The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MURID MURID DI MINTA UNTUK MEMBACA CERITA DAN MENJAWAB SOALAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM10622 Nur Athirah Syakira Binti Razali, 2023-10-19 15:32:01

KISAH MONYET YANG DEGIL

MURID MURID DI MINTA UNTUK MEMBACA CERITA DAN MENJAWAB SOALAN

KELAS 5 TEKUN KEMAHIRAN MEMBACA PENDEKATAN DIDIK HIBUR ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA MURID-MURID. MARI KITA MULA BELAJAR! BERSAMA SAYA GURU BAHASA MELAYU ANDA CIKGU ATHIRAH


PROSEDUR PEMBELAJARAN Murid-murid dikehendaki membaca nota yang diberikan. kemudian membaca prosedur pembelajaran yang telah ditetapkan guru. Lalu membaca cerita yang disediakan dan menceritakan semula kepada rakan-rakan. Mendalami cerita yang disediakan lalu menjawab soalansoalan guru. Kemudian menyemak kembali jawapan mengikut skema jawapan. 1. 2. 3. 4. 5.


NOTA PEMBELAJARAN NILAI MURNI Rajin Tolongmenolong Bekerjasama Baik hati Pemurah Jujur Amanah Sanggup berkorban Menghargai masa Membalas jasa Prihatin Berdisiplin


NOTA PEMBELAJARAN NILAI MURNI Menjaga kebersihan Menjaga kesihatan Menjaga keselamatan Semangat patriotik Sabar Peramah Ikhlas Kasih sayang Rasional Taat Semangat bermasyarakat Bertanggungjawab Berdikari


NOTA PEMBELAJARAN NILAI MURNI Kebebasan Bersikap sederhana Bijaksana Berwawasan Dedikasi Berdikari Bertoleransi Mempunyai jati diri Berani Menghormati


AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA KISAH MONYET YANG DEGIL


Pada suatu hari Sang Kancil sedang berjalan- jalan di kebun buah-buahan bersama rakannya sang Kura-Kura. Sedang asyik mereka menikmati buahbuahan di situ, tiba-tiba datang seekor Monyet yang kelihatan amat kelaparan.


" Tolong-tolong, aku kelaparan. Sudah beberapa hari aku tidak makan" , kata Monyet dengan sedih. " Bolehkah sekiranya kamu berdua memberikan sedikit buah-buahan untuk aku makan" , rayu Monyet.


Kancil dan Kura-Kura amat kasihan terhadap keadaan Monyet yang kelihatan sangat lapar itu. "Baiklah monyet, ambillah apa sahaja yang kau mahu" , kata Kancil.


Melihat pepohon buah-buahan yang merimbun di hadapannya, membuatkan Monyet berasa tamak. Tiba-tiba dia ternampak akan pokok cili yang ranum dengan cili yang merah menyala.


"Aku mahu itu, aku mahu itu" , teriak Monyet. "Jangan Monyet, nanti kau yang menanggung pedihnya" , tegah Kura-Kura. "Betul tu monyet, pilihlah buah yang lain" , sokong Kancil.


Tanpa mempedulikan amaran Kancil dan Kura-Kura, Monyet terus memetik cili-cili yang merah itu dan memakannya dengan gelojoh. Tiba-tiba Monyet menjerit "Pedas! pedas! air! air! mana air!. "


Dengan muka yang merah kerana menahan pedas, Monyet terus berlari mencari air bagi menghilangkan pedas di lidahnya, manakala Sang Kancil dan Kura-Kura menggeleng-gelengkan kepala mereka.


TAMAT


SOALAN NYATAKAN NILAI MURNI YANG TERDAPAT DI DALAM CERITA TERSEBUT. NYATAKAN PENGAJARAN DI DALAM CERITA TERSEBUT. SIAPAKAH YANG DEGIL DI DALAM CERITA TERSEBUT? PADA PANDANGAN ANDA, SILA HASILKAN SEBUAH PENILAIAN BERKAITAN CERITA TERSEBUT. 1. 2. 3. 4.


Nilai baik hati - Seperti Kura-Kura dan Sang Kancil meolong Monyet yang sedang kelaparan dengan memberi Monyet buah-buahan hasil kebun mereka. Pengajaran yang di dapati di dalam cerita tersebut ialah kita hendaklah bijak berfikir. Kita seharusnya bertindak dengan bijak dan bukannya bertindak melulu seperti Monyet yang tidak berfikir dahulu lalu terus memakan cili yang pedas. Monyet. Berdasarkan cerita tersebut, saya dapati bahawa kita hendaklah saling bantu-membantu dan berfikir dahulu sebelum bertindak. Jangan sampai "Nasi sudah menjadi bubur". 1. 2. 3. 4. JAWAPAN CIKGU ATHIRAH


SEKIAN PEMBELAJARAN HARI INI, JUMPA LAGI MURID- MURID. TERUSKAN SEMANGAT ANDA YA MURID-MURID CIKGU


Click to View FlipBook Version