MBUAKAUL HSIKJRRAAPH
NUR AIN MARISSA
BINTI MOHD AZRIL
4 DAHLIA
PENDAHULUAN
& PHEINJGRERATHIAN
Rasullulah saw adalah sebaik-baiknya contoh dalam islam selepas
Al-Quran. Beliau telah mengemgangkan dakwah islamiah sihingga
merukar bahasa arab jahaliyah kepada bangsa yang beradab,
mengenal kebenaran sehingga kemunculan Abu Bakar,Omar
Usman,Ali dan lain-lain yang nama mereka menghiasi lembaran
buku-buku ilmiah dan sejarah islam. Sesungguhnya Nabi
Muhammad saw telah menghadapi pelbagai kesusahan dalam
berdakwah. Sesungguhnya baginda adalah contoh yang paling
mulia sebagai seorang pendidik,ayah,pahlawan islam,jujur dan
sebagainya
Hijrah ialah perkataan arab yang bermaksud berpindah.Konsep
hijrah bermaksud perpindahan orang islam dari kota makkah ke
madinah dalam usaha untuk memperkukuh kedudukan orang
islam serta merupakan strategi baru untuk menyebarkan islam.
Penghijrahan mempunyai pengertian yang lebih luas dan
mendalam iaitu perjuangan untuk menegakkan kebenaran.
Hijrah juga boleh dilambang dengan semagat ingin berubah.
Perubahan ini berlaku dalam pelbagai keadaan seperti
perubahan segi sikap seseorang.
• Hijrah ertinya perpindahan orang Islam dari Makkah ke
Madinah bermula pada 1 Muharam. Tarikh ini merupakan
bermulanya tahun hijrah dalam kalendar Islam.
• Orang Islam telah merangka strategi yang cukup teliti
untuk berhijrah bagi memastikan kejayaan dari segi
agama,moral, sosio-ekonomi dan politik. Madinah
dipilih sebagai tempat hijrah kerana kesesuaiannya dari
segi agama, moral dan sosio ekonomi.
KONSEP • Orang pertama yang berhijrah ke Madinah
ialah Abu Salamah bin Abd Al Asad pada 1
HIJRAH Muharam tahun pertama Hijrah (16 JULAI
622M). Rombongan pertama yang berhijrah ke
Madinah adalah seramai 70 orang dan mereka
berhijrah dalam kumpulan kecil agar tidak
diketahui oleh kaum Musyrikin Makkah.
1. BAI’AT AQABAH
Termeterainya Bai’at Aqabah mempercepatkan lagi
proses Hijrah. Melalui Bai’at ini Nabi telah
menjangkakan sambutan baik penduduk Madinah.
Dalam Bai’at Aqabah yang pertama, hanya 12 orang
yang terlibat manakala bilangannya meningkat
kepada 73 orang semasa Bai’at Aqabah kedua. Orang
Madinah bukan sahaja mahu menerima Islam tetapi
sanggup memberi perlindungan kepada Nabi dan
orang Islam.
2. TEKANAN MUSYIRIKIN MAKKAH
Tekanan dan ancaman daripada
penduduk Musyirikn Makkah ini telah
mendorong penghijrahan ini berlaku
3. KEGAGALAN DAKWAH DI TAIF
Kegagalan dakwah di Taif menyebabkan Nabi cuba
mengalihkan perhatian ke tempat lain iaitu Madinah.
Kedatangan penduduk Madinah Ke Makkah
menunjukkan kesungguhan mereka dalam menerima
dan menyebarkan Islam telah memberi gambaran
yang baik. Penduduk Taif pula ternyata tidak mahu
menerima Islam memandangkan mereka mempunyai
hubungan yang rapat dengan orang Quraisy di
Makkah.
4. KEMATIAN ABU TALIB DAN
KHADIJAH
Kematian dua insan yang Nabi sayangi telah
meninggalkan kesan dalam diri Nabi. Khadijah
adalah seorang isteri yang sangat setia hingga
sanggup mengorbankan segalanya untuk
Nabi dan orang Islam. Abu Talib pula walaupun
tidak memeluk Islam namun beliau tetap
melindungi Nabi dari ancaman.
5. PENCARIAN TEMPAT BARU UNTUK
BERDAKWAH
Oleh kerana sambutan penduduk Makkah kurang
menggalakkan maka Nabi berhasrat untuk mencari
tempat baru untuk berdakwah. Nabi agak kecewa
dengan sikap penduduk Makkah kerana bilangan
yang menerima Islam selama 13 tahun di Makkah
agak kecil berbanding dengan tempoh 10 tahun
Nabi berdakwah di Madinah.
6. PERSEDIAAN PENDUDUK MADINAH
MENERIMA NABI
Penduduk Madinah sangat berharap Nabi dapat
membantu mereka menyelesaikan perbalahan
antara orang Arab dan Yahudi, juga antara orang
Arab dab Arab, khususnya antara Aus dan Khazraj.
Perbalahan ini berpunca daripada perebutan kuasa
di Madinah.
7. KEDUDUKAN MADINAH YANG
STRATEGIK
o Kedudukan Madinah di tengah-tengah jalan
perdagangan antara Syam dan Yaman sangat
sesuai untuk dijadikan pusat penyebaran
Islam. Ia juga berpotensi menyaingi
kedudukan Makkah sebagai pusat
perdagangan. Hal ini bukan sahaja menjadikan
Madinah sebuah negara yang kukuh dari segi
politik tetapi juga ekonomi.
8. WAHYU
Hijrah berlaku apabila Nabi menerima wahyu
dari Allah yang mengizinkan orang Islam
berhijrah. Wahyu tersebut ialah ayat 30, surah
Al-Anfal. Ayat tersebut menginggatkan Nabi
tentang pakatan yang dilakukan oleh orang
Musyiriki Makkah terhadap Nabi. Wahyu ini
menggesa Nabi supaya segera berhijrah.
PETA
PENGHIJRAHAN
NABI
Kronologi
PERISTIWA
HIJRAH
Bulan Syawal Tahun Bulan Zulkaedah Bulan Zulhijjah tahun
ke-10 kenabian tahun ke-10 kenabian ke-11 kenabian
(Ta'if) (Kembali ke Makkah)
(Pertemuan Pemuda dari
Bulan Zulhijjah tahun Bulan Zulhijjah tahun Madinah
ke-13 kenabian ke-12 kenabian
(Bai'ah Kedua) (Bai'ah Pertama) Bulan Ramadhan
tahun ke-12 kenabian
(Isra' Mikraj)
Hari Khamis, Hari Jumaat,
26 Safar tahun ke-14 kenabian 27 Safar tahun ke-14 kenabian
(26 Safar 1H / 12 September 622M) (27 Safar 1H / 13 September 622M)
(Usul Membunuh Nabi oleh Darul (Bertolak dari Makkah / Gua Thur)
Nadwah (Parlimen Quraisy) Hari Isnin,
8 Rabi`ul Awwal tahun ke 14 kenabian
Hari Jumaat,
12 Rabi`ul Awwal tahun ke-14 (8 R'Awal 1H/ 23 September 622M)
(Singgah di Quba’ selama 4 Hari)
kenabian
(12 R'Awal 1H/ 27 September 622M)
(Sampai di Yathrib (Madinah)
Bulan Syawal Tahun ke-10 kenabian
(Ta'if)
Jarak Ta’if dari Makkah ialah sejauh 60 batu.
Baginda pergi dan balik berjalan kaki dengan
ditemani pembantunya, Zaid bin Harithah.
Setiap kali Baginda berjumpa dengan kabilah
di jalan, maka Baginda akan mengajak
mereka kepada Islam. Namun tidak satu pun
kabilah yang menyahut ajakan Baginda.
Baginda tinggal di Ta’if selama 10 hari.
Sepanjang tempoh itu, semua orang
kenamaan telah Nabi jumpa. Tetapi semua
mereka telah menghina Nabi.
Bulan Zulkaedah tahun ke-10
kenabian
(Kembali ke Makkah)
Nabi telah kembali ke Makkah untuk
memperbaharui seruan Islam kepada
kabilah-kabilah dan individu-individu.
Nabi memberi dakwah kepada banyak
kabilah dan individu yang datang ke
Makkah khususnya musim haji (bulan
Zulhijjah).
Bulan Zulhijjah tahun ke-11
kenabian
Pertemuan dengan 6 orang pemuda dari
Madinah atau Yathrib yang tertarik dengan
seruan Nabi kerana pernah mendengar
cerita tentang Nabi akhir zaman dari mulut-
mulut orang Yahudi di Madinah.
Mereka pulang ke Madinah dalam keadaan
masih belum masuk Islam, tetapi mereka
telah membawa perkhabaran tentang Nabi
akhir zaman kepada seluruh masyarakat
Madinah. Jadi, seluruh penduduk Madinah
mula maklum berkenaan Rasulullah.
Bulan Ramadhan tahun ke-12 kenabian
(Isra' Mikraj)
·Nabi telah diperjalankan dari Makkah ke
Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis, lalu diangkat
ke Sidratul Muntaha untuk mengadap ALLAH.
·Setelah menerima pensyariatan solat fardhu
sebanyak 5 kali sehari semalam, Nabi pun
pulang semula ke Makkah.
·Peristiwa ini berlaku pada satu malam dan ia
benar-benar menguji keimanan orang-orang
Islam pada ketika itu.
Abu Bakr digelar as-Siddiq kerana beliau
adalah orang pertama yang membenarkan
kata-kata Nabi tanpa ragu.
Bulan Zulhijjah tahun ke-12 kenabian
(Bai'ah Pertama)
·Nabi telah membuat pertemuan dengan 12
orang lelaki dari Madinah, lanjutan dari
pertemuan pertama di `Aqabah, Mina pada
tahun ke-11 kenabian.
Nabi telah menghantar seorang pemuda
bernama Mus`ab bin `Umair untuk
mengikut rombongan 12 orang tersebut
pulang ke Madinah bagi mengajar orang
yang masuk Islam tentang syari`at-syari`at
Islam
Bulan Zulhijjah tahun ke-13 kenabian
(Bai'ah Kedua)
·Seramai 70 orang lelaki dan 2 orang wanita
beragama Islam dari Madinah datang ke Makkah
untuk mengerjakan haji. Mereka datang bersama
jemaah haji lain yang masih syirik.
·Berlaku bai`ah kedua dengan kandungan
perjanjian yang lebih tegas dan serius iaitu dalam
hal taat setia atas segala suruhan Nabi dan sanggup
melindungi Nabi walau dalam keadaan apa sekali
pun.
Seramai 12 orang naqib telah dilantik bagi memikul
tanggungjawab memimpin kaum mereka ketika di
Madinah. Daripada 12 orang itu, 9 orang dilantik
dari kabilah Khazraj dan 3 dari kabilah Aus.
Hari Khamis,
26 Safar tahun ke-14 kenabian
(26 Safar 1H / 12 September 622M)
(Usul Membunuh Nabi oleh Darul Nadwah
(Parlimen Quraisy)
·Persidangan untuk menghentikan dakwah Nabi
Muhammad di Makkah dan lain-lain tempat.
·Ini kerana mereka mulai sangat risau dengan
perkembangan terbaru iaitu penghijrahan orang-
orang Islam ke Madinah dan kesediaan orang-
orang Madinah membantu Nabi.
Mereka risau perdagangan mereka tergugat dan
amalan sembahan berhala mereka turut
terencat.
Hari Jumaat,
27 Safar tahun ke-14 kenabian
(27 Safar 1H / 13 September 622M)
(Bertolak dari Makkah / Gua Thur)
·11 orang penjenayah tersebut telah berkumpul di depan
rumah Nabi. Pembunuhan telah dirancang untuk diadakan
pada setengah malam iaitu ketika Nabi sedang tidur.
·Kekuasaan ALLAH dan peliharaan ALLAH terhadap
kekasihNYA mengatasi kesempurnaan perancangan jahat
penjenayah-penjenayah Quraisy tersebut sebagaimana
disebut di dalam Surah al-Anfal, ayat ke-30.
·Baginda telah menyuruh Ali bin Abi Talib untuk tidur di
tempat tidurnya dengan menggunakan selimut yang biasa
Nabi gunakan iaitu selimut al-Hadrami berwarna hijau.
Nabi kemudian keluar, mengambil pasir dan menaburkannya
ke atas penjenayah-penjenayah itu sambil membaca ayat ke-
9 dari surah Yasin. Dengan izin ALLAH, penglihatan
penjenayah tersebut ditutup dan mereka tidak dapat melihat
Baginda.
Hari Jumaat,
27 Safar tahun ke-14 kenabian
(27 Safar 1H / 13 September 622M)
(Bertolak dari Makkah / Gua Thur)
·Walaupun Yathrib (nama asal bagi Madinah)
terletak di Utara Makkah, namun Nabi menuju
selatan Makkah sebagai jalan keluar Nabi dari
Makkah. Setelah 5 batu berjalan, Nabi sampai di
Bukit Thur. Ketika melalui di atas bukit ini, kaki
Nabi yang mulia melecet kerana bukitnya berbatu
bata dan sangat sukar untuk didaki. Abu Bakar
terpaksa memapah Baginda dengan bersusah
payah hingga menemui sebuah gua di puncak bukit
tersebut.
Baginda dan Abu Bakar tinggal di gua tersebut
selama 3 hari.
Hari Isnin,
8 Rabi`ul Awwal tahun ke 14 kenabian
(8 R'Awal 1H/ 23 September 622M)
(Singgah di Quba’ selama 4 Hari)
·Di Quba’, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa
sallam singgah di rumah Kalthum bin al-
Hadam.
Di situ Baginda mengasaskan masjid dan
bersolat di dalamnya. Itulah masjid pertama
yang diasaskan atas dasar taqwa selepas
Baginda menjadi Nabi, iaitu Masjid Quba’.
Hari Jumaat,
12 Rabi`ul Awwal tahun ke-14 kenabian
(12 R'Awal 1H/ 27 September 622M)
(Sampai di Yathrib (Madinah)
Apabila masuk waktu solat Jumaat, Baginda singgah
untuk bersolat Jumaat di sebuah kawasan lembah di
perkampungan Bani Salim bin Auf. Seramai 100 orang
lelaki menyertai mereka dalam solat tersebut.
Rumah Abu Ayyub al-Ansari telah terpilih menjadi
tempat menetap Nabi di Yathrib apabila unta Baginda
berhenti di kampung Bani al-Najjar iaitu kampung
keluarga pihak bapa-bapa saudara sebelah ibu
Baginda, di mana rumah Abu Ayyub merupakan rumah
yang paling hampir tempat unta tersebut berhenti.
Tapak unta itu berhenti dijadikan tapak Masjid
Nabawi.
KIekstiabnar/
PENGHIJRAHAN NABI
GIAT DALAM PENYEBARAN AGAMA ISLAM
Hijrah ialah proses jangka panjang dalam
perjuangan umat Islam yang dilakukan secara
terancang dan teratur dari segi kerohanian dan
kebendaan.
PERUBAHAN PUSAT GERAKAN ISLAM
Kegiatan dan ajaran Islam dapat dijalankan
dengan lebih aman dan bebas dari ancaman
Quraisy.
Kegiatan ketenteraan Islam berkembang pesat dan
berjaya menundukkan dua buah empayar besar.
PENYEBARAN AGAMA ISLAM MELUAS
Penyebarannya sehingga melepasi sempadan
politik Makkah dan Madinah.
Nabi Muhammad telah menghantar utusan kepada
pemerintah Rom, Farsi, Habsyah, Ghassan, Mesir,
Bani Bakar dan sebagainya dengan menyeru
mereka kepada Agama Allah.
PERUBAHAN KEDUDUKAN NABI
Baginda menjadi pemimpin utama Madinah yang
dihormati dan disegani.
Di Madinah, baginda turut menjadi hakim,
panglima perang, guru agama, pemimpin umat
dan sebagainya.
PERTAMBAHAN UMAT ISLAM
Umat Islam semakin bertambah dan terdiri
daripada dua golongan iaitu Muhajirin dan Ansar.
Golongan Ansar ialah orang Madinah yang
menganut Agama Islam. Majoritinya ialah kaum
Aus dan Khazraj.
Pertambahan masyarakat ini mewujudkan sebuah
ummah Islamiyah.
PENUBUHAN NEGARA ISLAM
Kota Madinah menjadi negara Islam yang pertama
di dunia apabila Nabi berjaya membentuk Piagam
Madinah.
Piagam inidianggap sebagai perlembagaan bertulis
pertama di dunia.
PERUBAHAN KEHIDUPAN MASYARAKAT
MADINAH
Sebelum Nabi berhijrah, penduduk Madinah hidup
dalam suasana Jahiliah tanpa sistem undang-
undang teratur.
Dengan kedatangan Nabi, sistem perundangan
teratur yang meliputi aspek kehidupan
masyarakat seperti bidang ekonomi, kekeluargaan,
dan pemerintahan diperkenalkan.
TAMATNYA PERMUSUHAN GOLONGAN
ANSAR
Konflik antara golongan Ansar dapat ditamatkan
dengan semangat Ukhuwah Islamiyah.
PERMULAAN KALENDAR HIJRAH
Tarikh penghijrahan Nabi Muhammad dijadikan
sebagai titik terawal bagi pengiraan sistem
kalendar Islam. Hal ini dilakukan oleh Khalifah
Umar Al-Khatab pada 634M.
Takwim ini mengikut peredaran bulan yang
mengandungi 12 bulan atau 354 hari.
PERUBAHAN DASAR POLITIK
Dasar politik bercorak offensive iaitu menentang
apa sahaja penentangan Quraisy secara kekerasan.
Perubahan dasar ini dilakukan setelah turunnya
Surah Al-Hajj.
PERTUMBUHAN EKONOMI
Madinah merupakan kawasan yang sesuai untuk
pertanian dan kedudukannnya yang strategi untuk
perdagangan.
Setelah hijrah, sistem ekonomi Islam yang
bertepatan dengan syariat Islam telah
diperkenalkan dan ekonomi masyarakat Islam
bertambah kukuh dan negara Islam menjadi lebih
makmur dan stabil.
SOSIAL (PEMBENTUKAN UMMAH)
Pengnhijrahan telah menghapuskan nilai-nilai
masyarakat Jahiliah dan digantikan dengan nilai
murni berpandukan akidah dan akhlak.
Dalam sistem sosial Islam, setiap orang diberi
kebebasan tanpa mengira kaum, agama dan
keturunan di mana hidup berkabilah telah
digantikan dengan sistem sosial dalam bentuk
ummah.
KESIMPULAN
Penghijrahan mempunyai pengertian yang lebih
luas dan mendalam iaitu perjuangan untuk
menegakkan kebenaran. Umat Islam perlu
mengambil iktibar dari penghijrahan Rasulullah
untuk meneruskan perjuangan hidup demi
kebaikan umat Islam. Penghijrahan ini juga telah
membuka lembaran baru dalam episod
penyebaran dan perkembangan agama Islam.
Pelbagai kebaikan yang dinikmati oleh umat
Islam dan umat manusia rentetan dari
penghijrahan tersebut.