - Peredaran (Circulation): aliran darah dengan
Mengedarkan atau melancarkan
memampatkan dada.
iii. Cara-caranya:
A - Saluran Udara Terbuka:
(i) Baringkan pesakit. Keluarkan sebarang benda asing
daripada mulutnya dan bersihkan tempat di sekeliling mulut.
(ii) Angkat lehernya ke atas dan dongakkan kepalanya ke
belakang perlahan-lahan.
(iii) Tarik rahangnya ke atas.
18
B - Pernafasan:
(i) Letakkan mulut anda di
atas mulut pesakit, picit
hidungnya agar tertutup
dan hembus ke dalam
mulutnya dengan kuat
supaya dadanya
mengembung. Jika
pesakit adalah seorang
bayi atau kanak, letakkan
mulut anda di atas hidung
dan mulutnya semasa
menghembus.
(ii) Alihkan mulut anda dan
dengar dengan teliti bunyi
udara hembus. Kemudian
ulang tindakan
menghembus. Jika tiada
pertukaran udara, periksa
semula kedudukan
kepala dan rahang
pesakit serta lihat sama
ada lidahnya menghalang
saluran udara. Cuba
sekali lagi.
(iii) Jika anda masih tidak mendapat sebarang pertukaran udara,
pusing pesakit ke sisinya dan tampar tulang kipas beberapa
kali untuk mengeluarkan sebarang benda asing daripada
tekak.
(iv) Teruskan pernafasan dari mulut ke mulut. Jangan putus asa
sehingga pesakit mula bernafas. Dalam beberapa kes, ia
mengambil masa beberapa jam sebelum sesorang pesakit
itu pulih.
(v) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Pastikan
pesakit berasa hangat dan baring dalam posisi yang selesa
apabila dia telah pulih semula.
19
C - Peredaran (Mampatan Luar Dada):
(i) Jangan lakukan mampatan luar dada jika jantung mangsa
berdenyut, walaupun hampir tidak kedengaran dan jika
sebarang nadi dapat dirasai. Jika jantung belum berdenyut
lakukan perkara ini:
(a) Baringkan pesakit secara lurus dan pukul tulang dada.
(b) Jika jantung belum mula berdenyut, letakkan satu jari
tangan kanan anda di atas rawan dengan tangan kiri di
atas tangan kanan.
(c) Tolak (tekan) dengan cepat dan angkat. Ulangi proses
ini (Tekan… Lepaskan… Tekan… Lepaskan…) Apa
yang kita buat ini adalah dengan menekan jantung
mangsa dan memaksa darah mengalir ke seluruh
badannya. Ini menggantikan denyutan jantung.
(d) Selepas 30 mampatan, berikan dua bantuan
pernafasan dari mulut ke mulut. Teruskan dengan
ritma 30 kepada dua sehingga jantung mangsa
berdenyut secara normal.
20
CPR untuk Orang Awam
CPR ialah satu teknik, yang boleh menyelamatkan nyawa, tanpa menggunakan
alat-alat yang canggih dan kepakaran yang boleh diperolehi di hospital.
Anda boleh melakukan dengan teknik ini dengan tangan, mulut dan fikiran yang
logik.
BILA CPR BOLEH DILAKUKAN ?
CPR boleh dilakukan apabila seseorang itu telah ……..?
1. Tidak Sedarkan Diri
2. Tiada bernafas
3. Tiada denyutan nadi di karotid
Langkah-langkah CPR
1. Penilaian-Tentukan mangsa tidak sedarkan diri.
2. Cuba dapatkan bantuan dan panggil ambulan.
3. Betulkan kedudukan mangsa.
4. Buka saluran pernafasan-Dongakkan kepala dan angkat dagu.
5. Penilaian Pernafasan-Tentukan mangsa tidak bernafas-Dengan bunyi
pernafasan,rasa haba panas yang keluar dari mulut dan hidung
mangsa ,lihat pergerakan dadanya(5-10).
6. Beri 2 kali pernafasan (11/2-2 saat setiap hembusan).
7. Penilaian peredaran darah-Tentukan ketiadaan nadi karotik(5-10).
8. Jika tiada nadi,lakukan pemulihan jantung dengan memberikan 30 kali
tekanan keatas tulang stermum sedalam 1 ½ -2 inchi mengikut kadar
80-100 kali tekanan seminit di ikuti 2 hembusan pernafasan.
21
9. Berlakukan CPR sehingga:
a. Sehingga Ambulan sampai
b. Sehingga ada orang yang tahu tentang CPR ambil ahli dari
penyelamat
c. Sehingga mangsa ada nafas dan nadi.
d. Sehingga penyelamat keletihan
10. Jika nadi ada,pastikan mangsa bernafas.Jika tiada bernafas-beri bantuan
pernafasan sekali hembusan setiap hembusan setiap 5 saat dengan kadar
12 kali seminit.
11. Jika mangsa sudah mula bernafas-pastikan tahap kesedaran mangsa
semula,jika masih tidak sedar diri,letak mangsa dalam kedudukan
kemulihan sehingga Bantu perubatan tiba.Setiap 5 minit periksa nadi dan
pernafasan.
PROTOKOL C.P.R 2000
D - DANGER
R - RESPOND
A - AIRWAYS
B - BREATHING
C - CIRCULATION
PROTOKOL C.P.R 2010
D - DANGER
R - RESPOND
C - CHEST COMPRESSION
A - AIRWAYS
B - BREATHING
22
SIMPULAN
Tali-temali:
i. Simpulan dan ikatan merupakan aktiviti tali-temali yang amat berkait
rapat dengan aktiviti perkhemahan. Menguasai kemahiran tali-temali ini
amat penting bagi memudah dan meringankan kerja serta untuk
menjamin keselamatan semasa menggunakan simpulan dan ikatan agar
tidak ditimpa kemalangan atau kecelakaan akibat tersalah mengikat
atau membuat simpulan.
ii. Terdapat pelbagai jenis tali yang boleh digunakan untuk pelbagai
kegunaan dan situasi, sama ada sewaktu menjalankan aktiviti
perkhemahan, pengembaraan, pelayaran, pendakian, di sekolah,
pejabat mahupun di rumah.
iii. Antaranya ialah:
a. Tali penyelamat:
(i) Digunakan untuk menyelamat mangsa dan diperbuat
daripada rami Itali atau terylene.
(ii) Tali penyelamat dibentuk dengan cara tiga ikatan shroud
laid.
(iii) Kebiasaan mempunyai diameter 2 inci.
(iv) Ketahanan tali rami Itali – 2.85 tan.
(v) Ketahanan tali terylene – 4.05 tan.
b. Tali pengangkat:
(i) Diperbuat daripada rami Manila dan nilon dengan cara
ikatan hawser laid.
(ii) Mempunyai diameter 2 inci dan panjang 100 kaki.
(iii) Ketahanan tali rami Manila – 2.05 tan.
(iv) Ketahanan tali nilon – 3.40 tan.
(v) Ketahanan tali terylene – 4.05 tan.
c. Tali penarik:
(i) Diperbuat daripada terylene dengan cara ikatan hawser laid.
(ii) Mempunyai diameter 2 inci dan panjang 130 kaki.
(iii) Ketahanan tali penarik – 2.73 tan.
d. Tali pengikat:
23
(i) Diperbuat daripada rami Manila dengan cara ikatan hawser
laid.
(ii) Mempunyai diameter 2 inci dan panjang 50 kaki.
(iii) Ketahanan tali pengikat – 2.03 tan.
iv. Penjagaan tali:
a. Tali yang baru dibeli hendaklah dibuka lilitannya dan ditegangkan
sekali-sekala.
b. Hujung tali mestilah dililit atau dimatikan supaya tidak bercerai
atau terlerai.
CARA UNTUK MEMATIKAN HUJUNG TALI
c. Gunakan tali atau benang kasar yang sesuai besarnya.
d. Selepas digunakan, tali hendaklah dilengkarkan atau digulung
dengan baik sebelum disimpan di tempat yang kering dan
selamat.
e. Untuk menjamin kekuatan dan kekukuhan tali serta tahan lama,
tali tidak perlu dibasuhkan kerana akan mengakibatkan tali
menjadi basah.
f. Tali yang basah tidak boleh terus disimpan. Keadaan ini akan
menyebabkan tali mudah menjadi reput dan tidak selamat
digunakan.
g. Tali yang basah tidak digalakkan untuk dijemur di bawah panas
matahari atau menggunakan kuasa wap. Sebaliknya, tali tersebut
perlu diudarakan dan dibiarkan kering dalam suhu bilik.
h. Sebaik-baiknya, tali yang hendak disimpan boleh dilabelkan
ukuran panjang dan digantungkan di tempat yang sesuai.
i. Dicadangkan agar tali-tali yang hendak digunakan untuk tujuan
mengangkat, menarik dan menyelamat perlu diuji terlebih dahulu
agar ia selamat digunakan.
24
Jenis Simpulan:
i. Simpulan ialah satu aktiviti tali temali yang menggunakan tali yang kecil
dan sederhana ukurannya untuk disimpulkan pada benda-benda yang
kecil dan sederhana ukurannya juga. Simpulan mudah diaplikasikan
selalu walau di mana jua lokasinya, sama ada di hutan, di rumah
mahupun di pejabat. Misalnya, simpul manuk boleh digunakan untuk
mematikan tali ampaian. Manakala simpul buku sila pula boleh
digunakan ketika membuat anduh untuk menampung tangan yang
tercedera atau patah.
CONTOH SIMPULAN DAN IKATAN
ii. Terdapat tujuh jenis simpulan asas, iaitu:
a. Simpul Mati (Thumb knot):
(i) Satu simpulan yang tidak mudah terurai atau terbuka
disebabkan simpulan yang kukuh. Satu simpulan tali yang
mudah dan digunakan ikatan di bahagian hujung.
(ii) Simpul mati berfungsi untuk mematikan hujung tali supaya
ikatan tali nampak kemas serta tidak mudah terurai atau
terbuka dan tali tidak terbuang.
b. Simpul Manuk (Clove hitch):
(i) Simpulan yang tidak mudah terburai atau terlerai.
25
(ii) Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
(iii) Juga digunakan untuk mengikat tali pada botol atau tangkai
buah durian (mudah untuk membawanya).
(iv) Semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya, ikatan
silang gunting dan lilit kacang atau ular.
c. Simpul Buku Sila (Reef knot):
(i) Simpulan yang tegap dan tidak mudah terlucut.
(ii) Digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama saiz.
(iii) Mematikan ikatan pada bungkusan.
26
(iv) Membalut luka, bandage atau mematikan ikatan anduh.
(v) Mengikat khemah yang sudah dilipat.
d. Simpul Tindih Kasih (Bowline)
(i) Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
(ii) Sangat berguna dalam kerja-kerja menyelamat.
(iii) Akan diikat pada pinggang mangsa dan ditarik ke tempat
yang selamat.
(iv) Juga digunakan untuk mengikat leher haiwan.
e. Simpul Tindih Kasih Berganda (Double Bowline)
(i) Seperti simpul tindih kasih biasa tetapi lebih tegap dan
kukuh kerana menggunakan dua lapis tali.
(ii) Akan menghasilkan dua tanjul.
(iii) Sangat berguna dalam kerja-kerja menyelamat mangsa.
(iv) Kedua-dua tanjul boleh diubah mengikut kesesuaian
mangsa.
27
f. Simpul Bunga Geti (Sheet Bend):
(i) Digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama saiz
dan berlainan saiz.
(ii) Juga digunakan untuk mengikat tali ke sesuatu tanjul.
CARA MEMBUKA SIMPULAN BUNGA GETI
g. Simpul Himpit (Fisherman’s Knot):
(i) Digunakan untuk menyambung dua utas tali licin yang sama
ukuran/saiz.
(ii) Atau antara tali licin dengan tali nylon yang sama saiz.
(iii) Contohnya, tali kail dan tali nylon.
28
h. Simpul Belit Lucut:
(i) Dikenali juga sebagai ikatan bendera kerana digunakan
untuk mengikat bendera yang berlipat pada tiang bendera.
(ii) Juga dikenali sebagai ikatan pencuri kerana digunakan oleh
pencuri untuk turun dari tempat tinggi.
(iii) Sering digunakan untuk menuruni bukit, pokok atau tempat
yang tinggi.
29
30
IKATAN Ikatan ialah satu aktiviti tali temali yang digunakan untuk mengikat kayu,
i. buluh, tiang dan papan untuk jambatan, tiang bendera, menara kawalan
dan sebagainya. Kebiasaannya dalam aktiviti kepengakapan, beberapa
ii. ikatan digunakan seperti iakatan seraya, iakatan serong, ikatan silang
gunting dan ikatan lilit balak.
Jenis-jenis ikatan:
a. Terdapat empat jenis ikatan asas yang paling popular, iaitu:
(i) Ikatan Seraya
(a) Ikatan seraya digunakan untuk mengikat kayu atau
buluh yang bersudut tetap.
(b) Dimulakan dengan simpul manuk pada batang
kayu/buluh kemudian lilit dengan kemas dan ketat.
Dikuti dengan lilitan di celah kayu/buluh. Ikatan seraya
diakhiri dengan simpul manuk pada kayu/buluh.
(ii) Ikatan Serong
(a) Ikatan serong digunakan pada kayu atau buluh yang
bersilang dan dalam keadaan serong.
(b) Bermula dengan ikatan lilit balak pada kayu atau buluh
yang bersilang. Kemudian lilit secara membujur dan
melintang seperti dalam gambar rajah di bawah.
Seterusnya, lilit di celah-celah silang supaya ikatan
tersebut kukuh dan kemas. Ikatan serong ditamatkan
dengan simpul manuk.
31
(iii) Ikatan Lilit Kacang
(a) Ikatan lilit kacang digunakan untuk mengikat kayu atau
buluh semasa membuat gajet.
(b) Dimulakan dengan simpul manuk atau lilit balak pada
sebatang tiang. Kemudian ikat secara berselang-seli
pada kayu/buluh lantai dari atas ke bawah hingga
selesai. Ikatan lilit kacang ditamatkan dengan simpul
manuk.
(c) Selain mengunakan seutas tali, ikatan lilit kacang juga
boleh dilakukan dengan menggunakan dua utas tali.
Lilit kacang yang menggunakan dua utas tali akan
menjadikan ikatan tersebut menjadi bertambah kemas
dan kukuh serta terjamin kuatnya.
(iv) Ikatan Silang Gunting
(a) Ikatan silang gunting digunakan untuk membuat
jambatan, menara, gajet dan menyambung kayu.
(b) Ikatan silang gunting digunakan untuk menyambung
dua batang kayu atau buluh atau mengikat dua batang
kayu/buluh.
(c) Apabila menyambung dua batang tiang/kayu/buluh,
ikatan silang gunting akan digunakan pada kedua-dua
hujung tiang/kayu/buluh.
32
(d) Ikatan silang gunting dimulakan dengan simpul manuk
pada sebatang tiang/kayu/buluh. Kemudian lilit
kedua-dua batang tersebut dengan kemas dan kuat.
Ikatan silang gunting akan ditamatkan dengan simpul
manuk.
33
ASAS KAWAD KAKI DAN ISTIADAT
Pengenalan:
i. Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam atau unit
beruniform, seperti Pergerakan Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah
yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan secara serentak
mengikut arahan yang diberikan oleh ketua (komander). Berkawad ialah
berjalan dgn rentak kaki yg sama atau berbaris atau mengadakan
perbarisan berdasarkan arahan yang diberikan oleh ketua..
ii. Kawad kaki merupakan sebahagian daripada aktiviti kecergasan dan
berpasukan yang bertujuan untuk membentuk disiplin dan ketatatertiban
dalam pasukan. Di samping itu, kawad kaki juga bertujuan untuk
membentuk individu yang cergas, berdisiplin tinggi, berfokus dan taat
akan perintah dan arahan ketua.
iii. Dua bentuk latihan diutamakan, iaitu:
a. Latihan bahasa hukuman/perintah kawad; dan
b. Latihan pergerakan.
iv. Objektif kawad kaki adalah untuk:
a. membentuk peribadi individu;
b. menyemai semangat taat setia dan mematuhi arahan atau
perintah;
c. menanam perasaan yakin;
d. membentuk semangat dan peribadi yang cergas, setia dan
bertatatertib;
e. menanam dan menyemai semangat dan sikap bekerjasama; dan
f. menanam dan menyemai sifat-sifat yang teratur, kemas,
berdisiplin dan berhemah tinggi.
v. Kawad kaki mengandungi lima elemen utama, iaitu:
a. Kawad Statik
b. Kawad Dinamik
c. Kawad Asas
d. Kawad Formasi
e. Kawalan Kehormatan
34
Bahasa Hukuman Kawad:
i. Tiga asas dalam membina bahasa hukuman kawad:
a. Ingatan:
Memberi peringatan kepada skuad/kumpulan apa yang akan
mereka buat.
b. Harkat/Amaran:
Peringatan yang panjang terhadap perbuatan atau pergerakan
yang akan dilakukan oleh skuad.
c. Perbuatan:
Arahan perbuatan yang patut dilakukan oleh skuad (dilafazkan
dengan suara yang amat nyaring oleh komander/pemimpin
kawad.
ii. Contoh bahasa hukuman kawad:
Bahasa Hukuman Kawad Tindakan
BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA INGATAN
KE KANAN… HARKAT/AMARAN
PUSING PERBUATAN
iii. Latihan asas dalam membina bahasa hukuman kawad:
a. Masuk Baris;
b. Sedia;
c. Luruskan barisan;
d. Paras;
e. Senang Diri;
f. Rehatkan Diri;
g. Keluar Baris;
h. Pusing ke Kanan;
i. Pusing ke Kiri;
j. Pusing/Menghadap ke Belakang;
k. Pusing/Menghadap ke Hadapan;
l. Kawad Jalan Kaki;
m. Berhenti Semasa Berkawad/Jalan Kaki; dan
n. Bersurai.
35
Kawad Statik dan Dinamik:
i. Latihan kawad statik dan dinamik
a. Masuk Baris:
(i) Hukuman ini diberikan apabila latihan
kawad/perbarisan/kawalan hormat hendak dimulakan atau
selepas skuad berada dalam kedudukan KELUAR BARIS,
iaitu berehat.
(ii) Arahan:
“DENGAR SINI SEMUA SEKALI, APABILA MENDAPAT
HUKUMAN TIGA/DUA/SATU BARISAN DI HADAPAN
SAYA, SKUAD HENDAKLAH SEDIA, BERLARI, BERBARIS
DALAM TIGA/DUA/SATU BARISAN DI HADAPAN, DI
TENGAH-TENGAH DI MANA SAYA MENGADAP.”
“FAHAM ITU SKUAD!”
TIGA BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK!
atau
DUA BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK!
atau
SATU BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK!
atau
MASUK BARIS …… GERAK!
b. Paraskan Skuad:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam
kedudukan SEDIA.
(ii) Arahan:
YANG TINGGI KE KANAN, YANG RENDAH KE KIRI
DALAM SATU BARISAN …… GERAK!
(Skuad akan bergerak dengan cara berpusing ke kanan
selaku KELUAR BARIS dan terus membentuk satu barisan
panjang di hadapan pemimpin.)
NOMBOR!
(Skuad akan menyebut nombor masing-masing secara
kuat/nyaring bermula dari sebelah kanan.)
NOMBOR GANJIL SATU LANGKAH KE HADAPAN,
NOMBOR GENAP SATU LANGKAH KE BELAKANG ……
GERAK!
ORANG DISEBELAH KANAN SEKALI, DIAM!
(Hukuman ini diberi sebagai tanda orang di sebelah kanan
sekali sebagai PENANDA KANAN.)
NOMBOR GANJIL KE KANAN, NOMBOR GENAP KE KIRI
BARISAN, KANAN DAN KIRI …… PUSING!
36
JADIKAN TIGA BARISAN, CEPAT JALAN!
(Skuad akan berjalan ke arah PENANDA dan mengambil
tempat di barisan tengah, belakang, hadapan dan
seterusnya hingga terbentuk tiga barisan.)
c. Luruskan Barisan:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam
kedudukan SEDIA.
KEDUDUKAN LURUSKAN BARISAN
(ii) Arahan:
KE KANAN …… LURUS!
(Skuad akan memandang ke kanan sambil mendepakan
tangan kanan merapati bahu kiri rakan sebelah. Kemudian
skuad menghentakkan kaki sambil meluruskan barisan dan
berhenti sebaik barisan telah diluruskan.)
PANDANG …… DEPAN!
(Skuad akan memandang ke hadapan sambil menjatuhkan
tangan kanan dan kembali dalam kedudukan SEDIA.)
d. Senang Diri:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam
kedudukan SEDIA.
Arahan:
SENANG …… DIRI!
37
KEDUDUKAN SENANG DIRI DAN REHATKAN DIRI
(ii) Jika skuad berada dalam kedudukan REHATKAN DIRI.
Arahan:
BARIS!
(Skuad akan berada dalam keadaan Senang Diri.)
e. Rehatkan Diri:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam
kedudukan SENANG DIRI.
(ii) Arahan:
REHATKAN …… DIRI!
f. Sedia:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam
kedudukan REHATKAN DIRI.
Arahan: KEDUDUKAN SEDIA
BARIS!
BARIS …… SEDIA!
(ii) Jika skuad berada dalam
kedudukan SENANG DIRI:
Arahan:
BARIS …… SEDIA!
g. Buka Barisan:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam
kedudukan SEDIA.
(ii) Arahan:
BUKA BARISAN …… GERAK!
38
(Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua langkah ke
hadapan. Barisan belakang akan bergerak satu atau dua
langkah ke belakang.)
h. Tutup Barisan:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam
kedudukan SEDIA.
(ii) Arahan:
TUTUP BARISAN……… GERAK!
(Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua langkah ke
belakang. Barisan belakang akan bergerak satu atau dua
langkah ke hadapan.)
i. Pusing ke Kanan:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam
kedudukan SEDIA.
(ii) Arahan:
BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA
KE KANAN……… PUSING!
atau
KE KIRI……… PUSING!
atau
KE BELAKANG……… PUSING!
j. Pusing ke Kiri:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam
kedudukan SEDIA.
(ii) Arahan:
BERGERAK KE KIRI BERTIGA-TIGA
KE KIRI……… PUSING!
atau
KE KANAN……… PUSING!
atau
KE BELAKANG……… PUSING!
39
k. Pusing / Menghadap ke Belakang:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam
kedudukan SEDIA.
(ii) Arahan:
BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKANG
KE BELAKANG……… PUSING!
atau
KE KANAN……… PUSING!
atau
KE KIRI……… PUSING!
l. Kawad Jalan Kaki:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam
kedudukan SEDIA.
(ii) Arahan (bergantung kepada penanda):
DARI KIRI, CEPAT……… JALAN!
atau
DARI KANAN, CEPAT ………, JALAN!
atau
DARI DEPAN, CEPAT ………, JALAN!
(jika dalam satu barisan sahaja)
m. Berhenti Semasa Berkawad atau Jalan Kaki:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam
kedudukan KAWAD JALAN KAKI atau HENTAK KAKI.
(ii) Arahan:
BARIS, BERHEN……… TI!
(Hukuman BERHENTI akan dilafazkan dengan cara suku
kata TI disebut sebaik sahaja kaki kiri skuad mencecah ke
tanah.)
n. Keluar Baris:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam
kedudukan SEDIA.
(ii) Hukuman Keluar Baris diberikan jika skuad hanya berhenti
rehat dan akan ada perbarisan, kawalan hormat atau kawad
kaki lagi selepas itu.
(iii) Arahan:
KELUAR …… BARIS!
40
o. Skuad Bersurai:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam
kedudukan SEDIA.
(ii) Hukuman Bersurai diberikan setelah aktiviti perbarisan,
kawalan hormat atau kawad kaki tamat dan akan
bersambung pada waktu atau hari yang lain.
(ii) Arahan:
BERSU …… RAI!
(Pergerakan BERSURAI sama seperti pergerakan ketika
KELUAR BARIS.)
41