MAKANAN TRADISI
MALAYSIA
NUR ARISSA EIMAN BINTI AZIZI EMEL: GURU SEJARAH:
SK TAMAN PAROI JAYA m-11468750@moe-dl.edu.my ENCIK MUZAIDI BIN ADRIS
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 PENGENALAN 2
2 MAKANAN TRADISI SELANGOR 4
3 MAKANAN TRADISI NEGERI SEMBILAN 6
4 MAKANAN TRADISI MELAKA 7
5 MAKANAN TRADISI JOHOR 10
6 MAKANAN TRADISI PAHANG 12
7 MAKANAN TRADISI TERENGGANU 13
1
MAKANAN TRADISI MALAYSIA
PENGENALAN
Kepelbagaian’ merupakan perkataan utama apabila kita memperbincangkan tradisi makanan
Malaysia. Di dalam perbincangan ini saya akan membawa anda sekelian melalui serambi gastronomi
pelbagai kaum di Malaysia: Melayu, India dan China. Kita mulakan dengan pembudayaan makanan
Melayu.
Dari segi sejarah, kaum Melayu ini mempunyai
elemen-elemen dan usul asal dari Sumatra, Jawa,
Thailand, Sulawesi dan juga Polinisia. Dengan
pengaruh-pengaruh negara tersebut tidak hairanlah
jika masakan Melayu mempamerkan sedikit
sebanyak kualiti kulinari dari negara-
negara tersebut.
Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Makanan tradisional ini
bukan sahaja diminati oleh masyarakat kita malah turut diminati oleh golongan antarabangsa.
Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu,Cina dan India. Terdapat pelbagai jenis
makanan tradisional mengikut kaum utama di Malaysia. Antaranya ialah Nasi Lemak,Roti Canai dan
Yong Tau Fu. Makanan tradisional ini semakin hari semakin popular walaupun Malaysia kini sudah
mencapai status negara maju. Makanan tradisional ini boleh diibaratkan seperti tak lapuk dek
hujan,tak lekang dek panas. Terdapat juga pelbagai usaha dalam memajukan lagi makanan tradisional
di Malaysia.
Dalam kita memajukan industri makanan
tradisional ini, kita boleh mempelbagaikan produk
industri makanan yang sedia ada. Hal ini dikatakan
demikian kerana kepelbagaian sesuatu produk
dapat menarik minat pelanggannya. Biar kita
ambil contoh, kuih Bahulu. Dahulunya, kuih
Bahulu memang popular pada musim-musim
perayaan sahaja. Dalam era moden ini, kuih Bahulu semakin menambat hati raja sehari yang
mempelbagaikan bungkusan kuih Bahulu untuk cenderahati tetamu yang hadir dalam majlis
2
perkahwinan mereka. Dalam hal ini, kuih Bahulu telah menjadi popular di samping terkenal dalam
kalangan generasi kini. Usaha sebegini haruslah diteruskan agar kuih-kuih tradisional akan terus
terkenal di seantero dunia.
3
SELANGOR
Di Selangor, kaum Melayu dahulu kala merupakan pahlawan Bugis dari Sulawesi. Pengaruh yang
dibawa bukan hanya pada budaya, malah turut memberi kesan kepada pemakanan dan juadah. Antara
makanan tradisi masyarakat Selangor adalah:
1. Pecal
Pecal Sayur yang sangat lazat ini dikenali sebagai Salad Jawa tradisional terdiri
daripada sayur-sayuran berkhasiat, dihidangi dengan sos kacang yang kadang kala turut
disajikan dengan ketupat atau lontong.
Persediaan untuk membuat pecal ini sangat mudah dan boleh dicuba di rumah pada bila-bila masa.
Antara ramuan pentingnya seperti kacang tanah untuk menghasilkan kuah kacang, tauhu, taugeh,
kacang hijau dan juga timun.
Sambal Taun
Dikenali sebagai sambal taun atau sambal tahun, hidangan ini terkenal di kalangan rakyat Selangor
mahupun Malaysia.
Makanan tradisional yang berasal dari Jawa ini kerap dimasak pedas dengan penggunaan cili yang
banyak semasa penyediaannya.
4
Sering kali di Selangor, kulit lembu akan dijadikan sebagai protein utama sajian ini, akan tetapi ia boleh
digantikan dengan kerang, paru lembu atau ikan bilis.
Bahan-bahan lain yang diperlukan pula adalah bawang merah, bawang putih, belacan, santan kelapa,
minyak, asam jawa, gara dan gula. Turut terdapat beberapa golongan yang sering meyajikan hidangan
ini semasa perayaan hari raya!
Wadai Kipeng
Dalam perkataan orang Banjar, ‘Wadai’ bermaksud kuih, sementara ‘Kipeng’ pula merujuk kepada
potongan.
Sejak dulu lagi, ianya telah menjadi tradisi masyarakat Banjar untuk menyajikan orang ramai dengan
wadai kipeng semasa majlis kesyukuran mereka.
5
Satu perkara yang perlu anda ketahui, ianya adalah sangat mustahil untuk menyediakan menu yang
NEGERI SEMBILAN
Orang Melayu Negeri Sembilan, menamakan diri mereka sebagai Minangkabau dari Sumatra.
Mewarisi budaya dan tradisi masyarakat Minangkabau, antara makanan tradisi di Negeri Sembilan
adalah:
MASAK LEMAK CILI API
Gulai/Masak Cili Api. Dikenali sebagai masakan kuning lada api
atau “masok lomak lado api” satu-satunya masakan yang
popular dan menjadi lambang masakan tradisonal orang
melayu Negeri Sembilan. Ia merupakan salah satu masakan
daripada orang Minangkabau dan kebiasaanya dimasak
bersama ikan, siput sedut, ayam, sayur-sayuran dan daging
salai.
6
RENDANG CILI API
Rendang Cili Padi. Rendang di Negeri Sembilan berlainan dengan rendang yang dimasak di negeri-negeri
lain kerana rendangnya menggunakan cili padi sahaja dan tidak menggunakan cili kering.
SALAI
Salai. Salai atau menyalai dari erti kata lain dengan cara mengeringkan atau dipanggang diatas api. Di
Negeri Sembilan, salai terdapat dalam ayam, itik, ikan atau daging. Dengan dimasak bersama Rendang
serta Masak Cili Api menjadikan masakan ini bertambah sedap.
MELAKA
Melaka terkenal dengan pelbagai makanan tradisi penduduknya. Kebanyakan hidangannya adalah
pedas dan berempah. Antaranya masakan asam pedas. Rugi kalau anda tidak menikmatinya. Dan pasti
sekali anda berkunjung ke Melaka anda akan datang lagi kerananya.
Memang benar di Melaka kita dapat menikmati perlbagai jenis masakan hasil gabngan kaum
melayu, China, India, Baba dan Serani. diharap masakan tradisional akan terus kekal dan diwarisi oleh
anak muda. masakan nenek moyang pasti tidak akan hilang ditelan zaman.
7
Cencaluk
Cencaluk ialah sejenis lauk dalam
hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia
dibuat daripada udang halus yang lebih
dikenali sebagai udang geragau, cencaluk
mengandungi kandungan protein yang tinggi.
Kebiasaannya, udang geragau ini sukar
didapati. Di negeri Melaka, udang ini boleh
didapati pada musim tertentu di Pantai
Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan
beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain.
Melaka bukan sahaja terkenal dengan kesan
peninggalan sejarahnya yang unik, malah tidak ketinggalan juga dari segi makanannya yang amat lazat
lagi menyelerakan. Apabila kita menyebut mengenai makanan yang terdapat di Melaka, pasti kita
lebih menyelerakan jika ia di sertakan dengan cencaluk.
Mengikut kepercayaan lama yang menjadi kata-kata senda. kononnya jika pada hari perkahwinan
seseorang itu hujan turun sepanjang hari, maka dikatakan bahawa mempelai suka makan cencaluk.
Namun itu semua hanyalah cerita lama.
Makanan ini yang suatu ketika dulu dipelopori oleh masyarakat Melayu kini digemari oleh semua
lapisan masyarakat, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan Malaysia.
Ia juga menjadi satu keperluan atau lauk semasa menikmati hidangan nasi dan ada juga yang
menjadikan petai atau jering sebagai ulam semasa memakan cencaluk.
8
Makanan Baba Nyonya
Masyarakat Baba dan Nyonya sememangnya terkenal di Melaka. Masyarakat ini juga terkenal
dengan makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang mereka. Biasanya makanan kaum Baba
berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas
kaum Melayu. Bagai mana pun amalan ini hanya dilakukan di rumah sahaja.
Makanan dan masakan
tradisi masyarakat Baba ini
biasanya disajikan pada hari
perayaan seperti sambutan Tahun
Baru Cina, Hari Lahir atau Majlis
Perkahwinan. Jenis-jeins masakan
Baba adalah seperti kari, sambal,
pang-teh, bak-wan kepiting iaitu
campuran daging babi dan sup
ketam, itik timitik yang disalut
dengan sayur jeruk atau diperam,
itik sioh iaitu daging itik yang
disalut dengan rempah, hati babi bungkus, acar Nyonya dan nasi lemak.
Selain itu, masyarakat Baba juga menghidangkan Nasi Kunyit dan sejenis mee yang dibuat
khas, iaitu 'mee sua tau'. Mee ini dibuat bertujuan kononnya untuk memenuhi hajat supaya
dipanjangkan umur.
Kuih-muih tradisional masyarakat Baba pula terdiri daripada kuih bakul atau tih kuey dan kuey-
ku yang berbentuk kura-kura berwarna merah, biru dan hitam. Kuih bakul atau tih kuey ini adalah
warisan masyarakat Cina terhadap masyarakat Baba. Selain itu, masyarakat Baba juga meminati kuih-
miuh tradisional Melayu seperti dodol, wajik, tapai, bahulu dan lain-lain lagi.
9
JOHOR
Masakan dan hidangan di Johor kebanyakkannya dipengaruhi dari Arab dan kepulauan-kepulauan
Melayu. Terdapat sesetengah makanan ini, yang ramuannya begitu unik dan begitu sukar di dapati di
negeri-negeri lain di Malaysia.
Hanya di keraian-keraian tertentu sahaja makanan yang unik dini biasanya boleh didapati dan
adakalanya anak Johor sendiri tidak mengenalinya.
Antara hidangan dan makanan yang menjadi lambang negeri Johor adalah seperti:
Laksa Johor
Laksa Johor amat unik kerana menggunakan spaghetti sebagai bahan laksanya dan di makan bersama
kuah yang penuh dengan rempah ratus.
Lazimnya kuah laksa Johor agak pekat, ia berasaskan isi ikan yang di masak bersama rempah ratus
terpilih. Menggunakan santan pekat yang bermutu, kerisik kelapa dan juga ramuan-ramuan dan herba
terpilih.
Resepi asal laksa Johor menggunakan ikan parang. Ikan yang cukup mahal harganya ini di pilih kerana
di katakan mempunyai isi yang halus dan cukup enak sekali, ia juga bagi menjaga kualiti keenakan
kuah laksa Johor.
10
Selain ia di hidangkan bersama Spaghetti, ia juga turut di sertakan bersama, sambal belacan, ulam-
ulaman seperti daun kesum, daun selasih, bunga kantan, kacang panjang, taugeh, timun yang di hiris
halus, bawang mentah dan lobak asin.
Mi bandung
Mee bandung pada asal usulnya hanya sejenis hidangan gandingan antara mi dan telur selain ramuan
lain seperti campuran cili, bawang tumisan serta udang kering.
Tetapi telah ditambah baik dengan campuran bahan-bahan lain seperti udang segar, hirisan ayam
mahupun hirisan daging agar rasanya lebih enak di makan. Ada juga memakannya bersama-sama
dengan cili jeruk agar rasanya lebih masam dan pedas sedikit.
Hiasan sampingan seperti daun sup dan bawang goreng ditabur halus dipermukaan mi bandung,
menaikkan lagi selera si pemakan.
Mi Bandung Muar antara hidangan yang paling dikenali di serata Malaysia dan telah manjadi ikon buat
Bandar Diraja Johor.
11
PAHANG
Nasi Kebuli
Hidangan Nasi Kebuli sangat terkenal di kawasan kampung sekitar Kampung Budu, Kuala Kenong, Jelai,
Kampung Hulu, Tanjung Besar, Kuala Medang, Kampung Jeram Landak dan semua daerah di Kuala
Lipis.
Nasi Kebuli ini merupakan makanan tradisi masyarakat Pahang khususnya daerah Lipis dan ia pernah
dicatatkan pada Muzium Warisan Kuala Lipis. Hussin dari Kampung Kuala Kenong, Kuala Lipis adalah
individu yang bertanggungjawab memperkenalkan Nasi Kebuli ini pada tahun 1944.
Sambal Bunga Kantan
Selain sambal hitam yang begitu terkenal di negeri Pahang, terdapat satu lagi sambal yang tidak kurang
hebatnya. Sambal bunga kantan merupakan makanan tradisional dari daerah Raub. Ia banyak
dihasilkan terutamanya pada musim bunga kantan tiba.
12
Sambal bunga kantan ini dimasak bersama ikan bilis, santan, cili padi, bawang besar dan bawang putih.
Kesemua bahan akan disatukan dan dimasak sehingga kering.
TERENGGANU
Nasi Dagang
Negeri Terengganu turut terkenal dengan makanan tradisinya yang terdiri dari Nasi Dagang. Secara
tradisinya, nasi ini dibungkus dalam daun pisang yang berbentuk seperi kon an diikat menggunakan
lidi.
Nasi dagang Terengganu berwarna putih dan menggunakan beras khas. Ia dicampurkan dengan halba
supaya lebih wangi dan sedap.
Ikan aya @ tongkol digunakan bagi menyediakan gulai ikan untuk dimakan bersama. Nasi dagang ini
turut dimakan bersama acar yang terdiri dari timun, lobak merah, bawang, cuka serta garam dan gula.
Hidangan ini juga turut dimakan bersama sambal cili bagi membangkitkan selera.
Ketupat Sotong
Ketupat sotong merupakan sotong yang disumbat dengan pulut. Kemudian, ia dimasak bersama
santan pekat.
13
Sebelum pulut diisi ke dalam sotong, ia akan dimasak bersama santan terlebih dahulu. Ia kemudian
dimasak pula bersama santan pekat yang dicampur bersama halba dan juga gula Melaka.
14
RUJUKAN
Itawrah (2019). 17 Makanan Tradisional Pahang Kena Cuba (Serta Masakan Diraja
Pahang). Retrieved 2019, https://saji.my/makanan-tradisional-pahang/
Itawrah (2019). 16 Makanan Tradisional Johor Anda WAJIB Cuba ( Serta Pencuci Mulut).
2019. https://saji.my/makanan-tradisional-johor/
Syazana Syamsul (2019). Makanan Tradisi dan Sedap Mengikut Negeri di Malaysia Yang
Patut Anda Cuba
2020. https://dapurpts.com/blog/makanan-tradisi-dan-sedap-mengikut-negeri-di-
malaysia-yang-patut-anda-cuba
15