The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1. Agenda Mesyuarat 2021
2. Minit MAT 2020
3. Penyata Kewangan
4. Usul

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Noor Haiza Ibrahim, 2021-10-28 03:12:30

MESYUARAT AGUNG PIBG SKPJ 2021

1. Agenda Mesyuarat 2021
2. Minit MAT 2020
3. Penyata Kewangan
4. Usul

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN PAUH JAYA
KALI KE-19
2021

TARIKH : 30 Oktober 2021
HARI : Sabtu
MASA : 10.00 pagi
TEMPAT : Lokasi Masing-Masing Secara Dalam Talian
APLIKASI MAYA : CISCO WEBEX SITE

AGENDA MESYUARAT :

1. Ucapan YDP PIBG
2. Ucapan Guru Besar
3. Ucapan Perasmian
4. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali

ke-18, 2020
5. Membentangkan dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG bagi Tahun

Berakhir 2020.
6. Membahaskan Usul dan Cadangan
7. Pembubaran AJK PIBG Sesi 2020/2021
8. Keputusan Perlantikan AJK PIBG Sesi 2021/2022
9. Hal-hal lain
10. Ucapan Penangguhan YDP PIBG Sesi 2021/2022
11. Ucapan Penangguhan NYDP PIBG Sesi 2021/2022

1

MINIT MESYUARAT
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN PAUH JAYA

BIL. 1 / 2020

TARIKH : 22 Februari 2020
MASA : 9.00-12.30 tghari
TEMPAT : Dewan Terbuka SKPJ

AGENDA MESYUARAT :

1. Ucapan NYDP PIBG
2. Ucapan Guru Besar
3. Ucapan Perasmian
4. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG

Kali ke-17
5. Membentangkan dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG bagi Tahun

Berakhir 2019.
6. Membahaskan Usul dan Cadangan
7. Pembubaran AJK PIBG Sesi 2019/2020
8. Keputusan Perlantikan AJK PIBG Sesi 2020/2021
9. Hal-hal lain
10. Ucapan Penangguhan YDP PIBG Sesi 2020/2021
11. Ucapan Penangguhan NYDP PIBG Sesi 2020/2021

2

1.0 KATA-KATA ALUAN NAIB PENGERUSI
1.1 Naib Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada barisan pentadbir dan guru-
guru terhadap kejayaan pelbagai program-program yang telah dilaksanakan sepanjang
tahun 2019 dan juga kejayaaan dalam memperoleh keputusan UPSR 2019 yang sangat
cemerlang.

1.2 Naib Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada Muhammad Nazif Ihsan bin
Mohd Nazi yang mendapat Tokoh Ikon Sahsiah Terpuji dalam majlis Simposium Dan
Ekspo Kaunseling Serta Pembangunan Murid peringkat Kebangsaan.

1.3 En. Nazi juga berterima kasih di atas muafakat dan kerjasama ibu bapa murid
dan meluahkan rasa bersyukur atas kepercayaan sepanjang penglibatan beliau sebagai
Naib Pengerusi PIBG sesi 2019.

2.0 UCAPAN GURU BESAR – En. Roslan Abu Hasan
2.1 Ucapan aluan terima kasih diatas kehadian waris kerana dapat meluangkan
masa dalam mesyuarat PIBG kali pertama bagi tahun 2020

2.2 Guru Besar menyatakan usul yang diberikan oleh ibu bapa berbentuk aduan.

2.3 Guru Besar menyatakan bahawa aduan ibu bapa mengenai kebersihan tandas
kurang memuaskan. Pihak sekolah mendapat peruntukkan RM 50,000 untuk membaiki
semua tandas murid. Guru Besar meminta ibu bapa bersabar bagi menaik taraf struktur
sekolah.

2.4 Guru Besar menyatakan aduan dari ibu bapa melalui borang usul yang diberikan
mengenai kedai buku yang menjual barang yang tidak berfaedah dan meminta ibu bapa
mengambil gambar dan memberikan melalui ‘whats app’ kepada guru kelas.

2.5 Guru Besar menyatakan isu lalu lintas yang terlalu sibuk pada waktu puncak yang
membahayakan keselamatan murid dan akan dipanjangkan kepada pihak MPSP.

2.6 Guru Besar menyatakan bahawa kehadiran murid ke sekolah setiap hari adalah
wajib.

2.7 Guru Besar memerlukan bantuan daripada ibu bapa daripada tiga aspek:

3

• Ibu bapa yang memberikan sumbangan kepada PIBG dan diberikan
pelepasan cukai tahunan

• Ibu bapa yang boleh memberikan sumbangan kepakaran dalam bidang
masing-masing

• Ibu bapa yang boleh menjadi “cable” @ “matchmaker” kepada Guru
Besar dengan Agensi Luar

3.0 UCAPAN PERASMIAN

Perasmi mengucapkan ucapan aluan dan terima kasih kepada pihak sekolah kerana
menjemput beliau ke Mesyuarat PIBG SKPJ. Beliau juga menyampaikan salam
daripada Yang Berhormat Dr. Afif bin Bahardin yang tidak berpeluang untuk hadir
bersama-sama ke majlis.

2.2 Pn. Shuhada binti Abdul Rahim memberitahu tentang peranan dan
tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Beliau menegaskan bahawa
tanggungjawab ini bukan hanya terletak pada guru dan ibu bapa seharusnya
memberikan kerjasama pada guru-guru dalam membantu mendidik anak-anak.

2.3 Pn. Shuhada binti Abdul Rahim juga memaklumkan bahawa sumbangan Pusat
Khidmat disediakan oleh pihak Adun Seberang Jaya pada setiap hari Selasa dari jam 9
malam hingga 11 malam. Waris-waris dan penjaga yang kurang berkemampuan
dijemput pergi ke sana untuk diberikan sumbangan bantuan persekolahan.

2.4 Pusat Adun Seberang Jaya juga mengadakan Kelas Pengajian Al-Quran secara
percuma di Masjid Kg. Timah kepada ibu bapa yang berminat.

2.5 Beliau juga mengumumkan, Majlis Perbandaran Seberang Perai berbesar hati
untuk memberikan 1 sangkar “recycle” kepada pihak sekolah. Hal ini bertujuan untuk
melatih murid-murid untuk mengitar semula barang-barang yang boleh dikitar semula.

2.6 Pn. Shuhada binti Abdul Rahim telah merasmikan mesyuarat PIBG SKPJ 2020
pada jam 10.57 pagi.

4

4.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI KE-17
4.1 En. Roslan bin Abu Hasan menggantikan setiausaha dan membentangkan minit
mesyuarat kali ke-17 untuk disahkan.
4.2 Minit mesyuarat telah disahkan oleh Pn. Nabihan Najat binti Mohd Noh dan
disokong oleh Encik Hasmin bin Hanifah.

5.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG
BAGI TAHUN BERAKHIR 2019

5.1 Pn. Normalawati binti Johari selaku Bendahari PIBG 2019/2020 telah
membentangkan penyata kewangan PIBG SK Pauh Jaya yang berakhir pada 31
Disember 2019.

5.2 Penyata kewangan telah disahkan oleh Encik Mohd Hussaini bin Che Hashim
dan disokong oleh Encik Hasmin bin Hanifah.

6.0 MEMBAHASKAN USUL DAN CADANGAN

6.1 Usul 1: Encik Hasmin bin Hanifah

- Encik Hasmin mencadangkan supaya pada tahun ini mesyuarat dan aktiviti PIBG
ditambah. Menurut beliau, pada tahun 2019, mesyuarat dan aktiviti PIBG adalah
kurang.

- Beliau juga menyatakan dalam minit mesyuarat PIBG 2019, aktiviti-aktiviti tidak
diletakkan dalam satu ruangan, sebaliknya bercampur aduk.

- Beliau mencadangkan agar dipasang jaring di dewan terbuka kerana beg murid-
murid terkena najis burung.

- Beliau juga mencadangkan agar pokok-pokok lebih banyak ditanam di kawasan
sekolah.

- Beliau mencadangkan agar PIBG membeli 400 buah kerusi untuk digunakan dalam
aktiviti-aktiviti sekolah. Hal ini dapat mengelakkan daripada penggunaan kerusi di
dalam bilik darjah. Ketiadaan kerusi di dalam kelas menyebabkan PdPC tergendala.

- Beliau juga mencadangkan supaya peti cadangan diletakkan di tempat yang mudah
untuk ibu bapa memberi sebarang cadangan.

- Beliau mencadangkan agar pihak sekolah memohon kepada MPSP untuk
menambah rumput di kawasan sekolah.

- Beliau juga mencadangkan agar disediakan talian hotline supaya pihak sekolah
dapat dihubungi jika ada sebarang hal kecemasan.

5

- Beliau mencadangkan supaya guru-guru diberi tugas khas misalnya bahagian
kecemasan dan lain-lain.

6.2 Usul 2: Mohd Hussaini bin Che Hashim

- Encik Mohd Hussaini mecadangkan supaya pihak sekolah memastikan buku teks
mencukupi untuk semua murid sebelum sesi persekolah bermula. Beliau berasa
agak terkilan kerana terdapat murid yang tidak mendapat buku teks. Beliau
mencadangkan agar PIBG menyediakan bajet untuk membeli buku teks yang tidak
cukup itu.

- Beliau juga mencadangkan agar murid yang tidak boleh membaca diletakkan di
dalam sebuah kelas supaya mereka mudah untuk dibimbing. Subjek BM, BI dan
Matematik perlu diberi penekanan.

6.3 Usul 3: Nazri bin Abd Halim

- Encik Nazri menyatakan bahawa pada 14 Januari 2020, anaknya, murid tahun 2
telah terjatuh dan patah kaki kerana seorang rakan telah menyilang kakinya. Hal ini
telah menyebabkan anaknya tidak dapat hadir ke sekolah dalam tempoh yang lama
dan telah menjejaskan pembelajarannya. Anaknya juga telah mengalami trauma
akibat kejadian tersebut. Beliau meminta pihak sekolah mengawsi murid-murid
yang berpotensi menjadi pembuli. Beliau ingin tahu apakah tindakan pihak sekolah
untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini itu daripada berulang.

- Encik Nazri juga bertanya apakah saluran untuk beliau membuat tuntutan ke atas
kes yang menimpa anaknya itu.

- Tuan Guru Besar menyatakan bahawa pihak sekolah akan mengadakan satu majlis
dan akan menjawab semua persoalan yang ditimbulkan.

6.4 Usul 4: Puan Azlina Baizura binti Abu Bakar Tajuddin

- Puan Azlina meminta pihak sekolah memberi tumpuan utama kepada akademik.
- Beliau juga mencadangkan agar ujian diadakan untuk murid tahap 1.
- Beliau bersetuju pihak sekolah menyampaikan maklumat menerusi Facebook

selain daripada surat.

6.5 Usul 5: Puan Salmah binti Hashim

Puan Salmah mencadangkan supaya murid Tahun 2 dan 3 diletakkan ke sesi pagi untuk
memudahkan pengurusan

6

6.6 Usul 6: Usul –Pihak sekolah mencadangkan sumbangan PIBG bagi setiap keluarga
ialah RM50 kekal seperti tahun sebelumnya. Permohonan ini juga telah dipersetujui
sebulat suara daripada pihak waris dan guru.

7.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2019/2020

7.1 En. Mohd Nazi Bin Isahak selaku NYDP PIBG sesi 2019/2020 dengan
rasminya membubarkan AJK PIBG sesi 2019/2020. Jawatankuasa PIBG sesi
2019/2020 adalah seperti berikut :

YDP PIBG : En. Khairul Razmi bin Zayzan

NYDP PIBG : En. Mohd Nazi bin Isahak

Setiausaha PIBG : Pn. Noor Haiza binti Ibrahim

Bendahari PIBG : Pn. Normalawati binti Johari

Setiausaha PIBK : Pn. Asyumi binti Hassan

AJK Guru : En. Mohd Jihadi bin Ahmad Marzoki

: En. Muhammad Yusof bin Salleh

: Pn. Marwati binti Baharudin

: Pn. Maizatul Baizura binti Mohamed

: Pn. Norlaila binti Hussain

AJK Waris : En. Abdul Rahman bin Ismail

: En. Abu Hurairah bin Ridzuan

: Dr. Juliana binti Abdul Razak

: Dr. Huzainol bin Hisham

: Pn. Maz Azleena binti Azahari

Juruaudit 1 : Pn. Noor Hafizah binti Abd Shukor

Juruaudit 2 : Pn . Nur Aina binti Anuar

7.2 Oleh yang demikian, En. Azizan bin Saari telah dilantik sebagai Pengerusi
Sementara bagi mengendalikan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2019/2020 yang
baru.

7

8.0 KEPUTUSAN PERLANTIKAN AJK PIBG SESI 2020/2021

YDP PIBG : Pn. Noreen binti Idris

NYDP PIBG : En. Abu Hurairah bin Ridzuan

Setiausaha PIBG : Pn. Noor Haiza binti Ibrahim

Pen. Setiausaha : Pn. Zumira binti Bachik

Bendahari PIBG : Pn. Normalawati binti Johari

Pen. Bendahari : Cik Lee Yeong Yong

AJK Guru : Pn. Fadzlina binti Mohd Tajuddin

: En. Marhuzairi bin Maktar

: En. Mohd. Rodzi bin Mat Ghani

: En. Mohd. Helmi bin Md Zain

: Pn. Nor Zuraini binti Mohd Zahari

AJK Waris : En. Hasmin bin Hanifah

: En. Mohd Hussaini bin Che Hashim

: Dr. Juliana binti Abdul Razak

: Pn. Wan Mascilla binti Abu Bakar

: Pn. Noor Hafizah binti Abd Shukor

Juruaudit 1 : Pn. Fadzilah binti Abd Majid

Juruaudit 2 : En. Rahim bin Md Zain

9.0 HAL-HAL LAIN

9.1 Sumbangan dari MARA sebanyak RM 20,000 untuk Kelas
Tuisyen Harapan. Murid yang mendapat sekurang-kurangnya
3A 3B dari Kelas Tuisyen Harapan berpeluang masuk MRSM.

9.2 Mewujudkan sukarelawan dalam kalangan waris untuk kantin
dan lalu lintas di hadapan pagar sekolah. Waris bertugas di
kantin masa rehat persekolahan dan petugas lalu lintas semasa
murid pulang dari sekolah untuk melancarkan lalu lintas.

9.3 Memaklumkan 3 akaun media sosial sekolah yang utama di
laman Facebook iaitu Pauh Jaya, Kelas Terhebat dan
Bimbingan Kaunseling. Waris boleh melihat aktiviti dan
program sekolah melalui akaun FB tersebut.

8

10.0 UCAPAN PENANGGUHAN YDP PIBG SESI 2020/2021

10.1 Pn. Noreen mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir.
Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan yang
diberikan untuk beliau dan AJK yang lain untuk menerajui kepimpinan PIBG
SKPJ bagi tahun 2020/2021.

10.2 Beliau mengharapkan segala pemberitahuan atau maklum balas dari ibu bapa
akan dapat direalisasikan demi kesejahteraan anak-anak di SK Pauh Jaya.

11.0 UCAPAN PENANGGUHAN NYDP PIBG SESI 2020/2021

11.1 En. Abu Hurairah bin Ridzuan mengucapkan ribu terima kasih kepada semua
ibu bapa yang hadir dan beliau akan sedaya upaya bersama AJK yang lain akan
menambah baik fasiliti di SK Pauh Jaya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.38 tengah hari

Pencatat minit :
1. Pn . Nur Farahulaini binti Omar
2. Pn. Siti Khairunnisaq binti Mohd Faudzi
3. Pn. Siti Suriseni binti Supiansuri
4. Pn. Maizatunsakinah binti Abu Mansor
5. Pn Noraini binti Abd Rahman
6. Pn. Zauyah binti Omar

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………… …………………………
(Pn. Noor Haiza binti Ibrahim) (Pn. Noreen binti Idris)
Setiausaha PIBG sesi 2020/2021 Yang Dipertua PIBG sesi 2020/2021
Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya

9

PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR 2020
10

USUL – USUL MESYUARAT AGONG TAHUNAN PIBG TAHUN 2021

BIL USUL / CADANGAN KATEGORI JAWAPAN DAN
USUL TINDAKAN
KURANGKAN HARGA MAKANAN DI KANTIN DAN
1 LETAKKAN MENU YANG SESUAI UNTUK ANAK-ANAK SEKOLAH/PIBG

MURID.

SILA PANTAU MAKANAN YANG DIJUAL DI KANTIN
SEKOLAH KERANA KANTIN MENJUAL TERLALU BANYAK
2 FROZEN FOOD SEPERTI NUDGET, HOTDOG, MAGGI DAN
LAIN-LAIN YANG TIDAK BAIK UTK KESIHATAN KANAK-
KANAK.

3 SAYA INGIN MEMOHON PIHAK SEKOLAH DITERIMA PIHAK SEKOLAH / PIBG

MENAMBAHBAIK BAGI KANTIN SEKOLAH JIKA BOLEH TANPA AKAN MENGADAKAN

MENJUAL MAKANAN YANG BERKHASIAT SEPERTI BUAH- BAHAS PERBINCANGAN

BUAHAN POTONG KERANA SAYA MELIHAT DI KANTIN TERPERINCI DENGAN

MENJUAL BANYAK MINUMAN MANIS DAN MAKANAN PIHAK PENGUSAHA

KURANG BERKHASIAT. KANTIN PADA DISEMBER

PERKARA KEDUA YANG SAYA INGIN USULKAN 2021 UNTUK PENETAPAN

PENAMBAHBAIKAN PADA KEDAI BUKU YANG MENJUAL JENIS MAKANAN YANG

MAINAN SEPERTI “SLIME” DAN MAKANAN YANG TIDAK DILULUSKAN OLEH KPM

BERKHASIAT SEPERTI GULA-GULA DAN COKLAT YANG DAN HARGA YANG

MENYEBABKAN MURID MEMBAZIR WANG SAKU SESUAI.

KEARAH TIDAK SEPATUTNYA. BAGI MURID YANG BESAR

SEPERTI DARJH 4,5,6 MUNGKIN PANDAI MENGAWAL

DIRI MEREKA TETAPI BAGI MURID DARJAH 1,2,3 YANG

MASIH BERMINAT BERMAIN AKAN MENGHABISKAN

WANG SAKU DENGAN MEMBELI MAINAN SERTA

MAKANAN YANG DIJUAL DI KEDAI BUKU,. HARAP PIHAK

SEKOLAH DAPAT MENAMBAHBAIK PERKARA TERSEBUT.

MAAFKAN SAYA JIKA PERKARA INI MENGGANGU PIHAK

KANTIN SERTA KEDAI BUKU, TETAPI KITA MEMASUKI

ZAMAN YANG MAJU DAN PERLU MENGAJAR ANAK-

ANAK MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT UNTUK

MINDA YANG CERGAS SEPERTI YANG DIAJAR OLEH

GURU-GURU KEPADA MURID-MURID.

4 MOHON KEBERSIHAN SEKOLAH, SURAU DAN KANTIN. DITERIMA PIHAK SEKOLAH MELALUI
TANPA JK3K AKAN MEMANTAU
KEBERSIHAN TANDAS DAN FUNGSI PAIP DAN SINKI BAHAS KEBERSIHAN SECARA
MASIH TIDAK DIPERBETULKAN SETIAP TAHUN. MINGGUAN UNTUK
5 (BERDASARKAN KEADAAN TERAKHIR SEWAKTU SESI KESELESAAN WARGA
PERSEKOLAHAN BERSEMUKA DI BULAN MEI 2021) SEKOLAH

6 KEBERSIHAN TANDAS PERLU LEBIH DITITIKBERATKAN
DALAM KEADAAN PANDEMIK.

11

7 PERKETATKAN LAGI SOP PELAJAR DI SEKOLAH.

8 SOP – BOLEH AMBIL ANAK DI PINTU PAGAR A ATAU C PIHAK SEKOLAH AKAN
TANPA BERSESAK – SESAK. MENGIKUT S.O.P YANG
DITERIMA DITETAPKAN OLEH MKN
GATE B PERLU DIBUKA WAKTU HANTAR DAN AMBIL TANPA DAN KPM
ANAK SEKOLAH DAN KAFA NTUK MENGELAKKAN BAHAS
9 KESESAKAN DI GATE A.
SOP SEMASA PULANG DARI SEKOLAH PERLU
DIPERKETATKAN.

PDPR KERJA SEKOLAH YANG DIBERIKAN PERLU SEIRING

10 DENGAN TEMPOH MASA KELAS YANG DITETAPKAN. PDPR AKAN DITAMATKAN
MURID TERTEKAN KERANA KERJA SEKOLAH MENJADI APABILA SESI
DITERIMA PERSEKOLAHAN
TERTUNGGAK SEHINGGA KE HUJUNG MINGGU TANPA BERSEMUKA DIBUKA
BAHAS SEMULA
KURANGKAN AKTIVITI YANG PERLU DIBUAT DALAM
11 PDPR. CONTOH SATU SUBJEK, MAKSIMA SATU DUA

MUKA SURAT SAHAJA.

SAYA MENCADANGKAN PIHAK PIBG TIDAK MENGUTIP DITERIMA TIADA KUTIPAN
12 YURAN TAHUNAN BAGI SESI 2021 DISEBABKAN RAMAI TANPA SUMBANGAN PIBG PADA
BAHAS 2021
KELUARGA TERKESAN DENGAN PANDEMIK C19

MENCADANGKAN AGAR PIHAK SEKOLAH

MELAKSANAKAN PENGGUNAAN SEPENUHNYA E-

WALLET / E-PAYMENT UNTUK SEMUA PEMBAYARAN DITERIMA
TANPA
13 YURAN SEKOLAH / PEMBELIAN BARANGAN DI KOPERASI BAHAS PIHAK SEKOLAH AKAN
SEKOLAH. CONTOH : BOLEH GUNA TOUCH N GO E- MERUJUK KEPADA JPN

WALLET, BOOST,GRAB PAY OR SHOPEE UNTUK

MEMBELI BUKU, BAJU SUKAN, & UNTUK MEMBAYAR

YURAN KAFA, YURAN PIBG ETC.

12


Click to View FlipBook Version