INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA
FOLIO
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
NAMA: NUR NADIA AFIFAH BINTI ROSLI
ANGKA GILIRAN: 2020142340329
AMBILAN: PISMP JUN 2020
UNIT: TESL 1
ISI KANDUNGAN
1. Biodata
2. Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Kepentingan Unit
Beruniform PBSM
a. Pengenalan
b. Sejarah Penubuhan
c. Perlembagaan/ Prinsip-prinsip Pergerakan
3. Pengurusan
a. Pendaftaran ahli dan kumpulan
b. Tanggungjawab pemimpin
c. Pakaian Seragam ahli dan pemimpin
4. Aktiviti-aktiviti Unit Beruniform Sekolah
5. Bahan-bahan lampiran/ gambar/ grafik
6. Sumber rujukan
BIODATA
NAMA : NUR NADIA AFIFAH BINTI ROSLI
NO KAD PENGENALAN : 010126-14-0586
SEMESTER :3
AMBILAN : PISMP JUN 2020
UNIT : TESL 1
PENGENALAN
Persatuan Palang Merah Malaya adalah cabang Persatuan Palang Merah British yang
ditubuhkan pada tahun 1951. Persatuan Palang Merah Malaya kemudiannya bertukar
menjadi Persatuan Palang Merah Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Pertubuhan ini mencatatkan rekod yang yang cemerlang dalam membantu golongan yang
daif dan memerlukan. Ahli-ahlinya terdiri daripada berbilang kumpulan sosial seperti murid-
murid sekolah, belia-belia yang tidak bersekolah dan orang-orang dewasa telah diberi peluang
untuk menjalankan usaha-usaha bercorak perikemanusiaan sambil menyediakan diri mereka
sebagai pemimpin dan melaksanakan tugas-tugas tertentu berhubung dengan perkhidmatan
kemasyarakatan (Aliya Sufian, 2013).
PBSM memberikan khidmat dalam pelbagai cara sebagai usaha untuk mengurangkan
kesengsaraan masyarakat termasuk khidmat perundingan dan juga cergas dalam kegiatan
persediaan malapetaka, operasi menyelamat, bantuan pemulihan dan berbagai corak
perkhidmatan kemasyarakatan. PBSM turut membantu di Pusat-Pusat Bantuan Malapetaka
dengan cara membahagi-bahagikan makanan, pakaian dan bekalan ubat kepada pihak Polis,
Tentera dan Kor Pertahanan Awam berkaitan dengan operasi-operasi menyelamat,
memindah dan memberi bantuan perubatan cemas dan kesihatan untuk mangsa-mangsa
malapetaka.
Visi
Untuk dikenali sebagai organisasi kemanusiaan yang unggul, di peringkat kebangsaan
dan antarabangsa.
Misi
Berkhidmat kepada yang memerlukan dengan berkesan.
Moto
Moto asal:
“Inter arma caritas” yang bermaksud ‘di dalam perang ada kebajikan’
Motto primer seperti yang terdapat dalam Article 3 of the ICRC statutes, 1961:
“Per Humanitatem ad Pacem” yang bermaksud ‘dengan kemanusiaan, ke arah
keamanan’.
Objektif
1. Memberi peluang kepada murid melibatkan diri dalam kegiatan yang dirancang.
Ini akan membawa keseronakan dan memberi peluang mereka bergaul, memenuhi
masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
2. Menanam nilai kesihatan dan kecergasan dalam diri murid dan ilmu pertolongan
cemas serta perkhidmatan sukarela merupakan nilai yang harus digalakkan sepanjang
hayat.
3. Pengajaran dan pembelajaran ilmu pertolongan cemas akan membolehkan
murid berkemahiran untuk menolong diri dan orang lain dalam hal keselamatan
dengan lebih berkesan.
Logo
Logo Persatuan Bulan Sabit Merah
Ukuran Piawai Bendera BSMM
Kegunaan Logo
• IRCS dan IFRC berhak menggunakan lambang Palang Merah / Bulan Sabit Merah /
Kristal Merah pada setiap masa iaitu sewaktu konflik atau aman
Peranan Lambang
• Tanda Perlindungan
- Seseorang atau objek tidak boleh diserang
- Seseorang atau objek itu adalah di bawah perlindungan undang-undang
Kemanusiaan
• Tanda Pengenalan
- Menunjukkan bahawa orang atau sesuatu objek adalah berkaitan dengan
Pergerakan Palang merah atau Bulan Sabit Merah
Cogan Kata PBSM
• “TO SERVE” atau “SEDIA BERKHIDMAT”
Ikrar Ahli PBSM
“Saya ………………..…………………………
berikrar bahawa, sebagai seorang ahli Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia Unit Kanak- Kanak/
Belia (nama sekolah) …………………………….
Berjanji percaya kepada Tuhan, setia kepada Yang
DiPertuan Agong dan Sultan yang pemerintah Negeri
Perak dan akan bersama seluruh anggota sedunia
untuk menolong orang-orang yang sakit dan
Menderita tanpa mengira kaum, bangsa, agama negara”
Lagu BSMM
SEJARAH PENUBUHAN
Sejarah Pengasas
Bulan Sabit Merah diasaskan oleh Sir Henry Dunant atau nama sebenar beliau Jean
Henri Dunant. Sir Henry Dunant telah terlibat dalam peperangan di Solferino pada 1859
semasa dalam perjalanannya untuk urusan perniagaan. Beliau telah membantu mangsa-
mangsa yang cedera dalam peperangan tersebut. Segala peristiwa peperangan tersebut telah
dicatatkan dalam sebuah buku berjudul Kenangan di Solferino atau ‘A Memory of Solferino’.
Buku ini telah menjadi inspirasi pertubuhan ’International Committee of the Red Cross ’(ICRC)
pada1863 dan Persidangan Geneva 1864 diasaskan atas idea beliau (Firdausi, 2008).
Sir Henry Dunant
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC)
ICRC telah ditubuhkan pada tahun 1863, institusi berkecuali yang dianggotai oleh
rakyat Switzerland dan telah diberi status pemerhati oleh Perhimpunan Agong Bangsa-
bangsa Bersatu pada 16 Oktober 1990.
Peranan ICRC
a. Menjaga Prinsip-prinsip Asas Palang Merah.
b. Pembangunan Konvensyen Kemanusian Antarabangsa.
c. Mengiktiraf Penubuhan Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah.
d. Menghantar bekalan bantuan bencana.
e. Sebagai Agensi Pengesahan Pusat
Sejarah Penubuhan BSMM di Malaysia
TAHUN PERISTIWA
1948
1950 • Palang Merah British Cawangan Sarawak ditubuhkan
1951
1952 • Ditubuhkan di Pulau Pinang
1961
• Ditubuhkan di Perak, Terengganu dan Selangor
1962
• Ditubuhkan di Melaka, Johor dan Pahang
1963
• Pada 1 Mei, Rang Undang-Undang Persatuan Palang Merah Persekutuan
1965 Tanah Melayu (Perbadanan) telah dibaca dia Parlimen
1975 • Pada 16 April. Akta Persatuan Palang Merah Malaysia Persekutuan Tanah
Melayu (Perbadanan) AKTA 1961 (No. 4 tahun 1962) telah berkuatkuasa.
2007
• Pada 4 Julai, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) menerima
dan mengiktiraf secara Rasmi sebagai satu Persatuan Palang Merah.
• Parlimen telah meluluskan akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Akta No.
47 tahun 1965) apabila Malaysia ditubuhkan.
• Pada 24 Ogos nama Palang Merah telah ditukar kepada Bulan Sabit Merah
Malaysia (Akta No. 47 tahun 1965) atas persetujuan Di Raja.
• Pada 25 mac, Mesyuarat Majlis PBSMM kali ke-116 telah memutuskan
pertukaran nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
Tujuan Penubuhan
1. PBSM adalah suatu pertubuhan yang terbuka tanpa beza-membeza atas alasan-
alasan agama, bangsa atau politik kepada semua orang di Malaysia untuk
membolehkan mereka melaksanakan maksud-maksud pertubuhan sebagaimana
yang ditakrifkan dalam Seksyen 5, dan melakukan segala hal lain sebagaimana yang
ditakrifkan oleh pertubuhan atau majlisnya bersesuaiam dengan atau berfaedah untuk
mencapai tujuan-tujuan tersebut.
2. Dalam masa aman atau perang, akan menjalankan dan membantu usaha
memperbaiki taraf kesihatan, mencegah penyakit dan meringankan penderitaan di
seluruh dunia.
3. Dalam masa perang, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera
sama ada daripada angkatan tentera atau pihak yang menderita akibat peperangan,
mengikut semangat dan waad-waad Konvensyen Geneva untuk memperbaiki
keadaan mereka yang cedera dan sakit dalam angkatan tentera di medan peperangan
yang ditandatangani di Geneva pada 12-8-49.
4. Menjalankan segala kewajiban yang dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu
persatuan kebangsaan oleh tiap-tiap negara yang telah menjadi suatu pihak kepada
konvensyen tersebut.
5. Mengesan perkembangan dan penguasaan ahli-ahli secara menyeluruh
dalam aspek-aspek pengetahuan, intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-
nilai estetika dan sosial, selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
CARTA ORGANISASI BULAN SABIT MERAH
Struktur dan Organisasi Peringkat Kebangsaan
Struktur dan Organisasi Peringkat IPGM
PERLEMBAGAAN DAN PRINSIP-PRINSIP PERGERAKAN
Prinsip-prinsip Asas
Kemanusiaan
• Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah diwujudkan bertujuan memberi
pertolongan kepada sesiapa sahaja yang cedera di medan peperangan dengan
membantu meringankan kesengsaraan tanpa diskriminasi.
• Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat menghormati
sesama manusia.
• Bantuan yang diberikan tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang mampu
memupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan
di kalangan manusia.
Kesaksamaan
• Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam
kegiatannya.
• Tujuan asalnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan
kepada kes-kes kecemasan yang serius.
Keberkecualian
• Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya. Persatuan tidak
menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang
bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi.
Kebebasan
• Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk
kepada undang-undang negara, pergerakan tetap menjaga kebebasan dalam segala
kegiatan supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan.
Khidmat Sukarela
• Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung.
Ketunggalan
• Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah
negara.
• Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh
negara.
Kesejagatan
• Gerakan Palang Merah & Bulan Sabit Merah meliputi seluruh dunia.
• Semua mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama untuk saling bantu-
membantu di antara satu sama lain.
Perlembagaan BSMM
Kandungan Perlembagaan BSMM
Objektif Perlembagaan BSMM Kandungan Perlembagaan BSMM Subperaturan 5(1) (a)
dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998. Akta pendidikan 1996
seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No. 41, Perundangan
(A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peraturan-peraturan (perlembagaan) Bulan
Sabit Merah Malaysia:
Peraturan 1: Nama dan Peraturan 5: Guru Penasihat
Alamat
Peraturan 6: Ahli Jawatankuasa
Peraturan 2: Matlamat Peraturan 7: Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa
Peraturan 3: Objektif Peraturan 8: Kewangan
Peraturan 13: Pembubaran Persatuan
Peraturan 4: Keahlian
Peraturan 14: Tindakan Disiplin
Peraturan 9: Penyertaan Peraturan 15: Hal-Hal lain
Peraturan 10: Aktiviti Perkara-Perkara lain yang ditambah dalam perlembagaan:
Peraturan 11: Peraturan-
peraturan
Peraturan 12: Pindaan
Perlembagaan
a. Lencana/ logo persatuan
b. Cogan kata/ moto
c. Tugas persatuan di peringkat institusi pendidikan,
cawangan, daerah, negeri dan cawangan
d. Pendaftaran persatuan
e. Jawatankuasa kecil.
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Pendaftaran Ahli Pasukan Kanak-Kanak (Link)
Penerimaan dan Yuran Keahlian
• Ahli Kanak-kanak Bulan Sabit Merah (Link) didaftarkan di Sekolah Rendah
samada sekolah Kerajaan, swasta atau persendirian.
• Lingkungan usia ahli dalam kategori ini adalah antara 19 hingga 12 tahun iaitu
murid sekolah tahun 4, 5 dan 6.
• Keahlian mereka dikenali sebagai “Red Cross Link”
Kaedah Pendaftaran Unit
• Yuran Keahlian Kanak-Kanak yang dikenakan adalah sebanyak RM1.00
setahun.
• Pendaftaran Keahlian kategori ini disahkan melalui Cabang/Cawangan/Ibu
Pejabat Kebangsaan.
• Setiap Pasukan Kanak-Kanak mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 12
ahli.
• Kanak-kanak tersebut perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ibu
bapa ataupun penjaga mereka sebelum menyertai Pasukan Kanak-Kanak di
Sekolah.
Sijil Pendaftaran unit Kanak-Kanak
• Sijil Pendaftaran Pasukan akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Kebangsaan dan
diserahkan kepada Guru Besar sekolah yang telah disahkan pendaftaran Unit
melalui Pejabat BSMM Cawangan/Cabang.
Borang-Borang BSMM Mengenai Unit Kanak-Kanak
• Guru Pemimpin Unit Kanak-Kanak perlu mengisi borang pendaftaran unit dan
menyerahkan borang tersebut bersama-sama borang keahlian tahunan kepala
Cabang.
• Cawangan kemudiannya akan mengesahkan borang terbabit.
Sijil Keahlian Kanak-Kanak
• Setiap ahli BSMM akan diberikan Sijil Keahlian Kanak-Kanak.
• Keahlian hendaklah dipantau dan dikawal selia oleh BSMM Cawangan yang
diselaraskan bersama oleh Cabang.
• Setelah tamat pengajian tahun 6, ahli BSMM boleh menyambung keahlian
mereka dia sekolah menengan dengan mendaftarkan diri di Pasukan Belia
Sekolah Menengah.
SUSUNAN ORGANISASI DAN PANGKAT PASUKAN BSMM SEKOLAH MENENGAH
Pendaftaran Ahli Lain
• Keahlian persatuan terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama, jantina
dan politik
• Ahli dan sukarelawan datang daripada pelbagai golongan, memberi sumbangan
perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan.
• Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam system database di Ibu Pejabat
Kebangsaan.
• Setiap Cabang, Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian masing-
masing.
• Bagi Cawangan yang tiada Unit di bawah pentadbiran, rekod boleh disimpan oleh
Jawatankuasa Eksekutif
Keahlian Biasa
• Yuran tahunan sekurang-kurangnya RM2 setahun.
• Bayaran dibuat kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang.
Ahli seumur Hidup
• Permohonan di atas budi bicara dan kelulusan Cawangan.
• Yuran: tidak kurang daripada RM1000
Ahli Kehormat Seumur Hidup
• Dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan.
• Tidak melebihi 4 orang setiap tahun.
Pasukan Bantuan Sukarela
• Yuran: RM2 setahun tetapi digalakkan bayar yuran sekaligus untuk 5 tahun.
Ahli Belia
• Permohonan diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan.
• Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di bahaian unit sebagai Bulan Sabit
Kanak- kanak (Link).
• Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Muda (Junior).
• Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di Unit Pasukan Sukarela (Voluntary
Aid Detachment-VAD)
Pendaftaran Kumpulan
• Pasukan kanak-kanak
• Pasukan Belia
• Pasukan Belia Terbuka
• Pasukan Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam
• Pasukan Bantuan Sukarela Tidak Berpakaian Seragam
• Pasukan Bantuan Sukarela di IPT
Pendaftaran Pasukan Belia Terbuka
• Ditubuhkan di Kawasan yang diluluskan oleh Cabang sahaja.
• Ahli – Minimum 15 orang.
• Hantar borang pendaftaran kepada Cabang sebelum dihantar ke IPK untuk
disemak dan dikeluarkan Sijil Pendaftaran Pasukan.
Pakaian Seragam Ahli dan Pemimpin
Pegawai Lelaki
Pegawai Wanita
Belia/Kanak-kanak Lelaki (Link)
Belia/Kanak-kanak Wanita (Link)
Baju T-Shirt BSMM
Lelaki
Perempuan
AKTIVITI-AKTIVITI UNIT BERUNIFORM BSMM DI SEKOLAH
1. Kawad
2. Perkhemahan
3. Latihan Pertolongan Cemas
1. Kawad
i. Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam atau unit beruniform, seperti
Pergerakan Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah yang melibatkan pergerakan kaki,
tangan dan badan secara serentak mengikut arahan yang diberikan oleh ketua
(komander). Berkawad ialah berjalan dgn rentak kaki yg sama atau berbaris atau
mengadakan perbarisan berdasarkan arahan yang diberikan oleh ketua.
ii. Kawad kaki merupakan sebahagian daripada aktiviti kecergasan dan berpasukan
yang bertujuan untuk membentuk disiplin dan ketatatertiban dalam pasukan. Di samping
itu, kawad kaki juga bertujuan untuk membentuk individu yang cergas, berdisiplin tinggi,
berfokus dan taat akan perintah dan arahan ketua.
Kawad kaki pada asasnya terbahagi kepada 3 bahagian:
a. Kawad kaki statik.
b. Kawad kaki dinamik.
c. Kawat formasi yang juga dikenali kawad senyap atau kawad hantu biasanya
dijalankan dalam ketenteraan.
d. Kawalan Kehormatan.
Syarat: Boleh memberi 25 perintah kawad dari 47 hukuman yang ditetapkan
dan menunjukkan kawad berdasarkan arahan yang diberi.
Jurulatih:
• Anggota Angkatan Tentera yang mempunyai tauliah perlantikan dari
BSMM.
• Jurulatih BSMM atau Guru Pemimpin yang berkelayakkan.
Peperiksaan: Boleh mengendalikan perbarisan (seksyen) dengan hukuman
hukuman yang dinyatakan.
Anugerah: LENCANA KECEKAPAN - KAWAD.
Hukuman Kawad
Tiga asas dalam membina bahasa hukuman kawad:
• Ingatan: Memberi peringatan kepada skuad/kumpulan apa yang akan mereka
lakukan.
• Harkat/Amaran: Peringatan yang panjang terhadap perbuatan atau
pergerakan yang akan dilakukan oleh skuad.
• Perbuatan: Arahan perbuatan yang patut dilakukan oleh skuad (dilafazkan
dengan suara yang amat nyaring oleh komander/pemimpin kawad.
1. Senang diri
2. Skuad sedia
3. Ke kanan lurus –pandang depan
4. Nombor
5. Bergerak ke kanan dalam satu barisan, ke kanan pusing
6. Skuad akan menghadap ke hadapan, ke kiri pusing
7. Bergerak ke kiri dalam satu barisan, ke kiri pusing
8. Skuad akan menghadap ke hadapan, ke kanan pusing
9. Skuad akan menghadap ke belakang, ke belakang pusing
10. Skuad akan menghadap ke hadapan, ke belakang pusing
11. Bergerak ke kanan/kiri dalam satu barisan ke kanan/ke kiri pusing
12. Dari kanan (kalau ke kiri pusing) –Dari kiri (kalau ke kanan pusing cepat jalan)
13. Skuad henti
14. Bergerak ke kanan/ke kiri dalam satu barisan ke belakang pusing
15. Dari kanan/kiri cepat jalan
16. Skuad henti (berhenti di tengah-tengah ketua skuad)
17. Bergerak ke kanan /ke kiri dalam satu barisan, ke belakang pusing
18. Dari kanan/kiri cepat jalan
19. Skuad henti (berhenti di tengah-tengah ketua skuad)
20. Skuad akan menghadap ke hadapan ke kanan/kekiri, ke kanan ke kiri pusing.
21. Skuad akan menghadap ke belakang, ke belakang pusing
22. Dari tengah cepat jalan
23. Skuad akan menghadap ke hadapan, ke belakang pusing
24. Hormat, hormat, ke hadapan hormat
25. Hentak kaki
26. Skuad henti
27. Skuad akan menghadap ke hadapan, ke belakang pusing
28. Dari tengah cepat jalan
29. Skuad henti (berhenti di tengah-tengah skuad).
30. Bergerak ke kanan dalam satu barisan, ke belakang pusing.
31. Dari kiri perlahan jalan
32. Bergerak ke kiri dalam satu barisan, ke belakang pusing.
33. Bergerak ke kanan dalam satu barisan, ke belakang pusing.
34. Skuad henti (berhenti di tengah-tengah skuad) .
35. Skuad akan menghadap ke hadapan ke kiri pusing
36. Bergerak ke kanan dalam satu barisan, ke kanan pusing.
37. Dari kiri cepat jalan.
38. Bergerak ke kiri dalam satu barisan, ke belakang pusing.
39. Tukar langkah masa berjalan, tukar langkah (tiga kali berturut-turut).
40. Bergerak ke kanan dalam satu barisan, ke belakang pusing.
41. Tukar langkah masa berjalan –Tukar langkah (3 kali berturut).
42. Hormat selaku terima sijil, ke hadapan hormat (2 kali).
43. Skuad henti
44. Skuad akan menghadap ke hadapan, ke kanan/ke kiri pusing.
45. Dari kanan cepat jalan Hentak kaki atau Skuad henti.
46. Skuad akan mara mengadap dari tengah cepat jalan (langkah sebanyak 14
langkah dan henti)
47. Ke kanan lurus pandang ke hadapan.
Penutup
Ketua skuad lapor (Hormat) ujian telah siap –minta kebenaran keluar baris Tuan.
2. Simpulan dan Ikatan
i. Buku Sila
ii. Bunga Geti
iii. Tindih Kasih
iv. Simpulan Manuk
v. Simpulan Belit Lucut
vi. Sheep shank
vii. Simpulan Pengail
viii. Lilit 2 Simpul/ Simpul Belit
ix. Lilit Balak
x. Slip (Running) Knot
xi. Ikatan Silang Gunting
xii. Ikatan Seraya
xiii. Ikatan Serong
xiv. Ikatan Silang Tunku
3. Asas Pertolongan Cemas
Pengenalan
Pertolongan Cemas adalah rawatan sementara waktu yang diberikan kepada mangsa yang
cedera sebelum bantuan perubatan tiba.
Nama lain: First aid dan Bantu Mula.
Objektif Pertolongan Cemas
• Untuk menyelamatkan nyawa.
• Mengelakkan kecederaan menjadi lebih parah.
• Mengurangkan kesakitan yang dialami mangsa.
• Menguruskan pemindahan mangsa ke hospital.
Apakah yang dimaksudkan dengan situasi KECEMASAN?
Situasi kritikal yang mengancam nyawa dimana sekiranya rawatan segera tidak diberikan,
mangsa akan bertambah parah dan boleh menyebabkan kematian.
Ciri-ciri Seorang Penyelamat
• Bertanggungjawab
• Berjiwa cekal, waras dan tenang
• Mengamati prinsip keselamatan diri
• Berpengetahuan dan berkeyakinan
• Terlatih
Isi Kotak Bantuan Kecemasan/ First Aid Kit
1. Termometer
2. Mangkuk Enamel
3. Ubat Cium
4. Asprin
5. Panadol
6. Ubat Melepuh
7. Kain Pembalut Luka
8. Kain Tekap
9. Kapas
10. Gunting
11. Kain Kapas
12. Pin Semat
13. Elastoplast
14. Ubat Luka
15. Papan Tuap
16. Kain Segitiga
17. Ubat Cuci Mata
18. Pembalut Berelastik
19. Pembalut Pembebat
20. Pembalut Terbuka
21. Adesif Lekat Sendiri
Pembebatan dan Pembalut
• Fungsi Pembebatan adalah untuk menutup luka dan mengawal pendarahan.
• Pembalut digunakan untuk membantu pembebatan.
Jenis-jenis Kain Pembalut
1. Pembalut Tiga Segi
2. Pembalut Lebar
3. Pembalut Kecil
4. Pembalut Gulung
Peraturan Membalut
1. Bersihkan tangan dengan sabun.
2. Cuci luka dari tempat luka ke luar supaya kuman tidak masuk ke kawasan
luka.
3. Letakkan pembebat mengikut saiz luka. Elakkan daripada bercakap atau
batuk ke arah tempat luka.
4. Gunakan pembalut untuk memegang pembebat.
Balutan Anduh
Terdapat 4 bahagian dalam balutan anduh:
1. Anduh Lengan
2. Anduh lutut
3. Anduh Kepala
4. Anduh kaki
1. Anduh Lengan
A. Letakkan bucu atas kain anduh pada siku lengan yang tercedera.
B. Lakukan Ikatan buku sila pada atas bahu.
C. Letakkan bucu atas kain anduh pada siku kemudian pin atau lipatkannya ke
bahagian dalam untuk kekemasan.
2. Anduh Lutut
A. Lipatkan sedikit kain anduh dan letakkan di atas lutut yang tercedera.
B. Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut.
C. Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh supaya lebih kemas.
3. Anduh Kepala
A. Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya di atas dahi mangsa. Biarkan
bucu kain anduh berada di belakang kepala.
B. Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian
bawa ke dahi dan lakukan ikatan buku sila.
C. Lipat lebihan kain anduh di belakang supaya lebih kemas.
4. Anduh Pergelangan Tapak Kaki
A. Letakkan tapak kaki yang tercedera di atas kain anduh kemudian tarik dan letakkan
bucu atas kain di atas kaki.
B. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
C. Lakukan ikatan buku sila kemudian ikan kemas di bahagian pergelangan kaki.
D. Lakukan ikatan buku sila pada belakang tumit jika terdapat kecederaan pada
bahagian kaki yang mesti di balut.
Bahan- Bahan Lampiran
Sekolah Kebangsaan Islah,
15200,
Kota Bharu, Kelantan.
No. Rujukan:
Tarikh:
PUAN ROSLIZA BINTI AHMAD
Tuan,
PELANTIKAN SEBAGAI GURU PENASIHAT UNIT BERUNIFORM BSMM
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk:
2. Sukacita dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh
Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta
Kerajaan 21 Mei 1998 p.u. (a) 196, bahawa tuan telah dilantik sebagai Ketua Guru
Penasihat BSMM di Sekolah Kebangsaan Semambu, Kuantan Pahang berkuatkuasa
mulai 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021.
3. Bersama-sama surat ini dilampirkan senarai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan
oleh tuan.
4. Semoga dengan pelantikan ini, tuan dapat menjalankan tugas untuk meningkatkan
kualiti perkhidmatan pendidikan kokurikulum dan unit yang telah
dipertanggungjawabkan dengan sebaiknya.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,
()
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Semambu,
Kuantan,
25350 Pahang.
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Fail Kelab/Persatuan/Unit Beruniform
Jawatankuasa Penaja Persatuan Bulan Sabit Merah,
SK Langgar,
15200,
Kota Bharu, Kelantan.
No. Rujukan:
Tarikh:
Pengetua,
SK Langgar,
Kota Bharu,
Kelantan.
Tuan,
Permohonan Menubuhkan Persatuan Bulan Sabit Merah SK Langgar Kota Bharu
Kelantan
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk:
2. Saya dari pihak Jawatankuasa Penaja memohon kebenaran daripada pihak tuan
untuk menubuhkan Persatuan Bulan Sabit Merah di Sekolah Kebangsaan Langgar
berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan
No. 21, Perundangan (A): P.U. (A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.
3. Bersama-sama ini disertakan juga draf perlembagaan dan peraturan-peraturan
persatuan, senarai ahli jawatankuasa penaja dan senarai aktiviti utama sebagai
dokumen sokongan berkaitan dengan permohonan ini.
4. Semoga permohonan penubuhan ini mendapat pertimbangan dan kelulusan
daripada pihak tuan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,
()
Setiausaha
b.p. Jawatankuasa Penaja Persatuan Bulan Sabit Merah,
s.k. 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Langgar, Kelantan.
Rujukan
FIRDAUSI, L. Y. L. (2008). LAMBANG KRISTAL MERAH DALAM GERAKAN PALANG
MERAH DAN BULAN SABIT MERAH INTERNASIONAL (Doctoral dissertation,
UNIVERSITAS AIRLANGGA).
Aliya, S. (2013). Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.