The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CERPEN KANAK-KANAK MISTERI KAMPUNG RAMPAI
PENULIS : NUR ATHIRAH SYAKIRA BINTI RAZALI
PISMP JUN 2021 (B)
BAHASA MELAYU 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM10622 Nur Athirah Syakira Binti Razali, 2024-03-11 00:21:22

CERPEN KANAK-KANAK MISTERI KAMPUNG RAMPAI (1)

CERPEN KANAK-KANAK MISTERI KAMPUNG RAMPAI
PENULIS : NUR ATHIRAH SYAKIRA BINTI RAZALI
PISMP JUN 2021 (B)
BAHASA MELAYU 1

Keywords: CERPEN KANAK-KANAK

MISTERI KAMPUNG RAMPAI PENULIS: NUR ATHIRAH SYAKIRA BINTI RAZALI IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU


WATAK DAN PERWATAKAN GOPAL Seorang kanak-kanak lelaki berkaum india. Berani. Cemerkap. Mementingkan nilai perpaduan. LIM Seorang kanak-kanak lelaki berkaum cina. Mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi. Mementingkan nilai persahabatan. HADI Seorang kanak-kanak lelaki berkaum melayu. Baik hati. Tidak mementingkan diri. Mementingkan nilai tolongmenolong. 1


WATAK DAN PERWATAKAN Nenek Yam Seorang nenek yang tinggal bersorangan diri di hujung kampung. Mempunyai perwatakan misteri. Namun baik hati.. ORANG KAMPUNG, KAMPUNG RAMPAI Mementingkan sikap perpaduan. Saling bantu membantu. Baik hati. 2


Di lereng bukit, terdapat sebuah perkampungan kecil yang bernama Kampung Rampai. Penduduknya terdiri daripada berbilang kaum dan hidup dalam keadaan yang harmoni dan saling tolong-menolong. Di kampung tersebut ada tiga sekawan yang sering mewujudkan keadaan yang riuh rendah serta mengusik hati orang ramai iaitu Gopal, Lim dan Hadi. Mereka telah berkawan sejak kecil kerana hidup berjiran. Walaupun berlainan kaum, mereka mempunyai ukhwah yang sangat baik. 3


Musim perayaan di kampung tersebut di sambut meriah setiap tahun. Walaupun berbeza kaum, setiap perayaan di sambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Hari perayaan juga sememangnya hari yang paling dinantikan oleh tiga sahabat tersebut. Ini kerana sudah menjadi kebiasaan mereka pada hari tersebut untuk berkunjung dari rumah ke rumah. 4


Namun begitu, terdapat sebuah rumah di hujung kampung yang tidak pernah mereka kunjungi kerana telah dilarang oleh ibu bapa mereka. Rumah tersebut didiami oleh seorang nenek tua. Nenek tua itu tinggal seorang diri sejak puluhan tahun yang lalu dan jarang sekali berinteraksi dengan orang lain. Penduduk kampung sering bercerita tentang misteri yang melingkungi nenek tersebut. Katanya, nenek tersebut mempunyai kuasa mistik dan sering menakutkan kanak-kanak yang melalui kawasan rumahnya. 5


Pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, seperti kebiasaan tiga sahabat tersebut berjalan meneroka seluruh kampung. Namun tiba-tiba Gopal, Lim dan Hadi tersedar, akibat terlalu asyik berborak mereka telah sampai ke hujung kampung. ”Eh! kita dah sampai hujung kampung ni” kata Gopal. ”Benar lah, bukan kah ketua kampung sudah berpesan jangan beraya sehingga ke hujung kampung” kata Lim. Kemudian mereka ternampak sebuah rumah yang uzur di hadapan mereka. “Ini mesti rumah nenek tua itu. Kata orang kampung, nenek tersebut mempunyai kuasa mistik” kata Hadi. ”Ah! Saya tidak percaya kata orang kampung, kata Gopal”. ”kalau begitu apa kata kita pergi siasat” kata Lim”. 6


Tiga sahabat tersebut memberanikan diri menghampiri rumah tersebut, Ketika mereka sedang menghampiri rumah nenek itu. Tiba-tiba, Lim ternampak satu kelibat yang melintas di cermin tingkap milik nenek tersebut. Ketika mereka menoleh ke belakang, seorang nenek tua merenung mereka dengan pandangan yang menakutkan. Tanpa berfikir panjang Lim terus menjerit dan berlari, keadaan itu menyebabkan Hadi dan Gopal turut menyertai Lim berlari. 7


“Aduh sakitnya!” jerit Gopal yang terjatuh akibat tersadung batu. Hadi dan Lim menoleh ke belakang lalu tergamam melihat nenek tua itu menghampiri Gopal yang terjatuh. “Alamak, Gopal!” jerit Hadi dan Lim. Gopal berada di dalam ketakutan sehingga menyebabkan badannya menggigil. Nenek itu semakin hampir dengan Gopal. 8


Akibat terlalu takut, Lim dan Hadi terus melarikan diri dan meninggalkan Gopal seorang diri. Tiba-tiba mereka berhenti. “Kita tidak patut meninggalkan Gopal seorang diri, diakan kawan kita” kata Hadi. Lim mengangguk sambil berkata “ Betul tu hadi, kita dah berjanji untuk susah senang bersama. Macam mana kalau nenek tua tersebut melakukan sesuatu terhadap Gopal”. “Lim, janganlah berfikir hal yang tidak baik” kata Hadi dengan nada yang tegas walaupun dalam hatinya dia juga ketakutan. Mereka membuat keputusan untuk berpatah balik bagi menyelamatkan Gopal. 9


Sesampainya di rumah itu, Lim dan Hadi mengintai di tingkap sambil mencari Gopal. Tiba-tiba mereka terdengar Gopal menjerit dari dalam rumah. Dalam ketakutan mereka memasuki rumah tersebut untuk mencari Gopal. “Ehem” satu suara menyapa mereka dari belakang. Akibat terlalu terkejut mereka melompat dan menjerit. Terlihat nenek tua di belakang mereka. Kemudian, dari belakang nenek tua terdengar suara ketawa dari Gopal. Lim dan Hadi kebingungan sambil memandang satu sama lain. Melihat sahabatnya kebingungan, tawa Gopal terhenti. Dia kemudian mengenalkan nenek tua tersebut kepada kawankawannya. “Kenalkan ini Nenek Yam. Nenek tak seperti yang digambarkan oleh orang kampung” Kata Gopal. Nenek Yam tersengih. Wajah menakutkan tadi sudah tiada. Kemudian Gopal menceritakan kepada Lim dan Hadi Nenek Yam membawa Gopal ke rumahnya untuk merawat lukanya. 10


Lim dan Hadi menarik nafas lega. Seketika itu, Nenek Yam membawa teh dan biskut kering keluar dari dapur. “Ini saja yang ada di rumah Nenek. Maafla, nenek tiada juadah hari raya untuk dihidangkan” ujar nenek. Tiga sahabat itu mengucapkan terima kasih sambil menikmati hidangan tersebut. Mata mereka meneroka rumah nenek. Keadaan rumah sangat daif dan pakaian nenek juga sudah agak usang. Tiada suasana sambutan hari raya seperti orang lain. Nenek meminta maaf kepada mereka sambil menceritakan kepada tiga sahabat tersebut bahawa nenek tiada niat untuk menakutkan kanak-kanak yang melalui kawasan rumahnya. Tetapi nenek bertindak sedemikian kerana budak-budak nakal selalu mengganggunya dan membaling batu ke arah rumahnya. Nenek mengimbas kembali kenangan lama dan memberitahu dia tinggal seorang diri setelah kematian suaminya. Dia juga tidak mempunyai anak. Tiga sahabat tersebut amat simpati dengan nasib yang menimpa nenek. 11


Oleh kerana hari sudah beransur petang, tiga sahabat meminta izin untuk pulang daripada Nenek Yam. Mereka berjanji untuk kembali melawat Nenek. Nenek tersenyum dan berterima kasih kepada tiga sahabat tersebut kerana sudi melawatnya. Maka, tiga sahabat tersebut pulang ke rumah masing-masing dan menceritakan kisah Nenek Yam kepada ibu bapa mereka. 12


Keesokan harinya, ibu bapa mereka berjumpa dengan Ketua Kampung dan menceritakan berkenaan perkara tersebut. Setelah perbincangan dibuat, orang kampung sepakat untuk membantu Nenek Yam. Pada petang hari, orang kampung datang melawat ke rumah Nenek Yam bersama dengan tiga sahabat tersebut. Mereka membawa juadah hari raya dan pakaian baru untuk diberikan kepada Nenek Yam. Orang kampung juga membersihkan dan membantu Nenek Yam membaik pulih bahagian rumah yang rosak. Budak nakal yang selalu mengganggu nenek juga datang meminta maaf dan berjanji tidak mengulangi kesilapan mereka setelah dimarahi oleh ibu bapa mereka 13


Nenek Yam sangat terharu dan berterima kasih di atas bantuan penduduk kampung. Nenek tidak menyangka penduduk Kampung Rampai sangat bertimbang rasa dan bersatu hati. Nenek juga berterima kasih kepada tiga sahabat kerana sikap mengambil berat mereka dapat menjadikan hari raya aidilfitri Nenek Yam menjadi lebih bermakna. Nenek juga berjanji akan lebih melibatkan diri dengan aktiviti penduduk kampung agar suasana menjadi lebih harmoni. 14


Demi anak bangsa, Menerapkan nilai tercinta, Umur bukanlah penghalang, Kaum bukanlah penyekat, Jiwa yang baik haruslah di terapkan, Agar anak muda dapat meningkatkan kualiti bangsa. Tanah ku Malaysia, Unik dengan rakyat jelatanya, Bekerjasama adalah amalan mulia, Janganlah kita memandang remeh hal dunia, Semoga di akhirat kelak mendapat ganjarannya. Wahai anak muda, Terapkanlah nilai perpaduan dalam jiwa, Prihatinlah kepada rakyat jelata, Agar tiada masalah yang menimpa. Kasih tidak wujud tanpa cinta, Kaum tidak bersatu tanpa jiwa, Negara tidak akan maju tanpa kita, Maka angkatlah jiwa perpaduan setiap anak muda, Supaya dunia harmoni sentiasa. 15


Click to View FlipBook Version