SEKOLAH KEBANGSAAN TROPICANA
“MATHEMATICS IS FUN”
PENDAHULUAN
Sejajar dengan misi kementerian Pelajaran Malaysia iaitu “Membangun
Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti”, Panitia Matematik SK Tropicana
mengambil inisiatif menganjurkan program “Minggu Matematik” yang melibatkan
semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Program ini dirangka untuk
mengembangkan minat pelajar dalam meningkatkan pemahaman dan
penguasaan mereka terhadap Matematik melalui pelbagai aktiviti Matematik yang
menarik dan menyeronokkan. Seterusnya program ini diharap dapat
membudayakan Matematik dalam kehidupan seharian mereka dan menimbulkan
rasa minat untuk meneroka serta menghayati rekreasi alam Matematik. Oleh itu
pelbagai aktiviti disusun ke arah mencapai matlamat tersebut.
OBJEKTIF
Membina persepsi murid bahawa Matematik itu mudah dan
menyeronokkan.
Mengaplikasikan segala ilmu dalam kelas bagi meningkatkan pemahaman
dan penguasaan dalam operasi asas Matematik
Mensasarkan peningkatan peratus dan gred purata bagi mata pelajaran
Matematik pada ujian dan peperiksaan akan datang.
Menimbulkan minat murid dalam Matematik dan membudayakan
Matematik dalam kehidupan seharian.
Menguji kemahiran murid dalam Matematik.
JAWATANKUASA PELAKSANA
Kertas Kerja : Pn. Noriyati binti Othman
Hadiah : Pn. Medilan anak Nyutim
Cik Logeswari a/p Kalidasan
Juruacara : Pn. Norazah binti Haron
Persiapan Tempat : En. Shamsudin bin Yaakob
En. Abu Hanafi bin Abu Samah
Hakim Pertandingan : Pn. Norazah binti Haron (Tahun 1)
Pn. Noriyati binti Othman (Tahun 2)
Pn.Nor Zalia binti Omar (Tahun 3)
En. Shamsudin bin Yaakob (Tahun 4)
En. Abu Hanafi bin Abu Samah (Tahun 5)
Dokumentasi En. Zamri bin Hashim (Tahun 6) :
: Cik Logeswari a/p Kalidasan
Kawalan Disiplin : : Guru Kelas
ATURCARA MAJLIS
7:40 PAGI : Murid bersedia di Dataran Gemilang
: Ucapan aluan Pengara Majlis
: Bacaan doa
: Ucapan Penyelaras Mingguan Panitia Matematik 2019
- Encik Abu Hanafi b Abu Samah
: Ucapan Perasmian Penutup
- Pn. Hjh Maznah binti Othman
: Gimik Perasmian
AKTIVITI SEPANJANG MINGGU
(18-21 JUN 2019)
AKTIVITI OUTDOOR TAHAP 1 DAN 2
(18 hingga 20 Jun)
1. Dam (bahagi)
2. Batang aiskrim(darab)
3. Timbangan berat
4. Abacus
5. Perimeter/isipadu
6. Ukuran panjang/luas
7. Asas nombor
8. Rekreasi Matematik
AKTIVITI 2
EXPLORACE IN MATHS TAHAP 2
(19 Jun-Khamis)
AKTIVITI 3
REKACIPTA MODEL TAHAP 2
(20 Jun-Khamis)
AKTIVITI 4
MEWARNA TAHAP 1
(21 Jun-Jumaat)
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SAMA
ADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG