NUR ATHIRAH SYAKIRA BINT I RAZAL I PISMP JUN 2022 BMMB3213 KURIKULUM BAHASA MELAYU SK PENDEKATAN DIDIK HIBUR ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA MURID-MURID. MARI KITA MULA BELAJAR! BERSAMA SAYA GURU BAHASA MELAYU ANDA CIKGU ATHIRAH
OBJEKTIF PEMBELAJARAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD KANDUNGAN 2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberikan respons dengan betul 2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada bahan multimedia untuk membuat penilaian dengan betul OBJEKTIF PEMBELAJARAN Membaca cerita rakyat dengan lancar Membuat penilaian dengan mengeluarkan nilai-nilai murni yang terdapat di dalam cerita rakyat. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. 2.
PENDEKATAN DIDIK HIBUR DEFINISI Didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menekankan persekitaran pembelajaran menyeronokkan secara terancang. Unsur keseronokan akan wujud melalui pembelajaran yang santai, menarik, menghiburkan, bermakna, dan memikat sekali gus membantu memperkukuh pemahaman dan mendorong murid untuk belajar. Didik hibur dilaksanakan mengikut konteks isi kandungan mata pelajaran menggunakan pelbagai strategi serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang dapat memberikan cabaran, perasaan ingin tahu, kawalan, fantasi, kerjasama, persaingan sihat, dan pengiktirafan. Pendekatan ini dilaksanakan dengan merentas kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, aspek seni bahasa, dan aspek tatabahasa.
EMPAT KOMPONEN SASTERA NYANYIAN BERCERITA LAKONAN PUISI
CIRI CIRI DIDIK HIBUR Menyeronokkan kerana mengandungi unsur kelakar, kecindan, estetik, permainan muzik, lakonan, dan sebagainya. Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Dengan itu, murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif untuk melalui sesi pembelajaran. Sesi pembelajaran yang padat dengan aktiviti menarik seperti nyanyian dan lakonan. Murid-murid akan belajar sambil berhibur. Namun, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan TMK serta bahan bantu mengajar yang menarik bagi memastikan penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Benar atau salah bukan matlamat dalam aktiviti didik hibur. Perkara yang lebih penting ialah penglibatan banyak murid dalam aktiviti didik hibur yang bersifat santai. Aktiviti yang dipilih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan agar timbul semangat kerja secara berpasukan, kerjasama, dan toleransi. Murid bebas bersuara, memberikan pendapat, dan idea secara logik tetapi terkawal bagi menghasilkan persembahan yang menarik. Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi, dan sebagainya tetapi terkawal. Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.
IMPLIKASI DIDIK HIBUR Dapat meningkatkan motivasi murid-murid Meningkatkan tahap pemahaman murid Menjadikan suasana kelas meriah dan aktif Membantu guru mencapai objektif pembelajaran Mengurangkan tahap tekanan murid dan guru di dalam kelas.
PROSEDUR PEMBELAJARAN Murid-murid dikehendaki membaca nota yang diberikan. kemudian membaca prosedur pembelajaran yang telah ditetapkan guru. Lalu membaca cerita yang disediakan dan menceritakan semula kepada rakan-rakan. Mendalami cerita yang disediakan lalu menjawab soalansoalan guru. Kemudian menyemak kembali jawapan mengikut skema jawapan. 1. 2. 3. 4. 5.
NOTA PEMBELAJARAN NILAI MURNI Rajin Tolongmenolong Bekerjasama Baik hati Pemurah Jujur Amanah Sanggup berkorban Menghargai masa Membalas jasa Prihatin Berdisiplin
NOTA PEMBELAJARAN NILAI MURNI Menjaga kebersihan Menjaga kesihatan Menjaga keselamatan Semangat patriotik Sabar Peramah Ikhlas Kasih sayang Rasional Taat Semangat bermasyarakat Bertanggungjawab Berdikari
NOTA PEMBELAJARAN NILAI MURNI Kebebasan Bersikap sederhana Bijaksana Berwawasan Dedikasi Berdikari Bertoleransi Mempunyai jati diri Berani Menghormati
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA DAN BERCERITA KISAH MONYET YANG DEGIL
Pada suatu hari Sang Kancil sedang berjalan- jalan di kebun buah-buahan bersama rakannya sang Kura-Kura. Sedang asyik mereka menikmati buahbuahan di situ, tiba-tiba datang seekor Monyet yang kelihatan amat kelaparan.
" Tolong-tolong, aku kelaparan. Sudah beberapa hari aku tidak makan" , kata Monyet dengan sedih. " Bolehkah sekiranya kamu berdua memberikan sedikit buah-buahan untuk aku makan" , rayu Monyet.
Kancil dan Kura-Kura amat kasihan terhadap keadaan Monyet yang kelihatan sangat lapar itu. "Baiklah monyet, ambillah apa sahaja yang kau mahu" , kata Kancil.
Melihat pepohon buah-buahan yang merimbun di hadapannya, membuatkan Monyet berasa tamak. Tiba-tiba dia ternampak akan pokok cili yang ranum dengan cili yang merah menyala.
"Aku mahu itu, aku mahu itu" , teriak Monyet. "Jangan Monyet, nanti kau yang menanggung pedihnya" , tegah Kura-Kura. "Betul tu monyet, pilihlah buah yang lain" , sokong Kancil.
Tanpa mempedulikan amaran Kancil dan Kura-Kura, Monyet terus memetik cili-cili yang merah itu dan memakannya dengan gelojoh. Tiba-tiba Monyet menjerit "Pedas! pedas! air! air! mana air!. "
Dengan muka yang merah kerana menahan pedas, Monyet terus berlari mencari air bagi menghilangkan pedas di lidahnya, manakala Sang Kancil dan Kura-Kura menggeleng-gelengkan kepala mereka.
TAMAT
SOALAN NYATAKAN NILAI MURNI YANG TERDAPAT DI DALAM CERITA TERSEBUT. NYATAKAN PENGAJARAN DI DALAM CERITA TERSEBUT. PADA PANDANGAN ANDA, SILA HASILKAN SEBUAH PENILAIAN BERKAITAN CERITA TERSEBUT. 1. 2. 3.
Nilai baik hati - Seperti Kura-Kura dan Sang Kancil meolong Monyet yang sedang kelaparan dengan memberi Monyet buah-buahan hasil kebun mereka. Pengajaran yang di dapati di dalam cerita tersebut ialah kita hendaklah bijak berfikir. Kita seharusnya bertindak dengan bijak dan bukannya bertindak melulu seperti Monyet yang tidak berfikir dahulu lalu terus memakan cili yang pedas. Berdasarkan cerita tersebut, saya dapati bahawa kita hendaklah saling bantu-membantu dan berfikir dahulu sebelum bertindak. Jangan sampai "Nasi sudah menjadi bubur". 1. 2. 3. JAWAPAN CIKGU ATHIRAH
SEKIAN PEMBELAJARAN HARI INI, JUMPA LAGI MURID- MURID. TERUSKAN SEMANGAT ANDA YA MURID-MURID CIKGU