1.0 LATAR BELAKANG JPPH MALAYSIA
Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Malaysia di bawah Kementerian
Kewangan Malaysia, bermula sebagai Bahagian Penilaian di Perbendaharaan
Malaysia pada 1 Jun 1957. Kini JPPH Malaysia mempunyai pegawai dan staf seramai
2,101 orang yang mana 260 orang daripadanya merupakan penilai profesional. Fungsi
dan aktiviti Jabatan diperkembangkan khususnya bagi menasihatkan pelanggan dan
stakeholders yang terdiri daripada kerajaan Persekutuan, negeri dan agensinya serta
Badan Berkanun dari segi segala aspek berkaitan dengan penilaian, perundingan dan
perkhidmatan harta dan amnya untuk memenuhi keperluan kepakaran yang berkaitan
dengan industri harta tanah.
Jabatan ini diketuai oleh Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta di mana
fungsi dan tugasnya termaktub di bawah Akta Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah
dan Pengurus Harta 1982 (Akta 242) (Pindaan).
JPPH beroperasi dengan 14 Pejabat Pengarah Penilian Negeri dan 38 pejabat
cawangan daerah yang diketuai Penilai Daerah meliputi seluruh Semenanjung
Malaysia, Sabah dan Sarawak selain daripada Pengarah Institut Penilaian Negara
(INSPEN) dan Pengarah Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC). Ibu Pejabat
JPPH Malaysia bertanggungjawab bagi merancang dasar, strategi dan prosedur bagi
setiap program dan aktiviti jabatan.
Sila rujuk carta organisasi Ibu Pejabat JPPH Malaysia di Lampiran 1.
JPPH juga mempunyai sebuah pusat latihan menjalankan aktiviti penyelidikan, latihan
dan akademik yang dikenali sebagai Institut Penilaian Negara (INSPEN) di Bangi,
Selangor. Di samping itu, Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) di bawah
kendalian JPPH Malaysia telah ditubuhkan pada 9 September 1999 di atas
pengesyoran Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan bertanggungjawab untuk
mengumpul dan menyebarkan maklumat yang berkatan dengan industri harta tanah.
Visi
JPPH berhasrat untuk menjadi sebuah organisasi bertaraf dunia dalam memberi
perkhidmatan penilaian harta tanah, latihan dan maklumat harta tanah bertaraf dunia
Misi
JPPH akan memyediakan perkhidmatan penilaian, perundingan, pengurusan harta
tanah, latihan, penyelidikan dan penyebaran maklumat di dalam bidang harta tanah
yang boleh dipercayai, profesional dan relevan
1.1 Objektif JPPH Malaysia
Bagi mencapai visi dan misi Jabatan, JPPH Malaysia telah mengenalpasti objectif
berikut:
Memberi perkhidmatan penilaian, maklumat dan penyelidikan yang berkualiti
secara berterusan
Memperluaskan perkhidmatan penilaian dan perkhidmatan harta di agensi
kerajaan
Menjadikan JPPH Malaysia bertanggungjawab ke atas pengurusan aset kerajaan
Mewujudkan Pusat Kajian Lanjutan Harta Tanah yang diiktiraf
1.2 Peranan JPPH Malaysia
Sebagai penasihat kepada kerajaan dan agensinya dalam segala aspek yang
berkaitan dengan penilaian dan perkhidmatan harta
Sebagai pakar runding kepada Kerajaan dan agensinya untuk memberi
perkhidmatan perundingan dalam aspek kajian kemungkinan, pengurusan harta
tanah dan perejenan harta tanah
Untuk membantu Kementerian Kewangan dalam melaksanakan polisi berkaitan
harta tanah
Untuk mengumpul, menerbit dan menyebarkan informasi harta tanah
Untuk memberikan latihan dalam bidang berkaitan dengan penilaian harta tanah
dan perkhidmatan harta.
Untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang berkaitan harta
tanah
Secara amnya, JPPH Malaysia memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan Negeri, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan mengenai
perkara berkaitan dengan penilaian dan perkhidmatan harta. Penilaian harta yang
dijalankan oleh JPPH Malaysia meliputi Penilaian Tanah, Bangunan serta Loji dan
Jentera bagi pelbagai maksud sebagaimana berikut :
Cukai Keuntungan Harta Tanah
Duti Harta Pusaka
Duti Setem
Nilaian Am
Pembelian / Penjualan
Pemberimilikan Tanah
Pengambilan Tanah
Pengubahan Kategori Kegunaan Tanah
Penswastaan & Pengkorporatan
Pinjaman Perumahan Kerajaan
Sewaan / Pajakan
Sumbangan Membantu Kadar (SMK)
Kadaran
JPPH Malaysia juga memberi nasihat khusus berhubung dengan penilaian Loji,
Jentera dan Peralatan bagi pelbagai maksud selain daripada itu
menyediakan perkhidmatan jualan data transaksi/sewa harta tanah kepada individu/
perbadanan/firma sebagaimana diperuntukkan di dalam Jadual 3, Kaedah 3 Akta
Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta 1981 (Akta 242) tertakluk
kepada kelulusan Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta.
2.0 JPPH MALAYSIA GOMBAK
Pejabat JPPH Negeri dan Daerah adalah bertanggungjawab terhadap perlaksanaan
polisi, arahan kerja serta menjalankan penilaian dan perkhidmatan harta dalam
kawasan kawal selia masing-masing. JPPH Negeri Selangor bertanggungjawap ke
atas 5 cawangan di bawahnya iaitu JPPH Malaysia Shah Alam, JPPH Malaysia
Bandar Baru Bangi, JPPH Malaysia Gombak, JPPH Malaysia Klang dan JPPH
Malaysia Sepang masing-masing diketuai oleh Penilai Daerah yang
bertanggungjawab kepada Pengarah Penilaian Negeri Selangor.
Saya telah memilih dan ditempatkan di JPPH Malaysia Gombak untuk menjaani
latihan industri untuk memahami operasi JPPH Malaysia serta kerja-kerja penilaian
dan perkhidmatan harta yang dijalankan.
Pejabat JPPH Malaysia Gombak mempuyai 47 orang staf dan terbahagi kepada empat
unit iaitu Unit Pentadbiran&Kewangan, Unit Teknikal,Unit Info, Unit Pelan. Struktur
organisasi Pejabat Penilai Daerah JPPH Malaysia Gombak adalah seperti di Lampiran
2.
3.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Tugas dan tanggungjawab setiap unit atau personel adalah seperti berikut.
3.1 Penilai Daerah, Gred W54/W52/W48/W44
Mengelola semua kerja ikhtisas, pentadbiran dan kewangan di
peringkat cawangan.
Mengesyorkan kepada Pengarah Penilaian Negeri keperluan tahunan
mengenai tenaga manusia dan kewangan.
Menyediakan Sasaran Kerja Tahunan.
Merancang, menyediakan dan menguruskan belanjawan tahunan.
Menyediakan perancangan latihan serta memastikan semua staf
menghadiri sekurang-kurangnya 2 kursus dan 7 hari setahun.
3.2 Unit Penilaian
3.2.1 Pegawai Penilaian, Gred W48/W44/W41
Menjalankan penilaian harta tanah, loji, jentera dan lain-lain
yang berkualiti termasuk:
i. Mengumpul data berkaitan.
ii. Membuat lawat periksa harta tanah dan kawasan sekitar.
iii. Menyemak butiran hakmilik dan maklumat
perancangan.
iv. Menyemak dan mengesahkan maklumat serta
menganalisis data.
v. Menyediakan laporan nilaian yang berkualiti.
vi. Melaporkan nilaian dalam had kuasa melapor yang
diberi.
Menyemak dan meluluskan kerja penilaian.
Mengkaji dan menyemak rayuan penilaian.
3.2.2 Penolong Pegawai Penilaian, Gred W36/W32/W27
Menjalankan penilaian harta tanah, loji, jentera dan lain-lain
yang berkualiti termasuk:
i. Memuat turun, memuat naik, mendaftar kes dan
membuka fail (jika perlu).
ii. Menjalankan kerja pemetaan.
iii. Mengumpul data berkaitan.
iv. Membuat lawat periksa harta tanah dan kawasan sekitar.
v. Menyemak dan mengesahkan maklumat serta
menganalisis data.
vi. Menyediakan pelan tapak, pelan lokasi, pelan
bangunan, pelan perbandingan dan gambar (jika perlu).
vii. Menyediakan laporan nilaian yang berkualiti.
viii. Melaporkan nilaian dalam had kuasa melapor yang
diberi.
Menyediakan laporan bagi penerbitan Jabatan.
Mengkaji dan menyemak rayuan penilaian.
3.3 Unit Informasi Harta
3.3.1 Pembantu Penilaian, Gred W26/W22/W17
Menjalankan penilaian harta tanah, loji, jentera dan lain-lain
yang berkualiti termasuk:
i. Memuat turun, memuat naik, mendaftar kes dan
membuka fail (jika perlu).
ii. Menjalankan kerja pemetaan.
iii. Mengumpul data berkaitan.
iv. Membuat lawat periksa harta tanah dan kawasan sekitar.
v. Menyemak butiran hakmilik dan maklumat
perancangan.
vi. Menyemak dan mengesahkan maklumat serta
menganalisis data.
vii. Menyediakan pelan tapak, pelan lokasi, pelan bangunan,
pelan perbandingan dan gambar (jika perlu).
viii. Melaporkan nilaian dalam had kuasa melapor yang
diberi.
Membantu menyediakan laporan bagi penerbitan Jabatan.
Membantu mengendalikan semua kes Rujukan Mahkamah.
3.4 Unit Pentadbiran
3.4.1 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N26/N22/N17
Bertanggungjawab mengenai tatatertib dan pelaksanaan tugas
pegawai dan staf yang di bawah pengawasannya.
Bertanggungjawab menjaga kesempurnaan perabut, alatan dan
mesin, kebersihan, kekemasan, tatasusun dan keselamatan
harian pejabat.
Menguruskan proses permohonan cuti pegawai dan staf pejabat
serta mengemukakan penyata cuti mreka ke Ibu Pejabat di
samping menguruskan perkara perkhidmatan yang lain.
Menerima dan menyemak borang permohonan pinjaman
perumahan dari pemohon.
Mendaftar kes, membuka fail dan mengemaskini fail.
3.5 Unit Kewangan
3.5.1 Pembantu Tadbir (Kewangan), Gred W22/W17
Membantu Ketua Pejabat mengurus peraturan fi ikhtisas.
Menyediakan laporan jualbeli, data transaksi bulanan ke Ibu
Pejabat dan pejabat JPPH.
Menguruskan penyata gaji bulanan dan penyata lain yang
berkaitan.
Membantu Ketua Pejabat di dalam penyediaan anggaran
belanjawan tahunan.
Menguruskan hal yang berkaitan dengan sewaan ruang pejabat
bagi seluruh Jabatan.
4.0 PROSES KERJA TEKNIKAL (PENILAIAN)
Proses kerja penilaianl adalah mengikut standard atau Standard Operating Procedure
(SOP) yang telah ditetapkan daripada penerimaan kes sehingga kes dilaporkan dan
difailkan. Walaubagaimanapun, proses awalannya berbeza sedikit dari segi
pendaftaran kes bagi kes maksud nilaian untuk Duti Setem (pindahmilik) dan kes-kes
lain tujuan dari Duti Setem (DS) dan kes-kes sulit (disebut Fail Hijau).
Bagi kes DS, ianya perlu didaftar di dalam sistem digital (maya) iaitu Sistem
Pendaftaran Penilaian Duti Setem (SPPDS) sebelum didaftar dalam Valuation
Information System (VIS) dan selanjutnya dijalankan kerja-kerja nilaian dan dilapor
nilaian mengikut hadlapor pegawai yang telah ditetapkan. Kes kemudiannya
direkodkan dalan SPPDS seterusnya ditandakan dalam pelan digital tanpa dibuka fail.
Bagi kes-kes selain dari DS, prosesnya bermula dari pendaftaran dalam VIS, dibuka
fail seterusnya dijalankan kerja-kerja penilaian, dilapor, ditandakan dalan pelan digital
sebelum disimpan. Kes-kes Fail Sulit tidak dibincangkan dalam laporan ini tetapi
prosedurnya mematuhi sebagaimana bagi kes-kes selain DS.
Setiap kes mempunyai masa kesiapan atau disebut Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
dan adalah seperti berikut khususnya bagi 3 maksud nilaian.
Proses kerja-kerja penilaian adalah seperti ditunjukkan di carta alir berikut.
PROSES KERJA PENILAIAN
Bagi Maksud Duti Setem
Sebelum Terima Permohonan
Semasa Tentukan SPDDS atau tidak ?
Selepas (TPDS,STAMPS)
Daftar SPDDS
(TPDS,STAMPS)
Daftar VIS
(TPDS,STAMPS)
Kenal pasti data-data
Kumpul data
(TPDS,STAMPS)
Lawat periksa
jikaperlu
S)
Buat nilaian
(TPDS,STAMPS)
Sediakan laporan
nialaian
Lapor kepada pelanggan
Kemaskini Rekod
Tandakan pelan
GIS
Simpan fail
PROSES KERJA PENILAIAN
Bagi Maksud Selain Duti Setem
Sebelum Menerima kes
Daftar kes nerima
Semasa
Selepas kes
Kerja peta
Buka fail
Kumpul data
Lawat periksa jika perlu
Sedia laporan nilain
Dapat kelulusan Pegawai
Lapor kes
5.0 KESIMPULAN
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya saya berjaya
menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan.Selama satu semester
menjalani Latihan Industri, banyak pengalaman, pengetahuan dan pendedahan yang
berguna telah saya perolehi. Segala pendedahan yang diperolehi telah menyedarkan
diri saya dalam meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi kehidupan yang kian
mencabar sekarang. Dan dapat mempraktikkan apa yang dipelajari di INSPEN.